Bab 50 : CBYS

Romance Series 109654

"You're so beautiful tonight. Long time no see." Faiz berkata tiba-tiba.

Yusra kaget. Ayat tu, macam ayat dalam kad tadi, Faiz ke yang bagi? Tapi ayat tu, sesuai ke untuk dia yang berstatus isteri orang? Lambat-lambat Yusra panggung wajah kepada Faiz. Faiz ke orangnya? Benaknya mencerna maklumat.

'Flower can't solve all problem but they're a great start'

'Soon'

'I met you for a reason, Sorry'

'Miss u. Can't wait to see you again.'
Setiap ayat merujuk pada 'kerinduan pada seseorang yang telah lama tidak berjumpa' dan semua itu Faiz Iskandar tujukan untuk dia? Faiz tahu ke dia 'Saidah'?

"Apa maksud abang Is tadi?" Ragu-ragu Yusra bertanya.

"Itu yang tertulis pada kad tadi?" Faiz juga bertanya.

Yusra tidak segera menjawab sebaliknya menurunkan anak matanya kepada kad dihadapan Faiz yang sudah dikeronyok oleh Fairuz sebentar tadi.

"Mana abang Is tahu?" tanya Yusra sekali lagi. Pincing sebelah mata. Soalan berbalas soalan.

"Abang sempat baca sebelum Ruz gumpal kad tu tadi. Siapa bagi Yusra?"

Baru Yusra ingin membalas,

"Sembang apa ni? Eh mana semua orang?" Syarifah Amirah yang baru tiba dengan Syarifah Aishah mencelah.

Yusra tidak jadi membuka mulut. Terus diam. Hanya membiarkan Faiz menjawab pertanyaan Amirah. Kertas yang bergumpal itu segera diambil Yusra lalu dimasukkan ke dalam clutchnya.

Aishah makin rancak berbual dengan Amirah, serasi mereka berdua. Syahmi dan Nabila juga menyertai mereka. Dua tempat masih lagi kosong. Tempat sebelah Faiz dan sebelah Yusra. Mereka meneruskan santapan sambil berbual-bual.

Dari jauh Yusra pandang Fairuz tengah bersembang dengan Alex, Ammar, Hisham, Qazrina dan beberapa orang lagi yang dia tidak kenal di meja hujung sana. Golongan VVIP.

Fairuz dan Ammar terlibat secara tidak sengaja. Semuanya Alex punya pasal. Tinggal lah pasangan masing-masing di sini. Sesekali kedengaran mereka gelak ketawa bersama. Mungkin ada urusan bisness antara mereka. Yusra malas mahu fikir.

"Awak tak join diorang?" soal Aishah di sebelah Faiz.

''Tak. Diorang tu kelas-kelas atasan, saya ni golongan bawahan. Malas lah join," balas Faiz.

"Pandai lah kau ni Is. Kau tu cuma low profile. Bukannya kelas bawahan.'' Syahmi menyampuk. Faiz tergelak halus.

"Aku masih baru lagi Syah. Banyak lagi yang perlu aku belajar dengan Ruz dan Amm." Jawab Faiz merendah diri.

Syahmi mengangguk beberapa kali. Faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Faiz. Masing-masing membisu melayan perasaan sendiri.

"Yusra tahu ke Qaz tu siapa?" tanya Faiz dengan suara diperlahankan, mungkin tidak mahu yang lain mendengar.

Yusra mengangguk.

"Tahu. Ruz pernah cerita." Hanya itu Yusra jawab.

Kekok sebenarnya bersembang dengan Faiz. Dah 7 tahun tak bersemuka tiba-tiba muncul depan mata tapi versi berlainan. Dulu kekok sebab dia masih budak-budak tapi kini makin kekok sebab dia sudah berstatus isteri orang.

"Abang yang kenalkan diorang berdua tapi nampaknya tiada jodoh antara mereka. Masing-masing kena kahwin dengan pilihan keluarga masing-masing." Ulas Faiz.

Yusra hanya pasang telinga.

"Qaz tu antara best friend kitorang masa dekat sana."

'Tahu.' Hanya hatinya yang menjawab.

"But now, she suffered with her life. Dia tak bahagia." Tambah Faiz lagi.

Yusra diam lagi. Motif apa Faiz cerita tentang Qazrina? Nak suruh serahkan Fairuz pada Qazrina ke?

"Abang tahu, abang tak patut cakap macam ni kat Yusra kan? Tapi hati-hati dengan orang yang hatinya sakit diatas kebahagian orang lain." Faiz berkata lagi.

"Apa maksud abang Is?"

"Qaz masih harapkan Ruz. Dia sendiri cerita dekat abang. Katanya, dia dan Hisham tak bahagia jadi dia anggap Fairuz dan Yusra pun sama. Kalau Yusra sayangkan hubungan korang, Yusra perlu pertahankan rumahtangga Yusra. Jangan biarkan sesiapa ambil hak Yusra walaupun orang tu orang terdekat dengan Yusra." Tambah Faiz lagi.

Yusra termangu seketika. Faiz ke yang tengah bercakap sekarang ni? Faiz ke yang tengah bagi dia nasihat?

"Abang tahu Fairuz sukakan Yusra kalau tak, tak kan la mata dia asyik tengok sini je. Dia takut abang Is tackle Yusra kot." Ujar Faiz dalam tawa di hujungnya.

Faiz mengangkat sedikit keningnya pada Yusra mengisyaratkan supaya Yusra memandangkan ke arah Fairuz.

Seperti yang dipinta oleh Faiz, mata Yusra terus dihalakan ke arah Fairuz. Macam yang di katakan oleh Faiz, mata Fairuz terus melekat padanya. Walaupun hakikat lelaki itu tengah bersembang dengan teman-temannya namun Yusra dapat rasakan pandangan Fairuz dihalakan tepat kepadanya. Seketika mereka saling bertentangan mata.

"Yusra Saidah. Saidah" Seru Faiz perlahan.

Yusra segera toleh kepada Faiz. Ada debaran bertamu di dada.

"Cantik nama tu. Unik."

Yusra diam. Dada masih berdebar.

"Kak Fatt sihat? Kenapa dia tak balik sekali dengan abang?" Yusra ubah topik.

Faiz yang ingin menyuap makanan ke mulut terhenti. Terus kepalanya berpusing mengadap Yusra.

"Kak Fatt?" tanya Faiz kemudian. Picing mata kepada Yusra. Dia tersalah dengar ke?

Yusra gigit bibir bila menyedari keterlanjuran kata-katanya. 'No Kak Fatt, Yusra... but Tehah!' ingat tu.

"Kak Fatt.. Tehah, Fatihah kan? Hah.. Kak Fatihah.. Dia tak balik sekali dengan abang ke?" Sebut Yusra tergagap-gagap.

"Terkejut abang dengar Yusra panggil Tehah, Kak Fatt... buat abang fikir kan seseorang." Faiz berkata perlahan namun jelas di telinga Yusra.

Yusra teguk liur. Alamak, mulut... kau ni memang tak pandai simpan rahsia tuan sendiri!

"Sekejap ye abang, Yusra nak ke ladies kejap." Yusra meminta diri sebentar setelah selesai berjamu selera.

Faiz mengangguk. Aishah turut mendongak memandang Yusra yang sudah berdiri.

"Nak aku teman tak?" Tanya Aishah.

"Thanks but No thanks. Kau habiskan jelah makanan kau." Jawab Yusra.

"Betul ni?"

"Ye.. tak apa." Yusra segera membawa diri ke Restroom.

"Puan... puan... this is for you." Jerit seseorang yang sedang mengejar langkah laju Yusra dari belakang.

Yusra berhenti melangkah dan menoleh. Seorang pelayan wanita sedang memegang sejambak bunga tulip putih di tangannya di suakan kepada Yusra. Yusra menggeleng.

"No thanks. Saya tak berminat." Yusra segera berpaling mahu kembali masuk ke dalam dewan.

Pelayan wanita itu segera mengekori langkah laju Yusra masuk ke dewan. Bunga tadi diletakkan di atas meja, dihadapan Yusra.

''Ni untuk Puan Yusra. Saya minta diri dulu ya Puan." Segera pelayan wanita itu berlalu.

Yusra terkesima. Begitu juga dengan yang lain. Semua mata tertumpu pada Yusra. Aishah melorot pandangan pada Yusra sebelum di alihkan kepada sejambak bunga di atas meja.

Melihat reaksi kaku Yusra, Aishah dah dapat meneka apa yang baru sahaja terjadi. Kad kecil yang terselit di celah-celah bunga segera di ambil oleh Aishah. Agak kurang sopan tindakan Aishah tapi seorang Aishah, dia tidak peduli.

~I always hope, you are HER.~

"Siapa dia ni Yus?"

"Aku tak tahu Shah. Tadi pun aku dapat kad ni.." Yusra seluk clutchnya dan memberikan kad tadi kepada Aishah. Syahmi dan Nabila turut membaca kad itu.

"Eh.. mana Is?" Tanya Nabila. Baru sedar kerusi di sebelah Yusra kosong.

"Is kata nak pergi restroom kejap." Jawab Aishah.

"Ada orang stalk awak ke, Yusra?" Tanya Nabila setelah membaca kad yang ke dua.

Yusra panggung wajah. Tidak menjawab soalan Nabila. Hanya wajah resah sahaja dipamerkan.

"Kejap Yusra, saya panggilkan Ruz." Syahmi berlalu ke meja Fairuz dan membisikkan sesuatu di telinga Fairuz.


* * *

"Sembang apa dengan Is tadi?" Tanya Fairuz seraya melabuhkan duduknya di sofa berdekatan dengan Yusra yang sedang mengeringkan rambutnya. Matanya terus melekat di kaca televisyen yang sudah terpasang.

Yusra yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil sambil menonton televisyen menoleh pada suaminya. Astro Ria menjadi pilihan Yusra untuk menghiburkan hatinya saat resah memikirkan kemunculan kad-kad misteri di majlis tadi.

"Sembang apa? Tak ada sembang apa-apa pun." Jawab Yusra lantas menghalakan kembali matanya ke kaca televisyen.

"Ye ke tak ada sembang apa-apa? Macam banyak je Sayang sembang dengan dia tadi. Rancak berbual."

"Serancak abang berbual dengan Qazrina?" Tanya Yusra. Ada cemburu dalam nadanya. Sakit mata tengok Fairuz bergelak ketawa dengan Qazrina walaupun masih ada yang lain.

''Jealous?" Fairuz menunduk sedikit wajahnya kepada Yusra.

"Sama jealous dengan abang bila tengok sayang sembang dengan Is." Jawab Yusra.

"Abang dengan Qazrina, kami cuma sembang pasal business la. Lagipun macam yang sayang tengok ada yang lain juga kan."

"Sama lah dengan Yusra dan Faiz, kami cuma sembang kosong je. Tak ada benda serius pun. Macam mana, dapat tak trace siapa yang bagi sayang notes tu?" Yusra mengalih topik.

"Belum lagi. Esok abang akan jumpa dengan pengurus hotel. Abang nak tengok cctv hotel. Entah siapa lah tengah stalk sayang abang ni.."

Yusra toleh pada Fairuz.

"Abang rasa siapa?"

"Entah la. Tapi bila dapat kad 'I always hope, you are her' tu... buat abang terfikir Is."

"Eh..dah kenapa abang boleh terfikir Is? Is tu kan sepupu abang."

"Sebab dia sepupu abang la, abang risau kalau betul dia yang stalk sayang. Lagipun siapa je yang kenal sayang dalam majlis tadi melainkan kawan-kawan rapat abang."

"Apa maksud abang tu?"

"Ye lah, siapa je yang kenal sayang sebelum-sebelum ni? kawan-kawan abang je kan?"

Yusra mengangguk.

"Yusra Saidah. Saidah. Lebih kurang je nama, kan?"

"Apa kaitan dengan nama sayang?"

"Ex-girlfriends Is namanya Saidah. Bila Is tahu Abang akan kahwin dengan Yusra Saidah, Is dapat agak sayang, Saidah dia. And maybe that's why notes tu, 'I always hope, you are Her'. Buat abang fikir, orangnya Is."

"Tapi tak kan la Is sanggup nak buat macam tu. Sayang kan isteri sepupu dia sendiri. Abang tu pulak best friend dia."

Fairuz disebelah jeling Yusra dengan ekor mata. Tak puas hati dengan penjelasan Yusra.

"Dah kenapa sayang bela, Is?" Tanya Fairuz tak puas hati.

"Mana ada sayang bela sesiapa. Sayang cuma cakap je. Lagipun tak baik menuduh. Kita kan tak dapat bukti kukuh lagi. Abang pun dengar apa dia cakap, kan? Dia pergi tandas dan tak tahu apa-apa pun pasal bunga tu." Yusra bersangkal baik. Tidak mahu terlalu menuduh selagi tiada bukti kukuh walaupun hati sendiri curiga dengan Faiz Iskandar.

"Emm.. yelah." Fairuz mengalah.

Yusra simpul senyum dalam diam bila Fairuz mengalah. Masing-masing membisu.

* * *

Pin! pin!

Yusra Saidah toleh ke belakang, tak jadi nak meneruskan langkah ke keretanya bila terpandangkan kereta Fairuz terletak elok di kotak parking yang bertentangan dengan keretanya. Yusra kerut dahi. Pelik dengan kemunculan Fairuz tiba-tiba di perkarangan Universitinya. Kaki Yusra dilencongkan ke arah kereta suaminya.

Fairuz menurunkan cermin keretanya bila susuk tubuh Yusra mendekatinya. Yusra jenguk sedikit ke dalam kereta. Wajah serius Fairuz dan wajah sengih Ammar terserlah depan mata. Ammar ada di sebelah di bahagian penumpang. Ammar mengangkat tangan, menegur Yusra sambil tersenyum. Yusra hanya membalas dengan anggukkan.

"Assalamualaikum.. kenapa abang datang sini?" Tanya Yusra pelik. Sejak dia pandu sendiri kereta ke kuliah, tak ada pula Fairuz muncul tiba-tiba macam ni.

"Waalaikummusalam. Masuk." Suara Fairuz kedengaran serius.

"Hah? Tapi... kereta?"

"Bagi kunci kat Ammar, nanti dia bawa kereta tu balik." Arah Fairuz. Yusra terkebil-kebil.

"Tapi.." Belum habis ayat Yusra, Ammar sudah keluar dari perut kereta dan melangkah menghampiri Yusra.

Yusra pandang Ammar dan Fairuz silih berganti. Kenapa dua orang ni?

"Kenapa ni?" Tanya Yusra lagi. Tidak faham dengan situasi yang berlaku. Ammar dan Fairuz dipandang silih berganti minta penjelasan.

"Bagi kunci kereta kat saya. Nanti saya bawa balik kereta tu. Yusra perlu ikut Fairuz." Ammar menguak telapak tangannya minta anak kunci kereta Toyota Corrolla Altis milik Fairuz.

Walaupun tercengang, Yusra seluk beg galasnya mencari anak kunci kereta dan dihulurkan kepada Ammar.

"Okay good. Sekarang Yusra naik kereta dengan Fairuz, ya?"

Yusra hanya mengangguk. Kaki diatur ke pintu kereta Fairuz di bahagian penumpang. Teragak-agak mahu membuka pintu kereta.

"Cepat boleh tak? Kenapa slow sangat ni?" Sedikit kasar ayat Fairuz mengejutkan Yusra.

"Ruz.. kau dah janji akan slow talk dengan Yusra. Jangan ikut baran kau je." Tegur Ammar. Dia kenal sangat dengan sikap baran Fairuz kalau ada yang tak kena. Tadi pun puas lelaki itu mengamuk di pejabat. Semua pekerja kena tempias gara-gara gambar yang Fairuz diperolehi dari sumber yang mereka tidak ketahui.

"Okay fine!" Fairuz raup wajah dengan kedua telapak tangannya. Cuba mencari ketenangan bagi meredakan rasa amarahnya yang meruap-ruap.

Share this novel

LyaSuffiya
2021-01-14 23:27:37 

crita yg smkn menarik..suka2..hehehe.. tp x abis dgn baran dia si Fairuz ni..geram puloks sis..btw,yg bg note,bunga segala bagai tu Faiz ke ek?


NovelPlus Premium

The best ads free experience