Bab 10 : CBYS

Romance Series 109654

Syarifah Aishah dan Yusra Saidah melangkah keluar dari Perpustakaan Desa diikuti oleh beberapa orang kanak-kanak yang mengikuti kelas tuisyen anjuran Penghulu Kmapung Keruak. Dua sahabat itu berjalan seiringan menuju ke sebuah bangku di bawah pohon angsana.

"Kak Shah!" Panggil Ainul, salah seorang kanak-kanak yang mengikiti kelas tuisyen.

Aishah berlalu pergi dan meninggalkan Yusra bersendirian di situ. Beberapa minit kemudian, Aishah muncul kembali mendapatkan Yusra.

"Kenapa ni Yus?" Aishah bertanya.

Wajah sugul kawannya ditenung. Muka sedikit pucat dan matanya bengkak seperti baru lepas menangis.

'Yusra menangis? kenapa?' Aishah menyoal sendiri. Wajah Yusra ditenung lagi. Wajah yang sembab itu mengingatkannya sewaktu dia dan Yusra terpaksa menolak tawaran untuk ke universiti di Australia dulu akibat kemalangan yang menimpa dia.

'Adakah Yusra masih mengalami situasi yang sama?' Hati Aishah berbicara lagi.

"Yus?" Suara Aishah mengejutkan Yusra. Dia tersedar dari lamunan.

"Kenapa ni?" Tanya Aishah lagi.

"Tak ada apa lah Shah. Aku penat sikit hari ni. Itu je." Dalih Yusra.

Suaranya bergetar seperti cuba menahan rasa yang terbuku dihati.

Aishah mengenggam erat jari jemari Yusra bagaikan memberikan sedikit kekuatan.

"Come on Yus. Bukan hari ni aku baru kenal kau, Yusra Saidah Binti Haji Shafie tapi dah lama. Sejak dari tadika lagi kita berkawan sampailah sekarang kita masih berkawan. Segala hal kau dalam poket aku, begitu juga hal aku. Kita kan BFF. Bak kata orang cubit paha kiri, paha kanan juga terasa sakitnya." Ujar Aishah.

Yusra Saidah mengukir senyuman paksa. Satu keluhan berat dilepaskan.

Aishah mengambil kesempatan itu untuk merenung sahabatnya. Dia mengamati wajah temannya itu.

"Yus, hey... kenapa ni? " Aishah panik saat melihat mutiara jernih mula mengalir dari kelopak mata Yusra. Wajah Yusra ditarik lembut supaya memandangnya.

"Tell me... what happened?" Aishah bertanya lembut. Memaksa untuk Yusra berterus terang. Tidak keruan dia melihat Yusra yang mula menangis.

"Impian aku cuma tinggal impian Shah. Aku sekali lagi tidak dapat melangkah ke U." Luah Yusra akhirnya. Aishah tergamam.

"Maksud kau?" Soal Aishah bersama kerutan yang terpeta didahi. Tidak dapat memahami dengan jelas apa yang cuba Yusra sampaikan.

"Sekali lagi aku terpaksa lupakan hasrat aku untuk masuk ke U sama dengan kau. Lagi sebulan aku bakal jadi isteri orang. Ayah dan ibu dah terima pinangan dari kawan lama mereka untuk cucu dia." Sayu suara Yusra Saidah bersama sedunya. Air matanya mula galak menitis.

"Ya Allah! Are you serious?"

Yusra mengangguk. Cincin di jari manisnya ditunjukkan kepada Aishah sebagai bukti.

"Yus, aku tak tahu aku yang perlu cakap apa. Aku terkejut. Rasa macam mimpi dengan apa yang aku dengar. Susah untuk aku percaya." Aishah berkata kemudian. Kepalanya digeleng berulang kali. Jari jemari Yusra masih digenggam erat.

"Kalau kau yang mendengarnya rasa ini macam mimpi, habis aku? Apa yang patut aku rasa sekarang, Shah?" Yusra terus menangis. Sedikit kuat kalau dibandingkan dengan sebelum ini. Dia mahu meluahkan semuanya kepada Aishah.

Aishah segera tarik Yusra lalu dipeluk sahabatnya itu. Belakang Yusra diusap perlahan.

"Ayah cakap kawannya orang KL. Orang keturunan diraja. Namanya Tengku Fairuz bin Tengku Faisal. Cucu kepada kawan ayah. Sebagai balas budi yang ayah pernah tolong anak dia, dia minta cucunya kahwin dengan aku. Dia dah berjanji dengan ayah dan sekarang dia menuntut janji dia dengan ayah." Yusra mula meluahkan bila tangisannya kembali kendur.

"Aku tak tahu macam mana nak jelaskan pada kau. Aku terkejut sangat Shah. Aku baru tahu yang selama ini aku sudah pun bertunang dengan dia. Dah 7 tahun Shah. Dah lama. Aku sedih Shah. Aku rasa aku susah untuk terima perkahwinan begini. Aku muda lagi. Aku nak masuk U sama-sama dengan kau. Aku nak berjaya macam abang Yadif dan kak Yasmin." Sambung Yusra, kepalanya disandarkan dibahu temannya. Bila dapat luahkan kepada Aishah, rasa separuh bebannya hilang.

"Syhhh... Sabar Yus... Sabar.. Aku faham perasaan kau. Kau dah banyak berkorban tapi tak salah kalau kali ini pun kau berkorban untuk diorang. Diorang ibubapa kau, Yus. Ibubapa yang sentiasa lakukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak dia. Aku yakin suatu hari nanti kau akan dapat apa yang kau inginkan."
"Aku akan tunggu kau di UKM. Aku yakin aku akan jumpa kau di sana. Sabarlah. Aku nak kau sematkan dalam diri kau, yang kau yakin dengan apa yang berlaku mesti ada sebabnya." Aishah memberikan kata-kata semangat.

Yusra mengangguk dan sekali lagi mereka berpelukan. Pelukan dileraikan dan Aishah menyapu air mata di pipi Yusra.

"Ala... senyum la sikit Yus.. Nanti kalau kau jadi junior aku, siaplah kau... aku buli kau cukup-cukup." Pipi Yusra dicubit lembut.

Yusra tersenyuman. Aishah dipeluk lagi. Aishah lah sahabatnya di dunia dan akhirat. Insha Allah.

"Thanks Shah."

"Welcome. Dah lah. Jom kita balik. Nanti susah pulak Haji Shafie dan Hajjah Sumayah ni, anak kesayangannya balik lambat." Aishah berkata lantas bangkit berdiri.

Tangan dihulurkan kepada Yusra dan Yusra menyambutnya.

* * *


Yusra Saidah dan Syarifah Aishah terpinga-pinga apabila melihat kereta Toyota Camry di laman rumah Haji Shafie.

"Kereta abang Adif ke ni Yus?" Soal Aishah.

"Bukanlah. Abang Adif dah balik Gua Musang la. Lagipun abang Adif pakai kereta proton waja."

"Habis kereta siapa ni?"

"Entahlah Shah. Kereta kawan Kak Min kot."

''Kalau macam tu, aku balik dulu lah Yus. Kirim salam pada Kak Min dan ibu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam. kirim salam kat mak. " Balas Yusra dan Aishah berlalu ke rumahnya yang terletak selang 3 buah rumah dari rumah Yusra.

Yusra berlari anak menuju ke pintu dapur yang jelas ternganga luasnya.

Yusran Saidi yang menyedari kepulangan kakaknya segera meminta diri untuk ke dapur.

"Kak Yus!" Panggil Yusran Saidi kepada kakaknya yang asyik mengintai tetamu yang datang melalui celah-celah dinding kayu yang jadi pemisah antara bahagian dapur dan ruang tamu.

Yusra Saidah menghentikan perbuatannya. Malu sendiri apabila mengingatkan perbuatannya sebentar tadi. Yusra memandang adiknya dan tersengih.

"Siapa yang datang Idi?" Soalnya dan Yusran Saidi kelihatan serba salah untuk menjawab.

"Idi, Kak Yus tanya ni. Siapa yang datang? Kawan kak Min ke?" Soalnya kali kedua. Matanya masih cuba mengintai tetamu yang datang.

"Idi tahu siapa yang datang tapi rasanya lebih baik kalau Kak Yus tanya ibu dan ayah sendiri nanti." Jawapan Yusran mengerutkan dahi Yusra.

"Hah? maksud Idi?" Tanya dia lagi. Yusran baru ingin membuka mulut, kelibat si ibu mereka kelihatan di sisi Yusran.

"Lambat balik Yus. Kelas habis pukul 5 kan? Ni dekat pukul 6.30 baru balik, Yus ada singgah mana-mana ke tadi?" Hajjah Sumayah mula menyoal.

Si ibu tidak suka anak-anak berpeleseran. Tidak mahu perihal anak-anaknya jadi buah mulut orang kampung. Yusran dan Yusra memandang ibu mereka.

"Tak singgah mana-mana pun ibu. Tadi berbual-bual dengan Aishah. Aishah nak singgah tadi tapi tak jadi sebab kita ada tetamu. Aishah kirim salam dekat ibu." Jawab Yusra jujur.

"Siapa yang datang tu ibu? kawan Kak Min ke?" Yusra bertanya kemudian.

Dada Yusra mula berdebar. Dapat meneka gerangan siapa yang datang. Sekilas Hajjah Sumayah memandang Yusra dan kemudian beralih pada Yusran.

"Idi, bawa kakak naik atas." Hajjah Sumayah tidak menjawab soalan Yusra sebaliknya mengeluarkan arahan buat Yusran.

"Hah?"

"Ayah nak jumpa Yus. Pergilah." Kata ibunya lagi.

Debaran Yusra kian terasa bagaikan ingin melompat keluar jantung Yusra. Jarang sekali anak-anak dibenarkan untuk berjumpa dengan tetamu ibu dan ayah.

"Emm.. ibu, biar Idi jelah pergi. Yus boleh tolong ibu sediakan minuman." Yusra cuba mengelak. Segera dicapai beberapa biji cawan di dalam almari dan mula menyusun di atas dulang.

"Yusran Saidi, bawa Yusra Saidah naik, jumpa ayah." Hajjah Sumayah bersuara tegas. Sengaja dikeraskan suaranya.

Yusran Saidi mencuit lengan kakaknya. Yusra dapat merasakan ibunya marah dengan tingkahnya. Segera dia meletakkan kembali cawan yang sedang elok dipegang. Perlahan-lahan dia menapak keluar dari ruangan dapur diiringi oleh Yusran Saidi.

"Hah, Yusra mari duduk sini. Yusran pun marilah sini." Haji Shafie mengamit anaknya sebaik sahaja terpandang dua tubuh anaknya keluar dari dapur. Dia mempersilakan Yusra dan Yusran duduk di sebelahnya.

Lima orang tetamu yang berkunjung ke rumahnya dipandang sekilas. Seorang lelaki sebaya ayahnya dan seorang lelaki sebaya abang Yadif Safwan. Dia sekadar menghulurkan senyuman sebagai tanda perkenalan dan hormat sebagai saudara sesama muslim.

Tatkala anak matanya singah kepada seorang wanita sebaya ibunya, segera tangan itu disalam dan dicium dengan penuh hormat.

"Yusra, ayah kenalkan ini sebahagian daripda keluarga bakal mertua Yusra." Haji Shafie memulakan bicara.

Yusra terkaku sebaik sahaja mendengar ayat 'bakal mertua' keluar dari mulut ayahnya. Terasa kesat liur ditelan. Debaran di dada tak usah cerita, rasanya tahap maraton pun belum tentu sama. Inikah perasaan yang bakal menantu rasai bila berjumpa dengan keluarga bakal mertua?

"Ini umi, Tengku Fauziah. Ini abah, Tengku Faisal dan ini anak sulung umi, Tengku Furqan. Si kembar sebelah umi tu, anak Tengku Furqan. Abang, Tengku Farhan dan adik, Tengku Farhana. Kak Engku dan abang, inilah Yusra Saidah. Anak dara saya. Kecil sahaja orangnya." Sambung Haji Shafie memperkenalkan Yusra kepada mereka.

Kekok rasanya apabila menerima kunjungan tetamu bertaraf VVIP itu ke kediaman pondok buruknya. Perasaan kekok ini sama sahaja saat menerima kehadiran tetamu bertaraf VVIP dulu.

Yusra tersenyum lagi. Dia mulai perasan Tengku Furqan itu asyik merenungnya. Naik rimas dia dibuatnya. 'Tengku Fairuz tak datang ke?' Yusra bertanya dalm hati. Untuk bertanya kepada bakal mertua, dia segan. Nanti dikata tak tahu malu pulak.

"Cantik Yusra Saidah. Macam dalam gambar. Patut lah arwah walid berkenaan sangat dengan orangnya." Tengku Fauziah memulakan bicara bagi pihak mereka.

Matanya rasa tenang saat melihat wajah itu di depan mata. Cantik kejadian Allah. Cantik susunan cerita yang Allah aturkan. Bisik hatinya.

Yusra yang mendengar terasa mukanya mula panas. Ayah disebelah mula gelak perlahan. Mungkin ayah turut merasakan anak daranya itu segan bila Tengku Fauziah memujinya secara terang-terangan.


"Abang, adik.. pergilah salam dengan Kak Yusra. Nanti bila Kak Yusra kahwin dengan Pak Ngah, abang dan adik kena panggil. Kak Yusra Mak Ngah yaa" Tengku Fauziah beritahu kepada cucunya di riba Tengku Furqan. Si kembar itu kelihatan malu-malu mahu dekati Yusra.

"Pergilah.." Tengku Faisal pula bersuara.

Si kembar mula turun dari riba papanya dan menapak ke arah Yusra. Tangan Yusra dicium hormat dan kemudian mereka kembali ke riba neneknya. Si adik memandang Yusra sekilas dan mendongak untuk mencari telinga neneknya.

"Tokmi, Kak Yusra cantiklah. Adik suka kalau Kak Yusra jadi Mak Ngah adik." Beritahu si kecil itu jujur.

Yusra tersentak. Mukanya terasa makin panas. 'malunyaaaa' jerit hatinya. Tengku Faisal dan Tengku Fauziah tersenyum.

"Mestilah cantik. Kalau tak cantik, takkan Pak Ngah nak kahwin dengan Kak Yusra." Tengku Fauziah menambah.

Muka Yusra semakin merona merah. Rasanya dah seperti udang kena bakar. Tengku Furqan tersenyum melihat telatah Yusra yang mula kalut. Haji Shafie dan Yusran mula ketawa dengan telatah Yusra. Faham benar perangai Yusra yang kalut.

"Stopped umi... you make her blushing." Furqan cuba menyelamatkan keadaan. Kesian melihat Yusra.

"Yusra, Tengku Fairuz minta maaf sebab dia tak dapat datang sekali. Dia ada hal di Sabah. Dia kirim salam." Tengku Faisal mengalih topik. Kesian pula tengok telatah Yusra yang malu dengan usikan cucu dan isterinya.

"Waalaikummusalam." Balasnya perlahan.

"Ini kad dia. Nanti Yusra contact la dia. Dia sendiri minta Yusra contact dia." Tengku Faisal menghulurkan sekeping kad milik tengku Fairuz kepadanya.

Segera diambil dan sekilas kad itu dipandang. Tertera nama TENGKU FAIRUZ BIN TENGKU FAISAL sekali dengan nombor telefonnya. Yusra meneguk liur. Sudah bermula satu perhubungan baru!

"Fairuz ada beritahu kami yang dia mahukan segala keperluan dia, di uruskan sendiri oleh isteri dia termasuk makan, minum dan pakai. Umi beritahu semua ini kepada Yusra supaya nanti Yusra boleh bersedia sebelum Yusra berkahwin dengan dia." Beritahu Tengku Fauziah. Yusra mengangguk.

"Yusra ni Mak Engku, semua kerja rumah dia yang bereskan. Saya bukan puji dia sebab dia ank saya tapi saya puji dia sebab itulah diri dia sebenar. " Hajjah Sumayah mencelah dari belakang sambil menatang dulang air.

Yasmin Safwah turut kelihatan dibelakang ibunya sambil membawa dua pinggan pisang goreng.

Yusra pandang ibunya dan cepat-cepat mengambil dulang air dari tangan ibunya dan diletakkan di atas meja kopi. Dia kemudian menuang air ke cawan dan menghulurkan kepada tetamu dihadapannya.

Tengku Fauziah tersenyum dengan telatah bakal menantunya.

"Mak Engku balik terus ke malam ni?" Hajjah Sumayah bertanya kepada bakal besannya.

"Kami bercadang bermalam di sini. Furqan dah booked homestay di Kampung La. Banyak lagi yang kita perlu bincangkan untuk majlis tu nanti." Jawab Tengku Faisal bagi pihak dia sekeluarga.

Sudah sedia maklum majlis perkahwinan Fairuz dan Yusran akan berlangsung dalam masa yang terdekat sebelum majlis serahan kuasa dijalankan.

Seperti yang ditetapkan dalam surat wasiat arwah, bakal penggantinya mesti berkahwin dengan anak Haji Shafie iaitu Yusra Saidah. Itu sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh arwah Tengku Ibrahim.

"Kenapa tak tidur sini je abang?" Tanya Haji Shafie kepada bakal besannya pula.

"Eh.. kami tak nak menyusahkan haji sekeluarga." Balas Tengku Faisal merendah diri, itu tujuan utamanya.

"Mana ada menyusahkannya abang, Mak Engku. Cuma kami ni yang risau kalau abang sekeluarga tak selesa tidur di tempat yang macam ni" Hajjah Sumayah mencelah.

Hajjah Sumayah merendah diri. Segan pula rasanya untuk menjemput mereka bermalam di rumahnya. Rumah papan separuh batu. Ruang dapur dan bilik air berbatu manakala ruang tamu dan bilik tidur berpapan. Pasti timbul ketidakselesaan dalam diri keluarga bakal besan.

"Eh.. bukan macam tu Hajjah. Kami cuma tak nak susah kan hajjah sekeluarga. Kami mahu berbesan dengan orang kampung, kami mesti merasa hidup sebagai orang kampung. Meras untuk menambah pengalaman. Kami ni pun orang biasa jugak Hajjah. Dah tak ada kaitan dengan raja-raja tu. Keturunan saja tapi bukan anak raja betul pun." Tengku Faisal berkata jujur cuba untuk membuang perasaan segan dalam keluarga bakal besannya.

Tengku Fauziah dan Tengku Furqan mengangguk, mengiakan kata-kata Tengku Faisal.

"Tak apa lah kalau dah abang Faisal cakap macam tu. Terima kasih sudi menerima kami." Balas Hajjah Sumayah. Satu kelegaan kecil.

"Tidur sini sajalah abang Faisal. Rumah ni nanti jadi bakal rumah anak abang juga." Haji Shafie bersuara pula.

"Emm.. yelah, yelah.. makin ditolak, makin dipaksa pula.. segan pula kita" Kias Tengku Faisal dalam nada bergurau. Mereka sambung ketawa.

"Anak abang lagi dua orang ada kat mana sekarang?" Haji Shafie mengubah topik sebaik ketawa mereka bersisa.

"Fatihah dan Farra? Fatihah masih belajar di Oxford. Dah tahun akhir. Farra pun masih belajar, baru tingkatan 5 di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Hajatnya datang sini boleh singgah jumpa dia tapi dia ke Kedah pula. Ada program kat sana katanya." Jawab Tengku Faisal.


Yusra tersentak.

'Fatihah? maksudnya, Tengku Fatihah binti Tengku Faisal? Itu nama Kak Fatt?' Otaknya mula berteka teki. Mungkin satu kebetulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience