Bab 77 : CBYS

Romance Series 109654

"Sekarang cerita dekat abah, apa dah jadi?" Tanya Tengku Faisal kepada Tengku Fatihah pagi ini di bilik bacaan.

Terkejut betul dia bila dengar cerita dari Pak Mail tadi, semalam Fatihah balik ke Teratak Qaseh dengan Tengku Faiz Iskandar pada jam 1 pagi! Dengan bagasi besar pulak tu. Dia pun dah naik pening fikirkan perangai anak dara yang ni sorang, tak habis-habis suka buat hal sendiri, keputusan sendiri. Tegur sikit, merajuk. Tegur sikit, bawa diri ke rumah Tengku Faridah.

Agaknya Fatihah ni lebih suka kalau dia dan isterinya jatuh sakit dengan perangai tak semengah Fatihah tu. Tengku Faisal mengeluh berat. Fatihah... Fatihah.. bila kau nak berubah nak?

Fatihah menekur pandang lantai. Rambut yang panjang mengurai dikuak ke belakang sedikit, tapi sempat membetulkan anak rambut depannya supaya menutup kesan lebam biru di pipi akibat tamparan sulung Tengku Fairuz semalam.

"Pipi tu dah kenapa?" Tanya Tengku Faisal lagi. Sempat dia lihat kesan biru di pipi anaknya sebelum rambut Fatihah menutupnya. Mata tuanya teralih kepada tepi bibir anak gadisnya. Ada kesan hitam disitu. Macam bekas luka. Tengku Faisal mengerut dahi lagi. Hatinya mengesyaki ada sesuatu yang dah berlaku pada Fatihah.

"Abah tanya , pipi tu dah kenapa?" Tanya Tengku Faisal buat kali ke tiga. Kali ini suaranya naik tinggi sikit dari tadi. Tak jawab jugak memang kena pelekung la Fatihah.

"Tehah ja.. jatuh tangga sema.. semalam...." Tipu Fatihah. Tak kan dia nak ceritakan hal sebenar. Nanti tak pasal-pasal Abah tahu dia punya kerja, pergi serang menantu kesayangan Tengku Faisal dan Tengku Fauziah. Huh, ingatkan itu pun dah meluat!

"Jatuh apa nya sampai lebam, berdarah bibir macam tu? Ingat abah ni tak tahu nak bezakan orang jatuh tangga dengan orang kena pukul? Cakap kat abah, siapa pukul Tehah?" Tengku Faisal menyelak anak rambut Fatihah supaya kelihatan lebih jelas dimatanya kesan biru itu.

Fatihah mendecit kecil bila tangan Abahnya menyentuh hujung bibir. Masih rasa pedih lebih-lebih lagi dia tak sempat nak sapu apa-apa ubat semalam. Sampai semalam pun dah jam berapa, sebaik sahaja masuk bilik terus terkam katilnya.

"Ni... kenapa ni? Bagitahu abah apa dah jadi? Semalam balik nga Is kan? Jam berapa balik? Tehah dengan Is dari mana?" Berasak-asak dengan pelbagai soalan. Keras nadanya. Gerak Fatihah sikit.

"Tehah dar.. dari.. rumah Aten semalam. Is tum.. tumpangkan Tehah ba.. balik." Jawab Fatihah tergagap-gagap. Kecut perut hadap jerkahan Fairuz semalam tak habis lagi, hari ni kena mengadap abah pula. Abah pun boleh tahan juga suaranya bila mengaum. Mahu longgar segala skru lutut ni.

"Is pukul Tehah ke?"

"Tak. Bukan Is, abah." Cepat saja Fatihah jawab. Tak kan nak kambing hitamkan Faiz pula. Bukan salah Faiz pun. Dari dia pergunakan Faiz, baik dia berterus terang saja, Fairuz punya kerja.

"Kalau bukan Is, siapa? Aten? Tehah gaduh dengan Aten ke?" Tembak Tengku Faisal lagi. Dia pun sedia maklum Fatihah menumpang di rumah Fatin sejak kejadian yang menimpa Yusra dulu.

Aten? Huh, ya memang dia bergaduh dengan Aten tapi luka ni bukan sebab Aten, abah. Nak je itu yang dia jawab macam tu tapi dia tahan hati. Tak nak buka pekung sendiri. Rasanya baik dia diam. Mungkin lama-lama, senyap lah abah.

"For the last question, who hit you?"

Fatihah berkeras lagi. Diam seribu bahasa.

"Tengku Fatihah!" Bergema Tengku Faisal menyebut nama penuhnya. Amaran keras dari seorang insan bergelar ayah.

"Abang...." Jawab Fatihah sepatah perlahan. Takut-takut.

"Abang? Which one? Fairuz or Furqan?" Tanya Abahnya. Eh Furqan, mana ada sekarang. Doktor muda tu tengah sibuk berkursus di Pulau Pinang. Yang tinggal cuma Fairuz...Fairuz ke? tapi dah kenapa bergaduh dengan Fairuz?

"Fairuz?"

Lambat-lambat Fatihah mengangguk. Matanya terpejam. Berserah kalau abah mahu ambil apa-apa tindakan dengan apa yang berlaku.

Anggukkan Fatihah buat dada Tengku Faisal berombak ganas. Dah kenapa dua beradik ni nak bergaduh pulak? Pasal Yusra lagi ke? Dia bukannya tak tahu Fatihah tidak suka Yusra sejak dari dulu. Fatihah pun pernah mengugut dia, kalau Yusra masih ada dalam rumah mereka, Fatihah tak akan jejak kaki ke sini.

"Call him now. I want to see him here now!" Arah Tengku Faisal keras.

"Tehah tak fikir abang akan jawab kalau Tehah call. Why not, if you try to call him..." Ujar Fatihah dalam debarnya.

"OK then.. Tehah pergi rehat, nanti sapu ubat pada luka tu."

"Baik abah."

Tengku Faisal capai telefon bimbitnya sebaik sahaja kelibat Tengku Fatihah hilang di sebalik pintu. Cari nombor telefon Fairuz dan di tekan butang call.

"Assalamualaikum Ruz. I need you to explain, what happened about last night?" Terus asal Fairuz dengan soalan panas.

Matanya terbuka luas bila dengar bicara Fairuz di hujung sana. Telinga menangkap segala butir bicara Fairuz dengan jelas.

"Okay, next time we talk about this. Abah tak kan biarkan dia buat macam-macam lagi. Ruz jaga Yusra elok-elok. Don't leave your home under guard. Nanti abah akan carikan orang untuk temankan dan pantau Yusra." Ujarnya.

"Okay Ruz. Pandai lah abah simpan rahsia ni dari umi. Kirim salam pada mertua Ruz. Insha Allah ada masa, abah pergi lawat Yusra kat rumah kamu. Assalamualaikum." Talian dimatikan. Tengku Faisal renung telefonnya. Susah untuk dia percaya tapi Fairuz kata dia ada bukti semua perbuatan Fatihah. Nampaknya Fatihah makin melampau!

* * *

Tengku Fairuz memimpin tangan isterinya dengan berhati-hati membawa Yusra masuk ke kamar mereka di tingkat bawah. Fairuz sanggup tukar bilik mereka bagi mengurangkan pergerakan Yusra. Genap seminggu pembedahan Yusra, akhirnya Yusra dibenarkan balik.

Mak Som, selaku pembantu rumah upahan Tengku Faisal membawa masuk beg pakaian Yusra sepanjang tempoh Yusra di hospital.

"Abang, Yusra rasa Yusra dah okay. Jangan risau." Ujar Yusra bila tiba di katil.

Fairuz cuma diam, membantu Yusra untuk duduk. Tubuh Yusra disandarkan ke kepala katil dan dinaikkan kaki Yusra ke katil.

"Selagi abang ada kat rumah, abang akan jaga Yusra. Yusra tak sihat sepenuhnya lagi. Parut operation pun belum sembuh sepenuhnya lagi." Balas Fairuz. Tangannya membetulkan selimut di kaki Yusra.

Hajjah Sumayah dan Haji Shafie muncul di balik pintu. Menapak masuk ke bilik mereka. Tersenyum Yusra bila wajah ibu dan ayahnya muncul.

"Ruz, Yus, ayah rasa esok ayah dah kena balik Besut. Kalau tak ada halangan, ayah datang lagi minggu depan." Haji Shafie memulakan perbualannya. Serba salah sebenarnya tapi dia juga punya urusan di kampung.

"Tak apa ayah. Ayah dan ibu pun dah lama kat sini. Yus faham. Lagipun Yus dah okay ni.. Insha Allah, Seminggu lagi sembuh la parut ni." Ujar Yusra yakin. Lagipun Doktor Haura sendiri yang sahkan dia semakin baik dan luka pembedahan pun tiada masalah apa-apa.

"Ayah ingat nak bagi ibu temankan Yus dulu kat sini seminggu dua ke... tu pun kalau tak keberatan, boleh Ruz?"

"Eh.. tak payah la ibu.. ayah.. kesian ibu dan ayah nanti.. kalau ibu jaga Yusra kat sini, siapa nak jaga makan minum ayah kat rumah? Yusra okay la ayah.. jangan risau.. lagipun Mak Som kan ada. Mak Som boleh tengok-tengok kan Yusra kalau abang tak ada." Jawab Yusra lagi bagi pihak suaminya. Kalau boleh dia tak nak susahkan ibu dan ayahnya lagi.

"Ayah tak kisah la Yus. Ayah ni sihat, kuat lagi.. boleh urus diri ayah sendiri.. Kami cuma fikirkan Yusra, kesihatan Yusra."

"Tak apa ayah, ibu... Yusra okay.. Kan abang?" Yusra toleh pada suaminya mahu minta sokongan.

Fairuz terdiam sejenak sebelum mengangguk.

"Ha'a ayah, ibu... Jangan risau, Ruz akan jaga Yusra baik-baik. Lagipun Doktor Haura ada bagitahu, dalam seminggu lagi luka operation ni akan sembuh." Jawab Fairuz.

Keluh dari kedua mertuanya kedengaran. Keruh muka mereka. Fairuz pula diterpa rasa bersalah.

"Ayah...." Yusra genggam erat tangan ayahnya.

"Yus tahu Ayah risaukan kesihatan Yus, keselamatan Yus selepas apa yang dah jadi pada Yus tapi sekarang, Yus dah okay ayah. InshaAllah parut ni tak lama lagi akan sembuh. Anak Yus pun sihat kat dalam ni. Yus janji.. Yus akan jaga pemakanan Yus elok-elok, semoga luka ni cepat sembuh seperti sedia kala, okay ayah? Satu lagi Yus janji, Yus akan jaga cucu ayah kat dalam ni. elok-elok. Boleh ayah?"

Haji Shafie diam. Tangan kirinya menepuk perlahan tangan Yusra yang sedang menggenggam tangan kanannya.

"Kalau dah itu Yus cakap. Ayah dah tak boleh nak cakap apa. Ayah pegang pada setiap janji Yus
Cuma ayah nak pesan, jangan mudah percaya cakap orang lain. Tetapkan pendirian Yus. Apa yang dah jadi, jadikan satu pengajaran. Ayah dan ibu sentiasa doakan keselamatan Yus." Haji Shafie titipkan pesanan.

Dia sudah sedia maklum perihal surat perjanjian mereka telah diketahui oleh Yusra. Cuma mereka masih tiada kesempatan untuk berbincang dengan Yusra sendiri. Dia bimbang kalau Yusra fikir yang bukan-bukan tentang dia dan isterinya.

Yusra mengangguk. Peluk tubuh ayahnya. Mata naik pandang Hajjah Sumayah, ada senyuman terukir di bibir ibunya.

"Ayah keluar dulu ya. Yus rehat la dulu." Haji Shafie meminta diri. Hajjah Sumayah membuntuti langkah suaminya.

"Ibu... boleh tak duduk dengan Yus sekejap?" Pinta Yusra tanpa sempat Hajjah Sumayah sampai ke pintu bilik.

Hajjah Sumayah menoleh. Seketika kembali toleh pada suaminya. Haji Shafie memberi isyarat untuknya mengikut permintaan anak perempuannya.

Fairuz bagaikan faham Yusra mahukan masa berduaan dengan ibunya, meminta diri untuk mengikut langkah ayah mertuanya ke ruang tamu.

"Ibu...." Yusra menepuk sedikit tempat di sebelahnya, mahu ibunya duduk di situ. Dia mahu bertanyakan sesuatu kepada ibunya. Segaris senyuman diberikan kepada ibunya sebaik sahaja ibunya melabuhkan duduknya di situ.

"Kenapa Yus? Yus ada nak apa-apa ke?" Tanya Hajjah Sumayah.

Yusra tenung ibunya. Tak mungkin ibu dan ayah macam yang kak Fatt cakapkan hari tu...

"Mak dan ayah kau pun terlibat sekali kan? wahhh tak sangka.. sebab nak kan harta orang, sanggup mak dan ayah kau serahkan kau pada kami. Haha.. Banyak rupanya guna kau ni kan...? Patut la tak menyempat ayah kau tunggu umur kau matang sikit lagi.. Cepat-cepat je dia dikahwinkan kau dengan Fairuz kan? Emm.. kau ni pembawa rezeki, kan?"

Masih tergiang-giang ayat Fatihah tempoh hari. Sejak kesihatannya semakin membaik ni, dia tak sabar-sabar nak tahu kisah sebenar di sebalik surat perjanjian dan surat-surat Faiz dulu. Sedikit sebanyak ada hatinya mahu percaya dengan apa yang di cakapkan oleh Fatihah. Matanya belum buta untuk mengenalpasti tandatangan ibu dan ayahnya yang tercoret atas kertas itu.

"Yus.. kenapa ni?" Lembut suara Hajjah Sumayah bertanya. Risau tengok Yusra yang tiba-tiba mengelamun.

"Yus nak tanya ibu sesuatu.."

"Yus nak tanya apa tu?"

"Yus nak tahu pasal..."

"Pasal apa?"

"Pasal perjanjian ayah dan ibu dengan Tengku Ibrahim."

Hajjah Sumayah terdiam. Diam-diam dia teguk liur dulu. Tentang ni? Sepatutnya Yusra kena tanya ayahnya bukan dia.

"Kenapa ibu dan ayah perlu setuju?" Tanya Yusra bila ibunya cuma diam.

"Ibu dan ayah setuju bukan sebab gilakan harta diorang, kan?" Tanya Yusra lagi. Seperti yang dikatakan oleh Tengku Fatihah tempoh hari.

"Tak Yus. Tak. Kami tak pandang pun harta ataupun ganjaran yang kami dapat dari Tengku Ibrahim selepas kami setuju untuk satukan Yusra dengan Fairuz. Kami setuju sebab Tengku Ibrahim merayu supaya kami terima semua syarat yang dia berikan sebagai balas budi ayah dan atuk Yusra dah selamatkan dia dulu." Ujar Hajjah Sumayah.

"Kenapa Yus yang jadi korban?"

"Kalau ibu cakap ni, mesti Yus tak percaya sebab Yus masih kecil. Yus mesti tak ingat apa-apa. Sejak dari Yus kecik lagi, Fairuz dan sepupu dia sukakan Yus. Selalu berebut nak main dengan Yus dan selalunya yang menang tentu Fairuz. Dia sangat-sangat sayangkan Yus. Tak bagi sesiapa sentuh Yus. Bila Tengku Ibrahim tengok keadaan tu, dia dah berhajat mahu satukan Yusra dengan salah satu cucunya. Tak kisah samada Fairuz ataupun yang sorang lagi." Bicara ibunya.

"Yus rasa macam ibu dan ayah dah jual Yus kepada keluarga Tengku Ibrahim. Bila sah saja ikatan perkahwinan Yus dan Fairuz, ayah dan ibu akan dapat habuan. Tanah hujung kampung tu dah jadi milik ayah, Kan?" Serkap jarang Yusra.
Dia pun tahu tentang tanah tu. Sebulan dari tarikh perkahwinannya, ayah berjaya dapatkan tanah luas di hujung kampung, katanya untuk ayah usahakan Ladang sawit sedangkan tanah tu melanggut tinggi nilainya.

Hajjah Sumayah mengangguk. Angguk sajalah dari mengelak. Alang-alang Yusra pun sudah tahu.

"Apa lagi ibu?"

Giliran Yusra pula korek rahsia... 33k Views.. terima kasih byk2.. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience