"Zara dah la tu.Jangan menangis lagi",pujuk ibu.sambil mengesat air mata di pipiku.Hatiku sedih.Hari ini adalah majlis pernikahan ku.Sepatutnya pengantin yang berkahwin menangis kerana bahagia.Tetapi bagiku tidak.Aku menangis kerana hatiku terluka.Bernikah tanpa kerelaan hatiku benar-benar meruntun jiwaku.Airmata yang mengalir tidak mampu aku bendung.
"Dah la sayang",pujuk ibu sambil memeluk ku.
"Senyumlah,tengok solekan Zara dah tak cantik,"
Aku berusaha untuk mengukir senyuman manis untuk ibu agar dia tidak risau melihatku.Ibu membalas senyumku dan memeluk ku,mengusap rambut ku perlahan untuk menenangkan aku.Berada di pelukan ibu sedikit menenangkan ku.
"Akankah ada bahagia buatku dengan perkahwinan ini".
"Ibu,rombongan abang Zafran dah sampai",panggil adikku Zarul.Ibu melepaskan pelukannya.Dia mengenggam erat jari jemari ku erat sebelum keluar.
"Bersiapla,lap airmata tu"ibu mengingatkanku.Aku hanya mengangguk kepalaku.Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan hatiku.Melihat ibu yang sudah keluar dari bilik ku untuk menyambut rombongan pengantin lelaki,aku lantas berdiri mencuri pandang di luar jendela kamar ku.Kelihatan Zafran yang sedang berdiri segak dengan baju Melayu berwarna kuning keemasan.Berjalan segak diiringi kompang memasuki halaman rumahku yang sudah di hias.Jantungku mula berdegup kencang.
"Mampukah Zafran menerimaku sebagai isterinya?".
Ketukan bertalu-talu dari pintu kamar ku membuat jantungku lebih cepat berirama.Aku tau,sekejap lagi aku akan di panggil turun kerana majlis akad nikah akan berlangsung.
"Zara,turunlah".
Perlahan-lahan aku melangkah keluar.Tapi sebelum itu aku melihat diriku di cermin.Memakai pakaian pengantin pilihan Zafran membuatku anggun.Kurapikan Rambut ku agar tetap kemas sebelum melangkah keluar dari kamar ku.Mina sepupu ku mengiringi aku keluar.
"Kak Zara,kamu sangat cantik,"pujinya.Aku hanya tersenyum tersipu-sipu.Sesampainya di ruangan khas,aku lihat banyak saudara mara ku sedang duduk bersembang dengan rombongan pengantin lelaki.Aku mencari-cari kelibat Ibubapa Zafran kerana aku belum pernah melihatnya.Ku lihat seorang perempuan dan lelaki dengan pakaian berwarna ungu sedondon.
"Pasti itu ibubapa Zafran"gummaku.
Dengan sekali lafaz,Zafran sah menjadi suamiku.Hatiku hiba.Airmata mula bertakung di tubir mataku namun aku tahan agar tidak mengalir di pipiku.Ibu terus mengenggam erat jari jemari ku yang basah dan sejuk.Ibu tau aku gementar. Dan dia memberikan aku sedikit kekuatan.Zafran melangkah sopan menuju ke arahku.Upacara pembatalan air sembahyang.Hatiku tambah gementar.Aku tidak pernah sebegitu dekat dengan Zafran sebelum ini.Jantungku seakan hendak melompat keluar.Aku menghulurkan jariku agar Zafran mudah menyarungkan cincin di jari manisku.Tangan Zafran juga sejuk memegang tanganku.Aku tau dia juga merasai apa yang aku rasai tika itu.Setelah selesai,Zafran mencium dahiku perlahan.Aku dan Zafran diiringi ke pelamin untuk upacara renjis mawar.Aku mengerling ke arah Zafran.Dia langsung tidak memandangku.Dia juga tidak berkata sepatah kata pun melainkan menjawab ucapan teman-teman yang mengucapkan tahniah kepadanya.Aku tau,senyuman Zafran juga atas keterpaksaan.
"Adakah Zafran juga tidak inginkan pernikahan ini".
Aku membuang pandang ke ke arah hadirin yang datang ke majlis pernikahan ku.Pelbagai ragam,orang yang lebih tua duduk sambil bersembang, anak-anak muda ada yg membuat kerja ada yang sibuk menyanyi menari untuk memeriahkan majlis ini.Anak-anak kecil saling kejar mengejar sambil tertawa bahagia.Aku menarik nafas dalam-dalam.
Kalaulah aku boleh menjadi kanak-kanak semula.Aku lebih memilih menjadi kanak-kanak.Tiada kesusahan yang difikirkan.Namun aku sedar aku suda besar panjang.Malah dah sah bergelar isteri.
"Apakah aku mampu menjadi isteri yang baik untuk suamiku"..
Aku menutup mata perlahan.
"Ya Allah,berikan la aku kekuatan menghadapi segalanya".
Aku mengerling ke arah jam.Sudah jam 9 malam.Tetamu sudah mula bersurai.Yang tinggal hanya saudara maraku yang menolong merapikan semuanya.Aku melihat Zafran dan Ibu ayahnya berjalan menuju ke arahku.
"Zara,mami dan papa dah nak balik",kata ayah mentuaku dengan lembut.Dia menghadiahkan aku senyuman manis.Tapi tidak ibunya zafran.memandangku dengan pandangan mata yang tajam.Perutku jadi kecut.Aku memaniskan riak wajahku agar tidak disedari oleh mereka.
"Hati-hati dalam perjalanan pulang",kataku sopan.
"Cepatlah abg!.I dah tak tahan keadaan di sini.Panas!",bentak Datin Aida.Dato Mazlan mencuit tangan isterinya.Tidak berkenaan dengan kelakuan tidak sopan isterinya itu.Namun Datin Aida tidak pedulikan nya sama sekali.Zafran hanya diam memandang ibunya.Tidak berkata sepatah kata pun.Malah tidak menegur ibunya.Hatiku sedikit hiba.Aku menghulurkan tangan mau bersalaman dengan mentua ku sebelum mereka bertolak pergi.Namun langsung tidak di layan.
"Cepatlah abg!,"
Datin Aida terus berlalu tanpa menyambut tanganku.Dengan gaya sombong terus meninggalkan kami menuju ke kereta.
"Jangan ambil hati dengan mami tu",pujuk Dato' Mazlan.Aku hanya mampu tersenyum.Tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.Betapa sakitnya hatiku ini.Setelah bersalaman dengan Dato Mazlan,aku terus naik ke bilik,meninggalkan Zafran yang menemani ayahku di ruang tamu.
Share this novel