Bab 18 : CBYS

Romance Series 109654

Toyota Corrolla Altis memasuki kawasan parkir sebaik sahaja sampai di homestay tempat keluarga Fairuz menginap sepanjang 4hari 3malam. 3 buah homestay telah disewakan untuk menampung sebahagaian besar keluarga arwah Haji Ibrahim untuk meraikan hari perkahwinan Fairuz dan Yusra. 1 homestay untuk Keluarga Tengku Faisal, 1 homestay untuk keluarga Tengku Farid dan 1 homestay untuk Tengku Ismail dan Tengku Sulaiman.


Dari jauh sudah kelihatan sanak saudara Fairuz sedang menyusun beg pakaian ke dalam boot kereta masing-masing. Handbrake ditarik dan suis kereta dimatikan. Fairuz melirik pada Yusra di kerusi sebelah.

"Kau jangan jauh dari aku. Aku tak suka kalau ada mata-mata yang pandang kau lain macam. Ingat sini ramai orang. Jaga tingkah laku kau sebagai isteri aku. And one more thing, don't forget to call me 'abang' when in front of our family," beritahu Tengku Fairuz serius.

Penuh dengan maksud yang tersirat. Fairuz segera membuka pintu. Yusra termangu seketika sebelum membuka pintu.

"Hai... awalnya pengantin kita sampai," usik sepupu Fairuz, Tengku Fahmi anak sulung kepada ayahlong, Tengku Farid.

Fairuz tersengih lalu menanggalkan Rayban dan disangkut di poket bajunya T-shirt merah jenama polonya. Yusra disisinya turut tersenyum.

"Amboi sedondon korang ya..."

Tambah Tengku Haikal, adik Tengku Fahmi disebelah Fairuz. Intan Suhana, isteri kepada Tengku Haikal bersalam dengan Yusra Saidah. Mereka berbalas senyuman.

Yusra dan Fairuz berpandangan. Eh, tersama pulak warna baju!

"Balik terus ke ni?" tanya Fairuz tatkala melihat boot kereta Tengku Fahmi sudah tersusun beg pakaian mereka.

Tengku Haikal kemudian meminta diri untuk balik ke homestaynya. Banyak lagi pakaian yang perlu dikemaskan sebelum mereka konvoi bertolak balik ke Kuala Lumpur jam 2.00 petang nanti.

"Singgah sekejap di kampung Penarik tu, diorang nak merasa makan ikan celup tepung. Lepas tu singgah Drawbridge sekejap, baru naik highway," jawab Tengku Fahmi.


Tangan Tengku Fahmi disandarkan ke kereta dan sebelah lagi bercekak pinggang. Penat barangkali menyusun beg-beg pakaian.

"Papa, mama panggil." Anak dara Tengku Fahmi muncul di sebalik pintu.

Tengku Fahmi tepuk dahi, baru berehat sekejap sudah kena panggil lagi.

"Okay lah Ruz, aku masuk jap. Apa lagi la barang yang nak dibawa balik." Rungut Fahmi dan mula mengatur langkah masuk ke homestay.
Fairuz dan Yusra turut tersenyum dengar rungutan Fahmi sebentar tadi.

"Ruz, bila balik KL?" Sapa satu suara di belakang Fairuz dan Yusra.

Mereka menoleh. Tengku Fakhri anak ayah chik, Tengku Ismail tersenyum. Perempuan disisinya turut tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Yusra. Dua orang anaknya turut bersalam dengan Yusra dan Fairuz.

"InsyaAllah kalau tak ada hal, lusa kami balik. Lagipun majlis pihak sana pun dah tak lama. Banyak benda lagi nak kena settle," jawab Fairuz. Si kecik dalam dukungan Tengku Fakhri dicuit lembut.

"Yusra, ni wife Abang Fakhri, Kak ida. Tengku Zahida anak kepada ayahlong." Fairuz memperkenalkan mereka.

Yusra sedikit tercengang.

'Kenapa situasi ini macam dejavu? Fakhri? Kak ida? Macam pernah dengar nama semua ni.' Bisik Yusra.

"Ehh bertuah la hai anak ni... Dah sampai, kenapa tak masuk ke dalam? Nak borak dekat luar tu sampai bila?" jerit Tengku Fauziah di muka pintu homestay.

Fairuz dan Yusra menoleh kepada suara itu.

"Ok lah Ari, aku masuk dalam dulu. Dah bising dah umi aku tu." Pamit Fairuz.

Tangan Yusra disambar dan mula melangkah menuju ke pintu homestay. Yusra tersentak bila tangan Fairuz mula bertaut dengan tangannya. Namun langkah itu tetap dituruti.

"Assalamualaikum.." Tengku Fairuz memberi salam dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan uminya.

Yusra turut bersalam dengan ibu mertuanya. Seterusnya bersalam dengan bapa mertuanya. Tengku Faisal meminta diri untuk ke homestay Tengku Ismail sebentar.

"Kenapa baru sampai? Lama umi tunggu."

"Tadi sebelum datang sini, kami singgah rumah Aishah, kawan Yusra. Dia dah nak bertolak ke Kl kejap lagi," jawab Yusra sambil memaniskan mukanya.

Tengku Fauziah mengangguk dan menarik tangan Yusra ke sofa. Furqan yang baru keluar dari bilik, terkejut dengan kedatangan Yusra dan Fairuz. Matanya melekat pada wajah lembut Yusra.

Fairuz turut melirik pandangan pada abangnya. Timbul rasa tidak senang dengan cara pandangan abangnya terhadap Isterinya. Tengku Farhan dan Tengku Farhana berlari mendapatkan Yusra. Yusra memeluk si kembar dan membawa Tengku Farhana ke ribanya manakala Tengku Farhan duduk di riba Fairuz.

"Aishah bertolak ke KL dengan apa?" Ramah Tengku Fauziah bertanya perihal teman baik Yusra yang baru dikenali semasa hari akad nikah Yusra dan Fairuz. Cantik dan sopan santun orangnya. Dia kemudian melabuhkan punggungnya ke sofa diikuti Yusra dan Fairuz.

"Katanya dengan bas. Kejap lagi abang Adif tolong hantarkan Aishah dan mak dia ke stesen bas Jerteh," jawab Yusra.

Sudah sedia maklum keluarga Syarifah Aishah lebih kurang sahaja keadaannya dengan keluarganya.

"Aishah sama-sama dengan Yusra dapat UKM kan?" tanya Tengku Fauziah lagi. Dia seperti memikirkan sesuatu.

Yusra hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Apa kata kalau Yusra bincang dengan Aishah, minta dia dan mak dia ikut umi je balik KL. Nanti sampai sana, Umi minta lah Pak Mail hantarkan Aishah ke rumah saudara Aishah." Tengku Fauziah mengutarakan pendapat.

Yusra dan Fairuz berpandangan. Belum sempat Yusra membalas cadangan ibu mertuanya, kedengaran satu suara dibelakang Furqan.

"Amboi pengantin baru ni, bila dah jumpa pasangan terus lupa member ye..." suara Syed Ammar kedengaran dari belakang Furqan.

Furqan kalih pandangan dari terus merenung Yusra Saidah yang kini sudah menjadi adik iparnya. Dia berlalu ke biliknya. Tengku Farhan dan Tengku Farhana berlari mengekori langkah papanya.

Fairuz tersengih lalu bangun bersalam dengan Syed Ammar. Lagak macam sudah lama tak berjumpa biarpun baru semalam berpisah.

"Kau bila balik KL?" tanya Fairuz.

"Sekejap lagi. Aku ingat nak singgah umah sedara aku jap di Marang lepas tu baru bertolak balik terus," jawab Syed Ammar lalu melabuhkan duduknya di hadapan Fairuz.

"Eh... kiranya kau balik sorang la kan?" tanya Fairuz lagi.

"Iye lah. Dah aku datang pun sorang," balas Syed Ammar.

Sedikit terkilan bila Syamil tidak dapat sertai rombongan Fairuz. Tidak cukup korum! Dah la Faiz tak ada, Syamil pun tak ada. Mana best. Fairuz diam sejenak memikirkan cadangan ibunya.

"Kenapa?" desak Syed Ammar.

"Kau ikut aku kejap. Ada hal." Fairuz bangun diikuti Ammar. Mereka beriringan masuk ke bilik yang dihuni Syed Ammar.

Kini tinggallah Yusra berdua dengan ibu mertuanya.Yusra memandang ibu mertuanya, ingin bertanyakan sesuatu tentang Tengku Farra. Tetapi dia tidak tahu macam mana mahu mulakan soalannya.

"Umi, Farra mana?" Soalan pertamanya.

"Farra ikut Fitrah beli barang sikit dekat kedai depan," jawab Tengku Fauziah.

'Fitrah? Tengku Fitrah ke? Adik abang Faiz? Kenapa nama mereka semua seakan-akan familiar saja ni?' Yusra tertanya-tanya sendiri, hatinya mula dipalu rasa berdebar.

"Assalamualaikum umi.... Eh, kak Yusra pun ada." Tengku Farra di muka pintu bersuara.

Tengku Farra melangkah masuk. Seorang gadis disisinya turut melangkah masuk.

Yusra menoleh dan mengukir senyuman buat kedua gadis itu. Dia mengamati wajah gadis disamping Farra. 'Tengku Fitrah? Kenapa lain benar? Betul ke dia? Atau sekadar kebetulan nama sama?' Hati Yusra berbisik.

Fitrah sekadar membalas dengan senyuman nipis seperti tidak menyenangi kehadiran Yusra di situ.

"Farra, dah siap ke kemas barang-barang?" tanya Tengku Fauziah buat anak bongsunya.

Senang dengan perubahan anak bongsunya. Farra kelihatan lebih ceria berbanding hari-hari sebelumnya.Tengku Fauziah ingat lagi, saat Farra terpandang wajah Yusra di majlis akad nikah Fairuz, Farra seperti tidak keruan. Farra memandang Dahlia di dalam diri Yusra. Farra merayu meminta maaf saat bersalam dan berpelukan dengan Yusra tetapi disebut nama Dahlia.

Dia tahu Yusra pasti malu bila Farra memanggil dia Dahlia di hadapan tetamu yang hadir, pasti menimbulkan suasana yang tidak enak dipandangan masyarakat kampung.

Namun satu yang dia kagum, Yusra bijak mengawal keadaan. Diiyakan saja setiap kata yang terkeluar dari mulut Farra. Ternyata dengan pengakuan itu sahaja membuatkan Farra rasa 'bebas' dari segala rasa bersalah pada arwah Dahlia.

"Dah umi. Kak Yus, bila balik KL?" Farra menjawab soalan uminya dan melontarkan soalan buat kakak iparnya.

"InsyaAllah kalau tak ada hal lusa Kak Yus balik," jawab Yusra. Sedikit risau untuk tinggal dengan keluarga baru.

"Yus, sembang la dengan Farra dan Fitrah ye. Umi nak masuk kemas barang jap. Nak check kot-kot ada barang tercicir." Pamit Tengku Fauziah.

Yusra cuma mengangguk.

"Farra tak sabar nak bersembang panjang dengan Kak Yus. Kalau Kak Tehah ada, mesti dia pun suka dengan Kak Yus." Farra mula bersuara selepas kelibat uminya tidak kelihatan.

Yusra sekali lagi tersentak. 'Tehah? Rasanya tu nama panggilan Kak Fatt masa di rumah ayah chik dia dulu'. Fitrah disisi Farra dipandang. Cuba mengamati raut wajah itu.

"Kak Tehah tak dapat balik masa wedding akak. Dia tengah final exam. Last sem. Insha Allah tak lama lagi dia dah nak balik." Sambung Farra.

Ceria sahaja kedengaran suaranya. Yusra mengangguk lagi, tersenyum senang dengan layanan adik iparnya. Berbeza dengan awal perkenalan mereka.

Fitrah hanya mematungkan diri. Tidak berminat sertai perbualan antara Farra dan Yusra. Dan sejujurnya dia tidak sukakan perempuan yang baru dinikahi sepupunya itu. Masih teringat bait-bait kata yang ditulis oleh kakaknya di 'Group : The F Sisters'

~maybe, perempuan tu setuju untuk kahwin dengan Ruz sebab harta?~

~Ala beb... TENGKU kot pergi pinang dia.. mustahil la diorang nak tolak.~

~Lagipun perempuan zaman sekarang, asal nama ada pangkat sikit, terus je sambar.. tak kisah la tua ke muda.~

~Yang suci pun boleh jadi tak suci bila tengok duit kepuk-kepuk ni~
"Fitrah, papa dah siap-siap dah ni. Jom..." Tengku Faridah melangkah masuk ke ruangtamu rumah inap Tengku Fauziah.

Yusra dan Farra berkalih pandangan. Matanya memandang tepat pada raut wajah tetamu yang baru melangkah masuk.

'Seperti pernah berjumpa dengan dia, tapi siapa ya?'

"Kak Yus, ni Mak Chik. Mak Fitrah. Masa akad nikah semalam, Mak Chik tak ada. Mereka sekeluarga tak sampai lagi. Hari kenduri baru Mak Chik ada," beritahu Tengku Farra.

Dengar Farra memperkenalkan wanita itu, Yusra yakin tekaannya tidak salah. Yusra mengamati wajah yang masih kelihatan anggun seperti dulu walaupun sudah 7 tahun tidak berjumpa.

'Mak Chik? Ibu kepada abang Faiz? Maksudnya Tengku Fairuz satu keluarga dengan Tengku Faiz?' Hatinya berbicara sendiri.

Tiba-tiba terasa sesak nafas. Tangannya memegang dada. Cuba menenangkan diri sendiri.

Tengku Faridah tersenyum bila menyedari Yusra merenungnya .

"Bila sampai?" tanyanya ramah. Tangannya menyambut huluran tangan Yusra.

"Baru je..." gugup Yusra. Tangannya masih dalam genggaman Tengku Faridah.

'Kenapa hari ini rasa dejavu?'

"InsyaAllah kita jumpa di majlis sana pula ye... Mak Chik nak balik dulu ya, Ayah Chik dah tunggu kat kereta. Jom Fitrah," beritahu Tengku Faridah dan kemudiannya berlalu bersama Tengku Fitrah Isma. Satu jelingan sempat diberikan kepada Yusra oleh Tengku Fitrah Isma.

Furqan keluar dari bilik bersama Tengku Farhan dan Tengku Farhana. Dia melabuhkan duduknya dihadapan Yusra. Farra pula sudah berlalu ke bilik Tengku Fauziah bila terdengar namanya dipanggil. Si kembar mengekor langkah Che Su nya dari belakang. Riang ketawa mereka berlari mendapatkan neneknya.

"Yusra sihat?" Soalan pertama yang terkeluar dari bibirnya setelah lama tidak bertegur sapa dengan Yusra.

"Alhamdulillah sihat. Macam yang abang Qan tengok." Yusra menjawab. Segaris sahaja senyumannya.

"Yusra bahagia?" tanya dia lagi. Wajah lembut dihadapannya di tenung lagi. Tidak mahu sia-siakan peluang ini.

"Masih terlalu awal untuk soalan tu, tapi Yusra yakin Yusra akan bahagia dengan pilihan ayah." Senada Yusra menjawab.

Yusra menekur lantai. Tidak selesa berdua dengan Tengku Furqan. Dalam hati dia berdoa moga-moga ada sesiapa yang akan muncul sebelum Fairuz muncul. Tidak mahu disangkakan yang bukan-bukan oleh suami sendiri.

Bunyi gelak ketawa dari hujung bilik kedengaran sebalik sahaja pintu bilik itu dikuak dari dalam. Dan suara itu semakin menghampiri ruang tamu. Yusra seperti dapat mengagak itu suara milik siapa.

Muncul Tengku Fairuz bersama Syed Ammar. Tawa Fairuz mati saat terpandang Furqan bersama Yusra, berdua di ruang tamu. Hatinya sakit. Teringat pengakuan Furqan padanya tempoh hari. Menambahkan lagi rasa sakit di hati. Yusra direnung tajam tanpa mengerdipkan matanya walaupun sesaat.

Syed Ammar menyedari perubahan sahabatnya itu, segera menepuk bahu Fairuz. Memberi isyarat supaya kawal kemarahan. Bukan dia tidak tahu sifat baran Fairuz.

Yusra sudah kaku di tempatnya. Tidak berani mengangkat wajah. Melihat renungan tajam Fairuz menambahkan lagi rasa tidak keruan dalam hati Yusra.

* * *

"Shah, kau jaga diri. Ingat aku tau."

Aishah masih dalam pelukan Yusra. Ada tangisan kecil kedengaran. Aishah mengangguk lagi. Sudah berkali-kali Yusra menitipkan pesanan yang sama.

"InsyaAllah Yus. Aku akan ingat kau. Selalu. Kau sahabat aku dunia dan akhirat. Kan kita dah janji, kita nak jumpa di UKM. Kalau kau mungkir janji, siap kau." Aishah menepuk-nepuk belakang Yusra. Pelukan dileraikan.

"Jangan la nangis macam ni Yus. Insha Allah nanti majlis kau, kita jumpa lagi. Aku janji aku akan datang."

Air mata di pipi Yusra, Aishah menyeka dengan jari jemarinya. Fairuz dan Ammar hanya melihat tingkah laku dua sahabat itu. Masing-masing tiada kata yang dapat diluahkan.

"Dah-dah la tu Yus, Shah... tak malu ke nangis-nangis depan orang ni?" Puan Ruqayah, ibu kepada Syarifah Aishah menegur.

Aishah dan Yusra memandang serentak kepada Puan Ruqayah dan beralih pada Syed Ammar dan Tengku Fairuz.

"Ada apa-apa lagi ke ni mak cik?" Syed Ammar bertanya pada Puan Ruqayah.

"Rasanya dah tak ada," jawab Puan Ruqayah. Syed Ammar menutup boot keretanya.

"Ruz, rasanya kami kena gerak dulu." Pamit Syed Ammar.

Aishah dan Puan Ruqayah sudah pun masuk ke dalam kereta Honda Civic milik Syed Ammar. Aishah disebelah pemandu manakala Puan Ruqayah di bahagian belakang.

Tengku Fairuz mengangguk.

"Bawak kereta elok Amm.. Jangan lupa sampai sana text aku," titip Fairuz. Syed Ammar dan Tengku Fairuz bersalam.

"Kau bincang elok-elok perkara tadi, Ruz. Jangan ikut baran kau je," pesan Syed Ammar sebelum masuk ke perut kereta dan mulakan pemanduan.

Fairuz hanya tersenyum nipis.

* * *

"Kenapa ibu tengok, Fairuz tu diam je Yus?" tanya Hajjah Sumayah kepada Yusra.

Yusra menoleh. Terganggu sebentar kerjanya.

"Entah la ibu. Tadi masa di rumah Shah, elok je Yus tengok dia bersembang dengan kawan dia." Yusra menyambung kerjanya sebentar tadi. Ikan patin masak tempoyak menjadi menu makan malam mereka malam ini.

"Yus ada cakap apa-apa yang Ruz tak suka ke?" Hajjah Sumayah bertanya lagi.

Ikan selar kuning ditangannya dilumuri garam dan kunyit. Matanya masih memandang Yusra. Menanti jawapan dari anaknya.

"Tak ada lah ibu. Yus pun tak tahu kenapa dia senyap je sejak balik dari homestay tadi. Yus tanya pun, dia tak jawab." Yusra mengeluh perlahan.

Api gas ditutup bila melihat kuah ikan patin masak tempoyak sudah bergelegak.

"Nanti Yus cuba lah tanya dia. Apa yang Yus dah buat sampai dia diam macam tu. Yus jangan buat apa yang suami tak suka. Berdosa." Hajjah Sumayah menitip pesanan. Tangannya yang penuh dengan garam dan kunyit, segera dibasuh.

Yusra mencapai kuali di hujung sinki. Diletakkan di atas dapur gas dan dipetik punat dapur gas. Minyak dicurahkan ke kuali. Sementara menanti minyak betul-betul panas. Dia membancuh air nescafe.

"InsyaAllah ibu. Nanti Yus tanya. Ibu suka tak Fairuz jadi menantu ibu?"

"Mestilah ibu suka Yus. Yus pun tahu tentang wasiat tu,kan? Ibu lega sangat-sangat bila Yus dah selamat dinikahkan. Rasa macam bebas dari bebanan hutang," jawab Hajjah Sumayah.

Tangan Yusra dicapai dan diusap lembut.

"Yus jangan fikir ibu dan ayah gadaikan Yus pada keluarga Tengku. Kami cuma memenuhi wasiat dan amanat terakhir Tengku Ibrahim. Ayah dan ibu bersyukur sangat bila Yus bersetuju untuk kahwin dengan Fairuz. Ibu tahu ibu dan ayah dah cuba buat yang terbaik untuk Yus. Ibu yakin dia jodoh Yus. Jodoh yang dah Allah aturkan untuk Yus. Ibu sentiasa doakan kebahagian untuk Yus." Hajjah Sumayah mencium dahi Yusra.

"Terima kasih ibu," balas Yusra bersama senyuman.

Tangan dalam pegangan ibunya dileraikan bila menyedari minyak untuk menggoreng ikan sudah betul-betul panas. Dengan berhati-hati dia membaca bismillah dan memasukkan ikan ke dalam minyak panas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience