BAB24

Romance Series 57282

Hari ini aku terjaga agak lewat dari kebiasaanya.Ku lihat jam hanya berbaki satu minit untuk ke angka lapan.

"Oh my god!.Matilah aku kali ini.Tulah lain hari tidur lewat-lewat lagi Zara.Tengok apa dah jadi sekarang!"marahku kepada diriku sendiri.

Aku lantas bangun dari Katilku dan bergegas turun untuk menyiapkan sarapan pagi.

"Adoiiiii dah lewat untuk aku buatkan sarapan.Mesti Zafran marah aku ni!',kataku perlahan.

Aku melihat sekeliling dapur sebaik sahaja menjejakkan kaki di dapur.Ku lihat di atas meja sudah terhidang sarapan pagi.Aku hairan.

"Siapa yang masak semua ni?",kataku di dalam hati.
Ku intai sekeliling dapur,aku tak melihat kelibat sesiapa pun.

"Takkan Zafran yang masak kot.Pagi-pagi biasanya dia sibuk bersiap untuk ke tempat kerja"tanyaku hairan.
Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal.Rambut yang masih tak terurus itu aku selitkan di belakang telinga agar lebih kemas.

"Gud morning My little princess",sapa Zafran di belakangku sambil memegang bahuku perlahan.

"Oh mak kau!".

Aku hampir melompat terkejut dengan tindakan Zafran itu.Dada aku pegang kerana terkejut.
Aku pandang Zafran.Zafran ketawa terbahak-bahak mendengar aku melatah akibat terkejut.

"Awak ni buat aku terkejut je.Kalau aku ada lemah jantung,dah mati depan awak!',marahku.

"Owh okay okay.Maafkan aku.Aku janji tak buat lagi",ucap Zafran seraya mencubit hujung telinganya tanda mengaku salah.
Aku tersenyum memandang zafran.Lucu dengan caranya itu.

"Oh ya,maafkan aku tak sempat sediakan awak sarapan.Aku terlewat bangun",ucapku dengan penuh rasa bersalah.
Zafran tersenyum memandang aku.
"Tak mengapa.Aku faham.Lagipun hari ini aku cuti",jawab Zafran.

Aku membulatkan mataku memandang Zafran.

"Ye ke?",tanyaku seakan tidak percaya.

"Ye sayang.kenapa tak percaya ke?",tanya Zafran.Penuh kelembutan.

"Bukan macam tu,"kataku perlahan.
Zafran memberi isyarat agar aku meneruskan kata-kata ku.Dia ingin tahu alasanku.

"Kalau aku tau kau cuti hari ini.Aku taklah tergesa-gesa bangun nak buatkan sarapan.Lebih baik aku sambung tidur tadi tu",jawabku cuba bergurau dengan Zafran.

Mata Zafran besar memandangku.Seakan tidak percaya dengan apa yang telah aku katakan sebentar tadi.

"Amboiii,Macam terpaksa je bangun nak sediakan sarapan pagi",usik Zafran.
Aku tertawa kecil mendengar kata-kata Zafran.

"Aku gurau je",jawabku ringkas.

"So,jom sarapan",ajak zafran sambil memaut tanganku perlahan.

Aku tergamam dengan tindakan spontan dari Zafran namun aku tidak menepis tangannya itu,malah membuntuti Zafran dari belakang.Aku juga tidak pasti mengapa aku tidak menolak,yang aku pasti aku suka cara Zafran melayani aku seperti itu.

Sepanjang sarapan pagi,Zafran melayan ku dengan baik sekali.Aku juga hairan dengan sikap Zafran yang seolah-olah mengambil berat akan diriku.Seketika aku lupa akan hal yang aku fikirkan semalaman.Yang aku tahu,aku sedang bahagia dengan cara Zafran saat itu.

********

"Zafran mana?"tanya Sofia sebaik sahaja sampai di hadapan meja Ani di syarikat milik keluarga Zafran itu.

Terkejut dengan kehadiran Sofia,Ani lantas bangun dan memberi hormat seperti kebiasaan yang dia lakukan dengan tetamu-tetamu yang datang ke syarikat itu.

"Maaf cik Sofia,Tuan Zafran belum sampai lagi dan belum ada apa-apa makluman yang saya terima.Ada apa-apa boleh saya bantu?",tanya Ani penuh sopan.

"Kau tau tak Zafran ke mana?"tanya Sofia agak dingin dan angkuh.

"Maaf cik,tapi kami tak boleh beritahu apa-apa maklumat tentang pekerja sini.Itu peraturan company",jawab Ani lembut.

Sofia memandang Ani tajam.Dia geram dengan sikap Ani yang tidak memberikan sebarang maklumat tentang keberadaan Zafran.

"Kau tau tak dengan siapa kau berkata-kata sekarang.Aku boleh buat kau hilang pekerjaan kau tau.Aku tak peduli,aku nak tau Zafran ada kat mana dan kenapa dia tak masuk hari ini!",marah Sofia lagi.

Ani mencebik bibirnya menyampah dengan kelakuan dari Sofia itu.Namun dia tetap bersopan kerana itu adalah tugasnya.

"Maafkan sekali lagi cik Sofia.Aku tak tau kau siapa pada Tuan Zafran,namun seperti yang aku katakan tadi,aku tak boleh sembarangan memberi maklumat.Maaf sekali lagi",jawab Ani lembut.
Ani menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

Hati Sofia panas.Kemarahannya bertambah.Dia harus bertemu Zafran saat itu.Dia akan cuba mengambil hati Zafran secepat yang mungkin kerana dia sudah tiada cukup waktu sudah.Sekejap lagi,perutnya akan kelihatan dan itu akan membuatkan Zafran menolak akan dirinya.Dia harus cepat-cepat bernikah dengan Zafran walau apa juga yang terjadi.

"Okay tak pe,kau tunggu saja hari kau dipecat dari syarikat ini.Dan aku nasihatkan kau,jangan cuba membantah kata-kata aku,kau tu hanya pekerja bawahan je.Tak perlu sombong sangat.Tak perlu tunjuk patuh dengan peraturan-peraturan ke,apa ke,jangan berlagak sangat!',marah Sofia.

Tanpa berkata apa-apa lagi Sofia lantas pergi meninggalkan Ani.
Ani menarik nafas lega sebaik saja kelibat Sofia hilang dari pandangannya.

"Sombongnya.Alah,aku tak hairan lah.Macam la aku takut dengan ugutan kau tu.Aku tau,Tuan Zafran tak suka kau pun.Ada hati nak ugut-ugut aku.Kita tunggu dan lihat saja kalau kau mampu pecat aku dari syarikat ini",kata Ani seraya duduk semula.

"Woii!.Apa minah gedik tu buat datang sini.Lepas tu marah-marah je.Apa kau cakap kat dia?",tanya Shima ingin tahu.
Dari tadi saja dia lihat drama yang berlangsung di depan matanya.Namum dia tidak berani datang masuk campur kerana itu bukan sebahagian dari kerjanya.

"Entahlah Shima,aku tak tau.Dia datang tanya Tuan Zafran.Tapi kau kan tau sendiri peraturan company kita ni cam mana.Tapi kau tengok sendiri kan sikap dia.Dah lah marah-marah pastu siap ugut nak pecat aku pula tu"sindir Ani.
Hatinya geram.

"Laa ye ke.Tak pe,itu lah sikap minah gedik.Yang dia tau nak goda lelaki kaya je.Tapi tak cermin diri dulu",kata Shima membela Ani.

"Tulah,dah la dia cakap aku ni berlagak.Lepas tu kata aku ni pekerja bawahan je.Tapi aku tak kisah,janji aku kerja ikhlas,kerja cari duit cara yang halal.Tak macam dia,nak goda lelaki kaya supaya senang nak kikis harta",kata Ani meluahkan perasaan geramnya itu.
Hatinya benar-benar geram dengan sikap Sofia yang tak beradab itu.

"Ikutkan hati aku,nak je aku hadiahkan pelempang kat dia tadi.Nasib baiklah sekarang time kerja.Kalau tak,mm tak tau dah jadi cam mana",terang Ani lagi.
Penumbuknya dikepal.

Shima ketawa melihat gaya Ani.Shima memang respect dengan keupayaan Ani saat menghadapi karenah-karenah tetamu yang datang untuk bertemu dengan bos mereka itu.Karenah seperti ini bukan hanya sekali berlaku namun sudah berkali-kali.Namun Ani tetap mampu bersabar dan akan melayani dengan penuh kesopanan.Kalaulah dia di tempat Ani,berkemungkinan dia sudah lama dipecat dari kerjanya kerana sikap Shima yang agak panas baran sedikit.

"Dah lah Ani.Tak usah hiraukan.Yang penting kita lakukan tugasan kita dengan sempurna sesuai peraturan yang memang telah ditetapkan dalam syarikat ini",pujuk Shima apabila melihat Ani yang agak marah saat itu.
Ani hanya mengangguk perlahan mendengar kata-kata yang sekerjanya itu.

*******

Sofia menutup pintu keretanya kuat.

"Kau tunggu saja perempuan tak sedar diri.Kau tak kenal aku siapa.Kau akan terima akibatnya dengan sikap sombong kau tu!"serkah Sofia.
Tangannya memukul stering keretanya kuat untuk melepaskan geramnya.

"Kau tu hanya setiausaha Zafran je.Aku ni bakal isterinya Zafran.Sikit masa lagi kau akan tau nasib kau macamana",kata Sofia geram.

"Aku harus bertemu mami",kata Sofia.
Dia lantas menghidupkan enjin kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan syarikat berniat untuk ke rumah Datin Aida.
Dia harus mengadu kepada Datin Aida perihal pekerja Zafran yang dirasakannya tidak beradab itu.

"Aku akan gunakan Datin Aida untuk membuatkan kau dipecat",kata Sofia.
Dia lantas ketawa terbahak-bahak kerana dia pasti Datin Aida akan cepat bertindak untuk memecat setiausaha Zafran itu.

*****

"Awak,ada yang hendak aku sampaikan",kataku perlahan ketika aku dan Zafran sedang duduk di ruang tamu selesai makan tengahari itu.
Zafran di sebelahku memandang aku penuh minat untuk mendengar.

"Cakaplah.Aku juga ada benda yang nak bincangkan dengan awak",jawabnya ringkas.

"Apa kata kita berpisah",jawabku langsung tanpa ada kata-kata kiasan sebelum memulakan kata.

Zafran agak terkejut mendengar.

"why?",tanya Zafran sekilas sambil cuba menentang pandangan mataku.

"Itu jalan terbaik untuk kita",jawabku perlahan.
Zafran menarik nafas dalam.Dia agak tertekan dengan permintaanku.Ku lihat wajah Zafran yang seakan berat menerima berita yang baru aku sampaikan.

"No Zara,i Don't want it.Aku tak akan perna tinggalkan awak, apatah lagi untuk ceraikan awak",jawab Zafran.Dia sudah mengambil keputusan yang terbaik buat dirinya dan aku.

Aku diam tanpa menjawab kata-kata Zafran.

"Dan aku ingatkan awak sekali lagi,jangan perna ungkit pasal perpisahan lagi.Aku tau apa yang awak fikirkan saat ini,tapi walaubagaimanapun aku tetap dengan keputusannya,aku tak akan perna berpisah dengan awak",terang Zafran dengan nekad.

"Tapi aku..."

"Stop Zara!.ini keputusannya.Tiada akan mampu ubah keputusan yang telah aku buat biarpun itu mami aku.Faham!",kata Zafran agak keras.

Aku hanya diam membisu mendengar kata-kata dari Zafran.

"Dan aku dah ambil keputusan untuk memberikan awak jawatan khas dalam syarikat bermula esok",kata Zafran.

Aku seakan tidak percaya dengan khabar yang aku terima itu.Hatiku melonjak gembira.

"Betul ke?.Awak tak tipu ke?",soalku sangat gembira.

"Untuk apa aku tipu awak.Ikutkan hati,aku nak kau sentiasa ada di sisi aku.Biar kita boleh mulakan hubungan kita ini.Aku nak mengenali awak dengan lebih dalam.Dan aku harapkan kau juga sama",ucap Zafran.
Dia benar-benar serius dengan kenyataan nya itu.

Lidahku keluh,mindaku kosong seketika.Aku tidak tahu harus membalas semua kata-kata Zafran.Aku juga sebenarnya ingin mengenali Zafran dengan lebih dekat lagi namun aku takut apabila satu saat nanti aku sudah serahkan hatiku padanya,hatinya akan berubah lagi.

"Aku takut",jawabku ringkas.
Aku menutup mataku dan menarik nafas perlahan.Zafran meramas jari jemari ku perlahan.

"Awak takut apa Zara.Aku janji,aku akan bahagiakan awak.Aku janji tak akan sia-siakan awak,aku janji akan jaga awak seumur hidupku.Awak boleh hukum aku bila-bila masa sekiranya aku mungkiri janjiku ini",kata Zafran berjanji dengan penuh keikhlasan.

"Jangan pernah berjanji Zaf,takut awak tak mampu tunaikan janji awak tu nanti.Awak berdosa andai awak mungkiri semua",kata ku sayu.
Aku ingin mempercayai kata-kata Zafran namun disamping itu aku juga takut akan kecewa akhirnya.

"Please Zara,beri aku sekali je peluang untuk aku menebus balik kesilapan yang telah aku lakukan dulu.Aku sedar,aku ego dengan kekayaan aku,dulu aku anggap semua perempuan sama je,suka permainkan hati kaum Adam,namun kini aku sedar tak semua perempuan tu sama",terang Zafran.

Jari jemari ku digenggam erat dan dicium berkali-kali.
Aku sedikit terharu dengan kata-kata Zafran namun aku tak tahu mengapa sukar untuk aku mempercayai semuanya.

"Aku tak tau nak kata apa Zaf,buat masa ini aku belum bersedia nak serius dalam hubungan.Aku takut andai aku beri hati ini,satu saat nanti,aku yang akan merana.maafkan aku",luahku.
Satu keluhan berat aku lepaskan.
Wajah Zafran kelihatan sedikit sedih mendengar kataku.
"Aku akan tunggu Zara sampai awak buka hati awak tu untuk aku.Berapa lama pun itu aku pasti menanti",kata Zafran penuh keyakinan.
Aku tunduk tak terkata apa.

"Apa kata buat masa ini kita berteman dulu,macam kumpulan Ratu nyanyi tu,teman tapi mesra",ajak Zafran cuba menjalin hubungan persahabatan dulu sebagai langkah pertama untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
Zafran senyum.Satu senyuman yang ikhlas di pandangan mataku.Aku membalas senyum Zafran.Aku lega bila dia tidak memaksa ku untuk menerima dirinya.

"Nama aku Zafran Zayyan,awak pula?",tanya zafran memperkenalkan dirinya kepadaku seperti baru mula berkenalan denganku.Tangan di hulur sebagai tanda perkenalan.
Aku tersenyum memandang Zafran.

"Aku Zara Zya.Nice too meet you",ucapku sopan sambil mencapai huluran tangan Zafran.

"Lets be friend together",ucap Zafran bersemangat.

"okay",jawabku ringkas.
Aku berharap agar persahabatan ini akan terus terjalin hingga akhir hayatku.

Tengahari itu,aku dan Zafran saling bercerita perihal zaman sekolah masing-masing.Gelak ketawa dan gurau senda saling memenuhi ruangan rumah milik kami berdua.Aku sangat bahagia saat ini,dan aku harapkan ia akan terus berkekalan selama-lamanya.

*******

Kebingitan di dalam disco itu sedikit pun tidak menganggu Sofia.Dia sepertinya sudah terbiasa dengan keadaan tempat itu.Di situlah tempat Sofia akan melepaskan tekanan di hatinya.Di situ jugalah tempat paling tenang yang pernah dirasakan olehnya.Bila sahaja dirinya bermasalah,Sofia pasti akan datang ke tempat itu.
Sofia menutup matanya menikmati lagu-lagu yang di mainkan oleh DJ yang bertugas malam itu.Dia bersandar di sofa,kepala sedikit di lentukkan di atas sofa itu.Kerinduannya terhadap Zafran begitu mencengkam hatinya.Sudah hampir dua minggu dia tidak bertemu dengan lelaki idamannya itu.Hatinya sangat tidak keruan.Oleh kerana hatinya sangat menginginkan Zafran,pagi tadi dia cuba menemuinya di syarikat namun hampa.Sikap pekerja Zafran amat menekankan perasaannya.Seperti sebuah dendam,dia ingin sahaja menghancurkan sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya dari cuba bersama dengan Zafran.

"Sayang,are you still there?.I think Like,you body is here but you mind is in other place",terang zamri apabila melihat gadis itu tidak mengendahkan dirinya sedari tadi lagi.

Sofia tidak menjawab pertanyaannya.Dia juga langsung tidak mengendahkan Zamri yang ada di sisinya walhal Sofia la yang mengajaknya keluar malam itu.

Melihatkan Sofia yang tidak melayannya,Zamri cuba mencari hiburannya sendiri.Dia bangun dan beralih ke tempat lain untuk mencari teman.Dia juga sedar akan dirinya yang hanya bertepuk sebelah tangan terhadap gadis itu.

"Aku tak akan paksa kau sofia.Aku tahu aku bukan type lelaki idaman kau.Aku tak sekaya lelaki yang selalu menjadi sebutan di bibir kau tu.Tapi ketahuilah Sofia,cinta aku terhadap kau amat tinggi nilainya",luah Zamri di dalam hati.
Hatinya agak sakit bila memikirkan setiap kali Sofia menolak dirinya.

Zamri duduk di meja kaunter pub itu.Di order nya sebotol wain dari pekerja di hadapannya itu.sekali sekala matanya di arahkan ke arah Sofia yang sedang duduk bersandar sambil menutup matanya.Ikutkan hatinya,dia ingin sahaja bertanya kepada Sofia tentang apa yang sedang difikirkan oleh gadis itu.Namun bila mengingatkan penerimaan gadis itu terhadap dirinya,dia segera memadamkan niatnya itu.

"Hai,sendiri ke?",

Zamri tersentak mendengar sapaan dari seorang gadis berbadan kecil tetapi agak comel di pandangan matanya.Jika dibandingkan dengan gadis itu dan juga Sofia,Sofia jauh lebih cantik dan seksi.Namun gadis kecil itu juga mempunyai daya tarikannya tersendiri.

Zamri hanya tersenyum memandang gadis yang menyapanya tadi.

"Well,actually dengan teman datang hiburkan diri kat sini tapi,dia dah di dunianya sendiri sekarang.Mungkin dah terlalu mabuk kot",jawab Zamri agak kuat memandangkan muzik terlalu kuat dipasangkan.

"owh.Sy Natasha.Panggil Syah je",kata Natasha memperkenalkan diri.Tangan dihulurkan tanda perkenalan.

"Owh,i'm Zamri,call me Zam je",jawab Zamri sambil berjabat tangan dengan gadis itu.

"Can i Sit near you?",tanyanya apabila dari tadi lelaki itu tidak mempelawanya duduk.

"Owh,Yes Yes,duduklah",pelawa Zamri.
Bibirnya mengukir senyuman buat gadis yang baru dikenalinya itu.

Natasha melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki tampan di sebelahnya itu.Senyuman manis terukir di bibirnya.Sepasang lesung pipit menghiasi pipinya.

Cantik!.

"Syah buat apa ke sini.zam tengok Syah ni masih agak muda la.Nape datang tempat-tempat macam ni?",tanya Zamri hairan.
Dia dari tadi melihat gadis comel itu.Wajahnya agak kebudak-budakan.Badannya agak kecil.Berseluar jeans biru tua.Bahagian lutut seluar itu agak terdedah.Berbaju t shirt berwarna hitam dan penampilannya jauh berbeza dari kebanyakan perempuan yang mengunjungi tempat itu.

Natasha hanya tersenyum memandang Zamri.

"Saja je,cari kawan.Kat umah boring",jawab Natasha ringkas.

"owh,nak minum ke?",tanya Zamri lembut.
"Tak,aku tak minum arak",jawab Natasha sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Waitress,beri satu Cola buat gadis ini",perintah Zamri.
Dia memandang Natasha dengan pandangan pelik.

"Awak datang sini,tak minum,so,buat apa datang?",tanya Zamri hairan.

"Macam yang aku kata tadi.Keluar buang boring.Aku bosan kat umah sorang diri",jawabnya.

Zamri hanya mengangguk tanda faham.

"Umur awak berapa?",tanya Zamri lagi.
Hatinya benar-benar ingin tahu perihal gadis itu.

"Umur aku 19 tahun.Anak tunggal.Mak ayah aku selalu outstation kat luar negara.Aku di tinggalkan sendirian kat sini dengan pembantu rumah.Aku bosan',terang gadis itu.
Wajahnya agak sayu.

"Owh,patutlah.Tapi tak baiklah gadis muda macam kau ni keluar sendirian", kata Zamri ambil berat terhadap gadis itu.

"No,aku tak keluar sendirian lah.Kau kan ada",jawab Natasha.

Zamri terkesima mendengar kata-kata dari Natasha itu.
Melihat reaksi wajah Zamri,Natasha ketawa terbahak-bahak.Lucu melihatnya.

"Gurau je lah",kata Natasha seraya menepuk bahu Zamri perlahan.

"Awak nampak tu",tunjuk Natasha kepada dua lelaki yang berdiri agak jauh dari Natasha.
Zamri mengangguk perlahan.

"Itu bodyguard yang mak ayah aku upah untuk jaga aku",jawab Natasha.
Barulah Zamri tau,gadis itu lengkap dengan perlindungan.
Hatinya sedikit gementar.Takut sekiranya bodyguard itu memukulnya apabila mendekati gadis di sebelahnya itu.

"Owh okay,Syah sambung minum dulu,Zam kena go ni.Teman Zam dah tunggu kat sana",kata Zamri meminta diri apabila melihat Sofia sudah berdiri menunggu dirinya untuk pulang.

Natasha ingin menghalang Zamri dari pergi namun apabila melihat gadis yang di maksudkan oleh Zamri,dia mebatalkan niatnya.

"Tak baik menganggu kekasih orang",gumma Natasha.
Namun jauh di sudut hatinya,dia sebenarnya ingin mengenali Zamri dengan lebih dekat lagi.
Melihat Zamri dan Sofia pergi,Natasha juga lantas meninggalkan tempat itu.Mood nya ingin berseronok sudah hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience