Bab 24 : CBYS

Romance Series 109654

Winter Blue menjadi tema pilihan untuk meraikan majlis menyambut menantu bagi pihak keluarga Fairuz. Segala atur cara majlis diuruskan oleh Tengku Faisal dan isterinya bersama perancang majlis perkahwinan terkenal tanah air. Semuanya dirancang dengan sempurna untuk memberikan kejutan buat anak menantunya.

Segalanya perlu nampak sempurna dengan dekorasi yang menarik dengan menggunakan warna segar seratus peratus.

Pelamin mewah dihiasi dengan juraian kristal yang bergantungan memukau pandangan tetamu yang hadir bagi meraikan cinta pasangan mempelai. Pelamin itu diserlahkan lagi dengan hiasan bunga-bunga dari tona warna lembut dan segar. Sekali pandang seperti berada di kayangan.

Juraian Tirai batu kristal yang digantung di langit ruang legar kelihatan seperti ketulan ais. Manakala taburan serbuk putih di atas lantai melambangkan salji. 'Effect Smoke Machine' juga digunakan untuk memberikan kesan kabus supaya kelihatan sejuk dan menyerikan dewan makan untuk meraikan tetamu yang hadir.

Simbahan lampu neon dan dekorasi pelamin yang mengetengahkan hiasan rona putih sebagai simbolik musim sejuk melatari ruang pelamin dengan gaya yang cukup elegan dan mewah. Lampu LED juga memainkan peranan dengan memancarkan warna putih dan biru disepanjang majlis supaya kelihatan lebih menarik.

Bunga segar menghiasi pelamin, walkway, pintu gerbang, meja tetamu, meja VIP, ruang legar dan bunga tangan. Bunga segar yang diterbangkan khas dari negara Holland, China dan India adalah permintaan dari Tengku Fauziah sendiri. Jenis bunga yang digunakan terdiri daripada Delphiniums Powder Blue, Royal Blue Hydrangea Powder Blue, Mathiola, Babies Breath, Rose, Tulip dan Spray Rose.

Lilin juga dipasang disetiap sudut dan meja untuk menaikkan lagi mood dan citarasa mewah didalam majlis.

Sebaik sahaja pengacara majlis mengumumkan ketibaan kedua mempelai, pintu utama dewan dibuka. Berkumandang alunan kompang kedengaran. Tengku Farhan dan pasangannya, Tengku Farhana mula melangkah masuk sambil membawa bakul yang berisi 'dies petal roses pink' dan petal roses ditabur di setiap langkahnya. Di ikuti oleh Yamin Zafrin dan pasangan, Yasmin Zehra.

"Always hold my hand." Bisik Fairuz di telinga Yusra.

Yusra mengangguk dan tersenyum manis. Tangannya di lengan Fairuz diperkemaskan lagi. Kali ini dia tekad, dia akan cuba untuk melupakan Faiz Iskandar dan menerima Fairuz dalam hidupnya.

Di belakang bidadari dan bidadara kecil, Tengku Fairuz yang segak berpakaian tuxedo serba putih mula melangkah masuk ke dewan legar untuk ke singgahsana yang terhias indah bersama pasangan mempelainya, Yusra Saidah yang kelihatan bak puteri kayangan dalam busana gaun labuh bewarna royal blue.

Gaun labuh berwarna royal blue penuh lace itu dihiasi taburan manik-manik dan batu permata berwarna putih. Manik-manik bunga turut kelihatan di hujung lengan dan dibahagian pinggang ramping Yusra. Tiara kecil turut terletak elok di atas kepalanya yang dibaluti tudung warna senada bersama veil polos. Beberapa kuntum bunga tulip putih digenggam erat di tangan Yusra.

Yusra Saidah berhati-hati dalam mengatur langkah. Lengan Fairuz dipeluk erat. Takut tersalah langkah dengan high heels nya. Dia bukannya biasa memakai high heels. Dibuatnya dia tersadung, tujuh keturunannya akan dimalukan. Nauzubillah! Dalam hati, dia sentiasa berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancangkan oleh mertuanya.

* * *


"Surah Ar-Rum ayat 21: maksudnya :-
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan Rahmat Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kaum sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang dekimikan itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda orang yang berfikir."

Pengacara majlis memulakan majlis dengan membaca sepotong maksud ayat Al-Quran sebagai pembuka majlis selepas pasangan mempelai tiba di singahsana indah. Seterusnya, pengacara majlis menjemput sahabat karib Tengku Faisal untuk mengetuai bacaan doa, semoga majlis ini diberikan keberkatan sepanjang sedang berlangsung.

"Setelah mengenal hati budi masing-masing, kedua belah pihak keluarga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan pada sebulan yang lepas, dan pada hari yang penuh bersejarah ini, janji sepakat yang telah dibuat dan telah ditunaikan dalam majlis yang penuh berbahagia ini" Kata emcee lagi.

Yusra menundukkan pandangan bila perasan Fairuz merenungnya dari sisi. Tangannya yang masih dalam genggaman Fairuz dipandang.

"Walaupun aku tak tahu apa penyebab kau menangis pada malam tu, tapi aku sentiasa ada untuk kau," kata Fairuz perlahan. Matanya menikam anak mata Yusra.

Yusra mengangguk dan membalas genggaman tangan Fairuz. Teringat perbualannya dengan Aishah beberapa hari yang lepas.


* * *


"Yus, tak salah kalau kau terus lupakan Abang Iz. Lagipun dia dah lupakan kau. 7 tahun dia sepi Yus. Tak kan lah kau masih berharap pada dia lagi?" Aishah bersuara tegas. Tangan Yusra digenggam erat.

Sejak kejadian di rumah Mak Chik 3 hari lepas, Yusra Saidah meminta izin Fairuz untuk membenarkan dia berjumpa Aishah di UKM yang terletak tidak jauh dari Putrajaya.

"Aku rasa ini lah masa yang tepat untuk kau lupakan abang Iz dan terima suami kau dalam hati kau. Terima dia dengan ikhlas. Seikhlas hati kau semasa kau ikhlas menerima abang Iz dulu. Abang Iz sejarah kau dan Ruz masa depan kau. Syurga kau, Yus," kata Aishah lagi.

"Aku janji Shah, aku akan cuba cintakan suami aku seperti mana aku cintakan Abang Faiz dulu. Lagipun dia dah lama buang aku dari hati dia." Sayu kedengaran suara Yusra bersama linangan air mata di pipi.

* * *


"Hadirin sekalian, suka duka, kisah cinta, pahit manis sewaktu berkasih dan diijabkabulkan. Ingin dikongsikan oleh kedua ibubapa mempelai, buat hadirin sekalian yang hadir, sama-sama kita saksikan persembahan multimedia."

Tayangan slide dimulakan di skrin. Lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir bergema. Lampu dewan dimalapkan sedikit.

Tanyangan pertama gambar Fairuz ketika bayi. Kemudian gambar Yusra ketika bayi pula ditayangkan. Gambar Fairuz meriba Yusra yang baru berusia beberapa bulan. Gambar Fairuz memeluk Yusra dari di usik oleh abangnya dan sepupu-sepupunya. Ketika itu Fairuz berumur 7 tahun dan Yusra berumur 2 tahun. Gambar Fairuz menyuap Yusra makan bubur. Semuanya sekitar linkungan umur yang sama.

"Gambar kita ke?" tanya Yusra kepada Fairuz disebelahnya. Dahi sudah berkerut.

Fairuz mengangguk dalam senyumannya.

"Aku pun tak tahu bila gambar tu diambil. Eh bukan aku tak tahu, tapi aku tak ingat. Nanti aku cerita bila selesai majlis."

"Okay.. ni yang bersemangat nak tahu ni." Yusra menjawab. Pegangan di tangan Fairuz diperkemaskan lagi.

Kemudian beralih pula pada gambar seterusnya, gambar Fairuz dan Yusra di zaman sekolah rendah dan menengah.

"Kau memang cantik dari zaman sekolah lagi ke?" tanya Fairuz pula.

Yusra menampar lengan Fairuz. Segan pula bila Fairuz cakap dia cantik. Cantik? serius Fairuz cakap dia cantik tadi?

Seterusnya zaman Fairuz melanjutkan pelajarannya ke Ireland. Ketika gambar tersebut ditayangkan, sekali lagi dada Yusra diserang rasa debaran yang tidak menentu bila ada beberapa keping gambar Fairuz bersama sepupunya, Faiz Iskandar. Sekilas Yusra memandang Fairuz yang masih tersenyum melihat gambar yang ditayangankan. Berbeza dengan perasaan Yusra. Gundah gelana.

"Tu gambar aku dengan sepupu aku. Sepupu yang paling rapat dengan aku," beritahu Tengku Fairuz walaupun Yusra tidak bertanya.

Seterusnya gambar Yusra berpayung pula ditayangkan. Gambar pertama yang menjadi tatapan Fairuz dulu.

Yusra terkedu melihat gambar berkenaan. Seingatnya gambar itu ada dalam album mini di rumah Haji Shafie. 'Macam mana boleh ada kat sini?'

"Disebabkan gambar tu, aku terus setuju untuk teruskan majlis kita," jawab Tengku Fairuz senada tanpa menoleh pada Yusra.

"Demikian tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar-gambar pasangan mempelai yang kita raikan hari ini dari zaman kanak-kanak sehingga mereka dewasa dan seterusnya menjadi sepasang suami dan isteri. Untuk makluman hadirin sekalian, keluarga pasangan mempelai kita sebenarnya saling mengenali antara satu sama lain sejak dari kecil lagi dan telah berjanji untuk satukan mereka apabila mereka dewasa. Sesungguhnya jodoh itu milik Allah, selepas 20 tahun berpisah, akhirnya mereka disatukan," beritahu emcee lagi.

Lagu Kenny-G, Forever in love pula berkumandang. Tepukan dari tetamu yang hadir bergema di setiap sudut dewan. Lampu dinyalakan kembali. Emcee menjemput para hadirin menikmati juadah yang disediakan dan mengalu-alukan kedatangan tetamu yang baru tiba. Pengantin dibawa ke meja makan beradab bagi menikmati hidangan yang disediakan sebelum ke acara memotong kek.

"Saya mengumumkan ketibaan tetamu yang teristimewa buat mempelai kita iaitu seseorang yang baru tiba dari oversea." Emcee membuat pengumuman secara tiba-tiba kerana tiada dalam aturacara majlis.

Fairuz dan Yusra berpandangan seketika sebelum memandang ke ruang legar dewan. Para tetamu juga melakukan hal yang sama. Seorang lelaki segak berpakaian tuxedo hitam melangkah masuk ke dewan. Dia memakai topeng mata yang menutup separuh mata. Agak susah untuk meneka siapakah gerangan tetamu teristimewa pengantin itu.

Manakala disisinya, sedang berdiri seorang gadis anggun dengan memakai jubah moden dan selendang yang dililit kemas di kepalanya. Gadis itu juga mengenakan topeng muka. Tangan si gadis kemas memeluk lengan si jejaka. Berhati-hati dalam mengatur langkah dan mereka akhirnya berdiri dihadapan Fairuz dan Yusra.

Seketika mereka berempat berpandangan.

'Awkward nya rasa! Siapa dia ni? Kenapa pandang macam tu?' Jerit Yusra dalam hati. Dia menunduk bila menyedari bebola mata si jejaka di hadapannya merenung tajam wajahnya. Timbul perasaan kurang selesa.

Si jejaka misteri sudah mengukir senyuman. Perlahan-lahan tangannya meraba tali topeng dibelakang kepalanya dan menjatuhkan topeng muka. Begitu juga dengan gadis disebelahnya.

Fairuz sudah tersentak. Tidak menyangka mereka hadir sebagai 'tetamu istimewa pengantin'. Fairuz terus menerpa dan memeluk mereka erat.

Manakala Yusra masih terpinga-pinga. Siapa mereka, adakah mereka...,

"Hadirin sekalian, memperkenalkan tetamu istimewa pengantin kita pada hari ini, Tengku Faiz Iskandar dan Tengku Fatihah. Sepupu dan adik kepada pengantin lelaki kita."

Mendengarnya dari emcee, Yusra Saidah terlopong. Faiz? Abang Iz? Dan ini Kak Tehah? Wajah kedua-duanya dipandang bergilir-gilir. Masih tidak percaya orang yang dicari-cari dan ditunggu-tunggu berada di hadapan dia. Tengku Faiz Iskandar yang masih dipeluk Tengku Fairuz dipandang. Wajah itu makin segak dari dulu. Dan Tengku Fatihah dihadapannya dipandang. Makin cantik dan anggun. 'Patut lah Abang Is sanggup jaga Kak Tehah kat sana.'

"Terima kasih Is, Tehah. Akhirnya korang balik jugak untuk majlis aku." Fairuz sudahpun melepaskan pelukannya. Bahu sepupunya ditepuk mesra.

Yusra menghulurkan tangannya kepada Tengku Fatihah. Lambat-lambat tangannya disambut. Tiada senyuman buatnya.

"Sorry Ruz. Plan last minute. Nasib baik ada flight," jawab Tengku Faiz Iskandar.

Matanya mengintai Yusra Saidah disebelah Fairuz. Cantik! Sama macam dalam gambar yang Fairuz hantar hari tu.

"Tak apa Is. Kau dengan Tehah dah ada depan mata aku sekarang ni pun dah syukur sangat dah. Eh, jom la duduk. Nanti kita borak panjang. Lupa, sayang ni adik abang dan sepupu abang, Tengku Fatihah dan Faiz Iskandar." Fairuz memperkenalkan mereka.

Yusra mengangguk dan mengukir senyuman.

'Saya dah kenal diorang lagi lama dari saya kenal awak, Fairuz.' Hatinya berbisik.

Share this novel

Sm.mh (Tulip Haura)
2020-11-03 21:42:00 

xsuka.. smua xsuka yusra.. huhu

LyaSuffiya
2020-11-03 21:40:07 

tehah xsuka kn yusra ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience