Bab 63 : CBYS

Romance Series 109654

Fairuz merenung kosong. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Cuba meneutralkan balik perasaan yang berkecamuk di jiwanya. Apa yang terjadi di rumah mertuanya dua hari lepas masih bermain di fikirannya. Selama dua hari itu lah dia mengelakkan dari berjumpa dengan Yusra. Dia perlu sejukkan hati sendiri dulu sebelum mendengar penjelasan Yusra.

Ingat tentang itu, hatinya kembali sakit. Masih terbayang gambar Yusra duduk disamping sepupunya. Faiz Iskandar tersenyum mesra. Lagak seperti pasangan kekasih yang tengah bahagia dilamun cinta. Walaupun gambar itu gambar lama, dia tetap rasa sakit di hati. Rasa tertipu. Rasa kecewa. Rambutnya yang kusut masai diramas perlahan. Ahhh perempuan ni betul-betul buat aku jadi gila nampaknya!!

Tiba-tiba pintu bilik kerjanya dibuka dari luar dengan perlahan. Sekilas dia memandang, tahu siapa yang membukanya. Tengok saja muka Yusra, perasaan marah bercampur sedih mula menguasai diri. Cepat-cepat dia menuju ke arah Yusra. Tangan Yusra di tarik kasar. Segera pintu bilik di tutup dan dikunci. Hari ini dia perlu buat perhintungan dengan Yusra. Tentang semuanya. Dia perlukan penjelasan Yusra.

"Apa hubungan Yusra dengan Is hah?" tanya Fairuz dengan pandangan tajam ke arah Yusra.

Yusra diam. Kaget dan takut melihat Fairuz yang tengah marah. Matanya merah bagaikan tengah menahan rasa amarah.

Fairuz makin sakit hati bila Yusra bertindak diamkan diri. Tubuh Yusra yang kecil molek itu ditolak ke dinding. Dua telapak tangannya di lekapkan ke dinding dan tubuh Yusra berada diantaranya.

"Abang tanya Yusra! Apa hubungan Yusra dengan Is? Yusra masih ada hati pada dia?!" Tanya Fairuz lagi.

"Jawab soalan abang!!" Suaranya sedikit meninggi dari tadi.

Bahu Yusra sedikit terhinjut. Matanya dipejam seketika sebelum dia menggeleng perlahan.

"Yusra jangan nak tipu abang! Kalau Yusra dah tak ada hati pada dia, kenapa selama ni Yusra tak pernah bagitahu abang? Kenapa Yusra tipu abang!" Tinggi suara Fairuz menengking, menambahkan lagi rasa takut di dalam hati Yusra.

Mata Yusra berkaca, belum pernah dia di tengking begini dan yang menengkingnya pula adalah suami sendiri. Walaupun perkahwinan mereka bukan atas dasar suka sama suka pada mulanya, suami tetap suami. Yang layak dihormati dan yang layak ditaati. Berdosa dia kerana telah buat hati suaminya terguris. Air matanya mengalir perlahan-lahan.

"Abang, Yusra minta maaf. Yusra tahu Yusra salah sebab Yusra tak berterus terang dengan abang. Yusra rahsiakan semuanya dari abang. Tapi betul, Yusra dah tak ada apa-apa perasaan pun pada dia." Jawab Yusra dengan suara serak basahnya.

Fairuz terdiam sejenak. Tangannya di tarik dari tempatnya. Memberi ruang kepada diri sendiri dan Yusra. Kedua tangannya meraup muka. Tarik nafas dalam cuba menenangkan diri.

Yusra tunduk menekur lantai. Masih menangis seperti tadi. Menangis bukan kerana lemah tapi sebab dia takut. Takut kalau tiba-tiba dia kehilangan Fairuz. Dia sayangkan Fairuz lebih dari perasaan sayangnya pada Faiz dulu.

"Kenapa rahsiakan dari abang? Sampai bila Yusra nak sembunyikan hal ni? Kalu bukan sebab kotak tu, tak mungkin abang akan tahu pasal ni... Why Yusra? Why? Why you do this to me?" Kali ini suara Fairuz mengendur. Tak lagi memetir macam tadi. Dia halakan pandangan matanya kepada Yusra. Tagih jawapan.

"Yusra tak tahu nak mulakan dari mana... Yusra tak pernah sangkakan Yusra akan masuk dalam keluarga Tengku Ibrahim. Yusra tak pernah tahu pun Faiz tu sepupu abang dan abang, abang kepada Kak Fatihah."

Fairuz mengeluh. Okay, kali ini dia perlu dengar apa yang cuba disampaikan oleh Yusra. Dia mendekati Yusra dan tarik tubuh isterinya ke dalam dakapannya. Kali ini dengan lembut. Peluk Yusra erat. Rasa bersalah kerana marahkan Yusra padahal bukan salah Yusra. Sepatutnya dia kena bagi Yusra peluang untuk jelaskan semuanya sebelum dia menghukum Yusra. Entah kenapa emosinya tidak stabil sejak akhir-akhir ni.

"Maafkan abang. Abang dah marahkan Yusra. Abang kasar dengan Yusra. Maafkan abang.. Maafkan abang.." Fairuz kucup dahi Yusra berkali-kali bagi mengurangkan rasa bersalahnya.

Fairuz tarik Yusra dan dudukkan di set sofa yang sedia ada di bilik kerjanya. Air mata Yusra diseka dengan ibu jarinya. Sekali lagi dia peluk Yusra.

"Cerita kat abang. Apa sebenarnya berlaku?"

Yusra mengangguk sebelum menarik nafas panjang. Mengumpul kekuatan untuk dia memulakan ceritanya. Bukan mudah untuk dia terokai segala memori pahit yang dia cuba lupakan tapi demi menjernihkan hubungannya dengan Fairuz, dia sanggup mengorek kembali segala duka lama.

"Yusra tak tahu nak mulakan dari mana sebenarnya. Yusra pernah bagitahu abang Yusra belajar di MRSM kan?"

Fairuz mengangguk.

"Yusra tahu abang tak pernah tahu Yusra belajar dekat MRSM mana kan? Yusra belajar di sekolah yang sama dengan Kak Fatihah. MRSM Kuala Berang. Dan untuk mengetahuan abang, dia kakak angkat Yusra. Tapi kat sana Yusra kenal dia dengan nama panggilan Kak Fatt. Dan dia panggil Yusra, Idah. Yusra lebih selesa dengan nama Saidah Shafie masa sekolah MRSM dulu."

"Idah? jadi selama ni, Idah yang Is maksudkan tu, Yusra la.. kan?"

Yusra mengangguk.

Melihat anggukkan Yusra, Fairuz mengeluh panjang. Kenapa jadi macam ni kisahnya?

"Habis tu macam mana kenal Is?"

"One day, Kak Fatt ajak Yusra ikut dia balik rumah dia. Dah lama sangat dia ajak Yusra tapi ada je halangan. Tapi hari tu, kebetulan cuti sekolah.. ibu dan ayah tak ada. Pergi buat Umrah jadi sebelum ibu pergi sana, ibu izinkan Yusra ikut Kak Fatt untuk 2 minggu. Masa kami sampai Teratak Qaseh, baru kami tahu.. umi dah abah tak ada. Pergi jenguk abang Qan. Abang pun join sekali kan?"

Fairuz termangu sejenak sebelum matanya tiba-tiba meluas.

"Ha'a.. abang ingat. Time tu abang cuti musim panas. Abang follow umi dan Abah and Is balik Malaysia. Oh I see... masa tu la Yusra kenal dia kan?"

"Ha'a.. masa tu la Yusra kenal Abang Faiz, Fatin, Fitrah, Abang Fakhril, Abang Fahmi, Mak Chik dan Ayah Chik.. Masa tu Yusra follow Kak Fatt tinggal rumah Mak Chik. Yusra ingat diorang sebab diorang baik dengan Yusra tapi Yusra tak sangka bila kami berjumpa balik, masing-masing dah tak kenal Yusra." Ada keluhan dihujung ayatnya. Terkilan dengan mereka semua.

Fairuz jeling Yusra dengan ekor mata.

"Kenapa diorang tak kenal Yusra? Abang ingat lagi reaksi Tehah dan Is pun macam tak kenal Yusra. Masa majlis kita pun, diorang tak ada tegur Yusra pun." Fairuz berkira-kira. Cuba ingat kembali setiap babak cerita dari awal.

"Kami lost contact. Setahun saja Yusra sempat terima poskad dari abang Faiz. Tu pun Kak Fatt yang kiriman. Kak Fatt yang jadi pengantaraan antara kami berdua sehinggalah Kak Fatt tamat SPM dan Yusra pindah sekolah. Hari-hari Yusra tunggu surat dari Kak Fatt. Tapi tak ada khabar berita. Dua tahun lepas tu, baru Yusra terima surat dari Kak Fatt dengan poskad terakhir abang Faiz. Kak Fatt dah sambung belajar di overseas tapi tempatnya Yusra tak tahu. Sejak hari tu, kami lost contact. Dan tak sangka bila kami jumpa balik, keadaan dah jadi lain." Lirih saja suara Yusra.

"Jadi masa Yusra kahwin dengan abang, Yusra dah tahu ke Yusra kahwin dengan siapa?"

"Tak. Yusra tak tahu. Sumpah. Masa abah dan umi datang rumah. Abah ada cerita serba sedikit tentang Farra dan Kak Fatt. Bila sebut nama Kak Fatt, Tengku Fatihah Binti Tengku Faisal.. Yusra rasa nama tu macam nama Kak Fatt tapi Yusra anggap mungkin nama sama tapi orang lain-lain." Yusra jeda sebentar sebelum menyambung.,

"Selepas kita nikah, kita jumpa family side abang kat homestay tu.. ingat tak?"

Fairuz hanya mengangguk.

"Tu first time Yusra jumpa Mak Chik dan Fitrah. Tapi diorang tak cam Yusra. Sejak tu, Yusra terfikir dengan siapa Yusra kahwin ni sebenarnya? Yusra kahwin dengan abang kepada kakak angkat Yusra dan sepupu kepada lelaki yang Yusra dah anggap istimewa dalam hati Yusra.. banyak kali Yusra tertanya-tanya tapi tak ada jawapan tepat."

Serentak dengan itu Fairuz pandang Yusra. Ada rasa sakit hati bila dengar Yusra kata begitu. Tangannya yang menggenggam erat tangan Yusra, di cengkam sedikit.

Yusra angkat muka. Tahu, Fairuz marah. Sekilas dia senyum.

"Bila Yusra tahu semuanya?"

"Abang ingat tak masa abang tengok Yusra menangis dekat balkoni bilik abang? Masa tu kita balik dari fitting baju resepsi kita. Kita ada singgah rumah Mak Chik kan?"

Fairuz mengangguk.

"Masa tu lah Yusra tahu. Kita singgah rumah Mak Chik. Rumah tu tak berubah sama seperti dulu. Bila masuk rumah Mak Chik macam-macam Yusra ingat. Mak Chik pun ada cerita tentang abang Faiz dan Kak Fatt. Masa tu lah Yusra tahu rupanya Abang Faiz pilih untuk stay dengan Kak Fatt dari pilih untuk jumpa Yusra. Dulu, Abang Faiz ada berjanji selepas 3tahun dia kat sana, Yusra pun dah habis SPM.. dia nak jumpa Yusra. Cari Yusra.. Yusra percaya dan Yusra tunggu... 7 tahun Yusra tunggu dia.. sehinggalah masa Mak Chik bagitahu tu, Yusra baru tahu rupanya selama ni Abang Faiz dengan Kak Fatt. Yusra dah putus asa.. "

Diam seketika. Masing-masing membisu melayan perasaan sendiri.

"Dia balik selepas 7 tahun. Kali pertama berjumpa selepas 7 tahun menyepi, masa majlis resepsi kita, abang rasa perlu ke Yusra ingat dia lagi, sedangkan abang ada sebelah Yusra. Yusra dah tekad dalam hati masa malam Yusra menangis tu, Yusra akan lupakan dia dan Yusra akan cuba bagi abang peluang untuk kita sama-sama bina rumahtangga kita." Luah Yusra lagi.

"Abang minta maaf... "

"Kenapa minta maaf?"

"Abang ingat lagi masa majlis tu.. Abang ada mintak Is nyanyikan satu lagu untuk Yusra bagi pihak abang..."

Yusra senyum dulu.

"Tak apa.. Yusra tak salahkan abang lagipun abang tak tahu apa-apa."

Sepi seketika. Fairuz mengeluh panjang sebelum dia menglengkapkan cerita isterinya bagi pihak Faiz Iskandar.

"Masa kami dah habis study.. Is ada bagitahu abang.. Dia nak stay dengan Tehah dan Fatin di England, tiba-tiba. Is pindah dari Ireland semata-mata nak stay dengan diorang. Abang marah. Macam-macam abang ungkit termasuklah kisah Idah sebab abang nak dia balik tolong abang uruskan Mentari macam yang dah kami janjikan dengan arwah atuk tapi dia berkeras tak nak balik. Kisah Yusra dengan Is, abang tahu tapi abang tak tahu Idah yang Is maksudkan tu Yusra." Fairuz menyambung pula apa yang dia tahu. Kemudian Fairuz mengeluh.

Giliran Yusra pula dengar apa yang Fairuz ingin sampaikan.

"Is.. sepupu abang yang paling rapat dengan abang. Walaupun dia sweet talker macam Amm tapi Is bukan kaki perempuan. One day, masa Is balik dari bercuti.. Muka Is happy sangat-sangat. Tak pernah abang tengok Is happy macam tu. Abang ingat lagi dia pernah kata, 'Ruz, I think I have found the owner of my heart'. Abang tanya siapa dan Is cerita pada abang. Kisah Idah, dia ceritakan pada kami bertiga tapi dia tak tunjuk gambar. Katanya takut salah seorang dari kami tackle Idah dia." Jeda sebentar. Ada senyuman nipis terbentuk di bibir Fairuz.

"Dia pernah bagitahu abang, tamat study.. dia nak balik cari Idah. Walaupun dia tahu Idah masih study, dia sanggup tunggu. Asalkan dapat bersama Idah. Dari situ abang dapat agak, Is memang betul-betul jatuh cinta dengan Idah. Is dah tak main-main dengan perasaan dia. Abang mengaku masa tu abang jealous dengan Is sebab abang tak rasa pun perasaan tu abang tiap kali bersama Qazrina."

"Sehinggalah satu hari Is pergi jumpa Tehah dan Fatin kat England. Balik dari situ, semuanya berubah sekelip mata. Is banyak termenung. Banyak diam dari bercakap. Abang tanya dia, tak jawab. Masa kami dah nak balik sini, dia ubah keputusan. Katanya dia akan stay dengan Tehah dan Aten dulu sebelum balik sini." Ujar Fairuz.

Ada nada kesal dalam kata-katanya. Kesal dengan tindakan sepupunya. Tapi kalau bukan Faiz yang tinggalkan Yusra, tak mungkin dia akan bersama dengan Yusra kan?

Yusra diam. Tak tahu mahu beri reaksi yang bagaimana. Mungkin kalau dulu, dia rasa sedih dan terkilan tapi sekarang? Kenapa dia rasa seperti tiada apa-apa yang perlu dikesalkan?

"Yusra masih suka dia lagi?" Soalan Fairuz buat anak mata Yusra panah anak mata Fairuz tajam.

"Abang rasa?" Hanya itu yang Yusra balas tanap mengalihkan matanyavdari terus tatap anak mata Fairuz.

Fairuz teguk liur. Risau dengan jawapan yang bakal keluar dari mulut Yusra.

"Yusra dah boleh terima keputusan abang Faiz dan Kak Fatt. Walaupun tanpa sepatah kata dari diorang tapi Yusra tahu, mungkin itu yang terbaik buat kami. Yusra dah terima abang dalam hati Yusra itu bermakna Yusra dah tak ada apa-apa perasaan pada Abang Faiz lagi. Dia cuma sejarah dan abang adalah masa depan Yusra. Syurga Yusra ada pada abang. Dan Yusra sangat cintakan abang." Luah Yusra.

"Terima kasih sayang."

Kalau dia bukan jodoh kita. Walaupun kuat macam mana pun kita genggam tetap terlepas juga... huhu Faiz/Is... dia bukan jahat... Fatihah... dia bukan baik.. tq 23k view... saya sgt2 hargai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience