Bab 47: CBYS

Romance Series 109654

Invitation to Dublin City University (DCU) Alumni Reunion Ceremony.
      
Theme : King and Queen
Place  : Hotel Everly, Putrajaya
Date  : 21 November
Time : 9.00 pm

Notes : Everyone needs to bring their partners.

Ammar menghela nafas panjang. Dia kemasukkan kembali kad ungu muda ke dalam sampul dan meletakkannya di atas meja Fairuz selepas membacanya. Padahal tadi pun dia dah baca lebih dari lima kali setiap tulisan yang tercoret di atas kad yang ditujukan khas untuknya.

"So? kau pergi tak?" tanya Syed Ammar kemudian. Menanti jawapan dari sahabatnya. Tengku Fairuz jongket bahu. Tiada mood untuk terlibat dengan aktiviti seperti ini.

"Kau pulak macam mana? nak pergi tak?" Soalan Ammar dibalas balik. Ammar angkat kepala.

"Aku? Kalau ada 'Queen' aku pergi lah. Sekarang ni Queen pun aku tak ada, macam mana aku nak pergi," jawab Ammar. Mengeluh di hujung ayatnya.

"Relaks la Amm.. Lambat lagi.. seminggu kau ada masa untuk kau cari 'Queen' kau tu."

"Kenapa lah diorang pilih tema tu? Menyusahkan betul! Ni mesti kerja Lucy tu. Macam la aku tak tahu, dia tu suka sangat la handle kerja-kerja mengarut macam ni."

"Lucy pulak yang jadi mangsa? Kau yang tak ada Queen, Lucy pulak yang kena? Kau ni Amm.. dengar saja gelaran 'boy over flowers'. Tapi tak ada pulak kau serius dengan salah sorang."

"Masalahnya diorang tu cairr bila tahu aku ni siapa. Cuba kalau aku ni just 'Ammar', kau ingat ramai ke nak kenyit-kenyit mata kat aku?"

"Amboi kau... melampau sangat tu. Tak kan la sweet talker macam kau ni tak ada siapa yang sangkut kot." Fairuz menjongket hujung kening mengusik Ammar.

''Sangkut tu ramai tapi kau ingat aku ni buaya? Ngap ikut suka?"

"Mana lah aku tahu. Kau tu memang bukan buaya tapi aku tahu sekali kau ayat awek, confirm cairr punya, bersusun beratur.."

"Kau tengah bercerita zaman tok kaduk ke dengan aku? Tu dulu la wehh. Sekarang aku dah malas la... Eh, Farra dah balik belum?"

"Farra? Tak balik lagi. Dah nak exam bulan depan. Kenapa dengan adik aku tu?" Berkerut dahi Fairuz dengan soalan Ammar.

"La... ruginya.. Aku ingat nak minta dia jadi Queen aku untuk satu malam."

"Giler apa kau ni? Dah tak ada perempuan lain ke kau nak bawa? Adik aku jugak yang kau nak kaut.."

"Dah tu? Tu je yang tiba-tiba aku fikir. Tak kan aku nak mintak adik aku teman kot, lagi la tak logik." Ammar mendengus. Terbayang dia ke Majlis berkenaan dengan adik perempuannya, Syarifah Amirah. Ehh tak boleh, tak boleh!

"Aishah?'' Soal Fairuz. Ammar sedikit tersentak dengar nama yang disebut Fairuz.

"Perempuan tu? Tak payah la Ruz... Sejak aku culik dia bawak pergi rumah Syah dulu, marah sungguh dia dengan aku. Reject semua call aku. Bluetick segala WhatsApp aku. Siap block lagi nombor aku. Gilerr ke apa? Ingat aku ni apa, nak sangat jumpa dia? Huhh!" Marah Ammar membuak-buak buat Fairuz terdiam. Tak lama selepas itu meladak ketawa Fairuz. Ammar jeling Fairuz.

"Marah betul kau kat dia, Amm."

"Mana aku tak marah, Ruz. Aku tak pernah kena macam ni tahu!"

"Oo.. sebab tu la kau marah? Sebab kau rasa tercabar? Kau tu pun satu Amm.. Yang kau pergi culik dia hari tu, siapa suruh? Kan dah kena marah. Ehh tadi kau cakap, tak ada perempuan yang pandang kau hanya dengan nama 'Ammar', kan? Tapi aku rasa Aishah ni memang tak kisah langsung dengan nama Syed Ammar kau tu."

"Mana kau tahu?"

"Alah.. aku rasa Aishah dengan Yusra tu, kalau bukan nama mak bapak lain-lain, aku rasa diorang tu dah kembar. Kembar tak seiras. Lebih kurang je perangai. Dua kali Lima. Kalau tak percaya, nanti kau tengok." Fairuz menjawab dengan penuh yakin. Siap tepuk tangan lagi ke permukaan meja.

"Sembang apa ni? Dah lupa ke korang dah ada aku sekarang?" Faiz Iskandar menyampuk di muka pintu bilik Fairuz. Masing-masing menoleh pada Faiz.

"Sorry-sorry Bro.. dah terbiasa berdua.." Fairuz mendahului Ammar. Mengamit Faiz melangkah masuk ke ruangan bilik pejabatnya.

"So, sembang pe ni? Tak keluar lunch ke ni?" tanya Faiz seraya melabuhkan duduknya bersebelahan Ammar sambil melipat lengan baju naik ke siku. Menyerlahkan lagi otot-otot gagah pada lengannya.

"Eh dah lunch ke? Tak perasan la pulak. Tadi kitorang duk sembang pasal reunion tu. Kau nak join tak?" tanya Fairuz kepada sepupunya pula.

"Aku? Kalau ada Queen, boleh la join..."

"Eh sama jawapan aku. Nasib kita orang tak ade Queen ni, macam ni lah kot.. Nak lunch kat mana hari ni?"

"Kau call Syah, tanya dia nak join ke tak? Kalau dia nak join, kita lunch kat tempat biasa."

"OK cantekk!"

* * *


Yusra pandang Fairuz selepas baca kad jemputan reunion universiti suaminya. Fairuz jongket kening.

"So, apa pendapat sayang?" tanyanya.

"Kalau abang rasa, abang nak join.. sayang tak kisah. Sayang okay je kalau abang join." Itu jawapan Yusra.

"Jadi sayang okay la kalau sayang jumpa diorang? Kawan-kawan abang?"

"Sayang? Kenapa sayang pulak? Kan reunion abang."

"Ni, dah baca habis ke tak? Dalam tu kan ada tulis 'everyone needs to bring their partners.' So, abang akan bawa sayang sekali la." Beritahu Fairuz. Pusing tubuh baring di sebelah Yusra. Yusra masih lagi duduk di tempatnya.

"Tapi.. sayang mana lah biasa join majlis keramaian macam ni. Segan la sayang."

"Kenapa sayang nak segan? Sayang kan isteri abang, so sayang kena biasa kan diri dengan semua ni. Next time in the future, lagi banyak majlis yang sayang kena join and temankan abang, tahu?" Fairuz bermain-main dengan rambut Yusra. Rambut yang cantik dan wangi.

Yusra masih termangu di tempatnya. Kemudian dia berpusing tubuh pada suaminya.

"Kawan-kawan abang semua pergi ke?"

"Not sure. Syah dengan Bella akan join tapi Amm dengan Is tak tahu lagi. Diorang kata, diorang tak ada pasangan."

"Sayang boleh abang tanya sesuatu tak?"

"Tanya apa?"

"Aishah tu dah ada boyfriend ke?"

"Aishah? Kenapa dengan dia?"

"Emm.. Boleh tak kalau sayang pujuk Aishah temankan Amm untuk ke Majlis tu nanti? Nanti sayang pun ada kawan kat sana, betul tak?"

"Amm nak ke?"

"Sayang uruskan Aishah nanti abang akan uruskan Amm. Sayang tahu kan Amm sukakan Aishah?"

Yusra terngadah. Ammar sukakan Aishah?

"Amm suka Aishah tapi Aishah tak bagi chance dekat Amm. Kesian Amm.."

Yusra senyum. Faham sangat dengan Aishah. Seseorang yang amat berhati-hati dalam berkawan. Takut pisang berbuah dua kali, katanya dulu.

"Okay abang. Nanti sayang tanyakan Aishah."

"Abang tak kisah ke kalau kawan-kawan abang cakap abang kahwin dengan budak baru lepas sekolah?" Yusra sambung bertanya, tanyakan satu soalan yang dah lama dia ingin tujukan kepada suaminya.

Tangan Fairuz berhenti dari bermain-main dengan rambut Yusra. Dia kalih pandangan terus menikam pada anak mata isterinya.

"Kenapa? Sayang malu ke kahwin dengan abang?"

Yusra menggeleng.

"Dah tu, kenapa abang perlu kisah cakap diorang? Sayang isteri abang, of course i only care about you. Lagipun diorang tak tahu betapa beruntungnya abang dapat jadi suami sayang." ujar Fairuz dengan senyuman melebar, tangannya naik mengusap lembut pipi isterinya. Ikhlas memuji isterinya.

Yusra tersenyum simpul malu dipuji begitu. Dia menunduk bila rasakan Fairuz makin galak tenung anak matanya.

"Agak-agak sayang, bila agaknya sayang dah bersedia untuk jadi isteri abang yang sebenar-benarnya?"

Yusra panggung wajah terus kepada Fairuz.

"InsyaAllah sayang dah bersedia. But... not tonight."

Dengar jawapan Yusra pada mulanya Fairuz bersemangat namun bila penghujungnya, Fairuz mengeluh perlahan. Terkilan.

"Why? Period?"

"Tak.. tapi sayang rasa tak selesa. Perut meragam sejak balik dari kuliah tadi."

"Tak selesa kenapa? Salah makan ke?"

"Tak.. makan macam biasa tapi tak tahu la. Sakit sikit. Kejap lagi sayang sapu ubat panas sikit. Nanti okay la kot."

"Kenapa tak cakap kat abang?" Riak-riak kerisauan mula terpancar di wajah Fairuz.

"Sayang tak nak la abang risau macam ni. Sayang sakit sikit je. Jangan la risau."

"Jangan risau sayang cakap? Sayang isteri abang, mesti lah abang risau. Nanti kita pergi check up. Risau abang kalau sayang sakit macam ni tahu."

"Yela.. yela.."

* * *


Seperti yang dijanjikan, Yusra menunggu Aishah di sebuah bangku di taman permainan berdekatan dengan kawasan perumahan yang disewa Aishah bersama teman-temannya. Aishah mengatur langkah menghampiri Yusra bila terpandangkan sahabatnya.

"Assalamualaikum Yus."

"Waalaikummusalam. Duduk la Shah. Kau sibuk ke?" Yusra gamit Aishah duduk di sebelahnya. Aishah tidak menolak.

"Tak sibuk sangat pun Yus. Exam aku dah nak start minggu depan."

"Study week kau nak balik kampung ke?"

"Tak balik pun Yus. Tak cukup bajet. Nanti banyak lagi nak guna duit. Aku beli tiket balik kampung nanti habis exam je nanti," jawab Aishah. Jeda sebentar, toleh ke sebelah sebelum menyambung.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Kau boleh je WhatsApp aku kan? Dah la nak jumpa kat luar, pelik la kau ni.."

"Aku cuma nak luangkan masa dengan kau. Kau pun tahu aku dah lama tak jumpa kau macam ni. Dah alang-alang kau tak ada kelas, aku ajak la kau dating."

"So, mana 4 kuntum bunga kau tu?"

"The sound like someone is jealous.... emmm.. jealous ke ni?"

"Tak jealous pun cuma terkilan la.. kawan aku tu dah dirampas orang. Dah la dia tu dah kahwin, dah tak sekelas dengan aku, lepas tu pulak ada 4 orang kawan. Nama bunga-bunga pulak tu. Habis mana nya aku ni tak terkilan." Kendur suara Aishah.

"Alaa.. Shah.. Kau tetap kawan aku la. Kau dengan 4 kuntum bunga tu tak sama la. 4 kuntum bunga tu kawan baru aku. Kau kawan lama aku, best friend aku. Dulu kau juga yang setuju aku kahwin dengan Ruz, sekarang dah lain pula ayat kau.. Mana boleh macam ni Shah."

"Hishh giler lah ayat kau ni Yus.. kau ingat aku ni boyfriend kau ke nak guna ayat tu.. Kalau ada orang lain dengar confirm diorang fikir lain.. Hish meremang bulu roma aku oii.."

"Haha.. itulah kau. Nak sangat guna ayat sedih dengan aku. Kau jangan main-main Shah." Yusra masih lagi tertawa halus.

"Shah, kalau aku ajak kau teman aku join satu majlis ni, kau nak tak?" Sambung Yusra. Kali ini suaranya sedikit serius.

"Majlis apa pulak kau ni?"

"Sebenarnya majlis reunion Fairuz. Dia ajak aku, tapi aku segan la Shah. Jom la teman aku.." Yusra peluk lengan Aishah. Matanya yang sedia bulat itu dikerdip beberapa kali.

"Dah reunion dia, buat apa pulak aku join? kau tu logik la sebab kau tu isteri dia, aku ni bukannya siapa-siapa. Logik la sikit, Yus." Aishah menyangkal permintaan Yusra.

"Ala.. jom la.. time ni la kita nak join majlis macam tu. Kita boleh tengok cara golongan educated macam diorang tu bila berkumpul. Mana lah tahu nanti ada mamat handsome yang kaya raya terpaut dekat kau. Untung kau, Shah"

"Amboi kau, kau ingat aku ni golongan terdesak nak cari jodoh ke apa?"

"Aku main-main je lah. Tapi jom la ikut, aku kan ada. Nanti mesti Ruz busy sembang dengan kawan-kawan dia, aku juga terkebil-kebil sorang-sorang dekat sana. Kau tak kesian dekat aku ke?"

"Kau ni macam-macam la Yus. Aku ni bukannya sesiapalah dengan Ruz tu. Tak logik la kot kalau aku ikut." Tambah Aishah lagi. Pelik dengan permintaan Yusra.

"Alah.. kau setuju je.. nanti yang lain-lain aku dengan Ruz akan uruskan. Kau jangan risau. Untuk kau, aku sanggup merayu pada Fairuz. Deal?"

"Bila majlisnya?"

"Minggu depan. Sebelum tarikh kau exam."

"Yelah-yelah aku ikut. Tapi janji dengan aku, segala baju ke apa, kau yang uruskan. Aku tak nak ambil tahu." Dengus Aishah.

Dengar jawapan Aishah, Yusra senyum kelegaan. Yes, jerat mengena!

"Okay. Kau dah setuju ni pun aku dah lega," jawab Yusra. Tangannya makin kuat peluk lengan Aishah.

"Kau ada terima lagi ke bunga dan notes tu?" Aishah mengubah topik. Baru teringat tentang bunga-bunga yang di terima oleh Yusra bulan lepas.

"Alhamdulillah.. dah tak de Shah. Mungkin Fairuz dah settlekan hal tu kot."

"Alhamdulillah.. tapi jangan lupa hati-hati lepas ni. Eh, kau ada jumpa dengan Cik Fatin lagi?"

"Cik Fatin pun aku tak ada jumpa. Aku malas la nak jumpa dia, nanti macam-macam dia mengata aku."

"Bagus la macam tu Yus.. Harap-harap dia tak mengajar kau sem-sem depan."

* * *

Yusra dan Fairuz duduk di bangku yang disediakan oleh pihak Hospital An-Nur. Menunggu nama Yusra di panggil. Yusra berdebar menanti gilirannya. Dia menghela nafas, mengalah akhirnya dengan kemahuan suaminya. Fairuz tetap berkeras mahu Yusra melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh di klinik sakit puan.

"Yusra Saidah Binti Shafie." Namanya dipanggil. Yusra bangun disertakan dengan Fairuz.

Pintu bilik tertera nama Doktor Shaqila Adila ditolak oleh Yusra. Yusra menarik nafas, kumpul semangat. Yusra memberi salam dan terpampam wajah bersih Doktor Shaqila Adila di depan mata sambil menjawab salam Yusra. Doktor Shaqila Adila kemudiannya mempersilakan Yusra dan Fairuz duduk di kerusi di depannya.

"Okay, cik apa-apa yang saya boleh bantu?" tanya Doktor Shaqila Adila dengan senyumannya. Nampak ramah dan manis bila dia senyum begitu.

Yusra memberitahu tentang masalah yang dia hadapi lebih-lebih lagi berkaitan dengan masalah kitaran haidnya yang tidak teratur dan masalah sengugut yang agak teruk. Dia juga selalu mengalami kejang otot perut dan perut juga selalu rasa 'penuh dan kenyang' membuatkan selera makannya juga agak terbantut.

"Cik Yusra dah kahwin ke?" tanya Doktor Shaqila Adila. Sesekali dia menjeling pada Fairuz di sebelah Yusra.

"Ya doktor. Ini suami saya." Yusra memperkenalkan Fairuz pada Doktor Shaqila Adila. Doktor Shaqila Adila agak tergamam seketika sebelum dia meneutralkan balik reaksinya.

"Oh.. suami. Maafkan saya, saya ingatkan dia abang Puan tadi. Sebab Puan masih muda, itu yang saya terkejut. Ok macam ni, apa kata kalau kita buat urine test dulu. Sambil-sambil tu kita boleh buat Upt terus."

"Upt?"

"Ha'a. Urine pregnancy test."

Serentak mereka berpaling sesama sendiri. Upt? Yusra telan air liur. Fairuz juga. Masing-masing tercengang.

Sorry sangat-sangat lambat update. Apa-apa pun, terima kasih byk2 kepada yang masih menunggu. =) 14k views.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience