Bab 5 : CBYS

Romance Series 109654

Tengku Fairuz resah di pejabatnya. Masih memikirkan tentang wasiat yang arwah datuk tinggalkan. Cerita tentang keluarga Haji Shafie masih menganggu fikirannya. 'Siapa tunangnya?' soalan yang masih tiada jawapan. Uminya memberitahu surat yang diamanatkan oleh datuknya masih belum diserahkan kepada mereka sekeluarga. Dia perlu menunggu dengan sabar.
     
Ketukan dipintu bilik pejabatnya dibiarkan. Lama-lama ketukan itu hilang dan digantikan dengan bunyi pintu pejabatnya dibuka.
    
"Ruz, jom lunch. Syahmi dah tunggu kita kat bawah." Suara Syed Ammar menyapa telinganya.

Fairuz menoleh. Wajah ceria temannya dipandang.
    
"Ruz.. jom laaa" Syed Ammar bersuara lagi. Bahu Fairuz ditepuk perlahan.

Lambat-lambat Fairuz bangun dan mengekori langkah sahabatnya.
     
"Kau dah kenapa ni Ruz? Muka macam orang baru putus cinta je ni.. Qaz ada buat hal ke? eh, kau dah bincang dengan dia pasal apa yang aku bagitahu kau semalam?" Tanya sahabatnya sementara menunggu pintu lif terbuka. Sekilas Fairuz memandangnya.
     
"Belum lagi. Entah la Am.. Aku call dia tak angkat. Aku wassap dia, dia just bluetick je, kau rasa?" Tanya Fairuz pula.
       
Kakinya melangkah masuk ke perut lif sebaik sahaja lif terbuka. Pantas tangannya menekan butang tutup dan butang G.
     
"Biar betul Qaz ni.. Jadi betul la apa yang papa dia cakap tu, kan?  Lagipun Syahmi cakap, Papa dia pun terima kad jemputan ke majlis pertunangan diorang." Balas Syed Ammar.
     
Satu keluhan berat Fairuz lepaskan. Tangannya memegang belakang rambut.
     
"Abah dan umi aku dah tahu tentang Qaz."
     
"So, how?"
     
"Kau rasa?"
     
"Confirm mengamuk habis abah kau bila dengar Qaz tu model, right?" Ammar meneka.

Fairuz mengangguk perlahan. Ammar menepuk perlahan bahu Fairuz.
      
"Its okay la Ruz. Dah alang-alang family kau memang tak setuju nak bermenantukan Qaz tu, jadi tak ada lah kau rasa berat sangat nak lepaskan Qaz, kan? Lagipun bukan salah kau. Qaz tu yang tak berterus terang dengan kau." Ujar Ammar lagi.

Mereka melangkah keluar dari lif sebaik sahaja pintu lif terbuka pada aras yang mereka ingin tuju. Langkah mereka diatur laju menuju ke parkir. Kereta Honda Accord milik Syahmi sudah tersedia menunggu mereka. Segera pintu kereta itu dibuka dan memboloskan diri masuk ke perut kereta.
       
"Awatt lambat sangat ni? Naik kematu aku tunggu korang tahu!" Marah Syahmi sebaik sahaja dua sahabatnya menutup pintu keretanya.
        
"Alah lambat apa nya... baru 1.15 tengahari okay?" Balas Syed Ammar.
       
Syahmi segera menjatuhkan handbrake dan membelok sedikit stereng ke kanan lalu meluncur laju menuju ke tempat yang dituju.

"So, Ruz macam mana dengan kau? Kau dah tahu tentang Qazrina dan Hisham kan?" Tanya Syahmi. 
       
Cermin pandang belakang ditoleh mencari wajah Fairuz yang duduk di belakangnya. Wajah sahabatnya kelihatan kusut.
      
"Aku dah tahu. Am dah bagitahu aku tadi. It's okay la, Syah. Lagipun dia yang mulakan, bukan aku. Janji orang tak cakap aku ni perosak hubungan diorang." Balas Fairuz.
      
"Kalau dah tu yang kau cakap, okay la. Jangan nanti dia cari kau balik dah la." Balas Syahmi.
       
Fairuz menghela nafas berat. Bukan mudah untuk dia menerima berita pertunangan kekasih hati bersama lelaki lain. Perit dan pedih rasanya. Bertahun menyulam kasih akhirnya kekasih disambar orang. Dia mengeluh lagi.

*           *            *

      
Tengku Fairuz menyedut perlahan fresh orange dihadapannya. Pinggan nasi goreng papriknya ditolak ke depan sedikit. Masih bersisa. Seleranya mati memikirkan Qazrina dan wasiat arwah datuknya.
     
"Kalau ya pun kau fikir pasal Qaz, takkan la sampai tak lalu nak makan." Syed Ammar menegurnya.
      
Sekilas sahabat itu dipandang. Tangannya masih sibuk menyuap nasi dihadapannya. Rezeki jangan ditolak.
     
"Aku bukan fikirkan pasal Qaz saja. Ada hal lain yang membuatkan aku jadi dua kali berserabut dari fikir masalah Qaz."  Jawab Tengku Fairuz. Tubuhnya bersandar ke belakang kerusi. Tangannya disilangkan ke dada.
    
"Masalah apa tu, Ruz? Macam berat je.." Syahmi bertanya. Dia turut bersandar seperti Fairuz. Ammar masih menikmati minumannya.
    
"Berat la juga, Syah. Wasiat arwah atuk aku." Jawabnya pendek. Berkira-kira mahu meneruskan ataupun tidak. Dua sahabat karibnya dipandang bergilir-gilir. Mereka seperti menunggu Fairuz meneruskan kata-katanya.
     
"Okay, aku berterus terang. Arwah atok aku ada tinggalkan wasiat pada aku dan Is. Dia minta kami ambil alih jawatan dia dalam Mentari Holding. Tapi ada syarat yang arwah dah tetapkan iaitu dia minta salah seorang dari kami kahwin dengan anak kawan dia sebagai balas budi sebab kawan atuk dah selamatkan abah aku dan ayah Is." Dia berhenti seketika.
    
Syed Ammar dan Syahmi kelihatan tergamam dengan berita yang baru disampaikan oleh Fairuz.
   
"Arwah juga dah pinang budak tu atas nama aku masa kita study lagi. " Sambungnya lagi.
   
"What?? Tunang?? Atas nama kau? Habis Is macam mana?" Soal Syed Ammar bertalu-talu.

Syahmi turut mengiakan mahu menanyakan soalan yang sama.
    
"Kata abah aku, arwah pernah tanya Is dulu, samada aku atau Is dah ada steady girlfriend atau tak. So Is cakap dia dah ada yang berkenan dan aku masih solo. Sebab tu lah arwah pergi pinang budak tu guna nama aku." Ujarnya.
   
"Wowww makin menarik kisah kau ni Ruz. So, kau kiranya dah bertunang la kan?" Tanya Ammar.
     
Tangannya ditepuk berkali-kali bagaikan meraikan satu berita gembira. 'Kawan bertunang, mestilah gembira kan?' Kata hatinya.

Fairuz menjeling.
    
"Ikut kata abah aku, aku ni dah 6 tahun jadi tunang orang. Siapa orangnya pun aku tak tahu." Balas Fairuz. Mukanya muram. Bukan bersedih tetapi tidak bersedia dengan status yang baru bertukar tanpa pengetahuannya.
    
"Aku rasa mesti perempuan tu 'special' sebab tu arwah atok kau sanggup pergi pinang budak tu. Takut melepas ke tangan orang lain." Syahmi berkata.
     
Selaku teman yang baik kepada Fairuz, dia yakin mesti ada 'makna' disebalik apa yang berlaku. Syed Ammar turut mengiakan.

*          *          *

      
Usai solat asar, Tengku Fairuz berteleku di sejadah. Memohon ketenangan dari yang Maha Esa. Masih memikirkan tentang amanat arwah datuknya. Nafasnya dilepaskan perlahan. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada notification. Perlahan dia bangkit dari sejadahnya dan dilipat. Kemudian berjalan menuju ke penyidai dan diletakkan sejadah disitu.

    
Telefon pintarnya diambil. Notification dari aplikasi WhatsApp. Pantas aplikasi WhatsApp dibuka dan tertera nama sepupunya 'Iskandar'. Segera dibuka.

_Salam Ruz._    ~Iskandar
  
_Waalaikummusalam Is. Pe cerita baru sekarang whatsapp aku_ ~Fairuz

_Haha.. sorry Ruz. Lately busy bebenor weh! kau pe cerita sekarang?_  ~Iskandar

_Banyaklah kau punya busy. Aku ok je. Kenapa kau  tak balik masa arwah atok meninggal?_ ~Fairuz

_Aku whatsapp kau pun kau tak balas? Pe hal? _ ~Fairuz

_Sorry. Aku ada terima WhatsApp kau._ ~Iskandar

_Aku cuba untuk balik tapi masa tu aku tengah handle projek dengan wakil Jepun. Boss aku tak approve cuti aku._     ~Iskandar

_Kau dengan Tehah je tak ada masa pengebumian Arwah.~ ~Fairuz

_I'm sorry Atok_ ~Iskandar  

_Aku memang busy lately. Aku handle projek kali ini untuk tempoh setahun. Habis tahun ni, aku plan nak balik Malaysia dengan Tehah._    ~Iskandar

_Its Okay Is. Semuanya dah selamat. Just doakan arwah dari sana._ ~Fairuz

_Alhamdulillah.. tak lama lagi bakal ada partner gaduh la aku di Mentari tu.. haha_      ~Fairuz

_Ceh!! macam la Am & Syah tu, bukan partner gaduh kau._     ~Iskandar

_Haha.. eh lupa. Ada something aku nak tanya ni_  ~Fairuz

_What? Eh, mcm suspend la pulak kau nk tanya ni_      ~Iskandar

_Kau masih ingat tentang accident abah kau dengan Abah aku dulu?_    ~Fairuz

_Accident? Let's me think..._ ~Iskandar

_I think... yaa ingat-ingat. Diorang accident kat Highway kat Bentong, kan?_ ~Iskandar>

_Ha'a. Dengan Haji Shafie, kau kenal dia?_ ~Fairuz

_Haji Shafie?_ ~Iskandar

_Rasanya macam familiar je nama dia ni...rasenya macam ayah aku selalu je sebut nama Haji Shafie ni._      ~Iskandar

_Haji Shafie yang selamatkan abah aku._ ~Fairuz

_Dia donors hati dia n blood untuk abah aku._ ~Fairuz

_Hah! betul macam yang aku fikir. Ingat la fmily diorang._ ~Iskandar

_Dia ada baby kan? baby girl._    ~Iskandar

_Ruz, do you remember something_ ~Iskandar

_Aku tak ingat. Tapi Abah dan umi cerita pada aku malam tadi.._   ~Fairuz

_Why? Cerita ni ada kena mengena dengan kau ke?_ ~Iskandar

_Not only me. But two of us._  ~Fairuz

_What??_   ~Iskandar

_Ayah Chik ada bagitahu kau pasal wasiat arwah atok?_     ~Fairuz

_Ada la sikit-sikit. Abah aku bagitahu dia dapat bahagian Sunshine Co-operation di Thai._ ~Iskandar

_Kau dpt Mentari kan? Ganti tempat arwah atok, kan?_    ~Iskandar

_Emm.. tapi ada something yang perlu kau tahu jugak, Is._ ~Fairuz

~Actually kau pun salah seorang calon CEO Mentari. Tapi arwah ada letakkan beberapa syarat._ ~Fairuz

_Alahhh suspend la kau ni Ruz!_ ~Iskandar

_Boleh tak kau straight to the point?_ ~Iskandar

_Jangan buat aku gabra lahhhh!_     ~Iskandar

_okay-okay. Aku nak tanya lgi. Arwah atok ada jumpa kau tak, masa kau balik cuti semester dulu?_   ~Fairuz

_Cuti bila ni? time study? ke time aku dh kerja?_ ~Iskandar

_Time study laa_ ~Fairuz

_Masa kau balik Malaysia. Aku follow abah dengan umi pergi jumpa Abang Qan dulu. Ingat tak?_    ~Fairuz

_I think yaaa.. ingat-ingat._ ~Iskandar

_Atok call aku, ajak jumpa kat Mentari. Nak discuss something._ ~Iskandar

_Haa aku dah ingat. Atok tanya pasal kita. Kita dh berpunya ke belom.. Suspend betul weii time tu_  ~Iskandar

_So, pe jwpn kau?_    ~Fairuz

_Aku straight to the point jelah dengan Atok. Aku cakap la aku dah berkenan dengan kawan Tehah balik bercuti masa dia form 4 tu._ ~Iskandar

_Atok tanya pasal kau, aku jawab jelah kau belom ada steady girlfriend._ ~Iskandar

_Yelah.. orangg best student kan.. mana nak layan aweks ni..._    ~Iskandar

_Kepala hotak kau! Kenapa masa tu kau tak cakap dengan Atok aku dah ada Qaz?_  ~Fairuz

_Ehh hello, masa tu kau tak kenal lagi Qaz, okay?_ ~Iskandar

"Amboi, raliknya berwassap! Dah tak dengar ke azan maghrib?" Suara Tengku Fauziah menyapa di telinga. Dia menoleh. Tersengih. Uminya yang sudah lengkap bertelekung terjengul di muka pintu.

"Cepat mandi. Kejap lagi abah turun bawah. Kita solat sama-sama." Kata uminya lagi dan menutup pintu.

Tengku Fairuz meraup mukanya. Perlahan telefonnya diletakkan di atas meja kecil di tepi katil dan bingkas berdiri mengambil tuala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience