Bab 54 : CBYS

Romance Series 109654

"I masih tak faham kenapa Yusra...." Fairuz mengeluh panjang. Tubuh Yusra dipeluk lagi. Ammar dan Faiz Iskandar hanya diam.

"I pun tak tahu niat sebenar Hisham. Tapi I nak minta maaf pada You dan Yusra. Kalau bukan sebab I, semua ni tak kan jadi macam ni."

"Apa maksud you, Qaz?"

Qazrina menunduk. Mencari ayat yang sesuai untuk berterus terang. Dalam masa yang sama dia malu bila berdepan dengan Yusra. Apa. agaknya reaksi Yusra nanti?

"I.... I nak mintak maaf.. kalau apa yang i nak bagitahu you, akan membuatkan you dan Yusra tak selesa."

Faiz segera toleh Qazrina. Tidak bersetuju kalau Qazrina cuba meluahkan tentang perasaannya pada Fairuz di hadapan Yusra.

"Qaz...." Faiz cuba menahan namun terhenti saat tangan Qazrina di angkat menahan dari Faiz meneruskan kata-katanya.

Faiz terdiam.

Qazrina tenung Yusra kemudian beralih pada Fairuz. Bergilir-gilir wajah sepasang suami isteri itu ditatap.

"Aku pergi sana dulu Ruz. Kau bincang la elok-elok dengan Qaz. Jom Amm..." Faiz bangun.

Bahu Ammar di sebelahnya ditepuk dan Ammar juga bangun. Memberi ruang untuk mereka bertiga berbincang.

Yusra pula terpinga-pinga melihat Ammar dan Faiz bangun meninggalkan mereka bertiga disitu. Tiba-tiba dia rasa canggung dengan situasi sekarang ini.

"Emm... Saya nak pergi ladies kejap." Belum sempat Yusra bangun, Fairuz mengekar lengannya.

Yusra terus buang pandangan pada Fairuz tapi Fairuz tidak memandangnya. Wajahnya masih serius seperti tadi.

"Sit here. Jangan nak pergi mana-mana."

"Tapi Yusra..."

"Just sit!" Arah Fairuz lagi. Yusra tengok Qazrina sekilas sebelum kembali duduk di kerusinya.

"Duduk dan dengar sendiri apa yang Qaz nak bagitahu. Abang tak nak nanti kita ada lagi yang salah faham sebab hal ni." Tambah Fairuz.

Yusra akur dengan arahan suaminya.

Qazrina juga mengangguk bila matanya berlaga dengan Yusra. Ukir seulas senyuman nipis di bibirnya. Qazrina menarik nafas sebelum meneruskan kata.

"I mengaku I masih sukakan you, Ruz. Malah I tak pernah lupakan you." Ujar Qazrina lalu menunduk.

Yusra dan Fairuz tersentak mendengar pengakuan ikhlas Qazrina. Mereka berpandangan seketika sebelum kembali memandang Qazrina.

"I tahu I salah sebab I sukakan suami orang lain sedangkan I pun dah ada suami. Tapi I tak boleh tipu diri I, I tak bahagia dengan Hisham. I nak berpisah dengan Hisham.."

Fairuz mendengus perlahan dengar penjelasan dari Qazrina. Kepalanya digeleng perlahan. Sedikit sebanyak dia mula faham dengan apa yang berlaku. Hisham kacau Yusra sebab isteri sendiri tak habis-habis berharap pada lelaki lain.

"Qaz, sebelum kita break up pun I dah bagitahu you, I tak kan bersama dengan you kalau keputusan parents I sendiri tak setuju dengan pilihan I. And you sendiri yang lari dari I bukan I yang buang you. You mungkin dah lupa Qaz, tapi tak pada I."

"Kita dah tak ada apa-apa hubungan, Qaz. I dah bahagia dengan Yusra dan you pun sepatutnya dah bahagia dengan pilihan family you. Walaupun kita sama-sama 'terpaksa' menerima keputusan orang tua kita, tapi mereka tetap pasangan kita." Sambung Fairuz.

"Macam mana I nak terima dia kalau hati I masih pada you, Ruz?"

"Qaz, you kena ikhlaskan hati you untuk terima semua ni. I bukan jodoh you and you bukan jodoh I. Kita memang tak ada jodoh. Full stop. Kalau you rasa you dah tak boleh stay dengan dia, you bincang elok-elok dengan dia. Berpisah cara elok. Tapi jangan gunakan I sebagai alasan untuk you lepaskan diri dari dia. Jangan jadikan orang lain mangsa."

"Kalau I di tempat Hisham pun I marah and frustrated. You wife dia tapi you masih terkejar-kejar orang lain. Dan orang lain tu dah pun jadi suami orang, bukannya still single and available."

Qazrina makin menunduk. Air mata sudah bercucuran. Malu dengan Fairuz. Malu dengan Yusra.

"I minta maaf Ruz, Yusra. Sebab Hisham, Yusra jadi mangsa." Sayu nada Qazrina.

"Kalau you rasa bersalah pada I dengan Yusra, tolong jernihkan balik keadaan. Tolong jauhi Hisham dari Yusra. Last warning dari I Qaz, kalau Yusra masih terima sebarang notes and flowers dari Hisham lagi, I tak kan teragak-agak nak bawak kes ni ke mahkamah. I tak kan jamin kalau ada apa-apa yang akan berlaku pada company papa you. Ingat tu Qaz. I tak main-main bila melibatkan maruah Isteri I."

"Tapi bukan salah I Ruz. "

"Yes, ini memang bukan salah you. Tapi.. kalau you tu dah boleh terima kenyataan dan hakikat yang kita tak akan ada apa-apa hubungan lagi, dia tak jadi macam ni. I'm sick of this Qaz!"

"You balik bincang elok-elok dengan Hisham. I tak nak perkara ni berulang lagi. Sebelum jadi apa-apa, lebih baik you nasihat Hisham. I bagi Hisham peluang. Kalau still macam ni, I minta maaf. I terpaksa ambil tindakan." Tambah Fairuz.

Qazrina diam. Sisa air matanya di seka dengan hujung jari. Ya, Ini semua salah dia!


* * *

Yusra membelek-belek notanya. Banyak yang dia masih perlu ulangkaji. Tanpa menghiraukan teman-temannya yang sibuk bergosip di meja sebelah, dia tetap meneruskan pembacaannya.

"Yusra, meh la sini.. tengok design tudung lawa-lawa." Orked Zalyatie mencuit lengan Yusra dengan hujung jari sambil menuding jari ke skrin telefon bimbitnya.

Minat sungguh dia dengan tudung yang pelbagai corak tu, sinonim dengan perangai perempuan. Kepala cuma satu tapi tudung beratus-ratus itu belum kira lagi setiap tona warna yang wajib ada. Lebih-lebih kalau dah buka aplikasi Instagram yang menjadi platform terbaik untuk menjual pelbagai jenis barangan niaga.

"Emm.. tengok la dulu. Saya nak salin nota jap." Yusra menolak tanpa berpaling. Tangannya masih ligat menyalin nota dari buku rujukannya.

"Eh, lawa la model ni... tudung dia pakai pun lawa-lawa." Celah Liliey Hidayu pula. Telefonnya di suakan kepada Orked Zalyatie.

Orked Zalyatie mengambilnya. Pemilik akaun Instagram yang bernama Wan Qazrina ditilik penuh minat. Cantik modelnya persis Mira Filzah.

"Ha'a la... Lawa.. Untung jadi anak orang kaya ni kan. Muda-muda lagi dah boleh jadi buka perniagaan sendiri. Jadi businesswoman. Cantik, kaya, bijak.. cukup pakej pulak tu. Ehh.. dah kahwin belum dia ni?"

"Rasanya dah.. tapi tak de pulak gambar suami dia.. Aku suka juga stalk ig Dia. Dia lawa kott," jawab Liliey Hidayu. Sama-sama teruja melihat ig model yang bernama Wan Qazrina itu.

"Tengok ni weh.... Dublin City University (DCU) Alumni Reunion Ceremony.. perghhh giler.. study kat DCU. Bestkan tengok gambar reunion diorang ni." Gambar Kad jemputan reunion (DCU) di belek.

Ada caption yang disitu yang tertulis.

~Time flies but memories last forever~

Dengar sahaja perkataan Alumni DCU, bola pen biru Yusra yang menari rancak di atas permukaan buku nota, terhenti. Matanya toleh sedikit pada skrin telefon Liliey Hidayu. Mahu melihat siapakah gerangan model yang dimaksudkan oleh kawan-kawanya. Manalah tahu ada yang dia kenal.

"Nak tengok ke Yus? Tu la tadi sombong..." ejek Zalyatie sambil mencebik bibir.

Yusra sengih. Zalyatie menghulurkan telefon Liliey Hidayu padanya.

"Saja kitorang stalk ig model ni. Stress. Jawab exam tadi tak habis lagi kan. Kite release tension tengok ig model ni. Haha" Ujar Zalyatie.

Yusra diam. Ini Ig milik Qazrina. Patut la melambung kawan-kawannya memuji Qazrina, 'Qazrina memang cantik. Pandai pulak tu.' bisik Yusra dalam hati.

Telefon dikembalikan kepada Zalyatie. Putus semangatnya mahu sertai mereka, masih marah tentang kejadian tempoh hari. Walaupun sudah sebulan hidupnya aman tanpa 'stalker'nya, dia tetap berhati-hati. Takut andai pisang berubah dua kali.

"Lawa kan dia," komen Zalyatie sseraya mengambil kembali telefon Hidayu dari tangan Yusra.

Zalyatie masih tidak puas hati, jarinya scroll ke atas sedikit, mahu meng'explore' lebih lagi. Ada satu gambar Qazrina disamping empat jejaka kacak.

"Perghhh... Dayu.. Izze.. sini, tengok gambar dia yang ni..." Kelam-kabut Zalyatie menunjuk gambar yang dimaksudkan kepada Liliey Hidayu dan Jasmine Izzean. Jasmine Izzean yang ralit main game, terpaksa toleh pada Zalyatie.

"Giler hensem kawan-kawan dia.. empat-empat hensem wehh.. rambang mata ni nak pilih ni.. kejap, sini ada dia tag siapa kawan-kawan dia. @faiz_iskandar, @AmmarAmri @FairuzFaisal @SyahmiBella... giler nama pun gempak weiii.." Sudah keluar bunga-bunga 'gatal tambah gedik' Zalyatie itu.

"Apa lagi cepat la tengok ig dorang." Gesa Jasmine Izzean pula.

"Apa kena korang ni? Duk tilik laki orang.. Tak senonoh betol la korang ni.." Reeha Chempaka meyampuk. Pandang muka kawan mereka bergilir-gilir.

"Ala.. Reeha...Relaks la.. Kitorang bukannya gedik-gedik depan diorang pun. Kitorang cuma tengok je.. Dah ada depan mata, jamu jelah." Jawab Liliey Hidayu.

"Ye lah tu tengok je. Ni bila nak balik hostel?" Tanya Reeha lagi.

"Kejap la.. kita stay sini dulu sampai abang Yusra datang ambik dia. Yusra, jam berapa abang awak nak datang? Nanti nak stay dekat mana?" Tanya Hidayu pula. Kepala di angkat kepada Yusra Saidah.

Yusra panggung wajah sebentar sambil berfikir.

"Emm.. kalau korang rasa nak balik hostel dulu, korang balik la. Yusra stay kat cafe pun tak apa." Jawab Yusra.

"Eh.. tak apa la. Kitorang teman kan. Lagipun balik awal-awal pun, tak ada kerja juga. Reeha ni je nak balik awal, tak de kerja lain la tu.. nak layan korea dia la tu.." Sampuk Jasmine Izzean. Reeha Chempaka menjeling.

"Wehh tengok ni, ig FairuzFaisal. Hensemnye la mamat ni... Tapi dia dah kawen weii.. frust betul aku." Hidayu tiba-tiba mencelah. Riak muka jelas tidak puas hati.

Yusra panggung wajah. Lambat-lambat dia toleh pada Hidayu. 'Fairuz Faisal? Bukan ke tu nama laki aku? Ig Fairuz, aku sendiri pun jarang stalk ig laki sendiri. Ada ke gambar aku?'

"Ada gambar wife dia tak? Biasanya kalau orang hensem tentu wife dia cantik, kan?" Jasmine Izzean pula menyibukkan diri.

"Ada.. ada.. Sekejap..."

"Hah dah jumpa Ig wife dia, @Saidah_Shafie"

Yusra termangu seketika. Liur ditelan kesat. Matilah kalau ada gambar dia! Gelisah dah resah. Itulah perasan Yusra sekarang. Risau kalau kawan-kawannya tahu status dia yang sebenarnya.

"Ehh.. macam nama Yusra la.. Yusra Saidah Binti Shafie. Saidah Shafie, kan?" Zalyatie mengetuk bibir. Berfikir sejenak. Reeha Chempaka sertai mereka.

"Ha'a la... Eh, ada gambar Aishah la.. Aishah dengan siapa ni?" Jari Jasmine tunjuk pada sekeping gambar. Gambar Aishah sedang duduk bersama dengan Syarifah Amirah dan Syed Ammar.

"Eh ni... bukan ke Yusra?" Kali ini gambar Yusra berdiri di samping Tengku Fairuz. Tangan mereka jelas berpaut mesra.

Empat pasang mata tertumpu pada Yusra. Menagih penjelasan. Lidah Yusra pula sudah kelu untuk mengeluarkan sebarang jawapan. Mahu jawab apa ya?

"Ni awak kan, Yusra?"

Soalan Jasmine Izzean buat Yusra rasa tercekik. Mata masing-masing masih tertumpu padanya. Perlukan penjelasan.

Yusra tarik nafas panjang sebelum memberikan jawapan.

"Ha'a Yusra." Jawabnya.

Terlopong mereka berempat.

"Apa hubungan Yusra dengan Fairuz Faisal ni?" Tanya Zalyatie pula, hairan.

"Ada caption kat sini 'A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person, Fairuz-Yusra.' Yusra kat sini, Yusra Saidah ke?" Soal Hidayu pula.

"Jadi selama ni awak dah kahwin la, Yusra?"

Yusra sudah serba salah. Akhirnya diangguk jua. Wajah teman-temannya dipandang silih berganti.

"Ya.. saya dah kahwin. Dah nak masuk setahun kami kahwin." Tersekat-sekat Yusra menjawab. Berserah sajalah kalau kawan-kawannya mahu marahkan dia sebab merahsiakan statusnya atau apa saja.

"Lelaki hensem ni suami awak?"

"Ya Lya... dia suami saya. Saya isteri dia."

Sekali lagi mereka Terlopong, belum habis terkejut.

"Biar betul... rasa macam mimpi.. awak bergurau eh? Kita baru 20 tahun."

"Ya.. sebab kita baru 20 tahun la, saya segan nak cakap yang saya dah kahwin." Jujur jawapan Yusra.

* * *

"Abang Faiz?" Clue pertama.

"Kak Fatt..." Clue kedua

Dan yang terbaru....

"Selama ni abang yang ganggu Yusra? Patut la Yusra pelik macam mana, semua notes dan bunga tu boleh sampai pada Yusra. Rupanya abang dalang semua ni.. Sampai hati abang buat Yusra macam ni. Yusra langsung tak sangka abang boleh bertindak sampai macam ni. Kisah kita dah lama berlalu abang. Yusra pun dah boleh terima yang abang dah ada Kak Fatt.'' Ya... Ini clue terbaru.

Mata masih tak mahu lelap. Ayat yang meniti dari bibir mungil Yusra bagaikan ulang tayang di benaknya. Kenapa Yusra panggil dia Abang Faiz? dan Fatihah, Kak Fatt??

"Kenapa Idah panggil Tehah, Kak Fatt?" Dia pernah bertanya seketika dulu kepada Saidah.

"Kak Fatt? Sebab kat sekolah, ramai 4 orang yang nama Fatihah. Jadi dorang tukar nama Tehah kepada Fatt. Idah pun dah terbiasa panggil dia Kak Fatt." Jawab Saidah.

"Tapi bunyi macam Fat, lemak je?"

"Awal-awal dulu memang Kak Fatt cakap macam tu tapi lama-lama dia dah biasa."

Faiz tersedar sesuatu. Terus teringat sebaris nama 'Saidah Shafie'? Fb Yusra pun Yusra guna nama Saidah Shafie kan? Ig Yusra pun. Tiba-tiba dadanya berdebar. Suis lampu tidur dibuka. Telefon disebelah dicapai dan dibuka aplikasi Fac. Membuat carian 'Yusra Saidah' tapi tiada carian. Tangannya ligat menaip Saidah Shafie. Gambar Yusra terpampar jelas di skrin telefonnya. Di tekan klik pada profile Yusra dan ruangan 'see Saidah Shafie about info'.

Education : MRSM Kuala Berang

SMK Bukit Payong.

Faiz terngadah. MRSM Kuala Berang? Sekolah Tehah? Maknanya selama ni Yusra Saidah, Saidah aku??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience