Bab 82 : CBYS

Romance Series 109654

Keadaan Fatihah kembali pulih dengan bantuan Faiz dengan mendapatkan rawatan psychiatrist. Seperti yang dijanjikan Faiz dengan Fatihah, dia sentiasa ada menemani setiap kali waktu sesi kaunseling berlangsung. Cuma satu niat Faiz, dia mahu Fatihah kembali pulih. Kesian dengan Fatihah, masih terkesan dengan trauma semasa kecil, ditambahkan pula dengan trauma yang terjadi dua bulan lepas.

Minggu lepas dia dan Faiz pulang ke Malaysia, menghadiri majlis perkahwinan abangnya, Fairuz dan pilihan hati arwah datuknya, Yusra Saidah. Pulang sekadar memenuhi undangan Faiz yang saban hari memujuk dia supaya ikut serta ke majlis itu. Kalau ikutkan hati, dia malas balik ke sana, memandangkan fizikal dan mentalnya masih belum cukup kuat. Tapi demi Faiz, dia turutkan jua. Beralah demi Faiz, bukan untuk keluarganya.

Dan hari ini, Fatihah kembali sibuk mengejar studinya memandangkan lagi beberapa hari final examnya akan melabuhkan tirai. Dia dan Nancy sibuk mengulangkaji di perpustakaan, kadang-kadang sampai lewat malam. Faiz sudah pun kembali ke rumah lamanya memandangkan keadaan Fatihah sudah menunjukkan reaksi positif.

Namun ketenangannya cuma sementara, suatu malam ketika dia dan Nancy menyusuri laluan penjalan kaki untuk pulang ke rumahnya, tiba-tiba dia terasa bulu romanya meremang. Terasa bagaikan ada seseorang sedang mengekori mereka dari belakang. Nancy juga merasakan hal yang sama.

Fatihah toleh ke belakang, ada seorang lelaki memakai hoodie coklat berjalan di belakang mereka. Mukanya tidak jelas kelihatan kerana dilitupi dengan topi dikepalanya. Lelaki? Ya, Fatihah yakin itu susuk tubuh lelaki. Bila teringatkan hal itu, dadanya mula berdebar. Otak mula menghantar isyarat supaya lebih berjaga-jaga.

Langkah mereka di percepatkan lagi bimbang kejadian lalu berulang. Kalau boleh mereka mahu segera sampai ke rumah. Malam ni pula tidak macam malam kebiasaannya, jalan tiba-tiba lengang tanpa sebarang penduduk sekitar merayau di tengah-tengah malam. Kereta pula boleh dikira dengan jari berapa kerat yang memunculkan diri.

Dengan debar menggila, Fatihah genggam erat tangan Nancy, tak akan biarkan Nancy jauh darinya. Perjalanan yang cuma mengambil masa 15 minit dari perpustakaan ke rumah mereka, terasa begitu lama. Makin laju dia dan Nancy membuka langkah besar, makin terasa dekat langkah 'dia' yang berada di belakang mereka.

Masuk simpang terakhir, perasaan takut mula berunsur hilang bila ternampak bumbung rumah mereka. Fatihah tarik nafas lega. Sekali lagi dia toleh ke belakang, sudah tiada sesiapa di situ. Mungkin 'dia' sudah melarikan diri atau sudah tiba ke destinasi yang dituju. Fatihah kelegaan, pantas dia seluk beg galasnya mencari anak kunci rumahnya manakala Nancy masih berjaga-jaga dibelakangnya. Perasaan tidak enak.

Pintu utama di tolak perlahan oleh Fatihah. Serentak dengan itu satu tolakan kuat dari luar yang dihasilkan oleh Ronald. Ronald muncul lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah Alex lakukan padanya. Fatihah jatuh tersembang di lantai begitu juga Nancy. Ronald sempat berikan senyuman senget sebelum bertindak menarik kasar tangan Fatihah keluar dari rumah mereka. Fatihah menjerit, terkejut dengan kemunculan Ronald. Meronta-ronta minta dilepaskan manakala Nancy terus mengejar dari belakang, berusaha tarik tangan Fatihah dari pegangan Ronald. Bergelut mereka berusaha lepaskan diri dari Ronald.

"Let her go, rude!" Jerit Nancy.

"What are you saying, bitch?"

"Let her go!" Jerit Nancy kuat.

Ronald tolak kuat Nancy sehingga Nancy jatuh dan terlepas tangan Fatihah.

"This time, I won't let her go until I've done enough with her. Time for revenge!" Ujar Ronald keras berserta tarik Fatihah supaya mengikutnya.

Fatihah telan air liur. Takut dengan jeritan Ronald. Juga takut dengan apa yang bakal Ronald lakukan. Orang tengah gila bukannya boleh duga.

Pin! Pin!

Faiz muncul tepat pada masanya dengan keretanya. Nampak gayanya baru sahaja balik dari tempat kerjanya. Nasib baik Faiz tergerak hati untuk menjenguk Fatihah terlebih dulu sebelum balik ke rumahnya.

Nampak sahaja kelibat Faiz, terus Ronald tolak Fatihah ke sisi lalu dia menerkam Faiz. Mahu melayangkan sebijik penumbuk sebagai balas dendam, tetapi Faiz lebih bijak meneka pantas Faiz mengelak. Faiz layangkan sepakan pada kaki Ronald. Ronald membalasnya. Bergelut mereka berdua. Faiz terajang Ronald sehingga dia jatuh berhampiran Fatihah. Berang dengan tindakan Faiz, Ronald kembali terkam Fatihah. Tarik tubuh Fatihah rapat kepadanya.

Fatihah yang baru sahaja ingin melarikan diri ke arah Nancy, menjerit kuat bila tubuhnya berjaya di tarik Ronald. Lengan Ronald melingkar di leher Fatihah. Pantas, Ronald keluarkan pisau kecilnya dari poket seluar dan diletakkan ke leher Fatihah yang dibaluti dengan selendang. Fatihah menjerit ketakutan.

Nancy dan Faiz juga terkedu dengan tindakan Ronald. Faiz sempat melirikan matanya pada wajah gelisah Fatihah. Wajah Fatihah penuh dengan ketakutan, dahi bermandi peluh menanti tindakan Ronald seterusnya.

"Let her go, Ronald!"

"Shut up! Don't stop me if you don't want anything happen to her." Serentak dengan hujung mata pisau ditekan sedikit ke leher Fatihah.

Fatihah menjerit kecil bila terasa tusukan kecil mata pisau di kulit lehernya.

Faiz ketap rahang kuat. Genggam erat tangannya menahan perasaan.

"Because of her I was badly beaten. She is not valuable directly to me after all, but because of her has made me miserable, she has to accept her retribution."

"You're the one looking for the problem, not her. You shouldn't make her like that. She is a Muslim. Muslim women are not the same as non-Muslim women." Nancy pula bersuara. Kesian melihat muka takut dan pucat Fatihah.

"Move! I want her badly. This is the time for me to get what I want from her. Before this, I couldn't afford it, but this time, I'm sure she's mine.."

"Over my dead body, dude! She is mine, absolutely mine!"

Belum sempat Ronald membalas kata-kata Faiz, muncul sebuah kereta hitam berhenti di belakang Faiz. Alex dan kawan-kawannya keluar dari perut kereta berkenaan.

"Let her go Ronald, before I make you!" Amaran keras dari Alex.

Ronald terundur beberapa langkah ke belakang, tarik Fatihah supaya mengikutinya. Fatihah turut berundur. Gerun dengan tindakan gila Ronald.

"Is... tolong..." Rintih Fatihah saat anak matanya berlaga dengan anak mata Faiz.

Alex dan kawan-kawannya terkam Ronald sebelum Ronald bertindak lebih gila. Ronald yang belum bersedia terima sepak terajang dari Alex berundur ke belakang bila beberapa kali sepakan singgah di batang tubuhnya. Fatihah di tolak ke hadapan sebelum Ronald jatuh terjelepuk ke tanah.

Faiz segera sambut tubuh Fatihah sebelum Fatihah jatuh tersembam ke tanah.

"Kau okay, Tehah? Ada cedera kat mana-mana?" Faiz bertanya cemas sambil muka Fatihah diraba dengan tangan kasarnya. Risau dan takut kalau apa-apa berlaku pada Fatihah.

Fatihah menggeleng laju. Tubuh Faiz dipeluk erat. Menangis dalam pelukan Faiz.

"Aku minta maaf. Kalau aku cepat tadi, mesti semua ni tak kan jadi.. Aku minta maaf, aku gagal jaga kau." Faiz mengelus belakang Fatihah mahu kurangkan perasaan Fatihah.

"Aku takut Is.. Aku takut.." Berulang-ulang Fatihah membisiknya.

"Aku ada Tehah.. Aku ada.."

Fatihah mengangguk. Percaya dengan janji Faiz.

"Kita kahwin Tehah supaya aku sentiasa ada dengan kau."

Terus terhenti esakkan Fatihah. Perlahan-lahan pelukan dilonggarkan dan pandang muka Faiz, mencari makna di sebalik apa yang baru dia dengar tadi. Tenung muka Faiz yang sudah bertukar kepada mood serius.

"Ya... aku serius. Kita kahwin supaya aku boleh terus jaga kau. Walaupun bukan seperti orang lain tapi sekurang-kurangnya kau ada depan mata aku. Aku tak nak sesuatu berlaku pada kau macam ni lagi." Tekad Faiz. Hanya itu sahaja cara yang dia boleh rasakan yang paling relevan sekarang ini.

Fatihah masih lagi bisu. Betulkan apa yang dia dengar? Faiz ajak dia kahwin?

"Aku serius Tehah. Aku tak main-main dengan keputusan aku. Sekali aku buat keputusan, aku tak kan berundur." Ujar Faiz masih serius.

Fatihah teguk liur. Dilamarkah ini?

* * *

"Tehah, sebelum kita ke step seterusnya aku nak bincangkan beberapa perkara dengan kau."

"Okay.. nak bincang apa?"

"Perkahwinan kita sekadar atas kertas. Segalanya perlu dirahsiakan dari pengetahuan family kita. Nanti bila kita dah balik Malaysia, baru aku berterus terang. Aku buat semua ni sebab aku nak jaga kau, aku tak nak jadi apa-apa lagi pada kau."

"Atas kertas? Jadi?"

"Aku tak cintakan kau Tehah. Kau pun tahu apa perasaan aku. Aku hanya sayangkan kau tak lebih dari sayang kepada seorang adik. Aku cuma rasa bertanggungjawab dengan apa yang dah berlaku pada kau. Aku perlu selamatkan kau dari berlaku sesuatu yang lebih teruk lagi."

Fatihah diam. Hancurnya sekeping hati. Mati-mati dia ingat Faiz kahwin dengan dia sebab satu perasaan yang di panggil 'cinta'.

"Aku masih cintakan Idah. Aku akan cari Idah. One day, jika kita balik Malaysia, aku akn cari dia. Aku berhak tentukan dengan siapa yang aku pilih dan bila tiba masanya aku sendiri akan tamatkan hubungan kita."

"Is..." Fatihah kemam bibir.

"Idah? Tak habis-habis lagi dengan Idah? Macam mana kalau dia dah kahwin Is?" Sekadar bertanya, walaupun hakikat ya dia sudah lama tahu. Yusra Saidah atau 'Saidah' Faiz Iskandar sudah selamat diijabkabulkan dengan Fairuz.

"Ya, Idah. Sebab hanya dia yang aku cinta. Kalau ditakdirkan dia sudah berkahwin, aku tak kan jadi orang ketiga. Aku akan berundur asalkan dia bahagia dengan pilihan dia."

"Jadi kalau dia sudah berkahwin, kau akan terus bersama aku?" Sembunyikan senyuman dia bertanya. Hatinya berbunga-bunga cinta.

"It's dependent on the situation. Aku tak berani cakap tentang apa ya g akan berlaku. Tapi kalau kita tak boleh go on, kita tamatkan saja hubungan kita. Kau cari bahagia kau dan aku cari bahagia kau. Aku tak kan kacau privacy kau."

"Maksud, kita tak kan jadi suami isteri yang sebentar-benarnya?" Walaupun malu, Fatihah bertanya juga. Rasa bahang mukanya.

"Ya.... itu syarat aku. Kita cuma kahwin untuk aku lindungi kau. That's all. Kalau kau bersetuju, kita boleh teruskan. Kalau kau rasa tak setuju, kita tamatkan di sini saja perbincangan kita."

Lama Fatihah diam. Fikir apa keputusan yang tepat untuk dia berikan kepada Faiz. Rasanya tak salah untuk dia terima keputusan Faiz. Lagipun dah sah-sah Is tak kan balik pada Idah, Kan? Senyum puas hati dalam hati. Akhirnya Is bakal jadi milik aku!

"Okay Is.. aku setuju. Tapi aku juga ada syarat, bagi aku peluang untuk tunjukkan yang aku juga boleh jadi isteri kau, boleh?"

Faiz mengangguk perlahan. Rasanya tak salah dia bagi peluang pada Fatihah tapi andai kata suatu hari nanti dia berjumpa dengan Idah, macam mana nanti?

Seminggu selepas kejadian itu, mereka diijabkabulkan dalam satu majlis kecil yang dilangsungkan di sebuah masjid sekitar kawasan mereka yang minoritinya beragama Muslim.

Dah habis throwback memory Fatihah-Faiz. Maaf atas segala kekurangan dari pihak saya ya.. =( Tq2 38k views. Sy hargai sgt2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience