Hari ini Zafran membawaku ke rumah baharu yang sudah di beli oleh Zafran.Sepanjang perjalanan tadi,aku banyak berfikir tentang nasibku selepas ini.Walaupun kini aku sudah boleh bernafas lega apabila sudah keluar dari penyiksaan ibu mertuaku,namun yang akan terjadi selepas ini yang amat aku takuti.Apakah Zafran akan jauh lebih kejam melayani ku saat berada di rumah ibu bapanya apabila tinggal berdua dengannya nanti.Fikiran itu berselang seli menerjah di kotak fikiranku saat ini.
Setibanya kami di perkarangan rumah yang di maksudkan oleh Zafran,aku tergamam seketika.Melihat keindahan panorama sekitar rumah tersebut.Rumah dua tingkat yang terletak indah di kaki bukit sangat cantik.Sekelilingnya dipenuhi tumbuhan hijau bak saujana mata memandang.Sebuah kawasam yang cukup strategi jauh dari kesibukan kota amat menenangkan perasaan.Ku hirup udara segar seketika.Sudah lama rasanya aku tidak melihat keindahan sebegitu rupa kerana selama ini aku terkurung di dalam banglo milik keluarga Zafran.Dan kini aku bebas untuk menghirup udara yang sangat segar mulai saat itu.Sedang aku leka dengan dunia imaginasi ku sendiri.Aku di kejutkan dengan serkahan kasar dari Zafran.
"Kau menung apa",tanya Zafran sedikit marah.
"Aa..aaa ku..",kata ku tersekat-sekat.Blurr seketika.
Belum sempat aku berkata kata Zafran suda memotong percakapan ku.
"Kau angkat semua beg-beg ni masuk ke dalam rumah",perintah Zafran sambil tanganya menunjuk ke arah beg-beg yang berkumpul di sebelah keretanya.
"Glupp",aku telan air liur ku melihat beg-beg besar di hadapanku.
"Beratnya,tak kan aku sendiri yang mengangkat semua barang-barang ini",omelku perlahan takut di dengari oleh Zafran.
Ku garu kulit kepalaku yang tidak gatal.
"Tunggu apa lagi,angkat lah!!,"tengking Zafran bila melihat aku masih termangu memandang barang-barang tersebut.
Mendengar tengkingan Zafran,perutku jadi kecut.Aku lantas mengangkat barang-barang itu satu persatu ke dalam rumah.
"Macam orang bodoh je",omel Zafran sambil memandangku.
Aku mendengar Omelan Zafran,namun aku hanya berdiam diri.Takut Zafran menengking ku semula.
Keringat mula membasahi wajahku.Ku lap menggunakan hujung bajuku perlahan.
"Penatnya",rungutku di dalam hati.
Ku lihat sekeliling,Zafran tiada.
"Sampai hati betul mamat ni tak tolong aku langsung",omelku.
Setelah aku mengangkat kesemua barang-barang tersebut aku duduk bersandar di sofa untuk menghilangkan penat ku.
"Leganya",kataku perlahan.
Senyuman terukir di bibirku.Ku pejam mataku seketika merasakan keselesaan duduk di atas sofa yang empuk.Sedikit sebanyak membantu aku menghilangkan lelah di badanku.
'Wahh bukan main syok lagi kau duduk Yee.Dah,kau bangun angkat beg pakaian aku ke bilik".
Serkahan dari Zafran membuat aku benar-benar terkejut.Aku tidak menyedari kehadirannya tadi.
"Pe la mamat ni.Main terjah je",omelku di dalam hati.
Aku memandang Zafran sekilas.
"Kalau ye pun nak suruh,sopan la sikit",marahku.
Aku sebenarnya dah malas nak berdiam diri.Sekali sekala mamat ni harus di beri pengajaran.Zafran memandangku seakan tak percaya dengan keberanian ku.Bola matanya hampir terkeluar memandang aku.Ku pandang wajah tampanya dah berubah kemerah-merahan.
"Dah berani menjawab aku Yee,kau tunggu Zara",katanya kasar.
Dia mencapai begnya dan berlalu menaiki tangga menuju kamarnya.
"Wajah je tampan,perangai macam syaitan",omelku setelah kelibat Zafran menghilang dari pandanganku.
Setelah beberapa ketika,Zafran turun semula.Wajahnya masih jelas terlihat marah.
"Kau bawa beg kau naik atas,atau kau nak jadi penghuni ruang tamu untuk sepanjang hidup kau",tegur Zafran.
Aku lantas mengangkat begku dan membuntuti langkah Zafran.
Takut benar aku tidur di ruang tamu seperti mana aku tidur di lantai bilik Zafran dahulu.Aku berharap agar selepas ini aku mendapatkan katil yang lebih selesa berbanding tidur di atas lantai.
Zafran membuka pintu bilik bersebelahan dengan biliknya.
"Ini bilik kau.Sebelah ni bilik aku.Dan kau di larang sama sekali memasuki ruang bilik aku.Faham!,kata Zafran memberi amaran.
Aku tidak menjawab kata-kata Zafran.Aku lantas masuk ke dalam bilik.Ku mengamati ruangan bilik itu.
"Cantik",bisikku perlahan.
Walaupun bilik itu agak kecil berbanding bilik Zafran,tapi aku suda berpuas hati.Sekurang-kurangnya aku punya kebebasan untuk menukar pakaian.Aku tersenyum sendiri.Hatiku berbunga-bunga.Ku lihat Zafran yang masih merenung tingkah laku ku tanpa berkata apa.
"Terima kasih"kata ku lembut.
Walaupun sebenarnya aku cuak dengan perangai Zafran yang melayani dengan kasar sekali,tapi aku tau sebenarnya di hati kecil Zafran tidaklah sekejam yang aku sangkakan.Dia masih punyai hati Nurani.Seperti sekarang,dia menyediakan aku sebuah bilik yang amat cukup buatku.Tidak lah aku kesejukan setiap malam sepertimana ketika berada di biliknya di rumah keluarganya.
"Kau berkemas lah,dah siap kau turun,Ada yang ingin aku bicarakan",kata Zafran.
Aku terkesima.Walaupun Zafran memandangku dengan pandangan dingin,tapi nadanya tidak sekeras seperti kebiasaannya sebelum ini berbicara denganku.Hatiku sangat lega.Aku berharap,selepas ini Zafran akan cuba melihat keikhlasan diriku.Apabila Zafran keluar dari bilik ku,aku lantas mengemas bilik tidurku yang baru.Hatiku berbunga riang.
Zafran sudah menunggu di ruang tamu.Dia suda siap sedia menunggu kedatangan aku di ruang tamu.Perlahan aku mendekati dirinya.
"Duduk",perintah Zafran namun tidak memandangku.
Aku duduk di hadapannya.Ku lihat sebuah kertas dan pen di atas meja.
"Apa yang dia hendak lakukan",soalku sendiri di dalam hati.
Zafran memandangku.
"Kau baca isi kertas ni.Ini aku sudah tulis semua yang boleh dan tak boleh kau lakukan sepanjang tinggal bersama aku,"kata Zafran.
Ku capai kertas A4 di depanku.dan aku lantas membacanya.
-Setiap pagi sediakan sarapan dan juga makan malam
-Pakaian kerja mestilah dicuci dan di streka setiap hari
-dilarang menyentuh barang-barang milik Zafran
-dilarang membawa tetamu melainkan atas kebenaran
-dilarang keluar melainkan dikawasan rumah tanpa kebenaran
-dilarang ikut campur urusan peribadi
Selesai baca aku lantas menandatangani surat tersebut.
"Ada apa lagi",tanyaku.
Zafran memandangku sambil merenung anak mataku.
"Jangan pernah menyimpan perasaan terhadap aku.satu lagi,jangan pernah berharap aku akan mencintai kau.Aku akan tamatkan perhubungan ini secepatnya",kata Zafran.
Aku terdiam dan menunduk.
"Rupanya Zafran tidak ingin mencuba untuk meneruskan perhubungan ini.Dia ingin cepat untuk berpisah denganku",bisikku di hati.
"Lagi satu,bagi aku perempuan sama saja.Hanya tau mempermainkan perasaan lelaki.Aku tak akan pernah jatuh cinta dengan kau,dan aku anggap kau orang gaji aku selama kita tinggal bersama.Takkan lebih dari itu",kata Zafran angkuh.
"Tiap bulan aku akan beri kau belanja rm5000 sebulan.Anggaplah duit yang aku bagi tu sebagai bayaran kau untuk berkerja sebagai pembantu aku sampai kita dah menandatangani surat penceraian",tambah Zafran lagi sebelum meninggalkan aku masuk ke dalam kamar.
"Baiklah Zafran,tidak akan ada rasa cinta di antara kita berdua.Aku akan menunggu sampai kamu jatuhkan talak ke atas diriku ini.Dan selama itu aku akan berkhidmat kepada kau sebagai orang gaji kau",kataku.
Hatiku hiba sebenarnya.Aku tidak pernah mengimpikan pernikahan ku akan seperti ini akhirnya.Tiada seorang perempuan pun di dunia ini inginkan perpisahan setelah berumah tangga.Namun Zafran sudah menulis jalan cerita di antara aku dan dirinya sepanjang tempoh kami bersama.Dan itu adalah perkara yang harus aku jalani.Aku bertekad untuk tidak membuka pintu hatiku dan tidak mempunyai perasaan untuknya walau sekecil zarah.Kerana aku sedar,pernikahan ini hanyalah tertulis di atas satu kertas tapi kenyataannya berbeza.Aku menarik nafas dalam-dalam.
"sabarlah zara,ada hikmah di sebalik semuanya"pujuk hatiku.Aku lantas ke bilik untuk membersihkan diri kerana sekejap lagi aku akan masak untuk makan malam.
Syarikat perusahaan Fashion International
Hari ini merupakan hari penting bagi Zafran.Pengarah dari Korea akan datang untuk menandatangani kontrak bersama syarikat Zafran.Pelbagai aktiviti yang akan berlangsung sepanjang hari tersebut.Sememtara menunggu ketibaan pengarah dari Korea itu,Zafran dan beberapa rakan niaga duduk berbual di meja khas yang sudah di sediakan oleh staf-staf syarikat Zafran.Joe adalah orang paling sibuk di ketika itu.
"Ani, Shima,model yang di tugaskan untuk membuat Fashion show suda bersiap ke semua",tanya Joe kepada rakan sekerjanya itu.
"Dah semua",jawab Ani kuat kerana suasana agak bising di sana.Dia takut Joe tidak mendengar jawabnya itu.
"Okay bagus,pastikan semuanya berjalan dengan lancar.Jangan malukan emej syarikat",kata Joe memberi peringatan.Shima dan Ani mengangguk serentak.Joe berganjak menuju ke pentas peragaan.Di tinjau-tinjau keadaan sekitar pentas yang sudah di hias cantik oleh pekerja yang di beri tanggungjawab menghias pentas.Satu senyuman terukir di bibir tanda berpuas hati.
"Jack,Bagaimana dengan sounds sistem",tanya Joe kepada rakannya yang bertugas menjaga sounds sistem sepanjang tempoh program itu berlangsung.
"Don't worry,semua dalam kawalan",jawab Jack.
Joe menunjukkan tanda okay di jarinya.Beberapa ketika,Joe melihat rombongan dari Korea suda tiba.Joe lantas ke meja hadapan untuk mengumumkan ketibaan mereka.
"Ladies anda gentleman,i want announcement,the directors from korea Fashion International already came,so please give respect to them",kata Joe memberi pengumuman.Zafran dan beberapa rakan niaga lantas berdiri dan bersalam-salaman dengan pengarah dari Korea itu.
"Nice too meet you Zafran"Ucap Jong min,pengarah syarikat Korea Fashion International sebaik saja bertemu dengan Zafran.
"Nice too meet you too En,jong min."jawab Zafran penuh hormat.
Dia mempelawa Jong min dan rombongannya untuk duduk di meja VVIP yang sudah di sediakan.Mereka berbual sementara menunggu program yang akan berlangsung sebentar lagi.
"Ladies anda gentleman,This is the news product from Fashion International company,the themes of this product is the summer dress,please give applause for all the models who demonstrate this news product from Fashion International company,"laung Joe penuh semangat.
Beberapa model keluar dengan pelbagai jenis dan reka bentuk yang unik bertemakan baju musim panas hasil keluaran terbaru syarikat mereka.Mereka memperagakan baju tersebut dengan penuh gaya.En Jong min begitu terpegun melihat hasil keluaran dari syarikat Zafran.
"wonderful,colourful anda really beautiful",puji Jong min kepada Zafran.
Zafran tersenyum lega.Dari saat berjumpa dengan Jong min hatinya sangat berdebar-debar.Dia sangat takut andai Jong min berubah fikiran untuk tidak berkerjasama dengan syarikatnya,kerana baginya mendapat peluang untuk berkerjasama dengan syarikat dari Korea itu merupakan peluang terbesar untuk syarikat berkembang maju.Dia sudah menyiasat sepenuhnya syarikat dari Korea itu.Syarikat itu merupakan syarikat terbesar pengeluaran baju di Korea.Dan syarikat itu sangat maju dan terkenal.Oleh itu,Zafran benar-benar ingin berkerjasama dengan syarikat berkenaan.
"Thanks you",Jawab Zafran.
Setelah selesai upacara peragaan,Zafran dan semua rakan kongsi duduk berbincang dengan Jong min.Mereka sangat serius.Suasana menjadi sedikit sepi kerana memberi ruangan untuk sesi perbincangan.Satu persetujuan telah di tandatangani.Hati Zafran berbunga-bunga.
Muzik di mainkan semula.Zafran mengajak Jong min dan rombongannya menjamu selera memandangkan suda waktunya makan tengahari.Program di jalankan sehingga petang hari.
Rumah keluarga Zara Zya
"Abg,lama Zara tak balik kampung,rindu pula rasanya",luah ibuku.
Ayahku hanya memandang ibu sekilas.Dia faham perasaan ibuku saat itu kerana dia juga merasakan perasaan yang sama.
"papa jom lah datang jenguk kaka.zarul pun rindu Kaka sangat-sangat",pujuk adikku Zarul yang duduk membantu ibu membersihkan jagung untuk di buat kuih.Ayahku yang sedang minum kopi di dapur hanya duduk memandang ibu dan adikku.Tidak tahu hendak menjawab adik.
"sayang,nanti malam ni kita telefon kak Zara yee.kita suruh kak Zara balik.Mama dengan papa pun rindu kat kak zara.kan papa?",kata ibuku cuba memujuk adikku saat itu.
"Yee,nanti kita telefon kak Zara",jawab ayah sambil mengusap lembut rambut adik.
"Nak sekarang",kata adikku sambil berdiri dan berlari ke ruang tamu mengambil sesuatu.
Ayah dan ibu saling berpandangan melihat adik bongsuku berlari tiba-tiba.Adikku kembali membawa telefon ayah di tangannya.Dia menghulurkan telefon itu ke tangan ibu.Ibu tersenyum memandang adikku.
"Tak sabar-sabar adik Yee nak call Kaka,kejap Yee,mama dail no kak Zara sebentar",kata ibu sambil mengambil telefon yang di hulurkan oleh adikku zarul.Dia mencari-cari no telefon aku di senarai kenalan ayah dan mendail no HP ku.
"Asalamualaikum Zara,mama ni",kata ibu sebaik saja aku menjawab panggilan itu.
"Walaikumsalam mama,sihat ke",tanyaku lembut.
"Alhamdulillah sihat,Zara bagaimana,sihat ke?,",tanya ibu lagi.
"Alhamdulillah mama,Zara sihat je.Zara rindu kat mama,papa dan adik",luahku.Sememangnya saat itu aku amat merindui keluargaku.
"Kami juga rindukan Zara",kata ibu sayu.
Belum sempat ibu menyambung semula kata-katanya,Zarul sudah merebut telefon dari pegangan ibuku.Ayah dan ibuku ketawa melihat kelakuan Zarul.
"Hello kak Zara,kak Zara bila nak balik kampung,adik rindu,lama tak jumpa kak Zara,adik nak bawa kak Zara mandi sungai.Tak best la kak Zara xde",luah Zarul panjang lebar.Aku tersenyum di balik telefon.
"I miss u too adik,nanti abg Zafran balik,kak Zara bagitau dia Kaka nak balik kampung okay.Nanti kak Zara beli hadiah buat adik kesayangan akak ni".Aku cuba memujuk Zarul.
"Yeah,kak Zara nak balik",laung Zarul bahagia.Zarul memberi mama telefon itu setelah berbual denganku.
"Mama,nanti kita sembang lagi yer,Zara ada keje sikit",kata ku.
"Yela,ada masa bawalah suami Zara balik kampung.Mama dan papa rindu kat Zara.Dah lama Zara tak balik",luah ibuku.
Hatiku sayu mendengar luahan hati ibuku.Aku sebak.
"Yela mama,nanti Zara bagitau Zafran,"kataku sebelum mengakhiri perbualan kami.
"Zarul,pergi simpan balik telefon papa ni",kata ibuku menyuruh Zarul.
Dengan penuh semangat Zarul menuruti arahan ibuku.
"Apa kata Zara?,"tanya ayah setelah sekian lama tidak bersuara.
Ibu yang sedang sibuk mengupas kulit jagung terhenti seketika.
"Zara kata dia akan balik setelah meminta kebenaran daripada Zafran",jawab ibu sambil menyambung kerjanya semula.
"Yela,dah lama benar Zara tak balik,rasanya dah hampir 2 bulan,rindu pula rasanya nak bertemu dengan anak gadis awak tu",kata ayah.
Raut wajahnya jelas mempamerkan kerinduan di wajahnya.Ibu tidak menjawab ayah lagi.Dia hanya menyambung kerja.Ibu takut andai lebih banyak berbicara tentang ku,air mata akan mengalir.Oleh yang demikian ibu hanya berdiam diri sambil membuat kerjanya
"Mami,dah berapa lama Zafran bernikah dengan perempuan tu,tapi tak de pun tanda-tanda dia nak ceraikan perempuan tu.Sampai bila Sofia nak tunggu",tanya Sofia saat keluar bersama Datin Aida di sebuah kedai menjual emas.
"Sabarlah sayang,kejap lagi la tu.Susah sikit sekarang,sebab Dorang berdua dah pindah rumah baru",terang Datin Aida sambil membelek-belek rantai emas bertakhta berlian itu.
"Cantik",bisiknya.
Sofia di sebelahnya mendengus hampa.Hatinya agak cemburu mendengar berita perpindahan Zafran ke rumah baru milik Zafran dan Zara.
"Sampai bila Sofia kena tunggu Zafran ni mami",tanya Sofia lagi.
"Sabarlah,mami dah ada plan tersendiri.Sofia kena bersabar sedikit",jawab Datin Aida sambil memegang tangan Sofia lembut.
"mmm"jawab Sofia sambil melentukkan kepalanya di atas bahu Datin Aida manja.
Datin Aida memandang Sofia dengan lembut dan penuh kasih sayang.
"Cantik tak rantai ni",soalnya sambil menunjukkan rantai tersebut kepada Sofia.
"Cantik sangat",puji Sofia.
Datin Aida tersenyum puas.
"Suka tak rantai ni",tanya Datin Aida.
"Of course mami.I suka sangat.Nak belikan untuk Sofia ke",tanya Sofia.
Hatinya berbunga-bunga.
"Untuk bakal menantu kesayangan mami ni",ucap Datin Aida penuh rasa bangga.
Dia membantu memakaikan rantai tersebut di leher jinjang milik Sofia.
"Wahhhhhh,thanks mami.I love you so much",kata Sofia sambil mencium kedua belah pipi Datin Aida bertubi-tubi.
Datin Aida tersenyum bahagia melihat kemanjaan sofia.
"Mama tak belikan untuk Zara ke?,"tanya Sofia menduga Datin Aida.
Terbeliak mata Datin Aida apabila mendengar pertanyaan dari gadis kesayangannya itu.Dahinya dikerutkan tanda tidak senang.
"Don't say her name in front mami right.Mami tak suka.And One more,mami tak suka okay",jawab Datin Aida penuh kebencian.
Sofia tersenyum gembira.Hatinya melonjak bahagia.Dia tau Datin Aida takkan pernah menyukai Zara.Dia akan terus mencuba menutup pintu hati Datin Aida dari menerima Zara menjadi menantunya.
Yah!
Dia akan terus berusaha.
Senyuman mekar di bibir Sofia.Dia merasakan perempuan tua itu sangat menyayangi dirinya.Kesempatan itu harus di gunakan sepenuhnya oleh Sofia untuk menambat hati Datin Aida agar menjadikannya menantu tunggal keluarga Zafran.Senyuman penuh misteri terus terukir di bibirnya sambil menyentuh rantai pemberian Datin Aida.
"Aku akan buat apa saja,asalkan Zafran menjadi milik aku",kata Sofia.Matanya penuh dendam.
"Sekejap lagi kau akan jadi milik aku Zafran,kau tengok saja nanti dengan keegoan diri kau tu.Kau akan melutut di depan aku, merayu-rayu meminta aku untuk bersama mu,"kata Sofia.Hatinya membara,jiwanya penuh dendam.
"Jom sayang,"panggil Datin Aida setelah selesai membayar harga rantai tersebut.
Sofia yang sedang tenggelam dalam fikirannya agak tersentak mendengar panggilan dari Datin Aida.Sofia tersenyum cuba berlagak biasa.
"Jom mami",kata Sofia sambil menarik tangan Datin Aida keluar dari kedai emas tersebut.
"Zara",panggil Zafran kuat.
Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa.Tali leher di longgarkan sedikit.Hari ini Zafran agak letih.Seharian dengan program syarikatnya mengundang kepenatan yang berlebihan terhadap Zafran.Dia seakan-akan sudah tidak larat untuk berbuat apa-apa.
Mendengar suara Zafran,aku lantas turun ke bawah.Tuala masih terlilit kemas di kepalaku kerana belum sempat aku menyisir rambut ku apabila mendengar panggilan dari Zafran.Aku sangat takut bila terlambat datang apabila Zafran memanggilku.Kejadian seminggu yang lalu masih berlegar-legar di kotak ingatanku.Di mana aku terlambat turun setelah tidak mendengar panggilan darinya.sebagai hukuman,Zafran tidak membenarkan aku menjamah sebarang makanan sehingga pagi.Mengingatkan hal tersebut,aku jadi takut.
Ku lihat Zafran sedang berbaring di atas sofa.
Melihat dirinya aku tertanya-tanya.
"Kenapa dengan Zafran hari ni.Nampak seperti sangat letih",kataku di dalam hati.Namun tidak berani mengeluarkan suara.
"Ada apa",tanya ku perlahan.Penuh berhati-hati takut mengundang marah Zafran.
"Tolong bukakan stokin aku",kata Zafran memberi arahan.
Tanpa menjawab aku lantas membuka stokin Zafran dan meletakkan di atas meja berdepan dengan sofa.
"Aku letih.Aku nak mandi.Sediakan makan malam buat aku",perintah Zafran.
Aku hanya mengangguk perlahan.Seperti seorang pbantu rumah,aku lantas ke dapur untuk panaskan semua lauk yang sudah aku sediakan petang tadi sebelum kedatangan Zafran.Zafran berlalu menuju kamarnya untuk membersihkan diri.Setelah selesai semuanya aku lantas ke bilik untuk mengemasi rambutku yang masih basah.Ku biarkan rambutku terlepas tidak terikat namun sangat kemas.Wajahku walau tanpa secalit solekan pun sudah cukup cantik.Setelah itu aku lantas turun semula untuk menunggu Zafran turun makan.
Setelah beberapa ketika,barulah Zafran turun.Dengan hanya berseluar pendek dan berbaju T-shirt berlengan pendek berwarna putih menyerlahkan lagi ketampanannya.Zafran lantas duduk berhadapan dengan ku.Seperti lagaknya seorang pembantu,aku menyenduk makanan ke pinggan Zafran dan meletakkan makanan tersebut di hadapan Zafran.
"Makanlah",perintah Zafran.
Aku hanya mengangguk perlahan.Ketika sibuk menjamu selera,aku curi-curi merenung Zafran.
Wajahnya,hidungnya,bibirnya semua sangat indah.Ku rasakan satu getaran di jiwaku.Baru kali ini aku dapat memandang wajahnya secara dekat.Baru kali inilah aku lihat wajah sebenar Zafran.Sangat tampan.
"Sangat beruntung insan yang ada di hati kamu Zafran,kamu memiliki segalanya",pujiku di dalam hati.
Namun bila mengingatkan diriku yang berdamping dengannya,aku merasakan aku sangat kerdil berbanding dirinya.Aku lantas menyambung makan ku semula.Aku takut sekiranya Zafran mendapat tahu kalau aku cuba merenung dirinya saat makan.Aku jadi malu sendiri.Berusaha melenyapkan perasaan ku saat itu.
"Zafran",panggilku lembut saat selesai menyelesaikan semua kerja di dapur selepas makan.
Zafran yang sedang duduk menonton televisyen memandangku sekilas.Tidak berkata apa-apa mahupun menjawab panggilan ku tadi.Aku mendekatinya.
"Boleh tak aku balik kampung minggu hadapan.Aku nak jumpa mama dan papa",kataku cuba meminta kebenaran darinya.
Zafran merenung ku lama.Wajahku merona merah apabila menyedari Zafran merenung ku dengan lama sekali.Menyedari kesilapannya,Zafran lantas mengalihkan pandangannya ke arah televisyen.
"Berapa lama",soalnya tanpa memandang aku.
Hatiku sedikit gembira.Dia tidak menengking ku saat aku meminta kebenaran darinya.
"seminggu",ringkas jawaban ku.
Zafran berfikir lama sebelum memberiku keputusan.Dengan penuh kesabaran aku menunggu.Sebenarnya aku sangat mengharapkan kebenaran dari Zafran kerana hatiku melonjak-lonjak ingin menjenguk keluargaku.
"Baiklah"jawab Zafran setelah lama berfikir.
Hatiku berbunga-bunga.Setelah itu,aku melangkah pergi meninggalkan zafran menonton televisyen.Aku sebenarnya masih agak kekok duduk berdua dengannya.Apatah lagi dengan riak wajahnya yang dingin.Selama hampir sebulan tinggal berdua dengan Zafran,belum pernah kami berbual bersama melainkan hal-hal
penting.Selain itu aku juga menjaga jarak di antara kami agar tiada di antara kami yang menyimpan perasaan.Aku sangat berhati-hati agar tidak memiliki perasaan sayang mahupun rasa cinta terhadap lelaki itu kerana sekejap lagi hubungan ini akan berakhir.
Share this novel