BAB 10

Romance Series 57282

Airport Kucing Sarawak

Aku berlegar-legar mencari kelibat Zafran.Sudah sejam lebih tapi batang hidung Zafran juga tak kunjung tiba.Punggungku suda kebas akibat terlalu lama duduk.Aku melihat jam di telefon bimbit ku.Entah suda ke berapa kali aku melihat jam.Berbagai macam rasa aku rasai saat ini.Penat,rimas,letih,mengantuk dan yang paling utama aku sangat bosan lama menunggu.Aku paling tak suka bab-bab menunggu seperti ini.
"Mamat ni jadi ke tak jemput aku.Tadi pagi dah aku inform kat dia aku balik hari ini.Takkan dia lupa kot",bisikku di dalam hati.
Aku ingin saja menelefon Zafran tapi aku takut.zafran pernah memberi amaran kepadaku agar tidak menghubunginya melainkan menjemputku di Airport.
"Tapi ni dah dekat dua jam.Kenapa tak datang lagi",rungutku di dalam hati.Aku mundar-mandir di ruangan menunggu.Melihat sekeliling kalau-kalau Zafran sudah sampai.Manala tau dia tidak melihat aku.Namun aku hampa.zafran memang belum tiba lagi.

Tit! tit!

Bunyi telefon bimbit ku menandakan mesej masuk.Terpapar nama Zafran di screen telefon bimbitku.Aku membuka mesejnya.

"Sekejap lagi aku sampai"


_zafran_

Aku hanya membaca mesej dari Zafran namun tidak membalasnya.Handphone aku masukkan semula ke dalam beg tanganku.Perutku sudah lama menyanyi-nyanyi.Aku baru sedar,aku belum menjamah apa-apa dari pagi tadi.Aku cuma meminum segelas susu sebelum berangkat dari rumah pagi tadi.Tekakku juga terasa kering.Aku bangun dan berjalan dengan pantas menuju ke kedai berhampiran.Membeli sebotol mineral untuk menghilangkan dahaga ku.Setelah membayar harga mineral,dengan pantas aku kembali semula ke tempat duduk aku.Aku risau andai saja Zafran terlepas pandang aku bila melihat aku tiada di ruangan menunggu.Aku duduk setelah penat berlari tadi.Penutup mineral water aku buka dan segera minum.Terasa sedikit lega apabila sudah meneguk air.Hampir sebotol air mineral aku habiskan.Aku sememangnya sangat dahaga.Selesai minum,aku lihat Zafran berdiri tidak jauh dari tempat duduk.
"Owh dia dah sampai",kataku perlahan.Aku lantas berdiri dan menarik bagasi ku lalu berjalan perlahan ke arah Zafran.Joe yang berdiri di sebelah Zafran terus memandang aku.Aku jadi segan.
"Hai,aku Joe,teman Zafran",kata Joe memperkenalkan diri saat aku tiba di tempat mereka.
"Hai Joe,aku Zara",kataku memperkenalkan diriku pula kepada Joe.Aku senyum memandang Joe.Mata Joe tidak lepas memandang ke wajahku.Dia seakan-akan tidak percaya kalau aku tidak seperti yang dia bayangkan selama ini.
"Ehem!!".Zafran berpura-pura batuk apabila melihat Joe sedari tadi tidak berkelip memandangku.Joe tersentak dari khayalannya.Mukanya berubah menjadi kemerahan.
"Aku bawa kau ke sini untuk temani aku.Bukan nak berkenalan dengan dia",marah Zafran.
Joe hanya tersenyum malu.
"Dah!tolong masukkan beg Zara dalam bonet",arah Zafran kepada Joe.Joe lantas mengangkat begku tanpa berkata apa-apa.
Aku duduk di kerusi penumpang.Sementara itu Zafran dan Joe duduk di hadapan.Aku hanya duduk diam mendengar perbualan Zafran dan Joe.Aku jadi sangat bosan.Mataku terasa berat sangat.
"Lebih baik aku tidur", bisikku perlahan.Aku mencapai earphone dan mendengar lagu melalui telefon ku.Malas mendengar perbualan mereka itu.Beberapa ketika sahaja,aku sudah terlelap.Zafran memandang aku di sebalik cermin.Melihat aku suda tidur dia memandang Joe.
"Kau bilang ada sesuatu yang nak kau sampaikan kepada aku.Cakaplah",kata Zafran tegas.
Joe memandang Zafran lama.
"Cantik bini kau",puji Joe tiba-tiba.Zafran terkesima.
"Kau ni dah kenapa.Dah jatuh cinta dengan perempuan tu ke",soal Zafran sedikit geram.
"Kau buta ke Zafran,punya cantik bini kau,dah la putih,kulit wajah pun halus,senyum je nampak lesung pipit di pipi,slim ala-ala model.Mengalahkan c Monalisa tu",kata Joe memuji kecantikan ku.
"Kau tu yang buta,"kata Zafran.Joe memandang Zafran dengan pandangan mata tidak percaya.
"kenapa pula",tanya Joe cuba meminta penjelasan.
"Yela,kau tu hanya tengok pada paras wajah dia sahaja,tapi kau tau ke sikap sebenarnya dia tu cam mana?,tanya Zafran.
"Jangan cepat menilai seseorang Zaf.Rugi kau",kata Joe.
"Apa yang rugi.Aku rasa aku tak rugi la.Yang ruginya dialah.Terlalu memilih harta tapi belum tentu bahagia.Free je dapat gelaran janda muda nanti",kata Zafran dengan angkuhnya.
"Astaghfirullahhaladzim.Tak baik cakap macam tu Zaf.Dia tu isteri kamu",kata Joe sambil mengucap panjang
"Eh! dahla.malas aku berbahas dengan kau ni.Menyakitkan hati aku je",marah Zafran.Joe di sebelahnya hanya diam membisu.Dia sudah malas untuk berbicara.Balik-balik dia juga yang kena.Sepanjang perjalanan,Zafran dan Joe saling mendiamkan diri.

Vila Angsana

Dato' Mazlan sedang leka melukis sesuatu di taman rumah banglo miliknya itu.Minatnya terhadap lukisan tidak pernah pudar dari hidupnya.Banyak karya yang telah dihasilkan olehnya.Sesetengah itu tersangkut kemas di dinding rumah banglonya itu.Dahulunya Dato' Mazlan ingin menjadi pelukis terkenal,namun ayahnya sudah menjadikannya peneraju utama perniagaan keluarganya.Salah satu syarikat peninggalan ayahnya adalah milik anaknya Zafran ketika ini.Oleh yang demikian dia terpaksa memadamkan cita-cita nya itu dan mengambil alih tugasan ayahnya itu.Melukis hanya di jadikan hobinya sahaja.
"Tuan ini kopi tuan",kata mak Tam pembantu rumah keluarga Zafran.Dia meletakkan kopi di atas meja bersebelahan dengan Dato Mazlan.
Dato' Mazlan berhenti melukis seketika.Dia memandang pembantu rumahnya itu.
"Datin ke mana",tanya Dato' Mazlan.
"Datin keluar tuan.Katanya ada perjumpaan dengan teman-temannya",jawab Mak Tam.
Dato' Mazlan mengeleng-gelengkan kepalanya tidak faham dengan perangai isterinya itu.
"Datin ni dah tau anak dan menantu balik hari ini pun bukannya nak duduk diam di rumah nak menyambut menantu,malah dia sibuk dengan perjumpaan dengan kawan-kawannya lah,nak keluar shopping la.Tak tau la apa nak jadi dengan Datin ni",luah Dato' Mazlan.
Mak Tam hanya tersenyum memandang majikannya itu
"Tak pe lah,Mak Tam tolong sediakan apa-apa yang patut ye",perintah Dato' Mazlan.
"Ye tuan",jawabnya ringkas dan berlalu pergi.
Dato' Mazlan menyambung semula lukisan yang sudah hampir siap sepenuhnya.

Kereta Mercedes hitam milik Zafran memasuki perkarangan banglo milik keluarganya.Dato Mazlan mengintai dari sudut taman.Melihat anak dan menantunya sudah sampai.Dato Mazlan lantas memanggil pekebun rumahnya untuk membantu dia mengemaskan peralatan lukisannya untuk disimpan di dalam stor khas.Pak Nordin lantas berlari-lari anak menghampiri Dato' Mazlan.
"Ya tuan,"kata pak Nordin penuh hormat.
"Tolong kemaskan semuanya Yee,pastikan semuanya kemas",kata Dato' Mazlan memberi perintah.
"Iya tuan",jawab Pak Nordin mematuhi arahan yang diberikan oleh majikannya itu.
Dato' Mazlan lantas mencuci tangannya yang dikotori warna di sebuah paip berdekatan garaj kereta.
Zafran turun dari kereta diikuti oleh Joe dan aku.Dia lantas mengarahkan Mak Tam yang berdiri di tepi keretanya untuk mengangkat bagasi baju aku untuk diletakkan di dalam rumah.Mak Tam lantas mengangkat bagasi itu dan lantas membawanya ke ruang utama rumah banglo itu.Mataku langsung tak berkedip melihat keindahan rumah banglo milik keluarga Zafran.Banglonya sangat besar bak istana.Aku melihat sekeliling,sungguh indah.Perkarangan rumah dipenuhi bunga-bungaan yang berwarna-warni.Sebuah kolam kecil terletak di tengah-tengah taman di penuhi ikan.Sebuah pondok kecil tempat bersantai terbina cantik di sisi kolam itu.Aku rasakan seperti berada dalam cerita dongeng.Senyumanku terukir manis melihat rama-rama berterbangan gembira di taman itu.
"Zara tengok apa",tanya Dato' Mazlan tiba-tiba.Aku tersentak dari lamunan ku.Aku tersenyum tersipu-sipu malu mendengar sapaan dari Dato' Mazlan.
Aku lihat Zafran memandangku dengan pandangan pelik.Aku lantas melarikan pandanganku ke arah Dato' Mazlan semula.
"Err tiada apa-apa Dato'",jawabku terketar-ketar.
Kulihat Dato' Mazlan ketawa terbahak-bahak memandang aku yang kelihatan seperti kebingungan.
"Kenapa panggil Dato'.Kamu kan dah jadi sebahagian dari keluarga ini.Panggil Daddy je",lembut suara Dato' Mazlan menegurku.
"Ye daddy.Maaf",jawabku.
Aku merasa segan sebenarnya.Melihat betapa besarnya rumah keluarga Zafran dan rumah milik keluargaku amat besar bezanya.Bagaikan bumi dengan planet Pluto.Aku jadi malu.
"Patutlah Zafran mengatakan aku terima perkahwinan ini hanya kerana kekayaan keluarganya.Rupanya memang keluarganya sangat kaya,"kata ku di dalam hati.Rasa penyesalan menguasai hatiku secara tiba-tiba.
"Buat apa berdiri kat sana Zara,masuklah",pelawa Dato' Mazlan.
Aku hanya mengangguk dan mengekori langkah Dato' Mazlan masuk ke dalam rumah besar itu.
"Jemput minum",pelawa Mak Tam sambil menghidangkan kopi panas dan kuih pisang di atas meja.Dia menuangkan kopi ke dalam gelas sebelum beredar ke dapur semula.Zafran yang sedang duduk sembang bersama Joe mengambil minuman masing-masing.
"Minumlah Zara,"pelawa Dato' Mazlan.Aku hanya mengangguk kepala.Mata aku terarah pada setiap lukisan yang tergantung kemas di setiap sudut dinding.Hatiku memuji setiap lukisan itu.
"Cantik lukisan tu,"pujiku.
Dato' Mazlan hanya tersenyum.
"mesti mahal harga lukisan ini",tambah ku lagi.
"Mahal sangat harga lukisan tu Zara.Orang lain belum tentu mampu memiliki lukisan ini,"terang Joe Sambil tersenyum memandang Dato' Mazlan.
"Kenapa pula?,"tanyaku kehairanan.
"Yela,semua lukisan ini bukan hanya mahal,tapi semuanya hanya ada 1 di dunia ini.Lagi satu lukisan ini di lukis oleh karyawan yang mempunyai kedudukan tertinggi di dunia perniagaan",terang Joe panjang lebar.
"Kamu ni ada-ada sajalah",kata Dato' Mazlan menyampuk perbualan aku dan Joe.
"Siapa karyawan yang melukis semua lukisan ini",tanyaku penuh minat.
"Ada di sebelah kamu",tunjuk Joe penuh semangat.
Aku ternganga.Seolah-olah aku tidak percaya apa yang baru Joe sampaikan sebentar tadi.
"Biar betul?",tanyaku meminta kepastian.
Mataku terarah kepada Dato' Mazlan di sebelahku.Dato Mazlan tersenyum.
"Biasa-biasa jela Zara.Melukis sekadar hiburan.Pe yang Joe cakap tu kebanyakannya tak seperti yang di ungkapkan nya.Memang daddy yang lukis semua lukisan ni.Tapi lukisan ni tak la mahal sangat.Banyak lukisan di luar sana yang jauh lebih hebat daripada lukisan ni",jelas Dato' Mazlan panjang lebar.
Aku kagum dengan kebolehan mertuaku itu.
"Bukan senang nak jadi pelukis.Hanya orang-orang tertentu saja boleh melukis sebaik ini",kataku memuji.
Dato' Mazlan hanya tersenyum manis mendengar pujian dariku.
"Dah dah.cepatlah minum kopi tu.Dah nak sejuk",kata Dato' Mazlan menukar topik perbualan.
"Mami mana,dari tadi tak nampak pun batang hidungnya",tanya Zafran tiba-tiba setelah sekian lama berdiam diri.
"Keluar jumpa kawan-kawan",jawab Dato' Mazlan bersahaja.
"Owh",kata Zafran ringkas.
Suasana kembali menyepi.
"Aku kena bertolak sekarang Zaf,dah lewat sangat ni.Aku nak singgah beli barang lagi",kata Joe meminta diri.
"Yela,nanti esok teman aku jumpa client okay.Jam 9",kata Zafran sebelum Joe berangkat pergi.
"Okay bos",jawab Joe.
"Pergi dulu Dato',Zara",kata Joe sambil bersalaman dengan Zafran dan Dato Mazlan.
"Hati-hati memandu",pesan Dato' Mazlan seraya menghantar Joe hingga ke pintu rumah.Setelah kereta Joe hilang dari pandangan barulah Dato' Mazlan masuk semula ke dalam rumah.Dilihatnya Zafran dan aku duduk tanpa mengeluarkan satu kata pun.
"Zaf,bawalah isteri kamu ke kamar.Dia mesti penat",kata Dato' Mazlan.
Aku jadi malu tiba-tiba.Tanpa menjawab kata-kata ayahnya Zafran lantas berdiri dan memandang aku.
"Jom"ajaknya kepadaku.
Aku berdiri dan mengekori Zafran dari belakang.Tangga aku daki perlahan-lahan kerana mengangkat bagasi ku yang agak berat sedikit.Aku memandang Zafran.
"Mamat ni langsung tak berhati perut.Tak tolong langsung",aku merungut sendiri.Sesampai di dalam bilik,Zafran langsung baring tanpa mempedulikan aku.Aku seperti patung berdiri sahaja tidak tahu hendak berbuat apa.
"Awak,"panggilku lembut setelah lama menunggu reaksi dari Zafran.Namun tiada jawapan dari pihak Zafran.Aku diam lagi.Takut untuk berkata-kata lagi.
"Di mana harus aku letak pakaian aku",tanya ku lagi.
Zafran duduk sambil mendengus perlahan.Dia memandang aku dengan pandangan mata yang agak tajam.
"Kau biarkan saja barang kau di dalam bagasi.Aku tak ingin berkongsi almari pakaian dengan kau",marah Zafran.
Aku menutup mataku erat.Hendak menjawab kata-kata Zafran tapi aku tahan hatiku.Aku kena banyak bersabar dengan karenahnya.Kerana aku sedar Zafran sangat membenciku.Aku hanya akan menunggu sehingga dia melepaskan ku nanti.Aku meletakkan bagasi ku di sudut kamar itu.Aku mengeluarkan pakaian ku dan tuala berniat untuk membersihkan diri.Namun belum sempat aku berdiri Zafran membaling bantal dan selimut tepat terkena kepalaku.Aku hampir terjatuh.
"Itu selimut dan bantal untuk kau.Kau tidur atas lantai",perintah Zafran tegas.Aku hanya menunduk tidak berani berpaling memandang Zafran.Airmataku mengalir perlahan-lahan di pipiku.Hatiku sangat sakit.
"Hina sangat ke aku ini di mata Zafran",tangis ku dalam diam.Ku lap air mataku perlahan Zafran memandangku dengan mata penuh kebencian.
"Tak perlu kau membazir air mata kau tu.Itula nasib kau atas penerimaan kau terhadap pernikahan ini!",bentak Zafran lagi.Aku terkedu.Kata-kata Zafran seperti pisau menghiris hatiku.Perlahan aku kutip selimut dan bantal dan letakkan di atas bagasi ku.Ku capai semula tuala dan pakaian ku lantas masuk ke dalam bilik air.Namun belum sempat aku masuk ke bilik air,tanganku di tarik kasar oleh Zafran.Dia menolak ku kuat sehingga aku tak mampu mengawal diri dan terjatuh di lantai.Aku merenung anak mata Zafran tajam.
"Aku nak bagi kau amaran.Apa-apa barang-barang aku tak kira dalam kamar ini ataupun dalam bilik air,jangan sesekali kau sentuh faham!,"keras suara Zafran memberi amaran.
"Fa..ham..",kataku tersekat-sekat.Airmataku mengalir membasahi pipiku.Zafran lantas meninggalkan aku tanpa belas kasihan.Aku menangis semahu-mahunya di dalam bilik air.Sengaja aku kuatkan air mengalir agar esakan tangisan ku tidak kedengaran.Hatiku benar-benar terluka.
"mama,apa salah Zara sehingga Zara terpaksa menanggung semua ini.Zara nak balik mama",kataku dalam tangis.Aku tidak pernah merasa sesakit ini sebelumnya.Setelah tangisan ku reda barulah aku membersihkan diriku.

"Duduklah Zara.Kita makan bersama",pelawa Dato' Mazlan apabila melihat aku yang baru turun ke dapur.Aku duduk di sisi Zafran.Zafran tidak mengendahkan aku.Dia hanya makan tanpa memandang aku.Aku menyenduk makanan ke pinggan dan makan perlahan.Tiba-tiba Datin Aida berdiri dengan muka yang dingin.
"I dah kenyang",kata Datin Aida lantas mengangkat pingganya ke singki.Tanpa memandang aku dia terus berlalu pergi.
Aku tau Datin Aida tidak menyukai kehadiran ku saat itu.Selera makanku hilang serta-merta.
"Makan la Zara,tak perlu pedulikan mami tu,dia memang macam tu",pujuk Dato' Mazlan apabila menyedari riak wajah ku berubah dengan reaksi Datin Aida sebentar tadi.
Aku paksakan diriku untuk tetap tersenyum walaupun saat itu aku rasakan diriku terlalu kerdil di hadapan mereka.
"Dah,jangan terlalu fikirkan lagi.Makan lah,sejuk makanan tu nanti tak sedap lagi",pujuk Dato' Mazlan lagi.
Aku hanya tersenyum tawar melihat Dato' Mazlan.Zafran pula langsung tidak mempedulikan aku dan Dato' Mazlan.Dia hanya makan dan terus makan lagi tanpa rasa terganggu dengan situasi tadi.Aku cuba sedaya upaya untuk berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.Setelah selesai makan aku membantu Mak Tam mengemas meja makan.Pinggan mangkuk aku cuci bersih-bersih.
"Zara tak perlu susah payah cuci pinggan tu,biar Mak cik saja yang buat",kata Mak Tam lembut apabila melihat aku bertungkus Lumus mencuci pinggan yang di gunakan tadi.
"Tak pe makcik,Zara dah biasa buat kerja-kerja ni.Kat umah pun Zara selalu bantu mama kat dapur.Lagi pun sikit je,"jawabku lembut.Aku memang sudah terbiasa melakukan semua kerja-kerja sebegitu.Ibuku selalu mengingatkan aku tentang tugas-tugas seorang perempuan.Oleh kerana itu, kerja-kerja seperti itu aku dah terbiasa melakukannya.
"Tak pe Zara,biar mak cik je yang siapkan semuanya.Nanti kalau tuan Zafran nampak isterinya buat kerja macam ni,alamat kena marahlah mak cik nanti",terang Mak Tam.
"Tak pe Mak Tam,biarkan dia buat kerja-kerja itu semua.Tu memang tugas dia",Kata Zafran tiba-tiba menyampuk perbualan aku dan Mak Tam.
"Tapi tuan Zafran,Ini kan kerja pembantu rumah,tak eloklah biar isteri kamu lakukan.Lagi pun kamu kan baru bernikah.Ambilah masa ini untuk bersama",kata Mak Tam menjelaskan kepada Zafran.
Zafran tersenyum sinis memandang aku.Aku langsung tak berani menatapnya.Aku hanya meneruskan pekerjaanku.
"Dia yang nak tolong,biarkan saja dia.Lagi satu dia juga dikira pembantu rumah juga.Kan esok-esok kalau ada rumah sendiri tak payah buang duit nak upah pembantu rumah.Dia ada untuk lakukan tanggungjawab dia",kata Zafran langsung tidak mempedulikan perasaan ku saat itu.
"Tak pe Mak cik,biar Zara buat",kataku lembut .
Mak Tam hanya membiarkan aku menyelesaikan kerjaku.Dia beralih membuat kerja yang lain.Setelah selesai,aku segera masuk ke dalam kamar.Aku ingin berehat.Badanku terasa sangat letih.Zafran belum masuk ke kamar lagi.sebelum masuk ke kamar tadi,Zafran bersama Dato' Mazlan di ruang utama rumah.Tidak tau apa yang sedang mereka sembang kan.Aku mencapai bantal dan selimut di atas bagasiku dan baring di atas lantai.kulitku terasa sejuk apabila bersentuhan dengan lantai yang di perbuat dari marmar itu.Saat aku menarik selimut.telefonku berdering.Aku lantas mencapai telefon ku.Panggilan dari ibuku.Baru aku tersedar bahawa aku belum menelefon ibu lagi sedari pagi tadi.
"Pasti ibu risau",bisikku perlahan.
Lantas aku menyambut panggilan tersebut.
"Assalamualaikum Zara",lembut suara ibu menyapaku di corong telefon.
"Walaikumsalam mama.Maaf belum sempat menelefon mama.Tak sempat tadi",terangku cepat.Aku takut ibuku risau.
"Tak mengapa Zara.Bagaimana keadaan di sana",tanya ibu.
Aku terdiam seketika
"Baik mama,jangan risau.Mereka layan Zara dengan baik",kataku.
Aku tau aku berbohong kepada ibu tapi aku juga tidak mahu jika ibu tahu keadaan aku yang sebenarnya.Aku tidak mahu ibu risau dengan keadaanku jika dia tahu cara layanan keluarga Zafran terhadapku.
"Alhamdulillah Zara.Jangan lakukan perkara yang boleh menyebabkan Zara di benci okay.Ingat pesan mama",kata ibu mengakhiri perbualan kami.Aku menyimpan semula telefon bimbitku.
"Apa yang kau bualkan dengan mama tadi",tanya Zafran penuh curiga.Dia memandangku dengan tajam.
"Mama cuma tanya khabar",jawabku ringkas.
Malas memberitahu hal sebenar.Zafran mendekati ku.Aku jadi resah.
"Apa yang hendak dia lakukan",bisik hatiku.Aku takut.
Leher bahuku direnyuk kuat oleh Zafran.Aku sangat terkejut.
"Kau dengar baik-baik,jangan sesekali kau mengadu apa-apa dengan keluarga kau.Kalau aku tau,nahas kau!!",Zafran memberiku amaran.Dia melepaskan bahuku dengan agak kasar.Kecut perutku mendengar amaran dari Zafran.Aku hanya mengangguk-angguk faham.Zafran meninggalkan aku dan berbaring di atas katil.Aku segera menarik selimut dan baring membelakangi katil Zafran.Sepanjang malam aku menangis mengenang nasib sehinggalah aku terlelap.

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-05 22:30:20 

kesiannya kat zara.knp la zalim sangat zafran ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience