Bab 37 : CBYS

Romance Series 109654

Yusra panggil Fairuz dari bilik air setelah lengkap berpakaian. Sekejap sahaja Fairuz muncul dan memapah Yusra keluar dari bilik air. Fairuz dudukkan Yusra di katil. Berhati-hati mengangkat kaki Yusra yang sakit dan diletakkan berlunjur diatas katil. Kepala Yusra di sandarkan ke kepala katil. Yusra sedikit berkerut menahan sakit.
    
"Duduk sini, aku turun cari bandage lain. Tukar bandage and plaster ni." Yusra hanya mengangguk.

Fairuz keluar dari bilik meninggalkan Yusra sekejap. Yusra ambil peluang keringkan rambutnya yang masih lagi basah.

Fairuz muncul bersama kotak first aid. Menapak dekati Yusra. Yusra tidak perasankan kehadiran Fairuz kerana wajahnya ditutupi dengan kain tuala.

"Meh sini aku tolong."

Fairuz menyentuh tangan Yusra dan serentak Yusra menghentikan perbuatannya. Kepala di dongakkan pada Fairuz. Rambut yang masih serabai di muka Yusra, di seka oleh Fairuz. Fairuz capai sikat rambut dan sikat rambut Yusra dengan berhati-hati.

"Tak apa awak.. saya boleh buat sendiri." Yusra menghalang kerana rasa tidak selesa.

"Tak apa, biar aku buat. Aku tahu tangan kau tak sakit, tapi tak salah kalau aku nak tolong isteri aku kan?" Fairuz tetap berkeras.

Yusra hanya membiarkan. Tidak mahu cari pasal dengan Fairuz lagi.

"Rambut kau cantik. Warna original kan?"

Yusra angguk.

"Cantik. Aku suka. Tapi kenapa rambut kau warna ni? Keturunan ke?" Tanya Fairuz.

Rasanya jarang jumpa rambut warna karamel asli macam ni. Kebanyakkannya mesti diwarnakan.

"Ha'a keturunan. Arwah datuk saya sebelah ibu, orang arab kahwin dengan arwah nenek orang melayu Malaysia. Arwah datuk sebelah ayah pulak orang melayu Malaysia kahwin dengan arwah nenek orang melayu Thailand." Beritahu Yusra serba sedikit asal usul keturunannya.

"Ooo... patut la ibu cantik.. orang arab rupanya. Kau dengan Yasmin pun cantik."

"Ni lepas aku letak ubat, jangan bagi kena air lagi. Kalau tak nanti kena infection pula. Kaki kau yang seliuh ni aku balut dulu. Kalau masih tak okay, rasanya kena berurut la." Fairuz berlalu ke kakinya pula selepas siap menyikat rambutnya. Bandage yang basah sudah di tukar dengan yang kering begitu juga plaster.

"Okay awak. Awak... saya mintak maaf tadi. Saya dah buat awak marah." Yusra tatap anak mata coklat cair milik Fairuz. Tangan Fairuz dicapai dan disalam.

"Aku dah maafkan kau. Sekali sekala aku kena jugak marahkan isteri aku yang degil ni."

Yusra terdiam bila di label 'isteri yang degil' oleh suami sendiri.

"Nanti nak ambik wuduk macam mana ni?"

"Nak ambik wuduk buka la bandage ni. Lepas tu pakaikan balik."

"Okay awak. Thanks." Yusra senyum.

"Welcome. Esok aku kerja, aku akan minta Mak Nah jagakan kau. Kau jangan pandai-pandai nak turun bawah. Nanti makanan semuanya Mak Nah yang bawakan ke atas. Kalau aku tahu kau turun bawah daripada Mak Nah, siap kau."

"Iye-iye... saya tak turun bawah."

* * *


_Wife, rasanya kita kena tukar plan nak balik kampung tu. Sebab aku kena outstation sabah minggu depan._ ~Fairuz
Mesej itu berkali-kali Yusra baca. Rasa sebu di dada mula menerpa. Sedih, hancur harapannya untuk balik kampung, jumpa ibu dan ayah. Dia sangat-sangat rindukan ibu dan ayah.

_Lama ke awak outstation?_ ~Yusra

_Dalam 4 hari kot. Nanti balik kita bincang._ ~Fairuz

_Okay awak. ~Yusra

Yusra campak telefon ke katil. Sakit hati dan sedih. Air matanya berguguran tanpa di pinta. Dia betul-betul kecewa.

Bunyi notification masuk. Dengan perasaan malas, Yusra capai kembali telefonnya dan buka aplikasi WhatsApp. Nama Aishah, BFF nya. Dia mengesat air mata. Tahu-tahu je kewujudan Aishah, amat diperlukan di saat ini.

_Assalamualaikum Yus_ ~Aishah
_Waalaikummusalam. Shah... lama kau sepi..._ ~Yusra

_Sorry Yus... Aku busy lately. Nanti kita set date, kita jumpa._ ~Aishah

_Okay Shah. Aku plan sebelum aku start belajar, aku nak blik kampung. Rindu ibu dan ayah..._ ~Yusra

_Lagi 2 bulan kan, Yus? Tak sabar nak jumpa kau weh! Kau okay tak ni?_ ~Aishah

_Aku okay. Kaki aku je terseliuh sikit. Semalam aku jatuh._ ~Yusra

_Jatuh? Kau buat apa sampai jatuh tu Yus? Kau jangan cakap kat aku kau panjat pokok dah la. Kau tu bukannya pandai panjat memanjat ni._ ~Aishah

Aishah yang sudah mula membebel itu mengundang tawa Yusra. Aishah.. Aishah.. tahu tahu je kau ni kan?

_Mana ada Shah. Aku main lari-lari dengan kembar, tak perasan anak batu, terpijak. Seliuh la sikit._ ~Yusra

_Laa ye ke? Dah kau berperangai macam budak-budak tu kenapa Yus oi? Kau tu dah jadi isteri orang lah._ ~Aishah

_Mesti bebel teruk la Ruz tu kan?_ ~Aishah
_Emmm tahu tak pe Shah. Teruk la jugak dia marah aku. Dah memang salah aku kan..._ ~Yusra

_Yelah. Next time hati-hati tau Yus. Nanti aku datang melawat kau eh?_ ~Aishah

_Kau nak datang melawat? Okay cun. Dah lama tak jumpa kau._ ~Yusra

_Datang dengan Am ke nanti?_ ~Yusra

_Semak la kau ni Yus... Aku datang sndiri je lah. Bukannya jauh UKM dgn Putrajaya tu. ~Aishah

_Jangan nanti dia tiba-tiba muncul depan aku ajak pi melawat kau dah la..._ ~Aishah

Yusra tergelak. Dapat bayangkan Aishah buat mata juling ke atas dan tangan di bahu. Aishah cukup marah dengan Ammar gara-gara Ammar paksa dia ke rumah Syahmi tempoh hari.

Kata Fairuz, Ammar sukakan Aishah tapi Aishah jual mahal. Yusra menggeleng bila teringat Ammar dan Aishah. Dalam ramai-ramai perempuan, Syarifah Aishah juga yang Syed Ammar berkenan.

_Iye lah Shah. Minta-minta suami aku tu tak heboh dekat bff dia tentang aku ni._ ~Yusra

_Tapi bila dah nama BFF, rasanya susah kot nak simpan rahsia. Sudah la kau Shah....._ ~Yusra

_Kau jangan jadi gila Yus. minta-minta tak masin la mulut kau tu Yus._ ~Aishah

_Aku tak nak jumpa dia lagi!_ ~Aishah

_Yelah-yelah... nanti kita tunggu dan lihat je lah ye... Okay la Shah, aku nak rehat jap. Rasa mengantuk la pulak lepas makan ubat tadi._ ~Yusra

_Okay Yus. Selamat beristirehat ya, Jaga dri. Jangan lupa makan ubat tu. Assalamualaikum._ ~Aishah

_InsyaAllah Shah, terima kasih._ ~Yusra

_Waalaikummusalam._ ~Yusra

Yusra tutup aplikasi WhatsApp dan off skrin. Dia betulkan kedudukan bantal dan mulakan perbaringan. Rasa mengangguk dah mula menguasai diri. Perlahan-lahan matanya dipejam dan sekejap sahaja dia lena diulit mimpi.

* * *


Yusra buka mata perlahan-lahan bila terasa ada tangan mengelus rambutnya. Wajah Fairuz menyapa matanya. Fairuz duduk di sebelahnya. Ada senyuman di bibir suaminya.

"Awak dah balik?" Suara serak basah Yusra menyapa. Fairuz angguk.

"Dah pukul berapa ni?" Tanya Yusra lagi. Kedua-duanya tangannya naik memisat-misat mata.

"Dah pukul 6 petang. Dah solat Asar belum ni?"

Mata besar Yusra membuka luas.

"Dah puluk 6? Alamak.. lamanya saya tidur awak..Saya tak solat pun lagi.." Yusra cepat-cepat bangun dan menyelak selimut.

Segera diturunkan kakinya, mahu ke bilik air untuk berwuduk dan menunaikan solat fardu asar. Sebelum sempat dia berdiri, Fairuz segera memaut lengan Yusra.

"Sekejap Yusra, kaki kau sakit lagi tu. Relaks.. relaks... slow.. slow.. kalau kau kalut macam ni, makin sakit kaki tu." Tegur Fairuz.

Yusra jatuh pandangan, pandang kakinya yang berbalut. Dia baru sedar, dia masih lagi sakit. Yusra toleh pada Fairuz, dia tersengih malu.

"Opss saya lupa tadi."

"Kau ni... kalut betul. Meh aku tolong." Fairuz turun dari katil dan bawa Yusra ke bilik air.

Selesai mandi dan solat, Yusra melipat telekung dan sangkut di tempatnya. Fairuz kuak pintu dari luar, dia muncul bersama menatang dulang yang berisi seteko air teh o dan sepinggan karipap goreng. Dia pamit Yusra ke sofa untuk nikmati minuman petang.

"Aku ada hal nak bincang dengan kau. Sambil-sambil bincang, kita boleh makan-makan." Fairuz menolak cawan berisi air teh o kepada Yusra.

"Macam yang aku dah bagitahu dalam WhatsApp tadi, aku kena pergi outstation minggu depan. Jadi apa kata hujung minggu ni kita balik kampung?"

Yusra terhenti kunyah karipap bila dengar saranan dari Fairuz. Segera toleh pada Fairuz, tidak percaya.

"Serious ni?" Bulat mata Yusra terkejut.

"Serious la... OK, macam ni... hujung minggu ni, kita balik kampung and kau boleh stay kat sana seminggu. Aku balik dari outstation, aku ambil kau dekat rumah ayah. Macam mana?" Fairuz mengeluarkan cadangannya.

Yusra angguk laju-laju. Idea bernas dari seorang suami.

"Tapi awak okay ke kalau saya lama-lama rumah ayah?" Tiba-tiba rasa 'lain' bila memikirkan mereka bakal berjauhan seketika nanti.

"Laa.. kenapa pula? Tu kan rumah family aku jugak. Lagipun kalau kau stay kat sini, tapi aku tak ada, kesian juga dekat kau." Fairuz berkata lagi.

Lain macam rasanya perasaan Yusra bila Fairuz mengangkat martabat orang tuanya sebagai 'family dia'. Yusra tersenyum. Mata berkaca dengan kata-kata Fairuz.

"Ni first time aku kena pergi outstation sejak kita kahwin. Sebelum ni aku mintak orang lain tolong coverkan aku. Tapi kali ni aku kena handle sendiri. So, lepas ni aku nak kau biasakan diri, bila kena tinggal kalau aku pergi outstation." Sambung Fairuz. Kemudian dia menghirup teh o panas.

"Sebelum ni siapa yang ganti awak pergi outstation?"

"Kau rasa?" Fairuz mencapai sebiji karipap dan disua ke mulutnya.

"Ammar?" Yusra meneka.

Fairuz mengangguk. Serba sedikit Yusra tahu yang Fairuz dan Ammar berkerja di satu tempat yang sama.

* * *


Fairuz menghentikan keretanya bila masuk kawasan parkir rumah Haji Shafie. Gelap sekeliling rumah hanya bertemankan cahaya lampu kalimantan yang terpasang di pangkin rumah.

"Assalamualaikum.." Fairuz memberi salam tatkala menutup pintu keretanya.

Yusra turut menutup pintu kereta. Jam di tangan di toleh, 1 pagi! Dah sah-sah ibu dan ayah dah lena diulit mimpi. Perjalanan dari Putrajaya ke Besut, Terengganu memakan masa selama 7jam. Mereka bertolak selepas asar, memandangkan hari ini Fairuz tetap berkerja macam biasa walaupun tahu dia bakal memandu jauh. Betul kata mertuanya, Fairuz workaholic!

"Waalaikummusalam...." Bunyi sayup-sayup suara Haji Shafie menjawab salam dari dalam rumah.

Fairuz dan Yusra kelegaan. Pintu di kuak dari dalam. Muncul wajah tua Haji Shafie dan dibelakangnya, Hajjah Sumayah.

Fairuz mengambil beg pakaian mereka dan memanjat tangga masuk ke rumah mertuanya. Yusra sudah pun masuk terlebih dahulu. Tubuh Haji Shafie dan Hajjah Sumayah dipeluk erat dan kedua belah pipinya pula di cium bertalu-talu oleh Hajjah Sumayah. Rindu pada Yusra Saidah.

"Ayah dan Ibu sihat?" Tanya Fairuz sebaik sahaja bersalam dengan mertuanya.

"Alhamdulillah kami sihat Ruz. Dengar anak menantu nak balik, yang sakit pun boleh sihat, Ruz." Seloroh Haji Shafie. Bahu Fairuz ditepuk mesra. Rindu pada anak menantunya.

"Maafkan kami ayah, ibu. Lama tak balik." Fairuz serba salah. Sebelum ni dia tak terfikir pun tentang perasaan rindu Yusra pada kedua orang tuanya.

"Tak apa, Ruz. Kami faham, Ruz kan kerja." Balas Haji Shafie.

"Minum dulu Ruz, ni ibu ada buatkan milo o panas, boleh panas kan tubuh tu sikit lepas kena aircond lama." Hajjah Sumayah keluar dari dapur menatang dulang seteko milo o panas. Yusra dan Fairuz hanya mengangguk.

"Eh kenapa kaki ni Yus?" Tanya Hajjah Sumayah bila terpandangkan kaki Yusra yang berbalut. Mata Haji Shafie turut pandang kaki Yusra.

"Yus jatuh ibu." Jawab Yusra perlahan. Takut dimarahi ibunya. Ibunya lebih garang dari Ayah.

"Jatuh? Macam mana boleh jatuh tu?" Tanya ibunya lagi.

Yusra teguk liur. Takkan dia nak cakap jatuh sebab main kejar-kejar, nanti makin teruk dia kena marah. Dia pandang Fairuz, minta pertolongan dari Fairuz kalau-kalau Fairuz ada idea yang lebih bernas dari cerita asal kejadian.

"Yusra jatuh tangga. Tak perasan tangga licin tu baru lepas Mak Nah mop." Jawab Fairuz selamba. Keningnya di angkat pada Yusra. Dabik dada sendiri dalam diam.

"Teruk ke jatuh tu? Ada luka kat mana-mana tak?" Tanya ayahnya pula.

"Kaki terseliuh sikit. Lutut berdarah sikit." Jawab Yusra sambil tersengih.

"Seliuh tu kena mengurut la. Nanti esok ibu telefon Mak Eton, kalau-kalau dia free. Boleh la suruh dia urut kaki kamu tu. Makin lama biar, nanti masuk angin urat tu. Lagi sakit."

Yusra hanya mengangguk.

"Ayah, ibu, nanti minggu depan saya kena pergi outstation, boleh tak kalau saya minta Yusra tinggal kat sini sementara saya tak ada?" Tanya Fairuz lebih kepada meminta izin.

Walaupun Yusra sudah sedia maklum tentang hal itu kepada ibu dan ayahnya, rasanya lebih baik kalau dia sendiri meminta izin.

"Lama ke Ruz outstation?" tanya Haji Shafie pula.

"Lebih kurang 4 hari ayah. Ni Ruz balik tak boleh lama. Ruz cuma hantar Yusra. Lusa Ruz dah kena balik."

"Ooo.. jadi plannya bila nak balik ambil Yusra?" Haji Shafie bertanya lagi.

"InsyaAllah kalau tak ada hal, balik dari outstation tu, Ruz datang ambil Yusra." Jawab Fairuz yakin.

"Kalau macam tu, ayah tak ada masalah. Lagipun rumah ni pun rumah anak menantu ayah. Ayah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anak menantu ayah. Ruz jangan risau, inshaAllah Ayah dan Ibu akan jaga Yusra seperti kami menjaga dia sebelum ni." Balas Haji Shafie.

Kepala Yusra yang duduk disebelahnya di usap dengan penuh kasih sayang.

"Terima kasih ayah, ibu." Fairuz tersenyum kelegaan.

Terima kasih kepada yang sudi baca kisah Fairuz-yusra. =) Says masih belajar, doakn saya yaa..

Share this novel

Sm.mh (Tulip Haura)
2021-03-02 10:54:17 

Terima kasih Che Da sudi baca karya sulung saya.. =) ehh kebetulan sama ye? hehe

Che Da(Ayunifalin)
2021-03-02 10:52:58 

Hi smmh. Che da baru baca chap 1-37.. Suka che da bila dgr yusra yang cantik tu mix arab, melayu dan siam sama mcm che da, moyang belah mak pun arab kahwin melayu, moyang belah abah siam kahwin melayu. Hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience