BAB 74

Romance Series 57282

Natasha resah menunggu kedatangan Chak.Sejak semalaman dia cuba mencari kata yang terbaik untuk menyampaikan hasratnya itu pada Chak.Masanya sudah agak suntuk memandangkan masa yang diberikan oleh ayahnya begitu singkat.Andainya kali ini dia gagal,sudah tiada cara lain lagi untuk dia menolak permintaan dari ayahnya.

"Aku tak boleh gagal kali ini.Aku akan pastikan Chak menyetujuinya.Aku harus membuatkannya setuju walau apa pun yang terjadi.Jika aku terpaksa kehilangan jutaan ringgit pun,aku tak akan kisah,asalkan rancanganku ini berjaya",kata Natasha perlahan.

Natasha mengetuk-ngetuk meja dengan hujung jarinya.Entah mengapa hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan Chak.Terasa waktu berlalu dengan lambat sekali.

"Mana Chak ni?.Lamanya",bisik Natasha.
Matanya memandang sekeliling restoran itu mencari-cari kelibat Chak namun agak hampa.Chak belum juga kunjung tiba.Natasha menghela nafas berat.

"Takkan dia mungkiri janjinya.Dah setengah jam berlalu,dia tak datang lagi.Apa harus aku lakukan sekarang ni",bisik Natasha lagi.
Matanya memandang jam di tangannya.
Dia menarik nafasnya lagi sambil menutup matanya.Cuba menenangkan hatinya yang agak resah saat itu.

"Dah lama tunggu?",sapa Chak.
Natasha agak terkejut.Dia lantas membuka matanya.Dilihatnya Chak tersenyum dihadapannya.Natasha agak lega.

"Aku kira awak tak datang dah.Yela,dah setengah jam aku tunggu kat sini.Panas dah punggung aku duduk atas kerusi kayu ni",jawab Natasha.
Chak tertawa.
"Sorry lah.Tak sengaja.Jalan jem tadi.Ada kemalangan berlaku.Sorry",ucap Chak sambil menerangkan situasinya.
"Tak boleh ke maklumkan pada aku.Risau tau",jawab Natasha.
"Aku minta maaf dah buat awak risau.Lain kali tak buat lagi.Aku janji.Kalau aku mungkiri janji ni,awak boleh hukum aku.Walau berat sekali pun hukuman yang awak berikan,aku pasti terimanya dengan hati yang terbuka",jawab Chak memujuk Gadis dihadapannya itu.
Dia tahu,gadis itu sedang merajuk dengannya,dari reaksi wajahnya sahaja,Chak mampu mengagaknya.
"Yela,lain hari kalau ada apa-apa berlaku, beritahulah aku.Aku risau tau.Walaupun kita ni cuma kawan je,tapi aku tak menafikan,hati ini begitu membimbangkan awak.Tu awak kena tau",jelas Natasha.
"Okay,aku janji!",jawab Chak bersungguh-sungguh.
Natasha tersenyum.Chak juga tersenyum.
"Kan manis kalau senyum.Taklah panjang sangat muncung tu",usik Chak.
Natasha mencubit perlahan lengan Chak.
"Mana ada",jawab Natasha.
Namun hatinya gembira.Gembira kerana rindu yang menggunung dihatinya pada lelaki itu kini terubati.
"Nak minum tak.Aku tolong pesankan?",tanya Natasha.
"Boleh juga.Fresh orange.Haus pula",jawab Chak.
Natasha langsung memanggil pelayan restoran itu dan memesan minuman untuknya dan juga Chak.Setelah semuanya selesai,Natasha memandang Chak semula.
Natasha mengukir senyum.
"Rindu lah kat awak.Lama sangat tak jumpa awak",luah Natasha.
"I miss you too",jawab Chak.
Natasha terdiam.Dia tidak menyangka,Chak akan membalas ucapannya itu.
"By the way,aku sebenarnya nak jumpa awak ada sebabnya",kata Natasha.Pandangannya ditundukkan ke meja.
"Nampak macam penting je.Beritahulah apa dia",jawab Chak tidak sabar ingin mengetahuinya.
"Sebenarnya,aku nak minta tolong awak satu perkara.Penting sangat.Ini melibatkan hidup dan mati aku",jawab Natasha.
Dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa lagi.Perkara ini harus diselesaikannya kali ini juga.Dia tidak boleh menundanya lagi memandangkan waktunya sudah hampir tiba.Hanya berbaki seminggu sahaja lagi.
"Apa dia?. Pertolongan seperti apa yang awak mahukan.Macam urgent sangat,dah lah melibatkan hidup dan mati.Ada apa sebenarnya?",tanya Chak.
Natasha menarik nafasnya sebelum memulakan bicaranya.
"Sebenarnya begini,ayah aku dah aturkan pernikahan buat aku".
Kata-kata Natasha terhenti seketika.
Mendengar kata-kata Natasha itu.Jantung Chak seakan-akan berhenti berdetik seketika.Dipandangnya lagi wajah Natasha saat itu.Ingin mengetahui kesinambungan kata-katanya sebentar tadi.
"Habis tu?",tanya Chak tidak sabar.
"Aku menolaknya",jawab Natasha lagi.
Chak menarik nafas lega.
"Habis tu,awak nak aku buat apa?",tanya Chak.
"Dengarlah dulu",tegur Natasha.
"Owh,okay-okay.Sorry",jawab Chak sambil tersenyum.
Hatinya gembira.Sebaik sahaja mengetahui Natasha menolak pernikahan itu,hatinya terasa lega.Terasa masih ada sinar harapannya untuk memiliki gadis di hadapannya itu.
"Aku menolaknya kerana aku tak mampu hidup tanpa cinta dihati.Aku tak mencintai lelaki itu,lelaki itu juga sama.Dia ada pilihannya sendiri.Aku membuat alasan pada ayah bahawa aku juga sudah memiliki kekasih hati.Tapi kenyataan tiada",jawab Natasha sayu.
"Habis tu,awak nak aku buat apa sekarang ni?",tanya Chak.
"Oleh kerana alasan ku itu,ayah mahu aku bernikah dengan kekasih aku hujung bulan ni.Awak tahu kan, hujung bulan ni tinggal beberapa hari lagi.Jhon pun akan akan menikah serentak ketika itu.Itu adalah permintaan keluarga aku dan keluarga jhon atas penolakan aku.Masalahnya sekarang,aku nak bernikah dengan siapa?.Ini yang sebenarnya menganggu fikiranku saat ini",jelas Natasha.
"Maksudnya,awak kena bernikah dengan kekasih awak hujung bulan ni lah?.Okaylah tu, sekurangnya awak bernikah dengan lelaki yang awak cintai kan",jawab Chak.
"Masalahnya sekarang,orang tu tak ada lagi.Aku nak bernikah dengan siapa.Tulah kenapa aku harus meminta pertolongan dari awak",jelas Natasha.
"Okay, sekarang ni,awak nak aku buat pe?",tanya Chak.
"Boleh tak awak jadi pengantin lelaki buat aku ketika itu.Hanya untuk mengelabui mata ayahku.Setelah itu,kita balik ke Malaysia,awak boleh ceraikan aku.Tak pe,aku akan bayar berapa pun yang awak mahukan.Tolonglah aku,hanya itu yang aku harapkan pertolongan dari awak.Lepas semuanya sudah selesai,awak boleh tinggalkan aku",jelas Natasha.
Dia menggenggam jari-jemari Chak erat.Begitu mengharapkan persetujuan daripada Chak.
Namun, kata-kata Natasha benar-benar membuatkan Chak kecewa.
"Kenapa perlu berpisah setelah mengikat sebuah hubungan yang halal.Apa Natasha tidak menginginkan diriku yang sebenarnya?",bisik Chak.Hatinya kecewa.
"Tolonglah Chak,aku perlukan pertolongan awak?",kata Natasha bersungguh-sungguh.
"Aku boleh bantu awak.Tapi,kenapa perlu berpisah setelah itu?",tanya Chak.
"Awak dah ada kekasih,aku tak akan tergamak memisahkan awak dan dia.Hanya itu permintaanku,tapi rahsiakan sahaja pada dia dahulu.Lepas kita berpisah aku sendiri yang akan menjelaskan semuanya pada dia.Aku janji,lepas semuanya selesai,aku janji,aku tak akan ganggu hubungan awak dan dia lagi.Tolonglah bantu aku",kata Natasha merayu pada Chak.
"Bagaimana jika,pada akhirnya,aku tak akan melepaskan awak.Dan awak akan jadi isteri aku untuk selamanya?",tanya Chak menduga hati Natasha saat itu.
Natasha terdiam.Tiada kata yang mampu terucap di bibirnya saat itu.Fikirannya benar-benar buntu.Apa yang difikirkannya hanyalah,melangsungkan pernikahan sesuai masa yang diberikan pada ayahnya itu.
"Kita akan bahaskan perkara ini bila semuanya selesai.Awak siapkan senarai permintaan yang awak mahukan.Selepas sahaja akad nikah kita,aku akan menandatangani semuanya tanpa bantahan",jelas Natasha.
"Are you sure?",tanya Chak inginkan kepastian.
"I'm sure",jawab Natasha yakin.
"Baiklah,tapi awak kena janji,apa yang akan aku minta,awak akan turuti tanpa membantah apa pun.Awak tak akan ungkit apa pun",kata Chak.
"Aku janji",jawab Natasha tanpa berfikir panjang.
"Baiklah,kalau macam tu,aku setuju.Aku akan bernikah dengan awak hujung bulan ni",jawab Chak sambil tersenyum.
"Thank you",ucap Natasha.Bibirnya mengukir senyuman.Hatinya saat itu agak gembira.Kini semuanya pasti berjalan lancar.Semuanya akan berlangsung sesuai keinginan ayahnya, walaupun pada akhirnya,dia akan menempuhi banyak rintangan selepas sahaja berstatus janda daripada Chak kelak.Namun Natasha akan menerima hakikat itu walaupun agak pahit.
"You welcome.So,bila awak akan bawa aku bertemu keluarga awak?",tanya Chak.
"Secepatnya.Masih banyak urusan yang perlu kita lakukan.So aku akan bawa awak ke rumahku secepat yang boleh",jawab Natasha.
"Okaylah.Apa-apa pun,call aku je",kata Chak.
Natasha mengangguk perlahan.

*******

"Sofia,tunggu",panggil Azman keras.
Langkah Sofia terhenti.Sofia mengetap bibirnya perlahan.
"Aduhh,,kenapa jumpa dia kat sini pula",bisik Sofia didalam hati.
Sudah berapa hari Sofia cuba mengelak daripada bertemu dengan lelaki itu sejak bertemu dengannya malam itu.Namun entah mengapa kali ini,Sofia gagal.Hendak melarikan diri amat mustahil bagi Sofia ketika itu.Apatahlagi Azman sudah mendekati dirinya saat itu.Mahu tak mahu,Sofia membalikkan tubuhnya memandang Azman.
"Ada apa lagi!?",tanya Sofia agak kasar.
"Tolong dengar cakap aku kali ini Sofia.Aku perlu tanya awak satu soalan.Ini penting.Aku perlukan pertolongan awak.Ini soal hidup dan mati aku.Aku janji,lepas ni aku tak akan ganggu awak,asalkan awak bantu aku",jelas Azman bersungguh-sungguh.
Sofia memandang Azman tidak berkelip.Azman tak seperti itu sebelumnya.Wajahnya yang selalunya tampak tenang kini berubah.Sepertinya saat itu,Azman kelihatannya sangat resah dan bimbang.Seperti dia kehilangan arah dalam hidupnya.Itulah apa yang Sofia nampak pada keadaan Azman saat itu.Hati Sofia jadi sayu tiba-tiba.
"Apa yang dah aku lakukan pada orang-orang disekeliling aku ni?.Sejarah laluku membuat banyak orang menderita.Termasuk lelaki ini.Kalau aku tak mengiranya sebelum ini,hidupnya pasti tidak seperti ini",bisik Sofia di dalam hati.
Sofia menarik nafas dalam-dalam sebelum memulai bicara.
"Baiklah.Apa yang harus aku tolongi?.Andai itu melibatkan hubungan antara kita berdua,aku minta maaf,aku tak dapat tunaikan.Tapi,andaikan itu pertolongan selain dari hal perasaan,aku sedia membantu",jawab sofia tegas.
Azman memandang wajah Sofia dalam-dalam.Dia menarik nafas berat.
"Tolong beritahu aku,di mana Ida.Aku perlukan dia.Aku dah buat kesalahan besar dalam hidupku selama ini sehinggakan aku telah mengabaikan satu-satunya wanita dalam hidupku yang selama ini tulis mencintai aku.Tolong beritahu aku dimana dia",rayu Azman.
Sofia terdiam seketika.Tidak terjawab pertanyaan dari Azman.
"Tolonglah Sofia.Aku tahu,awak pasti tahu di mana Ida sekarang.Aku tahu kalau awak pernah bertemu dengan isteri aku tu.Bantulah aku untuk temui dia.Aku ingin menebus semua kesilapan yang telah aku lakukan selama ini pada dia.Aku sayang dia.Cintai dia.Itulah sebenarnya yang ada pada hati aku sebenarnya.Selama ini,aku terlalu mengikut nafsuku sahaja.Sehingga aku buta menilai yang mana satu cinta yang tulus dan mana satu cinta bersulamkan nafsu semata",jelas Azman lagi.
"Aku bodoh.Bodoh Kerna mengabaikan Ida.Ida seorang isteri yang sangat baik.Dia tidak pernah melukai hatiku walau sekali pun.Malahan ketika aku marah,dia tidak pernah menambah bara pun dihatiku.Meninggikan suara pun,belum pernah dia lakukan.Ya Allah,aku sememangnya sangat berdosa.Izinkan aku menebus semuanya sebelum terlambat",kata Azman.
Dipandangnya Sofia disebelahnya.
Dia mencapai jari jemari Sofia.
"Tolonglah aku Sofia.Please",rayunya bersungguh-sungguh.
"Baiklah,aku boleh tolong awak.Tapi awak kena janji satu perkara pada aku",kata Sofia.
"Apa pun itu,aku akan tunaikan.Asalkan aku boleh bertemu dengan isteri aku.Aku janji aku akan tunaikan semuanya",jawab Azman.
Sofia tersenyum memandangnya.
"Janji pada aku,awak tak akan lukai Ida lagi.Dia dah banyak menderita kerana kita berdua.Aku dah tak mampu melihat airmata Ida terus mengalir Kerna hubungan terlarang yang terjalin antara kita berdua dahulu.Sememangnya aku sangat menyesal.Menyesal kerana bertindak bodoh dalam kehidupan aku selama ini,sehinggakan membuat orang lain menderita.Aku janji,aku akan kembalikan semuanya seperti sebelumnya.Aku juga minta maaf kat awak Kerna hadir menjadi orang ketiga didalam kehidupan awak dan Ida.Sesungguhnya aku sangat menyesal",luah Sofia.
"Itu semua salah ku.Aku yang tak mampu mengawal nafsuku.Akulah yang bersalah dalam hal ini.Sekarang ni aku dah menyesal.Aku berjanji,aku tak akan lukai hati Ida lagi.Aku janji,aku akan bahagiakan dia seperti sebelum ini.Aku jadikan dia wanita yang paling berharga dalam hidupku nanti",kata Azman bersungguh-sungguh.
"Baiklah kalau seperti itu.Mari aku tunjukkan awak di mana Ida sekarang.Ikut aku",ajak Sofia.
Tanpa membuang masa,Azman mengikuti langkah Sofia.Dihatinya berharap agar dia bertemu Ida kali ini.
"Abg datang syg.I miss you",bisik Azman didalam hati.

********

Aku tersenyum memandang puteri kesayanganku Misya.Setelah beberapa hari terlantar sakit,hari ini,dia sudah semakin pulih.Aku sangat bahagia ketika itu.Senyuman manis terukir dibibirnya saat memandang misya yang sedang lena saat itu.Ku usap lembut rambut miliknya.

Tok! Tok!

Pintu bilik ku diketuk perlahan.
Aku lantas menoleh.

"Masuklah,pintu tak kunci",kataku.
Suaraku tak terlalu kuat,namun masih boleh didengar.
Pintu dikuak.
Aku melihat ibu mertuaku masuk dengan sebuah dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air putih.

"Mami ada buatkan bubur manis kesukaan cucu kesayangan mami ni",kata Datin Aida lembut,sambil melangkah mendekati aku dan misya.
"Lah,susahkan mami je",kataku sambil menyambut dulang tersebut dan meletakkannya ke atas meja.
"Laa,kenapa cakap macam tu,tak menyusahkan mami lah,inikan untuk cucu kesayangan mami.Jadi tak jadi masalah pun",jawab Datin Aida sambil duduk disisi Misya yang sedang lena.
Aku hanya tersenyum memandangnya.
"Cucu nenek masih tidur rupanya.Ingatkan dah bangun tadi",kata Datin Aida sambil mengusap perlahan rambut cucu kesayangannya itu.
"Haah mami.Misya masih tidur.Nak kejutkan tadi,tapi tak sampai hati",jawabku perlahan.
"Tak pe,biarkan cucu mami tidur dulu.Biarkan dia rehat.Nanti bila dia dah bangun,suruh pembantu panaskan bubur ni.Mami letakkan dalam peti sejuk",jelas Datin Aida.
"Baik mami",jawabku ringkas.
Sudah dua hari aku dan Misya menumpang di rumah ibu mertuaku,memandangkan Zafran outstation.Kerna begitu risau akan keadaan Misya,dia menyuruhku agar tinggal di rumah kedua orang tuanya sehingga dia kembali nanti.
"Zara,mami nak cakap sikit boleh tak?",tanya Datin Aida lembut.Dia menggenggam tanganku perlahan.Aku memandang wajah datin Aida.
"Ada apa mami.Macam penting je?", tanyaku.
"Zara tak nak berhenti kerja ke?.Maaflah pertanyaan mami ni agak kasar sikit,tapi ini untuk kebaikan Misya juga.Mami kesian kat Misya ni je.Dia pasti sunyi bila mak ayah dia kerja.Kalau Zara tak kerja, sekurangnya taklah tak lah Misya sunyi",jelas Datin Aida.
Aku tersenyum memandang datin Aida.
"Perkara ni sebenarnya dah bincang dengan Zafran.Tapi tulah,Zara sedang fikirkan hal ini dulu.Keputusan ni perlu Zara pertimbangkan dahulu.Sebab Zara dah terbiasa kerja",jawabku penuh berhati-hati dengan kata-kata ku.
"Kalau Zara tak terbiasa tak berkerja,Zara boleh apply kerja di syarikat Zafran.Kerja dengan Zafran lebih baik,zara punya banyak waktu untuk Misya.Nanti Mami beritahu zaf perkara ini",kata Datin Aida memberi pendapat.
"Nantilah dulu mami.Dah sampai masanya,Zara akan beritahu Zafran sendiri tentang perkara ni.Lagipun,dah lama sebenarnya Zara fikirkan hal ni.Cuma tunggu masa yang sesuai je.Lagipun,nak berhenti kerja bukan kerja senang,kena ikut prosedur yang ditetapkan",jelas ku.
"Yela,semua keputusan tu Zara je yang tentukan.Mami tak paksa Zara.Apa yang penting,Zara tak abaikan Misya.Cadangan mami ni pun,demi kebaikan Misya juga",kata Datin Aida lagi.
Aku mengangguk faham.
"Zara faham mami",kataku sambil tersenyum.
"Okaylah kalau Zara faham.Mami keluar dulu.Tak nak ganggu cucu mami ni tidur",kata Datin Aida sambil mengusap perlahan rambut milik Misya.
Tanpa membuang masa,Datin Aida lantas meninggalkan aku dan Misya berdua didalam bilik itu.Namun belum sempat keluar dari bilik,langkah datin Aida terhenti.Dia menolehku semula.
"Owh ye,mami lupa nak bagitau.Kejap lagi mami nak keluar.Tak lama mana pun.Mami nak jumpa kawan je.Tak de masalah kan?",tanya Datin Aida.
"Tak ada masalah mami.Mami hati-hati tau",,pesanku.
"Baiklah.Ada apa-apa ke Zara nak pesan?.Barang ke?,makanan ke?",tanya datin Aida.
"Rasanya tak ada kot.Lagipun semuanya mencukupi",jelas ku sambil tersenyum.Darin Aida membalas senyumanku.
"Baiklah kalau begitu.Mami berangkat dahulu.Apa-apa pun,call mami kalau ada perkara urgent ataupun nak pesan sesuatu.Mami janji tak akan lama",pesan Datin Aida sebelum meninggalkan aku dan Misya.
Aku hanya mengangguk tanda faham.

*******

Aku menyisir perlahan rambut ku yang masih basah.Sesekali ku kerling telefon bimbit di atas meja solek.Sejak tengahari tadi,Zafran tidak menghubungiku.Mesej yang kukirim juga tidak berbalas.Hatiku sedikit bimbang.Sudah beberapa hari Zafran meninggalkan aku dan Misya ke luar negara.Selalunya Zafran akan menelefon ku untuk bertanya tentang Misya,namun jam sudah menunjukkan jam sebelas malam pun,panggilan Zafran tak kunjung tiba.Hariku tertanya-tanya.

"Kenapa masih tak call lagi?",bisikku didalam hati.
Sikat yang masih ku genggam,aku letak perlahan keatas meja.Aku lantas mencapai telefon bimbitku di atas meja.Ku semak mesej whatsapp darinya,namun tiada.Kulihat jam terakhir Zafran dalam talian pada jam 12 tengahari.Hatiku bertambah risau.

"Kenapa tak online lagi?,tak call,tak chat.Syg risau sangat",bisikku lagi.
Oleh kerana hatiku bimbang,tanpa membuang masa,aku lantas mendail nombor Zafran.Namun sekali lagi hatiku hampa.Jawaban dari peti mail suara menandakan telefonnya sedang tidak aktif ketika itu.

"Kenapa buat syg risau?.Dah janji kan tak nak buat syg risau kat sini?.Dah janji nak call sebelum tidur.Tapi kenapa kali ini tak call langsung?".
Aku berkata-kata sendiri.
Aku resah tiba-tiba.Memikirkan sesuatu yang buruk menimpanya,membuatkan hatiku bertambah resah.

"Apa terjadi sesuatu yang tak diingini?.Ya Allah,lindungi suamiku walau dimana dia berada sekarang ini.Jauhilah dia dari perkara yang tak diingini",doaku didalam hati.

Aku lantas mengirimkan beberapa pesan kepada Zafran.Aku tahu,dia akan membaca mesej yang kukirimkan padanya setelah dia berada dalam talian.Sekurang-kurangnya,dia tahu kalau aku sedang menunggu panggilannya.

"Mommy",panggil Natasha perlahan.
Mendengar suara Misya,aku lantas mengalihkan pandanganku kearahnya.Telefon yang masih aku pegang,ku letak perlahan diatas meja.

"Ye sayang",jawabku sambil berdiri dan melangkah ke arahnya.
Aku melabuhkan punggungku bersebelahan dengan Misya dan membelai perlahan rambutnya.

"Temankan Misya ke toilet.Misya nak buang air kecil",kata Misya sambil menggosok-gosok matanya perlahan.
Aku tersenyum.
"Laa,nak ke toilet rupanya.Okaylah,jomm mommy temankan",kataku sambil menarik perlahan tangannya untuk bangun.
"Nak mommy dukung atau Misya jalan sendiri?",tanya ku memberi Misya pilihan.
Ku lihat Misya berfikir sejenak.
"Nak jalan sendiri sebab Misya dah besar.Tak nak susahkan mommy",jawab Misya sebaik sahaja memilih jawaban yang sesuai.
Aku mengelus lembut pipi Misya.
"Pandai anak mommy ni.Tapi,Misya kena ingat sesuatu,misya tak pernah menyusahkan mommy mahupun papa Misya.Itu kerana,Misya anak yang baik",kataku memujinya.
Misya tersenyum.
"Love you mommy.Jom lah,Misya dah nak terkencing dah ni",kata Misya.
Dia lantas turun dari katil dan berlari-lari anak ke dalam bilik air tanpa menungguku.Aku tertawa perlahan.Jelas sahaja anak itu sudah tidak mampu menahan keinginannya untuk membuang air kecil.
"Ada-ada je anak kesayangan mommy ni",bisikku didalam hati.
Dengan langkah perlahan,aku membuntutinya ke bilik air.
"Mommy tunggu kat luar ni",pesanku.
Tiada jawaban darinya,namun aku tahu Misya mendengarinya.Seketika aku terlupa akan kebimbanganku pada Zafran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience