Bab 61 : CBYS

Romance Series 109654

Selesai bersarapan, Fairuz berlalu ke pankin rumah, meyertai Yusran yang kusyuk layan game di telefonnya manakala Yusra masih mengemas di dapur.

"Game pe?"

"Game bola je bang. Boring tak tahu nak buat apa. Minggu depan nak balik matrik jap. Ambik barang-barang." Jawab Yusran namun matanya masih tertumpu pada gamenya. Fairuz senyum. Ada peluang nak kacau adik Ipar dia.

"Aikk.. Hari tu bukan kata dah nak balik ke?"

"Hari tu memang dah nak balik sebab kawan ajak join pergi Kedah. Ada program kat sana. Tapi last minute plan. Idi tarik diri jelah." Jawab Yusran lagi.

"Idi dah habis belajar kan?"

"Ha'a. Dah habis. Nanti nak sambung kat UKM la kot. Senang dekat dengan akak. Nanti boleh jaga dia."

"Nak jaga akak? Kenapa? Kan abang ada.." Fairuz mengerut dahi dengar jawapan Yusran. Jaga, apa maksud Idi tu?

"Ops... sorry-sorry... tu plan asal Idi. Sekarang dia dah ada hero idaman malaya. Mana boleh lawan dengan Idi ni.. hehe" Yusran segera membetulkan ayatnya. Tersasur.

"Ooo.. plan asal nak jaga akak, kenapa? Boleh share?"

"Macam mana nak bagitahu abang ya? emmm... akak tu.. Aaarghhh! kalahhh.. tengok abang punya pasal. Ajak Idi borak.. dah kalah..." Jerit Yusran Tangan kanan tepuk dahi manakala tangan kiri setia pegang telefonnya. Tengok Fairuz dengan pandangan yang tidak puas hati.

Fairuz tergelak. Yusran langsung tidak kekok dengan dia walaupun mereka jarang bersua muka. Dengan Yusran, dia rasa serasi.

"Akak apa tadi?" Fairuz kembali bertanya topik asal mereka. Berminat untuk tahu kisah isterinya.

"Akak... She is a good looking as you know, naive, humble and easy to trust anyone.. Kadang-kadang sebab akak macam tu, akak selalu kena buli dekat sekolah dulu. Dulu okay la sebab Kak Aishah ada. Boleh back up kalau anything happens belakang Idi."

"Akak selalu kena buli di sekolah? Buli macam mana tu?" Tanya Fairuz lagi. Makin berminat pula topik ni.

"Tak tahu la abang pernah tahu ke tak kisah ni.. Dulu ada seorang lelaki minat kat akak. Minat yang giler-giler, awal-awal memang diorang kawan tapi lama-lama laki tu anggap lain. Macam-macam juga la laki tu buat, sampai Idi kena pindah sekolah dari MRSM ke sekolah akak sebab nak protect akak. Masa tu akak form 5."

"Abang tahu kan yang Kak Aishah pernah accident dulu?"

"Ingat.. Yusra pernah cerita kat abang tapi tak detail sangat.. tapi sebab Aishah accident, Yusra tak jadi sambung study overseas kan?"

"Ha'a... Kalau abang nak tahu, accident tu sebenarnya nak tuju pada akak tapi Kak Aishah selamatkan akak. Kereta tu datang dari belakang. Nak langgar akak tapi yang kena Kak Aishah. Sebab tu akak rasa bersalah sangat dengan kak Aishah. Masa tu mereka sama-sama boleh sambung study kat sana." Cerita Yusran lagi. Buka semula kisah yang tak pernah Fairuz tahu.

Fairuz terlopong, nak rempuh Yusra tapi yang kena Aishah?

"Siapa orang tu? Lepas kes tu, dia macam mana?"

"Anak Kak Nab.. Sekarang dia dah dipenjarakan. Abang Adif yang tolong handlekan kes tu. Kak Nab marah sangat dengan akak sebab dah penjarakan anak dia. Lepas tu bila kak Yus masuk form 6, anak saudara dia pulak sukakan Azzam. Azzam pula sukakan kak Yus. Lagi lah bertambah meroyan mak cik tu." Tambah Yusran.

"Abang rasa macam pernah dengar je nama Kak Nab tu...." Berkerut dahi Fairuz cuba mengingati seseorang yang bernama Kak Nab.

"Kak Nab yang selalu mengata akak. Rasanya dulu, Ibu pernah cerita.. dia pernah sound akak di kedai Ustaz Luqman. Masa abang abang dengan akak baru-baru kahwin." Jawab Yusran lagi.

Fairuz diam. Sedikit sebanyak dia mulai faham kenapa mak cik dua orang tu marahkan Yusra dulu.

"Ehh... abang.. Rahsia ni jangan bagitahu akak tau. Dia tak suka orang mengungkit kisah dia. Dia tak nak sedih bila ingat semua tu. Akak beruntung dapat abang sebenarnya.. abang dah selamatkan dia dari cacian orang kampung ni. Walaupun ramai yang suka akak, ada juga yang masih menyimpan dendam pada akak."

"Okay.. your secret safe with me." Fairuz buat gaya zip mulutnya. Biar dia simpan sendiri rahsia isterinya.

Yusran Saidi senyap.

"Meh abang try test main games. Idi team apa?" Fairuz sengaja lencong topik. Mahu mengembalikan suasana ceria tadi sebelum tiba-tiba sepi.

Yusran hulur telefon bimbitnya kepada abang iparnya.

"Team Manchester. Power! Tadi je kalah sebab abang kacau Idi. Kalau tak mesti dah banyak score."

"OK.. Idi Manchester, abang pilih team Chelsea. Nanti kita tengok siapa yang power." Fairuz mulakan gamesnya.

"OK boleh.. Kacang je nak belasah ni..."

"Idi.... ibu dan ayah mana?" Yusra tiba-tiba muncul.

"Abang main games? Kepala dah okay ke ni?" Yusra kalih pandangan pada suaminya pula.

"Dah-dah.. abang dah okay. Yusra jangan risau. Jangan tanya abang apa-apa. Abang nak fokus jap. Lama tak belasah orang ni.." Kusyuk Fairuz layan Games. Yusran tersengih di sebelah Fairuz.

"Kak.. tadi aku main, abang kacau aku.. Macam-macam dia tanya aku.. sampai kalah games aku.. sekarang kau kacau la abang.. biar fair and square.." Yusran menyampuk.

"Yusra jangan... abang nak lawan Idi ni.." Fairuz sengaja memberi amaran. Yusra mencebik.

"Emm... Yelah.. tak nak kacau orang tengah sibuk. Idi, ibu dan ayah mana?"

"Ibu dan Ayah pergi rumah Mak Eton. Tolong apa yang patut. Ada kenduri selamat esok. Anak dia yang dia nak recommend dekat kau dulu tu, dia dah kahwin. Esok majlis menyambut menantu."

"Recommended dekat Yusra? Ishh... Berapa ramai orang yang berminat dengan isteri abang ni?"

"Isteri abang ni ramai peminat. Nasib baik awal-awal lagi arwah atuk abang dah booked akak ni.. haha"

Yusra menjegil mata kepada Yusran. Yusran jelir lidah.
"Pandai lah kau ni Idi." Yusra menampar bahu adiknya Tak suka mereka masuk topik ni. Dia dah jadi isteri orang, tak perlu lagi ungkit kisah zaman dia anak dara. Yusra angkat kaki masuk ke dalam rumah. Layan TV lagi best, dari layan diorang.

* * *


"Yusra.... kotak ni nak letak kat mana?" Jerit Fairuz di dalam bilik. Yusra diam, tiada sahutan.

"Yusra..."

"Abang...akak tertidur kat kerusi depan. Kotak ni tadi ibu pesan, kotak semua ni simpan atas almari. Takut rosak simpan bawah katil." Jawab Yusran Saidi yang tiba-tiba muncul dari balik pintu bilik Yusra.

"Kotak apa ni Idi? Macam sayang benar je akak dekat barang ni."

"Tak tahu la Idi. Akak ni,dia tak suka sesiapa usik barang dia. Idi pun jarang-jarang masuk bilik akak." Ujar Yusran.

Fairuz mengangguk. Sebentar kemudian, Yusran meminta diri ke biliknya.

Bangku kecil yang terletak elok di meja solek ditarik lalu diletakkan betul-betul di hadapan almari pakaian Yusra. Almari Yusra ni pun boleh tahan tinggi juga. Dia berkira-kira mahu memanjat bangku kecil itu sebelum dia membongkokkan sedikit badannya bersedia untuk mengangkat kotak yang bersaiz sederhana besar.
Fairuz termangu seketika sebelum mengangkat kotak isterinya. Mungkin koleksi peribadi Yusra,fikirannya. Kalau itu koleksi peribadi Yusra maka dia perlu hormatkan privacy Yusra. Walaupun Yusra itu isterinya, dia tahu ceroboh privacy seseorang sangat biadap. Dan dia juga sama, tidak suka hak privacynya diceroboh.

Fairuz bersedia mengangkat kotak dan mula memanjat bangku kecil. Dia berdiri betul-betul atas bangku sebelum bersedia menolak kotak ke atas almari. Namun malang buat Fairuz, kaki bangku tidak seimbang. Fairuz terhuyung hayang sebelum tangannya terlepas kotak yang dipegang. Kotak terhempas ke lantai, manakala Fairuz sempat melompat turun dari bangku sebelum kaki bangku patah dua.

Kotak yang terhempas ke lantai membuatkan penutup kotak terbuka. Isi dalamnya terkeluar dari kotak. Fairuz duduk mencangkuk, mahu mengutip barang yang keluar dari kotak. Hatinya berdebar kalau dia dianggap menceroboh privacy isterinya.

Ada bungkusan kain yang berlipat elok diletakkan ke dalam plastik kecik, menarik minat Fairuz. Ada logo kecil disitu tapi tidak jelas kerana kainnya berlipat, logo yang diperbuat daripada benang berwarna emas, seperti pernah dilihat tapi dimana ya?

Tanpa sengaja, dia membukanya. Sehelai skaf biru tertera lambang Ireland, mengejutkan Fairuz. Betul, dia pernah tengok. Skaf seperti ini juga ada dalam biliknya di Teratak Qaseh. Hatinya berdebar kencang. Siapa punya ni? Tak kan Yusra punya? Rasanya mesti seseorang yang bagi Yusra... Tapi kenapa dia dada berdegup kencang?

Sebuah album gambar diambil. 'Cameron Highlands F&S-2010' itu yang tertulis di kulit muka hadapan album gambar. F & S? Siapa? Dia teringat sebelum ni dia ada ternampak keychain kecil huruf F & huruf S tergantung di kotak pensel Yusra. Cantik keychain tu. Tapi dia tidak pula bertanya kenapa Huruf tu yang menjadi pilihan Yusra. Mungkin sebab F Fairuz dan S Saidah, kan? Tapi rasanya dah lama dia tak nampak keychain tu di kotak pensel Yusra..

Helaian pertama dibelek, gambar Yusra bersama Fatihah di Ladang Teh. Bulat mata Fairuz, Tehah? Tak salah mata dia, Ini memang Tehah. Tehah dan Yusra saling berpelukan dalam gambar menunjukkan betapa mereka mempunyai satu hubungan yang sangat erat. Tapi kenapa, ehh bukan.. macam mana mereka kenal?

Fairuz belek lagi helaian seterusnya, gambar Yusra bersama-sama dengan Fatihah, Fatin dan Fitrah. Berempat. Mereka semua kelihatan sangat erat. Fairuz teringat kejadian ketika dia terserempak dengan Yusra dan Fatin, nampak macam saling bermusuhan, kenapa tak macam yang dia nampak dalam gambar ni? Banyak gambar mereka berempat. Kalau mereka berempat, jadi siapa yang jadi kameramen?

Belum sempat otaknya berfikir mencari jawapan, tangannya terlebih dahulu pantas bertindak membelek helaian demi helaian, sehinggakan matanya terhenti pada sekeping gambar dimana Yusra bersama seseorang yang dia kenali. Ada Faiz Iskandar disitu. Faiz Iskandar bersama dengan Yusra dan Fatihah. Faiz Iskandar di tengah-tengah. Faiz Iskandar senyum bahagia.

Is?

Rasa bagaikan ada sesuatu sedang menghempap dada. Fairuz pegang dadanya kirinya. Jantung yang sejak tadi berdegup pantas bagaikan dia baru siap buat larian pecut 100 meter. Kalau bukan disebabkan ada tulang rangka, sudah lama rasanya jantung melompat keluar. Berdegup kencang menerima kejutan yang dia tak pernah fikir.

Beberapa kepingan poskad pula diambil lalu dibaca. Tarikh yang tertulis di setiap poskad semuanya merujuk kepada 7 tahun lepas. 7 tahun lepas, dia dan Faiz Iskandar masih berada di Ireland. Jadi....arghhh... Fairuz pegang kepala. Kepala mula berdenyut sakit.. Susah untuk dia terima hakikat ini. Selama ini, Yusra Saidah.... 'Saidah' yang Is cari?

* * *

_Aku tak tahu la Ruz. Berdebar bila tengok nama wife kau lebih kurang sama dengan perempuan tu._ ~Iskandar

_Aku harap diorang bukan orang yang sama._ ~Iskandar

_I will make sure 'they' are not the same person even though their names are almost the same!_ ~Fairuz

WhatsApp antara dia dan Faiz Iskandar dulu berulang-ulang di kepalanya. Ya, dari dulu Is pernah rasakan bahawa Yusra Saidah adalah 'Saidah'nya.

Allah... kenapa jadi macam ni? Aku dah rampas Yusra dari Is ke? Yusra jadi mangsa atau aku yang jadi mangsa? Kenapa jalan cerita mereka jadi semakin rumit?

"Abang....."

Yusra menolak dedaun pintu. Seraya matanya melekat pada sepasang mata tajam milik Fairuz. Mata Yusra jatuh kepada tangan suaminya. Tangan suaminya sedang memegang album gambar dia dan kepingan poskad kiriman Faiz.

Tergamam, terkedu, terkelu... segala jenis' ter' tiba-tiba muncul. Yusra terpaku di tempatnya. Rahsia besarnya sudah terbongkar! Jangankan pandang wajah suaminya yang merah menyala, cukup sahaja dengan dia melihat urat yang timbul di lengan lelaki itu sudah cukup membuktikan suaminya sedang menahan perasaan.

Glup! Yusra menelan liur. Kesat. Kasar menuruni kerongkongnya. Bagaimana cara untuk dia mahu berterus terang dengan Fairuz? Percayakah nanti Fairuz dengan setiap cerita dia?

"Explain. to. me. everything. now!" Galau suara Fairuz menyapa telinga Yusra. Arahan yang wajib Yusra penuhi tanpa banyak soal.

Yusra melangkah setapak maju ke hadapan. Duduk bersimpuh depan Fairuz tanpa menghiraukan pandangan tajam lelaki itu.

"Yusra akan cerita.. tapi bukan kat sini. Yusra tak nak ada orang lain dengar. Boleh?"

Ambil masa untuk siapkan. Berdebar nak tulis.. tq 22k views. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience