Seperti kebiasaan setiap hari.Aku akan bangun seawal jam 6 pagi untuk menyediakan sarapan pagi buat Zafran.Sudah sebulan rasanya aku dan Zafran tinggal bersama.Walaupun kadang kala Zafran melayan ku dengan agak dingin dan menyuruh ku melakukan pekerjaan yang hampir tidak mampu aku lakukan namun aku agak gembira berbanding saat tinggal dengan keluarga Zafran.Rasa perih yang aku alami masih terasa bila mengingatkan cara layanan Datin Aida terhadap diriku.Walaupun kadangkala datin Aida dan Sofia datang ke rumah ketika ketiadaan Zafran namun aku tak pernah kisah.Walaupun aku tak pernah menjemput mereka datang namun aku masih menghormati mereka meskipun mereka datang hanya untuk menyakiti hatiku.Hinaan,cacian yang dilemparkan oleh mereka aku tidak kisah kan kerana bagiku sebanyak mana pun kesakitan yang mereka berikan terhadap aku,pada akhirnya akan terhenti juga.Aku hanya menunggu saatnya Zafran menjatuhkan talak kepadaku.Dan pada masa itulah semua sakit,semua perih yang aku lalui akan terhenti.Aku sudah tidak sabar menunggu saat itu.Di saat itulah pembebasan buat aku dari penyeksaan yang menyakitkan.
Lamunan ku terhenti saat mendengar bunyi tapak kaki menuruni tangga.Ku lihat Zafran segak memakai kot berwarna hitam,berkasut kulit menjinjing sebuah beg kerja menuruni anak tangga.Dengan cepat aku menghidangkan kopi dan beberapa keping roti untuk sarapan Zafran.
"Kau tak siap lagi?.Cepat bersiap,dah lambat ni",kata Zafran apabila melihat aku masih berpakaian tidur.Dia melihat jam di tangannya.
Aku agar tersentak.Sememangnya Zafran hendak membawa aku ke mana.Persoalan demi persoalan menerjah fikiranku.
"Kita ke mana",tanyaku sambil memandang pelik wajah Zafran.
Zafran membalas pandangan ku dengan tajam.
"kau ni jangan banyak tanya boleh ke.Kalau aku suruh kau bersiap,bersiaplah",marah Zafran.
Wajahnya yang tadinya jernih kini menjadi kemerahan menahan marah.Dia geram mendengar pertanyaanku.Aku lantas berlalu meninggalkan Zafran tanpa berkata-kata lagi.Aku takut andainya marahnya bertambah-tambah.
Sepanjang perjalanan ke tempat yang ditujui,aku hanya menguncikan mulutku.Melihat kedinginan wajah Zafran aku jadi tidak berani untuk bersuara.Aku hanya melempar pandanganku ke luar jendela kereta.Melihat pemandangan indah di awal pagi.Zafran juga hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya sahaja.Setengah jam sahaja,kami sudah sampai ke destinasi yang aku sendiri pun tidak tau.Setelah memparkingkan kereta,Zafran lantas turun dari kereta.Zafran Memandang aku yang masih duduk tercengang di dalam kereta.
"Yang kau tak turun lagi tu apasal.Ke kau nak aku tolong bukakan pintu kereta supaya orang ramai nampak betapa bahagianya kau ada suami seperti aku",perli Zafran.
Aku lantas membuka pintu dan keluar.Aku sedar Zafran sedang menyindir ku.Hatiku sedikit terasa.Zafran mendahului langkahku di hadapan.Meninggalkan aku agak jauh ketinggalan dari belakang.Aku cuba mengejar Zafran namun langkah kakinya lebih cepat dari langkah kaki ku.Ku lihat Zafran memasuki sebuah restoran mewah di penghujung deretan kedai.Aku lantas membuntuti nya.
Ku lihat Dato' Mazlan dan Datin Aida sudah duduk menunggu di sebuah meja di penjuru restoran itu.Dato Mazlan melambai-lambaikan tangan ke arah Zafran yang sudah hampir mendekati mereka.
"Duduklah Zaf,Zara",pelawa Dato' Mazlan.
Aku lajukan punggungku bersebelahan dengan kerusi Zafran.
"Zara sihat",tanya Dato' Zafran sambil tersenyum memandang aku.
"Sihat daddy",jawabku ringkas.
"Sementara tunggu peguam Lee,eloklah Zaf dan Zara order makanan",kata Dato' Mazlan.
Datin Aida yang duduk bersebelahan dengan Dato Mazlan merenungku tajam.Aku tau kehadiranmu tidak disenangi oleh Datin Aida.
"zara tak nak order makanan atau minuman ke",tanya Dato' Mazlan mengulangi pertanyaannya kepadaku apabila menyedari aku tidak menjawab pertanyaannya tadi.
"Tak daddy,Zara dah sarapan pagi tadi",kataku menjawab pertanyaan Dato' Mazlan.Seperti kebiasaannya Zafran meminta kopi.Aku hanya tersenyum memandang Zafran.Aku tau Zafran tidak boleh dipisahkan dengan kopi.Selang beberapa minit Peguam yang di maksudkan sampai menjinjing sebuah beg penuh dengan dokumen kerja.
"Maafkan saya Dato' Datin,agak lambat sikit",kata peguam Lee sambil bersalaman dengan Dato Mazlan dan Zafran.
"Tak mengapa, duduklah",pelawa Dato' Mazlan.
"Nak minum apa-apa tak",tanya Dato' Mazlan kepada peguam Lee.
"Tak apa Dato'.Saya dah minum sebelum datang sini",kata peguam Lee dengan penuh rasa hormat menolak pelawaan Dato' Mazlan.
"Saya teruskan Yee Dato' sebab lepas ni saya masih punya urusan lain",kata peguam Lee sambil mengeluarkan sebuah sampul berwarna biru tua.
"teruskan"perintah Dato' Zafran.
Peguam Lee menjelaskan semula isi-isi wasiat yang di tulis oleh datuknya Zafran.
"Dah jelas semua ke, siapa-siapa ada pertanyaan sila kemukakan,"kata peguam Lee.
Aku lihat muka Zafran seperti tertekan setelah mendengar wasiat dari datuknya itu.Manakalah Dato' Mazlan dan Datin Aida hanya diam menandakan mereka sudah mengerti semuanya.
"Kalau sebelum tiga tahun tu,aku dan Zara berpisah bagaimana?",tanya Zafran ingin tau.
Aku hanya diam membisu.Aku sudah menjangkakan itulah persoalan yang akan Zafran pertanyakan.
"Jika sebelum tiga tahun Zafran dan Zara tidak mempunyai zuriat dan bercerai,30 peratus syer syarikat akan tetap menjadi milik Zafran dan Zara akan mendapat 20 peratus syer syarikat.Sekiranya dalam tempo tiga tahun itu,kalian tidak memiliki zuriat maka syer 25 peratus akan jatuh ke jabatan kebajikan anak yatim.Namun jika Zafran menceraikan Zara dan berkahwin dengan orang lain, Dan memiliki zuriat,maka 25 peratus akan jatuh ke tangan anak Zafran.Selebihnya 25 peratus syer syarikat akan jatuh ke tangan Dato' Mazlan dan Datin Aida.Selain itu,Zara boleh memindahkan 20 peratus syer syarikat jika itu merupakan kehendak Zara,syer 20 peratus itu akan jatuh ke tangan zafran, "jelas peguam Lee panjang lebar.
Datin Aida tersenyum sinis memandang aku.Aku tau Datin Aida sudah membuat perancangannya tersendiri.Namun aku sangat tidak ambil peduli.Kerana bagiku,tidak mendapat syer dari syarikat itu lebih baik agar selepas berpisah dengan Zafran aku bebas tanpa ada sedikit kaitan pun bersama keluarga itu.
"Kalau dah tak ada apa lagi,saya minta diri dulu kerana masih ada urusan yang perlu saya selesaikan,"kata peguam Lee meminta diri.Dato Mazlan berdiri sambil bersalaman dengan peguam Lee sebelum berpisah.
"Zaf",panggil Datin Aida separuh berbisik.
Namun aku masih mampu mendengar dengan jelas Datin Aida memanggil Zafran.
"Ye mami",jawab Zafran bersahaja.
"Zaf dah dengar kan apa peguam tu kata,selepas ni Zaf dah boleh ceraikan Zara,tak kisahlah ada zuriat ke tak de,sebab Zaf masih boleh punya zuriat dengan Sofia",kata Datin Aida perlahan.
Aku yang mendengar terus mempercepatkan langkahku malas mendengar perbualan antara mereka.
"Mami,dah berapa kali Zaf bilang,Zaf tak suka dengan Sofia",jawab Zafran dingin.
Dia paling tak suka ibunya ingin menjodohkan dirinya dengan perempuan gedik itu.
"Zaf,dengar dulu penjelasan mami,",panggil Datin Aida apabila melihat Zafran mengorak langkah meninggalkan dirinya menuju ke kereta.
Zafran berpura-pura tidak mendengar panggilan ibunya.Dia malas apabila setiap kali bertemu dengan ibunya,sofiala jadi sebutan ibunya.Dia suda cukup muak.
Datin Aida mendengus kasar.Dia agak kecewa apabila Zafran tidak mengendahkannya.
"Tak pe,satu saat nanti Zaf pasti akan terima Sofia dalam hidup Zaf",bisik Datin Aida sebelum mengatur langkah menuju kereta suaminya itu.
Panggilan dari Zamri di biarkan berlalu oleh Sofia.Dia amat malas menjawab panggilan tersebut.Baginya Zamri hanya temannya saat dia rasa tertekan.Sasarannya adalah Zafran.Lelaki tampan yang kaya raya.Dia ingin sekali memiliki Zafran.Apatah lagi melihat keadaan perusahaan keluarganya yang hampir bankrap.Sekurang -kurangnya apabila dia berkahwin dengan Zafran,dia boleh meminta duit dari Zafran untuk menghalang perusahaan ayahnya dari bankrap.Hati Sofia benar-benar tidak tenang.Dia mundar-mandir memerah otak mencari idea agar secepatnya Datin Aida menikahkan mereka.Sofia sudah tidak sabar lagi.Apatah lagi duit miliknya sudah hampir habis.Meminta dari ibu bapanya juga tiada,semuanya sudah habis untuk membayar hutang Along.Sofia gelisah.Dia harus melakukan sesuatu.Dia segera mencapai beg dan telefon bimbit ingin berjumpa dengan Datin Aida.
"Sofia nak ke mana petang-petang macam ni",tanya Datin Ain apabilah melihat anak tergesa-gesa keluar dari rumah.
Datin Ain yang sedang sibuk menyiram bunga segera berhenti dan mengejar anak nya itu.Dia amat takut andai Sofia berjumpa dengan Zamri.
"Jumpa kawan la mama",kata Sofia.
"Siapa,Zamri ke",tanya Datin Ain sedikit marah.
"Bukan lah mama,nak keluar jumpa bakal mentua Sofia",ucap Sofia.
Datin Ain tersenyum mendengar sebaris nama yang sangat berpengaruh dan kaya raya itu.
"Baiklah,pastikan jangan jumpa Zamri.Zamri tu bukannya ada apa-apa.Kalau nak harapkan duit dia je,alamat bankrap la perusahaan papa Sofia tu",kata Datin Ain memberi amaran.
"Ye ma",jawab Sofia ringkas.
Dia terus berlalu meninggalkan ibunya dengan cepat.Sofia harus berusaha keras untuk cepat-cepat bersama dengan zafran,.Dia sudah tiada masa lagi kerana Kewangan keluarganya semakin menipis.Datin Ain tersenyum memandang anaknya itu.
"Mama dan papa berharap agar Sofia cepat-cepat dapat bernikah dengan Zafran.Tak kisah la apa saja Sofia nak lakukan,mama akan tetap menyokong Sofia",kata Datin Ain.
Aku berbaring di atas katil ku.Ku lihat suda jam 10 malam.Zafran masih tak pulang lagi.Hatiku sedikit risau.Sebelum ini dia tidak pernah pulang selewat ini.Selepas menghantar ku pulang tengahari tadi,dia terus keluar semula.Aku juga tidak sempat bertanya kepadanya jika dia hendak ke mana.Yang hanya ada di kotak fikiranku adalah Zafran kembali ke syarikatnya untuk kerja memandangkan pagi tadi dia cuti setengah hari untuk menghadiri perjumpaan dengan peguam Lee.
Aku lantas turun ke tingkat bawah apabila terdengar bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah.
"Zafran dah balik",fikirku.
Aku lantas membuka pintu rumah walaupun aku tahu Zafran memiliki kunci spare.Ku lihat Joe keluar dari kereta dan mengangkat Zafran yang tak sedarkan diri.
"Joe,kenapa dengan Zafran",tanyaku selesai saja Joe meletakkan Zafran di atas sofa.
"Dia minum banyak sangat",kata Joe.
Aku terkejut mendengar kata-kata joe.selama ini aku tidak menyangkakan Zafran meminum arak,kerana aku tidak pernah melihatnya mabuk sebelum ini.
"Dah lama Zafran tak minum banyak seperti ini.Kalau dia minum banyak pun sebab dia sedang hadapi tekanan",terang Joe.
"Dah berapa lama Zafran tak minum sebanyak ni",tanyaku ingin tahu.
"semenjak kamu bernikah,Zafran tak pernah minum arak lagi.Tapi tak tau kenapa hari ni dia cuba semula",kata Joe sambil menggelengkan kepala.
"Kenapa tak halang dia",tanyaku agak kesal dengan Joe.
"Zara pun tau kan Zafran ni keras kepala sikit.susah sangat nak halang dia",luah Zafran.
Tu aku sangat setuju dengan pandangan joe.zafran seorang yang sangat keras kepala.Kalau dia kata nak yang itu,itulah yang harus dia dapatkan.
"Tak mengapalah Joe.Apa pun terima kasih sudi hantar Zafran pulang",ucapku sangat berterima kasih kepada Joe.
Joe tersenyum memandang aku.
"Zafran beruntung punya isteri macam kau Zara.Tapi bodohnya Zafran tak mampu melihat emas di depan matanya sendiri",Puji Joe.
Joe sangat cemburu akan Zafran.Dia mampu memiliki segalanya yang dia inginkan.Namun Joe sedar setiap manusia punya kelebihannya yang tersendiri.
"Aku pergi dulu Zara.Take care",ucap Joe sebelum melangkah pergi meninggalkan aku dan Zafran berdua.
Ku lihat Zafran yang terbaring lemah di atas sofa.
Aku tak tau aku simpati ataupun geram melihat Zafran.Yang pastinya kedua-duanya perasaan itu ada di hatiku.Aku simpati dengan tekanan yang dia hadapi,namun aku juga geram dengan sikap bodohnya itu.
"Tekanan pun,janganlah sampai buat kerja bodoh seperti ini",omelku perlahan.
Aku membuka kasut milik Zafran.Mencuba mengangkat dia namun aku tak mampu.Beratnya dua kali ganda dari beratku.Bagaimana aku mampu mengangkatnya fikirku sendirian.
Aku lantas ke dapur mengambil air dan tuala yang bersih.Setelah itu aku tuam ke mukanya Zafran supaya dia sedar.Zafran mula tersedar sedikit demi sedikit.Dia akhirnya membuka matanya dan memandang aku.
"Kau,bagaimana kau ada di sini",tanya Zafran sebaik saja sedar.
"Kau dah mabuk.Mari aku hantarkan kau ke bilik",kataku sambil menarik tangannya untuk berdiri.Zafran berusaha untuk bangun,namun dia tidak mampu untuk menyeimbangkan dirinya kerana terlalu mabuk.Aku terpaksa menjadi tongkat Zafran untuk berdiri.Setapak demi setapak kakiku dan kakinya melangkah menaiki tangga ke tingkat atas menuju ke kamarnya Zafran.Dengan penuh berhati-hati ku rebahkan badan Zafran ke katilnya sesampainya di dalam bilik zafran.Aku hampir tumbang bersama Zafran saat tubuh milik Zafran rebah ke tilam.Nasib baiklah aku sempat berpaut di tiang.
"Beratnya kau.Dah hampir patah pinggang aku ni",omelku sendirian.
Aku merenung sekilas wajah polos milik Zafran.
"Lelaki ini walaupun tertidur masih tetap tampan", pujiku sambil terus merenung muka Zafran.
Aku tersedar dari khayalan ku tiba-tiba.
"Apalah kau ni Zara,fikir sampai macam tu sekali",kataku sendiri sambil menepuk-nepuk dahiku sendiri.
Aku keluar meninggalkan Zafran sendiri di dalam bilik.
"Pandai-pandai lah kau urus diri kau sendiri Zafran.Yang penting aku dah tolong hantar kau dalam bilik",kataku perlahan.
Aku melangkah keluar.
Awal pagi lagi seperti kebiasaanya,aku akan turun menyiapkan sarapan pagi buat Zafran.Setelah semuanya selesai aku duduk menunggu kedatangan Zafran.Hampir setengah jam menunggu Zafran tak kunjung tiba.Aku mengerling jam dinding yang melekat di dinding dapur.
"Dah 7 setengah.Takkan tak bangun lagi Zafran ni.Dah lewat sangat ni",kataku hairan.
"Ni mesti sebab dia mabuk semalam.Jadi pagi ni terlambat bangun",tekaaku sendiri.
Aku mengatur langkah menaiki tangga untuk ke tingkat atas.Berniat mengejutkan zafran.Ku lihat pintu biliknya masih tertutup rapat.
"Sah!,mamat ni masih tidur",kataku.
Aku mengetuk berkali-kali pintu bilik Zafran.Namun pintu tak di buka.
"Awak,Awak dah bangun ke.Dah lewat ni.Jom turun sarapan",panggilku agak kuat.Takut tidak di dengar oleh Zafran.
Ku tunggu jawapan dari Zafran namun tetap juga tiada.Hatiku tiba-tiba dilanda risau.
"Takkan dia pengsan",kataku.
Aku lantas masuk ke dalam bilik Zafran yang tidak berkunci.Ku lihat Zafran masih tertidur di atas tilam.Pakaiannya masih pakaian semalam.Bajunya penuh dengan muntah.Begitu juga dengan cadar tilamnya dan juga di lantai.
"Busuknya",kataku sambil menutup hidung.
Aku hampir termuntah namun ku kuatkan hatiku agar tidak muntah.Perlahan aku mendekati Zafran.Ku goncang-goncangkan kakinya supaya dia terjaga.Namun tiada respon.Aku jadi semakin takut.Ku segera mengambil air di dalam bekas dan tuala.Perlahan aku lap mukanya dan lehernya yang penuh dengan muntah.Setelah agak bersih,aku menarik badan Zafran menyandar di katilnya.
"Zafran,tukarlah baju kau tu.Penuh dengan muntah",kataku pabila melihat Zafran suda membuka matanya.
Dia tidak menolak.Dibukanya satu persatu butang bajunya dan membukanya perlahan.Melihat dada bidang milik Zafran membuat aku terasa malu.Aku lantas membelakangi Zafran.Segan melihat Zafran tidak berbaju.
"Tolong aku ambilkan tuala dalam almari",perintah Zafran,Suaranya agak lemah.
Aku melangkah menuju almari dan mencapai tuala.Ku hulurkan kepada Zafran sambil menutup mataku erat.Zafran menyambut huluran tersebut dan berlalu memasuki bilik air.Aku lantas mengelap muntah yang ada di atas lantai sehingga bersih.Cadar juga aku tukarkan dan meletakkan cadar yang sudah di gunakan di dalam bakul untuk di cuci.
"Rakkkkkk!!"
Satu bunyi kuat kedengaran dari arah bilik air.Sepertinya sesuatu benda keras jatuh.Aku lantas berlari dan mengetuk pintu bilik air.
"Zafran,awak okay tak",tanyaku risau.
Tiada jawaban.
Ku ketuk lagi pintu bilik air berulangkali.
"Awak dengar tak",tanyaku lagi.
"Kaki aku agak sakit",perlahan suara Zafran kedengaran.
Aku jadi gelisah.Takut andai sesuatu terjadi kepada Zafran.Aku lantas menolak pintu bilik air.Tidak berkunci.Ku lihat Zafran sedang terduduk di atas lantai.Dia suda siap bertuala.Melihat keadaan Zafran yang agak seksi itu,aku tidak jadi melangkah masuk.
"Kaki aku sakit",kata Zafran.
"Aku telefon doctor datang",kataku mengelabah.
Sebenarnya aku malu untuk melihat Zafran seperti itu.
"Kau bodoh ke apa.Aku tengah sakit ni,tolong tarik aku",kata Zafran agak keras namun perlahan.
Aku teragak-agak untuk melakukan seperti yang di suruh Zafran namun kerana rasa simpatiku terhadapnya,aku menghulurkan tanganku cuba menariknya.Zafran menyambut huluran tanganku dan berusaha untuk bangun perlahan- Lahan dan melangkah keluar dari bilik air menuju ke katil.Baju yang sudah aku sediakan dipakai oleh Zafran.Setelah semuanya selesai,aku arahkan Zafran untuk bersandar dan meluruskan kaki.
"kaki kau terseliuh ni,tengok dah bengkak",kataku sambil memicit-micit buku lali kaki Zafran.
Zafran mengerang kesakitan.
"Kau buat apa ni,kau tau kaki aku sakit,kau picit buat apa hah!,kau nak aku mati ke",Serkah Zafran tiba-tiba.
Aku tidak menjawab kata-kata Zafran.Aku tau dia sedang dalam kesakitan.Jadi wajarlah jika dia hendak memaki hamun aku apabila aku menyentuh kakinya yang bengkak.
"Aku call doctor datang.Lagipun aku tak pandai pandu kereta nak hantar kau ke hospital",kataku kepada Zafran.
"Nampak sangat kau dari kampung kan,kereta saja pun kau tak pandai bawa",kata Zafran sempat menyindir ku walaupun dalam keadaan yang sakit.
Aku agak terasa mendengar sindiran Zafran.Lantas aku terfikir tentang Datin Aida dan Sofia yang memanggil ku dengan gelaran perempuan kampung.Hatiku agak sakit.
"Tak kisahlah kalau aku perempuan kampung pun.Yang penting aku tak sama dengan perempuan kota seperti kekasih awak Sofia tu.Sekurang-kurangnya aku masih punya adab dan menghormati orang yang lebih tua",kataku tiba-tiba.
Entah mengapa kata-kata Zafran begitu menusuk di lubuk hatiku.Apatah lagi mengingatkan perbualan antara Zafran dan Datin Aida yang menyuruhnya cepat-cepat bernikah dengan sofia.Aku jadi agak sensitif bila saja mendengarkan Zafran mengelarku perempuan kampung.Aku menepuk-nepuk dahiku berulangkali apabila menyedari kelancangan mulutku itu.Zafran suda melopong tidak percaya mendengar kata-kata yang aku lontarkan kepadanya.Mukanya serta merta menjadi merah.
"Kau kata apa tadi,cuba ulang semula",kata Zafran tidak berpuas hati.
"Aku nak telefon doctor sekarang",jawabku menukarkan topik perbualan.
Zafran mendengus kasar.Aku lantas keluar dari bilik Zafran.Aku takut andai kemarahannya berterusan bila saja memandang aku.Oleh itu aku memberi alasan menelefon doctor.Aku lantas mencari-cari telefon ku,mencari senarai kenalanku andai ada terselit ni mana-mana doctor.Namun tiada.
"Adoiiiii Zara,kenapalah lancang sangat mulut kau ni.Tengok tu dah undang kemarahan Zafran.Dah la no telefon doctor pun tak de",kataku mengutuk diri sendiri.
Aku memberanikan diri untuk masuk semula ke bilik Zafran untuk meminta ni telefon doktor peribadi keluarga Zafran.
"Boleh minta no telefon doctor peribadi family awak tak",tanyaku lembut.
Zafran memandangku dengan pandangan yang tajam
"Tak perlu!Aku dah call tadi.kau boleh keluar sekarang",perintah Zafran.Dia sudah tidak larat untuk memarahiku.
Aku lega.
Share this novel