BAB55

Romance Series 57282

Zafran melangkah masuk ke dalam syarikat.Inilah kali pertama setelah 4 bulan lebih tidak ke pejabat.Walaupun belum sembuh sepenuhnya namun itu tidak menjadi penghalang bagi Zafran untuk memulakan semula pekerjaannya.Sudah berbuih mulut datin Aida menghalangnya untuk masuk ke syarikat namun tidak diendahkan oleh Zafran.Bagi Zafran,dirinya sudah cukup bertenaga dan mampu untuk melakukan kerja-kerja syarikat.Ayahnya Dato' Mazlan tidak membantah keputusan Zafran namun dia juga berpesan agar Zafran tidak melakukan kerja-kerja berat buat sementara waktu demi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku.Ini kerana,tulang belakang Zafran masih dalam proses penyembuhan dan perlu penjagaan dengan rapi.Sebaik menjejakkan kakinya ke dalam syarikat,Ani terkejut beruk melihat Bosnya datang hari ini.Dia lantas menyapa bosnya itu.
"Eh bos.Kenapa masuk kerja hari ni.Bos dah sihat ke?",tanya Ani sedikit khuatir.
Ani tahu,untuk memulihkan semula tulang belakang yang patah mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.Melihat bosnya ada di depan mata,Ani sedikit hairan.
"Aku dah okay lah Ani.Tak perlulah tunjukkan muka khuatir tu",usik Zafran sambil ketawa.
Ani juga ketawa memandang Zafran.
"Siapa tak risau Bos.Bos baru je keluar Wad,lagipun mustahil dah sembuh begitu cepat.Setahu aku,proses penyembuhan tulang belakang ni mengambil masa juga untuk pulih.Tapi tak sangka Bos datang kat sini hari ini.Dah sembuh ke?"tanya Ani.
"Alhamdulillah Allah bagi kesembuhan pada aku dengan Cepat.Walaupun tak sembuh sepenuhnya,tapi dah boleh lah.Gerak ke sana sini dah mampu.Satu je,tak boleh angkat barang berat-berat",jelas Zafran.
"Syukur alhamdulillah kalau macam tu.Semoga cepat pulih sepenuhnya bos.Biar boleh berkerja seperti biasa.Dah lama sangat tak jumpa bos,rindu pula",ucap Ani sambil tersenyum.
"Aku lebih rindu dengan pekerja-pekerja aku tau.Rindu nak marah-marah",gurau Zafran.
Tawa Ani dan Zafran terburai.
Shima yang kebetulan menghantar sebuah fail ke meja Ani juga terkejut melihat Bosnya ada di sana.
"Ehhh bos.Bila sampai.Bos dah okay ke ni masuk kerja?",tanya Shima.
"Awak nampak aku kat sini kan.Maksudnya dah sembuh la.Walaupun tak sepenuhnya lagi,tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Sekarang ni dah 85% sembuh",terang Zafran.
Shima tersenyum mendengar perkembangan kesihatan bosnya itu.Tidak di nafikan,berita kemalangan Bosnya itu benar-benar mengemparkan seluruh pekerja syarikat itu.Mereka tidak menyangka,bosnya yang selama ini penuh berhati-hati terhadap apa sahaja yang dilakukannya boleh terlibat dalam kemalangan.Namun apabila melihat bosnya hari ini,kebimbangan mereka sedikit sebanyak melegakan hati para pekerja.
"Alhamdulillah bos.Gembira dengar berita kesembuhan bos.Bolehlah berkerjasama selepas ni.Seperti sedia kala",kata Shima.
"Tulah.Oh ye,Joe kat mana?",tanya Zafran.
Matanya meliar melihat kelibat teman baiknya itu.Banyak cerita yang harus dikongsikannya kepada sahabat baiknya itu.
"Eh,bos tak bagitahu Joe ke bos masuk pejabat Hari ni?",tanya Ani.
Zafran tersenyum memandang Ani dan Shima.
"Tak bagitahu.Saja nak bagi surprise",jawab Zafran.
Shima dan Ani juga turut tersenyum sama mendengar jawaban Bosnya itu.
"Hah!tulah.Bos nak bagi surprise kat Joe,aku pula yang tersuprise melihat Bos ada depan mata tadi",usik Ani.
Zafran ketawa.
"Suprise ke?",tanya Zafran ringkas.
"Mestilah suprise bos.Dah lah tak pernah jumpa 4 bulan lebih.Tiba-tiba hari ini muncul.Teruja sangat tengok bos",terang Ani.
"Hemmm.Bersiap sedialah Korang lepas ni dengar leteran aku ye.Telinga tu baik korek awal-awal",gurau Zafran.
Kata-kata Zafran mengundang tawa Shima dan Ani serentak.
Mereka tahu Zafran bergurau kerana sebelum ini,bosnya itu jarang untuk marah.
"Bos,4 bulan lebih ni tak jumpa bos,bos dah makin kacak lah.Berisi pula tu",puji Shima tiba-tiba.
Kata-kata Shima pula mengundang tawa zafran.
"Kamu ni ada-ada je la Shima.Dah la,tak perlu puji sangat.Baik kamu sambung kerja kamu semula,tu lebih baik daripada duduk memuji aku kat sini",arah Zafran.
"Baik bos!",jawab Ani dan Shima serentak.
Mereka lantas berlalu ke meja mereka masing-masing untuk menyambung semula kerja.Zafran pula lantas berlalu ke bilik pejabatnya,namun dia berhenti sebelum memasuki pejabatnya.Zafran melangkah setapak ke belakang dan memandang Ani.
"Ani,ada apa-apa tak appoiment hari ni?",tanya Zafran.
Ani yang sedang menaip sesuatu di dalam komputernya lantas menoleh.
"Sekejap bos.Biar aku cek dulu",jawab Ani.
Dia lantas memeriksa di sebuah buku catatan Ani.Beberapa ketika barulah dia menoleh ke arah bosnya itu yang sedang setia menunggu.
"Hari ini hanya ada dua appoiment,satu tu Joe dah pergi,dan jam 10 nanti,cik Natasha akan datang berbincang dengan Joe tentang belanjawan pembinaan dibawa syarikat mereka tu.Alang-alang bos dah ada kat sini,nanti aku akan maklumkan kepada Cik Natasha terus berjumpa dengan bos sahaja",terang Ani.
"Baiklah Ani.Thanks",ucap Zafran.
Setelah itu,Zafran lantas memasuki ruang pejabatnya.

*******

Datin Ain mengetuk perlahan pintu kamar Sofia.
"Sofia dah bangun ke?",tanya Datin Ain lembut.
Sofia terjaga dari tidurnya apabila lenanya diganggu dengan ketukan bertalu-talu di pintu kamarnya.Dia mendengus perlahan.
Datin Ain mengetuk lagi apabila Sofia masih tidak menyahut panggilannya.Hari ini Datin Ain benar-benar perlukan pertolongan daripada sofia. untuk menjaga butik milik datin Ain.Ini kerana Datin Ain harus menghadiri perjumpaan persatuan yang diikutinya itu.
"Sofia dengar tak",tanya Datin Ain lagi.
Dengan perlahan Sofia mengesat matanya yang masih mengantuk.Tanpa menyahut panggilan ibunya dia pantas mencapai telefon bimbitnya.Dilihatnya jam sudah hampir ke angka 9 pagi.
"Orang tua ni ganggu betulah!",bentak Sofia.
"Ye!",sahut Sofia geram setelah berulang kali namanya dipanggil.
"Sofia free tak hari ni.Mama nak minta tolong Sofia sedikit",jelas Datin Ain.
"Tolong apa!.Aku tak ada masa lah",jawab Sofia kasar.
"Tolong mama buka butik Hari ini dan juga jaga butik sampai mama siap.Hari ini mama kena hadirkan diri dalam perjumpaan persatuan",terang Datin Ain.
"Ahhh!. Malaslah!",jawab Sofia.
Dia memeluk bantal peluknya semula.
"Tolong lah mama Sofia.Kali ni je.Mama betul-betul perlukan pertolongan Sofia ni",rayu Datin Ain.
Sofia membaling bantal peluknya dengan kasar ke lantai.Dengan geram di lantas berdiri dan melangkah geram untuk membuka pintu biliknya.Dengan kasar,sofiaenarik kuat pintu biliknya dan melihat ibunya datin Ain sedang tersenyum menunggunya di muka hadapan.
"Kalau aku kata aku malas aku malas lah!.Nak paksa buat apa!",tengking Sofia kasar.
"Mama tak tahu nak minta tolong pada siapa la Sofia.Nak harapkan pekerja mama tu,kunci butik ada di tempat mama.Hanya Sofia lah satu-satunya harapan mama sekarang ni",jelas Datin Ain lembut.
Dia masih cuba memujuk anaknya itu agar bersetuju membantunya.
"Okay lah,Sofia boleh bantu,tapi dengan satu syarat,mama kena upah Sofia",kata sofia sambil tersenyum.
Datin Ain membalas senyumannya.
"Okay,berapa Sofia nak?",tanya Datin Ain.
Ada sedikit sinar harapan di wajahnya.
"Seribu ringgit",jawab Sofia ringkas.
Datin Ain terlopong mendengar permintaan anaknya itu.
"Awak gila ke Sofia.Mana mama nak cari duit sebanyak itu untuk upah Sofia dalam sehari.Itu sama sahaja dengan gaji sebulan yang mama bayar untuk pekerja mama",kata Datin Ain tidak berpuas hati.
Dia tidak menyangka,Sofia begitu berkira dengan ibunya sendiri.
"Kalau mama nak tahu,masa Sofia ni lebih tinggi nilainya daripada emas tau.Sepatutnya setengah hari untuk kerja,5 ribu ringgit Sofia nak.Tapi oleh kerana mama tu ibu kandung Sofia sendiri,Sofia dah bagi diskaun tau",jelas Sofia angkuh.
Datin Ain mengeleng-gelengkan kepalanya tidak senang dengan sikap Sofia.Tidak sepatutnya Sofia melayannya seperti itu.
"Bagaimana setuju tak?",tanya Sofia.
Datin Ain tidak mampu berkata apa-apa lagi.Dia tidak tahu harus menjawab apa pada Sofia.
Melihat kebisuan ibunya,Sofia lantas melangkah setapak ke belakang dan pantas menutup pintu biliknya kuat.
"Kalau mama tak setuju cakap je lah.Ni nak buang masa aku je nak tunggu.Dah lah,mama urus sendiri je urusan butik mama tu.Tak perlu libatkan Sofia.Aku nak sambung tidur.Pleasee!.Jangan ganggu",kata Sofia memberi amaran.
Datin Ain menarik nafasnya perlahan.
"Daripada buang duit nak bayar gaji awak tu Sofia,baik lagi aku tutup setengah hari.Lebih baik daripada setuju dengan syarat bodah awak tu",bisik Datin Ain di dalam hati.
Dia lantas menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah.Dia harus memaklumkan kepada pekerjanya untuk masuk kerja tengahari nanti.

*********

Sebaik selesai perbincangan antara Zafran dan Natasha,Natasha mempelawa Zafran untuk keluar makan tengahari bersamanya.Kebetulan waktu rehat sudah masanya,Zafran dengan senang hati menerimanya.Natasha juga mengundang Joe yang juga kebetulan hadir sama dalam perbincangan itu,namun Joe menolaknya dengan sopan kerana dia sudah berjanji dengan teman sepejabatnya untuk makan tengahari.Oleh itu,hanya Natasha dan Zafran sahajalah yang keluar untuk makan tengahari bersama.Setibanya Natasha dan Zafran di sebuah restoran yang berhampiran dengan syarikat Zafran,mereka lantas memesan makanan.Sementara menunggu makanan yang dipesan,Natasha dan Zafran berbual seketika.
"Kak Zara sihat ke?",tanya Natasha memulakan perbualan.
Zafran tersenyum memandang Natasha.
"Call semalam,Zara kata dia sihat.Dah lama tak jumpa Zara.Last jumpa sebelum keluar wad hari tu",jawab Zafran.
Natasha sedikit terkejut mendengar kata-kata Zafran.
"Awak dan kak Zara dah tak tinggal bersama ke?",tanya Natasha hairan.
Zafran menggaru perlahan kepalanya yang tak gatal.
"Dah 4 tahun tak tinggal bersama.Panjang sebenarnya cerita ni.Tapi tak tahu nak mulakan dari mana",jelas Zafran.
Dia sebenarnya malu untuk menceritakan hal peribadinya pada orang lain,memandangkan Natasha adalah kawan Zara,Zafran sepertinya ada sedikit keberanian untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang perhubungan Zafran dan isterinya itu.
"Tapi awak dan kak Zara masih suami isteri ke?",tanya Natasha ingin tahu.
Dia sebenarnya ingin tahu status hubungan Zafran dan Zara saat itu.Ini kerana,di hatinya masih ada persoalan yang belum terjawab.
"Zara masih sah isteri aku.Tapi tak tahulah sampai bila.Sepertinya perasaan Zara bukan untuk aku lagi.Tapi sejujurnya,aku masih sangat sayangkan dia.Selagi mampu,aku akan usahakan untuk memilikinya semula",jelas Zafran.
Senyuman terukir dibibir Natasha.
Di hatinya,dia juga berdoa agar mereka kekal sebagai suami isteri.Dia masih berharap agar ada peluang untuk dirinya dan Chak bersama.
"Jadi,anak perempuan tu anak awak dan kak Zara lah ye?",tanya Natasha inginkan kepastian.
Zafran agak terkejut mendengar pertanyaan Natasha.
Setahu Zafran,Zara meninggalkannya sebelum ini,Zara tak mengandung.
"Zara ada anak ke?",tanya Zafran ingin tahu.
"Ye,anak perempuan,kalau tak silap Misya namanya.Comel anak tu.Kalau tak silap,anggaran aku anak tu dah umur 4 tahun sekarang",terang Natasha lagi.
Jantung Zafran berdebar kencang.
"Takkan Zara curang di belakang aku.Tapi itu amat mustahil.Zara gadis yang baik.Tapi,Zara tak mengandung lagi sebelum ni",bisik Zafran perlahan.
Hatinya benar-benar ingin tahu saat itu.
"Bukan anak itu anak awk dan kak Zara ke?",tanya Natasha hairan.
"Tak taulah Syah.Tapi aku tak pernah tahu Zara mengandung sebelum ni.Lagi pun Zara tak pernah bagitahu pun yang dia mengandung sebelum belajar di luar negara",jawab Zafran.
Dia benar-benar bingung saat itu.
Perasaan ingin tahu membuak-buak di fikirannya saat itu.Andai benar anak yang dimaksudkan oleh Natasha sebentar tadi adalah anak hasil perkahwinan mereka,dia pasti akan berusaha untuk memiliki Zara semula.Andai Zara menolak,dia tidak teragak-agak untuk mengambil anak itu dari tangan Zara.
"Atau mungkin anak kawan Zara kot",teka Natasha tiba-tiba.
Zafran memandang wajah Natasha pantas.
"Kawan yang mana satu.Setahu aku Zara tak banyak kawan.Kawan lelaki ke perempuan?",tanya Zafran.
"Kawan lelaki.Kawan sekerja Zara.Chak namanya",jawab Natasha.
Zafran sepertinya perna mendengar nama tersebut.Dia cuba mengingatinya semula.
"Owh,Chak doktor muda tu ke?.Doktor yang merawat aku sebelum ini?",tanya Zafran inginkan kepastian.
"Aah,doktor itulah.Hari tu terserempak dengan mereka kat mall.Dengan Misya sekali.Tulah yang jadi tanda tanya sekarang ni.Anak tu panggil Chak daddy,panggil pula Zara mommy",jelas Natasha.
Zafran makin tersentak mendengar khabar tersebut.Dadanya tiba-tiba terasa sesak.Perasaan cemburu mula menular ke lubuk hatinya.Andai benar apa yang dikatakan oleh Natasha,Zafran akan lebih kecewa.Cinta yang selama ini di jaga akhirnya akan beralih ke tangan orang lain.Entah mengapa,Zafran seakan-akan tidak mampu menerima kenyataan tersebut.Dia tidak rela andai ada insan lain yang memiliki Zara.Bagi Zafran,Zara adalah miliknya seorang.
"Nantilah aku tanya zara.Aku nak cari tahu tentang Misya.Andai benar anak itu milik aku,aku akan berusaha untuk mendapatkannya",jelas Zafran.
"Lebih baik tanya kak Zara dulu.Manalah tahu anak itu hanya anak kawan kak Zara je",nasihat Natasha.
"Ye,aku akan pastikan dulu sebelum berbuat sesuatu",kata Zafran.
Natasha melepaskan nafas lega.Natasha juga risau andai ceritanya itu akan mengundang keretakan hubungan persahabatan antara dirinya dengan Zara.
"Maafkan aku kerana ceritakan ini semua pada awak Zaf.Tapi aku juga tak sampai hati untuk merahsiakan perkara ini pada awak.Awak juga berhak untuk tahu",jelas Natasha.
"Tak mengapa.Aku amat bersyukur kerana awak beritahu aku segalanya.Sekurang-kurangnya aku tahu keadaan yang sebenar",kata Zafran.
Natasha tersenyum.
"Dah jangan fikirkan lagi.Jom makan",pelawa Natasha apabila makanan yang dipesan oleh mereka telah siap terhidang.
"Jom", jawab Zafran.

*******

"Abg nak jumpa syg malam ni",


-zafran-

Aku membaca pesanan yang dikirimkan oleh Zafran kepadaku.Entah mengapa hatiku tiba-tiba terasa resah selesai sahaja pesanan itu aku baca.Hatiku tertanya-tanya,mengapa Zafran ingin menemui ku malam ini.Sepertinya ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Zafran kepadaku.

"Kenapa nak jumpa malam ni?",


-zara-

Aku lantas mengirim pesanan yang baru sahaja siap aku taip.Aku ingin tahu mengapa Zafran beria-ia ingin menemuiku malam ini.

"Ada benda ingin aku tanyakan.Urgent!",


-zafran-

Hatiku makin resah.

"Apa yang Zafran nak tanyakan?".Apakah dia sudah tahu tentang Misya.Apa Natasha dah ceritakan pada Zafran?",bisikku perlahan-lahan.
Tanganku ligat membalas pesanan tersebut.

"Tanya tentang apa.Malam ni aku tak dapat keluar".


. -zara-

Jari jemariku mengetuk-ngetuk meja kerjaku.Aku sepertinya tidak sabar mengetahui apa balasan yang akan Zafran berikan.Masa begitu lambat aku rasakan.Sudah beberapa kali aku melihat-lihat telefon bimbitku untuk memeriksa sama ada Zafran sudah membalasnya ataupun tidak.Namun sudah beberapa minit,masih tiada balasan.Punggungku terasa panas.Aku resah.
Aku lantas mengemaskan barang-barangku untuk bersiap menjemput Misya dan pulang ke rumah.Telefon bimbit aku simpan ke dalam beg.Setelah semuanya sudah kemas,aku lantas berangkat untuk menjemput Misya.

********

Aku sampai di hadapan sekolah Misya tepat pada waktunya.Aku melihat Misya tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arahku.Seketika perasaan resahku ku lupakan.Aku lantas menghampiri Misya.Tubunya ku dakap erat dan sebuah ciuman singgah di ubun-ubunnya.Begitulah yang selalu aku lakukan saat menjemputnya.
"Misya okay ke?",tanyaku lembut.
"Okay mommy.Misya okay",jawab Misya.
Aku tersenyum memandangnya.Misya sudah kerap kali berbual denganku menggunakan bahasa melayu.Itu adalah peningkatan yang sangat aku harapkan.
"Jom sayang,kita balik",ajakku.
Tangannya aku pimpin sambil berjalan menghampiri kereta ku.Aku lantas membuka pintu kereta dan memasukkan beg Zara ke tempat duduk bahagian penumpang di belakang.
"Mommy,siapa uncle ni?",tanya Misya tiba-tiba.
"Uncle mana pula?",bisikku perlahan.
Selesai meletakkan beg Misya ke dalam kereta,aku menutup perlahan pintu kereta sebelum berpaling memandang lelaki yang dimaksudkan oleh Misya.Jantungku seakan terhenti seketika saat melihat Zafran ada dihadapanku kini sambil memandang Misya dan aku silih berganti.
"Mommy,siapa uncle ni.Mami kenal ke?"Misya mengulang pertanyaannya kepadaku apabila pertanyaannya tadi tidak aku jawab.
Aku memandang misya perlahan.
"Misya masuk dulu dalam kereta.Tunggu mommy kat dalam",perintah ku.
Misya hanya menurut.Dia lantas masuk ke dalam kereta dan menutupnya.Zafran hanya memandang aku dan Misya.Setelah Misya masuk ke dalam kereta,barulah aku mengalihkan pandanganku pada Zafran.
"Jelaskan pada abg,siapa Misya sebenarnya",kata Zafran agak tegas.
"Misya anak aku.Kenapa?",tanyaku memberanikan diri menentang mata Zafran.
"Abg tau itu anak syg.Tapi siapa ayah pada Misya?",tanya Zafran.
Hatinya benar-benar ingin mengetahuinya.Lidahku kelu,aku tak mampu menjawab pertanyaan Zafran.
"Siapa ayah Misya tu tidak penting.Yang pentingnya Misya tu anak aku.Anak yang aku lahirkan",jawabku masih cuba menyembunyikan perkara sebenar.
"Tapi itu penting bagi aku.Aku berhak mengetahuinya!",kata Zafran tegas.
"Awak tak de hak nak ambil tahu.Jangan ganggu aku dan Misya lepas ni",jawabku.
Hatiku benar-benar takut saat itu.Takut andainya Zafran ketahui perkara sebenar,dia akan merampas Misya dari aku.
"Abg berhak syg.Syg tu masih sah isteri abg.Abg tak perna lafazkan talak pada syg!",jawab Zafran.
Nadanya agak tinggi.
Airmataku hampir sahaja mengalir di pipiku.
"Kalau abg tak ekori kereta syg tadi,sampai sekarang pun abg tak tahu.Apa kesalahan abg sampai perkara besar macam ni pun syg tak beritahu abg",luah Zafran.
Hatinya jelas kecewa dengan sikapku yang sangat mementingkan diri sendiri.
"Hanya kerana kesilapan abg dahulu,syg sanggup hukum abg.Meninggalkan abg tanpa berikan abg ruang untuk menjelaskan segalanya.Sembunyikan Misya daripada pengetahuan abg.Abg tak perna menyangka syg sanggup buat abg begini",luah Zafran lagi.
"Kalau syg tak nak beritahu abg siapa ayah kandung Misya,abg tak akan duduk diam.Abg akan bawa Misya cek DNA.Andai keputusan itu menunjukkan abg adalah bapa kandung Misya,abg akan dapatkan Misya",terang Zafran.
Dia tidak mahu lagi berlembut padaku.Bagi Zafran,sikapku itu begitu keterlaluan.Jantungku seperti di hiris-hiris mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Zafran.Airmataku mengalir jua di pipi akhirnya.Aku sebak.Aku tak tahu, airmataku mengalir disebabkan rahsia yang selama ini aku simpan terbongkar akhirnya,ataupun sebak kerana luahan Zafran sebentar tadi.Namun yang jelasnya,aku sendiri tidak mampu menafsir isi hatiku saat ini.
"Awak kena berterus terang Zara.Ini adalah jalan terbaik untuk awak dan Misya.Misya kena tahu hal sebenarnya",bisikku perlahan.
Namun kata hatiku bercanggah dengan fikiranku saat itu.Aku benar-benar bingung.Di sisi lain aku mahu sahaja berterus terang pada Zafran,namun di sisi lainnya lagi,aku tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar.Jelasnya aku sangat takut kehilangan satu-satunya harta terbesarku saat itu.
"Baiklah,kalau syg terus berdiam diri macam ni,abg akan teruskan niat abg.Syg tunggu surat dari mahkamah untuk kebenaran membuat pemeriksaan DNA ke atas Misya",ugut Zafran.
Dia sebenarnya tidak mempunyai niat untuk melukai hatiku,dia hanya inginkan satu jawaban bagi persoalan yang ada di hatinya saat itu.
Namun entah mengapa, bibirku seakan-akan terkunci rapat.Aku tak mampu berkata apa-apa.
"Tolonglah syg,abg cuma nak tahu kebenarannya sahaja.Berlembutlah kali ini",rayu Zafran.
Kali ini nadanya agak lembut.Dia cuba memujuk ku.Airmata mula menimbun di tubir mata Zafran.Jujurnya dia begitu merindui gadis di hadapanya itu.Andainya dia adalah bapa kandung pada Misya,dia ingin menyatukan semula keluarganya.Itu adalah niat utama Zafran.
Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
"Misya anak awk".
Akhirnya kalimat yang aku simpan selama ini terucap jua akhirnya.
Saat itu jugalah airmataku seperti air hujan yang turun membasahi bumi.Airmata Zafran yang dari awalnya ditahan akhirnya terburai juga akhirnya.
"Abg tahu Misya anak abg.Abg yakin sejak awal melihat Misya tadi",luah Zafran.
Ada esakan di hujung bicaranya.
"Tolonglah syg.Beri abg peluang untuk menjaga syg dan juga misya.Empat tahun abg telah mengabaikan syg dan juga Misya,berilah abg peluang untuk menebus semua masa-masa yang terbuang itu",rayu Zafran.
Airmataku masih mengalir di pipi.Permintaan Zafran amat sulit untuk aku tunaikan.Berpisah selama empat tahun bukanlah masa yang singkat.Sudah banyak perkara yang berubah termasuk perasaan hatiku saat ini.Walaupun di hati masih tersisa rasa sayangku,rasa cintaku pada lelaki di hadapanku itu,namun semua itu tidak mencukupi untuk dijadikan alasan menerima semula dia di dalam kehidupanku kini.
"Abg tahu syg sukar untuk menerima abg lagi,tapi sekurang-kurangnya fikirlah keadaan Misya.Dia juga perlukan kasih sayang seorang ayah yang selama ini dia tak pernah rasai",pujuk Zafran lagi.
Fikiranku bercelaru.Aku buntuh.Aku tak tahu apa jawaban yang harus aku berikan pada Zafran.
"Berilah aku masa Zaf.Aku tak mampu berikan apa-apa jawaban pada awk sekarang",jawabku lemah.
"Baiklah,abg beri syg waktu untuk berfikir.Tapi tolonglah setuju.Abg sangat mengharapkan.Tapi izinkan abg menemui Misya.Abg sangat ingin memeluk anak abg.Abg sangat merinduinya",ucap Zafran sayu.
"Buat masa sekarang ni,boleh tak beri aku ruang untuk menerangkan pada Misya tentang awk.Buka aku nak halang awk dari bertemu dengan Misya tapi aku harus perlahan-lahan menjelaskan semua ini pada Misya",jelasku.
Zafran terdiam.
"Misya belum pernah tahu kalau awk adalah ayah kandungnya,selama ini dia menganggap Chak adalah ayah kandungnya sendiri.Jika sekarang aku memberitahu Misya kenyataan sebenar,aku takut ia tak mampu menerimanya.Dia membesar dengan kasih sayang Chak,oleh itu dia dah anggap Chak itu ayahnya",terangku.
Aku tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada Zafran tentang kehadiran Chak di hidupku.Aku hanya ingin Zafran tahu keadaan yang sebenarnya.
"Abg ingin tanya syg satu soalan",kata Zafran tiba-tiba.
Aku memandang Zafran.Cuba meneka apa yang ada difikirannya saat itu.
"Tanyalah",jawabku ringkas.
"Syg dan doktor Chak tu ada hubungan istimewa ke?",tanya Zafran.
Wajahnya jelas sedikit cemburu namun Zafran cuba menyembunyikan perasaan itu.
"Aku dan Chak hanya kawan biasa.Tak lebih dari itu.Panjang sangat ceritanya andai aku ingin ceritakan semuanya namun masa tak mengizinkan.Satu saat nanti pasti awk akan fahaminya jua",jelasku.
Zafran mengangguk perlahan.Dia cuba mempercayai kata-kataku namun jauh disudut hatinya masih masih banyak persoalan yang bermain di fikirannya.
"Esok abg nak syg bawa Misya makan malam bersama.Boleh tak?",ajak Zafran.
Aku menghela nafas panjang.
"InshaAllah,nanti aku fikirkan",jawabku.
"Abg benar-benar ingin makan bersama dengan isteri dan anak abg.Abg nak sangat syg bersetuju.Untuk kali ini,berilah abg ruang untuk dekatkan diri pada Misya agar Misya boleh membiasakan diri dengan abg",pujuk Zafran.
"Nanti esok aku beri jawaban",.
Hanya itu jawaban yang mampu aku berikan saat itu.Perbualan aku dan Zafran terhenti di situ sahaja apabila Zafran menerima panggilan penting daripada Joe.Setelah meminta diri,Zafran bergegas meninggalkan aku dan Misya.

Share this novel

maznom mohd said
2020-06-23 14:02:09 

napa lama tk update?? lama dok menunggu..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience