Bab 62 : CBYS

Romance Series 109654

Tuk.. Tuk...

Pintu pejabat Tengku Faiz Iskandar diketuk oleh pembantu peribadinya, Naufal. Dengar sahaja suara Faiz menyahut dari dalam, Naufal mula menolak dedaun pintu pejabat bossnya.

Faiz Iskandar angkat muka apabila tetamu yang ditunggu sudah kunjung tiba. Yakin yang Naufal akan berikan keputusan yang positif walaupun belum cukup tempoh dua minggu yang dia diberikan.

"So how?" Tanya Faiz Iskandar terus tanpa tunggu Naufal bersuara.

Tidak sabar sebenarnya. Hati berbelah bahagi. Separuh hati percaya dengan bisikan hatinya, separuh lagi pula menyuruh dia menafikan segala bisikan itu.
    
"Relaks la dulu boss.. Bagi saya duduk dulu nanti saya bagitahu boss. Everything." Naufal henyak punggung di kerusi depan kerusi depan meja Faiz sementara tangan seluk poket kotnya. Sampul surat berukuran A5 di letakkan di atas meja.

Faiz Iskandar mengambil lalu dengan pantas membukanya .Tidak sabar untuk tahu apa isi kandungan sampul surat berkenaan. Seluk tangan dan keluarkan beberapa beberapa keping gambar Yusra Saidah dari sekolah menengah sehingga ke alam perkahwinan serta beberapa keping kertas sebagai bukti sokongan. Reaksi Faiz? Tentu-tentunya ada rasa terkejut walaupun dia sudah menjangkakannya dari awal-awal lagi.

"Orang dalam gambar tu memang isteri Tengku Fairuz, boss. Dia jugak kawan kepada adik Tengku Fairuz, Tengku Fatihah masa diorang sama-sama belajar di MRSM dulu. 'Diorang' memang orang yang sama." Beritahu Naufal.

Naufal menerangkan segalanya dengan terperinci. Faiz hanya mendengar tanpa sebarang ulasan. Wajah Faiz mula sudah bertukar sugul. Sesekali dia mengangguk, faham dengan apa yang disampaikan. Selesai segala urusan, Naufal minta diri.

Faiz termangu sendiri. Kini tepat andaiannya. Yusra Saidah dan 'Saidah' adalah orang yang sama. Dia tidak boleh nafikan kini. Gambar Yusra di zaman sekolah sebijik dengan Idah ketika di awal-awal perkenalan mereka. Kenapa dia tak perasan selama ni, Yusra tu Idah? Berkali-kali persoalan itu berlegar-legar di kepalanya.

Faiz raut muka dengan kedua telapak tangannya. Siku ditongkatkan di meja. Apa yang perlu aku buat sekarang? Mengalah dengan Fairuz dan terima kenyataan yang Yusra Saidah bukan milik dia? Atau perlu ke dia mempertahankan hak dia?

* *Imbas kembali* *

Faiz Iskandar baca sekali lagi surat yang dikirimkan Yusra Saidah untuknya melalui Fatihah. Selama ini pun dia dan Yusra ada berkirim surat atau poskad melalui Fatihah. Dia sendiri tidak ada alamat tetap Yusra Saidah. Jadi sebagai jalan selamat, dia jadikan Fatihah sahaja perantaraan mereka.

Walaupun ringkas dan pendek sahaja namun cukup padat isi kandungannya. Cukup jelas membuktikan bahawa Yusra mahu diberikan peluang dan ruang untuk dia sendiri berfikir tentang hala tuju perhubungan mereka yang dikirakan masih terlalu awal.

Fatihah dan Fatin yang duduk di depannya dipandang bergilir-gilir. Meminta sebarang penjelasan dari mereka berdua. Namun mereka lebih banyak diam dari berkata-kata.

"Apa maksud Idah ni Tehah?" Ada getar dalam nada Faiz bertanya.

Mustahil dia tak faham apa yang ditulis tapi persoalannya kenapa tiba-tiba? Di saat dia sudah tamat pengajiannya. Dia sudah terlanjur berjanji dengan Yusra Saidah, tamat pengajiannya dia akan balik ke Malaysia untuk bertemu semula dengan Yusra Saidah. Seperti yang pernah dijanjikan dengan Yusra Saidah dulu.

Sekarang sudah 3 tahun berlalu, bermakna dia sudah tamat pengajian dengan jayanya dan Yusra Saidah juga sudah tamat alam persekolahan menengahnya. Kalau di ikutkan Yusra Saidah baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM.

"Kau faham apa maksud dia, Is. Aku pun tak sangka Idah sanggup buat permintaan macam ni. Selepas kau habis belajar baru dia mintak semua ni. Dulu elok je dia balas segala surat yang kau kirim selama ni, walaupun sekali dua je yang dia balas. Tapi at least dia balas, kan? Tak sangka ini yang jadi bila dah bertahun hubungan korang. Ni maybe yang last kot.. dia balas." Beritahu Fatihah.

Mukanya menunduk semasa menjawab soalan sepupunya. Mungkin sedih bila adik angkat sendiri buat hal. Surat di tangan Faiz diambil lalu dibaca sekali lagi. Kemudian dia hela nafas panjang.

"Aku kesian dekat kau, Is. Kau terlalu setia dengan dia tapi dia tiba-tiba jadi macam ni...." Fatihah tidak meneruskan ayatnya. Berharap Faiz Iskandar faham-fahamlah sendiri apa maksudnya.

"Abang, dari dulu lagi Aten dah cakap Idah tu budak-budak lagi tapi abang tu yang anggap dia lebih-lebih. Aten bukan tak suka dia, tapi masih terlalu awal la abang untuk abang taruh harapan pada dia.." Protes Fatin Isma.

"Patut la Idah lama diam. Aku ingat kau yang tak kirim segala surat-surat aku tu rupanya dia yang tak balas." Faiz Iskandar mengeluh. Mata Fatihah sedikit meluas dengar ulasan Faiz.

"Aku ni bukannya jahat sangat sampai aku nak sabotaj kau macam tu Is. Segala surat kau, semua aku kirim kat Idah. Dan segala surat Idah, aku bagi balik kat kau." Fatihah membela diri. Sedikit terasa dengan tuduhan Faiz.

"Aku tak kata kau jahat Tehah. Aku kenal kau. Kau sepupu aku yang paling rapat. Tak kan kau sanggup nak buat jahat kat aku kan? Tapi.. surat ni.... kenapa Idah tulis macam ni?" Tanya Faiz lagi. Dua gadis depannya jongket bahu.

"Sebab tu aku ajak kau datang sini. Kita bincang kat sini. Kat sana dah tentu-tentunya ada Ruz. Kalau dia ada sekali, aku tak rasa dia berminat nak tahu. Silap hari bulan, dia pulak bagi kita ceramah free.." Ujar Fatihah tanpa menjawab soalan Faiz.

"So apa plan abang sekarang ni?" Tanya Fatin pula.

Faiz termangu seketika. Mencari jawapan yang tepat sebelum diberikan pada adiknya. Fatihah berdehem menarik perhatian Faiz untuk toleh padanya. Seperti yang dia mahukan Faiz pusing kepala mengadapnya.

"Macam ni lah Is. Aku rasa kita ikut je apa yang Idah nak. Dia nak kita bagi dia peluang dan ruang untuk dia berfikir secara matang. Ala.. Is bukannya lama pun. Setakat tiga, empat tahun tu bukannya lama. Sementara tu, kau stay la kat sini dengan Kitorang. Nanti kita balik Malaysia, kita cari Idah sama-sama. Aku janji." Fatihah berkata seraya mengangkat tangan kanannya separa bahu seperti mengangkat sumpah.

"Ruz macam mana? Aku dah janji dengan dia, nak balik tolong uruskan Mentari dengan Atuk."

"Ruz? Pandai-pandai la dia nanti. Kau pujuk la Amm suruh gantikan tempat kau dulu. Nanti kita dah ready nak balik and stay Malaysia, kita join la Mentari. Kita settle masalah kau dulu sebelum kita join Mentari. Buat masa sekarang, kitorang kena fokus study and kau fokus dengan life kau kat sini. So, macam mana?" Fatihah berikan pendapatnya.

Sesekali matanya dilirikkan kepada Fatin untuk membantu menyokong keputusannya.

"Ha'a.. Aten pun rasa macam tu abang. Kita bagi Idah masa macam yang Idah nak. Nanti bila dah ready, kita sama-sama balik cari Idah. Tak lari pun Idah tu. Dia cuma nak abang bagi dia masa je. Just give her some space to think about your relationship." Tambah Fatin menyokong pendapat Fatihah dan juga apa yang tertulis dalam surat Yusra Saidah.

"Korang tak faham dengan apa yang aku rasa.. Aku betul-betul serius dengan Idah. Aku tak pernah main-main kalau melibatkan Idah."

Kedengaran Fatihah mengeluh perlahan.

"Aten faham abang. Tapi... kalau abang balik sekarang, abang jumpa Idah.. lepas tu abang nak buat apa? Propose her? Come on la abang... Idah just 17 years old. Abang rasa dia akan terima ke kalau tu keputusan abang?"

"Betul kata Aten tu. Kalau pun tahu Idah tu budak pandai. Tak kan la habis SPM, dia dah nak kena fikir pasal kahwin semua tu. Dia tentu-tentunya ada cita-cita, impian dia.. Kau tak kesian kat dia ke? Just bagi dia masa dan ruang. Tu yang dia mintak. Bukannya mitak kau jangan cari dia terus pun..."

Faiz mendengus kasar. Geram dengan Fatihah dan Fatin yang tidak memahami kehendak hati dia.

"Aku tak cakap pun, aku nak balik and nak cari dia, aku nak terus melamar dia. Aku just nak sambung balik kisah aku dan dia. Aku dan dia dah 3 tahun kenal tapi tak macam kenal. Aku nak kenal dia dengan lebih rapat. Salah ke?"

"Tak salah Is.. tapi kau tu kena bagi dia masa... Hanya tu yang dia mintak Is."

"What if, aku yang balik dulu and settle masalah aku dengan Idah... alone. Okay je kan?" Faiz berkeras menolak pendapat Fatihah.

Faiz tetap dengan rancangan asalnya untuk terus balik ke Malaysia memandangkan pengajiannya selama 5 tahun di Ireland sudahpun berakhir. Dia akan mulakan kariernya di Mentari dan mencari Idah di Terengganu, mahu menyunting gadis itu sebagai miliknya seorang walaupun dia tahu Yusra Saidah masih terlalu muda. Tapi dia risau kalau semakin lama berjauhan, semakin jauh hubungan dia dengan Yusra Saidah. Ada perasaan tidak enak bertamu di hati.

"Kau tahu ke alamat rumah Idah? Aku ni sebagai kakak angkat dia pun, aku tak tahu alamat rumah dia yang terbaru.. ini kan pulak kau. Kau ni Is, boleh tak kalau kau bawak bersabar? Idah tak lari ke mana pun. Dia cuma mintak kau bagi dia sedikit ruang untuk dia fikir hala tuju hubungan korang ni. Kalau yang ni pun kau rasa susah nak ikut, kau rasa Idah boleh ke terima kau macam tu je ke? Dia nak fokus pada study dia la Is." Fatihah bersuara lantang. Berang dengan sikap degil Faiz Iskandar.

"Aku kenal Idah. Walaupun kau nampak dia lembut macam tu, dia ada keras kepala dia. Dia tak suka orang push dia. Dia setia dengan kau selama ni Is. Kalau dia tak setia dengan kau, dah lama dia terima abang-abang senior kat sekolah aku dulu. Kau jangan risau lah. Aku janji dengan kau, nanti aku cuba cari jalan untuk contact dengan Idah lagi. Buat masa ni, bagi dia ruang." Sambung Fatihah dengan suara sedikit meninggi. Kembang kempis hidung Fatihah menahan rasa marah.

Faiz diam. Fatin juga diam.

* * *

'Assalamualaikum abang Faiz. Idah minta maaf kalau surat Idah ni membuatkan abang rasa terganggu atau buat apa tak selesa. Idah cuma mahu abang teruskan dengan kehidupan abang seperti sebelum abang Faiz kenal Idah. Begitu juga dengan Idah. Bagi Idah masa dan ruang untuk Idah fikirkan semula tentang hubungan kita sebelum kita pergi dengan lebih jauh.

Abang di sana dan Idah di sini. Masa depan kita, bukan kita yang pegang. Idah harap abang faham apa maksud Idah. Idah akan terus menunggu abang macam yang abang mahukan tapi kalau di antara kita ada sesiapa, bagilah cinta itu kepada'nya'. Idah harap abang sudi bagi Idah ruang untuk Idah capai cita-cita dan impian Idah terlebih dahulu. Idah minta maaf abang Faiz.'

~Saidah Shafie

Berkali-kali surat ringkas cetakan komputer itu dibaca. Tiada tandatangan Yusra Saidah seperti warkah-warkah sebelum ini. Walaupun surat itu sudah berusia 4 tahun lepas, masih kekal utuh di simpan dalam walletnya. Faiz melipat kembali surat tersebut dan dimasukkan ke tempat asalnya.

"Is... hey what's up?" Tegur Syed Ammar di balik pintu.

Faiz mendongak.

Wajah sugul Faiz menarik minat Syed Ammar untuk menegur. Syed Ammar melangkah masuk lalu duduk di kerusi depan Faiz tempat Naufal tadi.

"Kenapa ni, Is?" Ammar bertanya. Terbiasnya kerisauan di balik wajahnya sebagai seorang sahabat bila melihat wajah sugul Faiz.

Faiz melepaskan nafas berat. Terlalu berat untuk dia ceritakan tentang 'masalah' ini kepada sesiapa sahaja terutama sekali Ammar dan Fairuz. Dia sedar, sejak dia 'tinggalkan' Fairuz dulu, Fairuz lebih rapat dengan Ammar berbanding dia. Silap dia! Sekarang macam mana dia mahu berdepan dengan Fairuz?

"Is? kau okay tak ni? what's your problem?" Tanya Ammar lagi. Buat kali ke-3. Kalau kali ke-4, Faiz tak jawab maka dengan sendirinya akan faham. Faiz tidak perlukan khidmat nasihatnya.

"Amm.. Ruz bila masuk office?" Faiz sengaja melencong soalan. Dikawal ekspesi muka supaya tidak terlalu ketara depan Ammar. Hal dia dengan Fairuz nanti dia akan bincangkan dengan Fairuz sendiri.

"Rasanya lusa kot. Lama betul Ruz cuti kali ni. Seronok agaknya duduk kampung."

"Ruz bahagia dengan Yusra?" Soalan Faiz lain dari jawapan Ammar.

Ammar sedikit berkerut.

"Bahagia la kot.. berseri lain macam dia sekarang. Tak macam awal-awal diorang kahwin. Muka ketat." Komen Ammar pula.

"Awal-awal diorang kahwin? kenapa?"

"Emmm... aku ni bukannya kepochi hal orang Is.. Cuma aku sekadar bagitahu kau jelah.. Yusra Saidah tu sebenarnya dah ada steady boyfriend sebelum ni.. tapi tulah... Yusra di tinggalkan..."

Faiz tersentak. Cepat-cepat dia panggung wajah kepada Ammar. Mahu tahu kisah selanjutnya. Yusra di tinggalkan? siapa yang tinggalkan Yusra? Aku ke maksud Amm tu?

"Yusra ditinggalkan? Kau biar betul Amm...tak kan la orang macam Yusra tu boleh di tinggalkan.."

"Itu yang Ruz bagitahu aku. 7 tahun Yus setia pada si dia tup.. tup.. senyap sepi... bagai angin lalu.. Kesian.. siapa lah yang bodoh tu tinggalkan Yusra yang cantik lawa macam tu.. rasanya kalau orang tu tengok Yusra sekarang mesti makan hati berulam jantung la.." Tambah Ammar.

Faiz diam sejenak. Berkira-kira dalam kepalanya. 7 tahun.... 7 tahun..... Matanya terbuka luas... 7 tahun lepas, dia kenal Yusra.. maknanya Yusra masih setia dengan dia?


* * *

"Explain. to. me. everything. now!" Galau suara Fairuz menyapa telinga Yusra. Arahan yang wajib Yusra penuhi tanpa banyak soal.

Yusra melangkah setapak maju ke hadapan. Duduk bersimpuh depan Fairuz tanpa menghiraukan pandangan tajam lelaki itu.

"Yusra akan cerita.. tapi bukan kat sini. Yusra tak nak ada orang lain dengar. Boleh?"

"Kenapa tak nak cerita kat sini?" Tanya Fairuz pula.

"Yusra tak nak sesiapa tahu tentang hal ni. Tak ada sesiapa tahu melainkan Yusra, Faiz dan Fatihah. Dan sekarang abang. Yusra janji nanti Yusra akan berterus terang dengan abang. Everything."

"Faiz? Wow.... now Is bertukar dengan Faiz? Tak nak sesiapa tahu? Okay fine...Pack barang, kita balik rumah kita. Now!" Mandatori arahan dari Fairuz. Sakit di hati hanya tuhan saja yang tahu.

Yusra bungkam dengan sindiran Fairuz.

"Sekarang? tapi nanti apa Yusra nak jawab bila ibu dan ayah tanya?" Resah Yusra fikir. Macam mana dia nak jawab nanti?

"Do I look like I care?" Suara celah gigi. Walaupun perlahan tapi mampu melonggarkan segala skru lutut Yusra.

Fairuz masih cuba mengawal suaranya dari meninggi. Masih sedar dimana tempat mereka sekarang. Melihat tiada respon dari Yusra, Fairuz rasa tercabar. Dia bangun dari tempatnya. Capai beg bagasinya dan campak ke katil. Di buka zip beg secara rakus dan mengambil segala bajunya yang bergantungan di dalam almari kemudian di humbankan ke bagasi.

"Pack my things right now! Kita balik sekarang!" Arah Fairuz lagi.

Yusra mendongak. Terasa dengan tindakan Fairuz.

Bila terlalu percaya..... huhu tq utk 23k view.. Saya betul2 hargainya. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience