*****
Zafran sudah tiada di atas katil apabila aku terjaga dari tidurku pagi itu.Semalam dia langsung tidak menegurku.Apabila aku bertanya kepadanya dia hanya menjawabku dengan bahasa isyarat.Dia sepertinya amat terkesan dengan kata-kata ku ketika insiden di sungai kelmarin.Aku bangun perlahan-lahan dan ke bilik air untuk membersihkan diri.Setelah selesai aku keluar untuk membantu ibuku menyediakan sarapan.
"Ma,Zafran di mana?."
Ibu yang sedang memasak menoleh ke arah ku apabila mendengar pertanyaanku itu.Dia tersenyum memandang aku.
"Hantar Zarul ke sekolah.Dia tak beritahu Zara ke?",tanya ibu.Tangannya masih sibuk memotong bawang.
Aku melabuhkan punggungku di kerusi bersebelahan dengan ibuku.
"Papa?",tanya ku ringkas.
"Papa keluar jogging awal pagi tadi.Dah ada yang tolong hantar adik kau tu,apa lagi,kesempatan itu papa gunakan untuk berjoging",terang ibu sambil tersenyum.
"Apa yang Zara boleh tolong?",tanyaku lagi.
"Zara tolong buatkan kopi.Sekejap lagi papa dan Zafran balik.zara pun faham perangai papa tu kan.Mesti cari kopi",kata ibu tersenyum.
Aku tidak membantah.Aku segera membancuh kopi seperti mana yang ibuku perintahkan.
"Ma",panggilku lagi.
Aku tidak memandang ibuku kerana aku tau ibu sedang mendengar.
"Ye",jawab ibu pendek.
"Mama pernah tak rasa menyesal berkahwin dengan papa?."
Ibu tersentak mendengar pertanyaanku.Ibu tidak terus menjawab pertanyaanku,dia hanya terus melakukan kerjanya.
"Zara tau tak,Syurga isteri tu di bawah tapak kaki suami.Andai kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai isteri dengan baik,rasa menyesal tu tak akan pernah wujud pun",jawab ibu lembut.
"Tapi,mama tak sakit hati ke andai papa selalu marah kat mama?",tanya ku lagi.
Aku masih tidak berpuas hati dengan jawaban ibuku.Ibu tersenyum manis memandangku.
"Zara,tak semua perhubungan tu sentiasa manis,pasti ada pahitnya juga.Itu sudah lumrah dalam rumahtangga.Pergaduhan,rasa marah,sakit hati,itu semua pasti ada.Itu semua akan mematangkan diri kita",jelas ibu.
Sakit tidak menyampuk mahupun bertanya lagi.Aku hanya diam memikirkan kebenaran di setiap kata-kata ibuku.
"Sebagai contoh,papa Zara.Zara kena tahu perbezaan antara marah dengan sebuah teguran.Papa lebih banyak menegur mama dari memarahi mama.Dan mama tau,teguran papa tu untuk kebaikan mama sendiri,untuk mengajar mama menjadi lebih matang dalam mengurus rumahtangga"sambung ibu lagi.
"Dalam alam berumahtangga,suami isteri tu kena saling memahami antara satu sama lain.Jika salah seorang marah,satu lagi tu kena mengalah.Tak boleh nak menang sendiri.Kalau asyik nak menang je, rumahtangga tak kan kekal.Tak akan bahagia",nasihat ibu.
"Tapi mama,kalau suami asyik salahkan isteri atas kesalahan yang tak dia lakukan bagaimana?",tanyaku setelah lama tidak bersuara kerana asyik mendengar kata-kata dari ibu.
Ibu tersenyum memandangku.
"Zara,kalau hal seperti itu,isteri perlu berbincang dengan suami.Panggil suami lembut-lembut.Jelaskan perkara sebenar kepada dia.Jangan sesekali tinggikan suara apabila berkata-kata dengan suami.Isteri boleh marah asalkan suara itu jangan kuat melebihi suara seorang suami",jawab ibu.
Aku hanya mengangguk kepala tanda faham.
"Dah,letakkan kopi tu atas meja,tu papa dan Zafran dah sampai",perintah ibu apabila melihat Zafran dan ayahku sama-sama masuk di dalam rumah.
******
"Zaf,mami tak sihat.Dia rindu Zaf".
Dato' Mazlan menelefon Zafran petang itu.
"Mami sakit apa?,"tanya Zafran.Wajahnya jelas terkejut mendengar berita tersebut.
"Tak tau la.Tapi pagi tadi tiba-tiba mami mengeletar.Dia kata kepalanya sakit.Mungkin dia demam",jawab Dato' Mazlan.
"Tapi daddy,Zaf baru je bercuti,"rungut Zafran.
"Tapi mami nak berjumpa Zafran.Dia rindu Zaf",jelas Dato' Mazlan cuba memujuk anaknya itu untuk balik.
"Nanti Zaf fikirkan.Doctor dah rawat mami ke?",tanya Zafran lagi.
Zafran sebenarnya seperti tidak mempercayai berita yang baru di sampaikan oleh ayahnya itu.Di kotak fikirannya jelas masih mengingati segala penipuan ibunya itu.
"Zaf tak nak balik ke.Ye biarlah dia tak balik langsung.Dia lebih rela berpisah dengan ibunya ini yang melahirkan dia berbanding perempuan kampung tu yang belum tentu mampu memberikannya kasih sayang".
Suara Datin Aida di balik corong telefon jelas didengari oleh Zafran.Hatinya sedikit terasa mendengar kata-kata dari ibunya itu.
"Tak mengapalah kalau Zaf tak dapat balik.Jangan risau, pandai-pandailah daddy jaga mami nanti",jawab Dato' Mazlan cuba menenangkan hati anaknya itu.
Dia tau,Zafran bingung untuk memilih ibu atau isterinya itu kerana kedua-dua insan ini begitu berharga di hidupnya kini.
"Tak pe daddy,nanti Zaf bincang dengan Zara terlebih dahulu",terang Zafran.
"Itu jalan terbaik buat Zaf.Kalau boleh,bawa Zara balik sekali",kata Dato' Mazlan sebelum meletakkan telefon.
"Yang abg suruh Zafran bawa Zara balik tu buat pa.Abg tau kan aku tak suka",marah Datin Aida sebaik sahaja suaminya menamatkan perbualan dengan Zafran sebentar tadi.
"Awak ni,tak boleh ke cuba terima Zara tu.Abg tengok budak tu baik je,sopan lagi.Malah menghormati orang yang lebih tua",nasihat Dato' Mazlan apabila mendengar kata-kata isterinya itu.
Datin Aida tersenyum sinis memandang suaminya.Fikirannya beralih kepada insiden di rumah anaknya itu.Saat itu Zara berani meninggikan suara kepada dirinya.Malahan Zara berani menyebut namanya di depan Sofia.Apa itu kesopanan yang di maksudkan oleh suaminya itu.
"Jangan terlalu memuji menantu awak tanpa mengenalinya terlebih dahulu.Awak pun tau,kita bertemu Zara dahulu hanya sekali sahaja.Itupun saat pernikahan Zafran.Tapi awak tak tahu sikap sebenar Zara tu",marah Datin Aida cuba menghasut suaminya itu.
"Awak juga tak boleh menilai Zara seperti itu kalau awak masih tak mengenalinya langsung",kata Dato' Mazlan cuba membela Zara.
Datin Aida ketawa terbahak-bahak.Ketawa yang di buat-buat oleh Datin Aida.Dia menjeling Dato' Mazlan tajam.
"Awak tu tak tahu lagi,Zara buat apa terhadap aku dahulu.Dia hina aku,dia menengking aku.Macam tu ke sopan,macam tu ke hormat orang yang lebih tua,"kata Datin Aida.
Ditentangnya mata Dato' Mazlan tajam.Matanya merah menahan marah.
"Aku pasti,Zara tak akan buat macam tu,dan kalau pun Zara lakukan seperti itu,pasti bersebab",kata Dato' Mazlan.
"Suka hati kau lah nak percaya atau tak.Satu saat nanti aku akan buktikan apa yang aku katakan semuanya benar!", jawab Datin Aida tegas.
"Dah,dah la tu Aida oii.Tadi kata sakit.Tu larat pula nak bergaduh dengan abg ni",perli Dato' Mazlan mula melembutkan suaranya.
Datin Aida mendengus geram.Dia tidak menjawab lagi kata-kata suaminya.Dia sudah malas bertikam lidah dengan suaminya itu.
******
"Dah la tu mama,nak nangis pun dah tak da gunanya lagi.Papa dah tinggalkan kita",pujuk Sofia sebaik sahaja keluar dari mahkamah syariah.
Datin Ain masih menangis teresak-esak.Cinta yang dulunya mekar antara dirinya dan Dato' Kamal akhirnya terlerai juga.Rumahtangga yang sudah 26 tahun dibina atas dasar cinta itu akhirnya bertemu penghujungnya.
"Mama tak percaya kalau papa kamu tu sanggup tinggalkan mama Sofia.Apa salah mama sampai papa buat mama macam ni",luah Datin Ain sendu.
"Mungkin jodoh mama dan papa sampai sini je.Move on la mama.Lelaki bukan seorang je.Masih banyak lagi lelaki yang kaya raya kat luar sana yang nak kan mama ni.Lagi pun mama tak tua lagi.Still gorgeous lagi"pujuk Sofia.
Sofia menyeka air mata ibunya itu perlahan.
"Mama sayang papa Sofia seorang je tau.Papa tu cinta pertama mama,bagaimana mama boleh lupakan papa macam tu je.Walaupun papa seringkali lukai hati mama,curang dengan mama,mama tetap maafkan papa kamu tu,sebab mama tau,papa juga sayangkan mama,tapi tengok apa balasan yang mama dapat dari papa",luah Datin Ain lagi.
Hatinya benar-benar remuk.
Sofia menepuk-nepuk belakang ibunya itu.
"Dah la mama,lupakanlah papa.Lap air mata tu,malu orang sekeliling tengok.Doakan papa bahagia.Satu saat nanti,mama juga pasti akan bahagia",kata Sofia lagi memujuk ibunya lembut.
"Bagaimana hidup kita berdua selepas ni Sofia.Bagaimana kita hidup tanpa papa di sisi",tangis Datin Ain hiba.
Hatinya hiba apabila mengingati kehidupan mereka setelah ditinggalkan Dato' Kamal kelak.
"Mama,cuba fikir balik,sudah berapa lama papa abaikan tanggungjawab papa terhadap kita.Malah papa seringkali susahkan mama.Di saat keluarga kita sedang susah,ada tak usaha papa untuk untuk memperbaiki kehidupan kita lagi",tanya Sofia.
Datin Ain tidak menjawab,bukan bermaksud kata-kata Sofia benar,tapi dia sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi.
"Dah la mama,nanti Sofia kenalkan mama dengan orang-orang kaya yang boleh beri kita kesenangan,kemewahan kelak.Mama tak perlu sedih,mama kena happy-happy.Life must to be continue",kata Sofia.
"Dah la Sofia,jom balik.Mama penat.mama nak rest",ajak Datin Ain.
"Jom ma",jawab Sofia ringkas.
*******
"Terima kasih abg",ucap Zarul.
Hari ini Zafran telah menunaikan janjinya kepada Zarul.Sebuah basikal sah menjadi milik Zarul.Zarul begitu gembira menerimanya kerana basikal lamanya sudah rosak.
"Sama-sama adik.kalau ada apa-apa lagi adik nak,just bagitau abg okay.Nanti abg belikan",kata Zafran.
Zafran bahagia melihat Zarul gbira mendapatkan basikal.Bagi Zafran,apa saja yang Zarul inginkan dia akan menunaikannya kerana dia begitu menyayangi Zarul.Dia telah menganggap Zarul seperti adiknya sendiri memandangkan Zafran anak tunggal dalam keluarganya.Sebelum ini dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang adik,tapi setelah mengenali Zarul,barulah dia tahu betapa bahagianya mempunyai seorang adik.
"Tak pe lah abg,lagipun dah dapat basikal dah cukup memadai dah.Lagi satu,papa dan mama tak suka bila adik meminta-minta pada orang lain.Apa lagi kak Zara,kak Zara paling pantang jika adik minta sesuatu dengan orang lain,"jawab Zarul.
Zafran terkesima mendengar kata-kata dari Zarul.
"Bukan ke abg pun dah jadi sebahagian dari keluarga adik.Jadi,adik boleh la minta kat abg.Abg pun dah bukan org lain lagi kan.Abg adik juga",pujuk Zafran.
Zarul tersenyum memandang Zafran.
"Yela abg,nanti kalau ada apa-apa adik nak,adik bagitau abg okay,"kata Zarul akhirnya setelah mendengar kata-kata dari Zafran.
"Macam tu la baru adik abg,"kata Zafran gembira.
"Okay lah,jom balik.Mesti mama dan papa dah lama tunggu kita",ajak Zafran.Zafran berpuas hati dapat membelikan Zarul sebuah basikal.
"Jom",jawab Zarul ringkas.
"Assalamualaikum",laung Zafran dan Zarul serentak setelah sampai di perkarangan rumah.
"Walaikumsalam,hah dah sampai pun.Wahh cantik basikal adik",puji ibu setelah menjawab salam.
"Abg Zafran belikan buat adik ma",jawab zarul sambil tersenyum bahagia.
"Barang pemberian orang,adik kena jaga baik-baik tau", nasihat ibu lembut.
"Baik bos",jawab adik penuh hormat.
Zafran geli hati melihat gelagat Zarul yang lucu namun sangat menghormati orang yang lebih tua darinya.
"Masuklah Zaf,adik.Pergi bersihkan diri tu.Dah nak maghrib ni",suruh ibu.
Zafran dan Zarul lantas masuk, masing-masing masuk ke bilik untuk membersihkan diri.
"Awak dari mana?",tanyaku sebaik sahaja Zafran memasuki ruang kamar.
Zafran memandangku sekilas sebelum membalas pertanyaanku.
"Keluar dengan Zarul ke pekan.Kenapa?,"tanya Zafran semula.
"Tak ada apa"jawabku sekilas.
Zafran tidak memperpanjangkan perbualan.Dia lantas mencapai tuala dan segera masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah Zafran berlalu ke bilik air,aku lantas keluar ke dapur untuk membantu ibuku di dapur untuk memasak.Setibanya aku di dapur,ku lihat ibu sedang sibuk memasak.
"Mama masak apa hari ni.Sedap je bau Zara hidu?",tanyaku.
Ibu tersenyum manis memandangku.
"Masak sayur dan ayam masak merah je.Ala masak simple-simple je.Masak banyak kang tak abis pula",jawab ibu sambil mengaul-gaulkan ayam yang sudah hampir mendidih dalam kuali.
"Apa yang Zara boleh tolong?",tanyaku perlahan sambil mendekati ibuku.
"Zara tolong susun pinggan dan mangkuk,letak atas meja",suruh ibu.
Tanpa membuang waktu,aku melangkah menghampiri almari piring dan mengambil beberapa buah piring dan mangkuk.Ku susun perlahan di atas meja seperti kebiasaan yang ku lakukan.
"Zara tau tak,hari ini Zafran belikan adik basikal baru",kata ibu memulai perbicaraan setelah seketika tiada bicara antara kami.
Aku tidak terkejut mendengar berita itu dari ibuku kerana aku sudah tau dari awal lagi.Mengingatkan hal itu,aku jadi geram tiba-tiba.Zafran menjadikan Zarul sebagai umpannya untuk mengajakku ke sungai tempoh hari.Namun aku sedikit gembira kerana bukannya Zarul yang memintanya tapi atas kemahuan Zafran sendiri.Walau bagaimana pun aku harus membayar semuanya.Aku tidak mahu berhutang dengan dirinya kerana satu saat nanti kami pasti akan berpisah juga.
Aku memejamkan mataku sekejap sebelum menarik nafas berat.Aku tahu,sukar untuk aku melepaskannya namun aku sedar perbezaan aku dan dirinya ibarat langit dan bumi.
"Zara fikir apa",tanya ibu apabila melihatku terdiam.Dia memegang bahuku lembut.
Aku tersenyum memandang ibu,cuba menyembunyikan perih yang aku rasai saat itu.
"Tiada apa-apa mama",jawabku perlahan.
"Dah,pergi panggil Zafran",suruh ibu.
Aku mengangguk perlahan.Langkah aku atur menuju ke kamar.
"Awak",panggilku perlahan.Pintu aku ketuk beberapa kali.
"Jom makan",laungku apabila tiada yang menyahut panggilan ku.
"Dia tidur ke?,"bisikku di dalam hati.
Aku cuba ketuk lagi namun sebelum aku sempat mengetuk pintu,Zafran sudah membuka pintu kamar.
"Ada apa?",tanya Zafran agak dingin.
"Turun makan",ringkas jawaban ku.
Zafran tidak memandangku mahupun membalas kata-kataku itu.Dia terus berlalu meninggalkan aku tanpa mengajakku sekali.
********
Aku masuk ke kamar sebaik sahaja selesai makan malam.Aku sebenarnya ingin berbual dengan keluargaku selepas makan seperti kebiasaan,namun kali ini aku tiada mood nak berkumpul bersama mereka.Apabila mengingatkan reaksi wajah Zafran sebentar tadi mood ku hilang begitu sahaja.Zafran hanya mengekori langkah kakiku dengan pandangannya sahaja ketika aku berlalu menuju ke kamar.
"Buat apa aku nak sakit hati dengan Zafran kalau pun dia nak layan aku seperti itu,lagi pula tak lama lagi kan dia akan ceraikan aku"bisikku perlahan.
Aku mencapai telefon ku.
"Dah lama benar aku tak chat Dina.Apa khabar dia eaa?"tanya ku sendiri.Aku lantas mencari no Dina di list kenalanku.
-Asalamualaikum Dina.Apa
khabar?
-zara-
Ku tekan butang send yang ada di tepi screen telefon ku untuk menghantar mesej yang sudah ku taip sebentar tadi.
-Asalamualaikumsalam.Aku sihat.
hang?
-Dina-
Aku tersenyum sendiri sambil membalas pesanan dari temanku itu.
-Aku sihat.I miss u.
-Zara-
-Miss u too.Tak sabar jumpa hang
Konvokesyen t.
-Dina-
Aku tersenyum lagi membaca pesanan dari Dina.
- me too.Dah kahwin ke?
????
- Zara-
Aku tertawa sendiri dengan pertanyaanku itu.Tak sabar rasanya menunggu Dina membalas pesanan ku itu.
- Masih awal lagi untuk sampai
ke arah tu.????.
- Dina -
Aku terdiam setelah membaca balasan Dina.
"Aku juga Dina,tapi nak buat macam mana lagi.Aku terpaksa menerima ketentuan Allah",ucapku perlahan.
Telefon aku genggam dengan erat.Mood nak balas pesanan dari Dina hilang begitu saja bila terfikir keadaan diriku saat ini.
Pintu dikuak perlahan.Aku lihat Zafran masuk dan menutup pintu semula.Dia terus menuju ke katil tanpa berkata sepatah kata pun.
Aku pelik.Selepas balik dari sungai hari tu,emosi Zafran berubah.Dia semakin dingin denganku.Malah dia langsung tidak mahu bersembang denganku.Mama dengan papa juga sepertinya menyedari perubahannya itu.Malah papa sudah mula bertanya kepadaku tentang hal itu.Papa juga kerahkan aku agar bertanya langsung kepada zafran.Papa takut andai keluarga aku ada menyinggung perasaanya atau pun ada hal lain yang dia sembunyikan.Oleh itu,perasaanku membuak-buak ingin tahu kenapa dia bersikap serupa itu.Perlahan aku menghampiri Zafran yang sedang duduk menyandar di tepi katil.
"Awak",panggilku.
Zafran menoleh ke arah ku namun tak menjawab ku.
"Kenapa tak nak berbicara dengan aku?"tanya ku perlahan.
Aku dengar Zafran menarik nafas berat sebelum membalas pertanyaanku.
"Kau tanya aku kenapa, sepatutnya tanya diri kau tu.Bukan ke kau yang nak menjarakkan hubungan antara kita berdua",jawab Zafran agak keras.
Barulah aku mengerti mengapa dia berubah seperti itu.
"Yee maafkan aku.Baguslah kalau macam tu.Lebih baik seperti itu.Lagi satu kita kan dah nak berpisah",jawabku.
Aku lantas menuju ke almariku.Mengambil beberapa note rm 50.Setelah itu aku serahkan kepada Zafran.
Zafran terpinga-pinga melihat aku menyerahkan duit kepadanya.
"Untuk apa?",tanya Zafran hairan.
"Untuk harga basikal adik",jawabku ringkas.
Ku lihat air muka Zafran berubah.Wajahnya menjadi kemerahan.Dia berdiri dan mendekati aku.
"Kau ambil balik duit ni Zara!Aku beli khas untuk adik.Ikhlas dari aku",tengking Zafran namun agak perlahan.
"Aku tak nak berhutang dengan kau.Lepas kita bercerai nanti,tiada hutang antara kita",jawabku pantas.
"Baik Zara,kalau itu yang kau nak.Aku akan pergi.Tapi satu yang aku nak kau tahu,aku tak akan pernah ceraikan kau selamanya.Aku janji!",marah Zafran.
Aku terkesima mendengar kata-kata Zafran.Nadanya agak tegas dan penuh kesungguhan dalam setiap nadanya.
"Dah!Aku nak tidur.Esok aku nak balik",kata Zafran terus berlalu dan berbaring atas katil tanpa mempedulikan aku.
Aku seperti tidak percaya dengan kenyataan yang Zafran lontarkan tadi.
"Dia tak nak ceraikan aku,tapi menggantung aku seperti tak bertali.Apalah nasib ku selepas ini",fikirku.
Perlahan aku melangkah ke sofa.Aku berbaring dan cuba untuk lelapkan mataku.Namun kata-kata Zafran masih jelas terngiang-ngiang di telingaku.Hatiku agak resah.Entah hatiku sakit saat tau Zafran tidak akan melepaskanku ataupun aku bahagia kerana masih ada peluang untuk memperbaiki hubungan antara kami berdua.Aku hanya menunggu apakah takdir yang telah Allah tetapkan buatku.Akhirnya aku terlena juga akhirnya.
*******
Share this novel