Bab 23 : CBYS

Romance Series 109654

Tengku Fauziah masih memerhati menantunya. Tidak puas hati dengan baju yang baru dipakai oleh Yusra Saidah.

"Long, kalau tukar baju ni boleh ke?" Tengku Fauziah bertanya kepada kakak iparnya, Tengku Salimah.

Tengku Salimah mengangguk berkali-kali. Yusra dan Fairuz mula berkerut dahi. Saling berpandangan.

"Wait... why umi?" Tengku Fairuz bertanya dengan kerutan di dahi.

Sekali lagi pakaian yang membaluti tubuh isterinya dipandang. Yusra kelihatan anggun dan sopan dalam busan gaun labuh berwarna emerald green itu. Sangat cantik pada matanya tapi kenapa umi mahu tukar?

Yusra hanya membisu. Tidak mahu masuk campur urusan mereka. Kalau berkenan yang ni, dia tiada masalah. Lagipun baju yang dipakai ini pun sudah kelihatan terlalu mewah bagi dia, anak orang kampung.

Tengku Fauziah menggeleng. Semua mata memandang Tengku Fauziah. Menanti kata yang akan keluar dari mulutnya.

"This is too simple la Ruz. Umi rasa macam tak sesuai. Macam nak pergi dinner biasa-biasa je," ujar Tengku Fauziah.

Tengku Salimah turut mengangguk bersetuju dengan adik iparnya.

Yusra sudah terlopong mulutnya, 'Simple? Macam ni merelip umi kata simple?'

"So, nak tukar?" tanya Fairuz padanya. Yusra mencebik bibir dan menjongket bahu. Mata mereka menghela pada Tengku Fauziah. Menanti sebarang keputusan darinya.

"Tukar. Long, bagi Yusra cuba gaun yang satu lagi. Rasanya yang tu lebih sesuai." Tengku Fauziah sudah buat keputusan.

Tengku Salimah mengangguk. Dia minta Fiza datang membawa gaun labuh yang tergantung di sebalik deretan gaun yang seangkatan dengannya. Gaun itu disuakan pada Yusra.

"Pergi tukar."

Yusra mengangguk dan segera berlalu. Fairuz memandang uminya.

"Umi, kali ni dah ke empat Yusra tukar baju. Kesian dia. lagipun Ruz tengok baju-baju yang dia dah try tu tak ada masalah pun. Semuanya cantik pada dia."

"No Ruz. This is your wedding. Lagipun kita kan dah ubah plan asal. Majlis Resepsi Ruz mestilah kena meriah. Umi dah tak sabar nak kenalkan menantu umi pada kawan-kawan umi. Nanti untuk majlis penyerahan jawatan tu, Ruz nak yang simple-simple, yang tu umi tak halang. But untuk majlis ni, umi nak kan menantu umi ni nampak elegen and kelass gitu depan orang lain. Lagipun ni last umi nak buat majlis-majlis macam ni. Dulu untuk Furqan, Umi tak buat semua ni. Arwah Hanna tak nak. So, your turn... no more excuses. Untuk Tehah n Farra, lain cerita."

"Iye lah Umi. Ruz ikutkan je." Duduk di sofa. Malas mahu bertekang lidah dengan umi. Telefon dikeluarkan. Lupa untuk membalas WhatsApp sepupunya tadi.

_Aku tak tahu la Ruz. Bedebar bila tgok nama wife kau lebih kurang sama dengan perempuan tu._ ~Iskandar

_Aku harap diorang bukan orang yang sama._ ~Iskandar

_I will make sure 'they' are not the same person even though their names are almost the same!_ ~Fairuz

Telefonnya di masukkan kembali ke poket seluar. Tangan diramas sesama sendiri. Menongkat dagu. Riak wajah sudahpun berubah tegang.

Kenapa mesti Faiz Iskandar membangitkan isu Yusra Saidah dengan 'Saidah' yang dimaksudkan? Hatinya jadi tak tenang.

"Ruz, kenapa ni?" Tengku Fauziah perasan perubahan di wajah anaknya. Muka tegang itu dipandang.

Fairuz mendongak mencari wajah uminya.

"Tak ada apalah umi. Ruz pergi tengok Yusra kejap." Dalihnya dan terus bangun dari kerusi. Bilik persalinan di hujung butik itu dituju.

Yusra sudah siap menukar bajunya. Dia melangkah keluar. Di toleh ke belakang untuk memastikan tiada sesiapa dibelakangnya, tidak mahu kejadian memalukan tadi berulang kembali. Kepalanya kembali ke posisi asal sebelum melangkah.

"Kau cari aku?" Terjengul Fairuz di depannya.


Yusra mengangkat muka. Yusra kaget. Kakinya tidak jadi melangkah. Teringat kejadian tadi. Malu. Mukanya mula berubah merona. Dia menekur lantai.

"Aku ada satu perkara nak tanya kau." Fairuz melangkah ke depan beberapa langkah. Tangannya santai dimasukkan ke poket seluar.

"Kau dah ada sesiapa ke sebelum kau kahwin dengan aku?" Tanya Fairuz bila jaraknya dengan Yusra cuma tinggal beberapa inci sahaja.

Yusra tersentak. Dadanya mula berubah rentak. Berdebar dengan kedudukan mereka dan berdebar dengan soalan itu. Dia mengundur sedikit ke belakang mencari ruang untuk bernafas. Fairuz tersenyum sinis dengan reaksi Yusra.

"Ruz, mana Yus? Jangan lama sangat kat dalam tu. Mak Long dah nak tutup butik. Kejap lagi kita singgah rumah Mak Chik." Suara Tengku Fauziah bergema diluar kawasan bilik persalinan.

Tengku Fairuz menoleh ke belakang seketika sebelum kembali memandang Yusra.


"Our discussion is not over. We will continue to talk later," katanya sebelum melangkah keluar dari kawasan bilik persalinan.

Yusra menuruti langkah suaminya.

"Yeahh this one is sooo suit for you Yusra. Like a princess and you my son, like a prince charming." Tengku Fauziah sudah berjalan mengitari tubuh Yusra.

Tangannya memeluk tubuh sendiri. Cantik! Gaun labuh warna royal blue. Dipadankan pula dengan manik-manik bunga di hujung lengan dan di pinggang. Nampak simple dan tidak sarat dengan hiasan. Tapi menarik dimatanya. Sesuai dengan Yusra. Fairuz turut mengiakan, bersetuju dengan pendapat uminya.


"Okay kita pilih yang ni. Sesuai dengan tema majlis." Tengku Fauziah sudah tersenyum. Yusra menarik nafas lega. Fuh, akhirnya!

* * *

Fairuz menghentikan kereta bila tiba di destinasinya. Tengku Fauziah membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Diikuti Tengku Fairuz. Hanya Yusra yang masih bungkam di tempat duduknya. Masih berkira-kira untuk keluar dari kereta itu.

Hati Yusra berdebar-debar. Rasa macam baru selesai buat larian pecut. Kenapa ini mesti takdirnya? Rumah ini? Ya.. dia masih ingat saat pertama kali melangkah ke rumah ini, 7 tahun dulu bersama Kak Fatt. Jadi betullah sangkaannya selama ini? Dia kahwin dengan abang Kak Fatt dan sepupu Abang Faiz? Memikirkan itu liurnya ditelan berkali-kali. Peluh sudah merecik di dahi.

Ketukan di cermin mengejutkan Yusra. Wajah suaminya terserlah di depan mata. Fairuz sudah mengamitnya. Lambat-lambat dia keluar.

"Kau kenapa ni? Tak sihat?" Tanya Fairuz lantas meletakkan belakang tangannya di dahi Yusra.

Yusra tersentak dengan kelakuan Fairuz. Ditarik sedikit kepalanya ke belakang. Tidak selesa. Dia menggeleng perlahan.

"Ruz, Yusra, buat apa lagi kat luar? Meh la masuk." Tengku Faridah sudah terjengul di pintu rumah.

Sekali lagi Yusra meneguk liur kesat. Yusra mengangguk serta senyuman nipis di bibir. Kakinya melangkah malas. Fairuz di depan sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah. Sekali lagi Yusra pegun di balik pintu masuk. Mengeluh lagi.

"Yusra?" Fairuz muncul lagi. Sedikit pelik dengan kelakuan isterinya. Macam resah dan tidak selesa saja. Tangan Yusra dicapai dan ditarik masuk ke rumah Mak Chiknya.

Yusra mengitari pandangan ke sekeliling ruang tamu rumah itu. Sudah lain. Banyak yang sudah berubah dari segi dekorasi dan perabot di rumah itu. Tetapi dia tahu ini adalah rumah yang sama.

Rumah pertemuan kali pertama dia dengan si kekasih hati, dulu. Dia menghela nafas. Tangannya diletakkan di dada. Cuba mencari ketenangan sendiri. Rasa serba salah dengan perasaan sendiri. Dia isteri orang tapi masih menunggu kemunculan si kekasih hati. Masih menanti sebarang penjelasan dari lelaki itu, mengapa dia dibiarkan sepi. Sekali lagi dia menghela nafas berat. Dalam tidak dia sedari, ada mata memerhati tingkah lakunya iaitu si suami di sebelahnya.

* * *


"Nanti abang habis study, abang akan cari Idah. Abang nak jumpa Idah, boleh?" Tengku Faiz Iskandar sudah duduk disebelah Yusra. Mata sudah melirik pada gadis bertudung disisinya.

Yusra mengesot sedikit ke kiri. Mencipta ruang dari bersentuhan dengan lelaki disebelahnya. Walaupun dia baru berumur 14 tahun tapi dia tahu hukum hakam agama.

"Nak jumpa Idah? kenapa?" soalnya setelah memastikan jarak kedudukan mereka dikirakan sudah 'selamat'.

Tengku Faiz Iskandar tersenyum dengan tindakan Yusra. Dalam hatinya, kagum dengan pendirian gadis kecil molek disebelahnya. Menjaga adab walaupun masih muda remaja usianya.

"Emmmm.. tunggu la.. nanti Idah dah habis Spm. Lagi 3 tahun kan? Okay ngam-ngam dengan abang habis study. Abang akan cari Idah," jawab Tengku Faiz Iskandar berkias. Senyum di bibir terukir penuh makna.

"Tapi nak jumpa kenapa?" soal Yusra lagi. Tidak puas hati dengan jawapan si teruna.

"Abang nak jumpa Idah. Tu je." Senada dia membalas dan bangun dari sofa. Santai tangan menyeluk poket dan berlalu ke ruang dapur.

Yusra hanya menghantar pandangan padanya.

Tengku Fatin Isma dan Tengku Fitrah Isma sudah pun turun dari ruang atas dan menyertai abang mereka untuk menikmati hidangan tengahari. Yusra Saidah masih di ruang tamu menanti kedatangan kakak angkatnya. Selebihnya dia rasa segan dengan Tengku Faiz Iskandar. Renungan lelaki itu kadang kala melemaskan jiwanya.

* * *

"Yusra? Kenapa diam je ni?" tanya Tengku Fauziah.

Enam biji mata sudah memandangnya. Serba salah jadinya Yusra. Tidak sedar bila dia mengelamun teringat kenangan lalu. Fairuz di sebelah menggapai jari jemarinya dan diusap lembut. Yusra turut menjatuhkan pandangan pada jari jemarinya.

"Sayang okay tak ni?"

'Sayang?' Oh lupa, depannya ada orang lain selain mereka berdua. Jadi bahasanya juga patut dijaga. Itu janji mereka. Tengku Fauziah dan Tengku Faridah masih menanti bicaranya.

"Sayang okay. Abang jangan risau." Yusra menepuk perlahan tangan Fairuz yang masih mengenggam tangan kirinya.

"Betul ke ni Yusra okay?" tanya ibu mertua.

"Betul umi. Yusra Okay. Cuma penat sikit." Yusra tersenyum nipis.

"Haaa.. kan Ruz dah cakap tadi Umi. Kesian isteri Ruz ni." Fairuz merangkul bahu Yusra.

Yusra menjengkilkan matanya memandang Fairuz. Menghantar isyarat menyuruh Fairuz mengalihkan tangannya. Fairuz menayang muka bersahaja.

"Sekejap ya Ruz, Yusra, Mak Chik masuk dapur kejap. Lupa pula hari ni Suri tak ada. Dia balik kampung." Tengku Faridah sudah bangun dan berlalu ke dapur. Sebentar kemudia dia muncul semula dan mengamit tetamunya ke ruang dapur.

Yusra melangkah ke ruang makan. Mengekori mertua dan suaminya. Pandangan dilontarkan ke sekeliling ruang dapur. Dapur ini pun sudah lain dari dulu. Banyak yang dah berubah. Tapi ruang itu tetap sama.

Kerusi ditarik oleh Fairuz dan mempersilakan dia duduk. Yusra hanya menurut. Air teh O dituang ke cawan oleh Tengku Faridah dan dihulurkan pada Yusra. Yusra menyambutnya dengan memanis muka.

"Mak Chik masih tak percaya, akhirnya kahwin juga Ruz ni. Dari dulu lagi Ruz dengan Is bersaing. Bila tanya Is bila mahu kahwin, disuruhnya Ruz kahwin dulu. Bila tanya Ruz, di cakap Is dulu patut kahwin. Last-last Ruz juga yang kahwin dulu." Tengku Faridah melabuhkan duduknya di sisi Tengku Fauziah.

Pandangan dilontarkan kepada Fairuz dan Yusra dihadapannya. Sepandan mereka berdua ni, macam pinang dibelah dua. Entah kenapa dia rasa macam pernah berjumpa dengan seseorang yang mirip wajah Yusra.

Yusra hanya mendengar topik 'hangat' yang bakal mereka bualkan. Dia cuba mencari ketenangan sendiri walaupun hatinya sudah berdetak tidak mengikut irama asal. Karipap didepannya dicapai dan disuakan ke mulut.

'Is? adakah itu Faiz Iskandar?'

"Ala.. mak chik.. Is tu saja bagi alasan. Dia saja tak nak bagitahu Mak chik yang dia dah ada girlfriend." Fairuz menjawab sambil mengunyah karipap inti sardin.

Yusra bungkam. Mendengarkan ayat itu membuatkan dia rasa payah mahu menelan karipap yang dikunyah. Rasa karipap inti sardin pun sudah tidak berasa lagi di lidahnya. Hatinya bagai ditusuk sembilu.

"Emm yelah tu Ruz. Is tu selagi Tehah tak habis study, entah bila dia nak balik sini." Tengku Faridah mengeluh. Berubah riak.

"InsyaAllah tak lama lagi dia balik la Chik. Is, Tehah, Fitrah dan Aten, macam lah Chik tak tahu macam mana rapatnya diorang tu." Tengku Fauziah pula menjawab.

Tengku Faridah mengangguk faham. Sudah sedia maklum tentang keakraban mereka berempat. Cuma Fairuz agak kurang rapat dengan mereka walaupun jarak beza umur mereka tidak jauh bezanya. Mungkin kerana Fairuz lebih serius dan matang berbanding mereka berempat.

"Mak Chik ni bukan apa Ruz. Kadang-kadang Mak Chik ni risau jugak bila Is tinggal kat sana lama-lama. Dah la dia tinggal kat sana dengan Tehah. Walaupun mereka tu sepupu, mereka tetap bukan mahram. Mananya Mak Chik ni tak risau."

"Itulah Chik. Angah pun ada terfikir juga. Rasa macam tak berapa elok diorang kat sana sama-sama. Dulu, angah tak halang diorang sebab fikir Aten ada sekali tapi sekarang Aten pun dah balik sini, tinggal la mereka berdua." Tengku Fauziah pula menghela nafas.

Yusra rasa hatinya makin parah terluka. Rasa sakit itu tidak sama dengan rasanya semasa terpaksa menerima Fairuz sebagai suaminya. Luka ini rasanya sangat dalam. Inikah yang sebenarnya berlaku sepanjang 7 tahun penantiannya?

"Chik dah banyak kali minta Is balik. Temankan Ruz urus Mentari tapi Is tak nak. Is berkeras nak tinggal sana teman Tehah sampai habis study," lirih suara Tengku Faridah. Rusing memikirkan keinginan anak bujangnya yang seorang tu.

Fairuz diam tidak terkutik bila isu sepupunya dibangkitkan. Sejujurnya dia juga tidak berkenan dengan tindakan Faiz Iskandar. Sebaik tamat pengajian di Ireland, Faiz berhijrah ke England. Menetap dan mencari pekerjaan disana semata-mata kerana mahu menemani Tengku Fatihah dan Tengku Fatin Isma yang baru melanjutkan pengajian disana. Sekarang sudah setahun Tengku Fatin Isma balik dari England tapi dia masih disana, masih setia menemani Tengku Fatihah pula.

"Majlis nanti diorang balik tak Ruz?" tanya Tengku Faridah pada Fairuz pula. Sudah banyak kali dia tanya Faiz Iskandar tapi jawapannya cuma 'tidak pasti lagi'.

"Tak tahu lagi Mak Chik. Tehah tengah exam final. Mungkin tak dapat balik kot." Teh o panas dicawan dihirup berhati-hati.

"Bila Ruz plan nak pindah dari Teratak Qaseh"

"InsyaAllah kalau tak ada hal, rumah tu akan siap dalam masa dua bulan lagi. Nanti bila dah siap, kami pindah," jawab Tengku Fairuz.

Yusra sepi. Sedikit sebanyak dia cuba hadam perkara yang baru dia dengar sebentar tadi. Sebuah kebenaran yang menyakitkan. Hatinya tercalar teruk.

* * *


_Shah...._ ~Yusra

WhatsApp untuk Syarifah Aishah dihantar. Yusra cuba menahan diri dari terus menangis. Dari rumah Tengku Faridah lagi, dia cuba bersabar menahan segala rasa.

Selepas makan malam, dia terus masuk ke kamarnya. Melarikan diri dari suaminya. Dia memerlukan sedikit ruang untuk bertenang. Dia mahu bersendirian.

_Yus.... Sorry-sorry._ ~Aishah

_Aku busy tadi. Kenapa ni?_ ~Aishah

Melihat mesej itu. Airmatanya terus mengalir. Dia rindukan Aishah. Rindu mahu bercerita dan mahu meluahkan segala perasaannya pada Aishah. Hanya Aishah yang memahami setiap ceritanya.
_Shah, kalau kau tahu apa masalah aku sekarang, tentu kau pun tak percaya._ ~Yusra

_Kenapa ni Yus? Kau ada masalah dgn Fairuz?_ ~Aishah

_Tak.. bukan masalah dgn Fairuz. Dengan Iz._ ~Yusra

_Iz? Dia dah muncul?_ ~Aishah

_Dia... sepupu suami aku. Aku kahwin dengan abang kak Fatt._ ~Yusra

_Seriously? Macam mana kau tahu ni?_ ~Aishah

_Aku pergi rumah dia tadi. Sebelum ni aku ingat sangkaan aku je Shah._ ~Yusra

_Tak sangka rupanya betul._ ~Yusra

Air mata mula galak menitis. Tidak mahu berkerjasama dengan tuannya. Makin dicuba untuk menahan, makin laju mengalir. Sehinggakan terenjut-enjut bahunya menahan sendu. Angin sejuk malam di balkoni itu tidak dihiraukan. Telefon bimbit di tangan digenggam kuat, dibawa ke dadanya.

"Yusra?"

Entah bila Fairuz berada di belakangnya. Segera dikesat airmata dengan telapak tangan. Tidak mahu tertangkap yang dia sedang menangis. Yusra mengerdip kelopak matanya beberapa kali bagi meneutralkan keadaan.

"Kenapa ni?" tanya Fairuz.

Tubuh isterinya dipandang dari belakang. Dari tadi sebenarnya dia duduk di situ. Memerhati sang isteri. Makin lama, makin tidak sabar untuk mengetahui apa penyebabnya Yusra menangis teresak-esak begitu.

Yusra hanya bungkam di tempat duduknya. Tidak pasti apa jawapan yang tepat untuk diberikan pada suaminya. Dia memejam mata dan mengigit bibir. Berdoa supaya Fairuz tidak terus mendesak dia dengan pelbagai soalan. Tiba-tiba terasa tangan Fairuz memusing tubuhnya perlahan dan memeluknya.

"Aku tak kan tanya kau soalan yang kau rasa kau tak mampu jawab. Ambil lah masa untuk kau bertenang. Bila kau dah bertenang, kau boleh ceritakan pada aku. Untuk malam ni, aku minta maaf sebab Umi dah buat kau penat siang tadi. Tentang soalan aku tadi, nanti kita bincang lain kali. Sekarang, aku bagi kau pinjam bahu aku untuk kau menangis." Fairuz mengusap kepala Yusra perlahan.

Yusra mengangguk dalam pelukan Fairuz dan sekali lagi dia menangis. Menghemburkan segala rasa kekecewaan yang terpendam di dalam hati. Terima kasih suamiku!

Share this novel

Sm.mh (Tulip Haura)
2020-10-28 17:58:58 

sedih yusra knnn

LyaSuffiya
2020-10-28 17:47:10 

masa nya sudah tibaaaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience