BAB 16

Romance Series 57282

"Aku pergi dulu",kata Zafran sebelum berangkat pergi.
Setelah seminggu tidak berkerja,pagi ini dia bangun untuk kembali berkerja.Kemarin balutan kakinya sudah dibuka setelah beberapa hari berbalut.

Aku yang baru selesai membersihkan meja dapur hanya memerhati kan Zafran berlalu pergi.
Aku rasakan Zafran benar-benar berbeza pagi ini.Sebelumnya dia hanya akan pergi tanpa memaklumkan kepada aku terlebih dahulu.Tapi pagi ini berbeza.Aku pelik dengan kelakuannya beberapa hari ini.Zafran kadang-kadang merenung aku saat aku masuk ke kamarnya untuk menghantar makanan.Dia juga tidak seperti kebiasaanya menengking dan memarahi aku apabila aku melakukan kesalahan.Walau ada seketika dia terlepas kata,dia akan segera meminta maaf.Aku juga pelik dengan sikapnya yang berubah 360 darjah.Namun aku tak pernah kisah kerana hati manusia selalu berubah-ubah.walaupun mungkin sekarang dia melayani ku dengan agak baik tapi tak mustahil dia akan berkasar denganku kelak.Mungkin Zafran tidak mengasari ku seperti kebiasaan yang dia sering lakukan kerana ingin mengambil hatiku agar setelah kami berpisah kelak,tiada dendam di antara kami.Itulah apa yang aku fikirkan.Aku tidak pernah berharap untuk Zafran terus bersamaku,apatah lagi untuk punyai perasaan cinta kepadaku.Kerana bagi Zafran,tidak akan pernah ada cinta darinya untukku.Itulah yang harus aku terima.

"Zara,buka pintu ni!"panggil Datin Aida keras kedengaran dari luar rumah.
Aku membuka pintu dengan tergesa-gesa.
"Maaf mami,Zara ada kat belakang rumah tadi.Tak tau pula mami nak datang",kataku lembut.
"Ni rumah anak aku la,nak beritahu kau aku datang buat pe!",jawab Datin Aida kasar.
"Lagi satu,ini bukan rumah kau la,jadi aku berhak datang bila-bila masa, suka-suka aku",katanya lagi penuh keegoan.
Sofia yang sedang berdiri sambil memegang tangan Datin Aida tersenyum penuh sindiran.
"Kau tau la mami,orang kampung baru masuk bandar,dah jadi ego",katanya mula menyindir ku.
Aku tak menjawab.
Datin Aida dan Sofia masuk ke dalam rumah dengan angkuhnya.
"Mami datang sini nak jumpa Zafran ke?,tapi maaf,Zafran dah berangkat ke tempat kerja",kataku masih bersikap sopan.
"Kau fikir aku datang sini jumpa Zafran ke,aku datang sini nak jumpa kau la Bodoh!!",kata Datin Aida sombong.
Aku terdiam.
"Apa yang mereka nak dari aku",omelku sendiri.
Sofia berdiri dan mendekati aku yang sedang berdiri.
"Kau dengar sini Zara,Zafran tu milik aku.Aku nak kau keluar dari hidup Zafran",kata Sofia keras.
Bahuku ditolak kasar.Aku mengetip gigiku menahan geram.
"Aku nak kau keluar dari rumah ni.Kau tak layak menghuni rumah Zafran.Apa kedudukan kau untuk berdiri setaraf dengan Zafran.Kau perempuan kampung,kau hanya layak tinggal di halaman kau sendiri",sindir Sofia
Api kemarahan ku semakin marak.Aku menentang mata Sofia dengan tajam.Aku harus memberinya pengajaran untuk setiap sindiran yang dia berikan.
"Kau tiada hak nak halau aku Sofia.Kau siapa dan aku siapa.Setau aku,aku adalah isteri Zafran yang sah,kau pula hanya orang luar yang cuba meruntuhkan rumahtangga orang lain",kataku membalas semua kata-kata Sofia yang kurasakan agak keterlaluan.
Ku pandang tepat anak mata Sofia dengan tajam.
Mulut Sofia seakan-akan terkunci tidak mampu membalas kataku semula.
"Dengar sini Sofia dan Datin,selagi Zafran tak jatuhkan talak ke atas aku,selagi itu aku masih isteri Zafran yang sah.Oleh itu,tak kisah lah sama ada Sofia,ataupun Datin yang nak suruh aku keluar dari kehidupan Zafran,aku tak akan pergi melainkan Zafran yang mengusir ku",kataku dengan berani.
Aku sudah malas untuk terus bersikap sopan di hadapan mertuaku itu.Aku sudah tidak kisah lagi apabila selepas ini namaku akan di jaja oleh Datin Aida kepada Zafran.Semuanya aku tak akan pernah kisah.Datin Aida yang hanya melihat drama ku dengan Sofia mula menyampuk.
"Kau jangan kurang ajar Zara,kau sedar tak kau sekarang berbicara dengan siapa",tanya Datin Aida marah.
Dia tidak menyangka aku seberani itu.
"Yess aku tau aku sedang berbicara dengan Datin Aida",kataku.Perasaan hormatku sudah hilang terhadap Datin Aida.Sudah cukup untuk berlagak sopan di hadapannya.Semakin aku menghormatinya,semakin itu juga harga diriku di pijak-pijak.

"pappp",

Satu tamparan tepat mengenai pipiku.Tamparan yang agak keras bagiku kerana aku tak pernah di tampar sebelum ini.Hujung bibirku berdarah.Aku menutup mataku menahan sakit.

"Itu pengajaran buat kau kerana tidak pandai menghormati mertua kau sendiri",tengking Datin Aida.
Aku ketawa terbahak-bahak.Aku hadiahkan sebuah senyuman untuk Datin Aida.Senyuman berbaur sindiran.

"Mertua aku!Baru hari ini Datin gelarkan diri sebagai mertua aku.Dengar sini Datin,cermin diri dulu sebelum menyuruh seseorang untuk menghormati diri Datin.Selama ini pernah tak datin menghormati aku sebagai menantu Datin",tanyaku.
Datin Aida semakin geram.Melihat Datin Aida yang sudah semakin marah,Sofia langsung menenangkan Datin Aida.
"Dah la mami,abaikan kata-kata perempuan kampung ni.Dia dah kurang ajar dengan Datin.Nanti kita beritahu Zafran perangai sebenar perempuan tak tau malu ni",pujuk Sofia.
"Tunggulah Zara,sekejap lagi Zafran akan ceraikan kau!",kata Datin Aida sebelum melangkah pergi meninggalkan aku.
Sofia dan Datin Aida keluar bersama dengan perasaan marah terhadap aku.Aku hanya mengekori pemergian mereka dengan mataku tanpa berkata apa-apa. Hatiku terasa sedikit puas.Kini aku berani untuk membela diriku sedikit walaupun aku tau sekejap lagi Zafran akan mengusir ku apabila mengetahui aku bersikap kasar kepada ibu kesayangannya itu.

Syarikat perusahaan Fashion International

"Joe,aku rasa Zara ni baik juga eaa",kata Zafran sebaik saja mesyuarat di tamatkan.
"Aikkk.dah jatuh cinta dengan Zara ke",tanya Joe.Senyuman memerli terukir di bibirnya.
"Tak la,cuma aku rasa dia agak baik je.Tu je",kata Zafran cuba menafikan perasaanya.
"Kau tau tak,selama seminggu aku terlantar kat katil,Zara jaga aku dengan baik sekali.Dia langsung tak pernah merungut pun",kata Zafran.Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
Joe menepuk-nepuk tangannya sambil ketawa memandang Zafran.
"Aku rasa kan,hati kau dah mula lupakan Monalisa"ungkap Joe.
Zafran terdiam.Barulah dia tersedar sudah beberapa hari bayangan Monalisa sudah tidak pernah menghantui mimpinya lagi.Sebelum ini,bayangan Monalisa kerap kali muncul di setiap mimpi malamnya,namun dia juga hairan,sejak kebelakangan ini mimpi itu sudah tiada lagi.
"Apakah itu beerti aku dah berjaya lupakannya",bisik Zafran di dalam hati.
Joe menepuk belakang Zafran.
"Are you thinking something?,"tanya Joe.
Zafran tersenyum sendiri.
"Tak dela,"ucap Zafran ringkas.Senyuman masih terukir dibibirnya.
"Mengaku je lah dah jatuh cinta dengan Zara",kata Joe cuba mengorek isi hati Zafran saat itu.
Zafran mengerutkan dahinya memandang Joe.Satu ketukan perlahan terkena kepala Joe.
"Tak de faham!,"kata Zafran geram.
Joe ketawa terbahak-bahak melihat reaksi yang diberikan oleh Zafran.
"Tak lah,mana ada jatuh cinta.Aku anggap dia biasa-biasa je lah.Tak lebih dari tu",kata Zafran cuba menafikan kata-kata Joe.
"Alahhh,mengaku je lah Bro",kata Joe lagi.
Dia ingin sangat mengetahui perasaan temannya itu.
"Dah,dah cukup setakat ini,Kau pergi sambung kerja kau sekarang.Tu kau tengok atas meja tu,masih bertimbun kerja yang belum kau siapkan",usir Zafran.
Dia menolak Joe keluar dari pejabatnya.Sebelum Joe keluar dia masih sempat bergurau dengan Zafran.
"Bos dah fall in love",katanya sambil berlari keluar.
Zafran mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kelakuan temannya itu.

Datin mundar-mandir di biliknya.Kata-kata yang aku lemparkan kepadanya masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.
"Bodoh!!"

"Tunggu kau Zara,berani-beraninya kau menghina aku.Kau tak kenal lagi Datin Aida tu siapa"marah Datin Aida.
Dia mengenggam buku lima jarinya.Perasaan marahnya terhadap aku semakin membara.
Datin Aida memerah otak mencari jalan untuk membalas dendam.Tiba-tiba dia mengukirkan senyuman.Senyuman yang sangat misteri.Datin Aida lantas mencapai telefonnya dan mendail nombor telefon Zafran.

"Zaf",panggil Datin Aida sayu setelah panggilannya diangkat.
Suara esakan kedengaran di corong handphone Zafran.
"mami kenapa,kenapa menangis",tanya Zafran cemas.
Esakan masih kedengaran.Datin Aida berpura-pura menangis meminta simpati dari Zafran.
"Cuba cerita mami siapa yang buatkan mami menangis",tanya Zafran lagi apabila pertanyaannya tadi tidak dijawab oleh ibunya.
"Tadi mami dan Sofia ke rumah Zaf",luah Datin Aida.Suaranya sengaja di perlahankan agar Zafran percaya dia sedang menangis
"Lepas tu",tanya Zafran ingin tahu cerita sebenar.Dia sudah tidak sabar mendengar penjelasan dari ibunya itu.
"mami hanya datang nak minta maaf dengan Zara atas keterlanjuran kata-kata mami hari tu.Tapi Zara pula menghina mami.Zara tuduh mami bukan-bukan", terang Datin Aida.
Zafran sedikit percaya dengan kata-kata ibunya itu.
"Zara kata apa lagi".Zafran mula emosi.
"mami tak sanggup ceritakan Zaf,mami benar-benar sakit hati.Salah ke mami nak berbaik-baik dengan menantu mami tu,Salah ke kalau mami cuba menerima Zara jadi sebahagian dari keluarga kecil kita",ucap Datin Aida lagi terus merai simpati.
"Sabarlah mami,nanti Zaf beri pengajaran kepada Zara",kata Zafran.zafran sudah termakan dengan kata-kata ibunya itu.
Datin Aida tersenyum puas setelah telefon dimatikan.
"Padan muka kau Zara,tunggulah apa Zafran akan buat terhadap kau nanti,"kata Datin Aida.
Hatinya benar-benar puas.

Dato' Mazlan masuk ke dalam kamar setelah seharian duduk menyiapkan lukisannya.
Datin Aida yang baru selesai berbual dengan Zafran hanya diam tidak mengendahkan kehadiran suaminya itu.Dia membelek-belek wajahnya di cermin.
"Awak ke mana tadi",tanya Dato' Mazlan lembut.
"Keluar dengan Sofia.Kenapa?,"tanya Datin Aida dingin.
"Owh ingatkan ke mana.Abg tengok keluar dalam keadaan kelam-kabut",kata Dato' Mazlan.
Dia mencapai tuala berniat untuk membersihkan diri.
Datin Aida menjuihkan mulut nya saat Dato' Mazlan membelakanginya.Dia masih geram dengan Dato Mazlan.
"Apa kata kita pergi honeymoon",kata Dato' Mazlan lembut.
Dia ingin memujuk isterinya itu kerana sudah beberapa hari bersikap dingin dengannya.
"Abg pergi la,Aida tak nak, pergilah dengan siapa je.Tak kisah",Jawab Datin Aida.Masih belum terpujuk.
Dato' Mazlan tersenyum melihat isterinya itu.Dia tau isterinya itu masih marahkan dirinya.Oleh itu dia akan terus berusaha untuk memujuk dirinya.
"Tak cemburu ke kalau abg bawa orang lain",duga Dato' Mazlan.Dia cuba memancing perasaan Datin Aida.
Datin Aida mengetip giginya mendengar kata-kata suaminya itu.
"Cubalah",jawab Datin Aida geram setelah mendengar kata-kata dari suaminya itu.
Dato' Mazlan hanya tersenyum.Dia tau,Datin Aida masih sayangkan dirinya.

" Zam,jom keluar",ajak Sofia setelah panggilannya di jawab oleh Zamri.
Zamri yang sedang sibuk dengan kerjanya berhenti seketika.
"Rindu i ke",tanya Zamri tersenyum.
"Of course i miss you.much!",goda Sofia.
"Okay,malam ni,jam 8,tempat biasa",kata Zamri sambil melihat jam di tangannya.
"Okay,see u night dear",kata Sofia gembira.
Setelah selesai berbual dengan Zamri,Sofia lantas membuka almarinya dan cuba mencari baju yang sesuai untuk di pakai malam nanti.
Sofia harus bertemu dengan Zamri.Duit poketnya sudah habis.Malah rantai pemberian Datin Aida juga sudah di gadainya.Sofia benar-benar sudah buntuh.Menunggu untuk bersama dengan Zafran juga sangat lama.Jadi dia harus berusaha untuk mencari duit poket sehinggalah dia dan Zafran akan bersama.Dan pada ketika itu dia akan jadi kaya raya.Senyuman di bibir terukir.
"Aku akan jadi kaya raya setelah aku berkahwin dengan kau Zafran",kata Sofia penuh keyakinan.
"Aku akan kikis semua harta kekayaan keluarga kau.Dan datin Aida pula akan jadi pembantu aku nanti",kata Sofia.
Sofia ketawa senang hati.Dia sudah tidak sabar menunggu hari itu tiba.

Aku melihat bibirku di dalam cermin setelah siap membersihkan diri.Sedikit lebam berwarna biru.Bekas itu kelihatan agak terang memandangkan kulit wajahku yang putih bersih.Tamparan datin Aida memang agak kuat.Aku meraba-raba pipiku.Masih terasa sedikit perih.

"Zara"

Zafran memanggil ku dari luar pintu bilik ku.
Ketika Zafran sampai dari tempat kerja tadi wajahnya agak dingin.Aku sebenarnya ingin memberitahu tentang rancangan ku untuk balik kampung esok,namun apabila melihat kedinginnya,aku batalkan hasrat ku itu.

"Zara!"

Zafran memanggil lagi.Kali ini panggilannya agak keras sedikit.Aku lantas keluar membuka pintu kamar ku.Ku lihat Zafran di hadapan pintu bilikku.Wajahnya merah menahan marah.

"Ada apa",tanyaku selamba.

"Pagi tadi mami datang rumah ke",tanyanya agak dingin.
Zafran memandang aku.Memerhatikan hujung bibirku yang agak kebiruan.Dia memandangku pelik.
"Ye,mami dengan Sofia",jawabku ringkas.
"Kau cakap apa kat mami", tanyanya lagi.
Aku terdiam sejenak.
"Aku tanya kau,kau cakap apa kat mami sampai dia menangis menelefon aku",tanya Zafran agak lantang.Zafran benar-benar marah.
"Oh, patutlah Zafran datang tadi mukanya agak dingin denganku.Rupanya Datin Aida dah ceritakan semuanya kepada Zafran",bisikku perlahan.
Zafran melihat aku yang termenung seketika.
"Kau dengar tak!",bentaknya,membuatkan aku terkejut.
"Aku tak kata apa,mami dan Sofia yang memulakannya dahulu", kataku cuba menceritakan hal sebenar.
"Apa kelayakan kau untuk meninggikan suara kepada mami hah!.Apa salah mami sehinggakan kau tak nak memaafkan dia walaupun dia datang meminta maaf kepada kau",tanya Zafran agak marah.
Aku tersentak.Kata-kata Zafran tak seperti yang terjadi pagi tadi.Aku sedar Datin Aida sudah mereka-mereka cerita tentang aku.
"Aku tak",
Belum sempat aku menjawab kata-kata Zafran,dia sudah memotong perkataan ku.
"Dengar sini Zara,Aku sudah cukup baik menumpangkan kau di rumah aku.Berikan kau keselesaan tempat tinggal.Apa lagi yang kau tak puas hati.Apa salah mami andai dia cuba menerima kau sebagai menantunya,"marah Zafran.
Aku bingung untuk menjawab setiap pertanyaan Zafran.
"Sia-sia aku back up kau depan mami aku,kalau aku tau perangai kau sebenarnya,dah lama aku buang kau dari hidupku.Aku tak menyangkah,kau lebih hina dari pengemis"kata Zafran terus menghinaku.
Kata-kata Zafran membuatkan tekanan darahku meningkat.
"Cukup!",bentakku kuat.Aku sudah tak sanggup untuk mendengar setiap kata-kata dari Zafran.
"Dah cukup kau menghinaku.Terima kasih atas semuanya.Segala kemewahan yang kau salurkan kepada aku,aku berterima kasih kepada kau.Tapi satu,jangan tuduh aku tanpa bukti yang sahih.Kenapa kau tak tanya mami kau sendiri apa yang sudah dia dan Sofia lakukan terhadap aku.Apa yang dah mereka katakan kepada aku.Rugi saja kau ada pendidikan tinggi-tinggi, tapi fikiran kau seperti budak darjah satu.Mempercayai sesuatu tanpa usul periksa.Aku nasihatkan kau Zafran,sebelum menghantar seseorang ke tali gantung,siapkan dulu bukti yang kukuh dan sahih sebelum menjatuhkan hukuman",kata ku panjang lebar tanpa memberi peluang kepada Zafran memotong kata-kata ku.
Zafran terdiam.
Aku menutup pintu bilik ku dengan keras.Aku menyandar di balik pintu dan menangis.Sesungguhnya aku sudah tidak kuat untuk meneruskan semuanya.
Zafran yang aku anggap sudah berubah kini menjadi kejam semula.
"Aku harus keluar dari rumah ini",bisikku perlahan.
Air mata terus mengalir membasahi pipiku.Ku sentuh pipiku yang masih perih akibat tamparan dari Datin Aida.Masih terasa sakit,namun hatiku lebih sakit dari segalanya.

Zafran menutup matanya perlahan.

"Apa aku yang tersilap", tanyanya sendiri.
Dia cuba menilai kata-kata ku sebentar tadi.Mengingati reaksi ku.Jelas menunjukkan aku tidak bersalah.Namun dia bingung di antara mempercayai kata-kata ku ataupun kata-kata ibunya.

Zafran meraup wajahnya berkali-kali.
"Mengapa bibir Zara lebam",katanya perlahan.
"Apa mami menamparnya,atau Sofia yang melakukannya".
Persoalan demi persoalan menerjah kotak fikirannya.
"Tapi mengapa mami menangis saat menelefonku petang tadi",tanya Zafran lagi.
Dia benar-benar bingung.
Penyesalan melanda hatinya.
"Mengapa aku terlalu mempercayai kata-kata mami,sedangkan dari awal lagi mami sudah menunjukkan ciri-ciri tidak menyukai Zara,tapi andai benar mami cuba memperbaiki hubungannya dengan Zara bagaimana"

Ahhh!!!

"Aku benar-benar bingung",kata Zafran.
Zafran lantas bangun.
"Aku harus meminta maaf pada Zara",katanya.
Dia lantas keluar menuju kamar aku.Zafran cuba mengetuk namun dia tidak mempunyai keberanian.Dia membatalkan niatnya dan masuk semula ke kamarnya.

"Aku akan siasat", kata Zafran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience