BAB18

Romance Series 57388

Datin Aida ketawa puas apabila mengetahui aku sudah pergi dari rumah dan kehidupan Zafran.Dia tersenyum bangga kerana misinya untuk menyatukan anaknya dan Sofia hampir tercapai.

"Sikit langkah lagi Zara,kau akan benar lenyap dari kehidupan Zafran.Tunggu dan lihat saja kebahagian yang akan Zafran dan Sofia kecapi",kata Datin Aida.

Senyuman penuh misteri terukir di bibirnya itu.Dia lantas mencapai handphone dan mendail nombor telefon Sofia.

"Aku harus memberitahu Sofia berita gembira ini",katanya sambil tersenyum.

"Haloo sayang, where are you now",tanyanya lembut.
"Hello mami,Sofia ada kat rumah sekarang ni.Badan tak berapa sihat",jawab Sofia sayu di corong telefon.
Datin Aida tersentak mendengar berita dari Sofia itu.Dia benar-benar risau apatah lagi mendengar suara Sofia yang agak lemah.
"Dah p klinik ke?,"tanya Datin Aida.
Dia benar-benar risau.
"Belum mami.Nanti Sofia pergi.Mami jangan risau Yee",pujuk Sofia lembut.
Dia tau Datin Aida sangat bimbang akan dirinya itu
"Bagaimana mami tak risau sedangkan bakal menantu mami tengah sakit sekarang.Atau Sofia nak mami temankan Sofia pergi klinik",tanya Datin Aida lagi.
"Tak perlu mami.Tak teruk sangat pun.Jangan la risau",kata Sofia lagi.
Dia sebenarnya tiada mood nak keluar saat ini.
"Baiklah,janji dengan mami Sofia pergi klinik nanti",kata Datin Aida apabila Sofia menolak ajakannya itu.
"Baik mami.Sofia janji",jawab sofia ringkas.
"Sebenarnya mami nak beritahu Sofia berita gembira",kata Datin Aida.
Dia begitu tak sabar nak menyampaikan berita tersebut.
"Apa dia mami?,"tanya Sofia ingin tahu.
"Mami happy happy happy sangat hari ni",kata Datin Aida bpenuh semangat.
"Cepatlah mami,Sofia pun tak sabar nak dengar",kata Sofia sudah tak sabar nak tahu berita gembira yang di maksudkan oleh Datin Aida itu.
"Sofia dengar baik-baik apa yang mami nak sampaikan okay",kata Datin Aida.
"Yee mami".

"Sekarang Sofia kena lebih usaha untuk menambat hati Zafran.Dah mudah sangat sekarang apatah lagi perempuan tu dah keluar dari hidup Zafran.Dia dah pergi dari rumah Zafran.Zafran sekarang dah benci dengan Zara.Dia yang usir Zara dari rumah tu",terang Datin Aida sambil ketawa terbahak-bahak.
Dia sangat bahagia.
"Wow!.Benar ke mami.Kalau macam tu,Sofia akan lebih berusaha.Sekejap lagi Sofia akan jadi menantu mami.Tak sabar rasanya",kata Sofia.
Dia juga gembira kerana sekejap lagi impiannya akan tercapai.Senyuman penuh misteri terukir.
"Makanya Sofia kena cepat-cepat sembuh.Masa-masa sekaranglah Sofia kena ambil hati Zafran"kata Datin Aida.
"Iya mami.Mami doakan Sofia cepat sembuh",kata Sofia.
Suaranya kini lebih bertenaga.
"Baiklah Sofia,mami kena go.Hari ni persatuan Datin-datin ada perjumpaan.Nanti kita jumpa yee.Bye sayang,love you",kata Datin Aida sebelum menamatkan perbualannya bersama Sofia.
Setelah telefon dimatikan, Datin Aida lantas bersiap kerana sekejap lagi dia hendak hadiri perjumpaan dengan persatuannya.

Zafran berbaring lemah di katilnya.Kepalanya sangat sakit.Hari ini genap seminggu aku meninggalkannya sendirian di rumah.Zafran rasa sangat kosong.Di setiap sudut rumah bayangan aku terus menjelma di penglihatannya.Zafran jadi resah.

"Aku dah kenapa ni",tanyanya sendiri.
Dia cuba memejamkan matanya.Perasaan rindu menerpa di sudut hatinya.Dia juga tidak tahu sejak bila dia mula mempunyai perasaan rindu itu.Zafran hanya tahu,dia rasa dirinya kehilangan sesuatu yang amat bernilai dalam dirinya.Semenjak aku menghilang dia seperti tiada semangat untuk terus hidup.Dia sebenarnya ingin sangat menelefon aku untuk meluahkan perasaan rindunya terhadap aku namun dia malu.Malu kerana dia sudah banyak melukai hatiku.Malu kerana sudah sering menghina diriku malah telah memijak harga diriku.Dan yang paling Zafran tak sanggup untuk fikirkan,dia sudah sia-siakan kehadiran aku dalam hidupnya.

"Tak mungkin dia akan memaafkan aku",kata Zafran tiba-tiba.
Dia meraup wajahnya keras.Hatinya pedih.Dia terbayang saat aku menjaganya sepanjang terlantar sakit.Aku menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.Tak pernah merungut walaupun kerap kali dia menengking ku.Walaupun agak letih namun aku akan setia menemaninya di sisi.Zafran menumbuk-numbuk perlahan kepalanya.Dia benar-benar sakit kepala memikirkan semuanya.
"Aku harus menemuinya.Aku bakal jadi gila andai seperti ini sahaja",ucap Zafran.
Zafran langsung bangun.Dia lantas mengemas beberapa helai pakaiannya dan memasukkan ke dalam beg.Setelah itu Zafran mencapai telefon dan kunci kereta dan keluar.

-Aku cuti seminggu.Batalkan semua

temujanji yang ada.Cancel semua

meeting


-zafran-

Sebelum memulakan perjalanan Zafran menghantar pesanan ringkas kepada Joe tentang percutiannya.

Rumah Zara Zya

"Zara dah seminggu kat kampung,Zafran tak call ke?,"tanya ayah selepas saja aku balik bersama Zarul dari sungai.
Aku terkesima mendengar pertanyaan ayah ku.
Aku menggaru-garu kulit kepalaku yang tidak gatal.Aku tidak tahu menjawab pertanyaan ayah ku itu.Otakku ligat mencari alasan
"Alah papa ni,dia sibuk la tu.Kerja kat syarikat berlambak-lambak.Mungkin dia tak sempat call kot",jawabku sambil tersenyum.
Ayah sepertinya tidak mempercayai sepenuhnya kata-kata ku.
"Kalau dia sibuk,tak salah kan Zara yang telefon dia.Tanya khabar dia,apa dia sudah makan atau belum,apa dia sihat atau tidak.Bagaimana nak jadi isteri yang baik kalau tak buat semua tu.Tak perlu tunggu sampai suami sendiri yang call.Nampak sangat Zara tak ambil berat terhadap Zafran",nasihat ayah.
Aku diam memandang lantai.
"Dah pergi masuk bilik,Call Zafran,tanya dia elok-elok",perintah Ayah.
Aku hanya menurut kata-kata ayahku.

"Buat apa aku call Zafran sedangkan dia tidak menginginkan ku langsung",omelku perlahan.
Bila mengingatkan semua layanannya terhadap aku,aku jadi geram.Bila terfikir kata-kata hinaan yang keluar dari mulut Zafran,maka bertambah kebencian ku kepadanya.Namun jauh di sudut hatiku,ada tersimpan sedikit kerinduan terhadap dirinya.Bohonglah jika aku katakan aku tidak merinduinya.Sepanjang tiga bulan tinggal bersama,walaupun dia sering bersikap dingin terhadapku,dia juga kadangkala mengambil berat akan aku.Walaupun dia tidak pernah menunjukkannya kepada aku namun aku boleh merasai semuanya.

Aku berbaring di atas katil ku.Berfikir sama ada aku harus menelefonnya atau pun tidak.
"Tak perlulah,aku dah tak nak ada sebarang hubungan dengan dirinya",kataku perlahan.
Aku cuba memejamkan mataku.
"Lebih baik aku tidur daripada memikirkan tentang dia", gummaku perlahan.

Dato' Mazlan baru sampai ke syarikat perusahaan Fashion International.Sudah lama sangat dia tidak menjejakkan kakinya ke syarikat milik keluarganya itu.Setelah bersara beberapa tahun yang lalu,baru kali inilah dia masuk ke syarikat itu semula.

"Assalamualaikum Dato'.Lama tak nampak.Wahh makin gemuk Dato'.Dato dah sihat ke",tanya Ani yang baru sahaja masuk ke pejabat selepas keluar rehat tengahari itu bersama Shima.
"Yalah Dato',makin handsome nampaknya",sokong Shima pula.
Dato' Mazlan ketawa kecil mendengar celoteh dari dua pekerja lama syarikat itu.
"Kamu ini ada-ada sajalah.Dah semakin tua,mana ada handsome.Dah berkedut banyak dah",kata Dato' Mazlan.
Dato' Mazlan memang sangat baik terhadap pekerjanya dahulu.Semua pekerja di anggap seperti teman-temannya.Berbeza dengan cara layanan anaknya terhadap pekerja nya.Apabila Dato' Mazlan bersara kerana kesihatannya itu,dia telah melantik Zafran sebagai pengarah baru dalam syarikatnya itu.Setelah Zafran mengambil alih tugasnya,banyak komen-komen negetif, rungutan-rungutan dari pekerja terhadap cara Zafran melayan para pekerja bawahannya.Sehinggakan ramai pekerja yang berhenti kerana tidak sanggup menahan sikap Zafran yang ego dan angkuh.Zafran juga sering memarahi para pekerja walaupun kesalahan yang mereka lakukan hanyalah kesalahan kecil sahaja.Zafran sukar untuk di bawa bincang.Dia melakukan tugasnya mengikut kata hatinya sahaja.Pekerja lama yang masih bertahan sehingga kini hanyalah Ani dan Shima.Selebihnya adalah pekerja baru.Namun Zafran mula berubah setelah dua tahun berkerja sebagai pengarah syarikat itu.Dia sudah agak bertimbang rasa berbanding sebelumnya tapi masih bersikap agak serius.Sehinggalah tiada yang berani bertegur atau bergurau dengan dirinya sehingga kini.Joe lah yang banyak mengubah cara Zafran dengan membantu menasihatinya agar bersikap tegas namun tidak kasar terhadap para pekerja.Oleh kerana itulah Dato' Mazlan tidak mahu Joe berpisah dengan Zafran walaupun Zafran selalu memarahinya di samping itu juga,Joe merupakan satu-satunya teman baik Zafran yang boleh Zafran jadikan tempat meluahkan perasaanya dan berbagi pendapat tentang kerja.

"Zafran ada tak",tanya Dato' Mazlan.
Dia sebenarnya tidak berniat untuk datang ke syarikat hari ini,memandangkan dia baru sahaja pulang berjumpa temannya di area berdekatan dengan syarikat milik keluarganya itu,jadi dia mengambil keputusan untuk bertandang sekejap memandangkan sudah lama dia tidak datang ke syarikat.
"Bos tak masuk hari ini.Joe maklumkan pagi tadi bos ambil cuti seminggu.Tak ada pula Joe bagitau alasan bos bercuti",jawab Ani lembut.
Dato' Mazlan agak terkejut mendengar berita dari setiausaha Zafran itu.Dia hairan.Selama ini Zafran tidak pernah bercuti lama melainkan ke luar negara atas urusan kerja.Dato Mazlan tertanya-tanya.
"Joe mana?",tanyanya lagi.
"Sekejap lagi Joe masuk Dato'.Pagi tadi dia gantikan bos menghadiri mesyuarat dengan Encik Kamarul.Sekejap lagi dia masuk pejabat",jawab Ani lagi.
Dato' Mazlan mengangguk-angguk kan kepalanya.Di fikirannya hanya memikirkan tentang anaknya itu.Hatinya agak risau.
"Apa Zafran ada masalah sehingga mengambil keputusan untuk bercuti",fikirnya.

"Dato' tunggulah Joe di bilik bos.Nanti dia sampai,saya maklumkan kepada Joe",kata Ani apabila melihat Dato' Mazlan berdiri sambil termenung di hadapan mejanya itu.
"Ye,ye",kata Dato' Mazlan.
Dia lantas masuk ke bilik Zafran untuk menunggu kedatangan Joe.
Dilihatnya segenap ruangan bilik kerja Zafran.Sangat kemas dan teratur.Tidak banyak perubahan yang Zafran lakukan.Lukisan-lukisan yang dilukisnya dulu masih tergantung kemas di setiap sudut dinding pejabat itu.Dato Mazlan tersenyum memikirkan saat -saat dirinya masih menghuni bilik tersebut.Dia sangat merindui saat-saat mudanya dahulu.Namun dia juga faham akan ketentuan Allah bahawa setiap manusia pasti akan tua juga akhirnya.

Tok! Tok!

Pintu pejabat Zafran diketuk lembut.Pintu di kuak.Joe tersenyum memandang Dato' Mazlan.

"Dato' cari saya ke?",tanya Joe.
Dia masuk dah bersalam dengan Dato Mazlan.
"Dato' dah lama tunggu ke?",tanya Joe lagi.
"Baru je Joe.Dato nak tanya sesuatu ni",kata Dato' Mazlan.
Joe memandang wajah Dato' Mazlan.
"Ada apa Dato'?",tanya Joe hairan.
"Pasal Zafran",kata Dato' Mazlan lembut.
"Zafran kenapa Dato'?",tanya Joe ingin tahun apa sebenarnya yang ayah Zafran cuba sampaikan kepadanya.
"Kau tau ke Zafran ambil cuti sebab apa.Dia ada masalah ke",tanya Dato' Mazlan.
Dia ingin mengetahui masalah Zafran yang sebenarnya dari mulut teman Zafran itu.Dia pasti tahu sesuatu.
"Tak tau la Dato',tapi seminggu yang lalu Zafran ada beritahu saya,Zara lari dari rumah.Kata Zafran ada salah faham antara mereka berdua.Zafran rasa menyesal tapi dia bingung harus berbuat apa.Seminggu Zafran seperti tak terurus",jelas Joe panjang lebar.
Dato' Mazlan tersentak.Dia tidak tahu kalau Zara suda tiada di rumah Zafran.Dia juga tidak tau kalau rumahtangga Zafran sedang bergelora.
"Saya tak tau pun", kata Dato' Mazlan sayu.
"Dia tak pernah ceritakan pada saya masalahnya",kata Dato' Mazlan lagi.
Wajahnya jelas terpancar kerisauan.
"Saya dah nasihatkan dia.Mungkin dia dah ikut Zara di kampung Zara kot.Nak memujuk la tu",kata Joe cuba memujuk Dato' Mazlan agar dia tak berapa risau tentang anaknya itu.
"Harap begitulah",jawab Dato' Mazlan.
Setelah beberapa waktu berbual dengan Joe, Dato' Mazlan meminta diri untuk pulang kerana sudah terlalu lama dia di sana.


"Asalamualaikum",laung Zafran memberi salam setibanya dia di rumahku.
Ayah yang sedang duduk membaca suratkhabar lantas menjawab salamnya.
"Walaikumsalam.Zafran,kenapa tak bagitahu nak balik hari ini",tanya ayah apabila melihat Zafran berdiri di luar rumahku.
Zafran lantas bersalaman dengan ayahku.
"Maafkan Zafran pa,saja nak bagi surprise",kata Zafran.
Dia cuba menyembunyikan perkara sebenar.
"Masuklah Zafran.Biar papa panggil Zara keluar",kata ayah sambil mempelawa Zafran masuk ke rumah.
Ibu yang mendengar Ayah sedang berbual lantas keluar melihat siapa yang sedang berbicara dengan suaminya itu.
"Owh Zafran rupanya,masuklah nak",pelawa ibu.
"Awak panggilan Zara keluar.Budak bertuah ni,suami sendiri datang pun dia langsung tak tau.Aku suruh dia call Zafran pagi tadi pun tak tau dia ada call ke tak de",rungut ayah.
Zafran tersentak mendengar kata-kata Ayahku.Dia tidak menyangkakan ayah mertuanya ada menyuruh Zara menelefon dirinya.

"Zara",panggil ibu lembut sambil mengetuk pintu bilik ku.
Aku yang sedang tidur lena terjaga apabila mendengar namaku di panggil.Aku tidak menyahut panggilan btersebut.Aku takut kiranya itu hanya sebuah mimpiku.

"Zara,"laung ibu lagi apabila panggilannya tidak aku jawab.
"Iya ibu",sahutku lembut
Baru aku sedari ibu memang sedang memanggil ku.
"Rupanya aku tak bermimpi",bisikku perlahan.
Aku bangun dan berjalan membuka pintu kamar ku itu.ku lihat ibu di depan pintu bilik ku.
"Ya Allah budak bertuah ni,dah nak senja masih tidur.Dah,pergi cuci muka kau tu,buruk benar mama tengok.Lepas tu keluar.Zafran ada di depan",terang ibuku.

"Dupp"

Jantungku seakan terhempap benda berat.

"Kenapa dia ada di sini",bisikku di dalam hati.
Aku terdiam seketika mendengar namanya di sebut.
"Kenapa termenung pula.Cepat pergi cuci muka",arah ibuku.
Dengan perasaan malas aku segera mencuci mukaku.Ikutkan hatiku,aku malas untuk bersua muka dengan lelaki itu.Ikut kehendak hatiku aku malas untuk melihat dia di depan mataku.Namun di hatiku juga terbit rasa gembira.Sudah seminggu aku menahan rindu terhadap lelaki itu.

"Banyak sangat ke kerja Zaf kat pejabat tu sampai tak ikut Zara balik sekali",tanya ibu kepada Zafran sambil meletakkan dulang berisi cawan dan sejag kopi.
Zafran hanya tersenyum melihat Ibuku.
"Rupanya Zara tak ceritakan hal sebenar kepada ibu bapanya",bisik Zafran sebelum menjawab pertanyaan ibu mertuanya itu.
"Ye mama,banyak sangat.Tapi dah seminggu tak jumpa Zara,rindu la pula",kata Zafran.
"Tula datang bagi surprise",tambahnya lagi.
Ibu dan ayah saling berpandangan dan berbalas senyum.

Aku yang sudah siap mengemaskan diriku lantas keluar.Takut andai ayahku memarahi ku nanti kerana membuat orang menunggu lama.

"Asalamualaikum",kataku perlahan penuh hormat.
Zafran memandang aku.Aku membalas pandangannya.Pandangan kami bertaut.Menyedari hal itu,aku lantas mengalihkan pandangan ku ke arah ibu dan ayah yang sedang memandang ke arah aku.

"Hormat lah suami Zara tu.Pergi salam dia,"perintah aku.
Aku seperti budak kecil yang mematuhi arahan cikgunya.Aku lantas mendekati Zafran dan bersalaman dengannya.
Saat bibirku menyentuh tangannya,dia mengusap-usap rambutku lembut.Jantungku seakan tercabut dengan kelakuan Zafran.Dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.Aku pelik.Aku segera menarik tanganku apabila Zafran seperti tidak ingin melepaskan gengaman tangannya.Ku lirik wajah Zafran sekilas.Zafran tersenyum manis memandangku.Aku segera duduk bersebelahan dengan ibuku.Zarul adikku yang baru sahaja sampai bermain dengan teman-temannya di padang lantas bersalaman dengan Zafran setelah melihatnya.

"Abang bila sampai", tanyanya sambil melabuhkan punggung nya bersebelahan zafran.
"Baru je,adik dari mana?",tanya Zafran lembut.
"Baru habis main dengan kawan-kawan.Abang lama tak kat sini?,"tanya Zarul lagi.
"Belum pasti dik,kenapa,tak suka abang datang ke?,"tanya Zafran bergurau.
"Bukan la abang,maksud adik,kalau abang lama di sini, bolehlah adik dan kak Zara bawa abang jalan-jalan ke sungai.Best tau abg,boleh memancing,boleh mandi manda.Air sungai sejuk sangat",terang Zarul.
Ibu dan ayah tertawa melihat telatah Zarul dan Zafran.Aku hanya memandang mereka.Ku kerling sekilas wajah Zafran.Aku rasakan dirinya agak berubah.Wajahnya sedikit pucat,rambutnya juga agak tak terurus,janggut mula tumbuh di dagunya

"Kenapa dengan dia?.Sepertinya tak terurus", bisikku di dalam hati.
Sebelum aku keluar dari rumah hari tu,wajah Zafran bersih,kemas.Tapi hari ini,Zafran sepertinya agak selekeh.
"Ehem!",Zafran pura-pura batuk sambil memandang aku yang dari tadi memandangnya.
Aku sedar akan kelakuan ku lantas tunduk memandang lantai.Aku malu.
"Bodohnya aku.Pe la pi pandang mamat ni tiba-tiba",jerit hatiku.

"Zara,bawa Zafran masuk bilik,kesian kat dia.Mesti penat dari bandar ke kampung.Biarkan dia berehat",perintah ayah kepadaku.
Aku tidak memandang Zafran,juga tidak memandang ayah.Aku lantas berdiri dan mengangkat beg Zafran.
"Jom aku hantar kau ke bilik",kataku mengajak Zafran.Aku melangkah setapak meninggalkan Ayahku.
"Zara kenapa panggil Zafran seperti itu.Kau,aku,kasar tu Zara.Cubalah panggil abang ke,sayang ke,sejuk je dengar",marah ayah tiba-tiba.
Langkahku terhenti saat mendengar kata-kata ayahku.Zafran yang sedang berdiri di belakang aku tersenyum mengejek.Dia memberi isyarat melalui keningnya agar aku menurut kata-kata ayahku.
Aku senyum tawar memandang Zafran dan ayah.
"Jom abang,sayang hantar masuk bilik",kataku geram.
Zafran ketawa memandang wajahku yang sudah kemerah-merahan menahan malu.

"Kau datang sini buat apa?",tanyaku agak kasar setelah pintu bilik aku tutup.
"Saja je tengok kau",jawab Zafran.
"Saja nak tengok aku?,kataku mengulangi kata-kata Zafran.
"Aku suka bila kau panggil aku seperti tadi",kata Zafran mengubah topik perbualan.
Aku terkesima.
"Sayang dengar tak",kata Zafran.Tiba-tiba memanggil ku sayang.Ku rasakan bulu roma ku meremang.
"Stop it Zafran!.meremang bulu roma aku dengar kau panggil aku seperti itu",jawabku.
"Tapi abang suka.Sweet je abang dengar",kata Zafran lagi.
Geram aku melihat Zafran seperti itu.
"Kau tak perlu nak bersweet-sweet dengan aku lah Zafran.Aku kenal kau seperti apa",marahku.
"Tapi tak salah kan kalau aku panggil kau Sayang.kau tu isteri aku",kata Zafran.
Aku menjeling Zafran tajam.Senyuman sinis aku hadiahkan kepadanya.
"Bukannya selama ini kau anggap aku pembantu rumah kau?,"tanyaku berniat menyindirnya.
Zafran terdiam seketika.
"Kau tak malu ke anggap pembantu rumah kau sebagai isteri kau?",soalku separuh menyindir Zafran.
Aku tau Zafran ingin membalas kata-kata ku itu namun dia tidak berkata apa pun.Dia hanya diam tanpa bersuara.
Ku lihat Zafran agak lama.Ingin mengetahui apa yang akan dia jawab untuk setiap pertanyaan ku namun dia hanya membisu.Tidak menjawab apa pun.Aku jadi hairan.Sebelum ini,Sepatah aku berkata-kata seribu kata dia menjawabku.
"Maafkan aku".
Hanya dua baris ayat yang keluar dari bibirnya.Aku terkesima.Aku tak menjangkakan dia akan meminta maaf kepadaku.
Aku biarkan perkataan maaf dari Zafran berlalu begitu saja tanpa balasan dari aku.Hatiku masih sakit sebenarnya.Setiap patah perkataan yang dia lontarkan kepadaku masih jelas terngiang-ngiang di telingaku.
"Kau ingat senang ke untuk aku maafkan kau",bisikku perlahan.
Tanpa mempedulikan Zafran.Aku keluar meninggalkannya.Melihat pintu sudah aku tutup rapat-rapat,Zafran menarik nafas berat.
"Aku tak akan berputus asa untuk memujuk kau kembali Zara",bisik Zafran.

Panggilan zamri tidak dipedulikan oleh Sofia.Sudah berpuluh-puluh kali panggilannya terlepas.Sofia malas menyambutnya.Dia masih marah terhadap lelaki itu.Bayangan di ruang hotel bersama lelaki itu masih menghantuinya.Apabila teringatkan balik,Sofia berasa sangat sakit hati.
"Aku benci kau Zam.Tergamak kau ambil kesempatan terhadap aku saat aku mabuk",kata Sofia perlahan.
"Aku sangat bencikan kau Zam",kata Sofia.
Airmata mengalir di pipinya.
"Bagaimana andai aku mengandung.Bagaimana aku akan berkahwin dengan Zafran andainya aku mengandung",katanya lagi.
"Walau bagaimana pun,aku akan tetap cari cara agar boleh bersama Zafran walau apa pun yang terjadi",kata sofia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience