Aku menarik nafas lega.Semuanya sudah selesai.Aku tak menyangka aku sudah bergelar graduan dalam Jurusan Sains Biologi.Sekarang aku sudah boleh bernafas lega.Aku sangat gembira Aku sangat bersyukur kerana sepanjang menghadapi peperiksaan aku tenang menjawab semua soalan.Aku yakin aku suda buat yang terbaik.
"Zara!".
Aku menoleh bila namaku di panggil.Hatiku gugup saat melihat kelibat Haris di belakangku.Namun aku cuba berlagak biasa.Aku tau dia datang pasti bersebab.
"Boleh kita berbicara sebentar",kata Haris penuh semangat.
"Owh,Oh okay",kataku tersekat-sekat.
Aku mengekori Haris menuju ke kerusi panjang yang terletak kemas di tepi taman di perkarangan Universiti.Haris duduk dan memandang ku.
"Duduklah,"pelawa Haris.
Aku hanya menurut.Perasaanku berbolak balik.Sebenarnya aku gugup.Aku teringat janjiku untuk memberinya jawaban kepada lamarannya dahulu.Aku hanya diam menunggu dia memulai bicaranya.
"Zara,"panggil Haris lembut.
Aku menoleh memandang Haris.
"Sekarang aku nak jawaban dari awak",katanya lembut menyapa pendengaranku.
"Bagaimana aku harus menjawabnya sekarang sedangkan aku sekarang sudah bergelar isteri orang",.Hatiku berkata sendiri.
Aku terkedu.Aku tak mampu berkata-kata.Lidahku seakan-akan kaku.Aku tak mampu menjawab pertanyaan Haris.Haris memandangku dengan pandangan penuh pengharapan.Aku senyum tawar.
"Haris",panggilku perlahan.Aku cuba menyusun ayat terbaik untuk aku ucapkan kepadanya.Aku takut melukai perasaannya walaupun aku tau jawapanku pasti akan melukai dirinya juga.
"Yee Zara,teruskan",kata Haris tidak sabar mendengar keputusan dariku.
Aku menarik nafas perlahan sebelum memulakan kata.
"Aku tau kau sangat berharap aku menerima lamaran awak dulu.Dan aku tau sekarang awak sedang menunggu jawapan dari aku sesuai janji kita dahulu".Aku menghentikan bicara ku sebentar.Cuba memerah otak mencari kata-kata terbaik untuk aku bicarakan.Haris masih setia mendengar.
"Tapi sekali lagi aku minta maaf.Aku belum boleh menerima awak dalam hidup aku",jelasku dengan nada kesal.
Haris hanya menunduk sambil memejamkan matanya saat mendengar penjelasan dariku.Dia diam.
"Bukan aku tak punya perasaan terhadap awak,tapi..",ayatku terhenti di situ.
Aku seakan-akan tidak sanggup membicarakan tentang perkara itu.Aku belum bersedia menjelaskan keadaan aku sekarang.Aku tidak ingin dia tau bahawa aku sudah jadi milik orang lain.Aku menahan getaran di jiwaku saat ini.Aku sememangnya tidak sanggup untuk melukai hati Haris.Kerana di hatiku sebenarnya juga tersimpan kemas namanya.Namun pada saat dia mengutarakan perasaanya terhadapku dahulu aku benar-benar belum bersedia.Aku tidak ingin mencampur adukkan soal perasaan dengan pembelajaranku.Kerana alasan itu aku meminta masa sehingga tamat pengajian.Namun sekarang,setelah segalanya selesai aku harus terima hakikat bahawa aku memang bukan tercipta untuknya.Aku menutup mata menahan rasa sakit di hatiku.Haris juga sama.Kesepian menyelubungi aku dan Haris seketika.
"Zara,aku faham andainya awak masih belum mampu menerima aku di dalam hidup awak.Tapi awak kena tahu bahawa aku akan selalu menunggu awak sampai satu saat nanti pintu hati awak terbuka untuk menerima aku mengisi ruangan hati awak",kata Haris dengan nada sangat sayu.Aku terkesima.Tidak mampu berkata apa-apa.
"Maafkan aku Haris.Satu saat nanti awak akan faham kenapa aku menolak semua ini",bisik hati kecilku.setelah sekian lama menyepi akhirnya Haris berdiri dan memandang ke arahku.Senyum manisnya terukir seperti hari-hari kebiasaanya memandang ku.
"Terima kasih Zara atas jawapan yang dah awak beri ke aku.Aku terima seadanya.Aku akan cuba memahami situasi awak sekarang.Tapi,aku akan selalu menunggu awak Zara",terang Haris.
Hatiku hiba mendengar setiap bait perkataan yang terucap dari bibir manis Haris.Aku hanya menunduk tidak punya keberanian menatap wajah Haris.
"Aku pergi dulu Zara.Andai jodoh kita,kita akan dipertemukan semula satu saat nanti".
Itulah kata-kata terakhir Haris sebelum melangkah pergi meninggalkan aku yang masih duduk termangu di kerusi.Aku hanya mampu memandang Haris melangkah jauh meninggalkan aku keseorangan.
"Maafkan aku Haris.Aku doakan agar awak bertemu insan yang lebih baik dari diriku ini.Dan ketahuilah Haris,aku juga mencintaimu",bisik hatiku.
Aku tau Haris terluka.Aku juga terluka.
"Zara",lembut Dina menyapa.
Aku menoleh memandang Dina.
"Awak dari mana.Keluar kelas je tadi terus menghilang",tanyaku.Aku cuba menyembunyikan gelodak di hatiku saat ini.Takut diketahui oleh Dina.
"Aku jumpa Mark tadi",jawab Dina bersahaja.
"Owh",pendek jawaban ku.
Dina melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan ku.Beberapa buah buku yang di peluk kemas tadi di letakkan di tepi kerusi bersebelahan dengannya.
"Haris ada jumpa hang tadi ke?. Tiba-tiba Dina bertanya kepadaku membuatkan aku kaget.
"Ye,ada",jawabku.Lama baru aku menjawabnya.
Dina memandangku sekilas.
"Dah terus terang kat dia ke",soal Dina lagi.
Aku menggelengkan kepala.
"Aku tak ready la nak bagitau kat dia",jawabku.Aku duduk menyandar kerusi sebelum menyambung semula kata-kata ku.
"Hang kena terus terang kat Haris.Jangan buat dia berharap.Makan hati Haris nanti",tegur Dina.
Aku menelan air liur.Rasa bersalah menyelubungi hatiku Namun aku tak mampu memberitahu Haris kebenarannya.
"Aku tau Dina tapi aku tak mampu.Aku takut melukai perasaannya.Kau pun tau kan dalam hati aku ini hanya ada dia.Cuma sekarang situasinya berbeza.Sekarang aku mencintai dia namun aku sudah bergelar isteri orang.Hatiku bercampur baur.Aku tak tau nak bertindak bagaimana.Nak melepaskan perasaan aku terhadap Haris tapi aku tahu lagi hubungan aku dengan Zafran sampai ke mana.Sekarang aku di dalam persimpangan dilema",terangku panjang lebar.
"Tapi sekurang-kurangnya hang kena terus terang dengan Haris yang kau sudah bernikah dari mulut hang sendiri.Kalau tiba-tiba Haris tau dari orang lain,apa pula perasaan Haris.Dia akan jauh lebih terluka",kata Dina panjang lebar.
Aku mendiamkan diri.Kata-kata Dina semuanya benar namun aku belum bersedia memberitahunya.
"Aku akan cuba berterus terang dengan Haris.Kiranya takdir memang menentukan aku dan Haris bersatu,serumit mana pun,sejauh manapun kami terpisah kami akan tetap bersama.Walaupun sekarang aku sudah bernikah dengan lelaki lain tapi andai jodoh itu milik kami ,akan tetap bersama",kataku dengan nada sayu.
Dina mengangangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata ku.
"Aku tetap mendoakan kebahagian hang Zara",kata Zara sambil memeluk erat.Aku membalas pelukannya.
"Dah jom,jangan sedih-sedih lagi.Kita kena balik berkemas.Esok kita dah nak berangkat balik kampung.Senyum sikit",pujuk Dina.
Aku tersenyum manis memandang Dina.Kami bersama-sama balik ke rumah sewa untuk berkemas.
Rumah Keluarga Zara zya
"Zara ada call semalam,katanya esok dia dah nak balik",kata ibu kepada ayah.
"Nanti suruh Zafran jemput dia di Airport",jelas ayah.
"Saya dah call Zafran pagi tadi.Dia setuju nak jemput Zara.Nanti esok dia bawa Zara balik di rumah keluarganya,"jawab ibu lembut.Air mukanya jelas kelihatan sedih.
"Baguslah seperti itu.Tempat isteri di sisi suami",jelas ayah lagi.
Ibu hanya mengangguk-angguk kan kepala tanda faham.Ayah memang seorang yang sangat tegas terhadap isteri dan anak-anaknya.Walau bagaimanapun ayah tetap menyayangi anak-anaknya walaupun jarang dia tunjukkan.
"Nanti ada masa kita datang melawat Zara Yee bang,rindu dengan zara,"ucap ibuku.
"Yela,nanti saja",kata ayahku.
Zarul berlari-lari anak menuju ke arah ibu dan ayah.Senyuman manis terukir di bibir.
"Mama,papa",panggilanya kuat seperti ada berita gembira yang ingin dia sampaikan.
Ibu dan ayah lantas menoleh.Melihat anak lelaki bongsu mereka berlari menuju ke arah mereka.
"Tak perlu lari,jalan perlahan-lahan lebih elok,"tegur ayah.
Mendengar teguran ayah,Zarul lantas memperlahankan langkahnya.
Ibu tertawa melihat perilaku Zarul seperti itu.
"Ada apa sayang",soal ibu lembut.
"Esok kak Zara balik kan?,"tanyanya lembut seraya ke pangkuan ibu.Zarul anak yang sangat manja.Ibu mengusap-usap perlahan rambut hitam milik adikku itu Zarul baru berusia 10 tahun.Jarak umurku dengan adikku 13 tahun lamanya.Kami hanya dua adik beradik sahaja.Kerana faktor kesihatan ibu,Ibu tidak di benarkan untuk mendapat anak lagi.Tapi ibu dan ayah bersyukur kerana memiliki sepasang anak.Itu sudah memadai bagi mereka.
"Iya sayang,esok kak Zara balik,"jawab ibu penuh kasih sayang.
"Yeh!!".
Zarul melonjak kegembiraan.Kegembiraan jelas terpancar dari wajahnya.Ibu dan ayah tersenyum bahagia.Namun jauh di sudut hati ibu terselit sedikit kedukaan.Anak perempuannya tidak akan balik ker rumah itu kerana akan balik ke rumah suaminya.Ibu tidak sampai hati memberitahu Zarul keadaan yang sebenarnya.Dia hanya memandang ayah.
"Kak Zara tak balik rumah ini Zarul.Kak Zara balik rumah suami kak Zara", terang ayah tiba-tiba.
Zarul yang melonjak-lonjak kegembiraan tadi tiba-tiba berhenti.Mukanya masam.
"Kak Zara tak rindu adik ke".
Riak wajah Zarul tiba-tiba berubah.Tersentak mendengar kata-kata Zarul tadi,ibu segera memeluknya
"Kak Zara selalu rindukan adik,Cuma kak Zara singgah sebentar ke rumah abg Zafran.Nanti dia balik ke sini jumpa adik selepas jumpa abg Zafran,"pujuk ibu.
Wajah Zarul yang tadinya sedih menunjukkan perubahan positif.Hatinya kembali berbunga-bunga.
"Benar ke apa yang Ibu cakap ayah.Kak Zara akan balik selepas jumpa abg Zafran",tanya Zarul kepada ayahnya.Dia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata ibunya itu.Ayah tersenyum memandang Zarul.
"Iya sayang".Ringkas jawaban ayah tapi cukup memuaskan hati zarul.zarul kembali tertawa bahagia.Melihat Zarul bahagia,ibu dan ayah juga bahagia.
Perusahaan Fashion International
Tok! Tok!
"Masuk",kata Zafran apabila mendengar ketukan di pintunya.
Ani masuk membawa satu fail berwarna hitam.zafran tidak memandang Ani.Matanya hanya terarah ke kertas kerja di hadapannya itu.
"Bos,ini fail audit belanjawan syarikat.Tolong semak,kalau bos puas hati boleh tandatangan kat sini",kata Ani sambil menghulurkan fail hitam tersebut kepada Zafran.
Zafran menyambut fail tersebut dan menyelak satu persatu helaian kertas di dalamnya.Setelah berpuas hati barulah Zafran menandatangani fail tersebut.
"Kalau tiada apa-apa lagi,awak boleh keluar",kata Zafran.
Ani hanya mengangguk faham.Dia langsung keluar takut mengganggu bosnya yang sedang sibuk dengan kerjanya.Setelah Ani keluar Zafran menyambung semula kerjanya yang tergendala sebentar tadi.Pen di tangannya diletakkan semula ke meja.Dia teringat panggilan dari ibu mertuanya pagi tadi.Esok dia kena menjemput Zara di Airport.Bila teringatkan peristiwa yang terjadi hampir sebulan yang lalu,Zafran menjadi geram semula.Mood untuk menyambung kerja hilang serta-merta.
"Ahh!!".
Zafran meraup mukanya berulang kali.
Tok! Tok!
Pintu diketuk lagi.Zafran memandang ke arah pintu.Pintu dikuak perlahan.kelibat Joe muncul.
"Jom keluar makan.Dah rest time ni",ajak Joe.
Zafran melihat jam di tangannya.Sudah jam 12.30 tengahari.
"Jom la.perut aku pun dah lapar ni",ajak Zafran.
"Jom",jawab Joe.
Zafran mengemas kertas kerjanya yang berselerak di atas meja sebelum keluar makan dengan temannya itu.Setelah selesai Zafran dan Joe keluar bersama untuk makan tengahari.
"Kau tau tak,esok aku kena jemput Zara di Airport",kata Zafran.Terpancar riak wajahnya yang sangat tertekan.
"So,dia dah habis study la ni?",tanya Joe berminat.Dia sebenarnya teringin sangat melihat isterinya Zafran itu seperti mana.Adakah sama seperti Monalisa, ataupun lebih cantik dari Monalisa.Tapi melalui penilaian Joe,dari segi kata-kata Zafran,isterinya itu sepertinya biasa-biasa sahaja.Mungkin tiada daya penarik oleh itu Zafran tidak menginginkannya.
"Ye,dan yang paling aku stress sangat,aku kena bawa dia balik rumah aku",luah Zafran kesal.
"Zafran, Zafran,kenapalah kau tak buka mata kau besar-besar.Padamkan semua kenangan kau bersama Monalisa.Cubalah untuk menerima perempuan lain.Anggaplah kau dan Monalisa tiada jodoh".Joe menasihat Zafran panjang lebar.Panas telinga Zafran mendengar kata-kata yang baru sahaja terungkap dari mulut teman nya itu.
"Hati aku dah tertutup buat mana-mana perempuan wei.Tak kira la dia itu Monalisa ke,Zara ke,Era Fazira ke,mira Filzah ke,hati aku dah kata aku tak nak.Memang tak nak lah.Lagi satu perempuan tu sama je!!",keras suara Zafran meluahkan perasaan marahnya.
Joe mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kedegilan teman baiknya itu.
"Tak semua perempuan seperti Monalisa Zafran.Kau tu je yang masih membutakan mata kau untuk melihat kebaikan perempuan lain",ungkap Joe.
"Yang kau sibuk sangat nak nasihat aku ni apasal.Kau tu saja belum ada kekasih,ni nak berleter tentang perempuan kat aku.Umur belum setahun jagung pun dah memandai nak bagi ceramah free kat aku",marah Zafran dalam nada gurauan.
Joe tersengih-sengih memandang wajah Zafran.
"Dah,aku datang cafe ni nak makan.Bukan nak dengar ceramah free dari kau.Dah la otak aku serabut,kau pula nak tambah keserabutan kepala otak aku ni",marah Zafran.
"Okay okay.Kita makan",ajak Joe menamatkan perbahasan mereka sebentar tadi.
Share this novel