Bab 64 : CBYS

Romance Series 109654

"Kenapa sayang tak bagitahu abang awal-awal tentang semua ni?"

"Abang rasa kalau tiba-tiba Yusra cakap, abang akan percaya ke dengan cerita-cerita Yusra?"

Fairuz diam.

"Sedangkan abang pun tahu macam mana reaksi Abang Faiz dengan Kak Fatt masa diorang jumpa Yusra masa majlis kita dulu. Diorang tak cam Yusra. Diorang tak kenal siapa isteri abang ni. Kalau diorang tak kenal sayang, tak kan la sayang tiba-tiba nak cakap kat abang 'actually abang, abang Faiz is my ex-boyfriend.' Abang rasa abang boleh percaya dan terima ke? Entah-entah abang gelakkan Yusra pula lepas tu." Sambung Yusra.

Fairuz diam lagi. Fikirkan kata-kata Yusra. Ya, ada betulnya juga abang yang Yusra cakap tu. Tak mustahil juga dia akan cakap pada Yusra.. 'are you sick?'

"Gelakkan Yusra? Why, kenapa abang akan gelakkan Yusra?" Sedikit berkerut kening Fairuz bertanya.

"Abang sendiri boleh agak kenapa. You and me, we are totally different. Abang.. orang Bandar, anak orang classy. Yusra.. orang kampung, anak orang biasa-biasa. Abang.. High education sedangkan Yusra, just budak lepasan STPM yang terpaksa kena kahwin. So, kat situ pun kita dah nampak bezanya sayang dan abang."

"Emm.. okay boleh di terima.. but wait... kenapa mesti ada 'Yusra just budak lepasan STPM yang terpaksa kena kahwin'? Yusra masih rasa Yusra terpaksa kahwin dengan abang ke? Yusra rasa dipaksa?"

"Terpaksa dan dipaksa. Two different words with different means. Yusra dipaksa berkahwin pada usia yang terlalu muda bagi Yusra. Yusra tak pernah terfikir pun ini yang akan Yusra hadapinya pada usia yang macam ni.Yusra mengaku memang Yusra rasa dipaksa untuk kahwin dengan abang demi sebut wasiat. Yusra terpaksa terima seorang lelaki dalam hidup Yusra yang Yusra hanya kenal sebulan sebelum kahwin dan Yusra kenal wajah dia hanya pada hari akad nikah. Abang rasa Yusra boleh terima abang dalam masa yang singkat?"

Fairuz senyum dulu sebelum menjawab pertanyaan Yusra.

"Abang tahu Yusra susah untuk terima abang sebab dalam hati Yusra ada orang lain. Sebab tu abang sanggup tunggu Yusra. Abang bagi Yusra masa untuk kenal abang sebelum we make a new life with a new environment. We make a baby step. Slowly but surely. And now, abang dapat Yusra dan Yusra dapat abang. Abang selalu bagitahu Yusra, take your time until the one day Yusra terima abang dan lupakan dia. Abang tak nak dia ada dalam bayangan abang." Luah Fairuz.

"Terima kasih abang sebab sanggup tunggu sayang."

"Terima kasih untuk sayang juga sebab sudi terima abang."

Fairuz tarik tubuh Yusra ke dakapannya. Bahu Yusra dielus lembut. Kasihnya tertumpah pada Yusra. Lama mereka begitu sehinggalah Yusra sendiri meleraikan pelukan mereka. Baru teringat, ada sesuatu yang dia ingin kongsikan dengan Fairuz.

"Abang sekejap.. ada something yang Yusra nak tunjuk dekat abang.."

Yusra bangun dari duduknya dan menapak keluar dari bilik kerja suaminya. Dia ke bilik belajarnya yang terletak bertentangan dengan bilik kerja Fairuz. Sekejap saja dia muncul kembali bersama satu kotak bersaiz kotak kasut lalu diletakkan di atas riba Fairuz.

"Apa ni?" Tercengang Fairuz seketika. Pandang Yusra dan kotak di ribanya bergilir-gilir.

"Buka lah."

Fairuz mengikut dan mula membukanya. Sedikit menggeras tubuhnya bila melihat isi kandungan kotak tersebut. Belum lagi hilang terkejut melihat isi kotak Yusra dua hari lepas, kali ini dikejutkan lagi dengan apa yang ada depan mata dia. Satu persatu dikeluarkan Fairuz lalu diletakkan diatas meja kopi, di depan mereka.

"Barang Tehah.... macam mana boleh ada dengan Yusra?" Tanya Fairuz sarat dengan tanda tanya berlegar di benaknya. Wajah Yusra di tatap meminta penjelasan. Ini semua barang privasi Fatihah macam mana boleh ada dengan Yusra?

"Malam sebelum kita fly ke 'Pre-honeymoon' kita, Yusra ada temankan Mak Nah kemaskan stor. Yusra jumpa semua ni dalam stor." Jawab Yusra perlahan.

Satu keluhan terlepas dari mulut Fairuz. Berbaur kesal pada keluhannya.

"Dalam stor? Semua barang ni Yusra jumpa dalam stor?" Tanya Fairuz lagi minta kepastian. Satu persatu barang di hadapannya diamati.

Yusra hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Fairuz.

"Sekarang abang dah fahamkan kenapa Yusra terpaksa rahsiakan semua ni dari abang? Kak Fatt sendiri yang dah buang kenangan kami. Bila kenangan kami kat situ, Yusra percaya yang kak Fatt dah tak nak Yusra ada kaitan dengan dia." Luah Yusra.

Lirih saja suara Yusra. Hatinya perlu kuat untuk terima hakikat yang dia sudah lama 'hilang' Kak Fatt.

Fairuz capai tangan Yusra dan mengelus perlahan. Tatap wajah Yusra. Yusra, isteri yang baik. Yusra kuat terima semua ni walaupun dia sendiri rasa serba salah dengan Is. Macam mana nanti kalau Yusra tahu sesuatu kejutan yang lebih besar dari semua ni? Adakah Yusra boleh terima semuanya dengan setenang ini?

"Yusra ada abang. Abang sentiasa ada dengan Yusra no matters what happens. If one day, I have to choose one, believe me I will still choose you." Fairuz kucup dahi Yusra.

Fairuz cuma mahu Yusra percaya dengan setiap keputusannya. Dia hanya mahukan Yusra tetap setia disisinya seperti sekarang.

Yusra angguk lagi. Percaya dan dia menaruh harapan pada Fairuz semoga Fairuz juga terus ada disampingnya.

Fairuz melepaskan tangan Yusra. Senyum dulu sebelum matanya kembali tatap barang Fatihah yang diletakkan dengan sedikit berselerak di atas meja kopi. Ada sesuatu yang menarik minatnya. Kertas yang berlipat-lipat sesama sendiri dan diikat dengan satu tali kecil dicapai. Ikatan tali itu dileraikan. Satu persatu kertas yang berlipat-lipat itu dibuka. Ada dua sampul surat yang berlipat sampulnya berbeza warna ditutup dengan lapisan kertas-kertas yang lain, di tarik Fairuz.

Melihat alamat pengirim yang tertulis pada sampul putih itu walaupun sedikit pudar tapi Fairuz sempat mengecamnya, dari Ireland dah sah tentu-tentunya dari Faiz Iskandar. Fairuz intai isi dalam. Ada tiga keping kertas putih, bermakna tiga keping surat dari Faiz Iskandar. Sekilas Fairuz membuka dan membacanya. Matanya meluas bila membaca setiap isi yang tercoret diatas kertas putih itu.

Yusra disebelah hanya memerhati suaminya. Wajah Fairuz yang tadinya tenang kini sudah bertukar tegang. Yusra kerut kening. Kenapa dengan Fairuz? Apa yang dibaca sehinggakan muka Fairuz bertukar jadi Incredible Hulk? Yusra memanjangkan lehernya mahu jeling surat di tangan Fairuz tapi Fairuz menahannya dengan mengangkat tangan supaya Yusra kembali duduk di posisinya. Yusra cebik bibir.

Sampul surat kedua yang berwarna coklat pula diambil oleh Fairuz. Sekilas tengok pada alamat yang tertulis, Fairuz angkat muka pandang Yusra. Kesian isteri abang.... Hanya itu yang terluah dalam hati. Fairuz tak tahu macam mana mahu tunjukkan pada Yusra. Tentu hati Yusra remuk. Tentu hati Yusra hancur. Surat dalam sampul coklat itu diambil dan dibaca. Hatinya terusik. Hatinya terkilan.

"Abang.. kenapa diam je ni?" Tanya Yusra.

Pelik dengan Fairuz yang tiba-tiba berubah jadi pendiam. Tangannya mula mengemas barang peribadi Fatihah lalu dimasukkan ke dalam kotak asalnya.

"Yusra tak buka kertas ni?" Tanya Fairuz walaupun dia sudah tahu.

Kertas hampir separuh hancur kerana terlalu lama berlipat-lipat, sudah membuktikan tiada sesiapa pun yang pernah membukanya melainkan pemilik asal.

"Tak... tak berani nak usik. Yusra cuma tengok album ni dengan kotak ni je. Yang lain Yusra nak simpan balik dalam kotak nak letak kat stor, tapi Mak Nah suruh ambil semua sekali. Katanya mungkin satu hari nanti Yusra perlukan semua ni." Jawab Yusra.

Fairuz lega dengan jawapan Yusra. Sekurang-kurangnya masih ada yang Yusra tak tahu. Kalau boleh, biarlah Yusra kekal begitu. Dia tak mahu hati Yusra terluka lagi. Cukuplah dulu dia menjadi saksi melihat Yusra menangis dengan teruk. Betapa kecewanya Yusra masa tu. Ya, dia ingat Yusra menangis malam tu selepas mereka balik dari rumah Mak Chiknya.

Album di tangan Yusra diambil oleh Fairuz. Fairuz belek helai demi helaian. Banyak gambar Yusra dan Fatihah. Sekilas pandang pun dia tahu, Fatihah dan Yusra saling sayang menyayangi tapi kena Fatihah berubah sampai macam ni? Apa penyebab Fatihah buat Yusra dan Faiz Iskandar macam ni?

"Yusra cantik dan comel. Patut la Is boleh feeling in love with you at the first sight." Puji Fairuz. Tak mustahil kalau ada sesiapa yang baru tengok Yusra pun boleh jatuh suka, jatuh cinta pada Yusra.

"Cantik tu lama-lama boleh pudar abang." Tempelak Yusra.

Dia cuma biasa-biasa. Tak suka bila dipuji dan dipuja. Cukuplah dulu dia pernah jadi mangsa kepada orang yang tergila-gilakan dia.

"Abang puji Yusra ikhlas. Yusra cantik. Dalaman Yusra sendiri yang menjadikan luaran Yusra cantik. Tulus. Macam yang Idi cakap, you're beauty as you know, naive, humble and easy to trust anyone.. but please, jangan mudah percayakan sesiapa. Jangan jadikan Yusra mangsa. Yusra terlalu baik tapi tak semua orang baik macam Yusra." Penuh dengan maksud yang tersirat dalam ayat Fairuz.

Yusra kerut dahi, tidak faham dengan apa yang cuba di sampaikan oleh suaminya.

"One day Yusra akan faham apa maksudnya. Jom kita keluar makan. Perut dah mintak isi ni..."

* * *

Faiz Iskandar melangkah masuk ke pejabatnya. Kakinya terpasak di tempatnya bila di hadapannya berdiri seorang lelaki bernama Fairuz, sepupunya... suami kepada Saidah yang dicari selama ini. Ingatkan tentang hal itu, bias kecewa terbias di muka Faiz. Dia berpusing tubuh, mengorak langkah perlahan ke biliknya. Di sebelah bilik Fairuz.

"We need to talk, Is." Fairuz menegur Faiz.

Faiz mematikan langkah.

"Talk? About what?" Tanya Faiz tanpa mengalih tubuhnya. Tangannya bersedia untuk menolak daun pintu.

"Aku dah tahu semuanya, Is. Dan sekarang kita kena bincang. Ada sesuatu yang kau tak tahu dan mungkin 'dia' juga tak tahu."

Faiz berpusing tubuh perlahan.

"Maksud kau?"

"Ikut aku... Kita bincang dekat luar..."

Satu per satu dibongkarkan.. Bila semuanya dibongkarkan, mampukah keadaan kembali seperti sebelum ni? Terima kasih kepada sesiapa yang masih setia mengikuti kisah Fairuz-Yusra-Faiz. Tq 24k views Saya sangat2 hargai. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience