Bab 49 : CBYS

Romance Series 109654

Usai solat Maghrib, Yusra Saidah menyarung dress labuh berwarna navy blue ke tubuhnya setelah selesai wajahnya dikenakan solekan nipis oleh Fiza, pekerja Boutique AishaKhadija milik Mak Long Fairuz.

Yusra meneliti tubuhnya di hadapan cermin. Dress labuh yang ditaburi manik-manik dan dilapisi kain organza plain, membuatkan dia nampak lebih elegan dari biasa. Selendang warna senada juga dililit kemas di kepalanya.

Bila dia melangkah keluar dari bilik persalinan, Fiza masih setia menunggu ditempatnya. Yusra melabuhkan duduknya seperti yang dimintakan oleh Fiza. Kemudian Fiza menyarungkan seutas rantai mutiara berwarna putih ke leher Yusra bagi menyerlahkan lagi penampilannya.

"Dah okay ke ni Yusra?" tanya Fiza ramah. Matanya tidak lepas dari melihat Yusra dibalik cermin.

"Alhamdulillah. Dah okay sangat dah ni Fiza," jawab Yusra malu-malu.

"Bertuah Ruz dapat Yusra. Cantik asli. Tak payah nak guna mekup tebal-tebal, dah sedia maklum cantik." Tambah Fiza lagi.

Yusra menjeling Fiza. Tidak selesa bila orang terlalu memujinya. Dia tidak sempurna...

* * *

"Boleh tak kalau abang janji dengan sayang, jangan bagitahu sesiapa pun keadaan sayang?" tanya Yusra selepas selesai semua urusan di Hospital An Nur.

Fairuz tenang memandu. Menanti bicara Yusra yang seterusnya.

"Sayang tak nak orang pandang sayang dengan pandangan simpati atau kesian. Sayang juga tak nak nanti orang fikir sayang tak mampu berikan abang zuriat. Selagi doktor cakap sayang ada harapan, selagi tu sayang akan berusaha." Tambah Yusra.

"Kalau sayang tak mintak abang simpan rahsia pasal ni pun, abang tak akan beritahu sesiapa. Rahsia sayang, rahsia abang juga. Abang akan tetap ada untuk sayang."

"Terima kasih abang."

"Nanti kita fikirkan cara yang terbaik untuk masalah ni. Okay?"

"Okay abang."

"Dah jangan fikir yang bukan-bukan. Malam esok, reunion U abang. Jom kita cari baju untuk sayang. Kita ke butik Mak Long je. Tak payah shopping, abang tak nak susah kan sayang. Nanti pilihan sekali untuk Aishah."

"Okay abang."

* * *

"Yusra.... jom, dah lewat ni.. nanti nak jemput Aishah pulak." Fairuz menjerit di luar bilik persalinan.

Yusra sedikit terkejut. Dia mengelamun rupanya. Tersengih malu bila perasan Fiza melihatnya.

Setelah berpuas hati dengan sentuhan terakhir Fiza, Yusra Saidah keluar dari bilik persalinan menuju ke ruang menunggu boutique AishaKhadija dimana suaminya sedang menunggu.

Fairuz segera bangkit dari duduknya bila perasan Yusra menghampirinya. Fairuz nampak kemas dan segak seperti selalu. Tubuhnya yang tegap dan tinggi itu dibaluti sut warna navy blue dan baju kemaja putih didalamnya. Sedondon dengan Yusra. Rambut yang digayakan dengan stail long quiff, makin menampakkan segaknya Tengku Fairuz, seorang CEO muda Mentari Holdings.

Fairuz menghulurkan tangannya buat Yusra dan Yusra tanpa segan silu menyambutnya. Mereka seiringan berjalan menuju ke kereta. Seperti yang dijanjikan dengan Aishah, mereka akan menjemput Aishah terlebih dahulu sebelum bertolak ke Hotel Everly, Putrajaya.

* * *


Sebaik sahaja sampai ke destinasi yang dituju, Fairuz segera memakir keretanya dan dia keluar dari tempat memandunya untuk membuka pintu kereta sebelah penumpang. Pintu dibahagian belakang juga dibuka. Mempersilakan dua puteri itu keluar. Lagak dah macam supir kepada Yusra dan Aishah.

Kemudian mereka bertiga berjalan seiringan menuju ke lobi utama Hotel Everly. Sesekali Fairuz membelek-belek telefonnya, menunggu ketibaan sahabat karibnya. Yusra dan Aishah pula lebih selesa berdiam diri, masing-masing cuba untuk tenangkan diri sendiri.

"Hai Ruz, sorry lambat." Suara Syahmi kedengaran menegur Fairuz dari belakang.

Fairuz menoleh dan bersalam dengan Syahmi. Bella di sisi Syahmi turut bersalam dengan Yusra dan Aishah. Syahmi memilih sut berwarna hitam manakala Bella berwarna gold.

"It's okay. Aku pun baru je sampai. Mana Amm dengan Is? Datang ke tak diorang ni?" tanya Fairuz pula. Tangannya santai dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Entah la. Aku call dia tak pick up," balas Syahmi pula. Bella dilihat sudah rancak bersembang dengan Yusra dan Aishah.

"Babies okay tak kau tinggal ni?"

"Okay je. Lagipun Mak Ros ada."

"Hai.. aku lambat ke?" Faiz Iskandar yang baru tiba dibelakang Syahmi menegur. Faiz memilih sut putih dan didalamnya baju kemeja dark blue. Gaya rambut style pompadour menyerlahkan lagi gaya Faiz Iskandar.

Baru Syahmi mahu menjawab, ada satu suara menegur dari belakang.

"Hai Bro...." Syed Ammar pula muncul dari belakang Faiz bersama seorang perempuan cantik disebelahnya. Tangan si perempuan elok memeluk lengan Ammar. Semua menoleh termasuk Aishah.

Melihat Aishah menoleh, menggeras sedikit tubuh Ammar. Terkedu. Macam mana Aishah boleh ada di sini? Siapa partner Aishah?

Aishah juga seperti Ammar. Tergamam melihat Syed Ammar. Matanya jatuh kepada lengan Ammar yang kemas dipeluk oleh gadis disebelahnya, lagi menambahkan kelu lidahnya. Sudah berbulan-bulan dia cuba menyepikan diri dari dijejaki oleh Ammar dan malam ini mereka berjumpa di sini? Eh, macam mana dia boleh lupa yang Ammar tu BFF Fairuz? Rasa nak hempuk dahi sendiri.

"So, jom masuk dewan. Rasanya semua dah ada partner, kan?" Syahmi menyampuk.

Bahu Ammar ditepuk perlahan. Ada senyuman sinis di wajah Syahmi. Tahu helah yang Fairuz dan Yusra.

"Aishah? Aishah kan? Jom masuk dalam. Malam ni Aishah partner saya." Penuh sopan Faiz menyusun kata.

Bimbang kalau tiba-tiba Aishah menolak. Kakinya di atur mendekati Aishah. Yusra disebelah Aishah dipandang. Cantik dia malam ni! Bisik hatinya. Entah kenapa, setiap kali pandang Yusra Saidah dia seperti pandang 'Saidah' dia. Mungkin sebab nama mereka hampir-hampir sama.

"Okay boleh je. Lagipun Aishah single, Awak pun single lagi kan." Aishah membalas.

Matanya sempat jeling Ammar yang terkebil-kebil melihatnya. 'Begitu la cara nak ngorat anak dara orang, bukan ikut sedap kau je culik anak dara orang. Huh!'

Tanpa membuang masa, Syahmi melangkah masuk ke dewan bersama Bella, diikuti Fairuz dan Yusra. Dibelakangnya pula, Faiz Iskandar beriringan dengan Syarifah Aishah dan dibelakang mereka pula Syed Ammar dan pasanganya.

* * *


Yusra menarik nafas dalam-dalam. Cuba meneutralkan detak jantung supaya kembali tenang. Lengan Fairuz dipeluk erat.

"Jangan risau, just relaks. Abang ada," bisik Fairuz di telinganya.

Yusra mengangguk. Sekali lagi nafas di tarik dalam-dalam. Kumpul keberanian dan semangat. Beberapa saat kemudian, detak jantung kembali tenang. Yusra kerdip mata beberapa kali sebelum meneruskan langkahnya masuk ke dewan.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, Yusra mengitari sekeliling dewan, kagum dengan setiap gubahan yang digunakan. Ala-ala istana moden. Cantik dan elegan. Setiap derapan kaki melangkah seakan-akan mampu menarik setiap mata supaya terus memberikan tumpuan kepada mereka.

Fairuz seperti biasa, menyapa dan melambai kepada sesiapa yang menyapanya. Sememangnya Fairuz menjadi tumpuan mereka malam ini. Yusra disebelah, hanya mampu mengorak senyuman pada setiap orang yang menegurnya. Dia juga perasan banyak mata terpaku padanya, pandangan yang pelbagai maksud yang tersendiri.

Fairuz memperkenalkan Yusra kepada rakan-rakannya sebelum mengambil tempat duduk. Begitu juga dengan Faiz, Syahmi dan Ammar. Mereka duduk semeja. Cukup korum.

"Hai korang.." Qazrina menghampiri mereka bersama suaminya, Hisham.

Qazrina menghampiri Bella, Aishah dan Yusra. Manakala Hisham bersembang dengan Fairuz. Seketika, mereka meminta diri ke mejanya.

Syahmi dan Bella meninggalkan meja. Ada seseorang yang mereka ingin jumpa. Begitu juga dengan Faiz, Ammar dan Fairuz. Hanya Yusra, Aishah dan pasangan Ammar sahaja yang masih duduk di meja.

"So, that's you, Syarifah Aishah?" Baru bersuara pasangan Ammar itu. Pandangan dihalakan kepada Aishah.

Aishah menoleh pada perempuan di sebelah Yusra sambil menjongket kening.

"Ya saya. Kenapa ya?" tanya Aishah kemudian. Pelik.

"Patut la Amm dah tak pandang perempuan lain sejak jumpa you." Ada nada sinis pada ayat Syarifah Amirah.

"Kenapa pulak?" Aishah bertanya lagi.

"Actually, malam ni saya partner Is. Saya cuma ikut Amm sebab kami dah janji akan tukar partner dengan Is."

"Ohh... okay, so awak nak Is la? It's okay awak ambil je, dia bukan boyfriend saya pun," balas Aishah sedikit menjengkelkan dengan kehadiran perempuan di sebelah Yusra.


Yusra yang berada di tengah-tengah sedikit keliru dengan perbualan mereka berdua.

"Saya Syarifah Amirah. Adik kembar Syed Ammar."

"Adik kembar Ammar?" tanya Aishah, sedikit terkejut.

Amirah mengangguk segaris senyuman terukir di bibirnya. Raut wajah Aishah diteliti. Cantik, patut la abang suka.

Aishah dan Amirah meninggalkan meja seketika meninggalkan Yusra bersendirian di meja. Seketika kemudian, datang seorang pelayan menghulurkan sekuntum bunga ros putih kepada Yusra. Ada nota kecil dilekatkan di situ. Tanpa sempat Yusra mengucapkan terima kasih, pelayan itu sudah pun berlalu.

~you're so beautiful tonight. Long time no see~

Yusra terkejut dan tergamam. Kad kecil itu terlepas dari pegangannya. Mengigil habis tubuhnya kerana terkejut. Lalu matanya melilau mencari pelayan yang memberikannya bunga sebentar tadi. Matanya memerhati setiap gerak geri manusia dihadapannya. Dia tahu dalam banyak manusia di hadapannya, ada seseorang sedang memerhati tindak tanduknya tapi siapa dia? Dia bukannya sesiapa..

Dalam takut dan resah memikirkan tentang stalker, Yusra terasa bahunya disentuh seseorang, pantas dia menoleh. Wajah Fairuz terserlah di matanya.

"Sayang kenapa ni?" Terus Fairuz menyoal isterinya bila perasan wajah panik Yusra.

Takut-takut Yusra menyerahkan kad kecil kepada Fairuz. Fairuz duduk di kerusi kosong sebelah Yusra, kad kecil. diambil dari tangan Yusra.

Buntang biji mata Fairuz usai membacanya.

"Siapa bagi?" Tanyanya.

"Sayang tak tahu. Ada waiters datang tadi lepas tu dia terus blah. Yusra tak sempat tengok pun." Jawab Yusra perlahan takut ada orang turut mendengarnya. Mana Aishah ni, lama pulak diorang ni pergi..

Fairuz mendengus. Gumpal kertas itu sekuatnya. Dalam majlis ni pun ada yang try isteri dia ke??

"Ruz, Alex panggil kau.." Faiz tiba-tiba muncul. Fairuz angkat wajah kepada Faiz sebelum kembali pada Yusra.

"Mana Aishah?"

"Tak tahu, tandas kot."

"Okay. Sayang okay tak ni?"

"Sayang takut... Kenapa selalu dapat notes macam ni."

"Don't worry. Abang akan cari siapa yang bagi sayang notes ni, abang janji. Stay here." Fairuz bangkit dari kerusinya. Yusra kelar tangan Fairuz.

"Abang nak pergi mana? Jangan tinggal sayang, please.."

"Sekejap je."

"Kenapa Ruz, Yusra?" Tengku Faiz Iskandar mencelah bila terpandangkan wajah risau Yusra.

"Ada hal berlaku kejap tadi. Kau tolong stay dengan Yusra kejap sebelum kawan dia datang." Fairuz titip pesanannya kepada Faiz.

Dengar pesanan Fairuz, Yusra angkat muka terus pada suaminya. Fairuz benarkan Faiz 'jaga' dia? Betul ke apa dia dengar ni?

"Okay." Sepatah balasan Faiz Iskandar.

Fairuz meninggalkan Yusra dan Faiz di meja. Sementara menunggu Aishah dan Amirah, Faiz melabuhkan duduknya di sebelah Yusra. Tempat Fairuz sebentar tadi.

"You're so beautiful tonight. Long time no see." Faiz berkata tiba-tiba.

Yusra kaget. Ayat tu, macam ayat dalam kad tadi, Faiz ke yang bagi? Tapi ayat tu, sesuai ke untuk dia yang berstatus isteri orang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience