Bab 41 : CBYS

Romance Series 109654

_Kau tak rindu aku ke?_ ~Fairuz

Berulang kali Yusra membacanya. Rindu? Soal rindu, dia bagaikan gila merindui suaminya. Tapi untuk mengaku pada Fairuz, dia malu.

"Yusra.. kenapa ni?" tegur Hajjah Sumayah bila melihat Yusra termenung di birai tangga.

"Eh.. ibu.. kenapa?" Yusra pula bertanya, nampak sangat dia tidak dengar apa yang ditanya ibunya sebentar tadi.

"Kenapa termenung kat tangga ni?" Sekali Hajjah Sumayah ulang soalannya untuk kali kedua.

"Tak ada apa la ibu. Yusra tengah WhatsApp dengan Fairuz je. Alhamdulillah, dia dah sampai KLIA ibu," jawab Yusra sambil menunjukkan telefonnya kepada Hajjah Sumayah.

"Alhamdulillah.. lega ibu. Jadi bila dia datang sini?"

"Dia cakap nak datang esok tapi... Yusra minta dia rehat-rehat dulu kat rumah Umi sehari dua ke dulu... tapi dia macam merajuk je..." ujar Yusra kemudian, ada riak bersalah.

"Merajuk? Dah kenapa pulak?" Kening Hajjah Sumayah jelas bertaut ketika dia bertanyakan soalan itu.

Yusra sedikit mencebik bibir sebelum menjawab.

"Dia cakap Yus tak rindu dia."

Hajjah Sumayah kulum senyuman mendengarkan jawapan anak perempuan bungsunya. Yusra... Yusra... macam budak-budak baru reti bercinta.

"Yus.. Yus... kenapa cakap macam tu? Ruz tu cepat-cepat nak datang sini sebab dia rindukan Yus la tu. Suami mana tak rindukan isteri dia. Mesej balik Fairuz, minta maaf dengan dia." arah ibunya sambil menggeleng.

Yusra tercengang.

"Fairuz rindu Yus ke?" tanya Yusra kemudian, masih lagi tercengang.

"Habis tu? Kalau bukan seab dia rindu Yus, kenapa dia nak Cepat-cepat balik sini? Eloknya kalau ibu ni jadi Fairuz tu, tinggal Yus lama-lama dekat sini."

Yusra terlopong. 'Nak tinggal sini lama? Mana boleh!'

"Ha...tak payah nak tayang muka cuak macam tu. Fairuz tu bukan ibu, ibu bukan Fairuz. Cepat WhatsApp Fairuz balik, minta maaf dengan dia sebab Yus cakap macam tu tadi."

Yusra mengangguk sedikit walaupun masih tidak puas hati dengan jawapan ibunya.

"Yus cuma risaukan dia, kalau-kalau dia penat. Dia kan baru je sampai dari Sabah. Nanti nak kena drive lagi."

"Yus oii, dia memang la baru je sampai dari Sabah tapi dia bukannya balik dengan berenang atau berkayuh. Dia naik flight. Naik flight, duduk... tup.. tup dah sampai KLIA. Tak ada keluar peluh langsung pun. Yang drive nak datang sini tu, yang tu ibu terima lah kalau Yus cakap dia penat," bebel Hajjah Sumayah.

Yusra cuma diam bila kena bebel percuma dari ibunya. Hajjah Sumayyah mengambil tempat disebelah Yusra. Kepala lutut Yusra di tepuk perlahan.

''Ingat apa yang ibu pesan. Yusra dah jadi isteri. Tanggungjawab Yusra pada dia. Jaga hati dan perasaan dia."

"Iye la ibu. Nanti Yusra WhatsApp dan minta maaf dengan dia," jawab Yusra perlahan, mukanya menunduk. Sedar khilafnya dimana.

"Kamu berdua tu dah jadi suami isteri, tapi perangai macam budak-budak. Sorang merajuk, sorang lagi tak tahu nak pujuk. Tak faham la ibu." Hajjah Sumayah mengeleng ingatkan perangai anak menantunya.

Penyapu lidi yang bersandar di tepi pokok di ambil. Mahu menyapu dedaun kering yang berguguran di laman.

"Kaki tu dah okay ke belum?" tanya Hajjah Sumayah mengubah topik, matanya menjeling sedikit pada kaki Yusra. Kesian pula tengok muka cemberut Yusra itu.

"Dah ibu... Dah boleh melompat, menari dah ni." sengih Yusra.

Dia bingkas bangun dan melompat berulang kali. Cuba membuktikan bahawa kaki sudahpun sembuh sepenuhnya. Hajjah Sumayah tersenyum dengan gelagat Yusra.

"Amboi siap melompat lagi.. nak bagi tahu ibu yang Yus dah boleh ikut Ruz balik la ye?" sakat Hajjah Sumayah dan Yusra mengangguk,. Makin melebar senyumannya.

"Nanti Ruz dah balik sini, ibu dan ayah bagi je Yus ikut Ruz balik. Jangan risau. Yus wajib ikut suami Yus." Hajjah Sumayah menyambung kata. Terus bersinar mata Yusra.

"Mana ayah, ibu?"

"Dah dapat green light ikut Ruz balik, baru ingat nak tanya pasal ayah?" Ayahnya pula menyakat.

Yusra toleh ke sisi, ayahnya tiba dengan borang Risda di tangan.

"Mana ada macam tu ayah. Yus selalu ingat ayah la. Cuma tadi tengah sembang pasal menantu kesayangannya ibu dan ayah, tu yang terlupa pasal ayah. Tapi sekejap je lupanya...." Yusra membela diri sendiri.

"Abang, ada orang tu dah angau dekat laki dia. Silap hari bulan, kalau Ruz lambat datang ambil dia, tak tahu la dia jadi macam mana." Hajjah Sumayah menyambung kerjanya, menyapu dedaun kering yang gugur di laman rumah.

''Dah call ke belum orangnya Jah?" Haji Shafie bertanya pada isterinya pula. Tampak serius saja riak wajahnya.

''Call siapa pulak abang?" Hajjah Sumayah berhenti menyapu, matanya dihalakan kepada suaminya. Yusra hanya bertindak sebagai pemerhati.

"Hospital HRPZ II la. Cakap kat diorang, kita nak booking satu wad khas untuk anak kita. Kalau diorang tanya kenapa nak booking, Jah cakap je sebab dia dah angau kat laki dia, laki dia lambat datang ambil dia." Haji Shafie jawab selamba.

Yusra terbuntang biji mata. Ayah mengata dia? Dia? Dengar ketawa hilai ibu dan ayahnya, Yusra mencemek. Merajuk.

"Lahh merajuk pulak dah. Nanti ayah call Fairuz mintak pujuk Yus. Biar dia pulak ambik alih tugas Adif." Sambung Haji Shafie dengan sisa tawanya.


* * *


"Assalamualaikum.. Yusra.. Yusra..." suara Fairuz kedengaran sangat dekat membisik ditelinganya.

Yusra tersenyuman nipis dalam tidur bila terdengar ada yang memanggil namanya. Lebih-lebih lagi suara itu seakan-akan suara milik Fairuz. Namun matanya masih terpejam.

"Yusra... Yusra... bangun..." suara itu berbunyi lagi sambil menyeka rambut yang menutupi sebahagian wajahnya lalu diselit di belakang telinganya.

Seketika Yusra terasa ada sesuatu bermain-main ditelinganya. Rasa sedikit geli dan menganggu tidurnya. Dalam tidurnya, sempat Yusra berfikir, rasanya baru sahaja dia tertidur selepas solat Isyak tadi, sudah ada yang kacau? Ibu ke? Tapi kenapa rasa tangan itu sedikit kekar? Sepertinya bukan tangan ibu... Siapa?

Fikirkan tentang pengacau itu, tiba-tiba rasa bulu romanya meremang. Dalam matanya terpejam, Yusra terfikir macam-macam perkara yang mungkin menjadi 'pengacau' kepada tidurnya. Terasa tangan itu beralih arah. Kini rambutnya pula menjadi mangsa. Rambutnya dielus-elus lembut dan satu kucupan lembut singgah di kepalanya. Lama.

"Aku rindukan kau," suara itu berbisik.

Dengar sahaja suara yang dikenali, pantas Yusra membuka mata. Terpampam seketika saat matanya menjamah raut wajah kacak suaminya.

'Ini Fairuz? Bukan mimpi?' Tangannya naik sentuh pipi Fairuz. Fairuz! Pantas dia bangun dari perbaringan lalu peluk batang tubuh suaminya.

Tindakan spontan Yusra mengejutkan Fairuz. Fairuz terngadah seketika sebelum tangannya naik membalas pelukan Yusra. Lama mereka begitu sehinggalah ada bunyi esakkan halus dari Yusra, memaksa Fairuz meleraikan pelukan mereka. Fairuz tatap wajah isteri kesayangannya. Wajah basah Yusra membuatkan Fairuz tertanya-tanya.

"Kenapa kau nangis?" Lembut Fairuz bertanya. Tangannya menyeka air mata yang mengalir perlahan di pipi Yusra.

"Saya minta maaf," lirih suara Yusra. Dia tunduk pandangan.

Fairuz segera paut dagu Yusra supaya tetap memandangnya.

"Kenapa ni? Aku ada buat salah dengan kau ke?" tanya Fairuz. Risau juga bila tengok Yusra menangis. Yusra menggeleng kepala.

"Habis tu.,kenapa?"

"Saya minta maaf sebab selama saya jadi isteri awak, tapi saya tak jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri awak sepenuhnya. Saya tak nak jadi isteri yang dimurkai Allah." Yusra meluahkan rasa serba salahnya.

Fairuz diam seketika. Nampaknya Yusra juga fikirkan hal yang sama seperti dia. Mahu berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga mereka.

Fairuz pegang pipi Yusra.

"Yusra... Dengar sini, aku tak pernah paksa kau. Aku faham keadaan kita. Kita masih dalam proses kenal hati budi masing-masing. Baby step, dear. Aku sentiasa maafkan segala kesalahan kau samada kau sengaja atau tidak. Aku terima segala kekurangan yang ada pada kau dan aku juga minta kau terima segala kekurangan aku. Aku nak kita saling melengkapi antara satu sama lain. Aku akan tunggu kau sehingga kau betul-betul bersedia. Kau jangan risau, aku tetap suami kau,'' ujar Fairuz. Ada keikhlasan di sebalik kata-katanya.

Yusra tatap Fairuz dengan terkebil-kebil, Tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar dari seorang lelaki bernama Tengku Fairuz ini. Selebihnya, dia terpegun dengan kata-kata Fairuz. Fairuz, lelaki yang sangat memahami dia.

"Terima kasih awak. Awak baik sangat." Yusra peluk Fairuz, malu-malu.

Fairuz membalas pelukan Yusra. Dia tahu Yusra masih malu dengarnya. Fairuz tersenyum sendiri dengan tindakan Yusra.

"Awak... boleh tak kalau kita tukarkan bahasa panggilan kita?" pinta Yusra dalam pelukan Fairuz.

Fairuz kerut dahi. Yusra melepaskan pelukan. Mereka berpandangan.

"Kenapa?"

"Awak jugak cakap baby step, kan? So.. sebagai langkah pertama, why not kita tukar bahasa panggilan kita? Saya akan panggil awak 'abang', tak kira di mana-mana pun kita berada. Boleh?" tanya Yusra dengan malu-malu.

Fairuz mengetuk dagu dengan hujung jari sebelum memberi jawapan.

"Okay, Deal. Tapi nanti aku nak panggil kau, apa? Sayang? Dear? Honey?" Fairuz pula bertanya. Sekadar mahu menduga pilihan Yusra. Padahal dia sendiri suka panggil Yusra, 'Sayang'.

Giliran Yusra pula mengetuk dagunya dengan hujung jari. Berfikir idea yang akan diusulkan oleh Fairuz.

''Emm... Sayang? Macam romantik je awak panggil macam tu.. Dear pun best tapi nanti mesti tertukar dengan 'DYA', tak nak lah. Nanti saya terfikir nama orang lain pulak. Honey pun okay tapi honey tu maksudnya madu kan? Emm.. rasa macam nanti awak nak bagi saya madu la pulak, tak nak lah! Tak suka! Tapi saya suka awak panggil saya nama saya je, sebab nama Yusra tu susah nak jumpa." Panjang lebar jawapan Yusra.

"Dear tak nak. Honey pun tak nak. Kenapa tak nak? Eh, sekejap..tadi kau cakap takut kau terfikir orang lain, kan? Nak bagi kau madu, kan? Kau tak nak kongsi aku erkkk?" Bertalu-talu Fairuz menyoal Yusra dengan nada mengusik. Ada senyuman senget di bibir Fairuz. Muka Yusra sudah merona merah.

"Kau takut aku ada orang lain ye? Kau sayang aku?" Giat Fairuz lagi.

Yusra tampar bahu Fairuz manja. Malu diusik begitu.

"Bukan macam tu la... Saya... saya...." Tak jadi meneruskan kata bila Fairuz meletakkan tangannya di pipi Yusra.

"Kau cantik bila clumsy macam ni."

Sekali lagi Yusra tergamam. Fairuz suka bila Yusra kelam kabut macam tu. Nampak macam... Comel!

Fairuz berdehem.

"Okay.. back to the topic. Nak aku hanya panggil nama kau? Tak nak lah, tak best." Fairuz jatuhkan tangannya dari pipi Yusra lalu capai tangan Yusra dan digenggam erat. Matanya dihalakan tepat pada anak mata Yusra.

''Okay macam ni, kita kekalkan panggilan kita sama macam kita gunakan bila depan orang lain. Abang panggil Yusra, Sayang. Dan Sayang panggil abang, Abang. Okay, sayang?" Lembut Fairuz bertanya bersama renungan redupnya. Jari jemari Yusra dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut.

Yusra terpegun dengan renungan Fairuz. Terasa perutnya macam ada rama-rama berterbangan bebas. Dengar Fairuz memanggilnya 'Sayang' dengan suara yang perlahan buat Yusra hilang arah. Teguk liur tatkala mereka saling berpandangan begini. Ibu, tolong Yusra!

"Abang rindukan sayang. Seminggu kita berjauhan, betul-betul mengajar abang erti kerinduan. Setiap hari abang tak sabar nak balik sini nak jumpa isteri abang," luah Fairuz perlahan.

Tangannya naik membelai rambut karamel Yusra. Rambut yang menjadi kegemarannya.

"Sayang rindukan abang tak?"

Soalan Fairuz buat Yusra teguk liur berkali-kali. Rasanya malam ni dia kenyang dengan telan liur je. Anak mata dihalakan pada Fairuz.

"Rindu tak?" Sekali lagi Fairuz bertanya.

"Rindu..." jawab Yusra perlahan lalu menekur, pandang jarinya yang bertaut dengan jari jemari Fairuz. Larikan anak mata dari terus jadi panahan Fairuz.

Fairuz tersenyum, yakin dengan firasatnya. Yusra juga menyintai dia sebagai mana dia menyintai Yusra.

"Terima kasih sebab rindu abang. Abang ingatkan Sayang dah tak ingatkan Abang."

"Eh mana ada.. kenapa pulak sa.. ya.. yang.. sayang tak ingat aaa... aba.. abaang. Mesti la ingat." Mengeliat betul lidah nak biasakan diri sebut perkataan 'sayang' dan 'abang' bila berdua begini.

Bila Fairuz jongket kening sebelah, terus lancar sahaja sebutan abang itu keluar.

Padalhal sebelum ni bukannya dia tak biasa sebut 'sayang' dan 'abang' tapi kali ini rasa lain sebab mereka berdua sahaja. Tengok Fairuz senyum puas hati, Yusra turut lega.

"Lupa nak tanya, abang baru sampai ke tadi?"

"Ha'a baru sampai. Ibu dan ayah bukakan pintu untuk abang. Abang call sayang tapi sayang tak angkat. Tidur mati, kan?" Sengaja Fairuz bertanya biarpun ia tahu, Yusra jenis susah berjaga dari tidurnya.

Yusra tercengang, berfikir sejenak.

"Eh? Bila tu? Oh lupa telefon sayang, sayang silent masa solat tadi. Lepas tu, sayang tertidur lepas solat isyak tadi." Yusra sudah dapat jawapan selepas berfikir sejenak.

"Sekejap... sekarang dah subuh ke abang?" Yusra bertanya lagi. Lupa pula dia mahu intai jam dinding.

"Subuh apa bendanya sayang... Sekarang baru jam 2 pagi. Abang sampai tadi jam 12 tengah malam." Fairuz menjawab selepas toleh pada jam di tangannya.

"Hah 2 pagi?" Yusra terkejut. Terus terlopong mulutnya.

"Kita bincang tentang nama panggilan tadi semasa jam 2 pagi? Allahh... Macam dah tak ada waktu lain pula kita nak bincang." Yusra tepuk dahi sendiri. Fairuz sudah tergelak kuat.

Terkejut dengar gelak kan kuat dari Fairuz, terus Yusra perkup mulut suaminya dengan telapak tangannya.

''Abang jangan gelak kuat sangat, nanti ibu dan ayah dengar." Yusra berbisik kepada Fairuz.

Fairuz mengangguk berkali-kali. Yusra melepaskan tangannya setelah berpuas hati dengan anggukkan dari Fairuz. Fairuz terlepas ketawa tapi tidak lama selepas itu dia segera meletakkan jari telunjuknya di bibir sendiri bila Yusra menjelingnya.

Akhirnya Yusra turut mengekek ketawa dengan gelagat mereka. Masing-masing sambung gelak tapi dalam versi yang masih dalam kawalan.

''Kaki sayang dah okay?" Soal Fairuz bila teringat tentang kaki isterinya.

Kain selimut yang masih menyelimuti tubuh Yusra dari pinggang ke kaki itu diselak. Yusra terkejut dengan perbuatan Fairuz, tidak sempat menahan. Sebenarnya dia segan, ini kali pertama dia memakai gaun tidur lengan pendek paras betis di hadapan Fairuz. Kebetulan pula dia tidak tahu yang Fairuz akan balik pada malam ini. Baju tidur ini sudah biasa, dia pakai ketika dia masih anak dara.

Fairuz kaget. Matanya jatuh pada betis dan lutut Yusra yang terdedah. Kali ke dua dia pandang betis Yusra. Sebelum ini, Yusra di rumah uminya sangat menjaga penampilan bukan setakat dengan ipar-ipar sahaja, tapi dengan dia juga. Biasanya Yusra hanya memakai T-shirt lengan pendek bersama seluar track suit kalau mereka di dalam bilik. Pandangan Fairuz dilarikan pula kepada gambar kartun pooh besar yang terpampam di bahagian hadapan gaun tidur itu lagi menampakkan Yusra seorang gadis polos.

Yusra teguk liur bila melihat cara pandangan Fairuz padanya bagaikan mempunyai pelbagai maksud yang tidak mampu dia cernakan dengan akal fikirannya. Fairuz pandang Yusra.

"Eerkk... kenapa awak pandang saya macam tu?" Yusra sudah gugup, lain macam.

Perlahan-lahan tangannya menarik selimut dari pegangan Fairuz. Mahu menutup kembali bahagian kaki yang terdedah. Segan bila terus-terusan Fairuz merenungnya. Renungan yang membawa maksud pengharapan.

Namun Fairuz lebih bijak bertindak. Dia bagaikan memahami tindakan Yusra, segera dia melempar selimut itu ke bawah. Yusra terngadah. Fairuz pandang Yusra. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya pada Yusra dan terus bibirnya menindih lembut bibir milik Yusra.

Yusra terkejut. Lantas tangannya naik menolak dada Fairuz namun Fairuz cepat bertindak dengan memaut kedua belah bahu Yusra. Tidak tahu berapa lama begitu sehinggakan Fairuz sendiri melepaskan Yusra. Dahi mereka berlaga.

''Sekali lagi sayang panggil abang, awak.. abang akan denda sayang." suara Fairuz garau sambil cuba meneutralkan balik aturan nafasnya yang berombak kasar tadi.

"You look sexy wearing this shirt. I liked," bisik Fairuz lagi.

Yusra bungkam. Fairuz berdiri dan dia capai semula selimut yang dicampak tadi kemudian selimut kembali Yusra.

"Dah.. jom tidur. Dah lewat ni. Esok, masakkan abang menu yang abang suka, please..."

* * *

Usai solat Subuh berjemaah, Fairuz kembali merebahkan tubuhnya ke katil manakala Yusra bersiap-siap untuk keluar ke dapur bagi menyediakan sarapan. Hari ni dia mahu menggoreng bihun Singapore, antara makanan kegemaran suaminya.

Yusra merendamkan bihun terlebih dahulu sebelum dia mengupas bawang dan memotong sayur sawi dan beberapa ketul sausage. Selesai semua kerja, dia mula tos bihun dan mulakan menumis bawang sebelum masukkan bahan-bahan yang lain.

Bunyi enjin motor kriss milik ayahnya berhenti diluar rumah, Yusra jenguk kepala ke tingkap. Ayah dan Ibu baru balik dari surau, ibunya masih lengkap bertelekung dan ayahnya berkain pelikat turun dari motor. Yusra segera membuka pintu untuk mereka.

"Assalamualaikum.." Serentak mereka memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Waalaikummusalam ayah, ibu."

''Ruz sambung tidur?" tanya Hajjah Sumayah tentang menantunya.

"Ha'a sambung tidur lepas solat tadi. Penat katanya."

''Iye lah siapa yang tak penat Yus oii.. baru je sampai dari Sabah dah terus pecut ke sini, rindu isteri katanya." Haji Shafie tersenyum penuh makna bila Yusra memandangnya.

"Ayah betul-betul call dia ke?" soal Yusra pula. Sekadar meneka bila teringat gurauan ayahnya petang kelmarin.

"Ish..dah tak ada kerja sangat la ayah kamu ni Yus oii.. Fairuz tu memang plan nak datang sini terus lepas balik dari Sabah tu. Dia cuma singgah rumah abah dia, ambil kereta dia je," beritahu Haji Shafie.

Yusra tersenyum malu bila dengar penjelasan dari ayahnya. Tak pasal-pasal dia menuduh ayahnya yang bukan-bukan.

"Nanti lepas sarapan, ajak la Ruz jalan-jalan pusing kampung. Esok dah nak balik KL, kan?"

"Ha'a katanya esok dah nak balik. Nanti Yus tanya dia bila dia bangun."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience