Prolog 1 : CBYS

Romance Series 109654

~20 Tahun dahulu~

Laju kaki Tengku Ibrahim melangkah ke unit kecemasan Hospital Bentong, Pahang apabila dia menerima panggilan dari pihak hospital yang menyatakan anak dan menantunya terlibat dalm kemalangan. Hampir sahaja tubuhnya melurut jatuh namun sempat di pegang oleh anak sulungnya, Tengku Farid.

"Assalamualaikum encik, boleh tahu, bagaimana dengan keadaan anak dan menantu saya?" soalnya saat tiba di kaunter pendaftaran yang tersedia di situ.

"Waalaikummusalam. Boleh kami tahu namanya encik?" soal lelaki yang bertugas di situ. Tangannya pantas menekan-nekan papan kekunci dihadapannya.

"Tengku Ismail dan Tengku Faisal," jawab Tengku Farid pantas sebelum sempat Tengku Ibrahim menjawab.

"Sekejap ye Tengku." Papan kekunci dihadapannya di tekan-tekan lagi.

"Ok, dah jumpa. Tengku berdua dah di bawa ke Unit Rawatan Rapi." sambungnya kemudian.

"Baiklah. Terima kasih ya" balas Tengku Farid.

Mereka melangkah ke ruang unit rawatan rapi. Longlai rasanya langkah tua Tengku Ibrahim
Sungguh tidak percaya anak dan menantunya terlibat dalam kemalangan ngeri.

'Bas lawan kereta Vios, tentu teruk Vios dibahangnya!' Bisik hati tuanya.

* * *


Pilu kian terasa saat terpandang tubuh anak dan menantunya yang terbujur kaku. Wayar berselerak di badan masing-masing. Sepi suasana di bilik berkenaan. Hanya kedengaran bunyi bip... bip... bip... bip... keluhan kasar dilepaskan. Masih terngiang-ngiang bait-baik kata dari Doktor Harun sebentar tadi.

Tengku Farid memandang wajah muram ayahnya. Dia tahu ayahnya sedang berduka dengan apa yang berlaku. Telefon bimbit di kocek seluar bergetar memandangkan telefonnya disetkan dalam keadaan mode senyap. Segera telefon itu ditarik keluar. Nama Tengku Fauziah tertera. Dia bingkas berdiri dan keluar dari bilik berkenaan.

"Hello, Assalamualaikum Ziah." Perlahan sahaja suaranya.

"Waalaikummusalam abang. Abang, macam mana dengan keadaan Faisal? Abang Ismail pulak macam mana? Faisal dan abang Ismail ok kan abang?" bertalu-talu soalan dari Tengku Fauziah.

Tengku Farid memejam mata. Mencari kekuatan untuk berterus terang kepada adiknya.

"Ziah...." Panggilnya perlahan.

"Mereka tenat." Sambungnya bersama tangis halus. Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak dihati.

"Allahhhh" Hanya itu kedengaran. Seterusnya senyap dihujung talian.

"Ziah.. ziah...ziah.. " panggilnya. Namun sepi. Tiada sahutan dan akhirnya panggilan dimatikan.

* * *

"Assalamualaikum encik." Sapa satu suara.

Tengku Ibrahim mendongak. Wajah lelaki disisinya dipandang.

"Encik ok ke?" tanya lelaki itu lagi.

Tengku Ibrahim meraut wajahnya berulang kali dan akhirnya keluhan berat dilepaskan. Berusaha memujuk hati sendiri. Pandangan dilontarkan ke kiri kanan. Sunyi sahaja perkarangan surau Hospital Bentong. Jam di dinding di toleh. Jam 1pagi! patutlah tiada orang di sini. Lelaki di sisinya masih memandangnya.

"Maaf kalau saya menganggu encik. Saya, Shafie." Lelaki itu bersuara lagi lantas menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Lambat-lambat Tengku Ibrahim menyambut.

"Ibrahim." Beritahunya kemudian.

"Encik Ibrahim ok ke? Maaf kalau saya bertanya, Encik Ibrahim ada masalah ke?" tanya Shafie.

Keluhan Tengku Ibrahim kedengaran. Dia membaiki duduknya agar lebih selesa. Kepalanya diangguk kecik.

"Anak dan menantu saya. Mereka di ICU. Accident di highway bentong tadi" Mendatar suara Tengku Ibrahim memberitahu.

Shafie bingkas duduk di sisi Tengku Ibrahim dan memeluk bahu itu. Tersentak Tengku Ibrahim dan perasaan sebak datang lagi.

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya buat. Anak dan menantu saya tenat." Luahnya.

"Boleh saya tahu doktor cakap apa?"

"Anak saya, Ismail cedera teruk dibahagian kaki. Kedua-dua belah kaki. Menantu saya, Faisal ada masalah sikit. Hatinya parah sebab accident tu. Pendarahan tidak berhenti. Doktor tengah usaha cari darah jenis kumpulan O Negatif. Susah nak dapat. Darah kami tak serasi, tak sama." ujar Tengku Ibrahim perlahan.

"Kalau tidak menjadi masalah buat Encik Ibrahim, boleh saya dermakan darah saya untuk menantu encik?" saat terdengar soalan yang keluar dari mulut Shafie, Tengku Ibrahim pantas menoleh kepada Shafie.

"Kebetulan saya memang darah jenis O Negatif. " sambung Shafie.

"Ya Allah! betul ke ni? Alhamdulillah.. Alhamdulillah! " ucapnya syukur lantas meraup wajah tuannya. Tubuh Shafie dipeluk erat.

Cerita first. Maaf lah kalau ayatnya berterabur. =)

Share this novel

D.A
2021-07-24 13:44:58 

terbaik.. semua darah yang jenis negetive memang sudah untuk dapatkan bekalan.. kerana mereka tidak boleh menerima kumpulan darah positive.. tidak seperti positive yang boleh menerima masuk darah negative..


NovelPlus Premium

The best ads free experience