"Ida,Ida",panggil Azman sambil menekan beberapa kali loceng rumahnya.
Namun tiada siapa pun yang membuka pintu rumah walaupun sudah beberapa kali loceng ditekan.
"Ida",panggil Azman semula.Kali ini lebih kuat.
Namun tetap tiada jawaban.Hati Azman kini berdebar.Risau sesuatu terjadi pada isterinya.Apatahlagi isterinya itu sedang mengandung anak yang selama ini ditunggu-tunggu oleh Azman.
Sebaik sahaja mendapat berita kehamilan isterinya dari Sofia,Perasaan menyesal timbul dihatinya.Oleh itu,Azman lantas pulang kerumahnya setelah berminggu-minggu meninggalkan ida seorang diri.Sepanjang perjalanan pulang,Azman tidak henti-henti menyalahkan dirinya sendiri kerana telah mengabaikan isteri yang sangat setia menanti dirinya selama ini.Perasaan menyesal mula mengebu dihatinya.Azman berjanji akan mengubah semuanya seperti sedia kala.
Azman mengeluarkan kunci spare miliknya apabila sahaja pintu rumahnya masih tidak dibuka.
"Ida mungkin sudah tidur,sebab tu tak dengar loceng berbunyi",bisik Azman Perlahan.
Senyuman dibibirnya terukir.
"Abg dah balik syg.Maafkan abg kerana mengabaikan syg selama ini",bisik Azman lagi.
Dia lantas menolak perlahan pintu hadapan rumahnya dan lantas masuk.Suasana gelap menyelubungi ruangan rumah itu.Sepertinya tidak berpenghuni.Hati Azman tertanya-tanya.
"Takkan Ida tiada di rumah",kata Azman perlahan.
Dia lantas menekan suis lampu.Beberapa saat sahaja,rumah itu terang benderang.Diamatinya setiap sudut rumah itu.Seperti kebiasannya,sangat kemas.Parabotnya disusun kemas dan rapi.Namun tidak seceria sebelumnya.Keadaan rumah itu sepertinya sudah lama tidak dihuni.Debu-debu halus jelas terlihat melingkari pasu-pasu bunga yang menghiasi ruang tamu.Tak seperti sebelumnya.Pasu-pasu itu nampak sangat kilat dan bersih kerana Ida akan merawatnya sepanjang hari.Perasaan bimbang dan takut tiba-tiba hadir di hatinya.Azman lantas berlari menaiki tangga ke biliknya.
"Ida,Ida",panggil Azman lagi.
Dengan hati yang berdebar-debar,dia lantas memulas tombol pintu dan menolaknya kuat.Suasana bilik agak gelap.Hanya lampu tidur yang menyala.Azman lantas menekan suis lampu utama.Keadaan bilik kembali terang.Dilihatnya katil dihadapannya kosong.Azman berjalan perlahan membuka pintu bilik air.Ingin lihat andai isterinya ada didalam bilik air,namun Azman masih hampah.Isterinya tiada di dalam.Azman berlari-lari semula membuka setiap satu bilik didalam rumahnya.Didalam fikirannya, berkemungkinan isterinya tidur di salah satu bilik yang terdapat dalam rumahnya.Namum tetap hampa.Dengan langkah yang longlai,Azman melangkah memasuki biliknya semula.
"Awak dah ke mana syg?.Maafkan abg.Abg dah abaikan syg.Kembalilah pada abg.Abg nak kita hidup seperti dahulu lagi.Abg rindu syg",bisik Azman perlahan.
Airmatanya mula mengalir.Azman melabuhkan punggungnya ke atas katil.Dia meraup wajahnya berulang kali.
"Apa aku dah buat ni?.",kata Azman.
Azman lantas berdiri,dengan pantas dia mengeluarkan telefon dari poket bajunya dan cuba mendail no telefon Ida namun nombornya sudah tidak aktif lagi.Azman membuang telefon bimbitnya di atas katil.
"Apa harus aku lakukan?.Ida,di mana awak syg.Kenapa tinggalkan abg sendirian.Abg minta maaf.Abg salah.Kembali lah pada abg",kata Azman sendirian.
Matanya tiba-tiba terarah pada sekeping kertas berwarna merah hati diatas meja.
Azman lantas mendekati meja dan mencapai kertas itu lalu dibacanya.
"abg,
sebaik sahaja abg baca surat ni,Ida dah pergi tinggalkan abg.Maafkan Ida buat keputusan ni,tapi bagi Ida,sudah tiada gunanya untuk Ida terus berada dirumah ini lagi.Ida bukan lagi permainsuri dalam rumah ini kerana tidak lama lagi, permainsuri rumah ini akan bertukar milik.Hati Ida sakit sangat abg,namun inilah hakikat yang harus Ida terima.Mungkin jodoh diantara Ida dan abg sampai disini sahaja.Sejujurnya hati Ida tak mampu terima semua ini kerana tidak perna pun terlintas di hati Ida mengkhianati cinta pada abg.Namun abglah yang telah berubah.Walaubagaimanapun,Ida bersyukur kerana Allah memperkenalkan Ida pada seorang lelaki seperti abg,abg jaga Ida sepenuh hati.Tapi,inilah yang telah ditakdirkan untuk Ida,berpisah dengan abg.Mungkin Ida bukanlah jodoh terbaik buat abg.
abg,
Ida sygkan abg sepenuh hati Ida,dan syg ini takkan pernah memudar didalam hati Ida.Andai tiada insan ketiga didalam hubungan kita berdua,hidup kita pasti bahagia.Namun inilah ketentuan yang harus Ida terima walaupun sebenarnya sangat sakit buat Ida.Abg dah tak perlukan Ida dalam hidup abg.Dipandangan mata abg,ida dah tak bermakna lagi,perpisahan yang abg inginkan.Ida redha bang,redha kehilangan abg demi kebahagian abg.Tak mengapalah andai Ida akan merana,asalkan abg bahagia.
abg,
Andai Sofia yang layaknya membahagiakan abg,Ida sanggup pinangkan Sofia untuk abg.Setelah itu,abg ceraikan Ida pun,Ida dah tak kisah lagi kerana hati Ida sudah lama mati.Sejak tahu abg punyai hubungan dengan insan lain.Ida mengetahuinya sejak awal,namun Ida hanya berdiam diri.Ida hanya berdoa agar abg akan berubah.Namun,doa Ida tak dimakbulkan Allah.Abg masih tetap bersamanya.Mungkin ini adalah hukuman yang diberikan pada Ida untuk setiap dosa yang telah Ida lakukan.Ida redha bang.
Ida pergi ye bang.Redhalah kepergian Ida.Usah di cari lagi Ida.Abg berbahagialah bersama kehidupan abg yang akan datang.Sudah pasti abg bahagia bersama insan yang sangat abg cintai.Abg,Ida tunggu lafaz cerai dari abg.Lakukanlah secepat mungkin agar kebahagiaan abg bersama Sofia tidak tertunda.Ida sudah tak mahu jadi penghalang kebahagian abg dan Sofia lagi.Cincin kahwin ini,Ida serahkan semula pada abg,kunci rumah,kunci kereta,semuanya Ida kembalikan pada abg.Ini semua bukan hak milik Ida.Ida tak mahu berhutang apa-apa pada abg.Abg halalkan makan minum Ida selama hidup bersama abg.Ampunkan semua salah dan silap Ida pada abg.Ida pergi membawa hati Ida yang terluka.Ida akan syg Abg selama-lamanya.
Ida pergi dulu"
-ida-
Airmata Azman mengalir laju sebaik sahaja selesai membaca nota yang ditinggalkan oleh Ida kepadanya.Dicapainya sebentuk cincin yang satu masa dahulu menjadi tanda cinta sejatinya pada Ida.Hatinya tiba-tiba terasa sakit.
"Apa aku dah buat ni?",tanya Azman pada dirinya sendiri.Penyesalan menyelubungi hatinya.Dia membuka sebuah kota berhampiran nota itu dan membukanya.Kunci kereta dan rumah ada didalamnya.Azman meraup mukanya keras.
"Kenapa tinggalkan abg Ida!!",katanya keras.
Air mata tidak henti-henti mengalir dipipinya.
"Abg bodoh Ida.Bodoh kerana buta menilai menilai mana kaca mana permata.Maafkan abg syg,abg dah banyak buat salah pada Ida,abg dah banyak kali sakitkan hati Ida.Abg khilaf.Kerna nafsu,abg turutkan kata hati abg.Abg menyesal,menyesal kerana menyiksa perasaan ida",luah Azman lagi.
Azman melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.Dia merenyuk keras nota yang ditinggalkan oleh Ida padanya.
"Abg janji,abg akan cari Ida walau dimana pun Ida berada.Abg tak akan perna lafazkan cerai pada Ida.Abg nak Ida kembali semula pada abg.Abg nak bahagiakan Ida,bahagiakan anak kita yang bakal lahir.Itu janji Abg",kata Azman penuh Azam.
*********
Sofia teresak-esak di pelukan datin Ain.Sejak balik bertemu dengan syam,Sofia masih tetap mengalirkannya airmatanya.Perkara itu benar-benar membimbangkan hati Datin Ain.
Datin Ain mengusap perlahan rambut milik anaknya itu.Rasa simpati menebal didada.
"Dah lah tu Sofia.Tak perlu fikirkan lagi.Apa yang dah berlaku tu jadikan pengajaran hidup buat Sofia.Nak menangisi semuanya hanya perkara sia-sia je.Sepatutnya sekarang ni,Sofia hanya perlu musahabakan diri Sofia.Lupakan yang hitam.Mulakan hidup baru",pujuk Datin Ain.
"Sofia malu mama.Malu kerana syam dah tau segalanya tentang sofia",luah Sofia teresak-esak.
"Sofia,Sofia kena ingat satu perkara je.Apa yang Sofia rahsiakan pada syam,lambat laun juga akan syam ketahuinya juga.Lebih baik syam ketahuinya sekarang,takut dia akan menyesal setelah itu",nasihat Datin Ain lagi.
"Syam pasti tak nak kawan Sofia lagi.Syam lelaki yang baik.Dia je lah yang sanggup terima Sofia jadikan kawan dia.Sekarang ni,sy am dah tau,pasti dia juga akan pinggirkan Sofiabenci sofia",luah Sofia lagi.
Datin Ain menggelengkan kepalanya tak bersetuju dengan kata-kata anaknya itu.
"Jangan membuat andaian dulu syg.Syam bukan lelaki yang semudah itu untuk membenci Sofia.Dia tahu menilai semuanya.Doakan yang baik-baik je.Inshaallah Syam mampu menerimanya.Dah lah tu,lap air mata tu.Tak baik asyik nangis je.Sakit mata tu nanti",pujuk datin seri lagi.
Diusap perlahan air mata dipipi Sofia.
"Tak pe la mama.Sofia yang salah semuanya.Sofia ni yang tak sedar diri.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin akan terjadi pun.Benar kata mama,sekarang ni bukanlah masa untuk menangisi masa lalu Sofia.Sepatutnya Sofia lebih dekatkan diri pada Allah.Itu yang terbaik.Terima kasih mama,banyak beri Sofia nasihat.I love you so much",ucap Sofia.
Dia lantas memeluk tubuh ibunya erat.
Datin Ain membalasnya perlahan.
Sofia menarik nafas panjang,dan menghembuskannya perlahan-lahan.Terasa sedikit lega.
"Sofia nak berubah lepas ni.Sofia nak belajar ilmu agama.Itu yang lebih penting berbanding fikirkan hal lain sekarang ni.Mama,boleh tak ajar Sofia mengaji, sembahyang.Sofia dah lama tak tunaikan solat.Apatahlagi mengaji al quran.Memang tak pernah sentuh pun.Boleh kan mama?",kata Sofia penuh pengharapan.
"Ida boleh ajarkan",jawab Ida tiba-tiba dari luar bilik Sofia.
Datin Ain dan Sofia lantas memandangnya.Ida mengukur senyuman memandang dua beranak itu.
"Boleh Ida masuk?",tanya Ida meminta kebenaran.Sudah lama sebenarnya dia berdiri melihat aksi kedua beranak itu.Ingin masuk,namun Ida takut menganggu mereka.Apatahlagi melihat Sofia dalam keadaan sedih.Oleh itu,Ida membatalkan niatnya untuk masuk.
"Masuklah ida",ajak Sofia.
Dengan langkah perlahan Ida memasuki bilik Sofia dan menghampiri mereka.
"Duduk sini Ida.Lebih selesa",pelawa Sofia seraya menepuk perlahan tilamnya sebagai signal duduk di sampingnya.Ida hanya menurut.Dia melabuhkan punggungnya disebelah Sofia.Sofia menggenggam tangan Ida erat.Dipandangnya wajah bersih milik Ida.
"Betul ke Ida sanggup ajar Sofia solat dan mengaji?",tanya Sofia inginkan kepastian.
"Ye,Ida boleh ajarkan.Sofia tahu tak,Ida dan Azman satu masa dulu belajar agama bersama.Tapi tulah,tiap insan pasti akan berubah andai diuji dengan sesuatu perkara.Apatahlagi iman didada belum cukup kuat",jelas Ida.
Sofia dan Datin Ain terdiam mendengarnya.
"Sofia tau tak,ubat pada hati adalah sentiasa basahkan lidah dengan selawat dan zikir-zikir.Apabila diri merasa sedih,kembali lah pada Allah,sentiasa ingat pada Allah.Bila diri dirundung kesusahan,ataupun rasa kecewa dan terluka.Ataupun juga disaat kita menghadapi kesukaran,dan kita tak temukan jalan penyelesaiannya,serahkan semuanya pada Allah.Luahkan pada semuanya pada Allah.Minta petunjuk daripadanya.Inshaallah semuanya akan dipermudahkan oleh Allah.Hanya satu yang harus kita ingati,apa yang berlaku,pasti ada hikmahnya",nasihat Ida lembut.
Sofia mengangguk perlahan.
"Tiap manusia pasti akan diuji oleh Allah.Ujian yang berbeza-beza namun Sofia kena tahu,Allah tak akan uji umatnya diluar kemampuan diri.Apa yang penting sekarang ni,kita sama-sama perbaiki diri.Apa yang dah berlaku sebelum ni,jadikan pengajaran diri agar kita lebih dekat pada Allah.Selagi belum terlambat, sama-samalah kita bertaubat pada Allah.Pintu akan selalu terbuka buat insan yang benar-benar ingin bertaubat",nasihat Ida lagi.
"Terima kasih ida.Sofia hargai semua nasihat yang Ida berikan.Terima kasih kerana sudi memaafkan Ida dan sanggup mengajar Sofia,walaupun pada hakikatnya,Sofia banyak melukai perasaan ida",ucap Sofia ikhlas.
Ida tersenyum manis memandangnya.
"Dah lah,tak perlu di ungkit lagi perkara yang dah lepas.Itu hanya akan memarakkan semula bara yang telah lama terpadam.Apa yang penting sekarang ni,kita mulakan hidup yang baru je.Lupakam semuanya ye.Anggap semua tu tak pernah berlaku.Ida dah lama maafkan Sofia.Ida ikhlas"jawab Ida lembut.
Datin Ain yang hanya menjadi pendengar mereka berdua hanya diam.Tidak menyampuk perbualan mereka.Kerana bagi datin Ain,perkara itu hanya Ida dan Sofia lah yang akan selesaikannya.Dia tiada kena mengena dalam hal itu.
"Baby sihat ke?",tanya Sofia mengubah topik perbualan mereka.
Dia sudah tidak mahu bersedih-sedih lagi.Biarlah waktu yang menentukan segalanya.Biarlah juga waktu yang akan melenyapkan segala kisah suka dan duka yang pernah berlaku seiring masa berjalan.
"Alhamdulillah baby sihat.Cuma tu lah,selera makan ni semakin berkurangan.Tak boleh bau bawang pun sekarang ni.Hidu bau je dah abis keluar semua isi perut ni",jawab Ida.
"Biasa lah tu tengah mengidam.Ada makanan yang kita suka,kita tak suka.Auntie dulu masa mengandung kan si Sofia ni,lagi teruk alahannya.Empat bulan makanan langsung tak diterima perut ni.Makan sikit muntah,makan sikit muntah.Papa Sofia tu,dah pening kepala hadap auntie masa mengidam tu.Tapi jangan risau lah,rasa tu cepat je berlalu",jelas Datin Ain.
Ida tersenyum manis memandangnya.
"Harap-harap lah cepat berlalu.Penat sangat rasa macam ni.Nak buat kerja apa-apa pun rasa sangat lemas",luah Ida.
"Sabar je lah.Semua ibu mengandung pasti akan rasa perkara yang sama.Ida kena sabar,demi anak dalam tu",kata Datin Ain memberi semangat pada ida.
"Ida pasti kuat.Demi anak dalam kandungan Ida ni.Lama dah Ida tunggu saat-saat ni sebenarnya.Alhamdulillah,Allah dah kabulkan doa ida.Ida bersyukur sangat",jawab Ida gembira.
Datin Ain dan Sofia tumpang gembira melihat kegembiraan yang jelas terpancar dari wajah bakal ibu itu.Mereka juga sebenarnya sudah tidak sabar untuk menunggu detik-detik bayi itu dilahirkan.
Datin Ain tersenyum.Kenangan saat-saat dirinya mengandungkan Sofia menerjah ke ruang fikirannya.Perasaan rindu mula hadir di hatinya.
*********
"Hati-hati dalam perjalanan",pesanku sebelum Zafran berangkat pagi itu.
Tangannya aku gapai dan kusalami lembut.
"Terima kasih syg.Jaga Misya baik-baik tau.Call abg kalau ada masalah.Abg sentiasa ada", pesan Zafran juga.
"Baik abg.Balik makan tengahari tak?",tanyaku lagi.
"Tak pasti lagi.Apa-apa nanti abg call",jawab Zafran.
"Yela.Hati-hati pandu kereta",pesanku lagi.
Zafran tersenyum memandangku.
"Ye,abg ingat tu",jawab Zafran.
Aku membalas senyumannya juga.
"Bye abg",ucapku sebelum Zafran memulakan perjalanannya.
"Bye syg.Love you",jawab Zafran.
"Love you too",jawabku.
Aku melambai-lambaikan tangan pada Zafran sehinggalah kereta Zafran keluar dari perkarangan rumah.Setelah itu,aku lantas menutup pintu dan menguncinya dari dalam.
*********
Share this novel