Natasha dan Chak melangkah perlahan menyusuri persisiran pantai.Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajah Natasha,begitu juga Chak.Tiada kata yang terucap di antara Chak dan natasha.Hanya langkah yang terus di atur kemas tanpa tujuan.
"Tenang kan suasana pantai.Jauh dari kebingitan kota raya.Selalunya bila ada masalah je,Syah pasti akan ke persisiran pantai,tenangkan fikiran yang serabut",kata Natasha tiba-tiba.
Chak tersenyum sambil memandang Natasha.Ditatapnya wajah tenang itu.Entah sejak bila perasaan syg mula hadir di hatinya.Namun dia masih tidak mampu untuk mengakuinya.
"Dulu masa kecil-kecil lagi,mak ayah Syah selalu tinggalkan Syah.Mereka akan ke luar negara uruskan bisnes kat sana.Pembantu lah yang jaga Syah dari kecil sampailah dewasa",kata Natasha.Riak Wajahnya tiba-tiba berubah
Langkah Chak terhenti.Begitu juga Natasha.
Chak memandang wajah gadis di hadapannya itu.Cerita Natasha mengundang minat Chak.Dia ingin sekali mengetahui cerita di sebalik kehidupan gadis itu.
Melihat reaksi wajah Chak,Natasha tahu kalau lelaki itu berminat mendengar ceritanya.
Natasha tersenyum.
"Kalau ye pun nak dengar cerita Syah,janganlah pandang Syah macam tu.Ishhhh",tegur Natasha sedikit malu.
Chak tersipu-sipu setelah ditegur gadis itu.
"Nak dengar tak kisah aku?",tanya Natasha.
Chak mengangguk kepalanya.
Mereka meneruskan langkah.
"Syah anak tunggal,daddy Syah lahir di Australia,mak orang melayu.Daddy Syah ahli perniagaan,sebab tu daddy Ngan mama Syah selalu ke luar negara.Daddy Ngan mama Syah nak Syah belajar cara hidup orang melayu.Sebab tu mereka tinggalkan Syah kat Malaysia,belajar kat sini",jelas Natasha.
Chak di sisi hanya mendengar sahaja.Langkah kaki masih diteruskan.
"Dulu,masa Syah sekolah,tiada siapa yang nak berteman dengan Syah.Mereka anggap Syah lain dari yang lain.Hanya kerana warna mata Syah yang berbeza dan rambut perang milik Syah.Sekarang dah tak perang dah,Syah dah warnakan",jelas Syah lagi.
Senyuman terukir di bibirnya.
"Hanya kerana itu je,mereka tak nak kawan Syah ke?.Cantik warna anak mata awk,biru.Tak semua orang miliki warna mata seperti tu",terang Chak.
Natasha senyum.
"Ntah lah,tapi tu lah,hanya kerana perbezaan yang agak ketara pada diri Syah dengan mereka tu,mereka pulaukan Syah.Tapi semua tu dah berlalu,dah jadi kenangan yang tak akan perna Syah lupa",luah Natasha.
"Pada pandangan aku kan,mereka tu pulaukan Syah sebab cemburu pada kelebihan yang Syah miliki.Bukan sebab kekurangan yang ada pada Syah.Aku tengok,lebih banyak kelebihan yang Syah miliki berbanding kekurangan.Syah bertuah sebenarnya",puji Chak cuba menyenangkan hati gadis itu.
Natasha ketawa tiba-tiba.
"Kelebihan?".
Natasha mengeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya.
"Tiada kelebihan yang Syah miliki.Yang ada hanya kekurangan.Awak tahu tak,Syah begitu mencemburui orang lain,miliki keluarga yang begitu bahagia,mendapat perhatian lebih dari ibu ayah.Tapi Syah?.Syah tak pernah rasa kasih sayang yang sebenar dari ibu ayah Syah.Dari Syah kecil sampailah sekarang.Memang Syah hidup dalam serba mewah sepanjang hidup ini,tapi bukan itu yang Syah nak,Syah nak perhatian dari mak ayah Syah.Tu je",luah Natasha sayu.
Hatinya hiba mengenangkan nasib dirinya.Sudah lama dia memendam perasaan itu di hatinya.Namun dia tidak tahu harus luahkan pada siapa.
"Aku faham apa yang kau rasai sekarang ni Syah.Aku tumpang simpati.Setiap orang inginkan perhatian dari keluarga,aku pun sama.Tapi semua ini takdir yang sudah tertulis untuk Syah.Syah kena terima semuanya.Setiap kesedihan, keperitan yang syah lalui,satu saat nanti akan berganti dengan kebahagiaan selagi syah mampu bersabar untuk menghadapinya",nasihat Chak.
Chak mengusap perlahan bahu Natasha.
Cuba memujuk dan memberi kekuatan pada gadis itu.
"Terima kasih awak,sudi dengar luahan hati syah",ucap Natasha sambil tersenyum.
"Aku seharusnya berterima kasih pada awak Syah,sebab sudi jadikan aku tempat awak meluahkan perasaan.Aku terharu sangat.Tak semua orang akan kongsikan kisah suka suka yang perna dilalui oleh mereka pada orang lain.Tapi awak sudi percayakan aku untuk jadi pendengar pada setiap luahan hati awak",jawab Chak.
Sebaris senyuman manis terukir di bibir merah milik gadis itu.
"Dah lama aku pendam perasaan ini.Malah aku kadang kala stress sangat bila memikirkan semua ni.Tapi entah mengapa kali ini aku mampu luahkan dan kongsikan pada awak.Mungkin aku percayai awak untuk mendengar luahan hati aku nii",terang Natasha.
Chak membalas senyum.
"Bertuahnya aku kan.Jadi kepercayaan pada hadis cantik macam awak nii",usik Chak.
Natasha tertawa.
"Awak memang bertuah.Tapi tulah,awak tak mampu buka hati awak untuk aku.Tu yang harus aku terima.Seharusnya aku harus hentikan semua usaha untuk menawan hati awak.Memang benar kata awak tu,tiada siapa mampu untuk gantikan kak Zara di hati awak tu",kata Natasha.
Chak terdiam.Kata-kata Natasha membawa kesan pada dirinya.Entah mengapa nada gadis itu sepertinya sudah berputus asa untuk menawan hatinya.
"Apakah dia sudah berputus asa?",bisik hati kecil Chak.
Chak tidak mampu menafsirkan hatinya sebaik sahaja mendengar kata-kata Natasha sebentar tadi.Dia tidak tahu,hatinya gembira ataupun sedih dengan luahan hati Natasha itu.Tapi yang jelasnya,hatinya sedikit terguris.
"Dah jauh menyimpang dari tajuk asal kita tadi.Sorry,teremosi sedikit tadi",ucap natasha sambil tersenyum.
"Tak mengapa",jawab Chak ringkas.
Natasha mencapai sebatang kayu yang terdampar di atas pasir pantai itu dan menulis beberapa perkataan di atas pasir halus.Chak hanya memerhatikannya sahaja.Nama Chak dan dirinya tertulis cantik di permukaan pasir pantai tersebut.
"Cantik tak?",tanya Natasha sebaik selesai menulis namanya dan chak.
"Cantik,tapi masih ada yang kurang", jawab Chak.
Natasha memandang Chak penuh tanda tanya.
"Apa yang kurang?"tanya Natasha inginkan kepastian.
Chak mengambil kayu di tangan Natasha dan lantas melukis bentuk hati mengelilingi nama mereka itu.
"Siap",kata Chak.
Natasha tersenyum memandang Chak .
"Sesekali romantik juga awak ni ye.Macam pasangan kekasih pula.Tapi sayangnya, kenyataan berbeza.Tapi tak pe,jom tangkap gambar sama-sama",ajak Natasha.
"Excuse me Sir,can you help me to snap picture?",tanya Natasha pada sepasang kekasih yang juga sedang berjalan-jalan di persisiran pantai itu.
"Sure",jawab lelaki itu.
Kamera di tangannya di serahkan pada lelaki warga Korea itu,yang juga datang melancong di pulau Langkawi.
"Jom awak,tangkap gambar untuk kenangan",ajak Natasha.
Chak tidak menolak.Mereka membuat pelbagai gaya ketika bergambar.Gelagat mereka mengundang tawa sepasang kekasih itu.Mereka juga tidak lupa untuk bergambar bersama mereka juga.
'Thank you Sir",ucap Natasha sebaik sahaja sesi pengambaran selesai.
"You welcome.You are sweet couple.I love it",puji Lelaki Korea itu.
Chak dan Natasha saling berpandangan.
Senyuman terukir.
"Thank you.You are sweet couple too",puji Natasha juga.
mereka sama-sama tertawa.
Lelaki itu mengeluarkan sekeping kad dan diserahkan pada Chak dan Natasha.
"This is my card.If One day you visit Korea for honeymoon or whatever,just call my no.We cam meet there",terang lelaki itu.
Chak dan Natasha mengambil kad itu sambil tersenyum.
"Thank you.We will call you if we visit Korea soon",kata Chak.
"Okay",jawab Lelaki itu.
Setelah itu,mereka meminta diri untuk meneruskan perjalanan mereka.
"Sweetnya mereka",puji Natasha.
"Biasalah pasangan kekasih.Datang sini untuk honeymoon.Nanti giliran kita datang Korea honeymoon",usik Chak.
Natasha ketawa.
"Ye la tu",jawab Natasha.
"Jom lah,kita cari tempat teduh.Panas sangat dah ni",ajak Natasha mengubah topik perbualan di antara mereka.
Takut tidak mampu melupakan lelaki itu kelak.
"Jom lah.Kesian kat awk,dah lah kulit putih,berjemur bawa matahari terik,hitam pula nanti",usik Chak.
Entah mengapa dia semakin selesa mengusik gadis itu.Dia suka melihat wajah kemerah-merahan gadis itu apabila diusik.
"Ada-ada je la awak ni.Jom lah",kata Natasha.
Mereka beriringan menujuk ke sebuah cafe yang berhampiran.
******
"Inilah rumah papa",kata Zafran sebaik sahaja sampai di rumah yang perna dihuni oleh Zara dan dirinya satu masa dahulu.
"Wahhhh,so beautiful", puji Misya teruja.
Hatinya benar-benar girang.Dia lantas berlari-lari melihat sekeliling.Zafran mengikutinya dari belakang.
Aku hanya mampu memandang Misya dan Zafran yang begitu gembira dari kejauhan.Aku lantas mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta dan dibantu oleh beberapa pekerja yang mungkin di upah oleh Zafran untuk menjaga rumah itu sepanjang ketiadaannya.
"Eh tak perlu susah-susah cik puan.Biar kami saja yang uruskan semua barang-barangan ni",kata Pembantu itu cuba menghalangiku.
"Eh,tak pe,tak pe.Aku boleh je buat semua ni"kataku perlahan.
"Tak boleh lah macam tu cik puan.Tuan dah arahkan kami buat semua kerja ni.Lagi satu,kami dah terbiasa lakukan kerja-kerja ni sepanjang cik puan dan tuan tiada di rumah ni",terang mak cik Kiah.
Aku terdiam.
"Tuan tak balik ke kat rumah ni ke sepanjang aku tak ada?",tanyaku hairan.
Selama aku masih bersamanya,Zafran belum mengupah pembantu rumah.
"Semenjak 4 tahun yang lalu,Tuan upah kami untuk jaga rumah ni.Selama itu juga,tuan jarang balik ke sini.Balik pun rasanya seminggu sebelum kemalangan tu berlaku.Lagi satu,dia hanya datang sesekali untuk memantau keadaan rumah ni.Selebihnya dia hanya menghabiskan waktunya di rumah Dato' dan datin",terang mak cik kiah lagi.
"Jadi selama ini,Zaf tak balik ke rumah ini ke?.Kenapa tak tinggal di sini?",bisikku perlahan.
Hatiku tertanya-tanya.
"Apa Zafran takut akan terus mengingati ku apabila berada dalam rumah ini?", bisikku lagi.
Aku memandang Zafran dan Misya semula.
Gelak ketawa mereka memenuhi kawasan perumahan tersebut.Aku turut tersenyum.Tidak pernah aku lihat Misya segembira itu.Baru kali inilah dia gembira.Wajahnya jelas mempamerkan wajah yang bahagia.
"Cik puan",panggil pembantu rumah itu perlahan apabila melihat aku termenung sambil memandang Zafran dan Misya.
"Cik puan",ulang pembantu itu.
Barulah aku tersedar dari lamunan ku setelah beberapa kali pembantu itu memanggil ku.
"Owh,maaf,mak cik panggil aku ke?",tanyaku lembut.
"Jauhnya cik puan termenung.Sampai mak cik panggil berulang kali pun,cik puan tak dengar",kata Pembantu rumah itu sambil tersenyum.
Aku tersipu-sipu mendengar teguran pembantu rumah itu.
"Tak perlulah panggil aku cik puan.Panggil Zara je mak cik",kataku.
"Baiklah Zara",ucap mak Kiah lembut.
"Mak cik nama siapa?",tanyaku lembut.
"Panggil mak cik Kiah je",jawab mak cik Kiah.
Senyuman terukir di bibirnya.
Pak Samad dan beberapa pekerja yang lain turut sama membantu mengangkat barang-barang aku dan Misya di dalam kereta.
"Terima kasih mak cik,pak cik sebab sudi tolong Zara angkat barang-barang ni",ucapku penuh sopan.
"Dah kerja kami nak Zara,tak perlu ucap terima kasih pun.Kami yang sepatutnya berterima kasih pada tuan Zaf sebab beri kami peluang kerja kat sini.Tuan Zaf lelaki yang sangat baik.Majikan yang sangat baik hati.Tak cerewet seperti majikan kami sebelum ini",luah Pak Samad sambil memuji Zafran.
"Macam mana boleh kenal dengan Zaf,mak cik,pak cik?",tanyaku ingin tahu.
Banyak yang ingin aku ketahui sepanjang empat tahun berpisah dengan Zafran.
"Dulu,suami mak cik ni kerja sebagai driver seorang ahli perniagaan,dia berpangkat Dato' juga.Mak cik juga kerja sebagai pembantu rumahnya.Dah lama kerja dengan Dato' tu.Awalnya Dato' tu baik sangat dengan keluarga mak cik.Tapi masuk setahun kerja,Dato' tu mula tunjukkan taring,selalu marah,gaji suami mak cik pun dia tak bayar.Datin tu pun layan kami macam hamba.Tak boleh rehat sikit.Salah sikit kami ditengking",luah Mak cik Kiah.
Riak wajahnya sayu.
"Habis tu,macam mana boleh berhenti,dan bagaimana kenal dengan Zaf?",tanyaku.
"Satu hari,mak cik dituduh mencuri barang kemas datin' tu.Masa tu,pak cik ada meminta pinjam duit untuk bayar kos anak pakcik sambung belajar dulu.Tapi masa tu,Dato' tak beri pinjam.Ada pekerja yang lain iri hati pada mak cik,dia tuduh mak cik yang curi barang kemas datin",kata Pak cik Samad lagi.
Hatinya sayu.
"Habis tu,Dato' dan datin tu percaya ke dengan tuduhan tu?",tanya ku simpati.
"Mereka percaya.Yela,dah masa tu kami perlukan duit.Tulah majikan kami begitu percaya dengan cerita pembantu rumah itu.Kami di halau keluar dari rumah itu tanpa sedikit pun duit di tangan.Dah lah masa itu,duit gaji tak di bayar berbulan-bulan lamanya.Kami keluar dari rumah itu dengan perasaan malu yang teramat sangat.Rasa kecewa dan tiada tempat tinggal begitu menyusahkan.Nasib baiklah pak cik ada kawan yang tinggal kat kuala Lumpur ni.Dia lah yang kenalkan pak cik dengan tuan Zafran.Alhamdulillah,tuan Zafran sanggup terima kami berkerja dengan dia.Kos perbelanjaan anak pak cik ditanggung sepenuhnya oleh tuan Zafran",jelas Pak Samad.
"Anak pak cik dan mak cik sekolah kat mana?",tanyaku ingin tahu.
"Sebaik sahaja habis SPM setelah setahun berkerja dengan tuan Zafran,tuan Zafran hantar anak pak cik ke luar negara untuk sambung belajar.Dia nak,anak pak cik jadi anak yang berguna apabila dewasa kelak",jelas Pak cik Samad lagi.
"Semoga semuanya dipermudahkan", doaku.
"Aaminn.Okay lah nak Zara.Dah panjang lebar kita sembang.Jom masuk.Mesti mak Zara penat"ajak pak Samad penuh hormat.
"Jom.Boleh sembang kat dalam"ajakku perlahan.
Aku dan Pak Samad beriringan masuk ke dalam rumah.Mak cik Kiah pula sudah masuk mendahului kami berdua untuk menyiapkan minum petang.
******
"Syukur Alhamdulillah Zara bersetuju tinggal dengan Zaf lagi.Lepas ni,boleh lah selalu datang jenguk Misya kat sini.Gembira sangat hati mami bila dapat berjumpa dengan cucu kesayangan mami ni",kata Datin Aida sambil memangku Misya.
Malam itu,datin Aida dan Dato' Mazlan datang bertandang ke rumah.Mereka ingin meluangkan masa bersama Misya,cucu kesayangan mereka.
Seperti biasa,banyak hadiah yang diberikan oleh mereka untuk satu-satunya cucu mereka itu.Kadang kalah hatiku bimbang dengan cara mereka memanjakan Misya.Aku takut,Misya akan terbiasa dengan kehidupan mewah.Namun ku pendamkan sahaja di dalam hatiku.Aku tahu,itu bukan masa yang sesuai untuk aku perkatakan.
"Misya pun pasti gembira mami.Sekurang-kurangnya,rehatlah telinga Zara ni daripada dengar leteran Misya tiap-tiap hari.Hampir setiap hari Misya ingin bawa Zara jumpa Zaf.Misya kata dia rindulah dengan papa dia tu.Rindu nak jumpa nenek dan atok dia juga"kataku sambil tersenyum.
"Okay sangat tu Zara.Daddy pun gembira sangat Zara dan Misya dah tinggal balik kat sini.Senanglah sikit jumpa misya.Mami kamu ni,tiap minit tiap saat tanya pasal cucu dia ni",kata Dato' Mazlan.
"Siapa tak rindu cucu abg Oii.Kalau ikutkan hati,Aida nak tinggal serumah dengan cucu kesayangan Aida ni.Tak lah sepi je rumah kita tu.Kalau lah kita ada ramai anak kan bang,mesti riuh rumah tu dengan suara menantu dan cucu-cucu kita.Tapi apa kan daya,ada anak pun satu je.Tapi dah kira syukur lah ada seorang nii.Tak lah sepi sangat",luah Datin Aida.
"Dah itu je rezeki anak yang Allah kurniakan pada kita.Terima je lah.Kalau kita hanya ada seorang je anak, harap-harap,kita dapat cucu yang ramai nanti",usik Dato' Mazlan sambil memandang Zafran.
Terasa di pandang lama,Zafran lantas memandang ayahnya kembali.
"Napa pandang Zaf macam tu.Bukannya Zaf yang nak beranak.Tu daddy kena tanya Zara sendiri.Nak ke dia anak yang ramai.Kalau Zaf,okay je.Nak sekarang pun boleh",usik Zafran pula.Senyuman mekar di bibirnya.
"Ishhh awak ni,ke situ pula ceritanya.Dah lah,malas nak sembang tentang hal tu.Zara nak ke dapur.Nak mula memasak.Mami daddy sembanglah dulu dengan Zaf dan Misya.Zara minta diri dulu ke dapur,nak tolong mak Kiah masak",kataku meminta diri.
Aku tahu, sebenarnya Mak Kiah tak mahu pun aku menolongnya di dapur,namun hanya itulah jalan untuk aku melarikan diri dari terus dipersoalkan tentang anak.Aku segan sebenarnya.Tak tahu apa yang harus aku jawab.
"Nak larikan diri lah tu",usik Zafran lagi.
Dia mampu menghidu niatku sebenarnya untuk ke dapur.
Aku membesarkan mataku memandang Zafran.Geram sangat dengan usikan Zafran.
"Tak membantu langsung!",bisikku perlahan.
Melihat aku,Zafran ketawa terbahak-bahak.Gembira dapat mengusikku.
"Mana ada.Zara memang nak tolong mak Kiah lah.Kesian mak Kiah buat kerja seorang diri.Zara minta diri dulu mami daddy",ucapku lantas berlalu pergi.
Takut andai ada lagi kata-kata Zafran untuk mengusikku.Aku mempercepatkan langkah kaki ku agar cepat meninggalkan ruang tamu.Semakin lama aku di sana,semakin tebal wajahku menahan malu.
Aku hanya sempat menangkap suara Zafran yang terbahak-bahak mentertawakan aku.
******
Aku berdiri sendiri di beranda rumah.Menghirup udara segar malam itu.Teringat saat -saat indah beberapa tahun yang lalu.Di sinilah aku menghabiskan masaku apabila malam tiba.Menghirup udara segar sambil memandang bintang-bintang yang bertaburan di langit.Aku memejamkan mataku perlahan.Mencari ketenangan jiwa saat itu.Misya sudah lama di buai mimpi indah.Begitu juga dengan Zafran.Hanya aku sahaja yang masih berjaga saat itu.Entah mengapa malam itu,amat sukar untuk aku lelapkan mataku.
"Mungkin sebab dah biasa tidur kat rumah sewa kot",bisikku perlahan.
Aku menghembus nafas perlahan.
Tiba-tiba bayangan ibu ayah menerjah kotak fikiranku.Hatiku dirundung rindu yang teramat sangat.
"Rindunya.Apa khabar lah mak abah di kampung.Dah lama aku tak balik kampung.Dah lama tak call mereka.Entah apa khabar mereka sekarang", bisikku perlahan.
Tiba-tiba seseorang memelukmu dari belakang.Bagaikan gugur jantungku terkejut
"Apa ni!!",marahku.
Aku cuba meleraikan tangan Zafran dari terus memelukku erat.
"Lepaskan aku Zaf.Kalau tak,aku jerit!",ugutku sambil cuba melepaskan diriku.Namun pelukan Zaf makin erat.
"Shhhhhh",kata Zafran memberi isyarat agar aku diam.
"Lepaskan aku",marahku lagi.
"shhhh.Abg rindukan syg.Maafkan Abg syg",bisik Zafran lagi.
Namun aku masih meronta-ronta mencari cara melepaskan diri.Namun apakan daya,tubuhku yang hanya sekarat berbanding kekuatan tubuh Zafran.Akhirnya aku mengalah.Hanya membiarkan Zafran terus memelukku erat.
"Syg tau tak betapa abg merindui syg.Abg rindukan saat-saat macam ni seperti masa-masa dulu.Syg tahu tak,abg sangat merindui syg.Hati abg terseksa,jiwa abg merana sebab syg tinggalkan abg pergi',luah Zafran separuh berbisik.
Dagunya di letakkan di atas bahuku.
Aku menutup mataku perlahan.Walaupun sebenarnya aku tak rela Zafran memelukku saat itu,namun jauh di sudut hatiku begitu merinduinya.Bohonglah jika aku tak menginginkan dirinya.Namun entah mengapa,hatiku masih berjauh hati dengan perkara yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu.Tiada seorang isteri pun yang mampu melihat suaminya sendiri di dalam pelukan perempuan lain.
"Abg rindu peluk syg macam ni",bisik Zafran lagi.
"Kenapa tak peluk Sofia je.Pelukan Sofia lebih hangat dan menghairahkan berbanding aku",jawabku separuh merajuk.
Jujur aku sememangnya sangat cemburu.Kerana cemburu dan kemarahan yang hadir di hatiku saat itulah yang mendeskkan diriku untuk meninggalkan Zafran satu masa yang lalu.
"Npe syg cakap macam tu?.Sumpah syg,abg tak berniat pun peluk Sofia.Abg tak sedarkan diri.Abg diperangkap.Abg jadi mangsa keadaan.Abg tak perna sentuh Sofia syg.Percaya lah",kata Zafran bersungguh-sungguh.
"Habis tu,kenapa awk tak cuba jelaskan,kenapa tak perna pujuk Zara,tak perna cari Zara selama ini?",tanya ku sedih.
"Abg tak tahu nak buat macam mana syg.syg tak bagi abg peluang untuk jelaskan semuanya.Abg tak bersalah syg.Percayalah!",kata Zafran lagi.
"Bila awak tau awk tak bersalah,mengapa tak pernah cari Zara?",tanyaku masih terus menyalahkannya.
Kali ini biarlah aku luahkan semuanya agar segala persoalan yang menyesakkan dadaku terurai.Persoalan yang selama ini aku pendam dan simpan di dalam hatiku sehingga menjadikan segunung kebencian di hatiku selama itu.
"Bukan abg tak pernah cari.Syg tau tak betapa sengsaranya abg sendirian menghadapi situasi itu bersendirian.Tekanan demi tekanan yang abg lalui.Dituduh melakukan sesuatu yang tak pernah abg lakukan.Turun naik mahkamah hanya kerana perkara ini.Dipandang serong oleh masyarakat akibat daripada fitnah orang pada abg.Betapa tersiksanya perasaan abg masa itu.Namun abg bersyukur,abg dapat keadilan yang secukupnya.Di saat abg sudah hampir berputus asa,di saat diri abg sudah hampir jatuh,,ada insan penyelamat yang telah memberi abg sinar harapan.Tampil ke hadapan menjadi saksi sehinggakan abg berjaya memenangi kes itu.Sofia pula dapat balasn yang setimpal dengannya.Namun atas budi bicara abg,abg memohon agar pihak mahkamah menjatuhi hukuman penjara sebulan je sebab mami juga terlibat sama.Tapi mami juga tidak menyangka sejauh itu yang Sofia lakukan",jelas Zafran panjang lebar.
"Tapi awak tak pernah cuba cari Zara pun",kataku masih tidak berpuas hati.
"Bukan abg tak cari syg!.Abg cari.Satu Malaysia abg cari syg.Tapi abg tak jumpa.Abg mengambil keputusan untuk bertemu dengan mama papa kat kampung.Abg tebalkan sahaja muka ini untuk menghadap mereka walaupun abg tau yang mak ayah syg pasti sudah mengetahui masalah kita masa itu",jawab Zafran cuba menjelaskan padaku bersungguh-sungguh.
'Kenapa mak dan papa tak pernah bagitahu Zara pasal perkara ni?",tanyaku.
"Abg yang tak mahu mereka beritahu.Abg dah jelaskan semuanya pada family syg tentang semua yang terjadi.Tentang kes abg tu.Awalnya mak dan papa tak nak beritahu,namun abg paksa juga.Akhirnya mereka beritahu syg sambung belajar kat luar negara.Itu sahaja yang abg tau kerana negara mana tu mereka rahsiakan.Oleh kerana abg malu dengan apa yang sudah terjadi,abg batalkan niat untuk terus mencari syg sebab abg tau,syg pergi untuk melanjutkan pelajaran syg",jelas Zafran.
Aku menarik nafas perlahan.Hatiku masih berbelah bagi,sama ada percaya ataupun masih meraguinya.
"Apa yang paling Abg kesali,4 tahun berlalu dengan sia-sia.Abg telah abaikan anak kandung abg sendiri sehinggakan kasih sayang yang sepatutnya abg berikan kepada Misya sejak lahir terabai begitu sahaja.Andai waktu boleh diputar semula,abg akan teruskan tekad untuk mencari syg.Cari syg sampai dapat dan bersama-sama mengharungi suka suka kehidupan sepanjang syg habis belajar.Bodohnya abg",luah Zafran sayu.
Tiada kata-kata yang mampu terucap di bibirku saat itu.Hatiku masih berbelah bagi.Melihat kesungguhan Zafran menjelaskan semuanya sedikit sebanyak melembutkan hatiku namun keegoan di hatiku masih tersisa.Penjelasan Zafran masih tidak sepenuhnya membuatku lega kerana aku takut andai itu hanyalah alasan semata-mata dari Zafran untuk melindungi kesalahannya sendiri.
"Zara nak balik kampung".
********
Share this novel