Hari ini sudah genap seminggu aku datang melawat Zafran di hospital.Oleh kerana aku juga berkerja di kawasan hospital besar Kuala Lumpur,amat mudah bagiku untuk menziarahi nya pada waktu rehat ku.Chak juga seringkali menemaniku untuk melawat Zafran kerana Chak merupakan doktor yang ditugaskan untuk merawat Zafran.Kadang kala,perasaan simpati ku terhadap Chak timbul di hati.Apatah lagi Chak sudah mengetahui Zafran adalah suamiku yang sah.Untuk menghalang aku bertemu dengan Zafran,Chak tidak mempunya hak.Oleh itu dia hanya berdiam diri apabila aku datang melawatnya.Jauh di lubuk hatiku,aku tahu Chak cemburu.Seringkali aku melihat reaksi wajahnya menahan api cemburunya di dalam hati melihat aku mengambil berat akan diri zafran.Pelbagai pertanyaan juga sering aku tanyakan kepadanya tentang perkembangan zafran.Aku tahu Chak terluka.Namun Chak tidak mampu mempamerkannya,apatahlagi,Datin Aida selalu ada disamping aku,Zafran dan juga Chak.Hari ini aku mendapat berita yang agak mengembirakan hatiku.Zafran telah tersedar dari komanya.Namun dia perlu rehat yang mencukupi.Oleh itu,aku tidak berlamaan di dalam wad Zafran kerana ingin memberi ruangan untuk Zafran berehat.Apatah lagi saat aku datang,Zafran sedang nyenyak tidur.Oleh itu,aku mengambil keputusan untuk keluar makan bersama Chak pada tengahari itu memandangkan sudah seminggu kami tidak keluar makan bersama.Setelah meminta diri daripada Datin Aida dan menyerahkan sebuah beg plastik berisi buah-buahan,aku meminta diri untuk pergi bersama dengan Chak.Setelah Datin Aida memberi keizinan,aku dan Chak berjalan keluar menuju ke kantin tidak jauh daripada kawasan wad tersebut.Sepanjang perjalanan aku dan Chak masing-masing mendiamkan diri.Tidak seperti kebiasaannya.Sebelum ini,Chak banyak mengusik ku.Ada sahaja perkara lucu yang dilakukannya terhadap aku untuk memancing moodku.Namun,sejak beberapa hari ini,Chak sepertinya tidak mempunyai keberanian mahupun mood untuk bergurau bersamaku.Keadaan ini menjadikan aku lebih segan untuk berbicara.Begitu juga sebaliknya.Chak juga banyak mempamerkan wajah muramnya ketika bersama denganku.Aku tahu dia cemburu.Aku tidak menyalahkan Chak atas sikapnya terhadapku yang sudah jauh berbeza.Di samping itu aku juga tidak mahu dia memberi harapan yang menggunung terhadap perhubungan antara aku dan dirinya.Kerana,aku masih berstatus isteri kepada Zafran.Sesampainya di kantin,aku dan Chak duduk di kerusi yang sama seperti sebelumnya.
"Zara nak makan apa?",tanya Chak memulai perbualan.
Aku memandangnya lembut.
"Aku nak minum je.Beri aku fresh orange",pesanku.
Chak tidak menjawab kata-kata ku lagi.Dia hanya terus meninggalkan ku untuk ke kaunter.Pandangan mataku hanya mengekori langkanya.Setelah beberapa minit berlalu,Chak membawa dua gelas Fresh orange bersamanya dan meletakkan di atas meja.
"You fresh orange",kata Chak sambil meletakkan minuman tersebut di hadapanku.
"Thanks",ucapku perlahan.
Chak menarik kerusi di hadapanku dan lantas duduk.
"Tak nak makan ke?",lembut Chak bertanya.
Aku mengeleng-gelengkan kepalaku.
Suasana menjadi sepi seketika.Masing-masing membisu.Chak mencapai telefon bimbitnya dan melihat jika ada mesej penting yang dikirim.
"Misya apa khabar?",tanya Chak setelah sekian lama berdiam diri.
Sebenarnya Chak menunggu untuk aku memulakan perbualan,namun apabila melihat aku berdiam diri,akhirnya chaklah yang mengalah.
Aku memandangnya perlahan.
"Misya sihat",jawabku ringkas.
"Owh.Alhamdulillah kalau Misya sihat.Emmm,awak tak bawa Misya jumpa ayahnya?",tanya Chak memberanikan diri untuk bertanya.
Aku terdiam seketika.Tidak tahu jawaban apa yang harus aku beri pada pertanyaan Chak itu.
"Misya harus bertemu dengan ayahnya.Begitu juga nenek dan datuknya.Awak tak boleh rahsiakan perkara ini dari pengetahuan mereka selamanya Zara.Lambat laun,pasti mereka akan mengetahuinya",kata Chak.
Nafasya dihembus berat.
"Aku tak bersedia lagi nak beritahu perkara ini kepada mereka.Lagi pun,aku tak nak Misya terluka bila tahu kenyataan sebenar",kataku perlahan.
Chak mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tindakan awak ni lebih melukai hati Misya Zara.Cuba bayangkan kalau Misya tahu Zafran tu ayah kandungnya saat misya dah dewasa nanti.Rasanya dia marah tak kat awak.Sakit hati tak dia nanti?",tanya Chak cuba mengumpan perasaanku.
Aku terdiam sejenak memikirkan kebenaran kata-kata Chak.
"Aku tahu aku tak sepatutnya ambil tahu tentang masalah ini.Tapi,aku juga sayangkan misya.Apatah lagi,aku dah anggap Misya sebagai anak aku sendiri.Aku juga inginkan yang terbaik buat Misya",terang Chak sayu.
"Aku tahu Chak.Tapi,jujurnya aku belum bersedia lagi.Tapi aku janji,aku pasti akan beritahu Misya perkara ini satu saat nanti",jawabku.
"Ikut suka awak lah Zara.Jangan pula kata aku tak ingatkan awak tentang perkara ini.Aku buat ni pun Semuanya ntuk kebaikan awak dan Misya juga",jelas Chak.
Aku hanya diam.Tidak menjawab kata-kata Chak.Chak juga sama.Tidak berkata apa-apa lagi selepas itu.Chak lantas menghabiskan sisa minumannya.
"Jom Zara.Masa rehat dah habis"ajak Chak lantas berdiri.
Aku melihat jam di tanganku.Begitu pantas masa berlalu sehinggakan aku tidak menyedari jam sudah menunjukkan ke angka 2 petang.
"Jom",jawabku lantas berdiri.
"Kirim salam kat Misya",kata Chak sebelum melangkah pergi meninggalkanku.
"Yela",jawabku ringkas.
Aku juga lantas berlalu ke tempat kerjaku.
******
Zafran tersedar dari tidurnya.Matanya melihat sekeliling.Terasa lain.Dia cuba mengingati perkara terakhir yang berlaku namun dia tidak mampu mengingatinya.Zafran berusaha menggerakkan tubuhnya,namun tidak mampu.Rasa sakit di tangan dan kakinya menyebabkan Zafran mengerang kesakitan.
Datin Aida yang baru sahaja keluar dari bilik air lantas berlari mendekati Zafran.
"Zaf,kenapa ni?",tanya Datin Aida risau.
"Tangan dan kaki Zaf mami.Semuanya sakit",erang Zafran.
"Zaf bawa bersabar ye nak.Semuanya akan baik-baik sahaja",pujuk Datin Aida cuba menenangkan Zafran.
Zafran menghentikan pergerakannya dan menutup perlahan matanya.Dia cuba mencari ketenangan.Setelah beberapa ketika,barulah dia membuka perlahan kelopak matanya dan memandang Datin Aida yang sedang duduk di sampingnya.
"Kenapa dengan Zaf mami?",tanya Zafran setelah hatinya sedikit tenang.
Datin Aida tersenyum memandangnya.
"Zaf terlibat dalam kemalangan seminggu yang lalu.Tangan dan kaki Zaf semuanya patah dan disemen.Tulah Zaf rasa sakit.Tapi,Zaf jangan risau,doktor kata,tangan dan kaki Zaf akan sembuh tidak lama lagi",terang Datin Aida cuba memberi semangat kepada anak tunggalnya itu.
Zafran menutup matanya semula.Dia cuba mengingati detik-detik yang berlaku sebelum kemalangan berlaku.Setelah beberapa ketika memerah otaknya,baruhla Zafran ingat.
Zafran memandang Datin Aida.
"Sekarang Zaf dah ingat mami",kata Zafran tiba-tiba.
Datin Aida memandangnya.Hatinya melonjak ingin tahu bagaimana kemalangan itu berlaku.
"Apa yang terjadi sebenarnya.Cubalah cerita pada mami",kata Datin Aida.
"Zaf nampak Zara mami",kata Zafran tiba-tiba.
Datin Aida tersentak mendengar kata-kata Zafran.
Zafran menutup matanya semula.Dia cuba mengingati tempat di mana dia bertemu dengan isterinya yang sudah lama dicarinya itu.
"Zaf jumpa Zara kat mana?",tanya Datin Aida sedikit kecewa.Dia sebenarnya ingin memberi kejutan kepada Zafran tentang kehadiran Zara namun sekali lagi dia kecewa kerana,Zafran yang terlebih dahulu menemui Zara.
"Zaf jumpa Zara di stesen minyak.Tapi Zaf tak pasti,itu Zara ataupun tak.Zara yang selama ini aku kenal,tidak menutup kepalanya dengan tudung.Zara yang aku jumpa ketika itu,bertudung litup",jelas zafran.
Ada sedikit rasa sangsi di hatinya,namun entah mengapa hatinya kuat mengatakan,orang itu adalah zara.
"Owh bermakna Zaf tak sempat bertanya atau bertemu dengan gadis persis Zara tu ke?",tanya Datin Aida.Ada sinar harapan di mata Datin Aida setelah mendengar kata-kata dari anaknya itu.Dia tahu gadis yang ditemui oleh Zafran sememangnya Zara,kerana saat kali pertama bertemu dengan Zara,Datin Aida juga hampir tidak mengenalinya.Zara sudah banyak berubah.Raut wajah Zara sangat cantik saat bertudung.Kelembutan Zara sememangnya mampu membuatkan siapa sahaja mampu tertawan kepadanya.Penyesalan mengebu di hatinya.
"Patutlah Zafran tergila-gilakan Zara.Kecantikannya tidak terbanding.Dah la lemak lembut.Bersopan santun.Aku je yang buta untuk menilainya sebelum ini",fikir Datin Aida.
"Zaf tak sempat mami.Zaf cuba mengekori kereta Zara,malang tak berbau,kereta Zaf di rempuh oleh sebuah lori.Tu je yang Zaf ingat.Selepas tu,Zaf dah tak ingat dah.Tup tup sedar je,Zaf dah ada kat sini",terang Zafran sambil menarik nafas panjang.
"Dah la tu.lupakan semuanya.Yang penting sekarang ni,Zaf selamat.Mami nak Zaf fokus pada rawatan susulan yang akan diberikan untuk zaf",nasihat Datin Aida lembut.
Zafran hanya tersenyum tawar.Hatinya masih tertanya-tanya siapa gadis bertudung yang ditemuinya sebelum ini.Melihat kebisuan Zafran,Datin Aida memujuk lagi.
"Mami ada surprise buat Zaf.Tapi Zaf kena janji sesuatu kat mami",kata Datin Aida sambil tersenyum.
Zafran memandang Datin Aida.Hatinya tertanya-tanya tentang surprise yang dikatakan oleh ibunya itu.
"Zaf nak tau.Surprise pe yang mami nak beri kat zaf",kata Zafran tidak sabar.
"Zaf kena berjanji dulu",kata Datin Aida tersenyum.
"Zaf kena janji kan apa?",tanya Zafran.
Ada sedikit kecewa di hatinya.
"Zaf kena janji, selepas je mami tunjukkan surprise tu,Zaf kena ikuti segala rawatan yang akan doktor berikan",jawab Datin Aida.
"Baiklah,Zaf janji.Tapi bila mami nak beritahu tentang surprise tu.Zaf tak sabar nak tahu"luah Zafran.
Datin Aida tersenyum manis memandang Zafran.Dia tahu,Zafran pasti akan gembira.Satu-satu harapan yang di ingini ya adalah,Zafran akan mampu memaafkan dirinya selepas ini.Dia berdoa agar,selepas ini ada sinar bahagia yang akan terpancar di wajahnya seperti sebelumnya.
"Esok mami beritahu.Sabarlah",kata Datin Aida perlahan.
Dia mengusap-usap rambut Zafran penuh kasih sayang.
"Yela",jawab Zafran sedikit hampa.
Zafran melelapkan matanya perlahan.Terasa badannya begitu letih sekali.Dengan wayar-wayar yang bersambung di lengannya membuatkan dirinya sedikit rimas.Apa yang diingininya hanyalah melelapkan mata dan tidur.
"Mami harap Zaf cepat sembuh.Mami akan selalu doakan kesembuhan dan kebahagian kamu Zaf",bisik Datin Aida perlahan.
*******
Sofia membaluti tubuhnya dengan sebuah tuala di tubuh langsingnya.Dia lantas mengutip pakaiannya yang berselerak di atas lantai dan membawanya ke bilik air hotel tersebut.Setelah menutup pintu bilik air,Sofia lantas membersihkan dirinya.Setelah selesai,Sofia lantas mengenakan pakaiannya semula dan segera keluar dari bilik air.Dilihatnya Azman yang masih berbaring lelah di atas katil.Sofia tidak mengendahkannya,dia lantas mencapai beg nya dan mengeluarkan beberapa alat solek untuk di calonkan di wajahnya.Menyedari hal itu,Azman lantas duduk dan bersandar di birai katil sambil memandang Sofia.
"U nak ke mana?",tanya Azman hairan.
Sofia tersenyum memandangnya.
"I'm sorry sayang.I tak boleh temani u sepanjang malam ni.I kena balik.Mama i asyik call dari tadi je",jawab Sofia sambil mengalirkan gincu ke bibirnya.
"Alah sayang,i still miss you",renggek Azman manja.
Dipeluknya kemas pinggang langsing Sofia.Dia berharap agar gadis itu tetap bersamanya sepanjang malam itu.
"Not for today sayang.I kena balik.Nanti esok kita jumpa lagi.I janji",pujuk Sofia penuh manja.
Azman mendengus kecewa.
"Janganlah merajuk sayang.Esok masih ada.I tak lari pun.I cuma balik je.Malam ni memang i tak boleh temankan u.Cukuplah sekali untuk malam ni.Lagi pun,esok i kena tolong mama i kat butik.Yelah,kalau i tak tolong,susahlah i nak cari duit",terang Sofia.
"Alah,kalau pasal duit tu,biar i je yang beri kat u.Asalkan u boleh temankan i selalu.I rindu belaian u",pujuk Azman lagi.
Berat sekali untuk dia melepaskan Sofia pergi malam itu.
"I know sayang.You can give me everything i need,but not for this night sayang.Mama i tu,asyik call je.Tak tau lah dia nak cakap pe.Esok i spent all night with u sayang I promise",ucap Sofia manja.
Akhirnya Azman mengalah.Dia lantas bangkit dari katilnya dan terus memakai pakaiannya.
"Okay,u promise,temankan i malam esok ye",kata Azman perlahan.
"I promise syg",jawab Sofia penuh menggoda.
Azman mencapai dompetnya dan mengeluarkan lima keping not seratus dan dihulurkan kepada Sofia.
Hati Sofia melonjak gembira namun dia tidak segera menyambutnya.
"Untuk i ke?",tanya Sofia berpura-pura.
"Yes,untuk kekasih hati i yang cantik dang menghairankan ni.Guna la duit ini untuk belanja.Nanti kita boleh keluar shopping nanti.Kita berbelanja.But Don't worry,i yang belanja",kata Azman bahagia.
Baginya duit hanyala sebagai permainannya.Dia tidak kisah walau berapa pun jumlah wang yang akan dibelanjakannya.Yang penting hanyalah kepuasan nafsu di jiwanya.
Sofia tersenyum manja sambil menerima wang tersebut.
"Thanks sayang.I love you so much",ucap Sofia.
Satu kucupan hangat di berikannya di pipi Azman.
"And i love you too",jawab Azman.
Hatinya sedikit tergoda dengan kucupan tersebut namun dia hanya mengabaikannya sahaja kerana Sofia akan pergi meninggalkannya sebentar lagi.
"I gonna go now sayang.see u tomorrow.I will call u",ucap Sofia.
"I'm waiting',jawab Azman.
Sofia segera menyimpan duit yang diberikan. oleh Azman ke dalam tas nya sebelum melangkah pergi meninggalkan Azman sendirian di dalam bilik hotel tersebut.Azman pula hanya mengekori langkah Sofia dengan pandangan matanya sahaja.Selang beberapa minit berlalu,barulah Azman keluar untuk cek out daripada hotel tersebut.
Share this novel