Bab 39 : CBYS

Romance Series 109654

Cukup 5 hari Mak Eton mengurut kaki Yusra, hari ni Yusra sudah mampu berjalan seperti biasa walaupun masih terasa sakit. Sekurang-kurangnya sudah tidak memerlukan bantuan tongkat.

"Macam mana dah sekarang ni Yus?" tanya Mak Eton.

Yusra membelek-belek kakinya. Tersenyum pandang Mak Eton.

"Alhamdulillah dah rasa lega sikit ni Mak Eton," ujar Yusra, masih membelek kakinya, syukur kakinya sudah pulih.

"Alhamdulillah. Jangan lasak-lasak sangat Yus. Kaki baru nak sembuh." Pesan Mak Eton.

"InsyaAllah Mak Eton. Terima kasih banyak-banyak Mak Eton."

"Terima kasih la Mak Eton tolong urut kaki Yus ni." Hajjah Sumayah pula berterima kasih.

Mak Eton menyimpan segala botol minyak yang diguna pakai ke dalam begnya.

''Sama-sama Hajjah. Jah, boleh kita bersembang kat luar? Banyak benda yang aku nak tanya ni." Mak Eton sudah berdiri. Menanti untuk keluar dari bilik Yusra.

"Eh, boleh-boleh Mak Eton. Jom Mak Eton. Air yang aku buat pun dah nak sejuk. Yus, nanti minum dulu air tu ya." Hajjah Sumayah mengiringi Mak Eton keluar dari bilik meninggalkan Yusra keseorangan.

Mak Eton dan Hajjah Sumayah duduk di kerusi yang bersusun di ruang tamu.

"Haji mana? bukan tadi ada ke?" tanya Mak Eton sambil mengintai kelibat Haji Shafie.

"Haji baru je keluar pergi kedai runcit Ustaz Luqman. Nanti dia singgah rumah Leman nak ambil borang Risda katanya."

"Oo.. patut la tak ada motornya. Kau menoreh lagi ke sekarang?"

"Dah tak larat la Mak Eton. Aku upah anak Melah tolong toreh. Kesian jugak pokok tu kalau nak dibiarkan. Lagipun rasanya anak Melah tu pun tak ada kerja." balas Hajjah Sumayah.

"Ooo.. molek la tu. Sama-sama kongsi rezeki. Eh.. Aku nak tanya, Yusra tu dah berapa lama kahwin?" Mak Eton bertanya lagi bila teringat topik asal perbualan dia dengan Hajjah Sumayah.

"Dah masuk 4 bulan setengah rasanya aku. Kenapa Mak Eton?"

"Yusra yang kahwin dengan orang KL tu kan? Kerabat tu?"

"Ha'a Mak Eton, Yusra lah yang kahwin dengan orang KL tu."

"Aku ni tak lah pandai sangat nak tengok orang... tapi aku rasa anak kau tu, masih anak dara Jah." ujar Mak Eton berterus terang. Dengar apa yang terpancul dari mulut Mak Eton, Hajjah Sumayah terlopong.

"Hah? apa maksud Mak Eton?"

"Aku kan urut kaki dia, aku tengok la kaki dia. Dia memang anak dara lagi." Bicara Mak Eton yakin.

Hajjah Sumayah senyap.

"Aku dengar orang kampung duk bercakap macam-macam pasal Yusra sebab dia kahwin awal tapi nampaknya benda tu tak betul la. Yusra perempuan suci. Macam mana cara diorang berkahwin tu Jah?" Mak Eton bertanya lagi mahu tahu bagaimana perkahwinan itu boleh terjadi.

"Kalau aku cakap, Mak Eton jangan sampaikan kat orang lain pulak."

''Alah kau ni.. macam tak kenal aku ni macam mana."

Jelingan Mak Eton buat Hajjah Sumayah gelak halus. Ya. Dia kenal Mak Eton, orang yang selalu tolong dia anak beranaknya ketika susah dulu.

''Yelah-yelah. Diorang kahwin sebab aku dengan Haji yang suruh. Kami dah terlanjur berjanji dengan orang tua suami Yusra untuk satukan diorang. Sampai masa, diorang tuntut janji tu." Beritahu Hajjah Sumayah. Satu keluhan dilepaskan.

"Oo.. patut la.. Bagus menantu kau tu Jah. Sanggup tunggu Yusra bersedia dulu, sebelum diorang bersama. Bukan senang nak cari kucing yang tak teliur nak makan ikan depan mata." Kias Mak Eton.

"Tentang tu, aku tak tahu nak cakap Mak Eton. Cuma Yusra ada cakap, dia masih belajar nak ikhlaskan diri terima ikatan perkahwinan ni."

"Alhamdulillah baik budak Yus ni. Ramai yang berkenan dengan dia. Nasib baik anak kau dah kahwin Jah, kalau tak aku dah masuk meminang, bagi dekat anak bujang aku."

Seketika mereka gelak besar bersama.

"Aku balik dulu la Jah. Nanti kalau ada apa-apa, panggil la aku. Kalau aku free, aku boleh je datang."

"Iyelah Mak Eton. Em.. Mak Eton, tentang Yusra, boleh tak kalau kita habis sini saja?"

"Kau jangan risau Jah. Mulut aku bukannya mulut jahat." Mak Eton tepuk bahu kawannya beberapa kali sebelum kaki melangkah ke pintu rumah.

"Aku percayakan kau, Mak Eton."

"Yelah. Aku balik dulu Jah. Assalamualaikum." Mak Eton berlalu ke garaj. Tunggang motorsikalnya.

Hajjah Sumayah menutup pintu bila bayangan Mak Eton sudah hilang dari pandangan matanya. Dia masuk ke dalam rumah mencari Yusra.

"Yus..."

"Ye ibu?" Sahut Yusra. Angkat muka pandang ibunya di muka pintu bilik. Novel yang dibaca diletakkan di tepi.

"Ada apa ibu?"

Hajjah Sumayah melangkah masuk ke bilik Yusra. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil, tempat Yusra berlunjur kaki.

"Boleh ibu tanya sikit?" Ada serius dalam nada ibunya.

Yusra kerut dahi.

"Tanya apa tu, ibu?"

"Ibu nak tanya, Yusra dengan Fairuz macam mana sekarang?" Hajjah Sumayah bertanya sambil tangannya menepuk kaki Yusra yang tidak sakit.

"Macam mana sekarang?" Yusra berfikir sejenak sebelum menyambungnya.

"Emm... kami macam biasa je ibu. Kenapa?" tanya Yusra lagi. Sedikit pelik dengan soalan ibunya.

"Yus ikhlas dengan perkahwinan Yus?"

Yusra menyedut nafas dalam-dalam sebelum menjawab. Nampaknya ibu masih tidak percaya yang dia benar-benar redha dengan ikatan perkahwinan ini. Tangan ibunya dicapai dan digenggam erat.

"Ibu, Yus ikhlas terima Fairuz. Ibu jangan risau. Yus tak pernah salahkan ibu dan ayah sebab paksa Yus terima Fairuz. Memang mula-mula agak susah untuk Yus terima tapi selepas kami berkahwin selama 4 bulan lebih ni, Yusra dapat rasa yang Ruz betul-betul jodoh Yus. Yus dah mula sayangkan Ruz, ibu." Yusra jawab soalan ibunya dengan yakin.

Dengan ibunya, Yusra selesa luahkan segala yang terbuku di hati. Walaupun ibu garang tapi ibu memahami isi hatinya.

"Alhamdulillah.. lega ibu dengar Yus cakap Yus sayangkan Ruz. Yus ada jalankan semua tanggungjawab Yus pada Ruz?" Tembak Hajjah Sumayah dengan soalannya.

Yusra bungkam.

"Maksud ibu?"

"Yus faham soalan ibu."

Yusra menekur, pandang kakinya sendiri sebelum kalih pada ibunya.

"Tentang tanggungjawab Yus yang 'satu' tu, Yus masih belum bersedia ibu," luah Yusra perlahan. Serba salah kerana buka aib sendiri.

Kedengaran Hajjah Sumayah menghembus nafas berat. Wajah anak perempuannya di tatap lagi. Dia tidak salahkan Yusra, mungkin Yusra ada alasannya yang tersendiri namun dia wajib menegur apa yang patut.

''Yus, kita sebagai seorang isteri, peranan kita adalah untuk bahagiakah pasangan kita walaupun dia bukan pilihan kita sendiri. Fairuz bukan pilihan Yus tapi tak bermakna Yus boleh layan dia seperti orang luar. Macam mana Yus taat pada ibu dan ayah, macam tu jugak Yus wajib taat pada Fairuz. Gagal jalankan tanggungjawab dan kewajiban sebagai seorang isteri yang selayaknya sama seperti menderhakai Allah."

"Rasulullah S.A.W ada bersabda, apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan akan timbul kerosakkan yang merata di muka bumi. Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad." Sambung Hajjah Sumayah.

Yusra mengangguk, faham dengan maksud yang cuba di sampaikan oleh ibunya.

"Yus tahu tu ibu. Yus dah mengabaikan tanggungjawab Yus pada suami Yus sendiri. Cuma Yus mintak dari Fairuz supaya berikan Yus sedikit masa untuk Yus bersedia dan ikhlas terima dia."

"Apa jawapan Ruz?"

"Ruz berikan Yus masa sampai Yus betul-betul terima dia dalam hidup Yus."

"Yus beruntung dapat terima lelaki yang begitu memahami Yus. Jangan lepaskan peluang Yus untuk rebut jadi isteri yang taat pada suami."

"InsyaAllah ibu. Doakan Yus, ibu. Yus tak kuat tanpa doa dari seorang ibu."

"Ibu sentiasa doakan kebahagian Yus dan anak-anak ibu yang lain."

"Terima kasih ibu." Yusra peluk ibunya erat.

Dalam hati, dia berazam mahu berubah, mahu jadi isteri yang taat kepada suaminya. 'Awak, saya tunggu awak balik!' Jerit hatinya.

* * *


''Hai... jauh termenung Ruz.. Teringat kat Yusra ke? Esok dah nak balik la Ruz..." Syed Ammar tiba-tiba menegur dari belakang.

Fairuz tidak sedikit pun menoleh malah dia lebih suka termenung di balkoni bilik hotelnya. Hari ini hari ke tiga mereka di Sabah. Dan esok, pagi-pagi lagi mereka akan buat lawatan ke tapak projek, sebelum mereka berangkat ke Lapangan Terbang.

"Kau sibuk kenapa? Aku bukan ingat Aishah kau." Fairuz menempelak.

"Woi.. gurau kasar nampak. Nama Aishah tu kau jangan sebut. Perempuan sombong. Tak heran aku!" Berubah terus nada Ammar. Marah betul dia dengan gadis yang bernama Aishah itu.

Dengar Ammar marah, Fairuz tergelak besar.

"Padan muka kau, Amm. Itulah dulu kau suka sangat mainkan perasaan perempuan.. sekarang giliran kau pulak merasa macam mana Sakitnya di khianati." Fairuz berkata dalam tawanya. Air mata yang keluar sedikit dihujung mata, di seka.

"Yang lain tu sebab aku seronok, diorang tergila-gilakan aku tapi dengan Aishah ni lain, dia suka cabar aku. Apa, dia ingat dia tu siapa?" marah Ammar lagi. Rahangnya diketap geram.

"Kau ni pun sabar la sikit. Nak ikutkan panas kau je. Bagilah dia masa."

"Aku geram tahu tak."

"Agak-agak sweet talker macam kau dengan Is ni, memang kena macam ni ke?" tanya Fairuz bila teringatkan sepupunya.

Tangannya mengambil mug berisi air nescafe yang dibancuh oleh Syed Ammar sebentar tadi.

"Is? ehh dah lama tak dengar khabar dia. Dalam WhatsApp group pun senyap je dia."

"Entah la.. aku tengok Is tu.. Lain macam je sejak dia balik hari tu." Keluh Fairuz.

Sejak Faiz dan Fatihah balik ke England, mereka senyap tanpa khabar berita. Dalam group WhatsApp pun senyap, dalam group family pun diorang senyap.

"Ruz, kalau aku cakap.. kau jangan marah aku pulak.."

"Cakap apa?"

"Aku rasa Is ada something dengan Tehah. Aku orang luar ni pun boleh perasan, tak kan kau sebagai abang Tehah kau tak perasan? Is tak suka kalau kita kaitkan dia dengan Tehah. Tapi kenapa dia tak biarkan Tehah sorang-sorang kat sana? Walaupun alasan dia untuk jaga Tehah, banyak lagi caranya, Ruz." Ujar Ammar.

"Aku perasan tu Am. Tehah pun sama sebenarnya, banyak yang dia rahsiakan dari kami selepas dia habis belajar MRSM tu. Banyak masa dia habiskan di rumah Mak Chik aku. Kau pun tahu Tehah tak suka aku kahwin dengan Yusra, dia siap cakap dengan umi aku kalau Yusra masih ada di rumah kami, dia tak kan balik sini lagi."

"Sampai tahap macam tu Tehah tak suka Yusra? Apa puncanya Ruz?"

Fairuz mengeluh sebelum menjawab soalan payah Ammar.

"Salah aku Amm. Aku puncanya dia berjauh hati dengan kami sekeluarga. Masa aku sakit dulu, aku tak ingat kisah aku dengan Yusra. Kami berbaik macam biasa. Dia adik kesayangan aku tapi aku ingat bila dah besar, masing-masing dah matang, dia akan lupa segala kisah lama tu.. rupanya hati adik aku tu keras Amm... sampai ke sudah dia mengungkit kisah lama bila dia tahu aku akan berkahwin dengan Yusra. Sampai aku pun tak tahu nak buat macam mana. Cuma buat masa sekarang, aku lega dia tak balik lagi walaupun umi aku sendiri risau dia lama-lama kat sana." Kendur suara Fairuz. Sedikit kesal dengan apa yang terjadi.

"Dasyat juga penangan Yusra ni dalam hidup kau Ruz. Buat kau adik-beradik boleh gaduh. Kau kena slow talk dengan Yusra dan Tehah, Ruz. Sampai bila kau nak biarkan hal ni berlarutan macam ni..." Ammar keluarkan pendapatnya. Fairuz menggeleng perlahan.

"Masalahnya Amm... Yusra tak bersalah pun dalam hal ni. Dia tak tahu pun tentang kisah ni. Aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan pada Yusra yang Tehah tu tak suka dia sebab kisah silam antara Tehah dengan aku. Yusra tak ingat pun aku ni siapa dulu. Yusra kecil lagi waktu tu Amm. Dia baru 2 tahun."

"Is pula macam mana? Is ingat tak Yusra siapa?"

"Is kata dia tak ingat. Dia cuma tahu yang Yusra tu baby girl yang kami suka dulu." Fairuz sekali lagi mencapai mugnya dan disuakan ke bibirnya.

"Kau tahu tak Is sukakan Yusra?"

Hampir tersembur air nescafe yang baru dihirup Fairuz ke muka Ammar. Terkejut dengan soalan Ammar.

"Apa maksud kau, Amm?"

Terima kasih banyak kepada yang mengikuti kisah Fairuz-yusra. =) nanti boleh bagi saya star tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience