Bab 67 : CBYS

Romance Series 109654

Fairuz membantu Yusra sediakan makan malam mereka. Sebagai juadah makan malam mereka, Fairuz minta Yusra masakkan nasi goreng paprik bersama dengan telor mata. Malam-malam macam ni tekak teringin nak makan nasi goreng la pulak. Simple dan sedap.

Selesai memasak, Yusra buatkan tea tarik. Minuman kegemarannya sekarang. Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ini, dia suka sangat minum tea tarik padahal dia bukannya suka sangat minum minuman bersusu. Perut cepat meragam tapi sekarang terbaik pulak. Rasa tak lengkap kalau tak minum tea tarik dalam sehari.

"Sayang, esok abang kena pergi outstation dengan Ammar tau. Dalam 3 hari." Maklum Fairuz saat mereka mulakan suapan.

"Kali ni ke mana?"

"Tak jauh pun. Kat Johor je. Ada projek baru nak start, banyak yang abang perlu handle sebelum abang bagi Ammar dan Is handle."

"Ooo.. ok abang.. Jadi esok sebelum abang pergi Office, abang hantar sayang rumah Umi dulu?" Tanya Yusra.

Sudah menjadi kebiasaannya, kalau Fairuz pergi mana-mana outstation yang melibatkan bermalam, dia akan hantar Yusra ke Teratak Qaseh dulu. Fairuz tak membenarkan Yusra bersendirian di rumah mereka untuk tempoh yang lama.

"Ni yang abang nak bincang dengan Yusra."

"Bincang apa tu abang? Macam serius je tu..." Yusra teruskan suapan sambil menunggu kata dari suaminya.

"Aishah free ke sekarang?"

"Eh.. dah kenapa abang tanya Aishah? Pelik ni.." Yusra mengerut kening. Kunyahannya terhenti. Musykil dengan soalan suaminya yang tiba-tiba bertanyakan tentang sahabat karibnya.

"Okay... macam ni.. Boleh tak Yusra mintak tolong Aishah temankan Yusra kat sini sementara abang tak ada ni? Tak lama pun dalam 2 hari je.."

"Dah kenapa Yusra nak kena mintak Aishah temankan Yusra kat sini? Kenapa abang tak hantar je Yusra balik rumah Umi macam biasa?" Makin bertambah-tambah rasa hairan dengan permintaan Fairuz.

"Abang ada sebab abang tersendiri. Boleh tak Yusra tanyakan Aishah dulu?"

"Sebab apa? Bagitahu Yusra dulu... nanti baru Yusra tanyakan Aishah."

"Yusra tak payah tahu la..not concern you.. Yang penting sekarang ni, Yusra kena tanyakan Aishah dulu. Kalau Aishah setuju, baru abang bagitahu Yusra kenapa abang buat semua ni.. Kalau Aishah tak boleh temankan Yusra, abang terpaksa kena bawak Yusra pergi sekali dengan abang. Abang tak tenang nak tinggalkan Yusra sorang-sorang kat rumah ni." Ujar Fairuz. Ada riak kerisauan diwajahnya.

"Dah kalau abang rasa risau nak tinggalkan Yusra kat rumah ni, apa kata abang hantarkan Yusra kat rumah Umi macam biasa. Tak ada masalah kan?"

"Tak boleh. Buat masa ni, abang tak rasa rumah Umi tu jalan yang paling selamat. Yusra ikut abang nak?"

Lagi Yusra pelik.

''Rumah umi bukan jalan yang paling selamat? Pelik ni... Kenapa sebenarnya ni abang? Boleh tak terus terang je dengan Yusra?"

Laju Fairuz menggeleng.

"Ikut abang ya? Nanti packing sekali baju Yusra." Fairuz berusaha memujuk lagi. Buat masa sekarang dia cuma mahu jauhkan Yusra dari Fatihah.

"Ikut abang pergi outstation? Tak nak lah Yusra. Nanti boring Yusra dalam bilik. Abang tu kalau pasal kerja bukannya Yusra boleh percaya sangat. Entah-entah Yusra kat bilik tu pun abang boleh lupa.." Yusra jeling Fairuz. Masak dengan perangai Fairuz yang gilakan kerja.

"Itu lebih baik dari Yusra duk rumah Umi. Yusra pilih antara dua. Mahu ikut abang atau nak mintak tolong Aishah stay kat sini untuk 2 hari?"

Yusra menghela nafas.

"Boleh tak abang bagitahu Yusra apa yang dah jadi ni? Abang buat Yusra takut la... kenapa ni?"

"Boleh tanya Aishah dulu?"

"Yelah-yelah. Nanti Yusra tanya. Abang ni pelik-pelik la..." Yusra mengalah akhirnya dengan Fairuz. Bertekak dengan Fairuz jangan harap dia nak menang.

''Okay sayang.. Nanti esok, sebelum abang bertolak ke Johor, make sure Aishah dah ada sini tau.. abang tak nak sayang duk rumah sorang-sorang."

"Okay abang."

"Lagi satu.. abang nak tanya Yusra... macam mana dengan permintaan Is hari tu? Yusra setuju tak, nak jumpa dia?"

Yusra angkat muka pandang suaminya.

"Abang pula macam mana? abang tak kisah ke kalau Yusra jumpa dia?"

"Tipu kalau abang cakap abang tak kisah. Yusra isteri abang. Hak abang, tapi abang tahu Yusra dan Is perlu selesaikan apa yang dah berlaku dulu. Yusra perlu dengar penjelasan dari Is dan Is pun perlu dengar apa yang Yusra nak jelaskan. Biar semua jelas, baru tiada lagi salah faham."

"Kalau tu jawapan abang, Yusra setuju untuk jumpa dia.. Nanti abang temankan Yusra ya? Nanti abang balik dari outstation. Boleh?"

"Okay sayang. Anything for you. Esok abang masuk office sekejap lepas tu abang terus ke Johor. Okay?"

"Okay abang."

* * *

"Boleh I masuk jumpa Tengku Faiz Iskandar?" Tanya Tengku Fatihah sebaik sahaja tiba di bahagian penyambut tetamu di tingkat bawah. Cermin mata hitamnya dibetulkan biar cantik terletak di atas batang hidungnya.

Husna dan Zieana yang bertugas sebagai penyambut tetamu, bingkas berdiri sebaik sahaja di sapa Fatihah. Husna tilik sekejap perempuan di hadapannya. Cantik dan tinggi lampai orangnya.

"Excuse me.. do you hear me? I nak masuk jumpa Tengku Faiz." Fatihah petik jari dihadapan muka Husna bila perasan gadis itu mengelamun.

Husna sedikit terkejut. Cepat-cepat sedar dari lamunannya. Zieana pandang Husna dan memberikan isyarat mata bahawa Fatihah sedang bertanya sesuatu kepadanya. Husna toleh pada Fatihah yang mula bertukar memek muka serius. Fatihah angkat bahunya sebelah.

"Ya Cik?"

"I cakap I nak masuk jumpa Tengku Faiz Iskandar. Give me that's pass."

"Errr.... Cik ada buat sebarang appointment ke dengan Tengku Faiz?"

"Tak ada." Jawab Fatihah ringkas. Tayang muka bosan bila disoal siasat.

"Kalau tak ada, cik tak boleh masuk. Lagipun Tengku Faiz sibuk hari ni." Jawab Husna. Zieana disebelah turut mengangguk, mengiakan kata-kata rakan sekerjanya.

Fatihah ukir senyuman senget sebelah sebelum berpeluk tubuh. Wajahnya di rendahkan sedikit menyamai ketinggian Husna yang kecik molek itu. Tag nama gadis itu dipandang terlebih dahulu sebelum bersuara.

"Excuse me... miss Hus.. na... Miss Husna.. You maybe tak kenal I siapa. But you mesti kenal abang I kan? Abang I, Tengku Fairuz bin Tengku Faisal?"

Husna mengangguk takut-takut. Adik Tengku Fairuz?

"So, you tahu I dengan Tengku Faiz siapa kan? So, please... bagi I masuk.. Anyway, nice to meet you. I'm Tengku Fatihah Binti Tengku Faisal. Got it?" Tambah Fatihah lagi. Bangga dengan diri sendiri. Memang tiada sesiapa pun kenal dia. Kali terakhir dia ke sini, 4 tahun lepas. Berjumpa arwah datuknya.

Husna meneguk liur, laju dia mengangguk.

Setelah mengambil kad pelepasan dari Husna, Fatihah segera berlalu namun sempat memberikan Husna dan Zieana jelingan tajam.

"Ehh Tehah.. Apa Tehah buat apa kat sini? Bila balik?" Sapa Ammar sebaik sahaja ternampak kelibat Fatihah menyusun langkah ke pejabat abangnya, Tengku Fairuz.

Tengku Fatihah mematikan langkah. Berpusing tubuh mengadap Syed Ammar. Segaris senyuman diberikan kepada sahabat karib abangnya.

"Tehah balik dah dua hari.. ni nak masuk jumpa abang Ruz. Dia ada tak kat dalam Abang?" Tanya Fatihah. Sengaja pusing cerita. Niatnya datang mahu berjumpa Faiz, mahu selesaikan apa yang terjadi sebelum ini tapi sengaja di katakan mahu berjumpa Fairuz.

"Ooo baru lagi baliknya.. Sihat tak? Emm abang rasa Ruz tak masuk lagi. Ada hal sikit katanya. Sekejap lagi dia masuk."

"Alhamdulillah Tehah sihat. Abang Amm macam mana? Makin segak noo.. Ni agak-agak bila abang Ruz masuk office? Abang Is ada tak?"

"Abang Amm Alhamdulillah sihat. Macam ni lah.. Is? Dia tak ada. Maybe after lunch baru dia masuk office. Ruz kejap lagi masuk office la tu. Dia pun masuk sekejap je, kejap lagi kami nak ke Nusajaya. Why not, Tehah masuk tunggu dia dalam office dia dulu. Abang nak pergi tingkat atas jap." Ammar minta diri.

Fatihah mengangguk. Lambat-lambat Fatihah menolak pintu bilik abangnya, masuk ke pejabat abangnya. Sekeliling ruang pejabat abangnya dipandang. Bilik yang sama dengan bilik arwah datuknya. Begitu tinggi kepercayaan datuk kepada Fairuz sehingga sanggup serahkan jawatan tertinggi kepada Fairuz. Mentari Holdings serahkan kepada keluarganya manakala Sunshine Holdings dan beberapa rangkaian lain diserahkan kepada bapa saudaranya yang lain.

Fatihah berjalan ke meja kerja Fairuz. Satu persatu laci di buka. Memeriksa kalau ada apa-apa yang menarik minatnya. Mana lah tahu kalau terjumpa sesuatu yang boleh 'serang' abangnya.

Laci bawah sekali cuba ditarik tapi berkunci. Fatihah dapat rasakan ada sesuatu yang tersorok dalam laci itu. Dia cari dimana terletaknya anak kunci. Laci teratas sekali lagi di tarik. Ada sampul surat kecil, dia ambik dan intai isi dalam. Yes, ada anak kunci! mesti anak kunci laci bawah. Sekali cuba dan klik! Laci itu ditarik. Ada satu sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 diambil.

Di permukaan sampul surat berkenaan tertulis nama Haji Shafie dan Tengku Ibrahim. Surat apa ni? Fatihah buka sedikit. Tarik kertas putih yang ada di dalamnya. Satu persatu ayat yang tercoret atas kertas putih itu dibaca. Ada senyuman sinis terukir. Yes! aku dah jumpa satu benda penting untuk kau suami-isteri. Fatihah masukkan kembali kertas itu ke dalam sampul.

Cepat-cepat dia kemaskan apa yang patut biar keadaan kembali seperti asal. Sampul surat itu di kemudiannya di ambil dan dilipat lalu dimasukkan dalam tas tangannya. Dia mesti keluar dari bilik ini sebelum Fairuz sampai ke pejabatnya.

* * *


Ting... Tong... Ting... Tong..

Loceng rumah berkali-kali berbunyi. Yusra berusaha bangun dari pembaringan. Yusra memisat-misat sedikit matanya. Tahan rasa perit bila ada cahaya masuk mengenai anak mata. Kepalanya masih sakit seperti tadi. Tadi, selepas menghantar Aishah ke kelas pagi tadi, dia diserang sakit kepala. Lalu dia berbaring di sofa dan tanpa sedar dia tertidur disitu.

Tanpa melihat siapa terlebih dahulu, Yusra terus menekan butang untuk membuka pintu pagarnya. Dia yakin yang datang itu Aishah kerana sebentar tadi Aishah ada memaklumkan yang dia sudahpun bertolak dari UKM. Kelas Aishah habis awal hari ini. Tanpa mahu menyusahkan Yusra yang tengah menahan rasa sakit kepala, Aishah balik ke rumah Yusra dengan menaiki grab.

Yusra buka pintu. Tangannya masih pegang pelipis kepala. Rambutnya sedikit kusut kerana tertidur di sofa di ruang tamu. Tanpa melihat siapa di hadapannya, Yusra musing tubuh. Mahu melangkah kembali ke sofa. Terhuyung hayang rasa setiap kali kakinya melangkah.

"Masuk la Shah." Yusra mula menampak semula ke sofa.

"Shah, masuk la..Nanti tutup pintu.. aku sakit kepala lagi la.." Tambah Yusra lagi bila sedar pintu rumahnya tidak ditutup kembali oleh Aishah. Yusra mahu segera kembali merebahkan tubuh ke sofa.

"Sakit kepala huh?"

Demi mendengar suara itu menyinis, Yusra tak jadi berbaring. Terus segar matanya. Terus hilang rasa sakit kepala. Badannya yang tadi rasa lemah longlai terus boleh kembali tegak dan utuh. Kepalanya segera berpusing ke arah pintu utama. Berdirinya di situ susuk tubuh seseorang yang dia kenali suatu masa dahulu. Tengku Fatihah! Yusra teguk liur.

"Kak Fatt.. Tehah...." Sebut Yusra perlahan namun masih didengari oleh Fatihah.

Dengar apa yang disebut Yusra, Fatihah senyum menyinis. Dia berpeluk tubuh dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dengan lagak sombongnya.

"So.. do you know who I am?" Soal Fatihah bila berdiri betul-betul di hadapan Yusra.

Yusra masih lagi tergamam di tempatnya. Tak tahu apa yang patut dia jawab. Mahu mengiakan atau mahu menidakkan? Berkira-kira mahu menjawab pertanyaan Fatihah. Belum pernah lagi mereka berdua berbual sejak Yusra jadi sebahagian keluar Tengku Ibrahim.

"Yusra.. or should I call you, Idah? Yusra Saidah Binti Haji Shafie, kan?" Sarkastik suaranya sesarkastik wajah Fatihah saat ini.

Yusra terkedu.

"Macam mana akak tahu....."

Serentak dengan soalan Yusra, tawa Fatihah bergema di segenap sisi rumah milik Tengku Fairuz dan Yusra. Lagak gelak tawanya seperti Yusra baru sahaja menceritakan satu kisah lucu pada Fatihah. Yusra masih tercengang dengan respon Fatihah. Kenapa Kak Fatt?

"Idah... Idah... ops... Yusra kan? Okay... Yusra Saidah... Kau ingat 7 tahun aku tak jumpa kau, aku akan lupa kau? Kau kan adik angkat kesayangan aku... Mana boleh aku lupakan kau.. Aku tak pernah lupakan kau tahu.." Sengaja Fatihah meleretkan suaranya. Fatihah ketawa lagi.

Ketawa yang menakutkan Yusra. Dengar bahasa yang digunakan Fatihah pun boleh mengecutkan habis segala organ dalaman Yusra. Ini bukan Kak Fatt yang dulu... Beberapa kali Yusra membasahkan tekaknya yang kering. Kakinya mengundur setapak ke belakang.

"This world is so small, right? Jauh aku pergi... lama aku menyepi dari kau.. tapi tak sangkakan, akhirnya kau jadi kakak ipar aku? Kakak ipar.... emmm patut ke aku panggil kau Kak Idah ehh bukan.. Kak Yusra la kan?"

"Apa maksud Kak Fatt ni? Akak bila balik? Yusra tak tahu pun.." Yusra berjaga-jaga. Dikawal sebaik mungkin suaranya supaya tidak kelihatan canggung.

Fatihah ketawa lagi.

"Of course la kau tak tahu.. Suami kesayangan kau tu dah sorok kau dari aku. Dia sengaja tak cakap dekat kau yang aku dah balik.. dia rasa aku nak apa-apa kan kau kot... kan?" Fatihah maju setapak. Jari mengetuk dagu runcingnya.

"Akak nak apa datang sini? Abang Ruz tak ada.."

"Mestilah aku nak jumpa kau.. buat apa aku nak jumpa dia. Bukan aku ada urusan dengan dia."

"Jumpa Yusra? Kenapa?"

"Kau rasa kenapa aku nak jumpa kau? Hey.. kita kan adik beradik angkat. Tentulah aku rindu kau.. Kau dah tak rindu aku ke?"

"Kau bahagia dengan abang aku?"

Yusra hanya mengangguk sebagai jawapan.

Fatihah sambung ketawa.

"Yusra.. Yusra... dalam cerdiknya kau ni, kau ada bodohnya jugakkan? Kau langsung tak tahu yang kau ni dipergunakan oleh Fairuz.. perkahwinan kau.. diri kau.. semua yang berkaitan dengan kau.. semuanya dipergunakan oleh Fairuz... Aku tak rasa abang aku akan bertahan lama dengan orang macam kau... " Fatihah mula masuk jarum. Mukanya mula bertukar serius mungkin. Bengis.

"Apa yang kak Fatt cakap ni?"

"Aku tak datang sini dengan tangan kosong la Yusra... ni... aku datang nak bagi kau benda ni..."

Yusra pandang wajah bengis Fatihah. Sehelai kertas yang dicampak oleh Fatihah tadi selamat mendarat di hujung kakinya. Yusra tunduk dan mengutip kertas putih berkenaan lalu membaca isi kandungannya. Sedikit terlopong mulut Yusra terkejut dengan kejutan yang baru diterima.

"Sekarang kau dah percaya?"

Sorry agak lambat. Tehah, apa dah jadi? Terima kasih kepada yang sudi baca kisah Fairuz-Yusra-Faiz. tq2 26k.. saya sgt mghargainya =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience