Vila Angsana
"Asalamualaikum",
Laung Zafran sebaik sahaja sampai di depan pintu rumah banglo milik keluarganya itu.
Aku di sebelahnya hanya mengucapkan di dalam hatiku.
"Walaikumsalam.Hah!sampai pun.Masuklah",
pelawa Dato' Mazlan setelah menjawab salam.
Aku dan Zafran lantas masuk.
"Zara sihat ke?",
tanya Dato' Mazlan sambil tersenyum memandang aku sebaik sahaja punggung di laburkan di atas sofa empuk yang tersusun kemas di ruang utama banglo itu.
"Alhamdulillah sihat daddy.Daddy bagaimana?",
tanyaku penuh hormat.
"Alhamdulillah daddy sihat Zara.Daddy gembira Zara dan Zafran datang.Mami pun gembira sangat sampai masakkan makanan kegemaran zafran tu",jawab Dato' Mazlan.
"Laa ye ke.Dah susahkan mami",jawabku simpati.
"Pe yang susah pula.Pembantu rumah ada bantu-membantu mami tu",jawab Dato' Mazlan.
"Amboi-amboi daddy.Jumpa Zara,anak sendiri terlupakan",usik Zafran apabila merasakan dirinya terpinggir di antara ayahnya dan aku.
Aku dan Dato' Mazlan tersengih memandang Zafran.
"Laa,lupa pula Zaf ada kat sini",gurau Dato' Mazlan.
Aku tertawa mendengar jawapan dari mentua lelaki ku itu.
"Aah la daddy,lupa pula dia ada kat sini.Ingatkan daddy Ngan Zara je ada kat sini tadi",jawabku membela Dato' Mazlan.
Zafran tersenyum memandang aku.
"Sampainya hati",sahut zafran.Dahinya sengaja dikerutkan sedikit agar reaksi pura-pura merajuk jelas di wajahnya.
Raut wajah Zafran mengundang tawa antara aku dan Dato' Mazlan.Zafran juga turut sama ketawa.Terpancar sinar kebahagiaan di wajah Zafran dan Dato' Mazlan.
"Ehemmmm!"
Datin Aida yang sudah lama memerhatikan aksi kami bertiga akhirnya mengeluarkan suara untuk menarik perhatian kami.Hatinya agak sakit mendengar gelak ketawa gembira antara kami.
Semua mata memandang Datin Aida yang sedang menuruni anak tangga menuju ke arah kami.Wajahnya agak dingin.Zafran dan Dato' Mazlan tersenyum memandang Datin Aida.
"Wahh bukan main gembira Korang gelak ketawa sakan.Sampai dah tak ingat orang sekeliling.Dah puas ketawa?",tanya Datin Aida separuh menyindir.
"Hai mami.Maaflah tak sedar mami datang tadi.Mami sihat ke?",
tanya Zafran sambil berdiri dan bersalaman dengannya.
Datin Aida tersenyum memandang anak kesayangannya itu.
Aku juga bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya namun huluran ku tak di sambut.Malah dia merenungku tajam.
Aku segera menarik tanganku semula apabila tiada reaksi dari Datin Aida untuk turut sama bersalaman denganku.
Zafran memandang Datin Aida.Hairan dengan sikap ibunya terhadapku.
"Kenapa mami tak sambut huluran tangan Zara?",tanya Zafran bingung.
Aku hanya tertunduk malu memandang lantai apabila huluran tanganku tadi langsung tidak disambut.Dato Mazlan juga bingung dengan sikap tidak beradap isterinya itu.
"Awak,kenapa tak sambut tangan Zara tadi?",tanya Dato' Mazlan.
Aku juga menaikkan keningku tanda isyarat ingin tahu.
"Aku tak undang dia ke rumah aku.Untuk apa aku hormati",jawab Datin Aida angkuh sambil berpeluk tubuh memandang aku.
Zafran tergamam mendengar jawaban dari ibunya itu.
ku lihat wajah Zafran berubah rona.Wajahnya agak kemerahan menahan amarah di hati.
"Lagi satu,aku tak suka orang yang tak beradap,tak sopan datang rumah aku.Ketawa mengilai-ilai di dalam rumah orang.Ikutkan hati,aku halau perempuan seperti itu.Memalukan keluarga aku je!",hina Datin Aida.
Tatkala mendengar hinaan dari Datin Aida.Airmataku hampir menitis.Namun aku cuba kuatkan hatiku agar tidak menangis di hadapan keluarga Zafran.
"Stop it mami.mami jangan hina Zara seperti itu.Kalau mami tak suka,kenapa suruh datang.Atau mami sengaja nak kami datag untuk mempermalukan Zara?",soal Zafran.
Matanya merah memandang ibunya.
"Aku tak jemput Zara datang Zafran.Zaf yang bawa dia sekali",jawab Datin Aida.
"Dah la Aida!.Awak tak puas lagi ke nak hina orang lain.Awak tak malu ke jiran sebelah dengar kata-kata kau tu.Jangan cakap beradap ke,sopan ke kalau awak sendiri tak sopan melayan tetamu!"marah Dato' Mazlan.
Dia benar-benar marah dengan tindakan isterinya itu.
Aku seperti patung bernyawa yang hanya diam mendengar pertengkaran keluarga itu.
Zafran sepertinya tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya itu.Dia masih ingin berkata-kata namun aku mencuit tanganya memberi isyarat agar dia diam.Aku tak mahu Zafran terus bertengkar dengan ibunya itu.
"Aku tak kisah la siapa-siapa dengar.Salah perempuan ini.Sebab perempuan ini tak sedar akan kedudukannya untuk jadi sebahagian dari keluarga ini.Sibuk nak jadi menantu orang kaya",sindir Datin Aida lagi.
Zafran lantas mengenggam tanganku erat dan menarikku keluar dari rumah itu.Dia sudah tidak sanggup mendengar segala hinaan yang dilontarkan ibunya kepada aku.
Dato' Mazlan lantas mengejar aku dan Zafran.
"Zaf tunggu Zaf.Tak perlu dengar kata-kata mami Zaf tu.Abaikan mami.Satu saat nanti dia pasti akan menyesal juga",pujuk Dato' Mazlan cuba menghalang Zafran dari keluar dari rumah itu.
"Dah la daddy,mami lebih memilih darjat daripada hati orang lain.Zaf tak suka mami hina Zara.Zara manusia biasa yang punya harga diri",jawab Zafran membelaku.
Airmata ku mengalir deras saat mendengar Zafran membela ku.Aku tahu Zafran ikhlas dengan kata-kata nya.
"Lagi satu daddy, bagitau mami,Zaf tak akan pernah menjejakkan kaki ke rumah ini lagi.Selagi mami tak terima zara sebagai menantu mami, sepanjang masa itulah Zaf juga bukan anak mami lagi",jawab Zafran sayu.Hatinya sangat sakit dengan sikap ibunya itu.
Selesai berkata-kata aku dan Zafran melangkah meninggalkan perkarangan banglo mewah milik keluarga Zafran.
*****
Sepanjang perjalanan pulang,airmataku tidak henti-henti dari terus mengalir membasahi pipiku.Hinaan dari Datin Aida terus menghantui fikiranku.Zafran di sebelahku hanya memandang sayu penuh simpati dengan diriku.Dia faham kalau saat itu hatiku benar-benar terluka.
"Maafkan aku Zara",ucap Zafran lembut menyapa pendengaranku.
Aku tidak menjawab kata-kata Zafran.Hanya tangisan yang kedengaran.
"Tak sepatutnya aku bawa kau ke sana.Aku bersalah dalam hal ini",jelas Zafran lagi.
"Awak tak salah.Aku yang salah kerana ikut kau ke sana.Seharusnya aku tak ikut",jawabku sendu.
Air mata masih terus mengalir.
"No Zara.Aku yang bersalah.Aku benar-benar minta maaf",jawab Zafran.Hatinya turut terluka memandang keadaan aku.
"Awak tak seharusnya berkasar dengan mami tu.Aku tak suka bila kau bertengkar dengan mami hanya disebabkan aku",tangis ku.
Zafran mengengam tanganku erat.
"Aku tak kisah Zara.Yang penting,selepas ini,aku tak nak siapa-siapa sakitkan hati kau.Aku Janji",ucap Zafran sambil mencium lembut jari jemari ku.
Aku tidak menolak Zafran memegang jari jemari ku.Aku biarkan sahaja.Aku hanya ingin menumpang sedikit kekuatan Zafran saat itu.
*********
"Aku tak sangka sikap kau kali ini benar-benar keterlaluan Aida.Kau tengok sekarang apa dah jadi",marah Dato' Mazlan sebaik sahaja kereta Zafran menghilang dari perkarangan rumah.
Datin Aida hanya diam.Wajahnya tidak menunjukkan sebarang realksi.Sedih tidak,apatah lagi menyesali.
"Kau terlalu ego dengan harta kekayaan kau Aida.Kau membanding-bandingkan darjat dan kedudukan kau dengan Zara.Sedangkan kau tak sedar diri kau sendiri.Kalau nak di ungkitkan kisah dulu,rasanya buang masa aku dan juga memalukan kau",marah Dato' Mazlan lagi.Dia benar-benar marah dengan isterinya itu.
Datin Aida yang sedang duduk menentang mata Dato' Mazlan tajam.
"Yang awak bela sangat budak tu kenapa!?,"tanya Datin Aida geram.
Giginya diketap.
"Aku tak bela dia Aida.Cuma awak tu yang dah melampau sangat.Yang awak benci sangat Zara tu kenapa.Ni bukan salah Zara,salah kita kerana paksa dia kawin zafran".
Dato' Mazlan masih marah dengan isterinya itu.
"Yang dia gatal sangat terima tu kenapa?",tanya Datin Aida.
Dato' Mazlan mengeleng-gelengkan kepalanya.Bingung dengan sikap isterinya itu.
"Cuba awak fikir Aida.Kenapa setuju pernikahan mereka dulu.Kenapa tak halang dari awal.Awak tuduh Zara nak harta keluarga kita,tapi sebenarnya awaklah yang inginkan harta tu.Awak nak Zafran nikah dengan Zara hanya kerana nak menuntut harta warisan dari arwah ayah aku.Awak sebenarnya takut jika harta peninggalan ayah jatuh ke tangan badan kebajikan.Betul kan?"soal Dato' Mazlan sambil memandang Datin Aida tajam.
"Kalau ya kenapa.Apa awak nak buat?",cabar Datin Aida.Masih tidak berpuas hati dengan suaminya itu.
"Tunggu dan lihat saja Aida.Jika awak benar-benar tak boleh terima Zara,awak pun jangan harap dapat satu sen pun dari harta keluarga aku!".
Datin Aida tergamam mendengar keputusan yang diberikan oleh suaminya.Hatinya bertukar gelisah.Namun hatinya benar-benar tidak rela menerima Zara dalam keluarganya.
Datin Aida memandang Dato' Mazlan yang sudah beredar menaiki tangga ke kamar sebaik sahaja selesai berbicara sebentar tadi.
"Aku harus mencari jalan",bisik Datin Aida.
********
Sudah hampir jam 2 pagi aku masih tidak berjaya melelapkan mataku.Sudah sekian kalinya aku mengubah posisi tidurku namun tetap tidak mengundang mengantuk ku.Kejadian petang tadi amat menganggu kotak fikiranku.Untuk kesekian kalinya juga aku memerah fikiranku mencari jalan keluar bagi masalah yang sedang aku hadapi dengan keluarga Zafran.Aku tidak ingin Zafran terlibat sama dalam krisisku bersama ibunya.Aku tidak mahu Zafran terus-menerus membenci ibunya hanya kerana aku.
"Aku harus mengakhiri semuanya.Aku tak nak Zafran dan ibunya bermusuhan hanya kerana aku.Aku tak nak menjadi penyebab Zafran menderhaka kepada ibunya",bisikku perlahan.
Aku menukar posisi ku.Terlentang memandang siling yang berwarna putih bersih.
"Aku harus berbincang dengan Zafran tentang hal ini.Tapi,apa kata papaku nanti bila aku berpisah dengan Zafra?",soalku sendiri.
Hatiku runsing memikirkannya.
Nafas ku tarik sedalam-dalamnya dan menghembuskan perlahan-perlahan.
"Aku yakin,papa dan mama juga akan faham dengan situasi aku nanti.Aku akan berterus terang dengan family aku tentang penerimaan keluarga Zafran terhadap aku.",kataku perlahan.
"Ya!.Aku Haris berterus terang.Itu jalan terbaik buat aku, Zafran,keluarganya dan keluarga ku",bisikku perlahan.
Satu kekuatan dan semangat tiba-tiba hadir di hatiku.
"Tidur Zara,tak perlu fikir banyak.Esok bangun,buat seperti biasa,dan bincang dengan Zafran.Okay.sleep Zara",pujuk ku kepada diriku sendiri.
Aku lantas memadam lampu meja di samping Katilku itu agar memudahkan aku untuk melelapkan mataku.
Share this novel