Bab 48 : CBYS

Romance Series 109654

"Upt?"

"Ha'a. Urine pregnancy test."

Serentak mereka berpaling sesama sendiri. Upt? Yusra telan air liur. Fairuz juga. Masing-masing tercengang.

"Tapi doktor, kami..."

Belum sempat Yusra menghabiskan ayatnya, Fairuz menyiku sikunya. Yusra segera toleh pada suaminya. Fairuz menjegil matanya sedikit pada Yusra. Yusra seperti baru menyedari keterlanjuran kata-katanya, segera menutup mulutnya.

''Tapi kenapa tu Puan?" tanya Doktor Syaqila Adila kepada Yusra sebelum mengalih kepada Fairuz. Dapat merasakan ada sesuatu yang mereka berdua sembunyikan sesuatu.

"Tapi kami belum bersedia. Saya.."

Belum sempat Yusra menghabiskan ayatnya, sekali lagi ayatnya di potong, tetapi kali ini oleh Doktor Syaqila. Doktor Syaqila sudah tersenyum sambil menggeleng perlahan.

"Puan jangan risau. Saya faham perasaan puan, lagipun puan masih muda. Perasaan risau dan takut tu normal bagi pasangan yang baru berkahwin lebih-lebih lagi yang berkahwin muda," ujar Doktor Syaqila.

Yusra terdiam begitu juga dengan Fairuz.

"Puan dah berapa lama kahwin ya?"

''Dah 7 bulan kahwin.'' Jawab Yusra.

"Oo.. okay Puan. Tak apa, Puan jangan risau. Nanti saya akan periksa keadaan Puan. First, saya cek dulu urin puan, bila dah dapat result saya akan scan perut puan, boleh puan?"

Yusra hanya mengangguk. Fairuz pula selesa membisu. Mereka mengikut sahaja apa yang disarankan oleh doktor.

* * *


Sekali lagi nama Yusra di panggil oleh Doktor Syaqila Adila apabila selesai beberapa prosedur ujian di makmal patologi. Yusra melangkah masuk ke bilik doktor diikuti oleh Fairuz.

"Silakan duduk Puan, Encik." Doktor Syaqila Adila mempersilakan tetamunya duduk seperti awal-awal pertemuan mereka tadi. Matanya kembali meneliti keputusan makmal patologi di tangannya.

Doktor Syaqila menghela nafas sebelum meletakkan kertas putih itu di atas mejanya. Raut wajah Yusra di tenung sekejap.

"Based on result urin Puan, Puan ada sedikit masalah pada UTI (Urine Track Infection). Ada sedikit jangkitan kuman. Jadi selepas ini, Puan perlu banyakkan minum air putih dan saya akan bekalkan beberapa jenis ubat untuk Puan makan. Untuk result Upt puan, negatif. Tapi untuk pengesahan, saya akan scan perut puan untuk tengok keadaan rahim puan."

Yusra menghela nafas lega. Begitu juga dengan Fairuz. Tanpa membuang masa, Yusra berbaring di atas katil seperti yang di pinta oleh Doktor Syaqila Adila.

"Ada sedikit abnormal pada ovari kiri puan. Macam ada sedikit bengkak. Dan berkemungkinan sebab bengkak ini lah yang membuatkan puan mengalami sengugut yang agak teruk. Bengkak ni juga penyebab kepada kitaran haid Puan menjadi tidak teratur." Beritahu doktor Syaqila Adila dengan serius.

Mata Doktor muda itu masih terpaku pada skrin monitor. Sebelah tangannya masih menekan-nekan perut Yusra dengan transducer. Mencari imej yang terpantul di sebalik komputer dengan lebih jelas. Dan sebelah tangan lagi menekan papan ke kunci di hadapannya.

Terpaku Yusra mendengarnya. Jadi selama ini dia sakit sebab ovarinya bengkak? Tapi sakitnya lebih terasa di sebelah kanan... Dalam Yusra berkira-kira, Doktor Syaqila Adila menarik sedikit monitor komputer ke arah Yusra dan Fairuz yang berdiri di sebelah katil Yusra.

"Ini ovari kanan Puan. Ada imej hitam pada ovari puan ini dinamakan Cyst. Saiz lebih kurang 2.5cm x 2.3cm." Tunjuk Doktor Syaqila Adila kepada Yusra dan Fairuz.

"Cyst? Apa tu doktor?" Giliran Fairuz bertanya. Tubuhnya didekatkan pada skrin monitor. Dahinya jelas berkerut.

"Biar saya terangkan dengan lebih jelas. Mari kita ke meja saya."

"Fibroid dan Cyst biasanya di alami oleh 75% wanita. Fibroid dalam rahim, dan cyst pada ovari adalah pertumbuhan yang tidak baik tetapi bukan kanser, yang boleh menyebabkan gejala dan simptom ringan atau teruk seperti sakit berterusan, kembung atau pendarahan. Seperti yang puan bagitahu saya tadi. Puan selalu sakit perut, selalu rasa kenyang, sakit belakang, sakit kaki, Haid yang tidak teratur dan jangka masa pendek setiap kali haid, kan? Itu antara simptomnya."

"Cyst secara amnya ialah sac atau kantung yang berisi air. Ia boleh terjadi di mana-mana seperti di hati, otak, kulit, kelenjar tiroid dan lain-lain. Cyst yang paling kerap dialami oleh wanita ialah cyst di ovari atau kita panggilnya sebagai kilang telur. Ini kerana ovari mempunyai telur (follicle) yang berkembang pada setiap bulan ketika kitaran haid." Doktor Syaqila Adila jeda sebentar mencari nafas. Replika uterus di hadapannya disuakan kepada Yusra.

"Bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang teratur, setiap bulan beberapa telur di ovari akan berkembang. Apabila cukup matang, telur yang paling besar akan pecah (ovulation) dan mengeluarkan benih (ovum). Ketika ini dinamakan waktu subur (fertile period). Benih ini akan melalui tiub rahim dan masuk ke dalam rahim untuk disenyawakan oleh sperma suami."

"Waktu subur tidak sama untuk semua wanita. Secara kasarnya waktu subur ialah hari ke 12 ke 16 dalam kitaran haid, di mana hari permulaan datang haid dikira sebagai hari pertama. "Sarung telur" yang ditinggalkan oleh benih di dalam ovari akan kekal sebagai corpus luteum. Corpus luteum akan menghasilkan hormon progesteron yang membantu perkembangan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan." Sambung Doktor Syaqila Adila.

"Jadi kalau tidak ada persenyawaan berlaku macam mana doktor?" Tanya Fairuz lagi.

Doktor Syaqila Adila menarik nafas dulu sebelum menyambung penjelasannya tadi.

"Jika tiada persenyawaan berlaku, corpus luteum akan mengecut selepas 14 hari, paras progesteron menurun dan haid pun datang semula. Jika persenyawaan berlaku, janin bayi akan mengeluarkan hormon hCG. Hormon ini boleh dikesan oleh ujian air kencing (urine pregnancy test) seawal 5 minggu dari hari pertama haid sebelumnya, ataupun seminggu lewat haid."

"Hormon hCG juga berperanan menyambung hayat corpus luteum supaya terus hidup dan menghasilkan progesteron. Progesteron diperlukan supaya uri dapat menanamkan diri ke rahim dengan baik. Apabila uri sudah cukup besar sekitar 14 - 16 minggu kandungan, uri akan mengeluarkan hormon progesteron sendiri dan corpus luteum pun mengecut. Apabila corpus luteum ini tidak mengecut dengan sempurna, maka terjadi lah kantung yang berisi air yang dinamankan sebagai Cyst"

"Ada effect apa-apa ke doktor?" Tanya Fairuz lagi. Berdebar-debar. Mukanya boleh tahan serius sama seperti Doktor Syaqila.

"Bergantung kepada situasi. Ada sesetengah cyst akan mengecut dan ada yang tidak. Puan jangan risau, saya akan bekalkan beberapa jenis ubat untuk Puan dan kita repeat scan for the next appointment." Jawab Doktor Syaqila.

"If one day my wife pregnant, berisiko ke Doktor?"

"Kes Pregnant and Cyst adalah kes yang biasa kami temui. Tetapi puan tak perlu risau kalau doktor tidak buat apa-apa semasa puan didapati mempunyai cyst di awal kandungan. Ini kerana, temujanji untuk scan semula ketika kandungan berusia 14 - 16 minggu sudah memadai. Cyst kebanyakkan akan mengecut apabila usia kandungan 10 minggu."

"Walau bagaimana pun, tidak semua cyst mengecut, ada juga cyst yang boleh membesar sehingga 10 cm atau lebih. Cyst yang besar ada risiko untuk pecah, berdarah, dan berputar. Jika ini berlaku, Puan akan mengalami sakit dibahagian abdomen. Jadi pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk membuang cyst dan memberhentikan pendarahan."

"Risiko untuk berlakunya keguguran adalah sehingga 12% jika pembedahan membuang cyst ovari dilakukan di trimester pertama (sebelum 12 minggu). Oleh itu jika cyst perlu dibuang, paling selamat dibuat ketika trimester kedua. Namun ada sedikit risiko rahim akan mengalami kontraksi dan kemungkinan bayi dilahirkan awal." Doktor Syaqila Adila memberikan penjelasannya.

Fairuz dan Yusra mengangguk, faham. Dalam hati, masing-masing mnyimpan seribu satu perasaan.

Masing-masing selesa membisu selepas keluar dari bilik Doktor Syaqila Adila tadi. Bunyi telefon bimbit Fairuz dan lelaki itu meminta diri sebentar. Sedikit menjauh dari Yusra yang sedang menunggu giliran untuk mengambil ubat di kaunter farmasi.

"Lepas ni, kita ke rumah umi. Umi call katanya nak jumpa." Fairuz muncul dan melabuhkan duduknya di sisi Yusra.

Yusra mengangguk.

"Okay tak ni?" Tanya Fairuz.

"Okay." Jawab Yusra sepatah.

"Jangan risau. Kan doktor cakap ada harapan untuk back to normal. Next month, kita datang repeat scan. Sekarang ni, jangan fikir yang bukan-bukan." Fairuz menggenggam erat tangan isterinya. Tahu, bukan mudah untuk Yusra menerima apa yang mereka dengar sebentar tadi.

"Tahu... tapi risau."

"Risau kenapa?"

"Macam mana kalau sayang tak boleh pregnant?"

"Doktor cakap boleh pregnant tadi kan? Jangan risau sangat. Semua tu kerja Allah. Abang ada dengan sayang no matter what." Fairuz menepuk perlahan tangan Yusra bagaikan menyalur sedikit kekuatan kepada isterinya. Hatinya juga gelisah, risau dengan pelbagai andaian.

* * *

"Ruz, macam mana sekarang dengan Yusra?" Tanya Tengku Fauziah di laman belakang saat berdua dengan Fairuz.

Yusra sudah meminta diri ke bilik, tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut.

"Alhamdulillah kami dah makin okay umi." Jawab Tengku Fairuz. Tengku Fauziah senyum kelegaan.

"Dah 7 bulan Ruz kahwin, tak ada apa-apa lagi ke?"

"Ada apa-apa? Ada apa tu umi?" Sengaja buat-buat tidak faham. Sengaja mahu menutup rasa gundah gelana. Baru je tahu tentang kesihatan isterinya, uminya pula bertanyakan soal zuriat.

"Bila nak bagi umi cucu baru?"

Soalan uminya buat Fairuz sedikit tergelak.

"Umi dah bosan main dengan Farhan dan Ana ke?"

"Tak bosan cuma teringin nak merasa ada cucu baru."

"Umi ni.. kan Yusra tu tengah study. Baru masuk sem 1, tak kan nak mengusung perut dah."

"Tak boleh ke? Ruz dengan Yusra merancang ke?"

"Bukan tak boleh umi. Tapi Ruz tak nak bagi umi harapan."

"Kamu merancang ke?"

"Kami tak merancang pun umi cuma bukan masa yang sesuai. Ruz pun tak nak desak Yusra. Ruz faham, dia mahu study dulu."

'Macam mana nak merancang umi, bersama pun tak.' Hatinya berbisik.

"Sampai bila mahu macam ni Ruz?"

"Sampai Yusra dah bersedia umi."

"Pastikan sebelum tempoh perjanjian tamat, Ruz."

Fairuz angkat wajah terus kepada wajah serius uminya. Nampaknya, Tengku Fauziah tidak main-main dengan perjanjian yang telah dibuat oleh mereka dulu.

"Umi, boleh tak kalau kita drop semua perjanjian tu?"

"Tak boleh, Ruz. Selagi tiada pewaris Ruz dan Yusra, kita tak kan dapat apa yang kita nak Ruz."

Tengku Fauziah bertegas dalam nadanya. Fairuz telan liur. Macam mana kalau mereka tiada anak dalam masa terdekat? Dengan masalah Yusra, masalah mereka yang masih 'tidak bersama' agak mustahil untuk mereka menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

"Kalau tiada pewaris?" Berani dalam takut Fairuz bertanya. Mana lah tahu bila ditanya macam tu, hati Uminya sedikit lembut.

"Tamat tempoh, Ruz kena lepaskan Yusra."

Ayat umi, buat Fairuz terpana. Umi? How could you say that? Terbayang hidupnya tanpa Yusra, bagaimana mereka nanti? Panggung wajah pada uminya. Serius muka Tengku Fauziah tanpa segaris senyuman.

"What? No umi! Ruz sayangkan Yusra. No matter what, I will not let her go." Fairuz bertegas kali ni.

"Ruz serius sayangkan Yusra?"

"Yes. Infinity."

"Kalau macam tu, jangan pernah fikir nak drop semua perjanjian."

"Kenapa? Umi pun sayang dia kan?"

"Yes, memang umi sayang dia tapi umi tak sanggup kalau umi terpaksa korbankan apa yang kita ada sekarang. Ruz nak ke kita serah kan semua ni kepada orang lain?"

Fairuz menggeleng.

"So, make sure semuanya berjalan lancar seperti yang kita janjikan. Kalau Ruz serius, umi pun serius. Dia dapat apa yang sepatutnya dia dapat dan kita pun dapat apa yang kita nak." Tengku Fauziah bingkas berdiri meninggalkan Fairuz termangu sendirian.

Umi? Tak dia sangka itu yang umi luahkan. Umi sayangkan Yusra bagai anak sendiri tapi kenapa itu keputusan yang boleh umi buat? Tak boleh ke kalau umi terus sayangkan Yusra seperti biasa walaupun kelak kalau ditakdirkan mereka tidak punya zuriat?

Noted : sedikit info berkaitan Cyst & fibroid mengikut rujukan post Klinik Avicenna.

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-03-02 12:34:10 

Tulips jgih bermaksud meminta maaf. Cyst atau carsinoma in situ(peringkat awal kanser)


NovelPlus Premium

The best ads free experience