Bab 70 : CBYS

Romance Series 109654

"Assalamualaikum.." Satu suara menyapa dari ambang pintu bilik yang menempatkan Yusra.
Fairuz terjaga dari tidurnya. Lenguh belakang dan kebas tangannya terasa bila dia cuba bangun. Usai solat subuh tadi, dia tertidur dengan menekup muka di tilam beralaskan lengan. Sebelah tangan tetap setia memegang tangan Yusra.

Fairuz memisat-misat sedikit matanya sebelum melakukan sedikit regangan pada tubuhnya. Fairuz pusing badan bila perasan ada seseorang di ambang pintu sedang menunggu respon darinya. Mata Fairuz sedikit membulat. Sedikit terkejut dengan apa yang dilihat.

Haura Qaseh? Fairuz tenung wanita dihadapannya. Haura Qaseh berpakaian serba putih dan ada stereskop digantung di lehernya.

"Fairuz?"

"Haura?"

Serentak mereka menyebut. Masing-masing terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangka ini. Buat seketika, mereka saling berpandangan.

"Yusra Saidah, your wife?" Tanya Haura Qaseh kemudian bila sedar dimana mereka berada dan apa tujuan urusan dia ke sini. Matanya kalih pada katil pesakit. Yusra Saidah masih terbaring disitu.

"Ya.. She is my wife."

"Ohh.. sorry, I tak tahu. Actually, I doctor yang handle your wife's case. I ada something nak bincang dengan You tentang your wife."

"Oh.. Okay-okay. Semalam pun Is ada bagitahu I, doctor yang handle case Yusra, cari I semalam.. Sorry I tak ada semalam.." Mengendur sedikit suara Fairuz.

"It's okay. Lagipun I dah terangkan serba sedikit pada dia tentang apa yang jadi pada Yusra. Mesti dia ada bagitahu you apa-apa kan?"

Fairuz mengangguk.

"If you don't mind, boleh kita bincang di bilik I?"

"Sure.. sekejap.." Fairuz kembali menghampiri Yusra dan kucup dahi isterinya. Yusra masih lagi tidur. Subuh tadi dia tersedar sekejap, dahaga katanya. Selepas minum air, Yusra kembali lena.

Fairuz ke bilik air sebentar untuk membasuh muka.

"Jom.." Ujar Fairuz bila memastikan Yusra dalam keadaan baik-baik sahaja. Fairuz mengekori langkah Haura Qaseh untuk membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan kesihatan Yusra.

"Semalam.. that's guy, Tengku Faiz Iskandar?"

"Ya.. My cousin.. Do you remember him?" Tanya Fairuz kemudian.

Tengku Fairuz, Haura Qaseh, Tengku Faiz Iskandar, Syed Ammar dan Syahmi, mereka satu sekolah dulu. Tamat belajar tingkatan 5, Haura kembali ke negara asal ibunya, Turki. Manakala mereka berempat sambung belajar di Ireland.

"A little. Have a seat Ruz." Doktor Haura Qaseh mempersilakan Fairuz duduk bila mereka sudah tiba di biliknya.

"Apa yang jadi pada Yusra semalam?" Tanya Haura Qaseh. Walaupun dia sudah dengar cerita dari Faiz dan Aishah, dia cuba untuk dengar dari mulut suami kepada Yusra pula.

"I tak tahu. I tak ada kat sini semalam. I outstation." Jawab Fairuz perlahan.

"Yusra di pukul. You tahu kan maksudnya bila di pukul? Kesan lebam Yusra tu, boleh dijadikan kes polis. Tapi semua tu you kena bincang dengan family you untuk tindakan selanjutnya."

Fairuz mengangguk.

"It's okay, kes tu bukan bidang kuasa i, I cuma bagi you pendapat i. I cuma ajak you datang sini, I nak bincangkan tentang kesihatan Yusra. Sebelum tu.. I nak tanya, you dengan Yusra memang tak tahu ke yang Yusra pregnant?"

Fairuz mengeleng perlahan.

"No wonder semua orang terkejut semalam bila I bagitahu yang kandungan Yusra hampir abortion. Maksudnya semua orang tak tahu yang Yusra pregnant. I cuma nak tahu, macam mana you boleh tak tahu yang Yusra pregnant? Maksud I, tak ada apa-apa sign ke?"

"Tak ada apa-apa sign... sebelum ni, Yusra pernah bagitahu I yang period dia irregular. So bila tak datang period untuk satu tempoh yang lama, dia tak syak apa-apa. Mungkin sebab tu kot, kami tak syak yang dia pregnant. Sebelum ni pun, Yusra ada mengadu yang dia rasa sakit belakang, sakit perut.. tapi bila I ajak pergi check up, selalu dia cakap tu normal sebab sebelum ni pun dia pernah rasa sakit-sakit tu."

"Oo.. patut la.. Sebenarnya hasil pemeriksaan kami semalam, kami dapati ada something yang kita panggil Cyst ada di ovari kanan Yusra, bersaiz dalam 5cm x 7cm. Agak besar sebenarnya."

"Cyst?" Sedikit terkejut. Rasanya dulu pun dia pernah dengar perkataan Cyst tu dari Doktor Syaqila Adila.

"You tahu apa-apa ke pasal ni?"

Fairuz mengeluh sebelum menjawab pertanyaan Doktor Haura Qaseh.

"4 bulan lepas rasanya, i pernah bawa Yusra pergi check up. Masa tu memang doktor ada bagitahu Yusra ada cyst tapi bila next check up, cyst tu dah tak ada.''

"Kebiasaan cyst memang macam tu. Ada beberapa situation, cyst boleh mengecut dan ada yang makin membesar. And yang paling kita risau kalau cyst itu semakin membesar dan mula bertindak agresif. Cyst yang besar selalunya berisiko untuk pecah, berdarah, dan berputar. Bila perkara ni terjadi, pesakit akan mengalami sakit di bahagian abdomen. Jika ini berlaku, pembedahan kecemasan adalah diperlukan untuk membuang cyst dan memberhentikan pendarahan." Doktor Haura Qaseh jeda sebentar bagi mencari nafas baru sebelum meneruskan penerangannya.

Fairuz telan liur. Serumit itukah keadaan Yusra? Pembedahan?

"Hasil pemeriksaan I semalam, I dapati cyst yang ada di ovari kanan Yusra sudah pun berpintal. Kami risau kalau-kalau Cyst itu pecah sebelum kami sempat melakukan apa-apa tindakan. Oleh sebab itu, I sebagai doktor yang handle kes Yusra menasihatkan supaya you dan Yusra bersetuju untuk kami lakukan satu operation kecil bagi membuang cyst yang dah berpintal di ovari kanan Yusra tu."

"Pembedahan yang di rancangan ini (elective) adalah lebih baik daripada pembedahan secara kecemasan (emergency). Tapi semuanya bergantung kepada saiz cyst. Pembedahan ini akan dijalankan secara laparoscopy iaitu satu lubang kecil akan dilakukan dan dimasukkan kamera ataupun secara laparotomy iaitu potong di bahagian abdomen." Ujar Doktor Haura Qaseh lagi.

"Tapi nanti baby macam mana? Ada apa-apa risiko ke kepada baby?" Fairuz berdebar menanti jawapan. Baru semalam dia dengar berita kewujudan nyawa kecil dalam rahim isterinya dan hari ini dengar berita lain pula.

"Risiko keguguran adalah sehingga 12% jika pembedahan membuang cyst ovari dilakukan di trimester pertama iaitu sebelum 12 minggu. Oleh itu jika cyst perlu dibuang, paling selamat dibuat ketika trimester kedua. Namun ada sedikit risiko rahim akan mengalami kontraksi dan kemungkinan bayi dilahirkan awal sebagai premature baby. But you jangan risau kebanyakkan kes macam ni, baby selamat dilahirkan sehingga cukup bulan iaitu 9bulan 10 hari."

Fairuz terdiam. Memikirkan apa yang terbaik untuk dia putuskan.

"You bincang dulu dengan Yusra. Nanti bila you dah ada keputusan, kita bincang balik untuk set date. But if she got pain immediately, we had to undergo emergency surgery to safe her life."

* * *


Sekali lagi Fairuz melangkah longlai ke bilik Yusra selepas mendengar penerangan dari Doktor Haura Qaseh sebentar tadi. Apa yang perlu dia buat? Anak dan isteri, sama-sama penting buat dia. Zuriat pertama dia dan Yusra. Fairuz duduk di kerusi yang di sediakan berhadapan dengan pintu bilik yang menempatkan Yusra.

"Ruz..." Faiz menghampiri Fairuz bila melihat sepupunya di situ.

Fairuz angkat muka bila Faiz memanggilnya. Wajah kepenatan Fairuz jelas kelihatan di pandangan mata Faiz.

"Kau okay tak ni? Kau pergi mana?" Tanya Faiz pula. Wajah Fairuz yang kusut itu dipandang. Kesian sepupunya.

"Aku okay. Tadi aku pergi bincang dengan Doktor pasal Yusra. Aku tak tahu apa yang aku perlu buat, Is. Aku buntu.."

"Aku tahu.. kau sabar la.. Macam ni la Ruz.. apa kata kau mandi, tukar baju dulu.. Ni ada pakaian kau, aku bawak sekali. Pagi tadi aku dengan Amm ada pergi rumah kau sebelum pergi ambik Aishah. Aishah dan Ammar ada kat dalam tengah temankan Yusra.." Faiz menghulurkan satu beg kertas kepada Fairuz. Fairuz menyambutnya.

"Ruz, aku ada hal nak bincang sikit dengan kau, pasal apa yang dah jadi pada Yusra.."

"Pasal apa Is?"

"Aku jumpa something dekat rumah kau masa aku dengan Amm pergi rumah kau tadi."

"Apa yang kau jumpa?" Terus berdebar dada Fairuz

"Ini dan ini..." Faiz menghulurkan surat perjanjian arwah datuknya dengan Haji Shafie dan sekeping gambar kepada Fairuz.

Tubuh Fairuz tiba-tiba saja menggeras. Matanya terus terbuka luas. Macam mana boleh ada di sini semua ni?

"Kenapa benda ni boleh ada kat rumah aku? Benda ni sepatutnya ada dalam office aku.." Soal Fairuz hairan. Kertas perjanjian itu di angkat tinggi menyamai paras bahu. Ada kerutan di dahinya jelas terbentuk.

"Aku tak tahu nak cakap apa. Kau rasa siapa yang ambik surat tu dari office kau?" Tanya Faiz pula.

Tiba-tiba terlintas satu nama dalam kepala Fairuz.

"Tehah?!"

"Tehah?"

Sebut mereka serentak. Saling berpandangan.

"Cuba kau tanya Yusra dulu.. kalau Yusra tak buka mulut, kita cari bukti lain.. Aku risau kalau abah kau buat report polis dulu.. ini maruah kita sekeluarga kalau betul Tehah yang buat.."

"Okay Is.. nanti aku cuba tanyakan Yusra.. Aku takut kalau berlaku apa-apa pada Yusra dan anak aku lagi.."

Faiz tepuk bahu sepupunya. Fairuz menyimpan kertas di tangannya ke dalam beg kertas sebelum dilihat oleh orang lain.

"Kau jangan risau. Kita sama-sama siasat apa yang dah berlaku pada Yusra.. Jom kita ke cafe dulu sementara Aishah ada temankan Yusra. Kau pun belum makan lagi kan?"

Fairuz mengangguk. Sejak semalam seleranya mati. Fikirkan keadaan Yusra.

"Ruz.. Is..." Panggil Tengku Fauziah dan Tengku Faisal yang baru muncul menyekat langkah Fairuz dan Faiz. Tengku Furqan juga ada sekali. Semalam dia on call, jadi tak sempat berkejaran ke Hospital menjenguk Yusra.

"Macam mana keadaan Yusra hari ni Ruz?" Soal Tengku Fauziah.

Fairuz menarik nafas panjang dulu sebelum menerangkan segala yang diberitahu oleh Doktor Haura Qaseh kepadanya sebentar tadi. Mereka hanya mendengar sesekali mereka mengangguk faham.

"So, apa keputusan Ruz sekarang?" Tanya Abahnya pula.

"Ruz tak bincang lagi dengan Yusra. Ruz takut kalau apa-apa berlaku pada Yusra dan Ruz hilang anak Ruz."

"Ruz.. percaya lah cakap abang, risiko untuk Yusra keguguran.. sangat tipis Ruz. Abang dah biasa handle kes macam ni kat klinik abang. Insha Allah Yusra dan baby tak apa-apa. Yang penting sekarang nyawa Yusra. Kalau lambat-lambat nanti, something bad will happens.."

Fairuz diam.

"Macam mana dengan kes Yusra tu? Ruz nak buat laporan polis? atau nak settle sendiri?" Tanya Tengku Faisal lagi.

Fairuz sempat menghantar pandangan pada Faiz sebelum membuka mulut.

"Ruz...."

Belum sempat Fairuz menjawab pertanyaan Abahnya, Ammar mencelah di muka pintu.

Semua mata tertumpu pada Ammar. Ammar menutup pintu bilik seraya menghampiri kerabat Tengku dihadapannya.

"Yusra nak jumpa Fairuz kejap."

Fairuz mengangguk dan menolak daun pintu bilik Yusra meninggalkan semua di situ. Aishah mengundur diri, beri peluang kepada pasangan suami isteri itu berbincang.

"Sayang.. sayang okay?"

"Alhamdulillah sayang semakin okay. Abang pergi mana?"

"Abang pergi jumpa Doktor Haura. Sayang ada rasa sakit apa-apa ke?"

"Sakit perut. Rasa menyucuk.. tapi ni dah lega sikit. Ibu dan ayah tahu ke Yusra masuk hospital?"

''Sakit? Sekarang masih sakit ke?" Risau Fairuz sudah datang. Tergiang-giang apa yang diberitahu oleh Doktor Haura tadi.

"Sekarang dah okay. Tadi sekejap je sakit. Abang.. ibu dan ayah tahu ke?" Tanya Yusra buat kali ke dua.

"Tahu.. sekejap lagi diorang sampai dengan Idi. Sayang ada nak apa-apa ke?"

"Sayang tak nak apa-apa. Sayang nak jumpa ibu dan ayah." Jawab Yusra kali ini dengan senyuman. Fairuz mengelus pipi Yusra. Pipi isterinya itu masih lagi lebam.

"Sayang... boleh abang tanya sesuatu tak?"

"Tanya apa?" Yusra mula berdebar. Tahu, mesti Fairuz mahu tanya tentang kejadian sebelum dia jadi begini.

"Boleh tak kalau sayang cerita kat abang apa yang jadi sebelum Yusra jatuh?"

Tepat jangkaan Yusra itu yang akan ditanya. Yusra menunduk. Lebih selesa merenung tangannya di genggaman suami dari pandang sepasang mata suaminya.

Lagi masalah Yusra... Tehah mana? Tq2 27k views. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience