Awal pagi lagi Zafran sudah berangkat ke tempat kerja.Aku masih berbaring di sudut kamar.Selimut masih membalut tubuhku.Kepalaku agak sakit sedikit kerana semalaman menangis.Tidurku juga tidak seberapa cukup.Aku merasakan tulang belakangku seperti dah patah.Segala sendi-sendi ku terasa sakit.Sepertinya aku malas untuk bangun.Badanku terasa lemas,namun aku harus bangun.Aku kena turun membantu Mak Tam di dapur.Aku takut jika dia anggap sebagai menantu pemalas.Aku bangun dan mengemas tempat tidurku.Ku lihat katil Zafran sudah kemas.Selimutnya sudah tersusun rapi.Cadarnya sudah berganti.Aku akui,Zafran memang seorang yang pembersih.Hatiku sedikit kagum.Tidak ramai lelaki yang pembersih seperti dirinya.Aku lantas ke bilik air untuk membersihkan diri.Setelah selesai,aku lantas turun ke dapur untuk bertemu Mak Tam jikalau ada kerja yang boleh aku bantu.Aku masuk ke ruangan dapur.Di sana ada Mak Tam dan Datin Aida.Aku berniat untuk menyapa mereka.Namun melihat riak wajah datin Aida,aku hanya mematikan niatku.Datin Aida memandangku tajam.
"Bertuah punya menantu.Hey Zara,kau tengok jam sekarang dah jam berapa.Orang lain awal pagi lagi dah bangun turun sediakan sarapan untuk suami.Kau pula dengan senang hati tidur lena tak turun sediakan sarapan untuk anak aku",serkah Datin Aida memarahi ku.Aku tunduk memandang lantai.
Aku tidak menjawab kerana aku sedar akan kesilapanku itu.
"Jangan kau ingat kau kahwin dengan anak aku,kau boleh senang hati je buat rumah ni macam rumah kau.Cermin sikit diri kau tu",marah Datin Aida lagi.
"Patutlah keluarga kau tak pernah maju,rupanya begini cara hidup Korang Yee",sindir Datin Aida.Pedas telingaku mendengar sindiran itu.
Hatiku sangat geram.Aku tak kisah kalaupun dia nak hina aku,tapi jangan kaitkan keluarga aku.Aku memang tak suka.Ikutkan hati nak saja aku robek robekkan mulut Datin Aida.Tapi bila fikirkan balik,dia sudah jadi mertua ku,itu sama saja dengan menjadi ibu kandungku.Aku tidak punya kekuatan untuk membalas semua kata-katanya.Mak Tam yang ada bersebelahan dengan Datin Aida juga hanya diam membisu.Tidak berani menegur Datin Aida.
Melihat aku membisu,kemarahan Datin Aida semakin membuak-buak.Benci sangat dia memandang aku.
"Selepas ini,kau tolong Mak Tam bersihkan keseluruhan ruangan rumah ini.Faham!",kata Datin Aida kasar.Dia lantas meninggalkan aku dan Mak Tam di dapur.Perlahan aku mendekati Mak Tam.
"Mak cik,apa yang Zara boleh bantu",tanyaku lembut.
Mak Tam memandang wajahku dengan sayu.Dia faham perasaanku saat itu.Dia menepuk-nepuk belakangku lembut.
"Sabarlah zara,Datin memang seperti itu",pujuk Mak Tam.
Aku hanya tersenyum tawar memandang Mak Tam.
"Tak pe Mak cik,Zara okay je",kataku cuba menyembunyikan perasaanku sebenarnya.Mak Tam tahu aku berbohong.Namun aku biarkan saja.Aku cuba berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.Jujur saja hatiku sakit.Terkadang aku kesal,mengapa ingin menjadikan aku menantu sedangkan mereka tidak menyukai ku.Aku teringat akan kata-kata ibuku dahulu.Saat aku tahu jika keluarga Zafran ingin melamar ku.Semuanya bermula dari sekeping wasiat tinggalan arwah datuk Zafran.Tapi mengapa harus aku.Mengapa tak orang lain sahaja.Terkadang aku tertanya-tanya,mengapa Tuhan memberiku takdir seperti ini.Aku sungguh tidak mampu untuk melaluinya.Tapi ibuku selalu mengatakan bahawa setiap ujian yang diberikan kepada setiap insan,akan di berikan sesuai kemampuannya.Kata-kata itulah yang menjadikan aku tabah untuk menghadapi segalanya.Walau serumit manapun masalah,pasti ada jalannya.Semua yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Zara sarapan lah dulu.Dah sarapan barulah tolong mak cik,"kata Mak Tam memecah kesepianku.
"Zara tak lapar lagi mak cik.Nanti dah lapar baru Zara sarapan Yee",jawabku.
sebenarnya aku lapar,tapi selera ku dah hilang saat dimarahi oleh mentuaku sebentar tadi.
"Kalau macam tu,tolong mak cik lap meja tu je.selebihnya biar Mak cik yang siapkan",kata Mak Tam.
Aku hanya mengangguk tanda setuju.
Perusahaan Fashion International
"Aku rasa aku nak pindah rumah sendirilah",kata Zafran selesai sahaja meeting dengan staf bersurai.
Joe yang sedang menyusun fail-fail di bilik mesyuarat memandang Zafran sekilas.
"kau tak rasa ke terlalu awal sangat nak pindah",soal Joe.
"Jauh sangat nak ulang alik dari tempat kerja nak balik rumah",jawab Zafran selamba.
"Bagilah family kau kenali Zara tu dengan lebih dalam dulu.Barulah kau fikir nak cari rumah baru",kata Joe memberi pendapat.
"Itu aku tak kisah.Aku nak kerja aku senang sikit.Aku kira nak cari rumah berhampiran dengan tempat kerja",kata Zafran.Dia mengetuk-ngetuk meja di hadapannya itu.
"Sebelum ni okey je kau ulang alik dari rumah ke tempat kerja.Tak de pun kau merungut sebelum ni.Ni dah kawin lain pula ceritanya.Ke kau nak privasi dengan isteri cantik kau tu",tanya Joe dengan nada bergurau.
Zafran memandang Joe geram lantas membaling Joe dengan pen di tangannya.Joe sempat mengelak.Dia ketawa terbahak-bahak memandang Zafran.
"Kau ni,kalau nak sembang dengan aku,cuba jangan buat aku sakit hati sikit.memanglah sebelum ni aku tak merungut tentang ni.Itu sebabnya aku tak punya alasan nak pindah.Sekarang aku dah kawin,aku dah ada alasan yang sangat kukuh untuk pindah keluar rumah",jelas Zafran dengan nada geram.Joe yang masih ketawa segera menutup mulutnya.Takut temannya itu memarahinya.
"Okay okay,so bila plan kau nak cari rumah",tanya Joe serius.
Zafran berfikir sejenak.
"Hujung minggu ni temankan aku cari rumah yang berhampiran okay",ajak Zafran.
"Okay" jawab Joe ringkas.
Selesai mengemas semua fail-fail yang berselerak di atas meja,Joe dan Zafran keluar dari bilik mesyuarat untuk Melawati tempat program yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Dato' Mazlan dan Datin Aida baru sahaja sampai di sebuah restoran mewah.Peguam Lee yang menguruskan tentang wasiat ayahnya sudah sedia menunggu kedatangan mereka.
"Dah lama tunggu ke",tanya Dato' Mazlan.Tangan di hulur untuk berjabat tangan dengan peguam di hadapanya itu.Datin Aida duduk tanpa di pelawa.
"Tak juga lama Dato'",jawab peguam Lee.Mereka berdua duduk.
Peguam Lee mengeluarkan sebuah fail berwarna hitam.Ditariknya satu sampul berwarna biru tua di celah-celah fail tersebut.Itulah wasiat yang sudah di tulis oleh Arwah ayahnya.
"Menurut wasiat ini,setelah anak Dato',Zafran bernikah dengan Zara Zya anak kepada teman ayah Dato'30 peratus syer syarikat akan jatuh ke tangan zafran.20 peratus untuk Zara Zya,25 peratus untuk Dato' dan datin,selebihnya untuk cucu Dato' nanti",terang Peguam Lee dengan panjang lebarnya.
Setelah mendengar isi wasiat tersebut Datin Aida menjadi sangat marah.
"Kenapa Zara juga ada",tanya Datin Aida geram.
Dato' Mazlan mencuit tangan Datin Aida.
"Awak ni,biar peguam Lee habiskan penerangannya dulu",kata Dato' Mazlan.Mulut Datin Aida terkumat-kamit merungut.
"Teruskan peguam Lee",arah Dato' Mazlan.
"20 peratus untuk Zara Zya tu adalah untuk membalas jasa baik keluarga Zara.Untuk 25 peratus yang di berikan kepada anak mereka nanti akan di keluarkan saat anak itu lahir.Jika mereka tidak mempunyai zuriat,automatik syer itu akan jatuh ke tangan anak Zafran dengan orang lain sekiranya En.zafran berpoligami",terang Peguam Lee lagi.Sekiranya En,Zafran tidak mempunyai zuriat selama Tiga tahun akan datang,syer itu akan di salurkan kepada badan amal kebajikan",tambah Peguam Lee lagi.
Datin Aida tersenyum setelah mendengar keterangan yang di berikan oleh peguam Lee tadi.Dia sudah mengatur plannya tersendiri.
"Sekiranya Zafran bercerai dengan Zara,apakah Zara masih memegang 20 peratus syer tersebut",tanya Datin Aida penuh minat.
"Sekiranya mereka bercerai,syer itu tetap menjadi hak mutlak Zara zya melainkan Zara sendiri yang menandatangani surat perpindahan hak milik kepada datin sekeluarga",jelas peguam Lee.
Senyuman Datin Aida semakin mekar.Dia masih mempunyai rancangan untuk mendapatkan syer yang dimiliki oleh Zara.
"kalau suda tiada apa-apa pertanyaan lagi,saya akan fax kan kepada Dato' tarikh untuk menandatangani penyerahan wasiat ini kepada Dato' sekeluarga.Pastikan En.zafran dan isterinya juga hadir",kata peguam Lee.
"Baiklah peguam Lee,terima kasih sudi luangkan masa untuk kami",ucap Dato' Mazlan penuh hormat.
"Sudah menjadi tugas saya untuk menyampaikan wasiat ini Dato'"jawab peguam Lee sambil tersenyum.Setelah meminta diri,peguam Lee segera berlalu pergi.Begitu juga Dato' Mazlan dan Datin Aida.
Vila Angsana
Aku tersandar lemah di sofa.Badanku terasa sangat letih.Aku baru selesai membantu Mak Tam menyapu keseluruhan ruangan rumah.Aku rasakan tenagaku seolah-olah sudah ku gunakan sepenuhnya.Mak Tam mendekati aku dengan wajah simpati.
"Zara naiklah berehat kat bilik tu",kata mak Tam.
"Kejap lagi mak cik.Letih sangat badan Zara ni",luahku.Aku menyandarkan seluruh badanku di atas sofa.Tenagaku suda tiada lagi.Aku tidak pernah seletih ini sebelumnya.Mak Tam meninggalkan aku sendirian di ruang utama itu.Dia menyambung semula kerjanya yang lain.
"Lebih baik aku berehat dalam bilik",bisikku perlahan.Aku bangun dan bergegas ke bilik.Sesampainya di dalam bilik,Ku rebahkan badanku di atas lantai,aku berkira hendak baring sebentar di atas tilam,tapi boleh teringatkan amaran Zafran aku jadi sangat takut.Aku batalkan niatku itu.Aku cuba lelapkan mataku dan berusaha untuk tidur sekejap.Saat ini aku sangat merindukan tilam di dalam bilik ku.walaupun tilam milikku di rumah tidak setebal tilam milik Zafran,tapi sekurang-kurangnya aku tidak tidur di atas lantai seperti sekarang.Aku tidak tahu sampai bila aku akan tersiksa seperti ini.
Sebuah kereta Vios berwarna putih memasuki perkarangan rumah banglo milik keluarga Zafran.Datin Aida dan Sofia turun dari kereta.
"Sofia tak sabarlah nak tengok perempuan kampung yang dah rampas Zafran dari i",kata Sofia sambil Memegang tangannya Datin Aida manja.
"Biasa-biasa jela,mami pun tak sabar nak halau dia keluar dari rumah ni.Dia ingat nak tumpang senang kat rumah ni je.Macam la mami tak faham perangai orang kampung ni",kata Datin Aida geram.Mereka memasuki ruang utama bersama-sama.
"Zara! Zara!", laung Datin Aida kuat.Suaranya memenuhi ruangan banglo tersebut.Sofia duduk dengan penuh gaya di atas Sofa sambil menunggu kedatangan aku.
Mak Tam yang mendengar panggilan dari majikannya itu lantas berlari-lari anak menuju ke tempat Datin Aida.Apabila terlihat saja Mak Tam,Datin Aida lantas bertanya keberadaan aku.
"Mana Zara?,"tanya Datin Aida garang.
"Zara ada kat bilik.Dia sedang berehat",jelas Mak Tam.Dia menundukkan pandangannya ke lantai.Menjawab seperti orang yang bersalah.
"Wahh perempuan kampung ni memang dah melampau",serkah Datin Aida marah.Dia lantas berlalu menaiki tangga ke tingkat atas menuju ke kamar anaknya itu.
"Tok!Tok!".
Pintu bilik diketuk bertalu-talu secara kuat.
"Zara!keluar kau sekarang",teriak Datin Aida memanggil ku.
Aku terjaga saat mendengar namaku dipanggil berulang kali.Aku masih mamai.Perlahan aku mendekati pintu kamar dan membuka lock pintu secara perlahan.Pintu di tolak secara kasar dari luar.Terpampang wajah Datin Aida seperti singa kelaparan memandangku tajam.Muka ku pucat serta merta.
"Amboi -amboi.Senang hati je kau kan.Dah la tumpang kesenangan keluarga aku.Pemalas pula tu".Satu sindiran pedas keluar dari mulut Datin Aida.Aku tidak menjawab.Hanya memandang lantai seperti orang bodoh.
Datin Aida menarik tangan ku kasar dan menolakku keluar dari kamar.
"Kau turun sekarang,kau pergi dapur buatkan fresh orange.Hidangkan pada tetamu istimewa aku",arah Datin Aida kasar.
"Baik mami",jawabku lemah.
Tanpa memandang Datin Aida aku lantas bergegas ke dapur untuk menyiapkan hidangan yang diperintah oleh Datin Aida sebentar tadi.Aku bukannya takut terhadap Datin Aida namun aku malas mendengar hinaan demi hinaan yang dilontarkannya kepadaku.Saat aku menuruni anak tangga menuju dapur,ku lihat kelibat seseorang yang sedang duduk di atas sofa.
"Itu ke tetamu mami",bisikku dalam hati.Aku ingin bertanya lebih lanjut tentang tetamu istimewa Datin Aida kepada Mak Tam.Sesampainya aku di dapur,aku mendekati Mak Tam perlahan.Aku cuba bertanya kepada Mak Tam.
"Mak Tam,siapa tetamu istimewa mami tu",tanyaku separuh berbisik.
"Itulah sofia,Menantu pilihan Datin",jawab Mak Tam perlahan.
Aku terkesima.Aku tak menyangkakan bahawa sebelum aku bernikah dengan Zafran,rupanya suda ada calon menantu pilihan Datin Aida.
"patutlah mami tak suka Zara,rupanya dia dah ada calon sendiri",luahku.Hatiku sayu.
Mak Tam yang mendengar luahanku itu hanya menepuk-nepuk belakangku lembut.
"Sabarlah zara.Zara kena kuat hadapi semuanya",pujuk Mak Tam turut bersimpati akan nasib diriku ini.
Aku lantas mengambil beberapa buah oren segar dari peti sejuk.Setelah itu aku kupas kulitnya dan segera memblander Oren yang sudah dikupas untuk dibuat jus segar.Setelah selesai,aku menuang semuanya dalam jag dan meletakkan semuanya dalam talam hidangan.Sebelum melangkah menghantar hidangan yang di pesan nioleh mak mertuaku,aku menarik nafas dalam-dalam untuk mencari kekuatan diri.Aku tau,selepas ini pelbagai tomahan,cacian dan hinaan akan aku terima dari mulut Datin Aida dan Sofia calon menantu kesayangannya itu.
"Mami ini jus oren yang mami minta tadi",kataku penuh sopan.Sofia memandangku dengan pandangan mata yang tajam.Begitu juga Datin Aida.
"Letakkan atas meja dan tuangkan buat calon menantu aku",perintah Datin Aida.
Aku hanya menurut perintah seperti seorang pembantu.Setelah selesai aku berdiri.
"Perkenalkan ini Sofia,calon menantu i",kata Datin Aida memperkenalkan Sofia kepada aku.
Aku hanya mengangguk faham.
"Dan Sofia,Inilah perempuan kampung yang mami maksudkan tu.Tapi janganlah Sofia risau Yee,sikit masa lagi mami akan suruh Zafran ceraikan perempuan ni!",kata Datin Aida sambil menunjuk tepat ke arah berdekatan mataku.Wajahku bertukar kemerah-merahan.Aku malu.Aku sedar,aku tidak di ingini oleh keluarga mereka.Airmata mula berkumpul di tubir mataku.
"Mami janganlah cakap macam tu kat Zara.Kesian Zara",kata Sofia berpura-pura menunjukkan rasa simpatinya terhadap aku.Aku tau Sofia hanya berpura-pura.
"Jangan kesian kat perempuan kampung ni.I dah masak sangat perangai orang kampung ni.Pantang sangat bila orang kaya datang melamar.Terus terima saja.Yalakan,nak tunjuk popular sangat kat kampung dia tu.Nanti heboh satu kampung anak si pulan bin si pulan kawin dengan orang kaya.Tak ke bangganya mak bapa dia tu.Ala,nak tumpang kesenangan orang lain katanya",sindir Datin Aida.Kata-kata Datin Aida benar-benar membuatku hilang kesabaranku.
Aku menutup mata cuba bertenang.
"Laa ye ke mami.Sofia tak tau pula cam tu.Mami kan tau,Sofia tak pernah hidup susah.Mungkin kalau Sofia yang ada di tempat Zara,mungkin Sofia juga akan lakukan benda yang sama.Yela,siapa tak suka suami kaya.Petik jari je dari miskin ble jadi kaya raya",kata Sofia memperli aku.
Aku sudah tidak mampu mendengar setiap kata-kata tomahan dari Datin Aida dan Sofia.Tanpa membuang masa aku segera meminta diri untuk ke dapur.Ku lihat Datin Aida dan Sofia saling menatap antara satu sama lain.Ketawa mereka terburai serta merta.Gembira sudah mengenakan aku.Aku mengenggam erat tanganku geram.
"Kalaulah kau bukan mak mertua aku,dah lama kena penampar aku ni", bisikku perlahan.
Share this novel