"Ah! penatnya".
Aku melabuhkan punggungku di birai katil.Badanku terasa sakit.Seharian duduk di atas pelamin memang sangat memenatkan.Dengan posisi duduk yang harus menegakkan badan memang membuat tulang belakangku lenguh sepanjang majlis berlangsung.Aku memusingkan badanku ke kiri dan ke kanan untuk memberi keselesaan pada belakangku.Sedikit selesa.Ku raba pipiku yang lenguh.seharian terpaksa mengukir senyum terpaksa.
"Letihnya!!".
Aku berbaring seketika untuk meringankan kesakitan yang aku rasakan.mata aku pejamkan.Aku seakan tidak mampu untuk bergerak lagi.Aku memang keletihan.Fikiranku hanyalah ingin tidur seketika.Zafran yang baru masuk ke kamar melihat aku terbaring lena.
"Dasar perempuan malas!".Bibir Zafran mengukir senyuman sinis.Zafran mengambil tuala dari bagasinya dan berlalu ke bilik air.Bunyi deruan air menganggu lenaku.Aku lantas bangun.
"Ah! aku terlena",gumma ku di dalam hati.Aku masih memakai gaun pengantinku.Perlahan-lahan aku mencapai tuala di dalam almariku,berniat untuk mandi.Apatah lagi terasa kulitku melekit kerana peluh.Aku segera menanggalkan pakaian ku dan memakai sarung.Tanpa aku sedari Zafran keluar dari bilik air,dan aku masih bersarung tanpa tuala menutup bahuku.Aku terkesima.
"Jangan pandang ke sini",marahku.
Zafran yang juga terkejut lantas membelakangi ku.Aku segera mengambil tuala yang aku letakkan di atas tilam dan menutupi bahuku yang terdedah.Tanpa memandang Zafran,aku segera masuk dalam bilik air.Aku rasakan muka ku seperti di simbah minyak panas.Aku malu.Pertama kalinya seorang lelaki melihatku berkeadaan seperti itu.Aku mengetuk-ngetuk kepalaku sendiri.Menyedari kealpaan ku.
"Bodohnya aku!".
Zafran masih tetap berdiri sambil menutup mata.Dia juga terkejut.Dia membuka mata bila saja mendengar pintu bilik air ditutup rapat.Zafran melangkah perlahan dan duduk menyandar di tepi katil.
"Cuainya."
Hanya itu yang keluar dari mulutnya apabila melihatku yang tidak tentu arah ketika dia baru keluar dari bilik air.Senyuman sinis terukir di bibir merahnya.Sesungguhnya Zafran juga sangat penat.menjadi raja sehari bukanlah perkara yang mudah.seharian duduk dengan berpura-pura gembira memang meletihkan.Dia menghela nafas panjang.Mencari ketenangan diri.Suasana sepi seketika.Hanyalah suara percikan air yang menyelubungi kesepian malam itu.Zafran masih menyandar di penjuru katil.Dikerlingnya jam di tangannya.Sudah jam 10.00 malam.Jam-jam begini,Zafran masih duduk menghadap komputer ribanya,ataupun keluar bersama Joe ke kelab malam untuk menghilangkan stress.Tapi tidak pada tika ini.keadaan telah berubah.Zafran sudah sah bergelar suami kepadaku.Dia tidak mampu berbuat apa-apa saat itu.
"Ahh! sungguh membosankan!,"
Zafran lantas mencapai selimut dan berbaring.Dia ingin melelapkan mata.Sesungguhnya matanya amat berat ketika itu.Sekejap saja,Zafran sudah terlena di buai mimpi indah.Aku yang baru siap membersihkan diri perlahan-lahan keluar dari bilik air.Melihat Zafran sudah di buai mimpi membuatku lega.Aku memang sengaja berlama-lamaan di bilik air menunggu Zafran tertidur.Sebenarnya aku masih merasa segan.Apatah lagi mengingatkan kejadian memalukan sebentar tadi.Aku tidak mahu menjadi bahan jenaka buat lelaki itu jika terserempak dengannya saat aku siap mandi.Syukurlah dia sudah tertidur sebelum aku keluar.Aku mengambil selimut dan bantal dengan perlahan-lahan,takut menganggu tidur Zafran.Setelah itu,aku menuju ke sofa untuk tidur.
Di Vila Angsana
Datin Aida baru selesai mandi.Dia duduk di meja solekn sambil mengeringkan rambutnya.Matanya melihat Dato' Mazlan yang sedang leka membaca suratkhabar sambil bersandar di atas katil dari cermin.
"Abg,i risau la bila ingat anak kita tu",luah Datin Aida memecah kesunyian malam itu.Dato Mazlan yang masih leka membaca mengerling ke arahnya.
"Dia dah besar panjang,dah tau mana baik mana yang buruk.Pandai-pandaila dia uruskan dirinya tu.Nak risau apanya?," jawab Dato Mazlan.
"Yee,i tau lah dia dah besar panjang.Tapi Abg sendiri tau,anak kita tu macam mana.Dia tu manalah pernah hidup susah.Lagi dengan keadaan kampung.Dah la panas,xde aircond,makanan pun tak tau nak makan apa.Takkan ulam je kot",sindir Datin Aida.Dato Mazlan menghela nafas dalam-dalam sambil melipat suratkhabar di tangannya.Kaca mata dibuka dan diletakkan di atas meja bersebelahan dengannya.
"Awak ni, berfikiran tu biar matang sikit.Tak perlulah kata seperti itu.Jangan sering membandingkan keadaan kita dengan keadaan di sana.Dah jodoh anak kita dengan Zara.Miskin ke,kaya ke,sama je lah.kita doakan yang terbaik untuk mereka",nasihat Dato' Mazlan.Dia sudah penat mendengar setiap kata-kata isterinya yang terlalu melihat kedudukan seseorang.
"Dahla,abg dah nak tidur.Abg penat.Lagi satu abg malas nak dengar cerita awak tu",kata Dato' Mazlan.Dia segera menarik selimut dan tidur.Datin Aida mengetip bibir geram.
Sofia mundar-mandir di dalam biliknya.Berita pernikahan Zafran mengundang resah di hatinya.Dia seakan-akan tidak percaya kabar angin itu.Berkali-kali dia menelefon Zafran untuk bertanya tentang hal itu namun handphon Zafran tidak aktif sedari pagi lagi.Di juga sudah kerap kali menelefon Datin Aida tetapi panggilannya tidak di jawab.Hatinya resah.Seharian moodnya benar-benar tiada.Ibunya Datin Ain juga suda kerapkali memanggilnya untuk makan tetapi di abaikan sepenuhnya oleh Sofia.Sofia benar-benar tidak ketentuan.
"Ahh!!",teriak Sofia tidak puas hati.Dia melemparkan handfonya di atas lantai.Dia benar-benar sakit hati.
"Orang tua ni langsung tak nak jawab panggilan aku.Bukan main lagi kata-kata dia nak jodohkan aku dengan anaknya.Tapi sekarang.Satu panggilan pun tak di jawab,"kata Sofia geram.Sofia seperti cacing kepanasan.Sekejap berdiri,sekejap duduk.Dia benar-benar resah.
"Tak pe,esok aku datang temui kamu orang tua tak sedar diri",kata Sofia geram.Dia lantas tidur.
Share this novel