Series
115191
Bumi Melbourne, Australia. Tak Yusra sangka akhirnya dia berpeluang menjejak kaki ke bumi kanggaru ini. Dia begitu seronok dan teruja kerana inilah kali pertama dia ke luar negara.
Kalau dulu dia teruja ke Australia kerana dia akan melanjutkan pelajarannya ke sini. Disebabkan ada hal yang meghalang, dia kuburkan saja niatnya itu. Namun kali ini dia tetap teruja walaupun cuma untuk beberapa hari. Kata Fairuz, anggaplah ini sebagai 'pre-honeymoon' mereka, masa untuk melupakan segala masalah yang melanda rumahtangga mereka dan masa untuk mereka berkenalan dengan lebih erat lagi. 'Pre-honeymoon', ada ke?
Yusra melangkah ke pintu slidding bilik mereka menginap. Ditolak perlahan pintu slidding dan dia ke balkoni. Angin sejuk pagi menerpa tubuhnya. Baju dan tudung yang dipakai bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya dihalakan pada panorama indah di depan matanya, Bandar Melbourne yang penuh dengan bangunan yang tersegam indah.
Indah pada pandangan mata tetapi tidak seindah apa yang ada dalam hatinya. Hatinya masih carit terluka dengan apa yang berlaku pada malam semalam. Tergamak Tengku Fatihah atau lebih dia kenali sebagai Kak Fatt, membuang segala barangan yang pernah dia berikan pada gadis itu suatu ketika dulu. Ingatannya merewang. Mengimbau kembali peristiwa semalam.
* * *
Yusra Saidah menutup pintu biliknya perlahan-lahan. Bimbang kalau ada sebarang bunyi yang boleh menyebabkan suaminya terjaga. Dia mahu ke dapur untuk mengisi air ke dalam botol airnya. Dia terlupa untuk mengisinya semula. Yusra sengaja buat begitu untuk mengurangkan dia ke dapur kalau dahaga di tengah malam.
Dengan berhati-hati Yusra menuruni anak tangga untuk menapak ke dapur. Dia merlihat pintu bilik di tepi laundry area ternganga dengan lampu terpasang. Seingat Yusra, belum pernah bilik itu dibuka semenjak dia menghuni di Teratak Qaseh.
Yusra mendekat dengan perlahan-lahan. Kelihatan Mak Nah sedang menyusun barangan terpakai ke dalam sebuah kotak sederhana besar. Yusra mengetuk pintu perlahan, sebagai isyarat untuk memberitahu kewujudannya. Dia risau kalau Mak Nah terkejut dan melatah dengan kehadirannya.
Mak Nah menoleh seraya tersenyum apabila memandangnya.
"Mak Nah buat apa ni tak tidur lagi?" tanya Yusra di muka pintu.
"Mak Nah kemas stor sikit. Siang tadi Mak Ku minta Mak Nah kemas stor tapi siang tadi Mak Nah sibuk, itu yang Mak Nah sambung malam ni."
''Boleh Yusra tolong?" Yusra mendekati Mak Nah yang duduk di kerusi kekuda.
Mak Nah melepaskan lelah seketika sambil mengesat peluh di dahinya dengan hujung baju kurung kedahnya.
"Tak apa ke Yusra? Fairuz dah tidur ke?" tanya Mak Nah pula. Segan untuk menerima pertolongan dari isteri tuan mudanya walaupun Yusra selalu sangat menolongnya.
"Boleh je Mak Nah. Lagipun Yusra tak mengantuk lagi. Fairuz pun dah tidur," jawab Yusra yang sudah tiba di sisi Mak Nah. Matanya sempat mengitari sekeliling stor itu. Stor itu agak besar dan luas. Barang-barangan pun tersusun dengan kemas dan teratur.
"Yusra tak penat ke? Siang tadi Yusra keluar cari barang nak bawak bercutikan?"
"Penat jugak Mak Nah. Lenguh kaki ikut Ruz. Ruz tu bukan main susah nak pilih barang yang dia berkenan..." Yusra mengeluh halus mengingatkan perangai cerewet suaminya.
Mak Nah cuma tersenyum dengan omelan Yusra.
"Ruz tu memang macam tu Yus. Cerewet sikit tapi dia baik." Komen Mak Nah. Yusra mencebik.
"Bukan cerewet sikit Mak Nah, tapi cerewet banyak," balas Yusra, tak setuju dengan komen Mak Nah.
"Ini barang apa yang banyak sangat ni Mak Nah?" Sambung Yusra. Dia duduk bersimpuh di hadapan Mak Nah. Barangan terpakai yang masih berteraburan di lantai itu dia pandang. Kebanyakkannya buku nota lama dan beberapa buah album gambar lama.
"Barang ni dari bilik Tengku Fatihah."
'Barang Kak Fatt?' Yusra mengerut dahi. Matanya singgah pada album gambar lama. Hatinya meronta memintanya untuk menceroboh album itu. Namun dia cuba tahankan hati. Dia tidak mahu dikatakan penceroboh privasi orang lain oleh Mak Nah. Tapi.... dia tidak boleh menipu diri, curiosity kills the cat!
"Kenapa dengan barang ni Mak Nah? Dia nak buang ke?" Tangan Yusra sudah menyentuh kulit album lama itu.
"Tak buang. Cuma Tehah pesan suruh letak barang ni dalam stor. Dia tak nak barang-barang ni ada dalam bilik dia." Mak Nah meneruskan kerjanya yang tergendala gara-gara kehadiran Yusra. Dia memasukkan buku-buku lama ke dalam kotak.
"Mak Nah... Boleh ke kalau Yusra tengok album ni?" soal Yusra berhati-hati. Mak Nah pandang Yusra seketika sebelum menjatuhkan kepalanya.
"Tengok la Yusra. Sebelum Mak Nah simpan dalam kotak. Barang-barang dalam stor ni pun, jarang dibuka balik."
Tanpa berlengah, Yusra membelek album gambar yang tertera dengan nama 'FATIHAH-MRSM. Gambar pertama ditatap, gambar Fatihah bersama rakan-rakan sekelasnya. Sekali pandang, Yusra masih mengenali mereka. Mereka semua seniornya dulu. Dibelek lagi helaian demi helaian, sehinggalah dia terhenti pada ruangan 'Idah Cute'. Ada gambar mereka berdua. Gambar di dewan makan asrama, dia dalam pelukan Fatihah. Keduanya kelihatan bahagia. Terpancar jelas aura kasih sayang yang tulus di wajah masing-masing.
Tanpa sedar mata Yusra bergenangan. Tangannya membelek lagi. Ada gambar Fatihah sedang menyuap kek coklat sempena hari lahirnya yanh ke-14 tahun. Yusra masih ingat dimana hari kejadian, Fatihah sanggup meminta izin daripada warden Norain untuk keluar ke bandar semata-mata untuk membeli kek untuknya. Dan dia terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh Fatihan untuknya. Malam itu, Yusra menangis kerana terharu dengan apa yang Fatihah lakukan untuk dia.
Yusra mengusap bukti kenangan terindah mereka berdua. Hatinya dihurung rasa sebak dan sayu. Segera dia mengerdipkan matanya beberapa kali agar tiada air mata menitis. Dia tidak mahu rasa sedihnya dikesan oleh Mak Nah.
"Ehh, muka dia macam Yusra?" Mak Nah tiba-tiba mencelah. Jari tuanya diluruskan pada gambarnya bersama Fatihah. Yusra mengangkat muka, terkesima dengan soalan Mak Nah.
'Orang lain tak cam siapa dia tapi Mak Nah cam?’ Yusra tertanya-tanya sendiri.
"Sama ke Mak Nah?" tanyanya sekadar ingin menduga jawapan daripada Mak Nah.
Mak Nah mengambil album itu lalu dibawa ke ribanya. Dia menatap gambar itu lama dan mencari persamaan antara gadis di dalam gambar itu dengan isteri tuan mudanya.
"Ini Yusra kan?"
Soalan Mak Nah buat Yusra menelan air liur payau. Seketika otaknya beku menanti signal jawapan yang akan diberikan pada Mak Nah. Matanya beradu dengan mata Mak Nah.
"Erkk.. tak... tak... bukan Yusra.." gagap suara Yusra memberi jawapan.
Mak Nah mengecilkan matanya, tidak percaya dengan jawapan Yusra.
"Mata Mak Nah ni dah tua tapi mata Mak Nah tak rabun lagi tahu. Ini memang Yusra kan?" Sekali lagi Mak Nah bertanya. Kali ini jarinya ditunjal pada gambar itu.
Yusra menekur. Matanya terpandangkan pada satu kotak bersegi empat tepat di tepi album. Dia mengambil kotak itu lalu membukanya. Matanya meluas. Seutas gelang manik berwarna silver terserlah di depan mata. Yusra mengambil gelang itu dari tempatnya. Air matanya kembali bergenang.
Gelang ini? Ya, Yusra ingat. Ini hadiah perpisahan untuk Fatihah daripada dia! Gelang yang dia beli dengan duit biasiswa untuk kakak angkatnya kesayangannya!
Kali ini tanpa segan silu, air matanya menitis. Gelang ini ada di sini. Ini bermaksud Kak Fatt sudah membuang segalanya tentang dia. Segala kenangan mereka bersama pun turut berada di sini, ini bermakna Kak Fatt memang tidak mahu lagi ada sebarang kaitan dengannya. Oh, Kak Fatt!
Seingatnya, dulu dia pernah selit sekeping nota kecil di bawah pelapik kotak. Yusra menarik pelapik kotak dan seperti yang dia sangkakan nota ringkas itu masih kekal utuh di situ.
~True friends are never apart, maybe in distance but never in heart~ SF
"Eh, Yusra, kenapa ni?" Mak Nah kalut, terkejut dengan esakan kecil isteri tuan mudanya. Wajah itu mendung. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Nota di tangan Yusra dia capai dan membacanya.
"Jadi Yusra dah kenal dengan Fatihah sebelum ni? Ni Yusra kan?" soal Mak Nah meminta kepastian.
Yusra mengangguk, dia mengambil keputusan untuk berterus terang saja. Dia yakin Mak Nah seorang yang boleh dipercayai.
"Iya Mak Nah. Yusra memang kenal dengan Fatihah. Dan ini memang Yusra. Kami sama-sama belajar di MRSM dulu," jelas Yusra sambil menekur pada kepingan gambar di ribanya.
"Tapi Mak Nah, Yusra minta tolong sangat-sangat dari Mak Nah. Tolong rahsiakan semua ni daripada semua orang terutama sekali Ruz." Yusra mengenggam erat tangan Mak Nah.
"Kenapa Yusra nak sorok dari Ruz?"
"Dia tak boleh tahu lagi Mak Nah. Nanti bila tiba masanya, Yusra akan berterus terang dengan Ruz."
Mak Nah mengangguk kecil.
"Kalau itu permintaan Yus, Mak Nah..." Mak Nah buat gaya zip bibirnya. Yusra hembus nafas lega. Syukurlah Mak Nah sudi menyimpan rahsianya.
"Satu yang Mak Nah tak faham. Kenapa masa Tehah balik hari tu, dia macam tak kenal Yusra?" Banyak soalan yang mahu ditanyakan tapi kalau Yusra belum bersedia untuk membuka mulut, dia tak akan memaksa.
Yusra mengeluh. Perlahan dia mengeleng.
"Yusra tak tahu Mak Nah. Yusra pun tak sangka dia dah lupakan Yusra dan langsung tak ingat siapa Yusra ni." Kendur suara Yusra.
Mak Nah mengangguk dan menepuk perlahan tangan Yusra.
* * *
"Kau suka datang sini?" Suara garau disebelah menegur.
Yusra tersentak. Lebur habis segala ingatan pahit semalam. Yusra berpaling ke sisi, entah bila Fairuz bangun pun dia tak sedar. Rasanya tadi Fairuz elok saja terbongkang tidur.
"Suka. Dari dulu lagi saya nak datang sini. Bila dah dapat, mestilah saya suka." Yusra tersenyum nipis.
Fairuz menyandar di penghadang. Tangan diseluk ke poket seluarnya.
Sudah rapi gaya rambut 'hawk-moth'nya. T-shirt putih dan sluar berwarna coklat. Tangannya setia di poket. Gaya Fairuz sangat.
"Ye ke suka? Kalau kau suka kenapa aku tengok kau termenung je dari tadi? Muka kau tu tak macam orang happy pun datang sini," komen Fairus sesekali menjeling Yusra.
Yusra mengeluh perlahan. Rasa bersalah kerana terlalu ikutkan perasaannya.
"Bukan macam tu la. Saya happy datang sini. Mungkin sebab penat lagi kut. Kita kan baru je sampai. So, apa plan kita hari ni?" Yusra cuba mengubah moodnya. Dia tidak mahu 'pre-honeymoon' mereka menjadi suram.
"Sekejap lagi kita keluar jalan-jalan dekat Queen Victoria Market. Dekat sana kalau kau nak beli Souvenir untuk family kita, ada banyak pilihan. Apa-apa pun, jom kita turun breakfast dulu." Fairuz kembali ke bilik meninggalkan Yusra di balkoni.
"Okay. Jom."
Queen Victoria Market merupakan salah satu mercu tanda bersejarah yang terletak di pusat bandar raya Merbourne. Ianya dikenali kerana menjadi salah satu yang tersenarai dalam Senarai Warisan Kebangsaan dan menempatkan lebih daripada 600 peniaga kecil menjual hasil segar produk Australia sehinggalah kepada barangan dunia fesyen dan cenderamata.
Yusra dan Fairuz juga tidak ketinggalan membeli sedikit souvenir untuk keluarganya. Fairuz memberikan kuasa hak memilih kepada Yusra kerana dia tahu ini kali pertama isterinya berbelanja di luar negara. Penat berjalan, mereka singgah di Coffee House.
"Awak mesti pernah datang sini kan?"
"Kenapa kau tanya macam tu?" Fairuz menghirup sedikit hot chocolate di hadapannya. Matanya diangkat mencari wajah Yusra.
"Saya tengok awak macam tak excited pun masa kita masuk QVM tadi. Tak ada barang pun yang awak beli. Macam awak dah terbiasa datang sini sebelum ni," teka Yusra sambil mengacau penyedut minuman.
'Tipikal orang berada mesti selalu travel ke luar negara, kan?' fikir Yusra.
"Aku tak membeli apa-apa tak bermakna aku tak berminat. Aku cuma bagi peluang pada kau untuk kau pilih apa yang kau nak. Dan ya, aku pernah datang sini masa aku study dulu. Saja travel masa cuti," ujar Fairuz. Berpeluk tubuh dan menyandar ke kerusi.
Yusra picing matanya.
"Awak datang dengan siapa?"
"Nak tahu ke?" Keningnya sedikit terjongket. Ada baur-baur cemburu pada soalan isterinya itu. Dan dia suka.
"Kalau awak tak kisah nak share dengan saya." Yusra turut berpeluk tubuh.
Makin naik hujung bibir Fairuz.
"Aku travel kawan-kawan aku. Is, Amm, Syah, Bella dan Qaz," jawab Fairuz bersama gerakan jari jemarinya satu persatu.
Yusra mengerut dahi. Kenapa sebutan nama yang terakhir tu kedengaran perlahan saja?
"Qaz? siapa Qaz?" tanya Yusra kemudian. Setahunya belum pernah lagi dia dengar nama 'Qaz' meniti di bibir suaminya semenjak mereka berkahwin.
Fairuz mendengus perlahan sebelum menjawab soalan Yusra. Qazrina, sudah lama wanita itu hilang dari fikirannya semenjak kehadiran Yusra dalam hidupnya.
"Qaz, Qazrina. She is my ex."
Yusra tersentak, sorotan matanya terpaku pada Fairuz. Fairuz mendekatkan tubuhnya ke meja. Tangannya turut disilangkan.
"Look, Yusra. I'll be honest with you, she is my past and you are my future. Aku dengan dia, kami dah habis," jelas Fairuz sambil memandang Yusra.
"Okay then. I trust you." Yusra mengangguk. Dia lebih memilih untuk percaya daripada terus di sapa curiga.
"Jom, kita ke Federation Square pulak. Rasanya kau akan suka tempat tu nanti." Fairuz bingkas bangun.
Yusra angguk dan membuntuti langkah Fairuz. Fairuz berhenti sebentar, dia menoleh ke belakang. Yusra menjongket kening, Fairuz mendekat lalu jemari runcing milik Yusra dicapai dan ditarik perlahan supaya berjalan disampingnya.
"Emm... Federation Square, ada apa kat situ?" soal Yusra sambil menahan mukanya yang pijar. Dia segan berpimpin tangan di depan khalayak.
Fairuz yang tahu Yusra segan dengan tingkahnya, perlahan-lahan dia mengelus tangan itu dengan lembut.
"Biasakan. Mulai hari ini tangan ini yang akan selalu dalam genggaman aku," bisik Fairuz. Yusra menunduk makin pijar kulit wajahnya.
Fairuz berdeham.
"Soalan kau tadi, dekat Federation Square ada art, culture and public events. Dah alang-alang kita dekat situ, kita boleh pergi Flinder Railway Station. Tak jauh pun dari Federation Square tu," jawab Fairuz.
Yusra tersenyum lebar. Dengar saja perkataan art, bermacam-macam yang sudah dia bayangkan. Dia sukakan seni dan sebelum ke sini pun dia sudah studi apa yang menarik di Melbourne dan Federation Square salah satu daripada tempat yang ingin dia kunjungi. Tak sangka Fairuz sudi membawanya ke sana.
Selesai berjalan-jalan di Federation Square, mereka ke Flinder Street Railway station yang terletak di tengah-tengah Bandar Melbourne. Stesen ini merupakan antara stesen kereta api yang paling sibuk di Australia. Ia menghubungkan beberapa jenis servis kereta api yang terdapat di Melbourne seperti Metro Suburban dan V/Line.
Reka bentuk bangunan yang unik menyebabkan bangunan ini tersenarai dalam Victorian Heritage. Fairuz dan Yusra berdiri di bawah pintu masuk utama yang ada sebuah jam besar di atasnya.
"Kalau dulu zaman phone tak ada lagi, orang-orang kat sini akan cakap 'I' ll meet you under the clock' kalau nak dating. So, di sini la tempatnya." Fairuz bercerita.
Yusra mendongak memandang jam yang terletak betul-betul di puncak pintu masuk utama. Dia mengangguk beberapa kali. Boleh faham cerita Fairuz.
"Kalau zaman sekarang tak payah la erk?" Yusra sedikit sengih mengusik Fairuz.
"Sekarang tak payah. Kita pakai WhatsApp je senang. Nanti kita set jumpa dekat mana-mana." Jawab Fairuz selamba. Yusra ketawa halus dengar jawapan Fairuz.
"Ruz, saya nak tanya awak satu soalan boleh?" Yusra merapati Fairuz. Dia berpeluh tubuh untuk mengurangkan rasa sejuk setiap kali angin sejuk menerpa. Jaket kulit yang dipakai bagaikan tidak sepenuhnya membantu menghangatkan tubuhnya.
Fairuz mengangkat kening menanti soalan daripada Yusra.
"Awak tak rasa malu ke bila awak kena kahwin dengan saya?" tanya Yusra. Sudah lama dia ingin menanyakan soalan ini pada Fairuz tetapi keadaan tidak mengizinkan.
"Kenapa kau tanya macam tu? Kau rasa malu ke kahwin dengan aku?" Fairuz melontar balik soalan.
Yusra mencebik.
"Saya tanya awak dulu. Tak payahlah soal saya balik." Yusra menjeling.
"Kau nak jawapan jujur ke tak?" Fairuz senyum senget, mengusik. Dia suka lihat muka Yusra merah menahan geram.
"Dah la, tak nak jawab sudah. Saya nak pergi sana kejap. Sejuk duduk dekat sini." Yusra berputar tubuh namun Fairuz cepat melelar lengan Yusra. Tubuh Yusra dipeluk.
"Eh, Ruz... apa ni? Malulah orang tengok." Yusra berusaha memboloskan diri daripada pelukan Fairuz. Namun Fairuz kemaskan lagi pelukannya.
"Kita bukan dekat Malaysia, Yusra. Dekat sini, tak ada orang kisah pun dengan apa yang kita buat. Kita nak berpeluk... nak kissing... tak ada orang marah. Tak ada orang kisah. Lagipun aku tahu kau sejuk. Dan aku tolong panaskan tubuh kau," bisik Fairuz perlahan di telinga Yusra.
Tubuh Yusra mengeras. Terus dia berhenti daripada cubaan melepaskan diri.
"Because you're the perfect that I choose you." Bisik Fairuz lagi.
Yusra mencebik dalam diam. 'Sweet talker, huh?'
"I'm not sweet talker my dear. I'm charmer. A sexy and hot charmer." Bagaikan tahu itu ayat yang bermain di kepala Yusra, Fairuz memberikan jawapan. Fairuz menguraikan pelukan. Senyuman yakin terukir di bibirnya.
Yusra terpegun. Terkedu dia dengan tindakan dan kata-kata Fairuz. Matanya tidak terlepas daripada panahan mata coklat cair milik Fairuz. Kakinya terasa seperti tidak berpijak di bumi yang nyata.
Slow-slow.update ya. Ada typo yang sempat saya baiki, saya baiki. tq semua yg sanggup re-read CBYS.
Share this novel