BAB32

Romance Series 57282

Sofia meraba-raba perutnya.Belum ketara namun Sofia tahu ada satu nyawa yang sedang menghuni perutnya itu.Sofia senyum sendiri.

"Sayang,mama minta maaf sebab sampai sekarang papa sayang belum dapat jumpa sayang lagi.Mama kena usaha sikit lagi tau.mama harap sayang bersabar Yee",kata Sofia berbicara dengan anak dalam kandungannya itu.

"Hari ini,mama kena jumpa nenek tau.Mama kena usaha ambil hati nenek supaya cepat-cepat papa boleh kahwin dengan mama.Papa tu degil sikit la sayang.Yela,papa dibutakan oleh cinta perempuan yang sudah rampas papa dari mama.Jahatkan perempuan tu sayang",kata Sofia lagi.
Tangannya tidak lepas-lepas membelai perutnya itu.Sofia pantas menarik tanganya semula dari mengusap perutnya.Bayangan Zamri tiba-tiba muncul di benaknya.Hatinya sakit tiba-tiba.

"Aku benci kau Zamri.Kau yang dah hancurkan aku.Aku tak akan pernah maafkan kau!.Aku akan pastikan kau akan menyesal dengan segala perbuatan kau terhadap aku!",bentak Sofia kuat.
Dia memukul-mukul perutnya kuat kerana marah.

"Aku tak nak ada zuriat dengan kau Zam.Aku tak nak anak ini!",teriak Sofia sambil memukul-mukul perutnya itu.
Tiba-tiba perut Sofia terasa keras dan sakit.Pukulan bertubi-tubi yang Sofia lakukan menyebabkan perutnya terasa dicucuk-cucuk.

"Aduh!. sakitnya",erang Sofia.
Perasaan sakit itu menyebabkan Sofia terjelepuk ke atas lantai.Sakit yang dirasakan semakin lama semakin bertambah-tambah.Sofia melingkar diatas lantai sambil menekan perutnya yang teramat sakit.

"Sakitnya,mama tolong Sofia ma",laung Sofia cuba memanggil ibunya.

Datin Ain yang sedang bersiap untuk keluar ke butik lantas berlari ke kamar Sofia apabila mendengar namanya di panggil.Suara Sofia yang sepertinya menahan rasa sakit amat membimbangkan Datin Ain.

"Ya Allah Sofia,awak kenapa?",tanya Datin Ain sebaik masuk ke kamar Sofia.
Di lihatnya Sofia yang sedang melingkar di atas lantai menahan sakit.Wajahnya yang agak pucat benar-benar membuat Datin Ain terkejut.

"Mama,perut Sofia sakit ma.Tolong Sofia",rayu Sofia.
Air mata mengalir di pipinya.Datin Ain lantas memapah tubuh langsing Sofia yang sudah tidak berdaya.
"Mari ke klinik sayang.Kita rawat sakit tu",pujuk Datin Ain.
Dia benar-benar risau dengan keadaan anak tunggalnya itu.
Sofia ingin menolak ajakan ibunya untuk ke klinik namun untuk menyatakan penolakannya itu Sofia sudah tidak berdaya.Dia benar-benar merasa sakit sangat.Dia hanya mengikut langkah kaki ibunya keluar dari biliknya.

********

"Morning Zaf, morning Zara",ucap Joe sebaik aku dan Zafran sampai ke syarikat pagi itu.
Hari ini aku dan Zafran agak terlewat masuk ke tempat kerja kerana menghantar Datin Aida balik ke rumah.Semalam Datin Aida bermalam di rumah Zafran dengan alasan di rumah dia terasa sunyi sekali dengan ketiadaan Dato' Mazlan di rumahnya.Niat Datin Aida disambut baik oleh aku dan Zafran kerana itulah peluang untuk berbaik-baik dengan ibu mertuaku itu.

"Morning too Joe.Bila balik?",tanya Zafran apabila melihat Joe sudah ada di syarikat pagi itu.

"Semalam balik.Selesai urusan di Sibu,aku terus balik kat sini.Banyak sangat urusan yang tertangguh kat sini.Tulah tak boleh lama kat Sibu",terang Joe.

Aku lantas meninggalkan Zafran dan Joe untuk ke meja kerjaku.Aku tidak mahu menganggu perbualan mereka.

"Jom masuk bilik aku",ajak Zafran.
Banyak benda yang hendak dia sampaikan kepada teman baiknya itu.Terutamanya perihal kerja.
Zaf dan Joe melangkah seiringan masuk ke bilik pejabat Zafran.

"Ingatkan kau dah tak nak balik sini dah.Manalah tau dah terjumpa awek Sibu",usik Zafran sebaik melabuhkan punggung di kerusinya.
Joe ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Zafran.Rasa rindunya terhadap sahabat baiknya itu kini terubat.

"Mana ada awek yang nak kat aku ni.Dah lah tak handsome,miskin pula tu.Tak macam kau,macho,bergaya, handsome,kaya, pokoknya semuanya perfect lah.Beratur awek nak",usik Joe.
Zafran ketawa mendengar kata-kata dari temannya itu.

"Apalah kau ni,selalu merendah diri.Siapa kata kawan aku ni tak handsome.Aku tengok handsome je.Cuma kau tu je memilih lebih"kata Zafran.

"Mana ada memilih.Tak memilih pun.Cuma aku nak yang betul-betul boleh terima aku apa adanya.Tu je",jawab Joe.
Senyuman terukir di bibirnya.

"Bagaimana keadaan di Sibu?",tanya Zafran ingin tahu.

Joe menarik nafas perlahan.

"Dah okay lah sikit.Selepas kau datang sana hari tu,pemilik tanah datang jumpa aku,Dia minta maaf sebab melanggar perjanjian yang dah termeterai antara dia dan syarikat ini.Dia kata akan teruskan juga dengan syarikat kita",terang Joe.

"Dia takutlah tu.Hari tu aku jumpa dia,aku ugut dia sikit bawa kes ni ke mahkamah.Masa tu dia degil sangat,tak nak berkerjasama.Dia kata dia tak kisah naik mahkamah.Aku pun tak dapat nak kata apa masa tu.Nasib baiklah kau datang beritahu aku pasal ni hari ini.Kalau tak,aku dah cadang nak buat laporan hari ni",terang Zafran panjang lebar.

"Kau tau,kemarin dia jumpa aku,Dia cakap dia dah batalkan perjanjian dengan syarikat penternakan tu.Dia kata,syarikat tu tipu dia.Padan muka dia",kata Joe.
Tersenyum bila memikirkan semula kata-kata pemilik tapak untuk projek itu.

"Tulah,tu pengajaran buat dia.Terlalu tamakkan harta.Macam tulah jadinya.Ikutkan hati,aku dah tak nak berkerjasama dengan dia lagi tu.Tapi bila fikir balik syarikat kita perlukan tapak tu,terpaksa juga lembutkan hati ni",luah Zafran.

"Kalau nak usahakan sesuatu,kita mestilah kena berkeras sedikit.Berlembut bermaksud kita rugi,kita tak akan juga maju",balas Joe.

Zafran mengangguk kepalanya tanda setuju dengan pendapat teman baiknya itu.

Tok!Tok!

Pintu di ketuk perlahan.

Aku Memulas tombol pintu bilik pejabat Zafran.Pintu aku kuak perlahan.

Melihat Joe dan Zafran memandangku,aku senyum.

"Aku buatkan kopi untuk Korang berdua",kataku perlahan.

"Boleh aku masuk?.Atau aku ganggu Korang?",tanyaku lagi meminta kebenaran.

"Masuklah Zara.Its okay.Tak de yang penting pun.Cuma berbual kosong",jawab Joe sambil tersenyum memandang aku.
Aku melangkah masuk ke ruangan pejabat Zafran.Dua gelas kopi aku letakkan di atas meja.
"Maaf agak lambat sikit hantar kopi ni.Ada sedikit kerja yang aku siapkan tadi.Sorry sangat-sangat",kataku meminta maaf.
"Tak pe Zara.Tak de masalah pun",Jawab Zafran.
"Kalau tak da apa-apa lagi,aku minta diri dulu.Nak sambung kerja lagi",kataku lembut.
"Owh okay.Take care",ucap Zafran.
Senyuman manis terukir di bibirnya.
Aku melangkah perlahan meninggalkan Zafran dan Joe.Dengan lembut aku memulas tombol pintu dan membuka pintu untuk keluar.Namun belum sempat aku keluar,Zafran memanggil ku lagi.Aku lantas menoleh memandangnya.

"Jangan lupa lunch tengahari nanti",kata Zafran mengingatkan aku.
Zafran takut andai aku lupa janji yang sudah dipersetujui pagi tadi.
"Jangan risaulah.Aku pasti ingat",jawabku tersenyum.
Joe hanya memandang aku dan Zafran.Dia langsung tidak menganggu perbualan antara aku dan Zafran.
"Thanks",jawab Zafran sebelum aku menutup pintu kembali.
Senyuman Zafran masih terukir di bibirnya.Joe yang dari tadi asyik memerhati mula mengusiknya.

"Amboiii bibir tu,dari tadi tak lekang dari terus tersenyum.Aku tengok kau dah makin bahagia.Lagi satu happy semacam je.Ada apa-apa ke ni?",tanya Joe cuba menyelidik.

Zafran ketawa kecil mendengar kata-kata Joe.Lucu sangat di pendengarannya.

"Kau ni ada-ada je lah.Orang happy sikit pun tak senang.Ada je yang kau nak komen.Pe la awak ni",tegur Zafran.

"Tu bukan happy sikit lagi tau.Kawan aku kalau happy tu,aku tau riak wajahnya.Tapi kawan aku yang sekarang ni, happy dia dah berlebihan.Ni mesti ada berita gembira ni kan.Cepat!.Beritahu aku",kata Joe tidak sabar.
Dia benar-benar gembira dengan perubahan kawan baiknya itu.Sudah lama rasanya dia tidak melihat kegembiraan yang terpancar di wajah temannya itu.Barulah sekarang Joe merasakannya semula.Joe tumpang bahagia.

"Macam mana aku nak Cite ni.Okay,betulah kot apa yang kau kata tu.Hari ni memang aku happy sangat,bukan happy je,tapi happy yang berganda-ganda",terang Zafran.
Terpancar sinar bahagia di wajahnya.

"Laaa ni yang buat aku tertanya-tanya ni.Apa maksud kau happy berganda-ganda.Serius aku tak sabar nak tahu.Cepatlah bagitau",kata Joe.
Zafran ketawa terbahak-bahak memandang Joe.Lucu dengan reaksi wajah yang dipamerkan oleh Joe.

"Tekalah.Aku pasti,kau juga tahu apa yang buat aku happy berganda-ganda ni",kata Zafran berteka teki dengan Joe.
Dia mahu Joe meneka tentang perkara yang mengembirakannya itu.

"Laa,ni yang aku tak suka ni.Nak berteka-teki dengan aku pula.Ishhhh!!",kata Joe berpura-pura marah.

"Cepatlah teka!",kata Zafran geram.

Joe berusaha memerah otaknya mencari jawapannya.Difikir-fikirkannya apa yang mampu membuat temannya itu bahagia.Timbul satu jawaban yang dirasakan pasti oleh Joe.

"Aku rasa,aku dah dapat jawabnya.Pa pun,aku ucapkan tahniah.Aku tak sangka secepat ini pula prosesnya.Tahniah Bro.Aku tumpang gembira"ucap Joe.

Zafran tersenyum penuh makna.

"Aku pun tak sangka juga sebenarnya.Apa pun,aku benar-benar bahagia sekarang ni",luah Zafran.

"Aku juga gembira Zaf.Tak lama lagi aku bakal jadi pakcik dah",kata Joe.
Senyum manis mekar di bibirnya.

Zafran terkaku mendengar kata-kata Joe.Senyuman yang terukir di bibirnya sebentar tadi hilang serta merta.Zafran bingung dengan kata-kata Joe.

"Pakcik?.Sejak bila kau akan jadi pakcik pula?",tanya Zafran hairan.

"Yela,kau kan dah nak jadi ayah tak lama lagi.Itu bermakna aku jadi pakcik la.Betul kan?",terang Joe.

Zafran ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Joe.Dia tidak menyangka kalau kegembiraannya di salah ertikan oleh temannya itu.Joe memandang Zafran hairan.

"Kenapa ketawa.Salah ke apa aku kata",kata Joe sambil memandang wajah Zafran.

"Memanglah salah.Apalah kau ni.Sampai ke sana fikiran kau.Adoiiiiii.Joe,Joe,kau ingat tu je ke perkara mengembirakan untuk aku.Jauh sangat melencong fikiran kau tu",kata Zafran mentertawakan Joe.

"Jadi yang kau kata happy berganda-ganda tu pe?.Bukan pasal Zara pregnant ke?",tanya Joe geram.

Zafran membaling sebuah pen ke arah Joe namun tidak mengenai Joe.Joe sempat mengelakkannya.

"Bukan pasal itulah.Eee geram juga aku dengan kau ni.Aku happy sebab,mami dah boleh terima Zara sebagai menantu dia.Bukan ke itu perkara yang mengembirakan?",tanya Zafran.

Joe mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Ternyata dia silap meneka.

"Manalah aku boleh teka Zaf.Dah kau tak bagi hint.Bagaimanalah aku nak tebak.Yang aku tau,Perkara mengembirakan bagi pasangan suami isteri tu satu hal je.Dapat zuriat",terang Joe.
Senyumannya terukir di bibirnya.

"Yelah tu.Dah cukup cerita ni.Takut gatal sangat mulut tu nanti nak korek-korek rahsia aku.Dah pergi buat kerja kau tu.Aku pun nak sambung kerja ni",kata Zafran menghalau Joe keluar.

"Owhh, mentang-mentanglah dah bahagia,suka hati je nak halau aku.Aku nak merajuk dengan kau dah ni",gurau Joe.
Dia berpura-pura mempamerkan wajah merajuk.

"Merajuk sangatlah tu.Nanti aku panggil Ani pujukan.Nak tak?"tanya Zafran.
Joe ketawa.
"Tak nak aku.Yelah,nanti kita sembang lagi.Aku pun banyak kerja ni.Aku caw dulu la",kata Joe meminta diri.
"Yela,oh ya,nanti lunch dengan aku dan Zara tengahari nanti ye",pelawa Zafran.
"Yela",jawab Joe ringkas.
Dia lantas meninggalkan Zafran di ruang pejabat Zafran untuk ke pejabatnya pula.Masih banyak kerja yang harus dia siapkan.

******

"Doc,bagaimana dengan keadaan anak saya?",tanya Datin Ain sebaik sahaja doktor yang merawat Sofia keluar dari bilik rawatan.
Hati Datin Ain benar-benar risau melihat keadaan anaknya itu.

"Anak puan dah stabil sikit.Cuma dia perlu rehat yang cukup",jelas Doctor Ang.
"Sebenarnya anak saya sakit apa doc.?",tanya Datin Ain lagi.
"Anak puan tak sakit apa-apa.Cuma dia perlu rehat yang banyak.Lagi satu,jangan biarkan anak puan mengangkat bebanan yang berat.Tidak sesuai bagi ibu mengandung.Apatah lagi di awal kandungannya",terang Doktor Ang.

Datin Ain amat terkejut mendengar penjelasan dari Doktor berbangsa cina itu.Dia lantas memegang dadanya.Dadanya seolah-olah dihempap benda yang berat.
Datin Ain sepertinya tidak mampu menerima kenyataan bahawa anak tunggalnya itu sedang mengandung.Lututnya terasa lemah.Dia lantas duduk di atas kerusi yang tersusun rapi di luar bilik rawatan.Berita itu benar-benar membuatkan dirinya seperti disimbah minyak yang panas.

"Puan okay ke?",tanya Doktor Ang apabila melihat keadaan Datin Ain.
Datin Ain mengeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya.
"Betul ke anak saya mengandung doc?",tanya Datin Ain.
Di hatinya berdoa agar berita yang didengarinya sebentar tadi tidak benar.
"Ya puan.Kami dah Ambil sampel urine anak puan.Hasilya positif.Usia kandungannya sekarang dalam 7 minggu.Anak puan tak beritahu puan ke tentang kehamilannya?",tanya Doktor Ang hairan.
'Dia tak pernah bagitahu saya tentang hal ini",jawab Datin Ain.
"Beginilah puan,saya syorkan agar puan membawa anak puan ke klinik untuk pemeriksaan selanjutnya.Ataupun,puan boleh suruh suami anak puan menemaninya untuk mendaftar di mana-mana klinik yang sesuai",kata Doktor Ang memberi cadangan.
Datin Ain tidak menjawab kata-kata Doktor di hadapannya itu.Mulutnya seakan-akan terkunci untuk berkata-kata.
'Lagi satu,Ibu mengandung harus di beri rawatan yang secukupnya sepanjang tempoh mengandung.Kalau tak,itu memberi kesan pada anak dalam kandungan.Nasihatkan anak puan agar terus berdaftar di klinik",terang Doktor Ang.
"Ye doc.Terima kasih.Saya dah boleh tengok anak saya ke?",tanya Datin Ain sayu.
"Di persilakan puan.Anak puan ada di dalam.Sekejap lagi dia dah boleh balik.Pastikan anak puan mendapat rehat yang mencukupi",nasihat Doktor Ang sebelum melangkah meninggalkan Datin Ain sendirian di luar bilik rawatan itu.
"Iya doc.Terima kasih",jawab Datin Ain.

Datin Ain berjalan perlahan-lahan masuk ke bilik rawatan di mana Sofia sedang di rawat.Perasaannya terasa kosong.Dia tidak mampu menerima kenyataan anaknya telah membuat perkara yang sungguh memalukan.Sebaik sahaja menapak masuk di ruang rawatan itu,Datin Ain melihat Sofia yang sedang berbaring lemah di atas katil.Wajahnya agak pucat kerana menahan rasa sakit sebentar tadi.Walaubagaimanapun wajahnya kini sudah kelihatan agak baik.Perlahan Datin Ain mendekati anaknya itu.Merenung seketika di wajah anaknya itu.Perasaanya bercampur-baur.Dia tidak tahu harus berkata apa memandangkan keadaan Sofia yang masih terlalu lemah.Datin Ain melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi khas bersebelahan dengan katil Sofia.Dia mencapai jari jemari Sofia yang runcing dan digenggamnya erat.Menyedari tangannya seperti digenggam seseorang,Sofia membuka kelopakatanya perlahan-lahan.

"Mama,ada apa dengan Sofia mama.Kenapa Sofia ada dekat sini?",tanya Sofia perlahan.
Sofia cuba bangun untuk duduk namun di tegah oleh Datin Ain.
"Baring je,tak payah bangun.Sofia masih lemah lagi",kata Datin Ain lembut.
Sofia tidak jadi untuk bangun.Dia hanya terus berbaring untuk mengembalikan tenaga badannya.
"Sofia kena rehat",kata Datin Ain perlahan.
Sofia memandang ibunya.
"Kenapa mama nampak sedih?",tanya Sofia.
Dia masih tidak menyedari sama sekali bahawa ibunya sudah mengetahui segala-galanya.
"Kenapa tak bagitahu ibu pasal ni?",tanya Datin Ain.
Hatinya sedikit terluka.Sofia agak tersentak.Dia tidak mampu untuk berkata-kata.
"Tak pe lah kalau Sofia belum mampu nak beritahu mama.Sofia rehatlah dulu.Nanti kita cerita",kata Datin Ain perlahan.
Dia tidak mahu memaksa anaknya itu menceritakan segalanya dalam kondisi dirinya yang masih terlalu lemah.
Datin Ain berjanji di dalam hatinya,andainya dia tahu siapa yang telah membuatkan anaknya mengandung,dia mesti bertanggungjawab atas semuanya.Datin Ain mengenggam tangan Sofia erat.

*******

Natasha memandang wajahnya di sebalik cermin meja soleknya itu.Rambutnya yang selama ini ditutup oleh snow cap dibiarkan terlerai lurus melepasi bahu.Terserlah keayuan wajahnya yang sememangnya sangat cantik.Wajahnya putih kemerahan.Memiliki sepasang anak mata berwarna biru mewarisi warna mata ayahnya yang berasal dari Amerika.Natasha berdarah campuran Melayu dan Amerika.Natasha sering menjadi bahan ejekan teman-teman sekolahnya dahulu kerana kulitnya dan warna matanya yang berbeza daripada mereka.Tiada siapa sudi berteman dengannya kerana mereka beranggapan Natasha mempunyai penyakit kronik akibat dari warna kulitnya yang sangat putih.Mereka juga sering mengejeknya Makhluk Asing.Selain itu Dia juga merupakan seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam pelajarannya.Oleh kerana itu,mereka mencemburui nya dan meminggirkannya.Hanya ayah dan ibunya lah yang sering memberi kata-kata semangat kepadanya.

Di usia Natasha 17 tahun,Ibu bapanya sering mengabaikannya.Mereka kerap ke luar negara untuk urusan Bisnes.Bagi mereka,Natasha sudah remaja dan sudah boleh berdikari sendiri walaupun ketika ketiadaan mereka di sisi.Sejak itu juga,Natasha menjadi seorang anak gadis yang agak keras.Wataknya ditukar seperti remaja lelaki.Berpakaian ala lelaki dan sering mengenakan snow cap setiap kali keluar dari rumah.Natasha tidak mempunyai seorang teman pun.Oleh itu dia mula berjinak-jinak mengunjungi Disco untuk mencari hiburan.Di sanalah dia mula mengenali Zamri.Sebenarnya dia sudah lama memerhatikan Zamri namun dia tidak mempunyai keberanian untuk berkenalan dengannya.Apalagi mengingatkan kekurangan dirinya.Natasha sering terfikir andai Zamri juga seperti teman-teman sekolahnya yang mengangapnya sebagai Makhluk asing.Namun dia terharu apabila Zamri sudi berbual dengannya ketika bertemu kali pertama dahulu.Itulah penyebabnya Natasha mula mencari tahu tentang lelaki itu.Dia mula mempunyai rasa suka kepada lelaki itu.Namun sekali lagi hatinya kecewa,lelaki itu sudah mempunyai kekasih hati.Dan perkara itu harus diterima oleh Natasha.

Natasha menarik nafas berat.Kenangan-kenangan lalu sering menganggu fikirannya.Dengan gerak perlahan,Natasha mencapai getah rambut dan mengikat rambutnya kemas.Snow cap yang tersimpan kemas di atas meja dicapainya.Dia lantas memakainya dan menyembunyikan rambutnya yang berwarna perang itu.Dicapainya sebuah gincu berwarna hitam dan mencalitkan sedikit di bibirnya agar warna asli bibirnya tidak terlihat.Dia juga memakai contact lens berwarna coklat agar warna anak matanya yang biru tidak kelihatan.Setelah selesai, barulah Natasha keluar untuk menghiburkan.Hanya itulah jalan untuk menghilangkan rasa kesepian di hatinya.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience