BAB58

Romance Series 57282

"Awk dah sombong sekarang ni Zara",ucap Chak sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengannya tengahari itu.
Aku tersenyum memandangnya.
"Mana ada sombong lah.Awk tu je yang menjauhkan diri dari aku.Aku okay je lah", jawabku sambil meletakkan beg tanganku di tepi meja.
"Awk dah jauh berubah sekarang ni.Kalau ye pun dah kembali pada Zafran,janganlah melupakan aku terus",kata Chak cuba mengusikku.
"Mana adalah lupakan awk.Aku tak lupa pun.Awk kan kawan baik aku.Mana mampu aku lupa",jawabku cuba meyakinkan Chak.
"Yela tu tak lupa.Owh ye,Misya apa khabar?",tanya Chak mengubah topik perbualan diantara kami.
"Alhamdulillah,Misya sihat.Awk pula sihat ke?",tanyaku.
"Nak kata sihat,tak juga sebab hati ni sedikit sakit.Nak kata sakit pun,tubuh badan ni rasa sihat je",jawab Chak bergurau namun agak serius.
Aku tertawa mendengar bait kata-kata Chak.Aku tahu,dia serius terhadap pengucapannya itu namun aku tak endahkannya.Semakin aku layan karenahnya itu,pasti dia akan lebih emosi.
"Nak aku teman awk jumpa doktor ke?",gurauku lagi.
Besar mata Chak memandangku.
"Owh,ni perli ke apa?",tanya Chak geram.
"Mana ada perli,aku serius okay!",jawabku.
"Perli la tu,yela,aku seorang je yang pendam perasaan kat awk.Awk tu pula tak pernah pedulikan hati dan perasaan aku ni",luah Chak.
Hatinya sedikit teremosi dengan gurauanku sebentar tadi.
Menyedari Chak mula beremosi,aku terdiam.Ada sedikit penyesalan di hati atas gurauanku sebentar tadi.Jujur,tiada niat di hati memancing emosinya saat itu.Tujuanku hanya satu,ingin Chak tersenyum seperti saat mula berkenalan dengannya.Kini aku tidak menyangka,Chak benar-benar sudah berubah.Hatinya muda terasa.
"Dalam sangat ke luka yang dah aku tanam di hati awak tu Chak?",bisikku perlahan.
Mataku masih terus memandangnya.
"Maafkan aku",ucapku perlahan namun tidak didengari oleh Chak.
Melihat kesedihan yang terpancar di wajah Chak,aku lantas mencari jalan agar emosinya kembali membaik.
"Ni,kita nak makan ke nak sembang soal hati dan perasaan ni?",tanyaku tiba-tiba setelah beberapa ketika tiada kata yang terucap di bibirku mahupun Chak.
Mataku masih terus menatap wajahnya.
"Dua-dua",jawab Chak ringkas.
Aku mengeleng-gelengkan kepalaku.Tidak suka dengan jawaban dari Chak.
"Kalau macam tu,biar aku makan tempat lain je.Kenyang lagi.Nanti bila nak sembang soal hati dan perasaan ni,tak kenyang aku",jelasku sambil berpura-pura berdiri untuk pergi.
Menyedari akan hal itu,Chak lantas mencegah ku dari berganjak.
"Aku gurau je lah.Marah pula.Dah!Dah!.Duduk,kita makan",pujuk Chak.
Aku tersenyum memandangnya.Aku lantas duduk semula.
"Tau takut.Lain hari,kalau nak ajak makan tu,topik kita pasal makan je.Tiada masa nak persoalkan hati dan perasaan.Perut ni dari tadi menyanyi-nyanyi je tau minta di isi",kataku geram.
Chak ketawa.
"Yela,yela.Im so sorry.Teremosi sedikit tadi.Maaflah",ucap Chak setelah menyedari kesilapannya itu.
Chak memarahi dirinya sendiri di dalam hati.Andai sahaja dirinya bukan bersama dengan Zara saat itu,sudah diketuk kepalanya berkali-kali kerana kesilapannya itu.
"Apa lah awak ni Chak.Kenapa tak mampu kawal hati tu.Kenapa perlu memalukan diri sendiri di hadapan perempuan.Tambahan lagi perempuan di hadapan awak sekarang ni milik orang.Come on Chak.Move on",pujuk Chak sendiri.
Dia menarik Nafas dalam-dalam.Cuba menenangkan hatinya yang sedang bergetar saat itu.
"Tak nak pesan makanan ke.Ni duduk melamun je.Masa rehat tinggal sikit lagi.Bila nak makan?",tanyaku apabila melihat Chak tiba-tiba mengelamun.
Chak berpura-pura senyum sambil memandang aku.Cuba berlagak tenang.
"Awak dah pesan makanan ke?",tanya Chak.
Aku mengeleng-gelengkan kepalaku melihat Chak.Senyuman tetap terukir di bibirku
"Awak ni,dari tadi pelayan ni tunggu pesanan dari awak tau.Tulah,lain hari mengelamun lagi.Kan dah kantoi",usikku.
Chak tersipu-sipu.Dia lantas memesan makanan tanpa membuang waktu lagi.
"Nasi goreng kampung dengan jus epal",kata Chak.
"Baiklah,tunggu sebentar ye.Makanan kamu akan sampai sebentar lagi",kata pelayan itu sebelum beredar.
Aku dan Chak mengangguk kepala bersama.Sementara menunggu makanan siap,aku dan Chak berbual seketika.Namun kali ini,cerita kami hanyalah hal kerja sahaja.

********
Sofia mendengus kasar.Sejak semalaman Azman langsung tidak menghubungi dirinya.Mulutnya sedari tadi terkumat-kamit mengatakan sesuatu namun tidak difahami.Datin Ain yang sedang memandangnya hairan.
"Dah buang tabiat ke Sofia.Apa yang awak fikirkan tu.Dari tadi je mama tengok duduk tak tenang.Mulut kumat-kamit macam baca mentera.Awk fikir apa?",tanya Datin Ain ingin tahu.
"Ah!.Diamlah mama.Tak payah sibuk hal Sofia.Sofia nak baca mentera ke,baca sajak ke,syair ke,tu Sofia punya pasal.Mama tak ada kena mengena",jawab Sofia geram.
Dia sememangnya geram dengan Azman,tambahan lagi ibunya sibuk bertanya,berlipat kali gandalah kemarahan di hatinya.Matanya tidak lepas memandang screen telefon,jarinya lincah menaip mesej untuk di hantar kepada Azman.Datin Ain hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat karena anaknya itu.Hendak menegur namun seringkali sahaja Sofia membalas menengkingnya.Kadang kala perasaan takut menerjah ruang hati Datin Ain,sikap anaknya sudah jauh berubah.Dia takut andainya anak tunggalnya itu semakin jauh terpesong dari landasan agama.Setiap kali bersembahyang,Datin Ain tidak perna lupa untuk berdoa agar dilembutkan oleh Allah hati anak gadisnya itu,namun masih tiada perubahan.Datin Air redha, mungkin belum tiba masanya Allah memakbulkan doanya itu.Namun datin Ain tetap berharap agar satu saat nanti Allah mendengar setiap doanya.
"Damm it!",marah Sofia.
Telefon bimbitnya dicampakkan ke atas lantai.Hancur berkecai screen telefon bimbitnya.
Sofia duduk dengan kasar di atas sofa.Wajahnya merah menahan amarah.
"Awak ni sebenarnya dah kenapa?",tanya Datin Ain lagi.
Kali ini,Datin Ain tidak peduli andainya Sofia menengkingnya,dia hanya ingin tahu,mengapa Sofia Semarah itu.
Sofia tidak menjawab pertanyaan datin Ain.Fikirannya dikuasai kemarahan yang teramat sangat pada Azman.
"Beristighfar Sofia Ingat Allah.Jangan ikut hati sangat.Kemarahan tidak menyelesaikan sebarang masalah.Cuba relax,tarik nafas dalam-dalam",nasihat Datin Ain.
Sofia merenung ibunya tajam.
"Ahhh!.Diam lah!. Kau dengan Azman sama je.Menyerabutkan fikiran aku ni.Kau boleh diam tak.Tak perlu kau sibuk nasihat aku",tengking Sofia.
Dia lantas berdiri.
"Tak pernah nak senangkan hati aku langsung!.Menyesal aku jadi anak kau lah.Dah la duit tak de,sibuk hal orang lain",marah Sofia lagi.
Dia lantas meninggalkan ibunya di ruang tamu menuju ke biliknya.Selagi ibunya masih ada di hadapannya,selagi itulah api kemarahannya akan terus menyala.
Datin Ain beristighfar di hatinya.Perasaanya agar terguris mendengar kata-kata anaknya itu.Dia tidak menyangka,Sofia benar-benar sudah tidak menghormati dirinya lagi.
"Ya Allah,aku benar-benar telah gagal mendidik anak gadisku Ya Allah.Aku sangat menyesal.Ya Allah,kau lembutkanlah hati anakku,Kembalikan anakku ke pangkal jalan yang benar ya Allah.Bukakan lah pintu hatinya untuk bertaubat selagi masih ada waktu ya allah",dia Datin Ain di dalam hatinya.
Airmatanya tiba-tiba menitis di pipinya.Dunianya terasa begitu kecil saat itu.Kenangan-kenangan indah sewaktu Sofia masih kecil tiba-tiba menerjah fikirannya.Gelak ketawa Sofia yang dahulunya seringkali memenuhi ruangan rumah banglo milik mereka terbayang-bayang di fikirannya.
"Mama rindu Sofia yang dulu",bisik Datin Ain perlahan.
Airmatanya terus mengalir.

********

Chak memasuki restoran yang seringkali Natasha dan dirinya kunjungi.Hatinya sedikit hairan kerana suasana restoran itu agak sunyi dan suram.Tidak seperti sebelumnya.Chak memandang jam di tangannya.
"Baru jam 9 malam.Takkan dah nak tutup pula.Sebelum ni,jam 11 pun masih meriah lagi?",bisik Chak perlahan.
"Syah ni biar betul ajak aku makan malam kat sini malam ni.Nampak Macam dah tutup je",bisik Chak lagi.
Dia lantas memasuki Restoran tersebut.Saat kakinya menjejaki pintu restoran tersebut,muzik dimainkan.Chak agak terkejut.Langkah kaki Chak tiba-tiba terhenti.Dalam suasana yang suram,Chak melihat Dua orang pelayan tiba-tiba masuk dengan menolak sebuah meja bercahayakan dua buah lilin di atasnya.
Persoalan demi persoalan menerjah fikirannya.Keadaan seperti itu,sepertinya pernah dilihat oleh Chak.Senyumannya tiba-tiba terukir.
"Macam dalam drama cinta pula",bisiknya perlahan.
"Ada yang nak melamar kekasihnya ke?.Wahhh!,Kalau benar,untunglah boleh tengok depan mata.Selalunya keadaan seperti ini hanya boleh dilihat dalam drama je.Tak sangkah kali ini,boleh tengok depan mata pula",bisik Hati kecil Chak lagi.
"Mana Syah ni.Rugi Syah tak sempat tengok",kata Chak perlahan.
Matanya meliar memandang kiri kanan.Cuba mencari kelibat Natasha.Namun hanya beberapa pelayan yang ada.Mereka sibuk menyusun makanan pada meja berlatarkan dua lilin di tengah-tengah.Dua buah kerusi juga disusun.Muzik romantik masih terus dimainkan.
Seorang pelayan mendekatinya.
"En,Chak ke?",tanya Pelayan itu padanya.
Chak agar tersentak.
"Ahh,Iya,aku Chak.Ada apa?",tanya Chak hairan.
Pelayan lelaki tersebut menarik tangan Chak perlahan mendekati meja tersebut.Chak hanya menurut.
"En,Chak duduk dulu",perintah Pelayan tersebut.
"Eh!.Kenapa aku pula yang kena duduk tempat ni.Bukan ke ada pasangan yang nak melamar kekasihnya?",tanya Chak hairan.
"Ini arahan dari seseorang",jawab pelayan tersebut.
"Arahan dari siapa?",tanya Chak ingin tahu namun pelayan tersebut sudah meninggalkannya tanpa menjawab pertanyaan Chak.
Chak duduk.Dilihatnya sekeliling.Begitu indah sekali.
"Mana Syah ni?.Ruginya tak tengok suasana ni",bisik Chak lagi.
Beberapa buah lampu tiba-tiba dipasangkan,namun tidak semuanya.Hanya beberapa buah yang terpasang.Menjadikan keadaan sedikit terang.Chak memandang sekeliling.Suasana begitu indah.
Seorang gadis muncul dengan sebuah gaun yang sangat Cantik.Berwarna pink.Bahunya sedikit terdedah namun cukup Cantik.Rambutnya di sanggul menjadikan gadis itu sangat menawan.Hampir tidak berkelip mata Chak memandangnya.
"Cantiknya,siapa dia?",bisik Chak perlahan.
Dia tidak mengenali gadis itu.Malah dia merasakan,baru malam inilah dia melihat gadis itu.
Sebaris senyuman terukir dibibirnya.Begitu manis dan menawan.Memandang Chak sambil berjalan menghampirinya.Chak cuba merenungi gadis itu.
"Senyuman itu sepertinya aku kenal,tapi siapa ye?",bisik hati kecil Chak.Dia cuba mengingati siapa empunya senyuman yang begitu mirip dengan gadis itu,namun tidak mampu mengingatinya.
Dia benar-benar terpana saat itu.
Sebaik sahaja Natasha berada di hadapan Chak ,Chak memandangnya tanpa berkelip,Natasha lantas menegurnya.
"Tak nak pelawa aku duduk ke?",tanya Natasha.
Chak tergamam.Dia sepertinya baru tersedar dari mimpi indahnya apabila mendengar suara Natasha.
"Syah ke?".
Chak bertanya seperti orang bodoh.Dia benar-benar ingin memastikan kalau gadis umpama dewi di hadapannya itu adalah Natasha.
"Syah lah,siapa lagi",jawab Natasha.
Natasha ketawa.Chak lantas berdiri dan berjalan ke arah kerusi berhadapan dengannya.Ditariknya sedikit kerusi itu agar Natasha boleh duduk dengan mudah.
"Terima kasih",jawab Natasha lembut.
Chak tersenyum.
"Sama-sama",jawab Chak.
Dia lantas ke arah kerusinya semula dan duduk.
"Kenapa cantik sangat malam ni?.Hampir Chak tak kenal",kata Chak memuji Natasha.
"Eh!.Cantik ke?",tanya Natasha hairan.
"Cantik lah.Ingatkan bidadari dari mana yang datang",jawab Chak.
Natasha ketawa.
Chak memandang sekeliling.
"Why hari ini lain daripada yang lain?.Ada apa-apa ke ni?",tanya Chak ingin tahu.
"Tak ingat ke hari ni hari apa?",tanya Natasha lembut.
Chak mengeleng-gelengkan kepalanya tidak tahu.
"Laa,dah lupa ke perjanjian kita semalam?",tanya Natasha sedikit kecewa.
Tiba-tiba Chak ketawa terbahak-bahak.Natasha memandangnya hairan.
"Apa yang lucu?",tanya Natasha sedikit geram.
"Lucu la.Sebab perjanjian nak tawan hati aku,awak sanggup siapkan semua ni ke?",tanya Chak lucu.
"Yela,ni salah satu usaha Syah tau.First Stephen dari Syah", jelas Natasha.
Chak masih ketawa.Natasha memandangnya tidak senang.Chak seolah-olah mentertawakannya.
"Awak ni,nak tawan hati aku pun,tak perlu lah buat semua ni.Macam kisah Cinderella pula.By the way,Syah memang cantik,perasmian projek menawan hati aku pun benar-benar perfect,tapi,tak perlu lah buat semua ni,membazir je",jelas Chak.
Natasha sedikit kecewa.Chak sepertinya tidak menghargai usahanya.
"Gagal",bisik hati Natasha.
Dirinya agak kecewa.Tiada senyuman yang terukir di bibirnya.Sementara itu,Chak masih tersenyum.Senyuman Chak benar-benar membuatkan Natasha seperti tersindir.
"Awak tunggu sekejap ye.Syah nak ke bilik air dulu",kata Natasha tiba-tiba.
Tanpa menunggu jawaban dari Chak,Natasha lantas berdiri dan berlalu pergi.
Senyuman Chak tiba-tiba hilang.Melihat gadis cantik dihadapannya pergi meninggalkannya membuatkan dia sedar,dia telah mengguris hati Natasha.Chak memukul perlahan kepalanya .Menyesal dengan sikap acuh tak acuh dirinya dengan usaha Natasha.
"Bodohnya awak ni Chak.Kenapa cakap macam tu kat Syah.Mestilah dia terasa hati",bisik Hati Chak.
"Tak pe,nanti Syah datang,aku akan minta maaf",kata Chak perlahan.
Dia benar-benar menyesal.
Beberapa minit berlalu,barulah Kelibat Natasha sampai.Kali ini,pakaiannya sudah bertukar.Bukan lagi pakaian yang dipakainya sebelumnya,bukan seperti Cinderella yang muncul seperti sebelumnya.Natasha telah menukar pakaiannya seperti pakaian yang kerap kali dipakainya setiap kali bertemu dengan Chak.
"Kenapa tukar baju?",tanya Chak sebaik sahaja Natasha duduk di hadapannya semula.
"Tak selesa",jawab Natasha ringkas.
Namun Chak mampu menebak hati Natasha saat itu.Dia sedang merajuk.
"Awak cantik bila berpakaian seperti itu",puji Chak cuba mengambil hatinya semula.
"Dah!.Tak perlu cakap pasal tu lagi.Kita makan.Dah lapar ni.Lagi satu dah lewat sangat",kata Natasha.
Dia malas membahaskan hal itu lagi.Bagi Natasha,usaha pertamanya dah gagal.Tanoa banyak bicara,Natasha lantas menjamah makanan di hadapannya.
"Syah,maaflah andai Aku dah sakiti hati awak",ucap Chak.
Suapan Natasha terhenti.Matanya memandang Chak.
"Tak perlu fikirkan lagi.Kita makan.Jom",kata Natasha.
Akhirnya Chak mengalah.Dia takut andai tambah menguriskan hati Natasha jika dia meneruskan kata-katanya lagi.Chak juga seperti Natasha,dia juga lantas makan.

******

Mommy bila kita nak balik umah nenek?.Rindulah",kata Misya tiba-tiba.
Aku yang sedang sibuk memasukkan pakaian Misya yang sudah siap dibasuh terhenti seketika.
Aku lantas memandang misya.
"Bila mommy cuti,kita balik ye",jawab ku dbil tersenyum.
Aku menyambung semula kerjaku sebentar tadi.
Suasana sepi semula.
"Mommy,kenapa kita tak tinggal sekali dengan papa?",tanya Misya lagi.
Kali ini kerjakuku lantas terhenti apabila mendengar pertanyaan Misya itu.
Aku terdiam.Cuba mencari ayat sesuai untuk menjawab pertanyaan Misya itu.
"Mommy dengar ke?",ulang Misya apabila pertanyaannya tidak dijawab oleh ku.
Aku memandang Misya.
"Kenapa tanya soalan macam tu?",soalku.
"Sebab tinggal dengan papa best.Papa boleh bawa Misya jalan-jalan.Sunyi la tinggal kat sini",jawab Misya.
Aku tergelak mendengar jawaban dari Misya.
"Amboiii,sejak bila pandai rasa sunyi ni.Sebelum ni,okay je.Tak de pun komen apa-apa.Ni mesti papa suruh Misya pujuk mommy nak tinggal dengan papa kan",duga ku.
Aku menyambung semula kerjaku.
"Tak!.Papa tak kata apa-apa.Tapi betullah,kita tinggal berdua je.Rasa sunyi.Kalau ada papa sekali kan best.Malam-malam boleh bawa Misya jalan-jalan ",terang Misya.
"Nak keluar malam buat pe?.Bahayalah",kataku.
"Kan ada papa,boleh jaga Misya.Boleh keluar makan bersama.Mommy jarang bawa Misya keluar.Paling pun bila ajak daddy je.Tapi sekarang ni pun,daddy dah jarang sangat jumpa Misya.So,dah ada papa,apa salahnya keluar dengan papa",jelas Misya.
Aku terdiam.
"Kecil lagi pun dah bijak berkata-kata",bisikku perlahan.
"Boleh la mommy.Kita tinggal dengan papa",rayu Misya.
Aku menarik nafas perlahan.Tidak tahu apa jawaban yang harus aku berikan.
"Lagi pun,mommy kata papa tu,papa kandung Misya kan.Mommy pun nak suruh Misya terima papa dalam hidup Misya.Jadi,Misya nak tinggal dengan papa!",kata Misya lagi.
Aku terdiam mendengar kata-kata Misya.Ini lah saat yang sememangnya amat aku risaukan.Misya masih sangat kecil.Dia belum mengerti keadaan hubungan aku dengan Zafran yang sudah terpisah agak lama dahulu.Walaupun masih sah bergelar suami isteri,namun untuk kembali tinggal bersama,amat janggal aku rasakan.Permintaan Misya sejujurnya amat sulit untuk aku tunaikan.Namun menolaknya juga lebih merumitkan.Akan ada banyak kata-kata yang aku akan dengari keluar dari mulut Misya.
"Nanti mommy fikirkan",jawabku ringkas sbil menutup pintu almari baju Misya.
Misya yang begitu bersemangat menunggu jawaban ku sebentar tadi mengeluh perlahan.Kecewa dengan jawaban yang aku berikan.
"Misya kena tidur sekarang.Esok nak bangun awal ke sekolah",kataku cuba mengubah topik perbualan diantara kami berdua.
Aku memang sengaja mengalihkan perhatiannya kerana,semakin dilayan kata-kata Misya,semakin berbunga-bunga kata-katanya nanti.
Aku lantas menghampirinya,selimut yang masih berlipat kemas aku rentangkan.Misya berbaring sambil memandang aku.
"Esok Misya nak jawaban dari mommy",kata misya.
Aku tidak mengendahkannya.Kuselimutkan tubuh kecil itu sehingga ke paras dada.
"Dah,tidurlah.Selamat malam sayang.Mimpi indah",ucapku tanpa menjawab kata-kata Misya sebentar tadi.
Tanpa menunggu jawabannya,aku lantas memadam lampu.Yang tinggal hanyalah lampu meja yang menerangi kamar milik Misya itu.
"Selamat malam mommy",ucap Misya.
Aku hanya tersenyum memandangnya.Aku lantas keluar dan menutup pintu kamar Misya menuju ke kamar ku.

******

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-09-20 22:40:35 

hi...next chspter plzzzz.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience