Bab 11 : CBYS

Romance Series 109654

Yusra Saidah masih berteleku di tikar sejadah setelah selesai menunaikan solat sunat istikarah 2 rakaat. Mengharapkan petunjuk dari Nya dalam membuat sebarang keputusan. Jam dinding ketika ini sudahpun menunjukkan angka satu pagi. Dia bangkit melipat sejadah dan telekung kemudian dia memulakan pembaringan.

Seluruh biliknya sudah berubah rupa. Hasil kerja pekerja Butik Pengantin De Roses. Cantik! Lagi empat hari dia akan dinikahkan dengan tunangannya, Tengku Fairuz bin Tengku Faisal. Sungguh cepat masa berlalu.

Minggu depan Aishah dan Azam akan berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melapor diri sebagai mahasiswa. Nampaknya hanya dia yang tidak dapat sertai mereka. Lagipun surat penangguhan kemasukkan ke Universiti sudah pun dihantar tiga minggu lepas bersama Furqan.

Kebetulan pula bakal mertuanya meminta Tengku Furqan menemani Yusra Saidah untuk mencuba baju pengantin di Butik De Roses memandangkan saiz badan Tengku Furqan lebih kurang sama dengan Tengku Fairuz.

Selesai menguruskan segala keperluan untuk majlis nanti, Tengku Faisal dan Tengku Fauziah meminta diri pulang ke Kuala Lumpur. Rindu pula dia dengan keletah manja dan nakal dari Tengku Farhan dan Tengku Farhana.

Perlahan-lahan matanya yang kuyu ditutup rapat. Bait-bait lirik lagu Istikarah Cinta bergema di telinganya. Meresap ke hati.

'Bersaksi cinta di atas cinta,
Dalam alunan tasbihku ini,
Menerka hati yang tersembunyi,
Berteman di malam sunyi penuh doa.'

'Sebut namaMu terukir merdu,
Tertulis dalam sejadah cinta,
Tetapkan pilihan sebagai teman,
Kekal abadi hingga akhir zaman.'

'Istikarah cinta memanggilku,
Memohon pertunjukMu,
Satu nama teman setia,
Naluriku berkata.'

'Dipernantian luahan rasa,
Teguh satu pilihan,
Pemenuh separuh nafasku,
Dalam marhabbah rindu.'

Seorang lelaki berkulit cerah dan tinggi lampai itu melangkah menghampirinya. Tangan itu dihulurkan kepadanya sambil tersenyum. Senyuman yang terbentuk itu jelas dimatanya. Menawan! Tubuhnya segak. Tetapi kenapa wajahnya kabur. Tidak jelas penglihatannya seakan-akan ada kabus nipis diwajah itu.

Yusra terjaga secara tiba-tiba. Dia bermimpi lagi. Sudah tiga kali dia bermimpikan lelaki itu. Siapa dia? Senyuman itu? Ya, senyuman itu yang masih jelas di ingatannya.

Yusra menoleh ke kiri dan kanannya, mencari sesuatu. Tiba-tiba matanya singgah pada sekeping kad nama milik tunangnya. Kad itu diambil. Lantas jari jemarinya menekan nombor telefon milik Tengku Fairuz. Satu mesej dihantar sebagai pembuka kata salam perkenalan.

* * *

Tit....

Telefon pintar Tengku Fairuz berbunyi menandakan ada notifications masuk. Tengku Fairuz yang sedang menyemak dokumen mengenai projek Wisma Darus rasa sedikit terganggu.

Pantas tangan kanannya meletakkan pen dan mencapai IPhone yang terletak di sudut meja. Swipe ke kiri dan aplikasi WhatsApp dibuka. Satu pesanan dari nombor yang tidak dikenali.

Pantas tangannya menyentuh ruang 'view' untuk membaca 'text' berkenaan.

Ya Allah,
Sahabatku buah hatiku,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturahim kami Ukhwah fillah
Bermusuh kami Nauzubillah
Berpisah mati InsyaAllah
Pengubat hati doa Rabith

Ya Allah,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman Syurga,

salam perkenalan ikhlas dr YUSRA SAIDAH BINTI HAJI SHAFIE.

~Yusra

Mesej dari Yusra Saidah itu membuatkan Fairuz kagum dengan gadis itu. Senyuman ikhlas terukir di bibir. Semakin tidak sabar untuk mengenali siapa gadis itu.

Gambar Yusra Saidah yang telah siap dibingkaikan dicapai. 3 minggu dia menunggu khabar berita dari gadis itu selepas mengamanatkan abahnya memberikan kad namanya.

Sangkanya abah mumgkin terlupa tetapi ternyata rumusan yang dibuat itu meleset apabila hari ini dia menerima WhatsApp dari Yusra Saidah pagi ini. Jam di skrin telefon di pandang. Jam 5.50 pagi.

'Awalnya bangun!' Getus hatinya.

Sejenak dia berfikir apa yang mahu dibalas kepada gadis itu.

_Assalamualaikum and morning._ ~Fairuz

Hanya perkataan itu ditaip dan dihantar.

_Waalaikummusalam & morning too_ ~Yusra

_Sorry ganggu awak pagi-pagi._ ~Yusra

Dahi Fairuz berkerut.

"Awak? Dia panggil aku, awak?" Soalnya sendiri. Tangan kirinya diletakkan ke dagu. Memikirkan apa yang perlu dibalas. Ok, dapat idea.

_Almost 3 weeks!_ ~Fairuz

_Apa maksud awak? 3weeks?_ ~Yusra

_3 minggu kad tu ada pada kau dan baru hari ni kau contact aku? Seriously?_ ~Fairuz
"Eh, macam kejam sangat ni aku dah bahasakan dengan dia aku-kau," Fairuz berkata lagi tapi tidak lama selepas itu satu senyuman senget kelihatan. Sengaja ingin menduga hati perempuan yang bernama Yusra ini.

"Hurmm memandangkan semua orang puji kau, kau cantik, kau pndai masak, kau baik, kau sopan santun... ok, fine... im your fiance. Aku nak tengok sejauh mana perangai kau depan aku.. wait Yusra... waittt..." sambung dia lagi.

Gambar Yusra diambil. Tidak dinafikan Yusra memang cantik tapi dia sakit hati bila abangnya tidak habis-habis memuji Yusra sedangkan Yusra itu tunangnya!


Lagi sakit hati bila uminya beritahu Yusra pergi fitting baju pengantin berdua dengan abangnya sebagai ganti diri dia memandangkan tubuhnya agak sama dengan Furqan. Dia dapat bayangkan betapa bahagianya Furqan bila dapat situasi itu. Saat abangnya bercerita depan dia pun dia dapat mengagak yang Furqan turut menyukai Yusra Saidah. Hebat sangat ke orangnya?

_Saya minta maaf. Lately busy uruskan hal-hal kenduri._ ~Yusra

_Sorry..._ ~Yusra

_Oh... Okay. It's okay._ ~Fairuz

_Lagipun ni first time aku WhatsApp tunang aku. So, hi my fiance.._ ~Fairuz

Fairuz tersenyum membaca mesej yang dia hantar.

'Hi my fiance?' haha lain je bunyinya. Senyumnya makin lebar.

'Seronok juga layan budak ni pepagi ni.'

_Hi jugak awak._ ~Yusra

_Awak sihat?_ ~Yusra

Membaca itu, Fairuz mencebik.

'Okay, not bad ya kau reply.'

_Alhamdulillah sihat. Kau? Family?_ ~Fairuz

_Alhamdulillah saya sihat. Family saya pun sihat._ ~Yusra

_Saya menganggu awak ke ni? Awak buat apa tadi?_ ~Yusra

_Tak menganggu aku pun. Kebetulan aku tengah semak kerja-kerja aku._ ~Fairuz

_Kau pulak buat apa? Awalnya kau bangun._ ~Fairuz

Jam di skrin dijeling. 6.00pagi. Subuh lagi 10 minit.

'Okay, good... bukan senang nak jumpa anak dara bangun seawal ini zaman sekarang.' getus fikirannya lagi.

_Ohh saya ganggu awak ke? Sorry._ ~Yusra

_Saya terjaga. Tapi dah alang-alang tersedar dah nak masuk subuh, saya tunggu la kejap._ ~Yusra

_Why? bad dreams?_ ~Fairuz

_Eh, tak ada apalah awak. okay, im sorry once again kalau saya ganggu awak. Emm... i have to go. Solat n make a breakfast.._ ~Yusra

_Assalamualaikum._ ~Yusra

Fairuz tersenyum. Mesej itu dibaca lagi. Sama macam uminya bercerita. Seawal 6 pagi, Yusra sudah bangun temankan ibunya sediakan sarapan. Kadang-kadang Yusra sendiri yang buatkan mereka sarapan. Yang paling umi dan abahnya suka nasi lemak lauk ikan tongkol yang Yusra masak. Sepanjang 5 hari uminya disana, pelbagai cerita yang ingin umi kongsikan bersama dia.

Katanya umi 'Ruz tak kan menyesal pilih dia. Percayalah cakap umi.' Haishh hati makin tak sabar hendak berkenalan dengan gadis itu.

* * *


Pagi yang indah dalam hidup seorang Tengku Fairuz. Rasa begitu bersemangat untuk memulakan kerja pagi ni. Mungkin aura Yusra Saidah yang membuatkan dia jadi seceria ini.

Saat melintasi meja pekerja Mentari, semua memandang dia dengan reaksi pelik dan hairan.
Senyuman yang terukir di bibir Tuan Boss juga sesuatu yang jarang sekali mereka boleh melihatnya.

"Assalamualaikum dan selamat pagi Tengku." Sapa Linda selaku setiausaha kepada Tengku Fairuz.

Tengku Fairuz mmenghentikan langkahnya. Briefcase diletakkan di atas meja setiausahanya.

"Waalaikummusalam n morning too. Saya ada apa-apa appointment ke hari ni?" Tanyanya.

Linda memandang bossnya tidak berkelip. Kebiasaannya, Tengku Fairuz akan memanggil dia masuk ke biliknya untuk bertanya tentang jadual hariannya tetapi hari ini sebaliknya.

"Erkkk... sekejap Tengku." Linda tersedar bila Tengku Fairuz memetik jarinya depan mukanya. Segera dia membuka buku nota kecilnya.

"Hari ni Tengku ada metting dengan Datuk Darius jam 11 pagi dan lunch appointment dengan Qazrina. Itu sahaja Tengku." Jawab Linda dan menutup buku notanya.

Tengku Fairuz mengetuk jari jemarinya di meja Linda memikirkan sesuatu.

"Okay. Thanks Linda. I took a week off starting tomorrow. Do you know?"

"Yes, Tengku. Saya tahu." Jawab Linda sopan.

"Ruz... wahh lain macam kau hari ni." Sapa Syed Ammar yang baru muncul di sebalik pintu pejabat Mentari.

Teman baiknya dihampiri. Linda tersenyum mendengar sapaan dari boss keduanya.

"Lain apa nya? Macam biasa je aku rasa." Tungkas Tengku Fairuz.

Dia segera mengambil briefcase dan mula mengatur langkah masuk ke biliknya. Syed Ammar mengekorinya.

"Macam biasa kau kata? Muka kau yang ceria ni boleh menceritakan segalanya la Ruz."

"Okay kalau boleh menceritakan segalanya macam yang Syed kata, cuba cerita kan. Aku nak dengar. Kalau betol, aku belanja kau lunch hari ni."

"Kau tengah angau kan?" Syed Ammar meneka.

"Angau apa pulak kau ni?" Cuba berdalih. Padahal dari subuh tadi lagi dia sibuk fikirkan Yusra.

'Haiii la hati, kau jangan buat tuan kau malu... tolong lah!'

"Angau dengan tunang kau la.... kan?"

"Hish kau ni... banyak la kau angau. Aku kenal dia pun tidak, nak angau kan apanya.." Dia menyangkal lagi. Matanya cepat-cepat dilarikan bila Ammar tajam merenungnya.

Tiba-tiba tawa Ammar meletus.

"Bingo!" Jerit Ammar tiba-tiba sambil bertepuk tangan. Fairuz mengempal penumbuk lalu diangkat.

"Kau jangan nak buat gila main bingo-bingo dekat sini Am.. dah la pergi bilik kau. Aku sibuk ni." Fail dihadapannya di ambil dan dibelek-belek.

Ammar masih memerhati kelakuannya. Senyuman senget terukir.

"Kau tak payah nak berlakon la dengan aku, Ruz. Aku kenal la perangai kau, Ruz."

"Okay fine! Yusra dah contact aku. Puas hati?" Dia mengalah.

Malas mahu berselindung lagi. Syed Ammar siapa yang tidak kenal. Selagi tiada jawapan, selagi itu lah dia akan siasat.

"Wow... ada improvement."

* * *

_Assalamualaikum Ruz. We need to talk about us._ ~Qazrina

WhatsApp dari Qazrina dipandang. Hampir sebulan gadis itu berdiam diri dan hari ini dia muncul. Fairuz senyum sebelah. Kepalanya digeleng beberapa kali.

_I'm sorry Qaz. It's over._ ~Fairuz

_But.. please Ruz. I'm still love you!_ ~Qazrina

_Sorry Qaz. I bukan barang yang you nak campak sesuka hati you dan you bleh kutip i balik sesuka hati you!_ ~Fairuz

Aplikasi WhatsApp itu ditutup. Bingkas dia berdiri dan membuka pintu pejabatnya. Linda, selaku setiausahanya dicari. Sekilas Linda yang tekun meneliti fail didepannya ditoleh.

"Linda, masuk kejap."

"Ok Tengku." Jawab Linda segera bangun dan mencapai buku nota keciknya.

"Mulai esok, saya cuti. Awak tahu kan?"

"Ya Tengku. Tengku dah pun maklumkan pada saya. Tengku cuti seminggu."

"Ok good. Saya tak nak sebarang call dari mana-mana client kecuali urgent calls. If call from Qazrina just ignore her. That's clear?" Tengku Fairuz memberi arahan. Linda mengangguk beberapa kali.

"Ok. That's all."

"Err... Tengku, about lunch appointment with Qazrina today?" Takut-takut Linda bertanya.

Tidak mahu merosakkan mood bossnya namun dia tidak mampu mengabaikan pesanan dari wanita itu.

"I don't want to waste my time with her. Just call her and cancel the appointment." Tegas Tengku Fairuz.

Linda mengangguk lagi dan meminta diri untuk keluar.

Fairuz menanggalkan kot birunya dan melonggarkan tali lehernya. Butang lengan bju dibuka dan dilipat ke siku.

'Kenapa perlu kau muncul lagi Qaz?' bisik hatinya.

Bunyi notification WhatsApp masuk menarik perhatian dia. Saat terpandang nama 'My Fiance' dia mula tersenyum.

_Lets your smile change the WORLD, don't let the world Change your SMILE._ ~Yusra

Senyuman makin lebar bila mesej itu dibaca.

_Tq fiance._ ~Fairuz

'Tidak ada sebab untuk aku tak jatuh cinta pada kau Yusra. Walaupun kita belum berjumpa tapi kau dah buat aku jatuh cinta pada kau!' bisik hati lelakinya.

Share this novel

Sm.mh (Tulip Haura)
2021-07-24 15:44:42 

Haha terus teringat ye? Nnti p terengganu... Sini pun ada lah... tapi tak sama

D.A
2021-07-24 15:42:49 

sedapnya.. teringat nasi dagang gulai ikan tongkol


NovelPlus Premium

The best ads free experience