Bab 52 : CBYS

Romance Series 109654

"Amboi kemain kau sengeh Ruz... ada apa-apa hal ke ni?" tegur Ammar sebaik sahaja kelibat Fairuz mesuk ke perkarangan pejabat Mentari Holdings.

Ceria saja muka boss besar Mentari Holdings itu. Bercahaya lain macam. Berseri pun ya juga..

"Aku sengeh? Rasanya macam biasa je Amm. Bukan ke aku hari-hari lain pun memang macam ni ke?" sangkal Fairuz dengan jongket kening sebelah.

"Macam la aku baru kenal kau hari ni Ruz... kau nak kelentong aku pun, agak-agak la broo" Tambah Ammar. Sempat dia jeling Fairuz. Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke pejabat mereka di tingkat 11.

"So, korang pergi mana minggu lepas?" tanya Ammar bila masing-masing sudah berada dalam perut lif.

Tiada manusia lain selain dari mereka berdua. Jam tangan di kerling, tepat jam 8.00 pagi. Mungkin semua sudah pun berada di pejabat. Kenal sangat dengan perangai Fairuz yang sangat menepati masa. Pantang staffnya datang lambat tanpa alasan munasabah, teruk kena marah.

"Tak kemana pun Amm.. Saja bawak Yusra berehat di Melaka." Jawab Fairuz.

Terbayang diruang mata kenangan indah bercuti bersama Yusra. Walaupun sekejap tapi mampu meninggalkan kenangan manis buat mereka suami isteri.

"Jauh.. ingat kan balik Putrajaya."

"Kau ni... agak-agak la.. tak kan aku nak balik rumah umi."

Serentak mereka lepas ketawa.

"So, anything happen ke ni? Aku tengok muka kau bukan main berseri lagi.. kalah pengantin baru ni... tersenyum-senyum.."

Fairuz dipandang ke atas dan ke bawah berulang kali.

"Good news la.. Finally she is mine." Jawab Fairuz selamba. Selamba menjongket kedua bahu sambil tersenyum senang.

"Wow.. congratulations la kawan.. Doakan aku semoga dapat ikut jejak langkah kau yaa" Tambah Ammar seraya menepuk bahu Fairuz berulang kali.

"Of course la Amm.. kau kan kawan aku. Dapat green light dari pihak sana, aku sendiri follow kau pergi meminang. So, don't worry lah."

Ammar sambung gelak.

"Entah siapa la Ruz oii.. ada yang berkenan pun, jual mahal. Eh, macam mana dah kes tu, kau buat report police tak?" tanya Ammar berkenaan surat layang dan bunga yang di terima Yusra.

"Tak Amm.. Yusra tak bagi, katanya dia tak nak kalau sampai orang tua kitorang tahu. Aku pun kalau boleh tak nak umi dan Abah tahu pasal kes tu. Aku risau jugak kalau mertua aku dapat tahu, tak ke risau orang tua Yusra nanti."

"So, kau nak buat apa Ruz? Makin menjadi-jadi dah 'dia' tu.. Jangan biarkan semuanya jadi makin teruk baru kau nak bertindak Ruz."

"Tak lah macam tu Ruz. Aku pun risau dengan keselamatan Yusra. Boleh kau tolong aku?"

"Tolong apa?"

"Tolong cari kan aku orang yang boleh siasat perkara ni."

''Alright boss"

Pintu lif terbuka. Mereka melangkah ke pintu pejabat yang tersegam megah nama 'MENTARI HOLDINGS'. Pintu kaca ditolak Syed Ammar, mempersilakan bosnya masuk terlebih dahulu. Fairuz menggeleng seraya senyum senget dengan perbuatan pada Ammar padanya. Ammar sekadar senyum. Seterusnya mereka membawa haluan masing-masing.

"Eh Ruz... ada apa hal minggu lepas? Aku dengar kau mengamuk?" tegur Faiz Iskandar sebaik sahaja Fairuz tiba di hadapan pintu biliknya.

Tangan yang ingin menolak pintu kaca, terhenti. Fairuz berpusing tubuh menghadap Faiz Iskandar. Raut wajah sepupunya diamati sejenak.

"Mana kau tahu aku mengamuk minggu lepas?" Fairuz pula bertanya dengan kerutan jelas terpeta di dahinya.

Rasanya minggu lepas Faiz tak ada di pejabat selama seminggu. Faiz ke Sabah, buat lawatan ke projek mereka di sana.

"Aku dengar budak-budak office bergosip tadi. Kenapa? Ada mana-mana projek yang tak kena ke?" Mendengar jawapan Faiz, Fairuz menarik nafas lega. Pintu bilik pejabatnya ditolak. Fairuz melangkah masuk diikuti Faiz Iskandar.

"Tak ada apa-apa pun Is. Ada orang nak main kotor dengan aku." Beritahu Fairuz berkias.

Sebenarnya dia rasa tidak selesa untuk berkongsi tentang masalah Yusra di'stalk' itu dengan Faiz Iskandar. Hatinya masih ragu-ragu dengan kehadiran Faiz dan nota yang di terima Yusra. Sebahagian kecil hatinya turut mengesyaki Faiz.

"Main kotor? Maksud kau?"

"Aku tak tahu lagi siapa Is." Jawab Fairuz sebelum mengeluh.

"Yusra masih terima notes ke?"

Fairuz angkat muka. Riak bersahaja seperti biasa yang Faiz pamerkan agak sukar untuk Fairuz meneka apa yang ada dalam benak sepupunya itu.

"Ada la sekali dua tu. Macam orang yang sama dengan yang sebelum ni."

Faiz tersenyum.

"Susah jugak kalau dapat bini lawa ni.. ramai peminat..." gumam Faiz perlahan tapi masih mampu didengari oleh Fairuz.

"Ehh.. okay la, aku keluar dulu. Jam 10 pagi kau ada metting kan?"

"Ha'a.. dekat Cyberjaya. Kau ikut tak?"

"Rasanya tak kot. Banyak lagi projek yang aku perlu semak."

"Okay la kalau macam tu. Aku pergi dengan Amm jelah."

* * *

Faiz Iskandar mundar-mandir di ruangan bilik pejabatnya. Sesekali dia toleh Qazrina yang duduk tunduk menekur lantai, tangan kiri Qazrina menekup pipi dan bibir kirinya. Pipi sudah naik lebam dan ada kesan darah kering di tubir bibir itu. Esakkan kecil masih lagi kedengaran bersama air mata yang masih bersisa.

Faiz hiba dengan Qazrina. Bersimpati dengan nasib yang sedang menimpa sahabatnya. Tak guna punya jantan! sumpah seranahnya sudah berbakul-bakul dalam hati tapi tidak terluah. Tidak mahu menambah luka pada parut di hati Qazrina.

"Nasib baik you datang sini time lunch hour, kalau tak, semua orang nampak muka you tu."

"Fairuz?"

"Dia tak ada. Dia keluar dengan Ammar pergi Cyberjaya dari pagi lagi." Faiz Iskandar duduk di hujung meja sambil meletakkan Kedua-dua tangannya di sebelah.

"Sampai bila Qaz? Sampai bila you nak macam ni?" tanya Faiz bila dirasakan keadaan agak tenang sedikit berbanding tadi.
     
"I bukan tak cuba Is tapi i takut. Dia dah makin teruk sekarang. Kalau dulu, apa yang I cakap dia okay, dia boleh terima tapi kali ni lain. Semenjak kitorang jumpa dengan Ruz dan Yusra, dia makin lain. Makin baran, hari ni dia dah berani pukul I," adu Qazrina. Tisu di atas meja Faiz ditarik dan dilap air matanya.

"Tapi sekarang dah makin teruk Qaz. Siap boleh pukul lagi. Esok-esok I tak tahu apa lagi yang dia boleh buat pada you, Qaz."

"I tak tahu. I takut Is. Karier I macam mana, kalau semua orang tahu, media tahu, macam mana nanti?"

"You lebih fikir kan semua tu dari nyawa you, Qaz? Kalau semua orang tahu, semua tu bukan salah you, tapi salah laki tak guna tu."

Qazrina diam tidak menjawab penyataan Faiz.

"I dah tak tahu nak tolong you macam mana Qaz. I suruh you pergi report polis you tak nak."
     
"Bukan I tak nak Is tapi i fikir pasal parents I, Parents dia. Parents kami tak tahu pun selama ni hubungan kami ada masalah."
      
"So, what do you want to do right now?"
      
"I cuba bertahan Is. I tahu I macam bodoh sebab datang sini bercerita tentang rumahtangga I tapi I tak tahu dah nak mengadu pada siapa. Pada Ruz, I rasa tak mungkin. Tengok muka I pun dia tak nak, apatah lagi nak dengar cerita I."

"You je kawan yang I boleh harapkan. Tapi you janji dengan I jangan bagitahu Ruz dan kawan-kawan kita yang lain. I malu Is. Malu sangat-sangat. I ingatkan bila I kahwin ikut pilihan parents I, I akan bahagia tapi I salah. I tak pernah bahagia. I tak boleh lupakan Fairuz." Rintih Qazrina. Air matanya kembali menitis.
     
"Tapi you tak boleh macam ni Qaz. Ruz dah ada isteri dan dia dah bahagia dengan Yusra." Faiz Iskandar sudah menggeleng kepala beberapa kali. Dalam keadaan begini pun Qazrina masih fikirkan Fairuz.
     
"I ingatkan bila hidup I tak bahagia dengan pilihan parents I, Ruz pun akan rasakan hal yang sama tapi bila I tengok cara layanan Ruz pada Yusra, I admit I jealous. I jealous dengan Yusra. I yang sepatutnya berada di tempat dia. I menyesal dengan apa yang dah I buat pada Ruz." Sambung Qazrina lagi.
     
"Dah la Qaz. Semuanya dah lepas. Dah tertulis Ruz bukan jodoh you."

"Bukan mudah untuk I terima, Is. You pun tahu macam mana susahnya I buat untuk Ruz terima I dulu. Kalau bukan you yang tolong I, tak mungkin Ruz boleh sukakan I. Tapi I dah sia-siakan semuanya. Sia-sia kan peluang yang ada. Bodoh kan I, Is?"

"Qazrina.. you tak bodoh. Cuma bukan takdir you untuk bersama Ruz. Kalau you kata Fairuz untuk you tapi Allah cakap Fairuz untuk Yusra, Fairuz tetap tak kan jadi milik you, Qaz." Faiz Iskandar cuba memujuk. Belas dengan Qazrina semakin bertambah-tambah. Dia faham apa yang Qazrina rasakan.
      
"Is, I risau kalau Hisham bertindak bodoh. Dia pernah bagitahu I, kalau dia tak dapat apa yang dia nak, I juga tak kan dapat apa yang I nak. I risau kalau dia apa-apa Ruz."
      
"Maksud you, Qaz?"
      
Bunyi telefon mengejutkan Qazrina. Dia seluk beg tangannya, telefon bimbitnya diambil. Melihat nama yang tertera di skrin telefonnya membuatkan tangannya mengigil. Faiz kerling Qazrina.
     
"Siapa call you? Hisham?"
      
Qazrina mengangguk. Faiz mendengus kasar. Marahnya meruap. Geram dengan lelaki yang sanggup naik tangan pada kaum hawa.
     
"It's okay Is. I balik dulu, nanti kita bincang kemudian."
     
"Are you sure, you okay Qaz? Nanti kalau dia pukul you lagi macam mana?"
     
"This time I'm sure, kalau dia pukul I teruk macam ni lagi, I call polis."
     
"Okay Qaz. Kalau ada apa-apa yang you perlukan bantuan I, just call me."
     
"Okay Is. I'm promised. Thanks Is."

* * *

Fairuz memandu pulang ke rumahnya awal dari biasa sebaik sahaja habis mesyuarat di Cyberjaya. Nasib baik dia dan Syed Ammar pergi ke sana berasingan kereta, tak perlu patah balik ke pejabat. Semasa dia sedang membelok ke simpang berdekatan dengan rumahnya, ada seorang lelaki sedang meletakkan bunga tulip merah di celah peti surat rumahnya.

Fairuz mula mengesyaki sesuatu, Ini tak lain tak bukan tentu perbuatan dari orang yang mengintip pergerakan Yusra selama ni. Nasib baik Yusra tak ada di rumah. Isterinya masih di kuliah macam biasa. Katanya hari ni berkemungkinan balik lewat dari biasa, ada sedikit perbincangan dengan kawan-kawannya.

Fairuz kerap bibir, menekan sedikit pedal minyak supaya dapat menjejaki lelaki berjaket itu. Namun belum sempat Fairuz sampai, lelaki itu sudah pun memecut laju motorsikalnya bila perasan kereta Fairuz menghampirinya. Fairuz pecut keretanya mahu kejar lelaki bermotorsikal itu.
      
"Shit!" Marahnya bila motorsikal yang ditunggang oleh lelaki berjaket kulit hitam itu lesap di pandangan mata.

Fairuz segera membuat pusingan u-turn untuk terus balik ke rumah. Sebaik sahaja sampai, terus dia keluar dari kereta dan menghampiri peti surat rumahnya. Sekuntum bunga tulip merah dan sekeping kad kecil diambil. Ada sekeping gambar lama. Gambar dia dan Qazrina ketika di Universiti dulu. Fairuz buntangkan matanya. Terkejut melihat gambar lama dia dan Qazrina. Siapa yang berani buat dia macam ni?

~You want to know something about your husband? Can we meet this everning, sweetheart? 5pm@Kafe Mutiara, see you~

Rahang Fairuz diketap kuat. Mukanya sudah bertukar merah menahan rasa marah. Kad dan gambar tangannya di gumpal sebelum dicampak ke tong sampah. Sakit hati dengan 'orang' yang mempermainkannya.

Telefon bimbitnya dicapai dan mencari nama kenalan yang dipertanggungkawabkan untuk menyelesaikan masalah ini. Nampaknya masalah ini perlu diselesaikan dengan segera.

* * *


Fairuz menelefon Ammar untuk menemaninya ke Kafe Mutiara seperti yang tertulis di kad yang diterimanya petang tadi. Tanpa membuang masa, mereka ke tempat yang di tuju. Mahu segera menyelesaikan segala teka-teki yang sedang mereka hadapi.

Fairuz dan Ammar masing-masing berdiam diri di dalam kereta selepas selesai memakir kereta tidak jauh dari Kafe Mutiara. Sengaja dia parkin jauh dari pintu masuk dan membiarkan Yusra seorang sahaja yang masuk, seperti yang dipinta oleh Fairuz.

Fairuz dan Ammar mengatur rancangan. Yusra akan masuk dan berjumpa dengan 'dia' manakala mereka akan tunggu diluar untuk kenalpasti siapa gerangan yang cuba mempermainkan rumahtangganya.

Dengan debar menggila, Yusra melangkah masuk melangkah ke Kafe Mutiara dengan yakin. Dia taruh sepenuh kepercayaan pada rancangan Fairuz dan Ammar. Kalau ini yang terbaik, dia akan cuba lakukan yang terbaik bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Meja di hujung kanan yang menjadi pilihan Yusra. Dari jauh Yusra masih boleh melihat kereta suaminya. Sebagai langkah berjaya-jaga kalau-kalau ada yang tidak diingini berlaku.
       
Seorang lelaki berbadan tegap dan tinggi melangkah masuk ke Kafe Mutiara dengan begitu yakin. Setiap langkah kakinya menambahkan lagi debaran di dada Yusra. Yusra segera tunduk menekur lantai, mengalih pandangan. Tiba-tiba dia rasa takut dengan kemunculan musuh dalam diamnya itu. Bila langkah lelaki itu berhenti betul-betul di hadapan meja Yusra. Yusra angkat sedikit mukanya.

Melihat Yusra terkaku disitu, si dia terus membuka topeng muka yang hanya menampakkan biji matanya serta menanggalkan cap yang dipakai. Kaca mata hitamnya juga ditanggalkan. Masing-masing tergamam.

Sesaat dua, Yusra terpaku dengan apa yang dilihat dengan matanya. Tidak berkelip langsung matanya. Tidak percaya dengan apa yang dilihat. Dia? Tak kan dia.... Tapi kenapa dia ada di sini?

"Abang Is?"

Boleh tinggalkan sebarang komen untuk saya? sebagai semangat untuk saya teruskan menulis kisah Cinta Buat Yusra Saidah. Terima kasih kepada yang sudi baca kisah saya. 17k views.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience