Bab 57 : CBYS

Romance Series 109654

Hujung minggu yang damai dan tenang, itulah yang di rasakan oleh Tengku Fairuz. Usai berjogging tadi, dia menempel di meja pulau, saja ingin kacau sang isterinya yang tengah menyediakan sarapan mereka. Tuala kecil yang tergantung di lehernya, di tekup ke muka. Mengesat peluh yang masih merembes keluar.

Seminggu sekali dapat jogging buat badan rasa ringan. Salah satu aktiviti yang boleh meredakan stress berkerja. Gelas kaca dicapai lalu dituang air kosong ke dalamnya. Matanya masih tidak lepas dari merenung sang isteri.

Melihat isteri sibuk di dapur buat dia rasa bahagia. Tak sangka zaman sekarang masih ada lagi anak dara yang sibuk di dapur awal-awal pagi. Syukur di atas didikan ibu mertuanya. Ternyata arwah datuk tidak salah pilih cucu menantunya. Yusra dipandang sayang. Tak jemu memandang wajah yang polos itu sejak dari hari pertama mereka berkahwin sehingga kini.

Susuk tubuh Yusra dari belakang di pandang. Yusra kini lebih selesa berpakaian santai dengannya. Berubah terus pemakaian isterinya kalau berada di rumah mereka. Pagi ini Yusra santai memakai midi dress kuning bercorak polka-dot, berlengan pendek dan labuhnya paras lutut. Ada hiasan reben putih di atas bahu. Menampakkan Yusra seperti remaja belasan tahun. Ada apron bergayut di leher dan talinya pula diikat di bahagian pinggang rampingnya.

"Kenapa abang pandang Yusra macam tu?" Tegur Yusra bila tertangkap Fairuz sedang merenungnya.

Yusra meletakkan telur rebus yang dihancurkan dan digaul bersama sedikit mayonis dan serbuk lada hitam di atas meja pulau. Di hadapan Fairuz.

"Beautiful... a beautiful wife."

"Beautiful? Sayang macam ni pun beautiful ke?" Tangannya naik tunjuk dari atas ke bawah, menanti jawapan sang suami.

Fairuz jongket sedikit keningnya lalu sambung minum air putih yang masih berbaki.

Sekejap sahaja Yusra begitu sebelum tangannya kembali menyiapkan sarapan untuk suaminya. Roti disapu planta, diletakkan salad kemudian letak telur hancur, di hiasi dengan hirisan sosej, hirisan tomato dan kembali tutup dengan roti di atasnya. Pisau pula dicapai dan dipotong roti menjadikan bentuk segi tiga.

"Macam mana pun sayang, tetap beautiful di mata abang. Abang suka tengok sayang macam ni tau. Macam budak-budak." Fairuz kenyit matanya. Ada ulas senyuman nakal diberikan pada Yusra.

"Macam budak-budak? Excuse me Tengku Fairuz, I'm just 20 years old okay.." Ujar Yusra sambil matanya dijuling ke atas dan tangannya di letak ke bahu.

Fairuz gelak bila itu respon Yusra. Ya, itulah hakikat. Isterinya masih budak-budak tapi budak yang matang.

"If one day, sayang dah tak cantik?''

"Tetap cantik di mata abang. Sayang cantik bukan sebab rupa saja tapi sebab peribadi sayang." Balas Fairuz.

Yusra menggeleng. Tidak suka bila ada yang terlalu memujinya.

"Abang saja je cakap macam tu kan? Dah la makan dulu. Nanti mandi. Belengas dah sayang tengok abang ni." Yusra menampar sedikit tangan suaminya. Bersarapan di meja pulau saja sudah memadai buat mereka berdua.

"Belenggas? bukan ke yang tengah belenggas ni ke Yusra suka peluk?"

"Mana ada... Yusra suka yang tengah hensem, kacak, bergaya.. Yang macam ni tak nak.."

"Ye ke tak nak? Meh sini nak try.." Fairuz acah-acah mahu turun dari kerusi bar mahu mendapatkan Yusra.

"Eiii.. tak nak la abang..."

Sama-sama gelak sambil meneruskan suapan masing-masing.

"Minggu depan kita balik Besut nak?" Tiba-tiba Fairuz mencelah selepas menghabiskan roti sandwichnya. Yusra angkat muka.

"Kenapa tiba-tiba nak balik Besut?" Tanyanya sedikit hairan.

"Abang rindu nak mandi sungai, nak jalan-jalan tengok view kampung."

"Oohhh... okay.. set, kita balik kampung. Nanti kita pack barang. Sayang pun dah lama tak jumpa ibu dan ayah." Jawab Yusra.

Matanya terus bersinar cahaya. Siapa yang tak suka, kalau dapat balik kampung sendiri kan? Melebar terus senyumannya.

Fairuz turut tersenyum melihat senyuman lebar isterinya. Kadang-kadang benda simple pun boleh buat Yusra gembira. Ya, itulah isterinya.

* * *


Tengku Faiz Iskandar termenung di tapi kolam ikan buatan yang menghiasi sebahagian landskap taman mini rumah keluarganya. Hatinya merewang, tengah fikir kan seseorang. Seseorang yang mampu dilihat namun jauh untuk dicapai dengan tangannya.

Yusra Saidah, dia masih berharap... bahawa perempuan yang bernama Yusra Saidah itu bukan 'Saidah' dia. Selagi tiada keputusan dari penyiasatan Naufal, selagi tu dia menaruh harapan walaupun cuma 0.01%.

'Saidah.... maafkan abang Faiz.' Sekali lagi dia hela nafas panjang. Tangannya naik meraup mukanya.

"Jauh termenung Is."

Tegur Tengku Faridah seraya melabuhkan duduknya di gazebo yang terletak tidak jauh dari tempat Faiz Iskandar berdiri. Dari tadi lagi dia memerhati tingkahlaku anak bujangnya. Dia tahu tentu ada sesuatu yang tengah merungsingkan fikiran anaknya.

Faiz Iskandar toleh ke belakang bila terdengar suara ibunya. Segaris senyuman nipis terukir sebelum dia kembali ke posisi asalnya.

"Tak keluar ke hujung minggu ni?" Tanya Tengku Faridah lagi.

Kepulangan Faiz dari luar negara amat bersyukur, sekurang-kurangnya Faiz Iskandar dekat dengannya. Sudah lebih 9 tahun Faiz merantau ke negara orang putih itu, akhirnya dia balik ke tanah air juga. Kali ini kepulangan Faiz sangat bermakna, bila Faiz mahu menetap terus di sini. Ibu mana yang tidak gembira.

"Tak keluar mama. Tak ada geng." Jawab Faiz Iskandar.

"Tak ada geng, kenapa?" Tanya mamanya lagi. Cuba mengambil perhatian Faiz Iskandar untuk berborak dengannya. Sekaligus dia ingin tahu punca masalah Faiz Iskandar.

Faiz berpusing tubuh, mengatur langkah ke arah ibunya. Dia duduk di sebelah ibunya. Wajah tua Tengku Faridah dipandang.

"Ye lah mana ada geng dah sekarang ni mama. Syah dah ada family, Ruz pun dah ada wife. Amm pulak sibuk outstation je sekarang ni. Tinggal Is je sorang-sorang." Ada hela nafas berat di hujung ayat. Tengku Faridah tatap wajah anak bujangnya.

"Is ada masalah ke?"

"Tak ada lah mama. Is okay je. Mungkin penat kerja kat office kot." Dalih Faiz Iskandar.

Mukanya dilarikan dari terus menjadi tatapan mamanya. Mama pandai membaca hati orang, jadi tak mustahil kalau mama tengah membaca hatinya. Dia harus pandai kawal rentak supaya tidak kelihatan canggung depan mamanya.

Tengku Faridah tersenyum mendengar alasan anak bujangnya.

"Is masih ingatkan Idah ke?" Tembak Tengku Faridah terus mengena ke dasar hati Faiz Iskandar. Malas mahu berdolak dalih.

Faiz Iskandar terkaku sekejap. Tidak tahu mahu berikan reaksi yang bagaimana. Mahu menafikan atau mahu mengaku?

"Idah mana mama?" Tanyanya. Ada getar dalam nadanya, menahan rasa gugup yang tiba-tiba datang.

"Saidah." Satu patah sahaja yang di jawab oleh Tengku Faridah.

Faiz mengangkat kepalanya dihalakan terus matanya kepada mamanya. kening sengaja dikerutkan. Biar lakonan nampak real.

"Saidah? Saidah yang mana pula ni Mama?"

"Saidah kawan Fatihah." Jawab Tengku Faridah. N adanya juga sudah bertukar serius.

"Oo.. Saidah tu.. Kenapa dia ma?"

Tengku Faridah cuma pandang Faiz Iskandar. Minta jawapan.

"Dah 7 tahun berlalu ma. Tak kan Is masih ingat dia." Faiz cuba berdalih lagi.

"Is mungkin boleh tipu orang lain, tapi tidak mama. Is anak mama, bukannya orang lain. Mama kenal Is. Kalau Is dah tak ingat dia lagi, kenapa Is masih simpan beratus-ratus gambar dia dalam laptop Is? Kenapa masih tengok gambar-gambar dia?" Tembak Tengku Faridah lagi. Satu per satu kena tepat pada Faiz Iskandar.

Faiz Iskandar bungkam. Perlahan-lahan kepalanya menunduk. Kedua tangan menongkat dagu.

"Walaupun sudah 7 tahun berlalu, mama... Memang Is masih ingat dia lagi. Is tak mampu nak tipu diri Is, Ma. Is masih sukakan dia. Is tak pernah lupa dia walaupun Is pernah cuba untuk lupakan dia." Keluh Faiz Iskandar di hujung ayatnya. Kesal dengan tindakan bodohnya dulu.

"Saidah... isteri Fairuz kan?"

"Mana mama tahu?"

"Pertama kali mama jumpa Saidah masa kenduri diorang dulu, masa tu mama dapat rasa dia seseorang yang mama kenal. Walaupun dah lama tak jumpa tapi mama yakin dia, Saidah. Masa majlis resepsi diorang, Mak Ngah ada tunjukkan gambar diorang masa kecik, masa sekolah, masa tu tanggapan mama tak salah. Yusra Saidah sama dengan Idah.." Jawab Tengku Faridah.

Faiz menekur lantai.

"Mama tahu Is suka Idah. Dari dulu lagi mama tahu. Mama tak halang Is kalau Is suka Idah tapi bila Idah dah jadi isteri orang, dan dia juga ahli keluarga kita, mama rasa Is patut lupakan dia. Terima dan ikhlaskan hati yang dia bukan jodoh Is." Tangannya genggam erat tangan Faiz. Jeda sebentar sebelum menyambung..

"Mama tak sangka.. Yusra Saidah, Idah dan 'baby girl' dulu tu adalah orang yang sama. Dulu Is dan Ruz suka sangat berebut nak main dengan baby tu, dan sampai korang gaduh sebab Ruz tak bagi Is sentuh baby tu.. rupa-rupanya, baby tu dah jadi isteri dia sekarang. Is selalu mengalah bila Ruz marahkan Is sebab baby tu, jadi sekarang tak salah kalau sekali lagi Is mengalah.. Tak guna Is berebut dengan Ruz lagi sebab Idah dah jadi milik Ruz secara sah." Ujar Tengku Faridah. Menasihati Faiz secara halus.

Setiap patah perkataan dari bibir mamanya meresap masuk ke dasar hati Faiz Iskandar. Betapa sukar dan perit yang dia rasa. Sukar untuk terima hakikat Saidah itu Yusra Saidah. Perit juga yang dia rasa akibat dari tindakan bodohnya. Sepatutnya dulu dia teruskan rancangannya sebelum Tengku Fatihah melibatkan diri.

"Tapi ma.. Is tetap taruhkan harapan yang Idah tu bukan Yusra. Is akan dapatkan jawapan. Kalau betul Idah tu Yusra, kenapa dia tak kenal Is dengan Tehah masa kami mula-mula jumpa, masa majlis dia dulu? Tehah tu kakak angkat dia, tak kan dia lupa." Faiz cuba menegakkan benang yang basah walaupun jelas tidak mampu bertahan lama.

"Jawapan kepada soalan yang tu, Is kena tanya Idah sendiri. Jawapan tentu ada pada dia. Mama pun tahu Tehah sukakan Is. Tak salah kalau Is cuba bukakan hati Is untuk terima dia.. sampai bila Is nak lari dari dia?"

Faiz mengeluh. Buka topik pasal Fatihah, dia rasa hatinya membara. Kalau bukan sebab Fatihah tak mungkin dia jadi macam ni!

"Is tetap akan cari jawapan tu mama. Selagi Is tak jumpa. jawapan tu, selagi tu Is rasa ada harapan yang Idah bukan Yusra." Ada penegasan dalam suaranya.

Tengku Faridah mengangguk. Faiz Iskandar anak yang baik, mendengar kata tapi tetap ada unsur kedegilan.

* * *

_I will be back tomorrow_ ~Tehah

Berkali-kali Faiz Iskandar baca WhatsApp dari sepupunya. Cerna maklumat di sebalik 5 patah perkataan itu.

"Not now Tehah.. Not now!" Dengus Faiz kasar. Tangan naik ke dahi. Picit pelipis kepala.

_why now? why do you suddenly want to come back here?_ ~Iskandar

_Seriously, tu cra kau sambut berita kepulangan aku?_ ~Tehah

_so?_ ~Iskandar

_Kau tak suka aku balik?_ ~Tehah

_I never forced you to come back here, AND I never forced you to stay there. Only you always push me!_ ~Iskandar

Geram. Itu yang ditaip. Kali ini dia akan bertegas dan tak akan sesekali jatuh dalam permainan Fatihah lagi. Itu janjinya.

_Wowww... that's you, Faiz Iskandar?_ ~Tehah

_Yes, I'm!_ ~Iskandar

_Aku dah tahu SEMUANYA, Tehah! _ ~Iskandar>

_Sampai bila kau nak tipu aku?_ ~Iskandar
_Aku tipu kau apa?_ ~Tehah

_Aku tak akan bagitahu kau tentang perbuatan kau sendiri. Aku berharap suatu hari nanti kau sendiri datang minta maaf dengan aku._ ~Iskandar

_Is, kau cakap apa ni? Apa yg dh aku buat??_ ~Tehah

Faiz Iskandar mengeleng kepala beberapa kali. Pandai kau Tehah. Kau berlagak sopan dengan aku sedangkan semua ni kau punya rancangan. Sekarang aku dah betul-betul masuk dalam perangkap kau. Aku bodoh sebab ikut kata kau, aku percayakan kau sebagai sepupu aku. Ikatan yang terbina tak mampu terlerai dengan mudah.

_Please Tehah!_ ~Iskandar

_Please, tolong jangan balik sekarang. Kalau kau masih hormatkan aku, siapa aku pada kau, jangan balik sekarang. Give me some time to accept everything._ ~Iskandar

"Everything can be crowded if you are here now"

Perlu flashback balik apa yg jadi? tq 19k views

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience