Bab 87 : CBYS

Romance Series 109654

Genap setahun usia perkahwinan Tengku Fairuz dan Yusra Saidah. Kebetulan jatuh pada hari ke-7 Yusra dibenarkan keluar dari hospital. Hari ini mereka mengadakan majlis kesyukuran serta bacaan Yaasin secara kecil-kecilan di rumah mereka memandangkan kesihatan Yusra masih belum pulih sepenuhnya.

Hanya kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja yang dijemput. Pada awalnya Yusra tak bersetuju dengan cadangan Fairuz untuk mengadakan majlis tapi atas desakan Fairuz, Yusra mengalah akhirnya. Kata Fairuz biarlah ianya jadi satu memori yang indah untuk dikenang pada masa hadapan.

Fairuz pimpin tangan Yusra ke ruang tamu untuk bersalam dan bertemu mata dengan saudara mara yang baru tiba. Penuh berhati-hati Yusra melangkah. Kali ke dua berjumpa dengan keluarga besar Tengku Ibrahim selepas majlis perkahwinan mereka dahulu. Sedikit gementar rasanya tambahan lagi dengan cerita tentangnya sudah tersebar luas dikalangan sanak saudara.

Selesai sesi bacaan Yaasin dan solat Hajat, Fairuz membawa Yusra ke meja makan untuk bersantap. Rasanya hari ini isterinya masih belum menjamah sebarang nasi walaupun hari sudah tiba ke jam 2 petang. Fairuz berlalu ke meja buffet, mengambil makanan dalam satu pinggan. Menimbun nasi minyak diletakkan ke dalam pinggannya. Di ambil pula empat ketul ayam masak merah, sedikit jelatah, sedikit sambal dan beberapa keping papadom.

Gulai kurma daging yang terhidang itu hanya dipandang sepi, tahu Yusra alahan dengan gulai. Bau gulai boleh buat Yusra muntah berkali-kali. Kesian isteri abang. Sekali lagi dia jeling makanan yang terhidang di meja. 2 biji cheese tart original dan dua biji cupcake coklat turut diambil ke pinggannya. Wahh menu ni semua betul-betul buat dia kecur liur!

Fairuz kembali ke mejanya. Bulat mata Yusra pandang makanan yang menimbun dalam pinggan suaminya.

"Eh, kenapa satu pinggan je abang?"

"Cukup la ni untuk kita."

"Kita?"

"Kita kongsi. Daddy suap mummy and babies. Okay mummy?" Fairuz kenyit sebelah mata pada Yusra membuatkan Yusra tersenyum simpul. Tangannya sibuk mengaul nasi dengan sambal ayam masak merah. Aromanya bikin hati tak tertahan.

Fairuz tersenyum dengan telatah Yusra. Alahai Yusra dah setahun kahwin pun, masih malu-malu lagi?

"Okay.. tapi malu lah orang tengok.."

"Nak malu apa? Yusra isteri abang. Suka hati abang la nak buat apa pun." Fairuz sudah suakan sudu ke mulut Yusra.

"Yelah-yelah abang. Cakap dengan abang ni, Yusra tak pernah menang. Mummy and babies ikut je daddy kalau itu yang buatkan daddy happy.. kan sayang?" Yusra mengosok-gosok perutnya. Sudah 4 bulan usia kandungannya. Yang paling dia gembira bila Doktor Haura Qaseh sahkan, anak mereka kembar.

Fairuz berdehem kecil. Keningnya dinaikkan bila Yusra pandangannya, masih menanti Yusra membuka mulut.

Yusra akhirnya membuka mulut menerima suapan dari sang suami. Seronok bila Fairuz selalu manjakannya.

Faiz termenung di tepi kolam ikan koi, sudah seminggu berlalu, masih tiada sebarang panggilan dari Haura sejak peristiwa itu. Mungkin Haura masih trauma dengan kejadian lalu, kesian gadis itu tak pasal-pasal namanya terpalit sama. Mungkin juga Haura jugak tak sudi lagi dengannya bila tahu status barunya. Ya, dia sekarang dengan rasminya memegang title Duda. Abang Dud Hot!

Kisahnya dengan Fatihah sudah berakhir. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Pada hari mereka mengadakan perbincangan, nampaknya semua dapat menerima keputusannya walaupun pada awalnya ditentang keras oleh Tengku Faridah dan Tengku Fauziah berkenaan dengan isu penceraian. Namun setelah dijelaskan dengan jelas dan terperinci akhirnya mereka akur dengan keputusannya. Dia dan Fatihah tidak berjodoh panjang. Setakat itu sahaja jodoh mereka.

Fatihah dimasukkan ke Hospital psikiatri bagi mendapatkan rawatan. Perasaan dendam dan iri hati yang akhirnya memakan diri. Walaupun Tengku Faisal dan Tengku Fauziah malu dengan apa yang dah terjadi pada Fatihah tapi mereka akur, anggap saja itu satu-satunya cara untuk kembali pulihkan Fatihah. Semoga masih belum terlambat.

Jam tangan di jeling sekilas. 2.25 petang. Masih berbaki 5 minit untuk tamatnya tempoh yang dia berikan kepada Haura. Haura sepi tanpa khabar berita. Bercuti panjang dari bertugas. Kata rakan sekerja Haura, Haura balik ke Turki, negara kelahirannya. Faiz mengeluh. Nampaknya makin jauh Haura membawa diri. Faiz hela nafas berat. Mungkin dia perlu mengundur diri dari terus berharap pada Haura.

'Sekiranya dia bukan untuk aku, ikhlaskan hatiku untuk melepaskan dia pergi sepertimana aku mengikhlaskan hatiku untuk melepaskan Yusra Saidah dulu.' Doa Faiz dalam hati. Matanya terpejam rapat.

Yusra Saidah? Teringat pula dia pada pemilik nama itu. Gadis yang pertama berjaya mencuri hatinya biarpun hanya dengan pandangan mata buat pertama kalinya. Matanya diluruskan ke hadapan, melihat Yusra dan Fairuz sedang menikmati hidangan tengahari mereka. Fairuz tengah suapkan Yusra, sesekali mereka bergurau senda. Jelas sepupunya sangat bahagia dengan Yusra.

Dari jauh, Faiz turut tersenyum. Hatinya berasa lapang setiap kali melihat bibir itu tersenyum bahagia. Mungkin selepas ini tiada lagi 'kesakitan' yang perlu Yusra tanggung akibat daripada perbuatan Fatihah. Dia berjanji akan melindungi Yusra Saidah dari jauh, cukuplah dia sekadar mampu jadi 'abang' kepada Yusra.

"Is!"

Fairuz melambai tangan padanya. Menggamitnya ke tempat Fairuz dan Yusra. Nampaknya mereka sudah selesai adegan suap menyuap tadi. Faiz angkat tangan membalas sapaan Fairuz.

"Sini lah!" Jerit Fairuz lagi.

Faiz mengeluh, lambat-lambat angkat kaki. Bergerak ke tempat duduk Fairuz dan Yusra.

"Ada apa?" Tanya Tengku Faiz sebaik tiba di meja Fairuz dan Yusra.

"Ni.. ada orang kirim." Fairuz meletakkan sejambak bunga teluki putih diatas meja, berhadapan dengan Faiz.

"Apa ni?" Terpinga-pinga. Matanya dihalakan pada Fairuz, minta jawapan. Bila Fairuz senyap, dia pandang Yusra tapi Yusra hanya ukir senyuman manis.

"Ada orang kirim.. bukan aku bagi." Jawab Fairuz senada.

"Iyelah.. siapa yang kirim?" Tanya Faiz lagi. Pelik! Tak pernah-pernah dia dapat bunga tiba-tiba hari ni ada orang bagi dia bunga.

"Entahlah.. okay lah Is, aku nak pergi sana sekejap. Jom sayang kita pergi sana." Fairuz pimpin tangan Yusra ke gazebo menyertai ibu dan uminya yang tengah rancak bersembang dengan ibu saudara Fairuz yang lain.

Berhati-hati Yusra melangkah. Sejak keluar dari wad minggu lepas, sikap overprotective Fairuz makin menjadi-jadi. Sekali pun dia tidak benarkan Yusra jauh dari dia. Sanggup dia minta izin dari Tengku Faisal untuk 'work from home' sehingga keadaan Yusra betul-betul pulih. Nasib baik syarikat tu keluarga mereka yang punya kalau tak, tamatlah kontrak kerja Fairuz dengan majikannya. Yusra hanya menggeleng saja dengan permintaan merepek Fairuz.

"Faiz..."

Faiz toleh belakang. Haura Qaseh di situ. Lega tapi dalam masa yang sama, dia takut untuk dengar sebarang jawapan dari Haura. Jam tangan di jeling sekilas. Tepat jam 2.29 petang.

"I terlambat?" Tanya Haura bila Faiz tengok jam tangannya. Kerusi dihadapan Faiz di isi.

"Seminit lagi cukup 2.30pm. Kalau you tak muncul, I faham keputusan you. I terima."

"Tapi I tetap muncul, kan?"

Faiz pandang tepat mata Haura. Ada senyuman terukir di bibir gadis itu. Mungkin ada keputusan yang bakal membuat hatinya berbunga-bunga?

"I terima you, Faiz."

"Betul ke apa yang I dengar?"

"You tak salah dengar. I dah buat keputusan I. I terima you seadanya."

"Alhamdulillah.." Faiz raup mukanya dengan kedua telapak tangannya.

"Thanks Haura."

Faiz dan Haura saling berpandangan. Bahagia bila kasihnya bersambut.

"Ehemm.. sembang apa ni?" Tiba-tiba muncul Ammar dan Aishah di belakang Haura.

Tersentak mereka berdua.

"Eh.. Amm.. Aishah.. Sila duduk.." Haura cuba mengawal gemuruhnya, terkejut disergah Ammar.

"Sembang apa ni? Ada apa-apa ke korang ni?" Ammar sudah mulakan sesi menyiasatnya. Pandang Haura dan Faiz siling berganti.

"Ada apa-apa apa nya? Sembang biasa-biasa je.. baru sampai ke?"

"Sembang biasa-biasa tu apanya kalau dah kau tenung anak dara orang tu macam nak tembus.. Kau jangan Is.. belum Halal lagi.. Sabar.. sabar.." Ammar menyakat.

"Bila lagi ni? Aku je ke yang tak tahu?"

"Baru je Amm tapi kami terus bincang soal masa depan. Tak ada masa nak couple lama-lama. Terus nikah je senang. Nak tenung lama-lama pun dah tak ada siapa nak marah..." Faiz jeling Haura, selamba je dia jawab tanpa memikirkan perasaan Haura yang sudah diserbu rasa malu.

"Wahh.. kau lebih cepat dari aku nampaknya.. Shah, tengok diorang pun dah plan nak kahwin.. kita bila lagi?" Ammar mencebik bibir pada Aishah disebelah.

"Mengada. Kalau rasa nak kahwin sangat, pergilah masuk meminang. Jumpa mak saya, tak payah tanya saya."

"Okay. Kalau saya masuk meminang awak nanti, awak jangan tolak pinangan.."

"Eh..saya tak cakap pun saya nak tolak, saya cuma tendang je.." Jawab Aishah bersahaja.

Faiz dan Haura tergelak dengan jawapan Aishah. Aishah sungguh selamba, lain perwatakannya dengan Yusra yang lemah lembut meskipun mereka bersahabat sudah berkurun lamanya.

"Berani awak nak tolak Syed Ammar? tak rasa menyesal ke nanti?"

"Menyesal apa nya.. ramai lagi jejaka-jejaka handsome yang sudi terima Syarifah Aishah ni tau.."

"Heyy don't you dare talk like that. If someone takes you from me, be prepared to fight with me." Balas Ammar keras. Jeling Aishah tajam.

Aishah menjeling. Menyampah, sikit-sikit ugut dia. Macam dah tak ada kerja lain.

Haura dan Faiz sambung ketawa. Sudah sedia maklum hubungan Syed Ammar dan Syarifah Aishah begitu. Ammar yang over sayangkan Aishah dan Aishah yang perangai gila-gila.

"Ni tuan rumahnya mana?" Tanya Aishah malas layan Ammar. Makin layan, makin menjadi-jadi.

"Tu Ruz datang sini. Panjang umur." Ammar menunding jari bila jumpa susuk tubuh Fairuz yang mula melangkah menghampiri mereka.

"Amm.. Aishah.. bila sampai?"

"Baru je Ruz. Ni Yusra mana?"

"Amboi kau Amm.. kemain lagi tanya isteri aku. Aku depan mata kau, kau tak tanya sihat ke tak.. buat apa.. isteri aku dulu yang kau tanya ya?"

"Tanya kau buat apa.. dah sah-sah kau sihat walafiat. Aku dengan Yusra kan dah kamceng sejak Aku dapat Aishah ni.."

"Eh.. apa awak ni.. cakap tak ada insurans langsung la dia ni.." Aishah pukul bahu Ammar. Ada ke patut cakap macam tu. Hish!

"Dah tu, betul la.. kalau bukan sebab Yusra, kita tak jumpa tau. Saya tak kenal awak siapa, dan awak pun tak kenal saya siapa."

"Sejak bila kau jadi ulat bulu ni Amm?" Fairuz mengusik Ammar.

"Sejak jumpa bidadari aku."

"Bidadari?" Aishah tercengang.

"Awaklah. Awak kan bidadari saya. Dulu ingat tak masa awak jadi pengapit Yusra? Awak macam bidadari. Bidadari tu lah yang membuatkan hati saya cair, tahu?" Ammar sudah mengeluarkan madah pujangganya.

Aishah menjerit kegelian disertai dengan ketawa dari Faiz dan Fairuz. Ammar ni kalau dengan orang lain mahu segala jenis ayat hikayat keluar, hati mana yang tak cair? Tapi kalau dengan Aishah tak ada maknanya Aishah nak layan. Silap hari bulan, Ammar kena sepak.

"Eeee.. bencilah dia nih! Dah la saya nak masuk jumpa Yus.. Kak Haura, jom. Tak payah layan Amm tiga suku ni." Aishah bangun lalu tarik tangan Haura. Malukan betullah Ammar nih!

Happy Anniversary Fairuz-yusra. Faiz dh dapat Haura. Amm pun dh dapat Aishah. 43k views tq2 so much!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience