Bab 12 : CBYS

Romance Series 112928

Tengku Fairuz mengadap komputer riba setelah penat membelek kertas kerjanya. Kerja yang sedia ada perlu diserahkan kepada Syed Ammar sementara dia cuti menguruskan majlis perkahwinannya.

Lagi 3hari akan berlangsungnya majlis akad nikah dan persandingan di rumah Yusra. Dua minggu kemudian, majlis bagi pihak lelaki pula akan dijalankan serentak dengan majlis penyerahan kuasa Mentari Holdings.

Tiba-tiba teringat pada sepupunya merangkap kawan baiknya. Segera telefon bimbit dicapai untuk berhubung dengan Tengku Faiz Iskandar di aplikasi WhatsApp.

_Assalamualaikum Is._ ~Fairuz

_Waalaikummusalam Ruz._ ~Iskandar

_Apa cerita ni? Sihat tak?_ ~Iskandar

_Alhamdulillah sihat._ ~Fairuz

_Lagi 3 hari aku akan kahwin dengan tunang aku._ ~Fairuz

_What? Kenapa cepat sangat?_ ~Iskandar

_Kenapa tak tunggu aku dengan Tehah balik dulu?_ ~Iskandar

_Abah dan umi yang aturkan semuanya. Aku ikut je._ ~Fairuz

_Lagipun majlis Mentari tu akan berlangsung 2 minggu lagi. Aku terima jelah._ ~Fairuz

_Asalnya aku memang plan majlis kahwin aku nanti korang balik tapi bila umi dan abah dah plan dengan besan diorang, aku accept jelah._ ~Fairuz

_it's ok la Ruz._ ~Iskandar

_InsyaAllah kalau tak ada hal, kami sampai._ ~Iskandar

_So, kiranya kahwin paksa la ni?_ ~Iskandar

_Emm.. awalnya tulah yang aku rsa but now..._ ~Fairuz

_It's ok, aku dah terima dia jodoh aku._ ~Fairuz

_Aduhhh... kemain kau ni Ruz!_ ~Iskandar

_Meremang aku woiii!_ ~Iskandar

_Cantik ke budak tu?_ ~Iskandar>

_Kau rasa?_ ~Fairuz

_Kalau diikutkan muka dia masa baby tu, comel dan cute lah._ ~Iskandar

_But now she's not babies anymore.._ ~Iskandar

_So, i don't know..._ ~Iskandar

_Now, she's natural beauty._ ~Fairuz

_Seriously ni Fairuz?_ ~Iskandar

_So abah dan umi macamana?_ ~Iskandar

_Tak kisah ke dengan bakal menantu dia_ ~Iskandar

_Umi dan abah aku lebih suka bermenantukan budak tu dari Qaz. Family dia pun ok. Aku terima jelah._ ~Fairuz

_Okay. Faham-faham_ ~Iskandar

_I like your taste..._ ~Iskandar

_Siapa nama budak tu?_ ~Iskandar

_S.E.C.R.E.T._ ~Fairuz

_Nanti kau kenal la dia_ ~Fairuz

_Tapi kau jangan nak tackle dia pulak!_ ~Fairuz

_Makan penumbuk aku nanti._ ~Fairuz

_Amboi kau... Awal-awal lagi kau dah warning aku!_ ~Iskandar

_Don't worry la Ruz, nanti aku balik Malaysia aku plan nak cari 'my secret admire' aku tu._ ~Iskandar

_Eh.. wajib la aku warning kau awal-awal. Kau tu sweet talkers!_ ~Fairuz

_Aku lupa nak tanya kau pasal tu. Siapa nama budak tu?_ ~Fairuz

_Kau tak ingat ke Ruz? Aku selalu cerita dekat kau dulu_ ~Iskandar

_Bila?_ ~Fairuz

_Masa kita sama-sama study Ireland la. Budak yg Tehah bawa balik rumah kau tapi masa tu family kau pergi Mesir jumpa Abang Qan. So, Tehah bawa dia stay rumah aku._ ~Iskandar

_Ingat tak?_ ~Iskandar

Baca text dari Tengku Faiz Iskandar itu buat Tengku Fairuz berkerut. Dulu pernah Is bercerita tapi sudah lama, dia pun ingat-ingat lupa.

_Rasanya ada aku ingat sikit-sikit... _ ~Fairuz

_Tapi aku tak la ingat nama dia..._ ~Fairuz

_Aku tak ingat nama penuh dia tapi aku panggil dia, Idah._ ~Iskandar

_Saidah. Tehah kenal la budak tu, junior dia masa di MRSM dulu._ ~Iskandar

Saidah?! Hampir terlepas telefon dari tangan, terkejut. Nama yang hampir sama dengan nama tunangnya.

_Saidah?_ ~Fairuz

_Dekat je nama tu dengan nama tunang aku._ ~Fairuz

Laju saja tangan menaip perkataan itu. Dan dihantar. Tunggu respon dari Faiz Iskandar, jantung mula berdegup lain macam.

_Ehh ye erkk?_ ~Iskandar

_Agak-agaknya orangnya sama tak Ruz?_ ~Iskandar

Terkedu sesaat bila membaca mesej itu. Jantungnya berdegup makin kencang. Gigi dikacip rapat.

_Agak-agak ah bro!_ ~Fairuz

_Aku tak suka kau cakap macam tu!_ ~Fairuz

Telefon segera diletakkan ke meja. Kawalaturan nafas supaya tidak terlalu tegang. Bila rasa sedikit lega, dia capai kembali telefonnya.

_Ruz, aku gurau jelah._ ~Iskandar

_Janganlah emo sangat bro..._ ~Iskandar

_Okay-okay Ruz.. I'm sorry, okay?_ ~Iskandar

_It's okay Is. I have to go now. Bye._ ~Fairuz

_Ruz, aku minta maaf. Aku tahu kau marah aku. Aku gurau je Ruz. Don't worry lah aku tak kan kacau tunang kau._ ~Iskandar

_Bila kau marah macam ni, aku dapat rasa yang kau dah mula sayang dia, Ruz._ ~Iskandar

Fairuz sekadar membaca tanpa mahu membalasnya. Dia menutup aplikasi WhatsApp. Telefon kembali diletakkan diatas meja. Tubuhnya disandar ke belakang kerusi. Masih terbayang apa yang dibaca. Dadanya masih berdebar walaupun tidak sekencang tadi. Entah kenapa dia rasa tidak selesa bila Faiz Iskandar tulis begitu walaupun sekadar bergurau.

'Macam mana kalau apa yang dikatakan oleh Is tadi, satu kebetulan? Ya Allah, sekiranya Yusra Saidah tercipta untuk ku, KAU dekatkanlah hatiku dengan hatinya.' Berkali-kali mukanya diraup.

Tanpa disedari Syed Ammar yang berada di muka pintu melihat tingkah laku boss merangkap kawan baiknya itu.

"Ruz, are you okay?" Tanya Syed Ammar dan mula menguak pintu. Dia mengatur langkah ke meja Fairuz.

Fairuz sekadar angkat muka dengan pertanyaan Ammar.

"I'm sorry kalau aku kacau kau. Cuma sekarang dah jam 5.30 petang, kau tak nak balik lagi ke?" Tanya Syed Ammar apabila menyedari Fairuz cuma memandangnya dengan pandangan kosong.

"Okay, if then... aku balik dulu." Sambung Syed Ammar bila tiada respone dari Fairuz. Dia mengangkat kedua bahunya sedikit dan mula berputar tubuh untuk melangkah keluar.

"Wait Am.. have a seat..." Tengku Fairuz bersuara memintas langkah Ammar dari meneruskan langkah.

Dia kemudia melangkah ke sofa yang tersedia di pejabat mewahnya. Ammar turut mengekori dan melabuhkan duduknya.


"Ada something yang menganggu fikiran kau ke?" Ammar memulakan soal siasatnya. Fairuz memandang Ammar.


"Tentang perkahwinan kau?" Soal Ammar lagi. Cuba bersabar dengan kebisuan Fairuz.

Perlahan-lahan Fairuz mengangguk. Tangannya masih mengelus belakang kepala. Sedang memikirkan apa yang perlu diberitahu kepada Syed Ammar.


"Kenapa? Yusra tolak kau? atau dia nak batalkan perkahwinan kau?" Soal Ammar bertalu-talu.


"Amm, tak lah seteruk tu..." Fairuz menyampuk. Menyangkal semua pertanyaan Syed Ammar.


"So, apa hal? Cuba kau explain dekat aku, apa yang kau tengah fikir sekarang ni. Kau diam macam ni, macam lah boleh buat aku faham."


"Okay la Am.. tadi aku whatsApp dengan Is." Luah Tengku Fairuz perlahan.


"So?"


"Dia ada cakap girl dia dulu namanya Saidah"


"So, kau fikir girl Is dulu, orang yang sama dengan Yusra Saidah kau?" Tebak Syed Ammar.

Fairuz mengangguk. Syed Ammar mencebik nakal. Ceh! belum apa-apa lagi, sudah cemburu. Boleh tahan juga Fairuz ni.


"Come on lah Ruz.. Don't be childish lah. Mungkin girl Is dulu nama Saidah tapi orangnya lain. Kau ingat dalam dunia ni hanya ada seorang je ke nama Saidah?" Sambung Ammar.

Ammar menggeleng dengan sikap Fairuz yang baginya agak keterlaluan.


"Aku tahu tu Am tapi aku tak boleh tipu diri aku. Bila Is cakap girl dia nama Saidah, aku terkejut. Aku fikir macam mana kalau Saidah yang Is maksudkan tu orang nya sama dengan tunang aku?"


"Look Ruz, if that's girl and your fiance is the same person, Is tak ada hak untuk ambil hak kau. Kalau dah ditakdirkan 'mereka' tu orang yang sama sekali pun, dia bakal jadi milik kau, Ruz. Milik kau yang sah! Sekali pun Is tak boleh menidakkan hal tu."

Kata-kata Ammar menyedarkan Fairuz tentang sesuatu yang bakal milik dia. Milik dia yang sah! Fairuz mengangguk berulang kali.


"So, confirm lah aku jadi pengapit kau nanti?" Ammar mengubah topik. Tidak mahu Fairuz terlalu memikirkan perkara yang negatif memandangkan lagi 3 hari dia bakal jadi suami orang. Melihat senyuman mula terukir dia tahu Fairuz sudah mula sukakan Yusra Saidah biarpun mereka belum bersemuka.


"Ehh, confirm lah apa pulak tak confirmnya. Baju kau nanti singgah ambil kat rumah aku. Umi dah sediakan semuanya."


"Okay beres booss... No hal! So, siapa pasangan aku nanti?"


"Pasangan? Maksud kau, pengapit Yusra?"


Syed Ammar mengangguk. Kebiasaannya pengapit perempuan atau lelaki terdiri daripada kalangan saudara mara atau sahabat handai pengantin yang berstatus bujang. Harap-harap nanti dapatlah dia merasai tempias nasi minyak Fairuz ni. Syed Ammar mula membayangkan situasi itu. Tanpa sedar dia mula tersenyum.


"Woi.. woi.. apa yang kau tersengih-sengih ni Am?" Sergah Tengku Fairuz apabila menyedari temannya asyik tersenyum sahaja dari tadi.


"Ruz, nanti kau pengapit Yusra tu cantik and single, kau tolonglah recommendkan untuk aku erk? Aku pun bukannya muda lagi ni.. Boleh eh Ruz?"


"Amm kau ni dah kenapa? macam kemaruk sangat dah ni.. Aiii makin seram pulak aku dengan kau ni." Tengku Fairuz lantas mengangkat punggung. Gema tawa Syed Ammar sudah kedengaran.


"Alaaa Ruz, kasi chance la sikit." Sambung Syed Ammar sambil mengekori Tengku Fairuz keluar dari pejabat Fairuz. Butang lif ditekan.


"Tadi Qaz ada WhatsApp aku." Luah Fairuz sementara menunggu pintu lif terbuka. Dia selesa bersama Syed Ammar yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri. Syed Ammar menoleh.


"Baru muncul?" Soalnya yang faham dengan situasi Fairuz.


Fairuz bersama Qazrina bukan sehari dua tetapi sudah 4 tahun bersama tapi kebisuan gadis itu membuatkan Fairuz makan hati dan terpaksa menghadapi 'situasi genting' itu sendirian.

Masa awal-awal berita pertunangan Qazrina dgn Hisham tersebar, Fairuz bagaikan hilang semangat. Ditambah lagi dengan berita dia 'ditunangkan' dengan seseorang yang bukan dari pilihan hati. Dua berita sekaligus perlu Fairuz terima dalam masa yang sama.


"Dia minta aku bagi peluang kat dia."


"So, kau cair lah?" Serkap jarang.

Ammar lebih suka bertanya terus terang tanpa berselindung. Sikapnya yang matang membuatkan Fairuz selesa berkongsi apa jua masalah dengan dia.


"Kau dah gila ke apa? Aku dah ada tunang yang baik kot. Umi aku dah sayang gila dengan Yusra Saidah tu." Jawab Tengku Fairuz. Tawa Ammar meletus. Mereka sesama keluar dari perut lift bila pintu lift terbuka.


"Nasib tu yang kau jawab. Kalau kau jawab selain dari tu , aku rembat tunang kau." Balas Ammar. Mereka berjalan seiringan ke tempat parkir kereta.


"Mulut kau Am... memang jenis tak ambil insuran erk? Aku terajang kan. Bab tunang aku kau jangan buat main-main." Ugut Fairuz dalam tawanya. Pintu kereta BMW 5 Series GT dibuka.


"Fairuz!" Satu suara memanggil namanya.

Kakinya tidak jadi melangkah ke perut kereta. Syed Ammar di sebelahnya juga tidak jadi melangkah. Masing-masing memandang ke arah suara itu datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience