BAB27

Romance Series 57282

"Zaf,aku dah siasat tentang tapak projek tu",kata Joe sebaik sahaja Zafran menyambut panggilannya itu.

Wajah Zafran agak berseri mendengar berita itu.Hatinya melonjak ingin tahu.

"Apa cerita?",tanya Zafran sudah tidak sabar lagi.

"Memang ada orang nak rosakkan rancangan kita.Melalui perbualan aku dan beberapa penduduk kampung tu,mereka ada mengatakan En.Musa ada jumpa beberapa orang sebelum tarikh projek kita bermula.Kata mereka,orang tu menawarkan harga yang lebih tinggi dari harga yang kita keluarkan untuk mendapatkan tapak tersebut",terang Joe lancar.

Zafran memusing-musingkan pen di atas jarinya.

"Kau ada tanya tak syarikat apa yang menawarkan harga yang lebih tinggi itu?",tanya Zafran.

"Kalau tak silap aku,Syarikat penternakan sapi tenusu kot.Dorg nak beli tapak itu untuk buat kilang penternakan.Kawasan itu memang sesuai untuk dijadikan tapak penternakan.Jauh dari kawasan perkampungan"jawab Joe.

"Tapi En.musa tak boleh buat sesuka hati.Dia dah sain kontrak dengan syarikat kita",ucap Zafran.

"Ada lagi ni"kata Joe.Masih ada bendah yang hendak dia maklumkan kepada Zafran.

"Teruskan",suruh Zafran.
Dia juga ingin mengetahui kesemuanya perihal tapak projek pembinaan kilang baju di Sibu itu.

"Kata dari sumber lagi, En.Musa akan dibayar dua kali ganda dari harga yang kita berikan kepada dia",jawab Joe.

"Bagaimana dengan surat perjanjian hari tu?.Dia dah tandatangan.Aku boleh saman dia kerana melanggar perjanjian",terang Zafran.
Zafran agak kecewa dengan sikap En.musa yang tidak bertanggungjawab.

"Entahlah Zaf.Aku dah berusaha menghubungi En.musa tapi tak dapat.Mungkin dia takut kot",teka Joe.

Zafran berfikir sejenak.Mencuba cari jalan penyelesaian terhadap masalah itu.

"Okaylah,esok aku ke sana.Usahakan untuk mencari tahu kedudukan En.musa.Apa pun kita bincang esok.Aku masih ada kerja yang harus di selesaikan.Nanti aku call balik",kata Zafran.

"Baiklah Zaf.Aku tunggu kau kat sini",jawab Joe.

Joe lantas menamatkan perbualan dan cuba untuk menghubungi En.musa lagi.Namun sudah beberapa kali dicuba,masih tidak mendapat respons dari En.musa.

******

Tok! Tok!

Aku mengetuk bilik pejabat Zafran lembut namun masih boleh didengari dari dalam.

"Masuklah",suruh Zafran.

Aku memulas perlahan tombol pintu dan menolak perlahan pintu itu.Kulihay Zafran sedang membuat kerja di atas mejanya.Fail-fail berselerak di atas mejanya.

"Aku ganggu ke?"tanyaku perlahan.

Zafran lantas memandang aku setelah mendengar suaraku.Senyuman terukir di bibirnya.

"Awak rupanya,duduklah",pelawa Zafran.

Aku melabuhkan punggungku di atas meja.

"Banyak sangat kerja ke?",tanyaku apabila melihat Zafran menyambung balik menulis sesuatu dalam fail di hadapannya itu.

"Aku harus siapkan beberapa fail hari ini.Oh ya,sebelum aku lupa,esok aku akan ke Sibu.Ada masalah dalam projek pembinaan kilang kain di sana",jelas Zafran.
Dia menggaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal.Nampak sangat wajahnya agak tertekan.

"Kenapa dengan tapak projek kat Sibu.Apa masalahnya?",soalku.
Aku juga ingin mengetahui tentang masalah itu.Manalah tau aku boleh memberikan pendapat.

'Tuan empunya tapak tu.Hari tu dah tandatangan surat persetujuan penyerahan tapak untuk pembinaan tu.Duit dah dibayar cash.Tapi tak tau kenapa dia tak nak berkerjasama balik.menurut Joe,ada syarikat lain yang menawarkan harga dua kali ganda dari harga asal",terang Zafran panjang lebar.

"Tak boleh la dia buat macam tu.Dia dah melanggar peraturan perjanjian.Syarikat boleh mengeluarkan saman buat dia",jawabku.

Walaupun aku tidak pernah belajar undang-undang,tapi aku juga tahu serba sedikit tentang hal-hal seperti itu.

Zafran mengangguk-anggukkan kepalanya,setuju dengan pendapat aku.

"Itulah yang akan aku buat.Itulah aku akan ke Sibu esok"jawab Zafran.

Aku menarik nafas dalam-dalam.Zafran akan ke Sibu esok,beerti aku akan ke tempat kerja sendirian.

"Kenapa ni,ada masalah ke?",tanya Zafran apabila melihatku termenung seketika.

"Tak,tak,tak de masalah pun.Ni sebenarnya aku datang ni pun nak bincang hal kerja je",jawabku pantas.

Zafran memandangku sambil tersenyum.Dia sebenarnya tahu apa di fikiranku.

"Tak pelah kalau tak nak bagitau pun.Yelah,aku ni siapa juga kat awak kan",kata Zafran sedikit merajuk.
Dahinya sengaja dikerutkan untuk memperlihatkan kesedihannya.
Aku tersenyum memandang Zafran.Sikapnya menggelikan hati aku.

"Bukan cam tu lah.Aku tak fikir apa pun",jelasku.
Cuba meyakinkan Zafran.

"Yela,yela.Tadi kata nak cakap pasal kerja, bagitau la",suruh Zafran.

"Kak Ani ada bagitau kat aku,katanya ada komen-komen dari pelanggan tentang keluaran baju rekaan terkini dari syarikat",kataku perlahan.

Zafran bersandar di kerusinya.Dia sepertinya memikirkan sesuatu.Aku hanya memerhatikannya.

"Sebelum ni okay je,tak de komen apa-apa tentang produk syarikat kita.Kenapa sekarang ada?.Dan komen apa yang mereka berikan?",tanya Zafran.

Dia agak terkejut dengan maklumat yang baru di terimanya.Risau andainya ada kesilapan dalam kilang.Dia risau andai ada sedikit kelalaian dari pekerja-pekerja ketika melakukan tugasnya.Dan yang paling ditakuti adalah,syarikat lain yang bersaing dengan syarikatnya akan mengambil peluang untuk cuba menjatuhkan syarikatnya itu.

"Tak delah sampai komen negetif.Cuma pelanggan banyak tanya tentang size baju yang ada di pasaran.Size S-L ada banyak,tapi Siza XL pula kurang.So faham-faham lah bagi orang yang berbadan besar.Nak juga memiliki baju terbaru hasil rekaan para pekerja kita tu",jelasku panjang lebar.

Mendengarkan penjelasanku,Zafran ketawa terbahak-bahak sambil memandang aku.Hatinya sedikit lega mendengarkan nya.

"Owh pasal tu.Ani ada beritahu aku sebelum ni.Aku je yang lupa nak inform kat kilang.Tak pe,macam ni je,apa kata aku beri awak satu kerja yang tak berapa rumit",kata Zafran.

"Okay,apa dia?",tanyaku sambil mengangguk-angguk kepalaku tanda setuju.

"Apa kata kalau esok awak sendiri turun padang,masuk kilang.Jumpa pengarah kat sana dan beritahu mereka supaya tambah stok untuk size XL dalam pasaran.Dalam masa yang sama,awak boleh lah belajar sikit-sikit",terang Zafran panjang lebar.

Aku berfikir sejenak memikirkan kebenaran kata-kata dari Zafran.Dia benar, sekarang aku sudah bergelar isteri Zafran,sepatutnya aku juga harus belajar selok belok perniagaan keluarga.

"Lamanya fikir.Dah sampai mana fikiran tu?",usik Zafran apabila melihat aku termenung seketika.

Aku tersenyum tersipu-sipu malu mendengar usikan Zafran itu.

"Ishhhhh bukan macam tu lah.Tak fikir apa.Cuma fikir kebenaran kata-kata awak je",terangku.

"So,bagaimana?.Setuju tak?",tanya Zafran.

"Aku setuju,tapi dengan satu syarat",jawabku sambil tersenyum memandang Zafran.

"Amboi amboi,sejak bila pandai bersyarat dengan aku ni.Ok tak pe,demi isteri aku yang tersayang,aku terima syarat itu walaupun agak sulit,asalkan syarat itu tak merugikan antara aku dan isteriku ini",jawab Zafran manja.

Aku ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Zafran.Lucu sangat nadanya.Tapi aku suka.

"Syaratnya,pemandu syarikat kena lah ambil aku,hantar aku ke kilang dan hantar aku balik rumah juga.Yalah,esok kan awak tak ada.Tak kan naik bas nak ke tempat kerja",jawabku.
Aku berpura-pura menunjukkan reaksi wajah yang sedih.

Kini giliran Zafran ketawa memandang aku.Tapi Zafran mengerti keadaan aku.Dia tahu kalau aku tidak tahu memandu kereta.

"Aku balik dari Sibu,aku temankan awak ambil lesen kereta",jawab Zafran.

Aku terkesima mendengar kata-kata Zafran.Aku tidak menyangkakan dia akan membantuku untuk mendapatkan lesen.

"Okay,nanti bayaran ambil lesen nanti,potong gaji bulanan aku Yee",jawabku gembira.

Zafran tersentak.

"Kenapa nak bayar pula.Itu kan tanggungjawab aku.Buat apa nak potong dari gaji awak pula?",tanya Zafran hairan.

"Aku takut nanti berhutang banyak dengan awak.Kalau andainya awak tinggalkan aku,tak lah rumit sangat aku nak ganti balik",jawabku perlahan.

"Kenapa fikir sampai macam tu sekali?",tanya Zafran.

Senyuman yang terukir di bibirnya sebentar tadi,kini hilang setelah mendengar kata-kata yang terucap dari bibirku.

"Kenapa masih sebut pasal perkara tu.Bukan ke kita dah bincang sebelum ni pasal ni.Dan awak pun tau,aku tak akan perna ceraikan awak",Jawab Zafran sayu.

Aku terdiam mendengar kata-kata nya.Sedikit penyesalan terbit di hatiku.Aku tahu Zafran ikhlas menerima aku,namun banyak perkara yang menganggu fikiranku.Terutamanya,penerimaan ibunya terhadap aku.Ku pandang Zafran sekilas,wajahnya yang tadi ceria bertukar mendung.Aku telah menghilangkan mood gembiranya.

"Awak boleh keluar sekarang.Pandai- pandailah aku uruskan nanti",arah Zafran.

Zafran langsung tidak memandang aku.Pamdangannya dibuang ke luar jendela.Aku bangun perlahan-lahan untuk keluar.Aku sudah tidak tahu untuk berkata apa.

"Maafkan aku".

Hanya itulah kata-kata yang terucap dari bibirku sebelum melangkah pergi.

*********

Zamri sibuk membantu pekerjanya membongkar enjin sebuah kereta jenama Toyota Vios.Pakaiannya penuh dengan minyak.Begitu juga tangannya.Andai pelanggan yang datang tidak mengenali dirinya,mereka pasti menyangka Zamri juga salah satu pekerja makan gaji di bengkel itu.Zamri tidak pernah membanding-bandingkan pekerjanya.Dia melayannya sama rata.Semua pekerja yang berkerja dengannya amat menghormatinya.Pekerja yang di upah untuk menjaga beberapa cabang bengkel miliknya juga tidak pernah mengambil kesempatan kerana gaji yang diberi amat berpatutan.Selain itu,Zamri juga amat menitikberatkan tentang ilmu bahagian mekanikal.Dia sanggup menghantar para pekerjanya ke luar negara untuk belajar tentang kereta agar,pelanggan yang datang ke bengkelnya berpuas hati atas kerja yang dilakukan para pekerjanya itu.

Sebuah kereta Toyota Estima memasuki bengkel milik Zamri.Zamri yang sedang membantu pekerjanya hanya memandang sahaja.Sudah menjadi kebiasaannya apabila kereta-kereta mewah sebegitu datang ke bengkelnya untuk di servis.Oleh itu dibiarkan sahaja pembantunya yang melayani pelanggan tersebut.
Apabila pintu kereta dibuka,seorang gadis turun dari keretanya.Melangkah perlahan mendekati Zamri.Zamri yang sedang sibuk tidak menyedari kehadirannya itu.

"Aku nak jumpa bos kamu",kata Natasha.

Zamri tersentak mendengar suara seorang gadis yang sepertinya pernah didengarinya sebelum ini.Zamri segera memalingkan wajah dan memandang gadis itu.Mulutnya terlopong.

"Awak!.Awak buat apa kat sini?",tanya Zamri.
Dia sememangnya agak terkejut dengan kehadirannya.

"Bagaimana gadis ini tahu kalau aku kerja kat sini",fikirnya.

"Hai Zam,lama tak jumpa awak.Aku saja je datang sini.Banyak orang kata bengkel ni bagus,so aku datanglah nak servis kereta aku ni",jawab Natasha.
Dia juga sebenarnya tidak menjangkakan akan bertemu lelaki itu di sini saat itu.

"Owh,rupanya dia tak tau pun kalau aku kerja kat sini",jawab Zamri sendiri.
Senyuman terukir di bibirnya.

"Dunia ni memang kecil la Zam.Aku tak sangka,jumpa awak sekali kat pub tu, pastu ble pula jumpa kat tempat ni.Awak kerja kat sini ke?",tanya natasha.

Hatinya melonjak gembira saat bertemu Zamri lagi.Selepas malam pertemuan antara mereka,dia sudah tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu lagi.Dia juga pernah sesekali mengunjungi tempat yang sama untuk mencari Zamri namun tidak berjaya.Dia juga tidak tahu kenapa hatinya terdetik untuk mengenali lelaki itu dengan lebih dalam lagi.Kali pertama bertemu,Natasha rasakan ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu.Lelaki itu tak sama seperti lelaki-lelaki yang di lihatnya di luar sana.Lelaki ini ada daya penariknya tersendiri.

"Helooo",kata Zamri sambil memetik jarinya berulang kali di hadapan Natasha apabila menyedari gadis itu merenungnya lama sekali.
Menyedari keterlanjurannya merenung lelaki itu,Natasha tersenyum malu.

"Maaf,maaf,aku teruja sangat dapat bertemu dengan kau di sini",jawab Natasha cuba menyembunyikan kebenarannya.
Zamri tersenyum memandang Natasha.

"So,dah awak sampai ke sini,ada apa-apa yang boleh aku bantu?",tanya Zamri.

"General overhaul".

Jawaban ringkas dari Natasha suda membuatkan Zamri memahaminya.

"Tapi awak kena tunggu lama la kalau nak overhaul kereta awak ni",kata Zamri.

"Tak pe,aku sanggup tunggu berapa lama pun.Asalkan aku dapat jumpa kau hari-hari",jawab Natasha.

Zamri ketawa mendengar kata-kata Natasha.Dia menyangka Natasha bergurau dalam kata-katanya itu.

"I'm seriously okay.Aku tak tipu",ucap Natasha meyakinkan Zamri.Dia memang serius dalam setiap kata-katanya itu.

Zamri terdiam seketika.

"Okay, okay.Awak duduklah di sana dulu.Panas ni"suruh Zamri apabila melihat Natasha yang menggunakan tangannya untuk menghalang cahaya matahari dari menyinari pandangannya itu.

"Thanks.Oh ya,bos awak tak kisah ke kalau aku duduk borak dengan awak?",tanya Natasha perlahan.
Bob disebelah Zamri hanya tersenyum memandang Zamri.

"Dia tak tau kalau awak tu bos kat sini",bisik Bob.
Zamri menyiku lengan Bob.
"Diamlah,nanti dia dengar.Anggap aku pekerja biasa je",perintah Zamri.

Natasha yang sudah duduk di bahagian dalam bengkel tersebut memandang Zamri.

"Awak dengar ke pertanyaan aku tadi?",tanya Natasha.

"Ye,ye,aku dengar,bos aku tak marah.Lagipun bos outstation",jawab Zamri berbohong.

"Owh okay.Zam,boleh tak temankan aku makan tengahari.Lagi pun,aku tak de kenderaan nak balik.Kau hantar aku boleh ke.Nanti duit minyak aku bayar lah",kata Natasha.

Dia sebenarnya boleh sahaja menelefon pemandunya datang untuk menjemputnya namun dia ingin meluangkan sedikit masa bersa lelaki itu.Dia ingin mengenali lelaki itu dengan lebih dalam lagi.

"Baik,sekejap lagi aku hantar kau Yee,aku siapkan kerja aku ni.Tinggal sedikit lagi",jelas Zamri.

Natasha mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.Dia rela menunggu lama asalkan saja lelaki itu boleh menemaninya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience