Bab 81 : CBYS

Romance Series 109654

"Nancy... she's okay?" Faiz bertanya kepada Nancy sebaik sahaja Nancy muncul disebalik pintu bilik Fatihah.

Nancy menggeleng lemah. Termasuk hari ini sudah 3 hari Fatihah begitu. Lemah dah tidak bermaya. Makan tidak, minum pun tidak. Nancy diterpa rasa bersalah sangat-sangat. Kalau bukan sebab teman lelaki durjananya, tak mungkin Fatihah akan mengalami nasib seperti itu. Nancy menyesal. Betul-betul rasa menyesal.

Tapi hatinya rasa sedikit lega bila dengar berita dari Alex, Ronald dan 3 lagi kawannya dah terima balasannya atas kejadian menculik dan cubaan memperkosakan dia dan Fatihah tempoh hari. Balasan yang macam mana, dia tak berminat untuk ambik tahu. Biarlah Alex yang menguruskan lelaki keparat tu. Teringat balik kejadian malam itu, dia sangat bersyukur bila Faiz dan kawan-kawannya tiba tepat pada masanya di rumah Ronald sebelum dia dan Fatihah dikendurikan.

Faiz mengeluh. Menghela nafas panjang dengan jawapan Nancy. Dia buntu sebenarnya. Tak tahu apa yang patut dia buat dengan keadaan Fatihah sekarang. Fatihah betul-betul down. Termenung memanjang. Bila malam menjelma, keadaan Fatihah jadi semakin teruk. Tengah-tengah malam, dia meraung menjerit ketakutan. Faiz bertambah risau bila fikir Fatihah dan Nancy hanya tinggal berdua dengan keadaan Fatihah yang belum stabil, tak mustahil Fatihah akan sesuatu yang diluar jangkanya. Sudahnya Nancy minta Faiz temankan mereka di rumah. Faiz serba salah. Nak hubungi keluarga mereka di Malaysia, Fatihah tak izinkan.

Akhirnya Faiz memutuskan untuk tinggal sementara di rumah sewa Fatihah sehingga keadaan Fatihah kembali stabil. Dia tahu hanya dia satu-satunya saudara yang Fatihah ada di sini selepas beberapa bulan Fatin pulang ke Malaysia. Lagipun hanya dia satu-satunya lelaki yang Fatihah percaya dan rasa selamat.

"Jangan sentuh aku!! Jangan sentuh!"

"Pergi! Pergi!! Jangan sentuh aku!"

Faiz teringat lagi jeritan Fatihah malam kejadian itu sambil meronta-ronta bila ada doktor lelaki mahu memeriksaan keadaan Fatihah. Sudahnya doktor lelaki berkenaan terpaksa memanggil doktor perempuan mengantikan tugasnya. Menggigil-gigil tubuh Fatihah. Dipeluk kedua lututnya di satu sudut katil. Gigit bibir menahan tangis sambil menggeleng kepalanya. Air mata tak terkira menitis di pipinya.

Beberapa orang jururawat merapati Fatihah, cuba menenangkannya. Bila tangan Fatihah sudah dipegang, Fatihah meronta lagi kuat. Menjerit minta dilepaskan. Faiz yang melihat rasa hiba, tak sanggup dia melihat keadaan Fatihah begitu. Luka di tubuhnya tidak terkira banyaknya. Nasib baik Fatihah tidak sempat diperkosa kalau tak, tak tahu apa yang akan jadi. Faiz merapati Fatihah. Cuba memujuk lalu bawa tubuh Fatihah ke dakapannya. Cuba menenangkan Fatihah.

"Is.. aku takut Is.. Dia jahat Is... Dia jahat..." Fatihah mengulangi lagi ayat yang sama.

"Tehah... aku ada.. aku ada... jangan takut.. aku ada..." Faiz tahu, gadis ini betul-betul takut.

Bila Fatihah sudah berhenti dari meronta dan menjerit seperti tadi, salah seorang jururawat bertindak memberikan satu suntikan di pegelangan tangan Fatihah. Tidak lama selepas itu, Fatihah terkulai layu dalam pelukan Faiz.

* * *

"Is... Is.. aku takut.. tolong bawak aku keluar dari sini.. sini ramai orang jahat Is.. tolong aku.. tolong aku.." Fatihah meracau dalam lenanya.

Makin lama makin kuat sehingga akhirnya dia tersedar dan meraung menjerit memanggil nama Faiz Iskandar. Nancy di bilik sebelah segera menjenguk Fatihah. Tubuh Fatihah dirangkul erat, belakang Fatihah di usap perlahan-lahan minta Fatihah bertenang. Bila Fatihah sudah berhenti meracau, Nancy baringkan tubuh Fatihah sehingga kembali lena.

"Is.. I rasa keadaan Tehah semakin teruk." Luah Nancy bila keluar dari bilik Fatihah. Faiz sedia menanti perkhabaran Fatihah dari Nancy diluar bilik Fatihah. Dia juga tersedar gara-gara jeritan kuat Fatihah tadi. Muka Nancy keruh. Kesian tengok keadaan Fatihah.

"I rasa nak bawa dia balik Malaysia."

Nancy panggung wajah. Pandang Faiz lama.

"Bila kami balik, kat sana family Tehah ada nanti boleh tengok-tengokkan dia."

"I tak rasa Tehah akan setuju, lagipun you pun tahu, final exam kami cuma tinggal dua bulan je lagi. Tak kan tiba-tiba nak balik. Nanti macam mana dengan study dia? Tak kan nak extant?"

"So, what should I do now? You pun tengok keadaan dia macam mana.. boleh ke dia fokus pada study dia?"

"At least we need to do something to save her."

"Therefore, we need to tell her family about what happened."

"You pun ada dengar Tehah tak nak family dia tahu, Kan? Tak nak family dia mendapat malu bila berita ni tersebar di kalangan family besar korang. I pun tahu siapa family you and Tehah."

"I tak tahu nak buat apa lagi Nancy." Faiz raup wajah lalu labuh duduk di sofa.

"I tak boleh nak temankan dia selalu. Tengok keadaan sekarang ni, I tak boleh buat apa-apa. I just boleh temankan dia dari jauh je." Sambung Faiz.

"That's better than doing nothing, Is. Believe me, only you can make her feel better and safe now. she really needs you." Nancy berlalu ke biliknya meninggalkan Faiz yang masih terpaku di situ.

* * *

Petangnya Faiz pulang dari kerja macam biasa. Nancy sudah memulakan pengajian tanpa Fatihah. Keadaan Fatihah masih belum pulih. Dia tahu Fatihah trauma dengan apa yang jadi. Gadis itu diculik, dipukul, sebelum dibogelkan dan hampir-hampir diperkosa. Gadis timur yang tutup litup seperti Fatihah atau mana-mana perempuan pun pasti akan rasa trauma yang teruk.

"Tehah macam mana hari ni?" Faiz memulakan perbualannya. Dalam masa yang sama pandang Fatihah. Cuba mencari jawapan sendiri di sebalik wajah muram itu.

Fatihah angkat wajah. Tenung wajah tampan Faiz Iskandar.

"Tehah okay tak? Hari ni ada nak makan apa-apa tak?" Tanya Faiz lagi.

Fatihah diam lagi.

"Kita keluar nak? Kita jalan-jalan kat taman tu.." Faiz cuba lagi. Kali ini tunding jari pada taman rekreasi di hadapan rumah mereka. Sudah dua minggu Fatihah terperap dalam rumah atau bahasa lain berkurung dalam bilik.

Fatihah turut pandang tempat yang ditunjukkan Faiz, Fatihah senyum segaris. Senyuman hambar. Tiada apa-apa pun yang berubah setelah peristiwa pahit itu. Namun dia cuba untuk tidak menghampakan Faiz, dia mengangguk kecil.

Faiz tersenyum. Sekurang-kurangnya Fatihah setuju.

Fatihah bersiap ala kadar. Selendang merah bata dicapai dan dibelit ringkas di kepalanya. Tutup segala cacat cela kesan lebam di wajahnya dengan bedak nipis.

"Jom.." Faiz mengamit bila melihat Fatihah keluar dari biliknya.

Fatihah hanya membuntuti Faiz. Sehinggalah Faiz berhenti di sebuah bangku.

"Ada sesuatu yang aku nak bincangkan dengan kau." Faiz mula mukadimahnya selepas mereka mengambil tempat di bangku yang tersedia di taman itu.

Fatihah panggung wajah. Menanti apa yang akan Faiz katakan.

"Aku tahu kalau aku minta kau balik Malaysia, kau tak kan setuju dengan aku. Tapi tujuan aku cuma satu je Tehah, nak tolong kau."

"Aku tak nak balik Is. Jangan pernah kau buat keputusan untuk hantar aku balik. Aku tak nak umi dan Abah tahu apa yang dah jadi pada aku Is. Aku malu..." Fatihah mengendur. Matanya pandang Faiz, penuh berharap agar Faiz faham situasinya.

Faiz mengeluh dulu sebelum menyambung kata.

"Aku tahu.. tapi bila keadaan kau macam ni, aku tak tahu apa yang aku perlu buat untuk pulihkan kau. Kau sendiri kena kuat, Tehah..."

Fatihah diam.

"Aku takut Is. Setiap masa aku takut. Aku rasa dia ada di sekeliling aku. Dia cari aku."

Faiz pandang Fatihah.

"Tu bayangan kau Tehah. Kau trauma. Kau kena kuat lawan perasaan kau tu."

"Kau tak tahu perasaan aku Is. Kau tak alami peristiwa tu. Aku takut Is.. Aku takut..." Mata Fatihah mula terasa panas. Air mata sudah bertakung menanti masa untuk jatuh. Dada sudah berombak kencang. Rasa tersekat-sekat dadanya.

"Tehah.. Tehah! Breath.. Breath in.. breath out.. " Faiz yang perasaan keadaan Fatihah yang mula tercunggap-cunggap itu segera mengingatkan Fatihah supaya kekal bernafas.

Fatihah mengikut apa yang di suruh. Lama begitu, akhirnya dadanya kembali bertenang.

"Kau panic."

Fatihah diam. Memang diakui dia selalu terbayang peristiwa itu. Walaupun sudah dua minggu berlalu tapi rasa seolah-olah baru sahaja berlaku. Rasa seperti di perhatikan walaupun dia cuma ada di rumahnya. Bila tinggal seorang diri di rumah, dia rasa seolah-olah ada orang lain dalam rumah itu.

"Sampai bila kau nak macam ni Tehah? Kau jangan lemah macam ni.. Kau perlu lawan semua perasaan tu. Dah dua minggu kau tak pergi kelas, nanti macam mana dengan study kau?" Faiz cuba berdiplomasi.

"Aku tak tahu nak buat macam mana Is. Aku takut.. Bila aku sorang-sorang kat rumah, aku rasa ada dia tengah tengok aku. Kalau aku tidur, aku rasa bila-bila masa je dia akan datang terkam aku.. aku takut Is.."

"Aku rasa kau perlu psychiatrist."

"What?! Kau nak kata aku gila?"

"Tak.. aku tak kata kau gila Tehah. You're having PTSD."

"PSTD? what?"

"Post Traumatic Syndrome Disorder. Aku rasa kau perlukan khidmat psychiatrist sebab kau masih lagi trauma dengan kejadian tu."

"No, Is! Aku tak gila!" Tiba-tiba Fatihah menjerit. Segera menekup Kedua-dua telingannya. Jeritan yang mampu menarik perhatian beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di sekitar mereka.

Faiz terkedu. Pantas toleh kiri ke kanannya, melihat reaksi orang sekeliling mereka. Ada yang melihatnya dengan pandangan jelik.. mungkin mereka fikir dia lelaki tak guna dah buat seorang perempuan menangis.

"Tehah, aku tak kata kau gila...kau jangan salah faham dengan maksud aku. Aku cuma nak tolong kau, Tehah. Kau perlukan khidmat ni untuk bantu pulihkan semangat kau balik." Faiz cuba memujuk. Paut bahu Fatihah rapat ke bahunya.

"Aku tak gila, Is..." Fatihah kembali menangis.

"Iya.. aku tahu kau tak gila... Aku ada dengan kau.." Faiz mengelus lembut bahu Fatihah. Memujuk.

"Tapi kau dah nak balik... kerja kau kat sini dah settle.. nanti kau akan tinggalkan aku sorang-sorang... aku takut Is... Jangan tinggalkan aku.."

"Iya.. aku tak kan tinggalkan kau.. Aku janji aku akan sentiasa ada temankan kau sampai kau habis study, aku akan stay dengan kau. Boleh?"

Fatihah angguk.

"Tapi dengan syarat, kau kena ikut cakap aku untuk jumpa psychiatrist."

p/s : publish balik bab lama. hp buat hal.. 'dia' sibuk scroll up and down stiap bab.. huhu Honestly, sy minta maaf.. lately idea stuck.. =( tp sy cuba tuliskan smpai habis. Ada beberapa bab je lagi nak ending.. huhu ~sy masukkan bab Faiz dan Fatihah n reason why diorang kahwin. ~Bagi chance Fairuz dan Yusra rest sekejap. ~bagi komen sikit erk. =) tq 37k views. sy sgt2 hargai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience