Aku merenung memandang langit malam itu.Suasana sepi begitu menenangkan fikiranku.Ku pejamkan mata.Nafas ku tarik dan ku hembus perlahan-lahan.Terasa tenang.Ku ulang beberapa kali.
"Tak tidur lagi ke?",sapa ibu begitu lembut di belakangku.
Aku membuka mataku perlahan dan menoleh memandang ibuku dengan sebuah senyuman manis terukir.
"Tak lagi mama.Misya dah tidur ke?",tanyaku lembut.
Ibu berdiri di sisiku sambil memandangku penuh kasih sayang.
"Misya dah lama tidur Zara.Sebelum tidur tadi,Zara banyak bercerita dengan mama.Terubat sedikit kerinduan mama dengan cucu mama seorang tu",jawab ibu lembut.
Aku tersenyum.
"Maaf la mama tak sempat luangkan masa bersama mama hari ni.Zara juga minta maaf dah susahkan mama jaga Misya",ucapku.
"Tak mengapa,ibu faham.Bagaimana keadaan Zafran sekarang?",tanya ibu ingin tahu.
Aku menarik nafas panjang.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Pembedahan siang tadi juga berjaya.Masa melawat Zafran tadi, Alhamdulillah Zaf dalam keadaan yang agak baik.Cuma,masih tak boleh bangun lagi.Kena berbaring je",terangku.
"Kesian Zaf.Nanti Zara bawalah mama dan Misya datang melawat Zaf",kata ibu.
Aku berfikir sejenak.
"Entahlah mama.Zara sebenarnya tak kisah andai mama datang melawat Zafran kat hospital tu.Tapi nak bawa Misya tu,Zara rasanya tak ready lagi la mama.Mama pun tau kan keadaan Zaf dan Zara tu macam mana.Zara tak nak kehilangan Zara andai sahaja keluarga Zafran tahu akan kehadiran Misya",luahku sayu.
Ibu memandangku lembut.
"Zara,sampai bila Zara nak sembunyikan Misya dari pengetahuan Zafran dan keluarganya.Satu saat nanti Misya akan membesar dan berkahwin.Dia pasti akan mencari walinya juga.Zara tak boleh selamanya menyembunyikan hal ini dari pengetahuan Misya",tegur ibu.
Aku menghela nafas berat.
"Zara tahu mama.Tapi tak tahulah mama.Zara bingung dan yang pastinya Zara takut andai Zafran akan ambil Misya dari Zara.Mama tahu kan,Misya tu separuh dari nyawa Misya",jawabku sayu.
"Kalau mama tanya sedikit,Zara jawab jujur boleh tak?",tanya Ibu.
Dia sebenarnya inginkan kepastian terhadap hubungan aku dan juga Zafran.
"Tanyala?",jawabku ringkas.
"zara dah de rasa sayang ke pada Zafran?",tanya ibu sambil memandangku.
"Zara pun tak tahu mama.Perasaan Zara dah tertutup saat tiga tahun yang lalu.Tapi kadang kala bayangan Zafran kerap hadir di fikiran Zara.Jujur Zara katakan,perasaan rindu kat Zafran selalu bertandang di hati namun,untuk menerimanya semula,Zara tak mampu.Zara takut,luka yang sudah lama sembuh akan berdarah semula",jawabku jujur.
Ibu mengenggam jari jemari ku erat dan menarikku ke dalam pelukannya.Merasa kehangatan pelukan ibuku sedikit memberi ketenangan di hatiku.
"Mama akan sentiasa menyokong apa sahaja tindakan yang akan Zara ambil selepas ini.Tapi sekurang-kurangnya Zara kena berterus terang pada Zafran tentang Misya.Lagi satu,mama nak pesan,berpisah secara baik andai itu keputusan yang zara dah bulatkan di dalam hati.Tapi,andai Zara masih sayangkan hubungan antara Zafran dan Zara,berusahalah untuk menjernihkan keadaan.Jangan ikutkan hati marah.Buat keputusan secara rasional dan jangan terlalu terburu-buru dalam membuat sebuah keputusan.Ingat pesan mama,sekali tersalah langkah,sukar untuk memulihkannya semula",nasihat ibuku.
Aku mengangguk tanda faham.
"Zara faham mama.Tapi,dalam masa-masa sekarang ni,Zara tak tahu lagi hendak berbuat apa.Tunggulah sehingga kesihatan Zafran pulih seperti sediakala.Zara tak nak bebankan fikiran Zafran buat masa ini.Lagi pun,mami nak Zara temankan Zafran sehinggalah Zafran pulih sepenuhnya.Mami ada janji kat Zara,bila semuanya kembali normal,dia tak akan memaksa Zara untuk menerima Zafran semula.Semuanya biar Zara yang rancang dan biarkan Allah menentukan segalanya.Andai masih panjang jodoh antara Zara dan Zafran,in Sha Allah,Zara akan bersama Zafran semula.Tapi andai kata sampai di sini sahaja jodoh antara kami,Zara redha",ucapku panjang lebar.
"Mama bangga dengan sikap Zara.Walaupun di uji dengan ujian yang sangat berat,Zara masih mampu untuk terus melangkah ke hadapan.Apa pun yang terjadi,mama dan keluarga akan tetap menyokong Zara.Tu janji mama",ucap Ibu.
Ibu mencium ubun-ubunku lembut.
"Terima kasih mama.Zara sayang mama sangat-sangat",ucapku.
Aku mengeratkan lagi pelukannya di tubuh ibu.
"Dah la,Zara pergi tidur sekarang.Dah lewat sangat.Zara kena rehat yang cukup.Dah la Zara kena bahagikan masa untuk kerja Zara,anak lagi dan sekarang ni tambah lagi satu kerja Zara.Jaga Zaf tu.So,Zara kena banyakkan rehat",nasihat ibu lagi.
"Ye mama.Zara akan cukupkan rehat Zara.Tapi boleh tak,malam ni Zara tidur dengan mama dan Misya.Zara rindu mama sangat-sangat",luahku.
Ibu mencuit pipiku perlahan.
"Macam budak-budak.Yelah,Zara boleh tidur dengan mama.Mama pun rindu Zara dan Misya juga",ucap ibu sambil tersenyum.
"Jom mama,masuk tidur",ajakku.
"Jom",jawab ibu.
Aku dan ibu beriringan masuk ke dalam rumah untuk berehat.
******
Awal pagi lagi Natasha sudah datang untuk melawat Zafran.Sebenarnya,melawat Zafran hanya sebagai satu alasan untuk Natasha datang ke hospital.Di hatinya sebenarnya ingin bertemu dengan Chak dan memberi Chak telefon yang baru dibelinya kemarin sebagai tanda memohon maaf.
"Asalamualaikum datin",ucap Natasha lembut sebaik sahaja masuk ke dalam wad Zafran.
"Walaikumsalam,awal Syah datang",tegur Datin Aida lembut.
Natasha merupakan anak kenalan Dato' Mazlan iaitu En.David.Isterinya puan Sally pula merupakan sahabatnya juga.Namun mereka jarang bertemu kerana,puan Sally selalu ke luar negara mengikuti suaminya.Datin Aida mengenali Natasha setelah En David mengumumkan syarikat miliknya akan diterajui oleh Anak gadisnya Bernama Natasha.Setelah bertemu di sebuah majlis,barulah Datin Aida mengenali gadis cantik itu.
"Kemarin rancang nak datang melawat.Tapi kerja bertimbun kat syarikat tu.Tulah datang awal hari ni",Jawab Natasha lembut.
Datin Aida tersenyum memandang gadis itu.Di hatinya memuji kecantikan gadis di hadapannya itu.Jujur sahaja,kali pertama bersua muka dengan gadis itu,Datin Aida seakan-akan tertarik dengannya.Andai sahaja dia memiliki anak lelaki selain Zafran,dia pasti sudah menjodohkannya.Namun,Datin Aida sebenarnya sudah serik untuk mengatur jodoh buat anaknya.Dia takut akan berlaku kesilapan seperti yang sudah dilakukannya pada Zafran dan menantunya itu.
"Eh!, duduklah Syah.Maaflah,Zaf belum bangun lagi.Selepas makan ubat sekitar 4.30 pagi tadi,Zaf tidur lagi.Letih agaknya",terang Datin Aida ramah.
"Owh tak pe Datin.Lagi pula,Syah je yang datang terlalu awal",jawab Natasha lembut.
Natasha melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang dikhaskan untuk para pelawat.
Datin Aida juga duduk di sampingnya.
"Ini buah untuk Zafran.Ni je yang Syah sempat singgah beli tadi",kata Natasha sambil menghulurkan sebuah beg plastik berisi buah-buahan.
"Buat susah-susah je.Lain hari kalau datang melawat,tak perlu nak susah payah beli apa-apa untuk Zafran",jawab Datin Aida sambil menerima huluran tersebut.
"Tak susah pun Datin.Syah memang ikhlas nak beri",kata Natasha lembut.
"Alah,Syah tak perlu la nak panggil Datin,panggil auntie je.Lagipun,mak syah dengan auntie bersahabat baik",tegur Datin Aida.
"Owh,baiklah auntie.Lepas ni Syah panggil auntie je",jawab Natasha.
Mereka berbual seketika.
"Asalamualaikum mami",ucapku sebaik sahaja pintu wad Zafran ku buka.
Natasha dan Datin Aida memandangku serentak.
"Walaikumsalam Zara.Masuklah",jawab Datin Aida gembira.
Aku melangkah masuk ke dalam.Hatiku tertanya-tanya,siapa agaknya gadis cantik yang bersama Datin Aida ketika itu.Aku meletakkan bakul berisi makanan yang aku siapkan pagi tadi untuk Zafran dan juga Datin Aida di atas meja dan lantas mendekati Datin Aida untuk bersalaman.
Natasha memandangku tidak berkelip.
"Kak Zara ke?",tanya Natasha inginkan kepastian.Tangannya dihulurkan untuk bersalaman denganku.
Aku merenung Natasha seketika.Hairan kerana gadis cantik itu mengenali aku.Setau aku,Zafran tidak mempunyai adik beradik perempuan kerana Zafran merupakan anak tunggal.Namun begitu aku menyambut huluran tangan Natasha.
"Err,,awak siapa?",tanya ku ingin tahu.
Natasha merenung ku hairan.
"Kak Zara tak ingat aku lagi ke?.Aku Natasha,Syah",kata Natasha memperkenalkan dirinya.
"Owhh,Natasha.Maafkan kak Zara.Kak Zara dah hampir tak mengenali Syah tadi",ucapku meminta kemaafan.
Aku lantas memeluk tubuh Natasha erat.Aku amat merindui gadis itu.Silapku juga kerana tidak memaklumkan kepadanya ketika berangkat ke kota London tiga tahun yang lalu.
Datin Aida memandang aku dan Natasha silih berganti.Dia tidak menyangka andai aku dan Natasha saling mengenali.
"Awak berdua dah lama kenal ke?",tanya Datin Aida hairan.
Natasha tersenyum memandang Datin Aida.
"Kak Zara teman Syah auntie.Dah lama tak jumpa Kak Zara.Dah tiga tahun rasanya tak jumpa.Kak Zara ni lah,menghilang tanpa berita",jawab Natasha gembira.
"Owh.Kalau macam tu,tak perlulah auntie perkenalkan Syah Ngan Zara lagi ye.Dah berkenalan sebelum ni pun",jawab Datin Aida ramah.
Aku dan Natasha hanya tersenyum memandang Datin Aida.
"Kalau macam tu,Syah sembang lah dulu dengan Zara.Auntie nak balik sekejap.Nak bersihkan diri dulu",kata Datin Aida.
"Zara,tolong tengokkan Zafran sebentar ye.Lagi pun Zara tak kerja hari ni kan.Boleh la mami berehat sebentar",terang Datin Aida.
"Ye tak pe mami.Zara boleh temankan Zaf seketika.Mami balik lah dulu",ucapku lembut.
"Terima kasih Zara.Syah,auntie berangkat pulang sekejap.Syah sembang lah dengan Zara dulu",kata Datin Aida.
"Baiklah auntie, hati-hati tau",ucap Natasha sebelum Datin Aida berangkat pergi.
Setelah Datin Aida keluar,Aku dan Natasha duduk di kerusi yang dikhaskan untuk tetamu.Banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama.
"Lama betul kak Zara menghilang.Kak Zara ke mana?.Pergi pun langsung tak inform kat Syah",kata Natasha.Nadanya sedikit merajuk.
"Maafkan kak Zara Syah.Kalau nak cerita sampai esok pun mungkin tak selesai",jawabku.
"Kalau macam tu,pendekkan cerita je",kata Natasha sambil tersenyum.Aku juga turus sama tersenyum.
"Kak Zara sambung belajar di kota London.Ambil bahagian perubatan.Baru je balik Malaysia.Tahun ni juga.Kak Zara pun kerja kat sini juga.Dah tiga bulan rasanya kak Zara start kerja",terangku.
"Wahhhhh,kak Zara doktor kat sini juga la ni Yee. Kenapa tak pernah jumpa sebelum ni?",tanya Natasha.
"Kak Zara di bahagian pakar kanak-kanak.Jarang la ada kat tempat ni.Datang pun cuma melawat Zaf tu",terangku.
"Owh patutlah.Hari tu datang melawat Zaf,tapi tak nampak kak Zara kat sini.Mungkin masa tu kak Zara kerja kot",kata Natasha.
Aku tersenyum memandangnya.
"Bagaimana boleh kenal rapat dengan mami?",tanyaku hairan.
Aku agak tertanya-tanya dari awal pertemuanku dengan Natasha di wad ini.
"Apakah,Syah juga salah satu menantu pilihan Datin Aida untuk Zaf sebelum ni?",fikirku.
"Syarikat milik family Syah merupakan rakan kongsi syarikat Zafran.Syah pun tak sangka pada mulanya.Tapi,apabila berjumpa dengan Zafran pada suatu majlis tu,barulah tahu kalau Zaf tu pengarah syarikat Fashion International.Masa tu,Syah tercari-cari kak Zara,tapi tak nampak pun kak Zara dalam majlis tu",terang Natasha.
"Owh,macam tu rupanya.Mungkin masa tu,kak Syah masih kat London lagi kot",jawabku.
Aku sebenarnya tidak ingin memberitahu Natasha perihal masalah hubunganku dengan Zafran tiga tahun yang lalu.
"Mungkinlah kot",jawab Natasha tersenyum.
"Dah,lupakan semua perkara tu.Yang penting sekarang ni,Allah dah pertemukan kita semula kan",jelas ku cuba mengalihkan perhatian Natasha agar tidak terus bertanya tentang pemergian ku tiga tahun yang lalu.
"Ye,tulah yang paling penting sekarang",jawab Natasha.
Aku tersenyum memandangnya.
"Syah makin cantik sekarang.Kak Zara hampir tak mengenali Syah tadi.Ingatkan retis mana yang datang melawat Zaf tadi",pujiku sambil bergurau dengannya.
"Retis la sangat kak.Sepatutnya Syah yang cakap Kak Zara macam tu.Tiga tahun tak jumpa,kak Zara dah semakin cantik.Berseri-seri pula tu.Mesti banyak lelaki orang putih tergila-gilakan kak Zara di kampus semasa kak Zara menyambung pelajaran di kota London dulu kan.Zaf tak cemburu ke?",tanya Natasha mengusik ku.
Aku tertawa kecil mendengar usikan Natasha.
"Mana ada lelaki orang putih tergila-gilakan kak Zara.Banyak lagi perempuan yang jauh lebih cantik dari kak Zara",terangku.
Namun jauh di sudut hatiku sebenarnya mengakui kebenaran kata-kata Natasha.Buktijya sahaja,ketika aku masih belajar di kota London,aku merupakan salah seorang pelajar yang paling popular di sana.Banyak jejaka-jejaka yang ingin mendekati ku namun,semuanya aku menolak.Aku juga merapatkan diri pada Chak kerana,aku berasa selamat bersamanya.Di samping itu,Chak jugalah yang banyak membantu aku.Banyak menasihati aku ketika aku benar-benar hilang keyakinan akan diriku.Dan paling aku suka pada diri Chak adalah,dia amat menghormati ku sebagai wanita.Dia tidak perna sekalipun mengambil kesempatan ke atas diriku.Chak juga begitu menyayangi Misya walaupun kenyataannya,Misya bukanlah anak kandungnya.Chak banyak membantu aku menjaga Misya.Senyuman terukir dibibirnya apabila mengingatkan detik-detik manis bersama Chak.Satu-satunya lelaki yang berjaya menawan hatiku selepas Zafran.
Natasha memandang aku dengan senyuman apabila melihat aku mengelamun jauh.
"Wahhhh,senyum sendirian ni mesti ingatkan sesuatu Yee.Beerti benarlah tanggapan Syah kan.Kak Zara banyak peminat kat London",usik Natasha.
Aku tersedar dari lamunan ku.
"Boleh pula aku mengelamun jauh.Pe la kau ni Zara",bisikku perlahan.
"Mana ada,kak Zara cuma terfikir kenangan-kenangan di kota London.Sukar nak cerita sebenarnya.Banyak sangat kisah suka suka yang kak Zara lalui.Nantilah,ada masa,kak Zara pasti ceritakan semuanya",terangku.
"Kak Zara tau tak,Zaf sebenarnya bertuah memperisterikan kak Zara.Rugilah andai Zaf mensia-siakan kak Zara",kata Natasha masih memujiku.
Aku memandangnya hairan.
"Ye ke bertuah?.sebab pe?",tanyaku ingin tahu.
"Yela,kak Zara cantik.Baby face.Kalau renung kak Zara,mungkin orang akan anggap Syah ni kakak kak Zara tau.Dah la berkerjaya,lemah lembut pula tu.Untung sangat Zafran",puji Natasha lagi.Di hatinya benar-benar mengagumi Diriku.
"Awak ni Syah,puji kak Zara melangit sangat.Kak Zara biasa-biasa je la.Tiada kelebihan pun",ucapku merendah diri.
"Alah!,kak Zara je yang merendah diri sangat.Bukannya kak Zara boleh menilai diri kak Zara sendiri.Orang lain yang akan menilai tau",kata Natasha tidak mau mengalah.
"Dah!,Dah.Cukuplah nak puji-puji kak Zara.Ni,Syah tak kerja ke hari ni?",tanyaku.
"Kerja,tapi dah alang-alang jumpa kak Zara,Syah ingat nak masuk kerja tengahari nanti.Lagi satu,Syah nak jumpa kawan sekejap lagi.Ada bendah nak Syah serahkan",jelas Natasha.
"Owh,area sini ke?",tanya ku.
"Aah,kerja kat hospital ni lah.Tak tau lah kak Zara kenal ke tak",jawab Natasha.
Aku tersenyum memandang Natasha.
"Entah lah.Tapi tak banyak yang kak Zara kenali pekerja kat sini.Paling banyak pun,kerja sama-sama Ngan kak Zara je", jawabku.
Aku malas bertanya lebih lanjut lagi.Aku takut andai gadis itu tidak menyenangi setiap pertanyaanku nanti.
"Zara",panggil Zafran tiba-tiba.
Aku dan Natasha lantas menoleh.
Aku bergerak mendekati Zafran yang masih terbaring di atas katilnya.
"Sekejap ye Syah",kataku.
Natasha menganggukkan kepalanya.
"Ada apa Zaf?",tanya ku lembut.
Zafran membuka matanya perlahan dan memandang ke arahku.
"Abg nak air.Sayang boleh tak tolong ambilkan air?",tanya Zafran.
Aku lantas menuangkan air ke dalam gelas dan meletakkan di atas meja.Aku lantas duduk di samping Zafran dan membantunya untuk duduk.Aku meletakkan bantal di belakangnya agar mudah untuk Zafran menyandar.Setelah Zafran dalam posisi yang selesa,barulah aku membantunya untuk minum memandangkan,tangan kanannya masih dibaluti semen.Rasa simpati menular di hatiku melihat keadaan zafran.Natasha yang sedari tadi memerhatikan aku dan Zafran,meminta diri untuk keluar.Dia sebenarnya ingin memberikan ruang kepada aku dan Zafran bersendirian.
"Kak Zara,Syah kena pergi dulu.Nak jumpa kawan sebentar.Ada masa Syah datang melawat lagi",kata Natasha sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku.
"Cepatnya.Emm yela, hati-hati tau",pesananku sambil menyambut huluran tangannya Natasha.
"Syah pergi dulu",ucap Natasha.
Pandangan matanya beralih kepada Zafran.
"Cepat sembuh ye Zaf.Nanti Syah datang lagi",ucap Natasha.
Zafran hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.Aku juga turut tersenyum.
Setelah itu,Natasha meninggalkan aku dan Zafran di dalam bilik tersebut.
Suasana sunyi seketika.Mulutku dan Zafran seakan-akan terkunci rapat untuk berbicara.Aku sebenarnya masih agak kekok berduaan dengan Zafran setelah sekian lama tidak bertemu.Menyedari akan hal itu,aku lantas berdiri dan membuka bakul makanan yang telah aku siapkan pagi tadi.
"Awak lapar tak?.Zara ada masakkan bubur special untuk awak.Zara suapkan ye",kataku memulakan bicara.
Aku sebenarnya tiada idea untuk berkata-kata dengan Zafran.Hanya itulah saja jalan yang ada untuk memulakan perbualan.
"Abg tak lapar lagi sayang",ucap Zafran.
"Awak kena makan walaupun sedikit.Bagaimana nak sembuh andai biarkan perut tu kosong.Dah hampir jam 9 pagi,takkan tak lapar lagi",tegurku.
Aku tidak mengendahkan Zafran.Aku membuka penutup bubur tersebut dan duduk di sisi zafran.Aku menyenduk sedikit bubur dan mendekatkan sudu berisi bubur itu ke mulut Zafran.Zafran menolak namun aku membesarkan mataku sebagai tanda amaran kepadanya.Akhirnya Zafran mengalah,dibukanya perlahan mulutnya dan memakan bubur tersebut.
Aku tersenyum memandangnya.
"Sedap tak Zara masak?",tanyaku cuba mengembirakan hatinya.
"Sedap sangat.Abg rindu masakan sayang.Dah lama abg tak rasa masakkan syg",ucap zafran.
Aku menyuapkan Zafran lagi.Hatiku sedikit hiba.
"Benarkah dia rindu masakan aku?",bisikku perlahan.
Aku menarik nafas perlahan.
"Kalau rindukan masakan Zara,awak kena habiskan bubur ni.Boleh tak?",tanyaku sambil tersenyum.
Zafran mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Sedap sangat,tapi abg dah kenyang.Boleh tak nanti abg makan lagi?",tanya Zafran.
Aku menghentikan tanganku dari terus menyuap makanan ke mulut Zafran.
"Yela,yang penting perut tu tak kosong sangat.Selepas ni,awak kena makan ubat.Makan ubat secara teratur ye.Biar cepat sembuh.Dah sembuh,boleh lah buat kerja seperti biasa",nasihatku.
"Abg janji akan makan ubat secara teratur,asalkan syg ada selalu untuk temani abg.Abg pasti akan cepat sembuh",jawab Zafran.
Aku terdiam seketika mendengar kata-kata Zafran.Aku menarik nafas perlahan.
"Yela,Zara temankan.Tapi tak la kerap sangat.Awak pun tahu kan,Zara kerja.Nanti Zara cuba aturkan masa untuk temani awak di sini sampai awak sembuh",janjiku.
Zafran tersenyum mendengar kata-kataku.
"Takpe,asalkan syg datang jenguk abg sebentar pun Ang dah bersyukur sangat",jawab Zafran.
Aku berusaha tersenyum manis di hadapannya.Aku tidak mahu Zafran menganggap ku terpaksa.
"Okaylah,masanya nak makan ubat.Lepas makan ubat,awak rehat dan tidur dengan cukup ye",pesanku.
Zafran mengangguk faham.
Aku lantas mengambil ubat yang sudah disediakan oleh jururawat yang bertugas pagi itu,dan membantu memasukkan ke dalam mulut Zafran.Segelas air aku berikan untuk memudahkan Zafran menelan kesemua ubat tersebut.Setelah rehat beberapa minit,aku membantu Zafran untuk berbaring semula.Semasa baring,Zafran mengenggam tanganku erat.Aku ingin sahaja menepisnya,namun demi menjaga hati Zafran,aku biarkan sahaja sehinggalah Zafran terlena.Dengan gerak perlahan-lahan dan penuh berhati-hati,aku menarik tanganku dan menyelimutkan tubuh Zafran.Ku renung wajah tampan milik Zafran.Keningnya,alis matanya,hidungnya dan akhirnya ke sebentuk bibir milik Zafran.Semuanya terasa begitu indah.
Aku tersenyum perlahan.
"Semoga cepat sembuh Zaf",bisikku perlahan.
Aku berganjak ke kerusi tetamu bersebelahan dengan kati Zafran.Aku bercadang untuk menyandarkan tubuhku seketika sementara menunggu kedatangan datin Aida.
*******
Natasha memulas tombol pintu bilik Chak.Dengan perlahan-lahan Natasha menolak pintu tersebut.
"Boleh aku masuk?",tanya Natasha sebaik sahaja melihat Chak yang sedang duduk sambil mencatat sesuatu di atas kertas.
Chak memandang Natasha sambil tersenyum.
"Masuklah.Awalnya datang.Ada apa hajat datang ke mari?",tanya Chak mengusik Natasha.
Natasha mengorak langkah mendekati Chak.
"Dipersilakan duduk Syah",pelawa Chak.
Natasha menarik kerusi di hadapan Chak dan duduk.
"Aku saja je datang melawat Zafran tadi.Dah alang-alang aku datang sini,singgahlah sekejap jumpa awak",kata Natasha.
"Rindulah tu",usik Chak.
Natasha ketawa mendengar usikan Chak.
"Syah memang rindu awak pun.Awak je yang tak tahu",balas Natasha.
Mulut Chak terlopong mendengar kata-kata Natasha.Begitu berani gadis itu meluahkannya.Natasha ketawa memandang reaksi Chak.
"Tak lah,gurau je, sebenarnya aku datang nak serahkan ni",kata Natasha sambil menghulurkan sebuah kotak kepada Chak.
Chak menyambutnya dengan hairan.
"Apa ni?",tanya Chak ingin tahu.
"Awak bukalah.Nanti awak akan tau",kata Natasha lembut.
"Takutlah nak buka",kata Chak cuba mengusik Natasha lagi.
Entah mengapa,dengan gadis itu,Chak merasa seolah-olah tidak mempunyai perasaan segan untuk mengusiknya.Malah Chak selesa bersama dengan gadis dihadapannya itu.
"Nak takut apa?",tanya Natasha hairan.
"Yela,takut,manalah tahu awak letak bom dalam kotak ni",kata Chak berseloroh.
Natasha ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Chak.Dia tidak menyangkah Chak berfikiran seperti itu.Namun dia tahu,Chak hanya bercanda dengannya.
"Gila ke nak letak bom dalam kotak tu.Nak letak bom wat pe.Baik lagi letak jampi-jampi dalam tu supaya awak jatuh cinta kat aku",gurau Natasha.
Kali ini giliran Chak pula tertawa.
"Awak tak perlu pun nak letak jampi dalam ni untuk buatkan aku jatuh cinta kat awak.Awak dah cukup cantik untuk buat aku jatuh cinta pada awak pun",gurau Chak lagi.
"Serius?",tanya Natasha seakan tidak percaya dengan kata-kata dari Chak.
Chak tertawa mendengar pertanyaan Natasha.
"Gurau je.Awak terlalu cantik untuk aku.Aku ni tak layak pun untuk awak",jelas Chak merendah diri.
Natasha merenung Chak sekilas.
"Siapa kata tak layak.Kalau awak on nak terima aku,aku pun on je terima awak lah",jelas Natasha.
Dia tahu lelaki itu bergurau dengannya,namun jauh di sudut hati natasha,Natasha benar-benar maksudkannya.Segala kata-katanya membawa seribu makna kepada Natasha.
Chak ketawa lagi.
"Aku buka ye",kata Chak meminta kebenaran.
"Buka lah,dah jadi hak milik awak pun",jawab Natasha.
Chak lantas membuka bungkusan kotak tersebut.Selesai membuka balutan tersebut,Chak terpegun saat melihat sebuah telefon bimbit jenama Huawei Y9s di hadapannya.
"Untuk aku ke?",tanya Chak seakan tidak percaya.
Natasha menganggukkan kepalanya.
"Yes,untuk awak.Saja je beli,nak ganti telefon awak yang pecah tu",jelas Natasha.
"Alah,kan hari tu dah cakap tak perlu ganti.Mahal sangat ni.Macam tak sanggup pula nak terima",jawab Chak.
"Ehhh,tu memang untuk awak pun.Syah ikhlas.Lagi pun,selagi tak ganti telefon awak tu,selagi tulah macam tak aman je rasanya hidup Syah tau.Macam berhutang kat seseorang",terang Natasha.
Chak berfikir sejenak.
"Kalau macam tu,thanks tau sudi belikan.Dah susahkan awak",ucap Chak.
Hatinya sedikit gembira.Bukan senang nak dapat hadiah dari seorang gadis cantik seperti Natasha.Chak rasakan dirinya begitu bertuah.
"Tak susah pun.Sepatutnya Syah yang nak minta maaf kat awak,sebab dah buatkan telefon awak pecah hari tu",kata Natasha.
"Tak pe pun.Apa pun,terima kasih tau",ucap Chak lagi.
"sama-sama ",jawab Natasha lembut.
Chak membelek-belek telefon tersebut.
"Cantik",bisiknya perlahan.
"Bagaimana,puas hati tak?",tanya Natasha lagi.
"Sangat berpuas hati",jawab Chak.
"Dalam tu,Syah dah setkan no phone Syah.Kalau Chak sudi,Chat la Syah sekali sekala.Manalah tau nak ajak Syah keluar makan nanti.Boleh la keluar bersama",kata Natasha.
"Baiklah,nanti Chak mesej awak ye",jawab Chak mesra.
"Syah tunggu tau.Syah dah nak bertolak sekarang.Nak masuk kerja.Sorry tau sebab ganggu masa kerja awak",kata Natasha meminta maaf.
"Tak ganggu pun.Aku tak sibuk pun sekarang ni",jelas Chak.
"Yela,apa pun nanti call ye.Syah dah nak pergi ni",kata Natasha meminta diri.
Natasha berpuas hati setelah menyerahkan telefon tersebut kepada Chak.Dan yang paling di harapkan oleh Natasha adalah,Chak akan menghubunginya.
"Hati-hati dalam perjalanan nanti",pesan Chak sebelum Natasha melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Oraite awak.Jumpa lagi",kata Natasha.
Setelah itu,Natasha menutup pintu bilik Chak dan berlalu pergi.
Share this novel